Anda di halaman 1dari 5

TEKS JURUACARA

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH BECHAH DURIAN, PASIR MAS, KELANTAN

TAHUN 2012 15 FEBRUARI 2012

OLEH :
NOORSHIDA HIDAYAH OTHMAN W.NUR SHAIDAH W. RAZALI

Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Bechah Durian. 2012

BIL

PERKARA UPACARA PENGUMUMAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT

MC

DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERUSAHA Yang Mulia Tuan Hajah Afifah Adib Binti Tuan Dir GURU BESAR SK BECHAH DURIAN KE DEWAN WAWASAN.

2.

UCAPAN ALU-ALUAN Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...WBT.

) Yang Berusaha Yang Mulia Hajah Tuan Afifah Adib Binti Tuan Dir, GURU BESAR SK BECHAH DURIAN

) Yang Dihormati Puan Hajah Radziah Bt Hassan, Penolong Kanan Pentadbiran

) yang dihormati Puan Rehimah Bt Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

) Yang dihormati, Puan Rehimah Bt Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

) Yang dihormati, En Zakaria Bin Deris, Penolong Kanan Kokurikulum

Guru-guru,

( ) Yang Dipertua PIBG Dr Randers Haji Wan Muda Bin Ibrahim

serta para pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.

3.

CERAMAH MAULIDUR RASUL:

BUAH LANGSAT DI TEPI BUSUT MARI DIMUAT DI ATAS PETI BESAR HAJAT KAMI MENJEMPUT BESAR NIAT DI DALAM HATI

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Al Fadhilah Ustazah Wan Zubaidah Bt Mohamad naik ke atas pentas untuk menyampaikan ceramah maulidur rasul. majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan. ******* (VIP duduk dulu) Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Al Fadhilah Ustazah Wan Zubaidah Bt Mohamad di atas ceramah yang telah disampaikan tadi

4.

REHAT : Hadirin hadirat sekalian, majlis akan berhenti rehat seketika dan akan diteruskan tepat jam 10.30 pagi. Dengan segala hormatnya dijemput dif-dif kehormat ke kantin untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. **Murid-murid di harap dapat bertenang dan tunggu sebentar di dewan ini.

5.

BACAAN AI -QURAN Hadirin yang dirahmati Allah sekalian Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ayat suci al-quran yang akan disampaikan oleh adik Mohd Faiz Amzar Zuhadi dari kelas 5Cerdas. Majlis mempersilakan. ******* Terima kasih diucapkan kepada Qari atas bacaan ayat suci al-quran itu tadi.

PERSEMBAHAN NASYID 6. Persembahan pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput kumpulan nasyid Al Jannah daripada murid Kelas 6Cerdas dengan lagunya yang bertajuk Junjungan Mulia dan Rasulullah. ******** Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan Al Jannah atas persembahan itu tadi.

7.

PERSEMBAHAN SAJAK Bagi meneruskan majlis ,dengan ini dipersilakan adik Mohd Asri dari Kelas 5 Cerdas dan Adik Nabihah dari Kelas 4 Cerdas untuk mendeklimasikan sajak yang bertajuk _______________________ Dipersilakan. ****** Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik Mohd Asri dan Adik Nabihah atas persembahan menarik itu tadi.

8.

BERCERITA Tanpa melengahkan masa, dipersilakan adik Wan Nur Lisa Sabrina dari kelas 5Cerdas untuk memperdengarkan cerita kisah nabi yang bertajuk ________________________

Marilah kita sama-sama menghayati cerita yang akan disampaikan sebentar lagi dan mengambil iktibar daripadanya. Dipersilakan. *** MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN Terima kasih atas persembahan itu tadi.

9.

NASYID Persembahan diteruskan dengan nyanyian nasyid oleh kumpulan Al-Firdaus dengan nyanyian yang bertajuk __________________________. Dipersilakan. ******* terima kasih kepada kumpulan firdaus atas dendangan nasyid itu tadi.

10.

SELAWAT Sebagai kemuncak majlis untuk hari ini, majlis mempersilakan Yang Dipertua PIBG Doktor Randers Haji Wan Muda Bin Ibrahim untuk memimpin bacaan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Untuk itu ,di minta para hadirin agar dapat berdiri dan berselawat bersama-sama. Dengan penuh takzimnya dipersilakan. ******* Terima kasih diucapkan kepada Yang Dipertua PIBG atas pimpinan bacaan selawat itu tadi.

9.

JAMUAN Dengan berakhirnya bacaan selawat itu tadi,maka berakhir sudah majlis kita pada hari ini.

POHON BERANGAN TEMPAT BERTEMU, GIRANGNYA RASA SI ANAK DARA; PULANG KITA MEMBAWA ILMU, TINGKATKAN IMAN DI DALAM DADA.

BUNGA DEDAP DI ATAS PARA, ANAK DUSUN PASANG PELITA; KALAU TERSILAP TUTUR BICARA, JEMARI DISUSUN MAAF DIPINTA.

sebelum kita bersurai, dijemput dif-dif kehormat untuk ke kantin menikmati jamuan yang disediakan. segala yang baik datang dari Allah dan sekiranya ada kekurangan dan cacat celanya ia datang daripada diri kami sendiri.

SEkian ,Terima kasih daun keladi tahun hadapan kita sambut lagi. WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT.