Anda di halaman 1dari 6

di dalam sebuah majlis ilmu seperti ini yang mana sangat

UCAPAN PERASMIAN PENGERUSI MAJLIS


PERTANDINGAN PIDATO 2010
Bismillah Hirrahman Nirrahim, Yang Berusaha Pengerusi Majlis, Yang Dimuliakan Tetamu Kehormat Majlis, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dayang Hajah Aminah Binti .......... Yang Dimuliakan Pengarah Jabatan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam, Awang Haji Mohd Kassim Bin Mohd Yassin Yang Dihormati Pengetua-Pengetua, Timbalan-Timbalan Pengetua, Para Tetamu, Jemputan serta para hadirin sekelian. Assala mualaikum warahmatulla hi wabarakatuh, Kita berasa bertuah dan bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpahan rahmat, serta hidayah dan izinNya jua kita telah berkesempatan bersama-sama hadir

bermanafaat kepada semua pihak. Di dalam majlis ini, kita akan menyaksikan dalam beberapa pelajar dengan akan tampil kehadapan, untuk menunjukkan bakat dan keupayaan mereka, pertandingan bermodalkan kekuatan mental, kemahiran menyampaikan fakta dan kepetahan berbicara. Pemidato-pemidato muda ini telah terpilih dan sampai ke peringkat ini setelah menjalani ujian berpidato pada peringkat-peringkat saringan yang telah diadakan sebelum ini. Bagi pihak Maktab Duli Pengiran Muda Al Muhtadee Billah, saya bagi pihak penganjur pertandingan, merasa sangat bangga dan teruja dengan kejayaan Maktab menganjurkan pertandingan Pidato Bahasa Melayu Peringkat PraUniversiti bagi pusat-pusat pengajian Tingkatan Enam Seluruh Negara bagi tahun 2010. Sesungguhnya pihak Maktab merasa sungguh berbesar hati serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, bagi kami menganjurkan pertandingan Pidato ini yang mana merupakan buat julung

kalinya diadakan oleh Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Tuan-Tuan dan Puan-Puan pada Hadirin sekelian, Seperti yang dimaklumi, bagi Pertandingan minat Pidato ini dihasratkan menanamkan mengkaji,

Di

negara-negara

jiran

misalnya,

acara

pertandingan

berpidato di kalangan pelajar dan generasi muda adalah merupakan acara tetap yang sering diadakan setiap tahun. Di negara-negara berkenaan, program berpidato ternyata berjaya memupuk semangat patriotism, di samping mempromosi semangat saling memahami budaya dan mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat dari pelbagai kaum dan taraf hidup. Dalam konteks lain, acara berpidato berjaya memupuk ketahanan nasional, semangat cintakan alam sekitar, semangat kesukarelawanan (volunteerism), hubungan kekeluargaan, perekonomian dan keusahawanan, sains dan teknologi dan sebagainya. Dalam pada itu kita juga memaklumi. akan perlunya diwujudkan batas-batas tertentu, sesuai dengan dasar yang sedia ada, agar tema yang dipilih untuk dibahaskan tidak menimbulkan kekeliruan dan salah faham, menyinggung pihak-pihak tertentu atau memberikan kesan negatif lain sehingga memudaratkan hubungan sesama manusia dan juga negara. yang tidak diingini. Dengan kata lain, kemahiran berpidato, jika disalahguna, juga akan menimbulkan kesan Dengan sebab itu ianya hendaklah

menyelidik, berbahas dan menyampaikan buah fikiran secara sihat, jitu dan tepat, berilmiah dan berakhlak di kalangan pelajar-pelajar yang mana merupakan generasi muda harapan negara dan pelapis kepada generasi masakini. Berbeza dari pertandingan-pertandingan lain,

pertandingan berpidato adalah lebih bersifat akademik dan intelektual. Ia memaksa para pemidato memerah daya pemikiran dan ilmu pengetahuan serta pengalaman berhujah dengan gaya meyakinkan. Semua ini dilakukan dengan cara sihat dan terbuka, dalam konteks semangat dan suasana cinta-ilmu, dan pembinaan syahsiah dan keperibadian insan kamil. Dengan sebab itu, amalan berpidato ternyata bersifat universal, lebih-lebih lagi dalam negara yang sedang membangun, dan memerlukan ideaidea yang bernas dan bakat kepimpinan yang serba-boleh.

diiringi dengan sifat-sifat positif, mulia, jujur, amanah, matang dan bertanggungjawab. Adalah diharap dengan pengajuran pertandingan ini, ia akan merupakan titik-tolak kepada program seumpamanya yang lebih menjurus kearah memajukan negara dalam konteks Sistem Pendidikan Negara Abad 21 dan kerangka dasar dan falsafah Melayu Islam Beraja yang kita amalkan. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sidang Hadirin sekelian, Dilihat dari konteks program ini khususnya, penganjuran pertandingan seumpama ini ternyata membolehkan kita mengenalpasti pelajar-pelajar yang berbakat di dalam bidang berpidato, berpotensi sebagai pemimpin, dan mempunyai kemahiran dan petah berkomunikasi, dengan kebolehan mengemukakan idea, pandangan dan pendapat mereka melalui hujah-hujah yang bernas, bijaksana dan berhemah serta berkesan secara spontan. Kaedah berhujah seperti inilah yang sentiasa di cari dan sangatsangat tinggi nilainya, baik kepada individu berkenaan mahupun bagi pihak kumpulan masyarakat atau negara yang diwakilinya. Seseorang pelajar mungkin kelihatan cemerlang dalam akademik, tetapi ia jika gagal berbicara

dan

mengemukakan

hujah,

maka

kecemerlangan

akademiknya mungkin tidak mampu membawanya ke tahap kejayaan yang diharapkan. Kemahiran berpidato yang disertakan dengan akhlak yang mulia, adalah merupakan suatu aset dan ciri perwatakan yang unik yang mana perlu digilap sejak dari peringkat awal kanak-kanak lagi, sebagai suatu komponen penting dari sistem pendidikan negara dan pembangunan keluarga, serta kelompok masyarakat berbudaya, maju dan berjaya. Dalam persekitaran dunia pada masa kini dan akan datang, kemahiran berkomunikasi antarabangsa mampu dan berpidato di peringkat saingan memberikan kelebihan

(competitive advantage) dan impak yang besar kepada sesebuah negara-bangsa, dalam apa jua bidang yang membabitkan hubungan diplomasi dan rundingan dua-hala serta juga pelbagai-hala (bilateral and multilateral). Di peringkat antarabangsa, wakil negara yang bijak berpidato di pandang mulia dan tinggi di mata dunia, lantaran kemampuannya menyelamatkan maruah serta kedaulatan sesebuah negara. Tidak hairanlah apabila kita mendapati sejarah menunjukkan bahawa para pemimpin-pemimpin terkenal, pejuang-pejuang keamanan serta para perunding 3

terkemuka dunia adalah terdiri daripada mereka yang merupakan orator dan bijak berpidato. Di peringkat perniagaan dan korporat pula kemahiran membuat berpotensi menentukan pembentangan idea atau berhujah kes, dan memperjelas mega, atau berunding dan produk mempertahankan projek

gaya para ahli pemidato yang lebih berpengalaman, iaitu sebelum membentuk style mereka sendiri. Secara tidak langsung aksi dan amalan seperti ini akan membantu pelajar membentuk hobi yang sihat, membuat penyelidikan ke atas sesuatu topik yang dipilih, memilih pemimpin atau pemidato terkenal sebagai idola untuk dicontohi, mengasah dan membentuk minda untuk berfikir secara kritis, bijak dan pantas, lantas mengeluar serta mengulas hujah-hujah berkenaan satu demi satu, secara beradab dan tersusun menurut lojiknya, tanpa perlu menyinggung pihak lain, dalam nada alunan suara yang bersesuaian menurut konteksnya, dengan tujuan untuk menarik perhatian dan meyakinkan pihak yang mendengar. Tidakkah ini sesuatu yang menarik dan boleh dibanggakan? Kita mengharapkan supaya para pelajar yang mengikut

merupakan entiti

kebolehan yang sangat penting dalam memberi impak dan kejayaan dan survival sesuatu perniagaan atau syarikat, samada di peringkat tempatan mahupun global. Malah ada banyak entiti korporat yang bermodalkan hanya kemahiran bercakap dan berhujah (dalam istilah moden, dikatakan melobi) sahaja tetapi mampu mempengaruhi dasar sesebuah negara dan scenario politik tempatan dan antarabangsa. Tuan-Tuan dan Puan-Puan Para Hadirin Hadirat yang dihormati, Tidak dinafikan, pada dasarnya, acara pertandingan seperti ini. justeru dihasratkan bagi meningkatkan keyakinan diri di kalangan pelajar yang terbabit, di mana mereka dilatih supaya tampil berdiri di hadapan audien untuk berhujah, dengan ekspresi dan gaya yang tersendiri, atau meniru

pertandingan ini, serta pelajar-pelajar yang lain juga, akan terus berusaha dari semasa ke semasa untuk menanamkan minat berpidato sebagai suatu hobi yang berguna, secara sihat serta mempertajamkan kemahiran mereka hingga ke peringkat yang lebih tinggi, samada di dalam mahupun di luar negara.

Bagi

pihak

Maktab

sendiri,

tidak

dinafikan,

kami

yang sangat penting dimiliki bagi setiap pelajar di abad 21 ini. Akhirul kalam, saya bagi pihak Maktab juga tidak lupa memohon maaf, di atas apa jua kekurangan yang terdapat di sepanjang program pertandingan ini berjalan, serta majlis yang kita adakan pada hari ini. Yang baik itu sesungguhnya datang dari Allah jua, manakala mana-mana yang kurang baik itu datang dari diri kita sendiri. Semoga ianya menjadi akan datang. iktibar kepada kita bagi menjalankan program seumpama ini dengan lebih berjaya di masa yang

memperolehi pengalaman yang sungguh berharga, dalam proses kami mengendalikan acara ko-kurikulum yang boleh dianggap berprestij seperti ini, kerana ia menyediakan peluang bagi mengumpulkan pelajar-pelajar Tingkatan Enam yang berwibawa dan berketerampilan, berkepimpinan, berkebolehan dan berkemahiran, dalam suatu wacana intelektual yang sememangnya bersifat global, dan selaras dengan semangat dan matalamat yang ditetapkan oleh Sistem Pendidikan Negara Abad 21, yang sedang kita praktikkan pada masa ini. Dalam pertandingan ini, sebanyak 8 buah pusat-pusat pengajian yang menyediakan pendidikan Tingkatan Enam di negara ini telah mengambil bahagian, di mana peringkat saringannya telah diadakan terlebih dahulu pada 22hb Jun 2010 yang lalu. Pihak kita menyeru dan berharap supaya pertandingan Pidato seperti ni akan terus diadakan secara tetap di masa-masa yang akan datang memandangkan kepada faedahnya yang banyak kepada pelajar-pelajar, masyarakat, agama dan negara, terutama sekali dalam menggarap dan membangun pengetahuan dan kemahiran

Sekian, wabillahi Taufiq wal hidayah, wassala mualaikum warahmatulla hi wabarakatuh. Terima kasih.

Marina Chek Binti Bujang


Pengerusi Universiti Pemangku Pengetua Maktab Duli Pg Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong. 29 June 2010. 5 Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Pra-

Anda mungkin juga menyukai