Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan kepada pergerakan asas Pergerakan asas melibatkan dua jenis pergerakan iaitu pergerakan lokomotor dan bukan

lokomotor. Kedua-dua jenis pergerakan ini boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Dalam meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.

Pergerakan secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu ruang , masa, beban dan aliran.

MATLAMAT PERGERAKAN ASAS

1. Memberi pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. 2. Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak. 3. Mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan ( ruang, masa, kuasa ). 4. Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak.

OBJEKTIF PERGERAKAN ASAS

1. Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan. 2. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik.

3. Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran. 4. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. 5. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan. 6. Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan. 7. Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. 8. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah

Anda mungkin juga menyukai