Anda di halaman 1dari 34

SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HUSSAIN, KG TUPAI 08200 SIK, KEDAH DARUL AMAN.

BUKU PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH

Wacana Sekolah
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat Sekolah Matlamat Khusus Sekolah Objektif Visi Sekolah Misi Sekolah Pesan Bestari Lagu Sekolah Lencana Sekolah Bendera Sekolah

Peraturan-peraturan Sekolah
Bahagian 1: Persekolahan Bahagian 2: Sahsiah Bahagian 3: Kesopanan Dan Kesusilaan Bahagian 4: Kebersihan Bahagian 5: Keselamatan Bahagian 6: Bilik Khas Bahagian 7: Gerakerja Kokurikulum Bahagian 8: Salahlaku Berat

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terahadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

MATLAMAT SEKOLAH
1. Semua murid dapat menguasai Kemahiran Asas: Membaca, Menulis, Mengira. 2. Semua murid pada Tahap 2 diberi ilmu pengetahuan; Seperti yang terkandung dalam Sukatan KBSR. 3. Menanam minat terhadap ilmu pengetahuan yang mendalam kepada semua murid.

MATLAMAT KHUSUS SEKOLAH


1. 2. 3. 4. 5. 6. Tiada buta 3M (Membaca, Menulis, Mengira) pada Tahap 1. Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan semua murid. Meningkatkan minat dan penguasaan Matematik dan Bahasa Inggeris. Meningkatkan prestasi UPSR; Lulus semua subjek. Melaksanakan sistem penilaian yang bersistem. Membekalkan pengetahuan dan pengamalan perkara-perkara Fardu Ain kepada setiap murid.

OBKJEKTIF
1. Memberi peluang kepada semua murid untuk mendapat kemahiran ilmu yang diperlukan seperti terkandung dalam Sukatan Pelajaran KBSR. 2. Memberi peluang kepada semua murid mengalami secara langsung Proses Pengajaran dan Pembelajaran. 3. Membudayakan murid sebagai Murid Sepenuh Masa. 4. Memastikan tiada Buta Huruf dan Buta Matematik di Tahap 1 dengan aras Minima yang ditentukan mengikut bidang dan tahun pengajian murid. 5. Memberi peluang kepada murid yang maju untuk membuat pengkayaan dan murid yang tertinggal untuk diberi pemulihan. 6. Melaksanakan program peningkatan UPSR dengan memberi penekanan kepada subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Kota Aur akan menjadi antara lima buah sekolah terbaik di dalam Zon Sik Menjelang Tahun 2010

MISI SEKOLAH
Memastikan pengurusan dan pentadbiran sekolah berada pada tahap yang terbaik. Mendorong, mengurus dan memastikan pengurusan panitia berfungsi. Memastikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Memastikan pengurusan dan pelaksanaan pemantauan dan penilaian P & P dilaksanakan dengan berkesan. Melahirkan pelajar-pelajar yang berkebolehan dan berkemampuan dalam 3M dan penguasaan ICT Memastikan prasarana sekolah berada dalam keadaan yang kondusif dan selamat.

PESAN BESTARI
Orang rajin mencari jalan, Orang malas mencari alasan. Buatlah perubahan yang kecil tetapi sepanjang masa.

Kecemerlangan dicipta oleh insan biasa yang bekerja secara luar biasa. Dont walk behind me, dont walk in front of me but WALK WITH ME. If you keep doing what youve always done, Youll keep getting what youve always gotten. You never know what you can do till you try.

LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA AUR


ILMU JANA KECEMERLANGAN SK Kota Aur

Megah berdiri dengan wawasan yang murni Untuk mendidik dan berbakti Menabur segala budi.. SK Kota Aur Mendukung aspirasi Agar bangsa gagah berani Kami berusaha.dan bervisi Agama dijunjung tinggi c/o 1 Bangunlah berusahalah Agar mencapai cita Janganlah terus leka dalam mengejar ilmu Bangunlah hai anak bangsaku SK Kota Aur, jasamu tak lupa Didikan guru berjasa Mendidik hingga cemerlang Sekolahku tercinta. c/o2 Bangunlah berusahalah Agar mencapai cita Hindari angan-angan Hidup dalam pedoman Ilmu jana kecemerlangan 3X

Lagu : En. Idham Nasri b. Jaafar Lirik : Pn. Maimunah bt. Mohd. Amin

LENCANA SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA AUR


Ciptaan Asal Olahan Semula : En. Ahmad Rosli B Zainol Abidin : Pn. Juhaida Bt Md Shahidan

Pelambangan Warna. I. II. III. IV. V. Merah : Keberanian Biru : Perpaduan

Kuning : Mendukung Negara Berdaulat Putih : Kesucian, Ketulusan dan Kebersihan Hati Hijau : Kesuburan Minda

Pelambangan Objek. I. II. Kota Buluh : Melambangkan sejarah kewujudan kampung : Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Kota dan Buluh = Menunjukkan nama tempat/kampung kedudukan sekolah

III. IV.

Buku

: Sumber ilmu - SK Kota Aur mengikut peredaran zaman - Teknologi maklumat

Komputer : Kemajuan

V.

Sijil

: Melambangkan tuju arah hidup dalam mencapai kejayaan

Moto : Ilmu Jana Kecemerlangan

BENDERA SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA AUR

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
Waktu Persekolahan Sesi Pagi

Tahap 1 dan Tahap 2

HARI Ahad Khamis Waktu rehat Ahad Khamis

MULA 8.00 pagi 10.30 pagi

AKHIR 1.30 petang 11.00 pagi

BAHAGIAN 1: PERSEKOLAHAN

1.1

Kehadiran Murid-murid Di Sekolah 1.1.1 1.1.2 1.1.3 1.1.4 Murid-murid mesti berada di sekolah sebelum pukul 7.30 pagi. Murid tidak dibenarkan keluar setelah masuk ke kawasan sekolah. Murid-murid dikehendaki berkumpul di tempat perhimpunan dan berbaris mengikut kelas. Murid-murid hendaklah berjalan dalam barisan dengan senyap.

1.1.5

Kehadiran mengikut masa yang telah dijadualkan bagi latihan olahraga, sukan, perjumpaan persatuan/kelab dan sebagainya adalah wajib.

1.2

Tidak Hadir Ke Sekolah 1.2.1 1.2.2 Kehadiran ke sekolah pada hari-hari persekolahan adalah wajib. Murid-murid yang tidak hadir kerana sakit atau sesuatu sebab yang tertentu dikehendaki: a) Memberitahu pihak sekolah melalui guru kelas dengan segera dan b) Membawa bersama Surat Akuan Doktor atau Surat Kebenaran/Pemakluman daripada ibu bapa atau penjaga apabila ia hadir semula ke sekolah. 1.2.3 Murid-murid yang tidak hadir dan bila hadir semula ke sekolah tanpa surat yang tersebut pada para 1.2.2 di atas, dianggap sebagai ponteng sekolah dan tindakan disiplin akan dikenakan. Seseorang murid yang tidak dapat hadir ke sekolah melebihi 3 hari mestilah meminta warisnya/penjaganya memberitahu pihak sekolah sebab-sebab ia tidak dapat hadir secara bertulis atau datang sendiri. Ketidakhadiran sama ada selama 3 hari (Surat Amaran Pertama), 7 hari (Surat Amaran Kedua), 7 hari (Surat Amaran Terakhir) secara berturut-turut boleh diambil tindakan Buang Sekolah.

1.2.4

1.2.5

1.3

Meninggalkan Sekolah Semasa Persekolahan 1.3.1 1.3.2 1.3.3 Hanya ibu bapa/waris sahaja dibenarkan mengambil anak jagaannya. Ibu bapa/waris hendaklah berjumpa Guru Besar/PK. Butir-butir murid dan orang yang hendak membawa balik murid tersebut serta alasan membawa balik hendaklah ditulis dalam buku rekod di pejabat dan ditandatangani oleh ibu bapa/waris.

BAHAGIAN 2: SAHSIAH

Pakaian Seragam Sekolah Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana mestilah di pakai pada hari persekolahan, menghadiri upacara rasmi sekolah dan ketika mengikuti rombongan/lawatan anjuran sekolah. Setiap murid wajib memakai pakaian seragam dari rumah ke sekolah sehingga balik ke rumah.

2.1

Pakaian Murid Lelaki 2.1.1 Seluar

Murid lelaki dikehendaki memakai seluar panjang berwarna biru tua (navy blue). Seluar yang berlubang untuk tali pinggang, hendaklah memakai tali pinggang. 2.1.2 Tali Pinggang Tali pinggang yang dibenarkan ialah dari jenis yang tidak berkepala besar atau berhias. Lebar tali pinggang tidak melebihi 1.5 inci atau 3.75 cm. Warna yang dibenarkan adalah hitam. 2.1.3 Baju Baju berwarna putih dan berlengan pendek. Setiap murid hendaklah memakai tali leher dengan kemas. 2.1.4 adalah wajib dan sarung kaki mestilah berwarna putih tanpa sebarang jalur atau belang. 2.1.5 Pakaian Sukan/Pendidikan Jasmani a) Track bottom berwarna biru tua atau hitam. b) Baju T berwarna putih atau baju T rumah sukan masing masing. Kasut dan Sarung Kaki Mestilah dari jenis canvas berwarna putih. Memakai sarung kaki

2.2

Pakaian Murid Perempuan 2.2.1 2.2.2 Pakaian seragam murid bukan Islam adalah pinafore tunic berwarna biru tua (navy blue) dan labuhnya menutup lutut. Baju Kurung dan Kain Sarung Murid-murid perempuan beragama Islam memakai baju kurung pesak tradisi berwarna putih dan kain sarung berwarna biru dari jenis tetron cotton, berkancing di leher dan memakai singlet khas.

2.2.3

Mini Telekung Murid-murid perempuan digalakkan memakai mini telekung berbentuk segi tiga dua sama berwarna putih, berukuran sesuai dengan murid yang memakai dan mesti memakai anak tudung di dalamnya. Tudung atau mini telekung itu mestilah dijahit lurus tanpa sebarang manik atau labuci atau sulaman ataupun renda dikelilingnya.

2.2.4 yang juga

Kasut dan Sarung Kaki Kasut canvas warna putih dan diwajibkan memakai sarung kaki berwarna putih tidak berjalur atau berbelang.

2.2.5 Barang Kemas/Barang Perhiasan Murid-murid tidak dibenarkan memakai atau membawa sebarang alat perhiasan diri atau barang kemas seperti, gelang, rantai, cincin, anting- anting, kerongsang dan lain-lain yang berkaitan.

2.3

Rambut/Kuku/Reben bagi murid perempuan 2.3.1 2.3.2 2.3.3 Hendaklah menyikat rambut dengan kemas. Rambut tidak boleh mencecah bahu. Bagi murid perempuan, rambut panjang dan mencecah bahu hendaklah diikat kemas sebagai tocang dan dihias dengan reben berwarna hitam sahaja. Murid dilarang mewarna atau menginai rambut. Menyimpan kuku dan mewarnakannya dengan cat kuku atau sebagainya adalah dilarang. Hendaklah berkuku pendek dan bersih sepanjang masa.

2.3.4 2.3.5 2.3.6

2.4

Rambut dan Kuku bagi murid lelaki

Murid lelaki mestilah sentiasa berambut pendek dan kemas, serta berkuku pendek dan bersih. Istilah pendek ialah: i. ii. Di belakang telinga. Di depan : rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping : rambut tidak menutup garis tengah dahi

iii.

Di sebelah melebihi

: rambut tidak menutupi telinga dan side burn tidak garis hidung.

iv.

Di atas

: rambut tidak melebihi 15 cm panjang.

2.5

Kedatangan 2.5.1 Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya: a. Pada masa hari persekolahan b. Kelas bimbingan atau pemulihan c. Aktiviti Kokurikulum 2.5.2 Murid tidak hadir mestilah mengemukakan surat cuti sakit atau surat dari ibu bapa/penjaga. Tanpa bukti tersebut, mereka dianggap ponteng. Ibu bapa/penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika tidak hadir dan diminta memberi penjelasan. Tindakan tersebut adalah: a. Tidak hadir 3 hari pertama , surat amaran pertama akan dihantar. b. Tidak hadir 7 hari seterusnya, surat amaran kedua akan dihantar c. Tidak hadir 7 hari seterusnya, surat amaran ketiga dan surat tindakan memotong nama murid berkenaan dihantar kepada ibu bapa/penjaga. Salinan dihantar kepada ke Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri. 2.5.4 Dalam masa persekolahan, murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan. Murid-murid yang diambil oleh ibu bapa/penjaga ketika waktu persekolahan wajib mengisi Borang Kebenaran Balik dan dicatat oleh guru bertugas dalam buku kebenaran keluar sekolah.

2.5.3

2.5.5

BAHAGIAN 3: KESOPANAN DAN KESUSILAAN

3.1

Budi Pekerti Dan Tingkahlaku

3.1.1

Tiap-tiap murid hendaklah bersikap seperti seorang murid cergas, bersopan-santun, berpakaian kemas dan menjadi Duta Sekolah yang baik sepanjang masa. Semangat dan sikap toleransi, tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan, pengawas, kakitangan sekolah dan pelawat adalah suatu amalan yang baik. Semangat ini hendaklah ditunjukkan pada setiap masa. Gunakan bahasa pertuturan yang baik. Murid-murid dibolehkan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam perbualan di sekolah. Tingkahlaku yang sopan mesti ditunjukkan sepanjang masa kepada warga sekolah dan pelawat/orang luar. Jangan bercekak pinggang dan berjalan atau berlari semasa bercakap dengan guru atau pelawat/orang luar. Ucapan Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Terima Kasih dijadikan amalan biasa sebagai tanda hormat kepada semua orang. Dilarang memanggil kawan dengan terjerit-jerit dan ketawa terbahak-bahak atau mengilai. Dilarang merayau-rayau atau berjalan-jalan di kawasan sekolah tanpa urusan. Dilarang berdiri, bermain-main atau berjalan-jalan di hadapan pejabat dan bilik guru.

3.1.2

3.1.3

3.1.4 3.1.5 3.1.6

3.1.7 3.1.8 3.1.9

3.1.10 Dilarang menukar pakaian sebelum atau selepas waktu P&P Pendidikan Jasmani dengan berlengah-lengah. 3.1.11 Setiap murid wajib mematuhi arahan dan perintah guru sama ada di dalam atau di luar kelas. 3.1.12 Murid-murid yang memburuk-burukkan nama sekolah boleh diambil tindakan disiplin. 3.1.13 Murid-murid tidak boleh masuk bilik guru tanpa kebenaran.

3.2

Tatatertib Di Dalam Kelas 3.2.1 3.2.2 Murid-murid mesti berada di dalam kelas sepanjang waktu P&P. Murid-murid dibenarkan keluar kelas sekiranya ada urusan dan mendapat kebenaran daripada guru terlebih dahulu.

3.3

Tatatertib Sewaktu Perhimpunan

3.3.1 3.3.2 3.3.3 3.3.4 3.3.5 3.3.6 3.3.7 3.3.8 3.3.9

Murid-murid wajib menghadiri perhimpunan sekolah. Murid-murid mesti berada di tapak perhimpunan 5 minit sebelum perhimpunan dimulakan. Murid-murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing. Dilarang bercakap-cakap atau mengganggu kawan. Pengawas berhak mencatat nama murid yang melanggar peraturan ketika berada dalam perhimpunan. Murid-murid mesti menyanyi lagu-lagu yang telah ditetapkan. Murid-murid hendaklah berdiri tegak dengan tangan di sisi ketika menyanyi. Murid-murid hendaklah mendengar dengan teliti apabila guru menyampaikan ucapan. Muird-murid hendaklah bersurai setelah mendapat daripada guru bertugas dalam keadaan senyap. arahan

3.4

Tatatertib Semasa Rehat 3.4.1 3.4.2 3.4.3 3.4.4 Murid-murid hendaklah keluar rehat pada waktu yang telah ditetapkan dalam jadual waktu. Dilarang makan dan minum bukan waktu rehat. Dilarang membeli makanan dan minuman di luar kawasan sekolah. Semasa waktu rehat, murid-murid tidak dibenarkan berada dalam kelas kecuali bagi mereka yang mendapat kebenaran.

3.5

Tatatertib Semasa Di Kantin 3.5.1 3.5.2 3.5.3 3.5.4 Murid-murid hanya dibenarkan ke kantin dimulakan, waktu rehat dan selepas sekolah. sebelum kelas

Beratur setiap kali membeli makanan dan minuman. Setiap kali membeli makanan dan minuman, amalkan sikap bersopan santun. Makanan dan minuman yang dibeli hendaklah dimakan atau diminum di kantin. JANGAN membawa makanan atau minuman ke tempat lain. Jauhi sikap atau perbuatan membuang sampah merata-rata. Gunakan tong sampah yang disediakan.

3.5.5

3.5.6

Peralatan di kantin seperti pinggan, mangkuk, gelas, cawan, sudu, garfu dan lain-lain perlu diletakkan di tempat-tempat yang dikhaskan selepas digunakan. Semasa pengajaran dan pembelajaran atau semasa perhimpunan sedang dijalankan, kawasan kantin adalah merupakan larangan kecuali setelah diberi kebenaran. Perbuatan berlari-lari, berkejar-kejaran dan bertolak-tolakan semasa hendak membeli makanan atau minuman tidak patut diamalkan.

3.5.7

3.5.8

3.6

Kedai Buku 3.6.1 Waktu berurusan: (7.30 pagi 7.50 pagi, 10.30 pagi 11.00 pagi). Bila-bila masa kecuali waktu pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.

BAHAGIAN 4: KEBERSIHAN

4.1

Kawasan Sekolah 4.1.1 Kebersihan seluruh kawasan sekolah hendaklah sentiasa dijaga. Murid-murid yang didapati mengotorkan kawasan sekolah dan membuang sampah di merata-rata boleh diambil tindakan disiplin. 4.1.2 Amalkan sikap membuang sampah, bungkusan makanan dan lainlain ke dalam bekas atau tong sampah yang telah disediakan. Tong sampah mesti sentiasa ditutup supaya tidak dihinggapi oleh lalat. 4.1.3 Papan-papan kenyataan sekolah mestilah dijaga dengan baik-baik setiap masa. Pihak-pihak yang tidak berkenaan tidak dibenarkan mengganggu/merosakkan/menconteng papan-papan kenyataan tersebut. 4.1.4 Pepohon atau pokok-pokok bunga tidak boleh dirosakkan atau dipetik. 4.1.5 Pasu-pasu bunga hendaklah dijaga supaya tidak pecah.

4.2

Kelas

4.2.1

Adalah menjadi tanggungjawab setiap orang murid menjaga kelas supaya bersih dan teratur setiap masa. Buangkan sampahsampah ke dalam bakul sampah/tong sampah yang disediakan. Makan dan minum dalam kelas adalah merupakan satu kesalahan. Ketua Kelas atau Guru Kelas bertanggungjawab menyediakan satu JADUAL TUGAS HARIAN untuk satu minggu dengan melibatkan semua murid dalam kelas bagi tujuan menjaga kebersihan kelas. Jadual tersebut hendaklah dipamerkan di Papan Kenyataan di kelas masing-masing. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Kelas atau Penolong Ketua Kelas menentukan bahawa jadual tersebut dipatuhi oleh setiap murid. Murid-murid yang tidak menjalankan tugasnya mesti dilaporkan kepada Guru Kelas supaya tindakan disiplin boleh diambil terhadapnya. Papan tulis mestilah sentiasa bersih selepas digunakan. Murid-murid tidak dibenarkan menulis di atas papan tulis tanpa kebenaran guru. Semua murid di dalam sesebuah kelas adalah bertanggungjawab terhadap: a) Keselamatan peralatan-peralatan di dalam kelas tersebut seperti kerusi, meja, almari, papan kenyataan kelas, papan tulis, cermin, tingkap dan lain-lain. b) Kebersihan, kekemasan dan keceriaan kelas. c) Ketenteraman dan ketertiban di dalam kelas.

4.2.2 4.2.3

4.2.4 4.2.5 4.2.6

4.3

Tandas Dan Bilik Air 4.3.1 4.3.2 Murid-murid boleh menggunakan tandas atau bilik air sebelum kelas dimulakan, waktu rehat dan selepas 1.30 petang. Murid-murid yang terpaksa menggunakan tandas atau bilik air kerana kecemasan hendaklah meminta kebenaran daripada guru yang sedang mengajar ketika itu. Setiap pengguna tandas mesti menjaga kebersihan tandas/bilik air itu dengan cara: a) Gunakan flush selepas menggunakan tandas. b) Jika flush rosak, gunakan membersihkan mangkuk tandas itu. baldi/timba untuk

4.3.3

c) Tutup paip air selepas digunakan. d) Tidak boleh mengotori/merosaki sinki tandas dan dinding tandas. 4.3.4 4.3.5 Jangan membuang segala sampah sarap dan sebagainya ke dalam sinki atau lubang mangkuk tandas. Sinki adalah untuk mencuci tangan dan muka sahaja.

BAHAGIAN 5: KESELAMATAN

V.1

Keselamatan Dalam Kawasan Sekolah V.1.1 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah semasa waktu persekolahan kecuali dengan kebenaran. V.1.2 Pihak waris perlu memohon kebenaran daripada Guru Besar atau Penolong Kanan sekiranya hendak membawa pulang anak/jagaan mereka semasa waktu persekolahan dan mencatat maklumat-maklumat yang diperlukan di dalam borang/buku khas yang disediakan di pejabat. V.1.3 Murid-murid yang memerlukan pemeriksaan/rawatan doktor hendaklah mengambil BORANG RAWATAN dari pejabat sekolah dan mengisinya untuk ditandatangani oleh Guru Besar atau Penolong Kanan.

V.2

Kebakaran V.2.1 Sesiapa sahaja yang mengetahui berlakunya kebakaran di bangunan sekolah hendaklah melaporkan segera kepada Guru Bertugas atau terus kepada Guru Besar/Penolong Kanan. V.2.2 Pihak sekolah hendaklah serta-merta berhubung terus dengan pihak Bomba atau Polis. V.2.3 Loceng akan dibunyikan secara berpanjangan. V.2.4 Murid-murid mestilah keluar dari bangunan sekolah atau dari kelas dengan cepat/pantas dan senyap tetapi dalam keadaan tenang ke tempat berkumpul. V.2.5 Murid yang tidak ada di dalam kelas dikehendaki pergi terus ke tempat berkumpul dan laporkan diri kepada Guru Kelas.

V.2.6 Ketua Kelas hendaklah mengambil buku daftar kedatangan dan Guru Kelas hendaklah membuat panggilan nama murid-murid serta-merta. V.2.7 Ketua kelas memberi bilangan murid yang ada serta nama murid yang tercicir kepada Guru Kelas. V.2.8 Guru-guru dan Kakitangan Sekolah juga mestilah keluar dari bangunan sekolah serta-merta bersama-sama dengan murid. V.2.9 Keluarlah dari bangunan sekolah berdasarkan arahan mengikut kelas masing-masing. V.2.10 Kakitangan Pejabat dikehendaki mengeluarkan buku-buku pendaftaran serta fail-fail penting dari pejabat. V.2.11 Guru-guru bertanggungjawab mengawal ketenteraman dan keadaan murid-murid keluar dari bangunan sekolah ke tempat berkumpul. V.2.12 Kakitangan sekolah bertindak dengan segera dan pantas mengambil alat-alat pemadam api untuk digunakan sebelum kedatangan pihak Bomba.

V.3

Kawasan Dan Tempat Larangan V.3.1 Persekitaran kantin pada masa dijalankan kecuali dengan kebenaran. pelajaran sedang

V.3.2 Keluar masuk sekolah melalui pintu pagar belakang sekolah. V.3.3 Tempat letak kereta guru. V.3.4 Tempat letak basikal. V.3.5 Surau pada masa pelajaran dijalankan (kecuali dengan kebenaran).

V.4

Rombongan Atau Lawatan V.4.1 Murid-murid dikehendaki memberi maklumat mengenai sebarang rombongan/lawatan yang mereka sertai kepada ibu/bapa/penjaga masing-masing. V.4.2 Persetujuan bertulis Surat Kebenaran Waris daripada ibu/bapa/penjaga hendaklah didapatkan sebelum membuat lawatan.

V.4.3 Peraturan keselamatan hendaklah dirumuskan dan diterangkan kepada murid-murid dengan teliti sebelum lawatan itu. V.4.4 Sekurang-kurangnya 10:1 orang guru penjaga hendaklah ada bersama-sama bukan sahaja menjaga tatatertib murid bahkan juga untuk menentukan langkah-langkah keselamatan dituruti. V.4.5 Disiplin murid hendaklah dijaga demi menjaga nama baik sekolah. Murid-murid mesti mengikut semua arahan guru. V.4.6 Alat pertolongan cemas hendaklah sentiasa dibawa di dalam sebarang lawatan. V.4.7 Satu laporan hendaklah disampaikan kepada Guru Besar selepas setiap lawatan dibuat.

V.5

Insuran V.5.1 Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1995, Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok dilaksanakan bagi semua murid sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. V.5.2 Tempoh perlindungan bermula dari persekolahan dan berkuatkuasa selama setahun. hari pertama

V.6

Harta Benda Sekolah V.6.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua murid menjaga harta benda sekolah yang terdapat dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat sumber dan di mana-mana sahaja dalam kawasan sekolah. V.6.2 Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru. V.6.3 Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti.

V.7

Buku SPBT V.7.1 Murid-murid yang diberikan buku teks diwajibkan menjaga buku-buku (Buku SPBT) itu dengan baik dan memulangkannya pada akhir penggal persekolahan. V.7.2 Buku-buku SPBT hendaklah dibalut.

V.7.3 Murid-murid tidak dibenarkan menggunting, membuat apaapa catatan dan contengan di dalam atau pada buku-buku teks berkenaan (kecuali buku teks kerja/aktiviti). V.7.4 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan buku-buku SPBT dan buku-buku lain dalam meja kelas selepas persekolahan. Murid-murid yang melanggar peraturan ini akan dirampas bukunya. V.7.5 Buku-buku teks pinjaman yang rosak atau hilang hendaklah diganti sebelum jadual penyerahan pada akhir tahun. Murid-murid yang tidak atau enggan berbuat demikian TIDAK akan dipertimbangkan lagi untuk mendapat pinjaman buku teks seterusnya. V.7.6 Peraturan-peraturan lain mengenai Skim Pinjaman Buku Teks hendaklah dipatuhi.

V.8

Bayaran Yuran V.8.1 Setiap murid dikehendaki menjelaskan DENGAN SEGERA semua yuran bayaran yang dikenakan oleh pihak sekolah/Jabatan Pelajaran.

BAHAGIAN 6: BILIK KHAS

6.1 Sumber.

Pusat Sumber 6.1.1 6.1.2 6.1.3 6.1.4 6.1.5 6.1.6 Murid-murid dilarang masuk tanpa guru atau Pengawas Pusat Beg, makanan dan bahan-bahan lain tidak dibenarkan dibawa masuk ke perpustakaan kecuali alat tulis. Murid-murid mestilah bersama-sama guru semasa waktu kelas P & P atau semasa waktu Program NILAM (AUWP). Pinjaman dan pulangan buku boleh dibuat melalui Pengawas Pusat Sumber yang bertugas sahaja. Sebarang kehilangan atau kerosakan bahan pinjaman, peminjam hendaklah bertanggungjawab. Pastikan semua bahan atau buku yang dipinjam atau dibaca dipulangkan dan diletak semula pada rak/tempat yang betul.

6.1.7

Kebersihan dan keselamatan Pusat Sumber adalah tanggungjawab bersama. Bacalah dengan senyap semasa berada di perpustakaan.

6.2

Makmal Sains 6.2.1 6.2.2 6.2.3 6.2.4 6.2.5 6.2.6 6.2.7 6.2.8 6.2.9 Dilarang masuk tanpa kebenaran guru. Sebarang peralatan tidak boleh dibawa keluar dari makmal tanpa kebenaran guru. Jangan buang bahan pepejal ke dalam sinki. Baca label pada botol bahan uji sebelum menggunakannya. Asid yang terkena pada kulit atau pakaian mestilah dibasuh dengan segera menggunakan air yang banyak. Jangan rasa sebarang bahan kimia walaupun ia adalah larutan yang cair. Semua bahan kimia adalah beracun dan berbahaya. Laporkan kemalangan dengan serta-merta kepada guru. Cuci dan letakkan radas ditempat asal selepas digunakan. Jika berlaku kebakaran, peraturan kebakaran sekolah anda hendaklah dipatuhi.

6.2.10 Jangan bazirkan gas, air dan tenaga elektrik.

6.3

Bilik Kemahiran Hidup 6.3.1 6.3.2 6.3.3 6.3.4 6.3.5 6.3.6 6.3.7 6.3.8 6.3.9 Dilarang ke bengkel tanpa kebenaran guru. Dilarang membawa beg masuk ke dalam bengkel. Buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja. Gunakan alatan dan bahan yang betul dengan cermat. Pastikan bekas bahan beracun, bahan kimia dan bahan yang mudah terbakar tidak digunakan. Laporkan kepada guru dengan segera jika berlaku kemalangan atau kecederaan. Bersihkan meja kerja dan kawasan bengkel setelah selesai menjalankan semua aktiviti. Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel. Letakkan semula bahan pelarut dan reja kayu yang telah digunakan di tempat yang disediakan.

6.3.10 Pastikan penjagaan alatan, bahan, perkakas dan mesin hendaklah dilakukan berterusan supaya sentiasa berkeadaan baik dan selamat digunakan. 6.3.11 Patuhi peraturan keselamatan sepanjang masa. 6.3.12 Dilarang memakai barang hiasan diri semasa berada di dalam bengkel. 6.3.13 Pakai pakaian yang sesuai dan kemas serta kasut yang bertutup. 6.3.14 Murid-murid yang berambut panjang dan bertudung perlu berhatihati semasa kerja-kerja amali. 6.3.15 Fahamkan betul-betul kerja sebelum memulakannya dan mendapat bimbingan guru sekiranya terdapat sebarang keraguan. 6.3.16 Jangan bermain atau bergurau di tempat kerja. 6.3.17 Cuci tangan selepas bekerja.

6.4

Surau 6.4.1 6.4.2 6.4.3 kemas. 6.4.4 Semua guru dan murid adalah digalakkan menggunakan surau untuk bersembahyang dan melakukan aktiviti keagamaan. Pengguna diminta sentiasa memelihara kebersihan dan kesucian surau sesuai sebagai tempat ibadat. Tanggalkan beg dan kasut diluar surau dengan teratur dan Susun semula sejadah, telekung dan Al-Quran ditempat yang disediakan dengan kemas. lampu dan tutup tingkap semasa

6.4.5 Matikan semua kipas, meninggalkan surau. 6.4.6 6.4.7 surau. 6.4.8

Jangan bising semasa berada di dalam surau. Tidak dibenarkan membawa masuk makanan/minuman ke dalam Hendaklah memakai pakaian yang menutupi aurat.

BAHAGIAN 7: GERAKERJA KOKURIKULUM

7.1

Kokurikulum

7.1.1 berikut:

Semua murid Tahap 2 wajib mengambil bahagian dalam 3 aktiviti a) Kelab/Persatuan Akademik b) Pasukan Beruniform/Pakaian Seragam c) Sukan/Permainan Penyertaan di atas adalah mempunyai syarat- syarat seperti a) Kedatangan adalah wajib pada hari yang ditetapkan. b) Setiap murid mesti berpakaian mengikut aktiviti yang disertai. c) Murid- murid tidak dibenarkan menjalani kegiatan tanpa guru penasihat.

7.1.2 berikut:

7.2

Pendidikan Jasmani 7.2.1 Semua murid diwajibkan mengikuti mata pelajaran Pendidikan Jasmani. 7.2.2 Murid yang mempunyai penyakit kronik seperti semput, lelah (Asma), leukemia hendaklah dimaklumkan kepada guru untuk dikecualikan.

7.2.3 Berpakaian yang sesuai seperti yang ditetapkan oleh guru Pendidikan Jasmani. 7.2.4 7.2.5 7.2.6 7.2.7 Memakai trek bottom warna gelap dan T-shirt sekolah/T-shirt Rumah Sukan/T-shirt warna putih. Penggunaan alatan sukan mestilah dengan kebenaran guru dan mematuhi arahan. Semua peralatan hendaklah disimpan semula dengan teratur dan selamat di tempat yang dikhaskan. Sebarang kecederaan/kemalangan hendaklah dilaporkan kepada guru untuk tindakan.

7.3

Sukan Dan Olahraga 7.3.1 7.3.2 Tiap-tiap murid digalakkan mengambil bahagian yang aktif dalam sukan dan olahraga terutamanya dalam latihan rumah sukan. Semua murid hendaklah menghadiri mesyuarat atau latihan rumah sukan masing-masing.

7.4

Peraturan-peraturan Permainan/Sukan 7.4.1 Murid-murid memakai pakaian yang dikhaskan untuk permainan dan sukan. Pakaian khas ini dipakai hanya oleh mereka yang sebenarnya menghadiri perjumpaan pada hari yang berkenaan.

7.4.2 7.4.3 7.4.4

Setiap aktiviti yang melibatkan murid-murid mestilah dihadiri oleh Guru Penasihat. Semua surat rasmi mesti ditunjukkan kepada Guru Penasihat. Semua surat yang hendak dikirim kepada pihak-pihak yang berkenaan mesti ditandatangani oleh Guru Penasihat dan melalui Guru Besar.

7.5

Peraturan-peraturan Persatuan Dan Kelab 7.5.1 7.5.2 Semua persatuan dan kelab sekolah mestilah patuh kepada Perlembagaan Persatuan. Semua persatuan dan kelab mestilah membuat RANCANGAN KEGIATANNYA dan guru bertindak sebagai penasihat/pemimpinnya. GURU PENASIHAT/GURU PEMIMPIN mestilah menentukan persatuan dan kelab masing-masing BERGERAK DENGAN AKTIF DAN BERKESAN serta bertanggungjawab mengawal disiplin ahli-ahlinya. GURU PENASIHAT/GURU PEMIMPIN hendaklah menentukan semua aktiviti atau rombongan adalah terkawal dan diuruskan dengan sempurna mengikut undang-undang polisi sekolah dan Jabatan Pelajaran. GURU PENASIHAT/GURU PEMIMPIN hendaklah memberi latihan dan pengalaman yang wajar untuk mewujudkan sikap dedikasi, bekerjasama, bertanggungjawab, kepercayaan diri dari sikap-sikap lain yang baik. GURU PENASIHAT/GURU PEMIMPIN hendaklah mengawal dan bertanggungjawab terhadap semua peraturan perjumpaan, urusan dan kemajuan persatuan dan kelab yang dikelolakan olehnya. GURU PENASIHAT/GURU PEMIMPIN hendaklah menyelaraskan semua aktiviti persatuan dan kelab di bawah jagaannya dan melaporkan kepada Setiausaha/Penolong Kanan Kokurikulum/Guru Besar dari semasa ke semasa tentang perkembangan dan kegiatan persatuan kelabnya. GURU PENASIHAT/GURU PEMIMPIN bertangungjawab memastikan LAPORAN TAHUNAN kegiatan persatuan dan kelabnya sepanjang tahun dihantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum sebelum 31 Oktober setiap tahun.

7.5.3

7.5.4

7.5.5

7.5.6

7.5.7

7.5.8

BAHAGIAN 8: SALAHLAKU BERAT

Berikut ialah jenis-jenis salahlaku mengikut SSDM (Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid). Tindakan berat termasuk BUANG SEKOLAH akan diambil kepada sesiapa yang melakukannya. 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 8.6 8.7 8.8 8.9 8.10 8.11 8.12 8.13 8.14 8.15 8.16 8.17 8.18 8.19 8.20 8.21 8.22 8.23 8.24 8.25 8.26 Berjudi. Mencuri. Melawan/Mengancam/Memukul/Mencederakan guru. Melawan/Mengancam/Memukul/Mencederakan pengawas. Memeras ugut. Membuli/Pelancoan. Menyalahgunakan dadah. Membawa senjata berbahaya. Mengancam/Memukul/Mencederakan murid lain. Menceroboh bilik khas/kedai buku/pejabat sekolah. Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah. Menggunakan kata perbuatan lucah. Melukis dan menulis kata-kata dan gambar-gambar lucah. Rambut panjang/fesyen rambut keterlaluan. Berkuku panjang. Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah. Memakai barang-barang perhiasan yang dilarang ke sekolah. Berkeliaran di kawasan sekolah. Datang lewat ke sekolah. Lewat ke perhimpunan. Makan di kantin luar masa rehat. Berkelakuan kasar terhadap guru. Berkelakuan kasar terhadap pengawas. Berkelakuan kasar terhadap murid. Berbahasa kesat. Menyimpan rokok.

8.27 8.28 8.29 8.30 8.31 8.32 8.33 8.34 8.35 8.36 8.37 8.38 8.39 8.40 8.41 8.42 8.43 8.44 8.45 8.46

Menghisap rokok. Mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Tidak menghormati guru. Tidak menghormati pengawas. Merosakkan harta benda sekolah. Merosakkan harta benda Pengetua/Guru Besar dan guru-guru. Merosakkan harta benda kantin. Merosakkan harta benda murid. Menipu yang melibatkan wang. Menipu yang melibatkan kepercayaan. Ponteng kelas. Ponteng sekolah. Ponteng perhimpunan. Ponteng kegiatan luar bilik darjah/kokurikulum. Ponteng ujian. Ponteng peperiksaan. Bergaduh/berkelahi. Kenakalan/hooliganism. Kesalahan siber. Membawa telefon bimbit ke sekolah.

Sekiranya murid-murid didapati melakukan kesalahan yang tersebut di atas, kesalahan akan dimasukkan dalam Laporan Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM).

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA AUR,


08210 SIK, KEDAH DARUL AMAN.
a) PERAKUAN MURID - MURID

Adalah saya . kelas/tahun Sijil Lahir bernombor . telah memahami segala peraturan dan undang-undang sekolah. Sebagai seorang pelajar di sekolah ini saya bersedia untuk memahami peraturan-peraturan tersebut dan rela diambil tindakan sekiranya saya didapati melanggar undang-undang sekolah ini.

( Tandatangan )

Tarikh:

b) PERAKUAN IBU BAPA/PENJAGA

Adalah

saya

... waris/penjaga

No.

K/P kepada

.. kelas .. telah memahami segala peraturan dan undang-undang sekolah. Saya memahami hukuman yang dikenakan ke atas anak/jagaan saya sekiranya dia melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang sekolah.

( Tandatangan ) Nama : Alamat : ....

Tarikh:

No. Tel:

RUKUNEGARA
Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan Dan Kesusilaan
SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI HUSSAIN, KG TUPAI, 08200 SIK, KEDAH DARUL AMAN.
______________________________________________________________________________ c) PERAKUAN MURID - MURID Adalah saya . kelas/tahun Sijil Lahir bernombor . telah memahami segala peraturan dan undang-undang sekolah. Sebagai seorang pelajar di sekolah ini saya bersedia untuk memahami peraturan-peraturan tersebut dan rela diambil tindakan sekiranya saya didapati melanggar undang-undang sekolah ini.

( Tandatangan )

Tarikh:

d) PERAKUAN IBU BAPA/PENJAGA

Adalah

saya

... waris/penjaga

No.

K/P kepada

.. kelas .. telah memahami segala peraturan dan undang-undang sekolah. Saya memahami hukuman yang dikenakan ke atas anak/jagaan saya sekiranya dia melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang sekolah.

( Tandatangan ) Nama : Alamat : .... No. Tel:

Tarikh:

RUKUNEGARA
Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang Kesopanan Dan Kesus

Anda mungkin juga menyukai