Anda di halaman 1dari 23

KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.

W (KETENTERAAN)

Asas kepimpinan iaitu akidah dan berakhlak mulia. Menerusi akidah Baginda dan para sahabat tidak gentar menghadapi musuh. Menerusi akhlak Menunjukkan akhlak yang mulia sehingga dapat menarik hati pihak lawan. Contoh dalam Perang Taif, Baginda telah memulangkan segala harta benda yang diminta oleh pihak musuh sehinggga akhirnya mereka yang memeluk Islam.

Menerangkan kepada tentera Islam tentang tujuan berperang tinggi syiar Islam hanya utk Allah. Menghormati peraturan peperangan & etika perang dlm Islam. Mempraktikkan akhlak mulia kpd pihak kawan dan musuh.

Menampilkan keberanian sebagai tentera Islam yang gagah dan berani. Mempraktikkan taktik & strategi dlm peperangan hingga beroleh kejayaan. Cth: perang al-Azhab

Mematuhi peraturan serta menuntut keredhaan-Nya. Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar jizyah atau perang. Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang dan musuh yang mati.

Dilarang memerangi kanak-kanak, kaum wanita dan orang tua, orang yang sedang beribadat dan orang awam, harta benda, musuh dan tanaman serta rumah ibadat. Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai. Patuh kepada ketua dan dibolehkan tipu muslihat dalam peperangan.

Semasa Perang Taif, Baginda tidak berperang pada musim haji.

Perang Badar - Tunggu dan lihat serta menyusun tentera dalam bentuk saf. (dibahagikan kpd 2 barisan; barisan pertama{tombak&perisai} manakala barisan kedua{panah&perisai} - diketuai pemegang bendera.

Perang Khandak (Al-Ahzab) - Menggunakan taktik bertahan dengan menggali parit disekeliling kota Madinah. - taktik penyamaran. Nabi hantar Naim bin Masud utk menyamar sbg musuh Islam.

Perang Taif - Menggunakan taktik mengepung benteng pertahanan musuh dan seterusnya melancarkan serangan bertubi-tubi sehingga musuh tidak sempat bersedia. Baginda juga tidak memburu musuh yang melarikan diri semasa Perang Taif. - memutuskan bekalan makanan.

Perang Uhud - Penyusunan barisan tentera Islam dan bertahan

Melalui Perjanjian Hudaibiyah - Memberikan kemenangan psikologi kepada Nabi Muhammad s.a.w kerana telah menghancurkan seluruh semangat musuh. - Tidak berlaku pertumpahan darah dan membawa kepada pembukaan semula kota Makkah.

Nabi Muhammad ialah seorang yang pintar dalam mengatur taktik & strategi peperangan. Contoh dalam perang Badar taktik bertahan dan susun tentera.

Pembentukan tentera adalah untuk : Mempertahankan diri daripada sebarang serangan musuh Menjaga keamanan dan mempertahankan kedaulatan negara. Menjamin perjalanan dakwah dan mempertahankan kedudukan daripada musuh Memerangi pihak yang ingin merosakkan sebarang perjanjian yang termeterai di antara negara Islam dengan pihak lain.

Menerima pandangan sahabat. Contoh adalah seperti berikut : Salman al-Farisi mencadangkan dalam Perang Khandak untuk menggali parit Saidina Abu Bakar dalam Perang Badar mencadangkan tawanan Perang Badar yang mampu bayar tebusan , bayar antara 1000 4000 dirham untuk membebaskan diri. Jika tidak mampu tetapi tahu membaca dan menulis hendaklah mengajar 10 orang kanak-kanak Islam sebelum dibebaskan.

Baginda tidak menggunakan kuasa mutlaknya sebagai seorang jeneral tentera.

Bertindak adil pada semua tanpa mengira kawan atau musuh. Pada kawan - Membahagikan harta rampasan perang secara sama rata. Pada musuh - Tidak melakukan pencerobohan dan tidak memerangi golongan yang lemah.

Cth: Perang Taif, baginda memulangkan harta rampasan perang setelah diminta oleh pendduk Taif. Pengagihan harta rampasan secara adil kpd semua anggota tentera perang Badar &Uhud.

Nabi Muhammad sering memberi contoh kepimpinan yang baik kpd umat. Baginda semakin dihormati oleh pengikutnya & disegani oleh musuh. Kepimpinannya menjadi contoh kpd para sahabat. Baginda memimpin sendiri kpd peperangan penting spt perang Badar, Uhud & Khandak bg menentang musuh.

Baginda membebaskan Malek bin Auf & keluarganya serta seluruh harta mereka selepas tamat Perang Taif penuhi janji Tindakan baginda yang berpegang pada janji telah menawan hati musuh Malek bin Auf peluk Islam. Baginda mematuhi peraturan tradisional.

Baginda menasihati tentera Islam supaya tidak mengejar musuh yang lari dari medan perang menunjukkan Islam tidak agresif dan ganas serta berperang secara adil. Tindakan mengejar musuh akan menjejaskan benteng pertahanan pasukan Islam dibahagian belakang.

Pihak musuh mungkin menggunakan taktik melarikan diri memecahkan formasi pasukan tenetra Islam. Taktik ini dilaksanakan juga semasa pemerintahan Khulafa al- Rasyidin. Cth: dalam perang Taif.