Anda di halaman 1dari 3

KOPERASI XXXXXXX

KERTAS CADANGAN PEMBELIAN SEBUAH KOMPUTER RIBA UNTUK KEGUNAAN PENOLONG PENGURUS BESAR

Disediakan Penolong Pengurus Besar

Melalui; Pengurus Besar

Kegunaan : Mendapat kelulusan ALK Kertas Cadangan Tarikh Dibincangkan Status Diluluskan 1.0 PENDAHULUAN Dibincangkan Ditolak
KERTAS CADANGAN PEMBELIAN SATU UNIT KOMPUTER RIBA UNTUK KEGUNAAN PENOLONG PENGURUS BESAR

Komputer adalah sebuat alat yang sangat berguna untuk setiap perkara. Di antaranya termasuklah perkara-perkara berikut:- samada untuk berkomunikasi,

menyediakan kertas kerja atau digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam mesyuarat dan banyak lagi. Oleh itu, ianya amat penting untuk digunakan dalam setiap organisasi. 2.0 LATAR BELAKANG Satu unit komputer riba perlu dibeli untuk kegunaan Penolong Pengurus Besar Koperasi. Untuk makluman, sebelum ini Penolong Pengurus Besar hanya menggunakan komputer riba milik sendiri untuk menjalankan kerja-kerja pejabat. Ini adalah disebabkan kekurangan komputer setelah komputer riba yang digunakan oleh Penolong Pengurus Besar yang lama telah rosak dan tidak dapat dibaiki. Di antara kegunaan komputer riba oleh Penolong Pengurus Besar adalah seperti berikut:a. Membuat kertas kerja serta minit mesyuarat ALK. b. Sebagai alat komunikasi antaranya untuk menyampaikan dan menerima maklumat ALK dan juga menyampaikan maklumat kepada internal staf atau kepada organisasi yang lain. c. Menyimpan data-data penting dalam bentuk 'soft copy' dan lain-lain lagi. Antara lain, Penolong Pengurus Besar juga menjadi salah seorang ahli untuk Biro Property Care, Biro Peruncitan dan Biro Pembiayaan dan turut serta dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. Adalah penting untuk setiap biro atau ALK menyampaikan sebarang maklumat melalui email dan banyak lagi maklumat yang boleh disimpan di dalam komputer riba ini. 3.0 SEBUTHARGA DAN KOS PEMBELIAN KOMPUTER RIBA Sebutharga dan kos yang terlibat di dalam pembelian komputer riba adalah seperti berikut: Bil 01 Jenama Acer Aspire AS4755G-2434G64 HP Pavilion G41112TX/1113TX Asus A53SV-SK480V Harga (RM) 2,599.00 Catatan
Intel core i5-2410M processor 14 HD WLED display with Truelife NVDIA*GFORCE. 1 tahun waranti Intel Core i5-2430M Processor 14 HD HP LED ATI Radeon HD6470 Graphics 1GB. 3 tahun waranti Intel core i5-2430M 15.6 LED HD NVDIA GT540 iGB 2 tahun waranti

02

2,499.00

03

2,599.00

Berdasarkan kepada ciri-ciri yang terdapat dalam komputer yang di atas, pilihan dibuat untuk membeli ASUS A53SV-SK480V kerana skrin yang besar dan waranti selama 2 tahun serta kelajuan yang lebih dibandingkan dari komputer lain dari senarai di atas. Sebut harga ini telah diperoleh dari unit pembiayaan Koperasi.

4.0 KESIMPULAN Dengan pembelian ini, ianya akan dapat melicinkan tugasan berkaitan kertas kerja dan komunikasi dua hala untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh Penolong Pengurus Besar. Ianya mesti direalisasikan kerana sebagai menyokong usaha untuk memajukan perniagaan KOPERASI yang semakin mencabar. 5.0 CADANGAN Dimajukan untuk kelulusan Anggota Lembaga Koperasi (ALK).