Anda di halaman 1dari 23

PEMERHATIAN TEMUBUAL

Langkah-Langkah Menjalankan Pemerhatian

1. Berada dilokasi kajian


Pengkaji pergi ke komuniti atau persekitaran di mana terdapat populasi yang dapat memberi jawapan kepada soalan kajian. Peserta boleh terus bertingkahlaku secara natural dalam persekitaran mereka. Sebagai persediaan kepada proses pemerhatian, pengkaji perlu mengenalpasti invidu yang dapat memberikan maklumat terbanyak kepadanya. Dalam Pemerhatian Temubual, pengkaji boleh membina hubungan dan seterusnya berinteraksi dengan individu-individu dalam persekitaran tersebut yang dapat membantu pengkaji memahami fenomena-fenomena yang diperhatikannya.

2. Membuat Catatan
Semasa berada dalam persekitaran yang dikaji, pengkaji mencatat segala maklumat yang diperolehi dalam buku nota lapangan. Maklumat ini diperolehi melalui pemerhatian tingkahlaku, perbualan personal, dan juga peristiwa yang berlaku dalam persekitaran tersebut. Maklumat yang diperolehi dari media masa di kawasan tersebut juga boleh dijadikan sumber data. Walaupun selalunya data pemerhatian adalah dalam bentuk teks, catatan juga boleh dilakukan dalam bentuk rajah dan peta minda (untuk menggambarkan sesuatu hubungan, kronologi peristiwa, kedudukan kuasa, dll. Dalam proses ini, pengkaji perlu sentiasa berhati-hati mencatatkan pemerhatiannya secara empirikal tanpa melakukan interpretasi mengikut nilai pengkaji sendiri.

Cara mengambil nota lapangan


a. Catatkan Tarikh, Masa, tempat dan peristiwa. b. Tinggalkan ruang kosong pada setiap catatan supaya nota ini boleh dikembangkan. c Ambil nota secara strategik dengan mencatatkan hanya perkataan kunci. d Gunakan short hand. e. Liputi pelbagai aspek pemerhatian seperti peristiwa, perbualan, bahasa badan, mood, persekitaran secara am, interaksi sesama peserta, dan lain-lain yang relevan.

3. Mengembangkan Data Pemerhatian


Data pemerhatian dalam bentuk nota-nota ringkas perlu dikembangkan secepat mungkin supaya dapat memberi maklumat lengkap sebelum dianalisa. Data ini perlu ditulis atau ditaip kepada data naratif yang menerangkan: a. peristiwa yang telah berlaku b. pembelajaran yang anda perolehi daripada pemerhatian tersebut. c. mengenalpasti soalan yang akan ditanya seterusnya jika data yang diperolehi belum memuaskan. Pengkaji perlu menyemak semula data naratif tersebut, memasukkan komen-komen terakhir untuk mengukuhkan data pemerhatian tersebut.

TEMUBUAL INDIVIDU
Temubual Individu adalah kaedah yang paling berkesan membolehkan pengkaji mengutip data secara mendalam tentang sejarah, pandangan, dan pengalaman seseorang peserta terutamanya bagi topik-topik yang sensitif. Temubual mendalam boleh dilakukan kepada i) individu yang mengalami sesuatu fenomena, ii) individu yang mempunyai hubungan dengan populasi yang mengalami fenomena tersebut seperti ahli keluarga, rakan-rakan, ahli masyarakat, dan iii) pakar yang mengendalikan sesuatu tugasan profesional berkaitan fenomen tersebut seperti contohnya sejarawan seni, pelukis, dan lain-lain yang berkenaan.

Dalam proses menemubual, peserta adalah seseorang yang dapat memberi respon kepada soalan-soalan kajian manakala penyelidik adalah pelajar yang ingin mengetahui pandangan peserta tersebut. Penyelidik menerima semua jawapan yang diberi oleh peserta dan tidak memberi nilai samada jawapan itu betul atau salah. Proses ini melibatkan penyelidik bersemuka dengan peserta dan mendengar dengan teliti respon-respon peserta kepada soalan yang diajukan kepadanya. Jika keselamatan menjadi isu, kehadiran dua penyelidik boleh digunakan dengan memastikan peserta tidak rasa diperkecilkan. Perbualan telefon antara penyelidik dengan peserta juga dikira sebagai temubual.

PROSES TEMUBUAL

1. Persediaan Menemubual: Protokol Bi Jenis Penerangan Contoh l. Soalan Soalan


1 Soalan Pengenalan Soalan Transisi 2 Membolehkan peserta terangkan tentang diri anda memperkenalkan diri dari aspek: pengalaman kerja,umur, jantina, Memperkenal topik Apakah yang anda faham yang hendak dikaji dan tentang eq? meminta respon Pernahkah anda membuat peserta terhadap keputusan secara beremosi? pengetahuan asas tentang topik tersebut.

Bil. 3

Jenis soalan Soalan Kunci

Penerangan Soalan Utama yang menghasilkan jawapan kepada soalan kajian

Catatan Pada pandangan anda apakah faktor-faktor mempengaruhi kecerdasan emosi? bagaimanakah anda menangani masalah masalah emosi di tempat kerja? bagaimanakah anda menangani masalah emosi dalam hubungan dengan ahli keluarga? jika adakah anda mempunyai mahu apa-apa pandangan lagi ditentang EQ?

Soalan Penutup

Memeriksa peserta menambah maklumat

2. Kemahiran Menemubual
Pengkaji perlu menggunakan kemahiran berkomunikasi yang berkesan agar peserta berasa selesa dan terdorong untuk memberi respon yang memuaskan. Kemahiran ini termasuklah: a. Membina hubungan yang baik melalui penggunaan tingkahlaku yang sesuai b. Memberi penerangan yang jelas kepada peserta tentang tujuan dan prosedur kajian, dan bagaimana temubual ini berbeza dari perbualan biasa. c. Memberi keutamaan kepada perspektif peserta. d. Menyesuaikan diri kepada pelbagai personaliti dan kedaan emosi peserta. e. Menggunakan teknik penyoalan berkesan

3. Mendokumentasikan Temubual
Data temubual merupakan perbualan antara penyelidik dan peserta yang dirakam melalui pita suara, video dan juga nota. Penyelidik kini mempunyai pelbagai pilihan teknologi perakam data yang membolehkan rakaman dilakukan tanpa menganggu keselesaan peserta semasa temubual. Apapun teknologi rakaman yang digunakan, penyelidik perlu mematuhi etika dengan memastikan segala rakaman ini mendapat kebenaran dari peserta. Temubual mendalam perlu mendapat informed consent atau persetujuan bermaklumat daripada peserta yang boleh dinyatakan secara lisan yang dirakam, ataupun secara bertulis dengan menandatangi surat kebenaran. Data temubual yang telah dirakam ini ditaip kembali dalam komputer dalam bentuk transkrip untuk melalui proses seterusnya iaitu analisa. Analisis ini membolehkan pengkaji memetik ungkapan sebenar peserta dan dijadikan bukti kepada jawapan-jawapan yang dicari oleh soalan kajian.

PEMERHATIAN SENARAI SEMAK

Pengenalan
Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikutjangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktorfaktor bahan dan persekitaran. Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain. Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masingmasing.

Jenis Pemerhatian senarai semak


Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati , iaitu: Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement) Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

Strategi Pelaksanaan
Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan

SENARAI SEMAK INDIVIDU (KANAK-KANAK)

Nama Kanak-kanak : Muhammad Iqbal b. Rosli Umur Kanak-kanak : 6 Tahun Pemerhati : Cik Farah Nur Imaniah bt. Mohd Shukri Tarikh Pemerhatian : ____________________________________ Masa Pemerhatian : ___________________________ Arahan : Tandakan ( / ) pada yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan ( x ) pada yang tidak dapat dilakukan oleh kanak-kanak. Catatkan komen terperinci anda tentang tindak balas dan tahap kemahiran kanak-kanak.

TAHAP KERJASAMA
BI UJIAN L
1 2 3 Menerima semua cadangan atau meminta(bersetuju) Bersedia untuk berkongsi bahan atau peralatan permainan Bersedia untuk memberikan cadangan dan idea ketika bermain dan berinteraksi dengan rakan 4 5 Boleh mencuba sesuatu perkara yang baru yang lebih susah Bersedia dan bersemangat dalam melibatkan diri dalam permainan berkumpulan. 6 7 8 9 Bersedia dan berusaha untuk mendapatkan perhatian rakan-rakan Mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan rakan-rakan. Mudah bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan. Mudah bergaul dengan orang yang lebih dewasa.

CATATAN

Ketakutan/Keberanian
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 UJIAN Menggulung tanah liat Membentuk tanah liat (bentuk mudah nyatakan) Membentuk tanah liat (bentuk rumit nyatakan) Menggunting kertas, tanpa bentuk Menggunting gambar/bentuk secara kasar Menguntai manik Memasukkan benang ke dalam jarum Menjahit Memegang dan menggunakanpensel/krayon/berus lukisan Menconteng(nyatakan bentuk) Melukis (nyatakan lukisan dan tahap) Melukis bentuk tiga segi Menulis V CATATAN

SENARAI SEMAK AKTIVITI BERKUMPULAN

Bil Kriteria Tingkah Laku Kerjasma ( Ya/ Contoh Senarai semak Untuk Menilai Kerjasama KumpulanYang Tidak) 1. Selalu menetapi masa Dibuat Melalui Pemerhatian dalam apa jua aktiviti kumpulan yang 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. dijadualkan Bersikap proaktif (memulakan kerja tanpa diarah)

Suka berkongsi maklumat dengan rakan sekumpulan Menyumbang idea yang bernas kepada kumpulan Bersedia mendengar pendapat ahli lain dalam kumpulan Mematuhi/akur dengan segala peraturan yang ditetapkan oleh kumpulan Menunggu giliran untuk menyampaikan idea atau pendapat Berbudi bahasa dan menunjukkan tingkah laku yang sopan kepada ahli kumpulan Membantu menyelesaikan masalah kumpulan Mengambil kira pendapat orang lain dalam kumpulan Melaksanakan tugasan/aktiviti yang telah ditetapkan oleh kumpulan Menyempurnakan tugasan yang diberi oleh kumpulan tepat pada waktunya