Anda di halaman 1dari 13

1.0 KONSEP PANDANGAN SEMESTA 1.

1 KONSEP PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM

Pandangan semesta secara sinonim disebut juga sebagai sinonim pandangan alam atau tasawwur. Secara literal istilah ini bermaksud memberi rupa atau gambaran atau lukisan sesuatu perkara. Ia juga merupakan nama kepada hasil renungan dan tilikan akal. Professor Syed Naquib Al-Attas berpandangan bahawa pandangan semesta Islam merupakan pandangan Islam terhadap sesuatu perkara yang wujud sama ada kewujudannya secara nyata dan jelas atau kewujudan secara ghaib iaitu sesuatu yang tidak mampu dilihat oleh pancaindera manusia secara kebiasaannya. Pandangan semesta amat perlu dan penting bagi setiap tamadun. Ini kerana pandangan semestalah yang akan menentukan halatuju dan matlamat sesuatu tamadun. Dalam erti kata lain, pandangan semesta merupakan kerangka bagi pembentukan sesuatu tamadun. Peri pentingnya pandangan semesta dapat dilihat dalam usaha pembentukan masyarakat Madinah oleh Rasulullah SAW. Kerangka pembinaan pandangan semesta telah bermula sejak di kota Mekah lagi dan mengambil masa selama 13 tahun lamanya untuk membina kemantapan jati diri. Natijahnya terhasil setelah diteruskan 10 tahun di Madinah dan akhirnya Madinah muncul sebagai sebuah Negara Islam pertama di dunia. Pandangan semesta sesuatu tamadun sebenarnya bergantung kepada sumber epistimologi dan ilmu. Tamadun Islam misalnya bersumberkan wahyu al-Quran dan alSunnah. Sementara sumber-sumber yang lain hanyalah sekadar sumber sokongan. Justeru itu, sumber wahyulah yang menjadi paksi kehidupan manusia dan akan menentukan halal atau haram, berguna atau tidak dan sebagainya. Inilah pegangan dan amalan dalam masyarakat dan pembinaan tamadun Islam. Setiap tamadun mempunyai asas pandangan semestanya yang tersendiri.

Terdapat tiga asas utama dalam perbincangan mengenai pandangan semesta Islam terhadap pembinaan tamadun manusia. Asas yang paling utama ialah pandangan semesta Islam terhadap pencipta. Islam meletakkan kuasa yang mutlak dalam

[1]

kehidupan hanyalah milik Allah SWT, Tuhan pencipta alam dan pencipta seluruh manusia sebagaimana firman Allah SWT; Maksudnya: Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Al-Quran, Surah Al-Alaq, 96:2 Allah SWT juga adalah pencipta seluruh binatang tumbuh-tumbuhan

sebagaimana firman Allah SWT; Maksudnya: Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfaat dan sebahagiannya kamu makan. Al-Quran, Surah Al-Nahl, 16:5 Firman Allah SWT lagi; Maksudnya: Dan Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah, supaya Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan. Al-Quran, al-Naba, 78:14-15. Allah SWT jugalah yang menciptakan langit dan bumi serta segala apa yang terkandung di dalamnya. Allah SWT adalah bersifat tunggal dan segala makhluk ciptaanNya adalah berhajat kepada pertolonganNya sebagaimana yang dijelaskan di dalam firmanNya; Maksudnya: Katakanlah; Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Al-Quran, Surah Al-Ikhlas, 112:1-2 Malah Dia tidak menyerupai dengan sesuatu pun seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Segala kejadian adalah merupakan tanda-tanda bagi kewujudanNya dan kewujudan sifat-sifatNya yang unggul
[2]

seperti

ilmu,

kemahuan,

kekuasaan,

kebijaksanaan dan sebagainya. Kewujudan Tuhan dalam Islam adalah pasti dan wujud sejak azali. Seseorang boleh menetapkan sesuatu sebagai Tuhan, tetapi ia belum tentu menepati hakikat yang dikehendaki oleh Tuhan. Sesuatu penetapan yang tidak diiktiraf oleh Tuhan berkenaan diriNya tidak boleh dianggap menepati dengan kehendak Tuhan. Natijah daripada penetapan yang tidak berasal daripada kehendak Tuhan tentunya membawa kepalsuan dan kebatilan mengenai Tuhan. (al-Attas, 1995:53) Walaupun sebahagian manusia masih beranggapan bahawa pandangan semesta atau tasawwur terhadap Pencipta wujud dalam diri manusia sendiri menurut aspirasi jiwanya, namun tasawwur sedemikian adalah tidak menepati hakikat kebenaran. Ini adalah kerana Tuhan memiliki zatNya yang tersendiri secara azali dan tidak ada permulaan atau kesudahan bagiNya sebagaimana sifat-sifat yang terdapat pada makhlukNya. Sukarnya bagi manusia untuk menemui tuhannya melalui akal pemikirannya semata-mata, maka Allah SWT telah mengutuskan para Nabi dan Rasul untuk memperkenalkan hakikat kewujudanNya kepada manusia melalui wahyuNya. Oleh kerana kewujudan Allah SWT adalah bersifat sempurna dan jauh sekali menyerupai dengan sifat-sifat makhlukNya, maka Allah SWT wajib disembah dan dilarang sama sekali untuk disekutukan. Sifat Keesaan ini disebut sebagai konsep Tauhid. Pandangan semesta Islam terhadap keesaan Allah SWT terbahagi kepada tiga iaitu Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma dan Sifat. Tauhid Rububiyyah ialah mengiktiqadkan bahawa Allah SWT adalah satusatunya Tuhan yang tidak ada sekutu bagiNya dalam mencipta, memerintah, mentadbir dan memiliki serta sifat-sifat lain yang membawa maksud al-Rabb (Al-Madani, t.t: 177). Tauhid Uluhiyyah bermaksud mengiktiqad bahawa hanya Allah sahaja yang berhak disembah, dicintai dan ditaati serta ditumpukan seluruh pengharapan. Sementara Tauhid Asma dan Sifat pula bermaksud beriktiqad dengan azam bahawa Allah SWT memiliki nama-nama dan sifat-sifat Yang Maha Agung lagi Maha Sempurna serta bersih dari segala sifat-sifat kekurangan

[3]

Menurut pandangan semesta Islam terhadap manusia, kejadian manusia adalah suatu kejadian yang unikjika dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain terutama jika dilihat kepada kurniaan akal dan ruh yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan ke arah yang baik. Dengan kurniaan akallah manusia mampu menerokai dan menerima ilmu dan pemikiran. Makala dengan kurniaan ruh pula, manusia mampu berinteraksi dengan alalm rohani dan alam Tuhan yang kedua-duanya tidak akan dapat dicapai oleh makhluk-makhluk lain. Manusia telah diberi amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi. Walaupun manusia dianugerahkan akal pemikiran tetapi manusia tetap bersifat lemah dan tidak berupaya memiliki sesuatu melainkan apa yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT sahaj. Malah, segala kekuatan fizikal yang dimiliki manusia hanyalah bersifat sementara dan tidak mutlak. Alam yang terbentang di hadapan kita dalam pelbagai bentuk dan rupa serta penuh dengan keunikan kejadiannya merupakan milik Allah SWT. Dia tidak pernah memberi milik ini kepada manusia tetapi diberinya hanyalah untuk kemudahan mengguna dan memanfaatkannya dalam kehidupan mengikut sempadan dan peraturan yang telah ditetapkanNya. Ini merupakan pendangan semesta tamadun Islam terhadap alam. Kewujudan alam adalah merupakan bukti atau tanda-tanda yang manzurah (dapat dilihat) tentang adanya Allah SWT sebagai penciptanya. Secara umumnya, tasawwur Islam terhadap alam merangkumi alam manusia, alam binatang, alam jamadat (batu, pasir,tanah), alam galian dan alam rohani (malaikat, jin,syaitan). Segala bentuk tindakan manusia sama ada hubungan sesama manusia atau hubungan dengan alam bukan jamadat perlulah mengikut ketetapan Allah SWT. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini mengikut pandangan semesta Islam henyalah sebagai kehidupan bersifat sementara.

[4]

1.2 KONSEP PANDANGAN SEMESTA TAMADUN CINA Konsep alam semesta dalam tamadun Cina merupakan satu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhannya melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu. Pandangan umum yang mengatakan bahawa orang Cina beragama Buddha adalah tidak tepat. Ini kerana terdapat beberapa kepelbagaian di dalam sistem kepercayaan orang Cina yang memperlihatkan aneka ciri-ciri pemujaan. Kepercayaan orang Cina banyak bersandar kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, pengaruh roh di persekitaran mereka. Semua kepercayaan orang Cina menunjukkan persamaan yang nyata iaitu kebaikan pada aspek moral dan akhlak manusia. Tumpuan ajaran kepercayaan orang Cina banyak berkisar di sekitar diri manusia. Oleh itu, konsep ketuhanan bagi kepercayaan orang Cina tidak diberi keutamaan. Tuhan orang Cina dizahirkan dalam bentuk dewa-dewi yang diberikan perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka yang mementingkan manusia berhubung kebaikan dunia dan akhirat. Ini berbeza dengan agama-agama Masihi seperti Islam dan Kristian yang mengakui Tuhan yang satu. Agama atau kepercayaan bagi masyarakat Cina adalah sesuatu yang personal. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan sekaligus yang diyakini mereka dapat memberikan kesejahteraan hidup mereka asalkan tidak bercanggah dengan adat dan kebudayaan mereka. Ianya harus sesuai dengan kehendak orang Cina dan tidak menghilangkan identiti mereka. Terdapat lima elemen-elemen asas pandangan alam semesta bagi tamadun Cina iaitu keyakinan terhadap agama adalah berdasarkan keperluan fizikal seperti keselamatan,kesejahteraan dan kemewahan. Elemen yang kedua ialah dari aspek rohani seperti kehidupan di akhirat kurang ditekankan dalam agama orang Cina. Seterusnya, setiap kepercayaan meletakkan pertimbangan moral dan akhlak pada kedudukan yang utama. Upacara dan penyembahan menjadi ciri utama agama orang Cina dan elemen yang terakhir mengetengahkan bahawa setiap agama dan kepercayaan yang hendak diamalkan haruslah memaparkan unsur kecinaan. Bagi memahami konsep alam semesta tamadun Cina, disini terdapat lima konsep penting iaitu Tien, Dao atau Tao, konsep Yin & Yang, konsep The Golden
[5]

Mean dan konsep The Grand Unity atau Ta Tung. Tien selalunya digunakan untuk menunjukkan langit. Walau demikian, sejak zaman awal dalam sejarah negeri China, Tien juga digunakan untuk menunjukkan dewa terpenting atau dewa utama dalam kepercayaan Cina. Oleh itu, dewa yang terpenting dalam kepercayaan orang-orang Cina (Tien) juga disamakan dengan langit. Malah, Tien mempunyai satu dimensi moral dalam kepercayaan orang-orang Cina. Konsep Dao mempunyai banyak maksud. Maksud terawal menunjuk kepada jalan atau lorong. Sebelum kedatangan falsafah Konfusius, Dao digunakan untuk menunjukkan satu jalan: ataupun satu cara kelakuan sama ada baik ataupun buruk. Selepas kedatangan Konfusius, orang-orang yang mengikut fahaman Daoisme menggunakan konsep Dao dengan suatu maksud metafizik untuk menunjukkan kepada keseluruhan alam semesta. Menurut Konfusius, Dao dianggap sebagai satu konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu. Ia juga menunjukkan kepada sesuatu corak atau jenis pentadbiran yang dapat menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat dengan cara yang paling baik. Menurut ahli falsafah Daoisme pula, Dao bermaksud metafizik. Ini bermaksud jika terdapat suatu proses kewujudan, maka hendaklah terdapat suatu punca utama yang meluas dan ini dipanggil Dao. Sama seperti First Cause yang terdapat dalam kepercayaan Kristian. Para pemikir Cina mempercayai bahawa perkara-perkara yang berlaku atau wujud di dalam ala mini akibat dari interaksi antara dua kuasa yang berlawanan iaitu Yin&Yang. Yin mewakili perempuan, keadaan pasif, sejuk, gelap, basah, lembut dll. Yang pula mewakili lelaki, aktif, pasif, panas, cerah, kering, keras dll. Yin & Yang merupakan dua kuasa yang saling bertindak di dalam alam semesta ini. Dalam bentuk fizikal, Yang merupakan langit dan Yin adalah bumi. Konsep The Golden Mean atau Chung merupakan sesuatu yang paling sesuai, paling tepat atau terbaik dalam sesuatu keadaan. Oleh itu Chung boleh menunjukkan jarak yang ideal dalam sesuatu keadaan, masa yang paling ideal dalam sesuatu keadaan, wajah atau rupa seseorang yang paling ideal dll.

[6]

Konsep The Grand Unity atau Ta Tung merupakan satu prinsip yang menumpukan perhatian kepada cara mengelakkan kesakitan dan penderitaan dan cara mendapatkan keseronokan secara maksima kepada jumlah manusia yanag maksima. Ini dinyatakan oleh Kang Yu Wei di dalam bukunya ta Tung Shu ( Book of Great Unity). Oleh itu, jelaslah bahawa pandangan semesta orang-orang Cina adalah mengutamakan kehidupan duniawi daripada kehidupan selepas mati. Agama Taoisme diasaskan oleh Lao Tze atau dikenali sebagai guru tua. Lahir pada tahun 604 S.M. dikatakan berada di dalam perut ibunya selama 82 tahun dan dilahirkan dalam keadaan sudah tua. Nama asalnya ialah Li Pah Yang, Lao Tze merupakan gelarannya sebagai orang tua yang bijaksana. Dikatakan beliau hidup jampir dua ratus tahun kerana mengamalkan pemakanan raksa dan bahan campuran lain. Ajaran-ajarannya telah dikumpulkan didalam kitab besar, I-Ching. Ajarannya menekankan unsur-unsur primitif untuk mencapai kehidupan yang abadi. Penganut Taoisme perlu bertapa di gua-gua dan gunung-gunung untuk menghapuskan dosa. Mengamalkan antimaterialisme iaitu penganut diajak meninggalkan hal-hal duniawi supaya memperolehi tempat yang baik pada hari kiamat. Banyak menggunakan pendekatan batin untuk mewujudkan perpaduan masyarakat. Ajaran Confucius pula bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. Diasaskan oleh Kong Fu Tze yang lahir pada tahun 551 S.M. seorang yang bijak sejak kecil dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika berumur 32 tahun. Ajaran ini amat mementingkan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik . Penganutnya diajar supaya tetap engingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini. Ajaran ini merupakan susunan falsafah dan etika yang mengajar manusia bagaimana manusia bertingkah laku. Agama Buddha lahir di India sebagai manifestasi terhadap agama Hindu. Pengasanya ialah Siddhartha Gautama yang dikenali sebagai Gautama Buddha oleh pengikut-pengikutnya. Ajaran Buddha sampai ke negara China pada tahun 399 T.M oleh seorang sami bernama Fa Hsien. Masyarakat Cina mendapat pengaruh dari Tibet dan disesuaikan dengan tuntutan dan nilai tempatan. Kitab rujukan utama penganut
[7]

Buddha ialah Lotus Sutra. Ajaran ini bukan satu bentuk kepercayaan tetapi lebih merupakan ajaran falsafah kerana tidak ada konsep ketuhanan dan persoalan ghaib kecuali bagaimana untuk menyerapi hidup tanpa bermasalah. Penganutnya diwajibkan menjalani kehidupan sebagai sami untuk satu-satu tempoh tertentu dalam hidup mereka. Mereka tidak dibenarkan berkahwin dan perlu menjalani hidup sebagai seorang fakir. Perempuan boleh menjadi rahib dan terdiri daripada mereka yang bermasalah. Bertapa di kuil merupakan alternatif kepada masalah yang tidak ditemui penyelesaiannya. Agama Buddha dijadikan alat pelarian atau escapism dan mereka merayakan Hari Wesak. 1.3 KONSEP PANDANGAN SEMESTA TAMADUN INDIA Tamadun India mempunyai beberapa tahap perkembangan agama iaitu zaman Vediks/ortodoks, heterodoks dan moden. Pada zaman Vedik/ ortodoks, tradisi zaman Veda masih tercermin dalam budaya orang India. Mereka meyakini kewujudan Tuhan dalam bentuk dewa-dewi. Orang India menamakan agama mereka sebagai Sanathara Dharma. Istilah Hindu digunakan oleh orang Parsi di sebelah India. Dharma dikenali sebagai satu system kerohanian atau etika. Veda pula berasal dari kata dasar Vid yang memberi maksud pengetahuan rohani juga melihat serta mengetahui bukan dari mata kasar. Agama ini dilihat dari dua sudut iaitu secara objektif dan subjektif. Dari sudut objektif, apa yang dilihat dari alam ini adalah seperti langit, bumi, hujan dan sebagainya. Manakala secara subjektifnya atau penglihatan dalaman melihat serta memahami dunia ini menggunakan akal. Terdapat beberapa kitab-kitab suci pada zaman Veda. kitab yang pertama dinamakn Shuruti. Kitab ini mengandungi apa yang didengarkan dari Tuhan kepada beberapa orang alaim yang bertapa dan tidak boleh diubah.Ini termasuklah kitab Veda dan terdapat beberapa bahagian yang dinamakan Samhita. Terdapat 4 Samhita dalam agama Vedik, antaranya ialah Shukta/mantra, Brahmana, Aranyaka dan Upanishad. Shukta/mantra dikatakan mengandungi mazmur-mazmur dari Tuhan. Brahmana pula memberi keterangan-keterangan berbentuk prosa mengenai erti mantra dan cara penggunaan mantra tersebut. Terdapat 4 kitab Veda dalam agama ini iaitu Rig Veda (kitab yang tertua), Sama Veda, Yajur Veda dan Atharva Veda. Rig Veda tertua dan paling penting bagi kitab[8]

kitab Veda, dikarang antara 1500 SM dan masa peperangan Bharata agung sekitar 900 SM. Secara khususnya Rig Veda adalah penuh dengan mentera-mentera memuji dewa-dewa Aryan kerana memberi kemenangan dan kekayaan yang diperolehi selepas menewaskan puak Dasas di dalam peperangan. Kitab Sama Veda mengandungi notnot muzik dan nyanyian pujian di kuil ketika sembahyang dan doa. Kitab Yajur Veda pula mengandungi rumusan korban atau mantera suci ketika acara korban manakala kitab Atharva Veda mengandungi peraturan-peraturan pendeta, rumusan-rumusan sihir, kaedah-keadah perubatan, mantera-mantera, kuasa ghaib dan sihir-sihir untuk perlindungan diri. Terdapat ajaran Smirti pada zaman Veda, iaitu ajaran-ajaran oleh manusia-manusia yang dianggap alim kepada yang lain. Ianya boleh diubah dari semasa ke semasa. Tahap perkembangan agama Veda terbahagi kepada empat iaitu Politheisme, Henotheisme, Monotheisme dan Monisme. Politheisme bereti kepercayaan kepada benyak dewa. Masyarakat Indo-Arya mempercayai bahawa setiap unsur alam mempunyai jiwa atau bernyawa dan mampu membawa kebaikan dan keburukan. Henotheisme menganggap bahawa apabila seseorang memuja sesuatu dewa-dewi dengan penuh kebaktian, beliau lupa akan kewujudan dewa-dewi yang lain dan menganggap kesemua dewa-dewi yang lain sebagai manifestasi dewa yang disembah. Mono bererti satu dan theisme pula bermaksud kepercayaan. Monotheisme

membawa maksud penyembahan kepada dewa yang satu. Walaupun alam semulajadi menunjukkan kepelbagaian tetapi terdapat satu perpaduan dalam kepelbagaian. Tahap keempat ialah monisme yang bermaksud segala apa yang ada di alam ini berasal dari sumber yang sama iaitu tuhan. Tuhan yang satu itu dipuja sebagai Ukhta dalam Rig Veda, Agni dalam Yajur Veda dan sebagai Maharata dalam Sama Veda. Kemudian lahir pula agama-agama yang tidak meyakini kewujudan Tuhan dan tidak menerima kitab Veda iaitu Buddhisme, Jainisme dan Hinduisme Purana.

[9]

2.0 PERBEZAAN PANDANGAN SEMESTA ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN CHINA Pandangan semesta antara tamadun Islam dan tamadun China mempunyai beberapa perbezaan. Perbezaan ini merangkumi semua aspek iaitu pandangan semesta terhadap Tuhan, manusia serta alam. Dalam agama Islam, kepercayaan hanya diletakkan kepada Tuhan yang satu. Seperti yang dinyatakan dalam ajaran Tauhid Rububiyyah yang mengiktiqadkan bahawa Allah SWT adalah satu-satunya Tuhan yang tidak ada sekutu bagiNya dalam mencipta, memerintah, mentadbir dan memiliki serta sifat-sifat lain yang membawa maksud al-Rabb. Manakala dalam tamadun China, kepercayaan mereka banyak bersandar kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, pengaruh roh di persekitaran mereka. Semua kepercayaan orang Cina menunjukkan persamaan yang nyata iaitu kebaikan pada aspek moral dan akhlak manusia. Tumpuan ajaran kepercayaan mereka banyak berkisar di sekitar diri manusia. Oleh itu, konsep ketuhanan bagi kepercayaan orang Cina tidak diberi keutamaan. Perbezaan yang kedua, kewujudan Tuhan dalam Agama Islam tidak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Ini adalah kerana Tuhan memiliki zatNya yang tersendiri secara azali dan tidak ada permulaan atau kesudahan bagiNya sebagaimana sifat-sifat yang terdapat pada makhlukNya. Manakala dalam kepercayaan orang Cina, tuhan mereka dizahirkan dalam bentuk dewa-dewi yang diberikan perwatakan manusia. Perbezaan yang ketiga merujuk kepada konsep pegangan agama. Dalam agama Islam, setiap orang tidak dibenarkan menganuti agama selain dari agama Islam. Mereka diwajibkan menyembah dan patuh pada Tuhan Yang Satu. Tetapi mengikut kepercayaan masyarakat Cina, kepercayaan mereka adalah sesuatu yang personal. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan sekaligus yang diyakini mereka dapat memberikan kesejahteraan hidup mereka asalkan tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Agama Islam lebih mementingkan kebahagiaan hidup selepas mati(alam akhirat). Kehidupan di dunia hanyalah bersifat sementara dan selama manusia hidup di dunia, mereka perlulah berbuat amalan baik bagi menjamin kehidupan yang bahagia di
[10]

akhirat kelak. Ini berbeza dengan ajaran Tamadun Cina yang lebih mengutamakan kehidupan duniawi daripada kehidupan selepas mati. Ini ditunjukkan melalui konsep The Grand Unity yang mementingkan pengajaran sistem moral dalam kehidupan. Bagi mereka, ajaran-ajaran tuhan adalah satu cara untuk memberi hukuman. Nabi dan Rasul dijadikan perutusan dalam menyampaikan wahyu Allah SWT kepada sekalian manusia, manakala dalam agama masyarakat China, tiada perutusan wahyu oleh para nabi dan rasul. Perbezaan yang terakhir ialah agama Islam menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber wahyu. Dalam agama masyarakat China pula, mereka tidak berpegang kepada Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai asas agama mereka.

[11]

3.0

KEPENTINGAN

DAN

PERBEZAAN

PANDANGAN

SEMESTA

DALAM

TAMADUN ISLAM DENGAN PANDANGAN SEMESTA TAMADUN CHINA

Bagi menentukan halatuju dan matlamat sesuatu tamadun

Merupakan kerangka atau tapak bagi pembentukan sesuatu tamadun. n

KEPENTINGAN PANDANGAN SEMESTA

Sebagai asas pengetahuan yang penting dalam pegangan agama masing-masing.

Sebagai satu konsep mengenali alam semesta secara keseluruhannya melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem yang tertentu.

[12]

PERBEZAAN PANDANGAN SEMESTA

ISLAM
kepercayaan hanya kepada Tuhan yang satu

CHINA
Kepercayaan banyak bersandar kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, pengaruh roh di persekitaran mereka tuhan mereka dizahirkan dalam bentuk dewa-dewi yang diberikan perwatakan manusia. bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan sekaligus mengutamakan kehidupan duniawi daripada kehidupan selepas mati tiada perutusan wahyu oleh para nabi dan rasul

kewujudan Tuhan dalam agama Islam tidak dapat dizahirkan dengan kata-kata tidak dibenarkan menganuti agama selain dari agama Islam

mementingkan kebahagiaan hidup selepas mati

Nabi dan Rasul dijadikan perutusan dalam menyampaikan wahyu Allah SWT Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber wahyu (kitab)

tidak berpegang kepada AlQuran dan Al-Sunnah

[13]