Anda di halaman 1dari 9

Bincangkan sumbangan Thucydides dan Herodotus dalam pensejarahan klasik barat?

Pengenalan Perkataan sejarah adalah satu perkataan yang terlalu biasa kita dengar. Mungkin seseorang itu hari-hari mendengar perkataan ini. Mungkin tafsiran orang berbeza dengan yang lain. Secara rawak apabila kita ditanya apa itu sejarah? Mungkin ada yang menjawab peristiwa yang berlaku pada waktu lalu. Mungkin juga manusia di zaman sekarang senang berkata kalau tidak tahu boleh tengok dalam internet. Apa pun yang diperkatakan oleh mereka, menurut Kamud Dewan edisi ketiga, sejarah adalah peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau(Kamus Dewan, 1994). Selain itu George Santanya di dalam Wikipedia mengatakan Sejarah bermaksud "menyiasat/inkuiri, ilmu yang diperolehi melalui kaedah penyiasatan" adalah penemuan, pengumpulan, pengurusan, dan persembahan maklumat terhadap peristiwa silam atau lampau. Ia juga bermaksud tempoh masa yang lalu selepas catatan penulisan telah dicipta. Ilmuwan yang menulis mengenai sejarah dipanggil sejarawan. Ia juga adalah satu medan penyelidikan yang menggunakan suatu naratif atau pengisahan untuk memeriksa dan menganalisa turutan peristiwa, dan kadangkala ia cuba untuk menyiasat secara objektif corak-corak sebab dan akibat yang menilai peristiwaperistiwa(http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah) . Jadi apa pula yang dimaksudkan sebagai pensejarahan? Pensejarahan boleh dimaksudkan sebagai kajian bagaimana sejarah itu ditulis. Klasik itu bermaksud serius dan abadi nilainya(Kamus Dewan, 1994). Barat pula dapat didefinisikan sebagai Eropah dan benua Amerika(Kamus Dewan, 1994). Daripada definisidefinisi yang diberikan kita boleh memahami bahawa pensejarahan klasik barat ini adalah kajian tentang bagaimana sejarah barat yang lama ditulis. Tapi fokus yang sebenar adalah tentang sumbangan pensejarahan itu sendiri.

Pada zaman tamadun Yunani, sebenarnya masih belum wujud garis panduan tentang bagaimana sejarah itu harus ditulis. Hal ini dibuktikan dengan pada zaman tersebut seorang yang bernama Haedotus ini menulis sejarah pada ketika itu. Tetapi itu hanya secara am sahaja (Yusof Ibrahim, 1988). Kemudian selepas seabad lamanya barulah munculnya seorang tokoh yang member sumbangan dalam pensejarahan klasik barat iaitu Herodotus. Herodotus Kita sering mendengar nama-nama seperti Zeus, Hercules dan Medusa. Mereka ini dipopularkan oleh Hollywood di kancah perfileman. Satu contoh filem yang terkenal adalah Clash of The Titans watak seperti Posseidon dan Medusa cukup terkenal sehingga kanakkanak juga mengetahuinya. Begitu juga Herodotus, kita akan kenal beliau melalui matapelajaran sejarah semasa di tingkatan empat. Herodotus dari Halicarnassus adalah seorang sejarahwan Yunani tamadun Hellenik yang hidup semasa abad ke-5 (484 SM - kk. 425 SM). Beliau digelar sebagai "Bapa Sejarah" oleh Cicero, pujangga dan pemidato Rom purba yang terkenal. Herodotus meninggal dunia pada usia 60 tahun di Thurii, selatan Itali.( http://ms.wikipedia.org/wiki/Herodotus) Sumbangan Dalam hayat Herodotus, dikhabarkan bahawa beliau menghasilkan 9 buah buku. Buku-buku tersebut kemudiannya dikumpulkan dan disalin semula menjadi sebuah karya yang dinamakan The Histories Dalam karya tersebut, dibahagikan kepada 3 bahagian utama dan setiap bahagian utama itu dipecahkan lagi kepada 3 bahagian. Bahgian tersebut menceritakan tentang raja-raja yang pernah memerintah Parsi. Antara raja yang terkenal adalah semasa pemerintahan Xerxes(Yusof Ibrahim, 1988m/s32) Karya-karya yang dihasilkan oleh Herodotus sebenarnya sedikit sebanyak telah memberi sumbangan kepada pensejarahan klasik barat walaupun sebenarnya pada zaman beliau ilmu pensejarahan itu pada peringkat

yang asas. Tidak seperti zaman moden seperti sekarang yang penuh dengan buku-buku ilmiah yang boleh menjadi rujukan ataupun garis panduan untuk menulis sejarah. Jadi boleh dikatakan bahawa Herodotus ini adalah antara orang terawal menulis cerita sejarah dengan adanya teknik pensejarahan. Menurut Bury (1958) dalam Yusof (1988m/s61) antara kaedah yang digunakan oleh beliau adalah secara bertulis dan secaran lisan. Secara bertulis, Herodotus mengambilnya dengan melihat dokumen-dokumen seperti naskah perjanjian, ataupun arahan rasmi dan juga surat-surat. Bagi kaedah lisan pula beliau menggunakan teknik seperti pertemuan, pertanyaan, temuduga dan perbualan dengan orang yang terlibat bagi mendapatkan maklumat. Perkara ini dapat dibuktikan dengan Herodotus pergi ke beberapa buah Negara seperti Mesir, Syria dan juga medan pertempuran Yunani(Yusof Ibrahim, 1988m/s 35). Di sana beliau akan bertanya dan mendapatkan fakta melalui orang tempatan. Beliau juga dikatakan akan merekod keadaan seperti geografi, pertanian dan suasana keadaan tempat berkenaan. Walaupun kita dapat lihat teknik seperti temuduga dan perbualan ini kesahihannya boleh dipersoalkan namun Herodotus ini teknik juga kritis kerana beliau akan membanding-bandingkan temuduga ataupun perbualan yang direkodkan(Yusof Ibrahim, 1988 m/s 39) Mungkin sekiranya kisah-kisah yang diceritakan oleh penduduk tempatan itu sama, Herodotus akan menerimanya dan direkodkan. Penulisan Herodotus ini tidaklah begitu meyakinkan. Hal ini demikian kerana ada unsur-unsur yang agak karut seperti cerita dongeng dimasukkan ke dalam karya beliau. Hal ini disebut di dalam artikel di internet apabila Thucydides, menggelarkan beliau The Liars kerana menceritakan seperti cerita rakyat. (http://rosawith.wordpress.com/2009/05/11/tokoh-sejarah-yunani-thucydides-460-sm400sm/) Walaupun begitu, sebenarnya karya Herodotuslah yang menjadi pemangkin bagi sejarawan yang lain bagi menulis sejarah dengan menggunakan pensejarahan. Thucydides adalah manusia yang mendapat inspirasi dari karya Herodotus serta menambah minat

Thucydides dalam sejarah dan dapat menulis sebuah karya yang bertajuk Sejarah Peperangan Peloponessia(Yusof Ibrahim, 1988m/s 39). Thucydides Di atas kita telah menyebut berkenaan sejarawan yang bernama Thucydides. Siapa sebenarnya Thucydides? Thucydides merupakan seorang sejarawan yang berasal dari Athens yang terkenal dengan karyanya iaitu sejarah Peperangan Peloponesia (The History of the Peloponessian War). Beliau lahir pada tahun 460SM di Kota Athens daripada kalangan golongan orang berada yang berpengaruh. Pada tahun 424 SM, beliau telah pun menyandang jawatan sebagai strategos ataupun general dalam pasukan tentera Athens. Ketika itu, Perang Peloponesia baru sahaja bermula dan beliau telah diperintahkan untuk memimpin sepasukan tentera bagi mempertahankan sebuah tempat bernama Amphipolis. Walau bagaimanapun, Thucydides dan pasukannya telah gagal dalam misi tersebut. Disebabkan kegagalan tersebut, sesetengah pendapat mengatakan bahawa Thucydides telah dihukum buang negeri manakala ada pendapat yang lain menyatakan bahawa beliau telah melarikan diri kerana malu kepada pembesar-pembesar negaranya. Tempat di mana beliau telah dibuang negeri ataupun tempat beliau melarikan diri adalah tidak dapat dipastikan tetapi ramai berpendapat bahawa beliau telah mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengumpul maklumat dan menulis tentang sejarah Perang Peloponesia yang sedang berlaku. Beliau hanya kembali semula ke Athens 20 tahun kemudian selepas Athens dikalahkan oleh tentera Sparta pada tahun 404SM dan telah meninggal dunia pada tahun 399SM di sebuah tempat bernama Thrace(Yusof Ibrahim, 1988m/s 50-51). Sperti jua yang dibincangkan di atas, Thucydides sebenarnya sudah mempunyai citacita untuk menulis tentang sejarah Peperangan Peloponesia sebaik sahaja ia meletus kerana beliau menganggap bahawa perang tersebut sebagai satu peristiwa yang besar dan wajar

diabadikan. Hal ini menunjukkan bahawa beliau sememangnya sudah meminati bidang sejarah sejak daripada awal lagi. Minat tersebut semakin membuak-buak apabila beliau mendengar sebahagian daripada sejarah Perang Parsi karya seorang lagi sejarawan terkenal Yunani iaitu Herodotus. Walau bagaimanapun, menurut Muhd Yusof Ibrahim (1988), Herodotus bukanlah acuan bagi Thucydides dan pensejarahannya kerana beliau menganggap Herodotus dan pensejarahannya adalah tergolong dalam tradisi logographoi iaitu penglipur lara yang banyak mengisahkan tentang cerita-cerita dongeng dan romantik. Karya beliau iaitu Sejarah Peperangan Peloponesia merupakan suatu kisah peperangan sebenar yang berlaku pada ketika itu dan memaparkan tindakan-tindakan manusia yang sezaman dengannya. Ramai yang berpendapat bahawa Thucydides bukanlah seorang sejarawan kerana beliau menulis tentang perkara yang yang sedang berlaku. Jadi kebanyakan sejarawan menganggap ianya bukan sebahagian dari penulisan sejarah. Tetapi pendapat ini disangkal oleh Yusof Ibrahim (1988) di dalam bukunya yang menyatakan bahawa Sungguhpun demikian, daripada penyataan awalan dan juga daripada motif penulisannya, adalah jelas bahawa beliau memang bermaksud menghasilkan sebuah pensejarahan yang dianggap lebih baik daripada karya Herodotus, iaitu tentang sesuatu peperangan yang dikiranya paling besar pernah berlaku. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Thucydides memang hendak membuat catatan peristiwa tentang perang tersebut. Pada pendapat Thucydides, fakta-fakta yang digunakan semasa menghasilkan pensejarahan tentang sesuatu peristiwa mestilah tepat dan tidak menyeleweng daripada fakta yang sebenar. Hal ini kerana motif utama Thucydides menghasilkan karya pensejarahannya ialah untuk mendapatkan ataupun mewujudkan kebenaran sejarah itu dengan setepat-tepatnya ( Yusof Ibrahim, 1988). Oleh itu, semua peristiwa yang dinukilkan oleh Thucydides dalam karyanya ini adalah merupakan peristiwa-peristiwa yang sama ada yang telah dilihatnya sendiri ataupun dipelajari daripada orang lain tetapi telah dipastikan kesahihannya melalui

kaji selidik yang khusus dan berhati-hati. Keadaan ini menunjukkan bahawa Thucydides merupakan seorang yang amat mementingkan fakta yang betul dan tepat dalam menghasilkan karyanya. Dalam kehidupan ini sekiranya kita mahu menulis sesuatu seharusnya penulisan kita mestilah ada disiplin ilmu. Begitu juga Thucydides yang berpendapat bahawa sepatutnya karya-karya yang ditulis seharusnya bebas dari unsur-unsur yang bukan fakta. Jadi tidak peliklah mengapa Thucydides menolak hasil karya daripada sejarawan-sejarawan

logographoi seperti penulisan Herodotus seperti yang kita bincangkan di atas. Beliau tidak boleh menerima penulisan Herodotus sebagai karya pensejarahan kerana didalamnya masih banyak terdapat ciri-ciri dan pengaruh daripada tradisi puisi Homer. Di dalam puisi itu terdapat peranan ataupun campur tangan kuasa ghaib dalam menerangkan pergerakan atau asal usul sesuatu kejadian. Finley (1959) dalam Yusof (1988) menyatakan bahawa menurut Thucydides, sejarah merupakan hal-ehwal manusia sahaja, iaitu yang boleh dianalisis dan sepenuhnya difahami daripada segi pola-pola tabiat manusia yang diketahui, tanpa campur tangan daripada kuasa ghaib. Karya yang dihasilkan oleh Thucydides mengambil masa 20 tahun untuk disiapkan dan terdiri daripada 8 jilid. Penulisan beliau didalam karya tersebut adalah semata-mata tentang Peperangan Peloponesia sahaja dan tiada unsur-unsur lain seperti budaya, sosial, ekonomi ataupun keagamaan yang disentuh. Kerana corak penulisannya ini menyebabkan ramai beranggapan bahawa Thucydides adalah lebih sesuai digelar sebagai sejarawan politik dan ketenteraan. Selain itu, beliau mempunyai sikap yang sungguh tegas dan kritis terhadap pensejarahan dan sumber-sumber yang digunakan menyebabkan beliau tidak banyak menyeleweng atau bias terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. Jadi, disebabkan sikapnya itu, ramai yang berpendapat bahawa hasil karya yang dihasilkan oleh Thucydides ini adalah

lebih baik daripada karya lain kerana beliau menggunakan sumber yang paling jelas dan menerangkan peristiwa itu dengan setepat-tepatnya. Kita boleh lihat manusia zaman sekarang ini ada orang yang suka dengan kisah-kisah dongeng seperti cerita komek dan juga ada orang yang suka mendengar cerita dengan ada bukti dan fakta-faktanya yang senang kita katakan buku-buku ilmiah. Jadi tidak peliklah sekiranya ada sejarawan selepas Thycudides mengikut jejak langkahnya. Sejarawan selepas Thucydides itu terpengaruh dengan cara pensejarahan Thucydides kerana penulisannya itu lebih kepada fakta dan bukan unsur yang dongeng. Xenophon adalah sejarawan yang muncul telah terpengaruh dengan sikap dan tatacara pensejarahan yang ditulis oleh Thycudides. Walau bagaimanapun, pada zaman berkenaan karya yang mucul setelah itu masih tidak dapat mampu menandingi kemasyuran karya yang dihasilkan oleh Thucydides dan Herodotus sehingga berakhirnya zaman klasik. Ini kerana sejarawan zaman klasik yang lain tidak berupaya untuk mengatasi pencapaian kedua-dua tokoh tersebut (Yusof Ibrahim, 1981). Hal ini menunjukkan bahawa walaupun Thucydides hanya menceritakan tentang Peperangan Peloponesia, tetapi disebabkan pendekatan fakta sahih yang digunakannya pada zamannya yang masih baru dalam kaedah pensejarahan itu menyebabkan hasil karyanya sentiasa dipandang tinggi oleh ilmuan sehingga ke hari ini. Walaupun Thucydides sentiasa menekankan tentang ketepatan fakta dalam menghasilkan karyanya, namun biasalah manusia mana yang tidak melakukan kesalahan. Lebih lagi orang baru ataupun seperti pelajar yang masuk Universiti yang dipanggil freshie pada ketika itu memulakan pensejarahan. Beberapa kelemahan yang kita holeh tahu menerusi komen-komen sejarawan terkemudian ialah Thucydides telah memperkenalkan konsep tyche iaitu konsep nasib dalam menerangkan beberapa perkara yang dilihatnya tidak dapat diterangkan daripada sudut tindak-tanduk manusia semata-mata. Contohnya, dalam menerangkan sebab-sebab kejatuhan Athens dan perkembangan itu sendiri, beliau ada

menyinsipkan unsur-unsur yang tidak dapat diperhitungkan selain sebab-sebab yang berpunca daripada manusia itu sendiri. Walau bagaimanapun, sebagai seorang sejarawan, Thucydides telah menghasilkan pensejarahan yang kita boleh anggap paling baik sekali yang boleh dilakukan pada masa itu. Oleh itu, sumbangan yang dilakukan oleh beliau untuk merekodkan sejarah Peperangan Peloponesia serta teknik pensejarahan yang telah dibuat disanjungi oleh para sejarawan pada masa kini. sepatutnya kita dihargai dan

Rujukan http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah http://ms.wikipedia.org/wiki/Herodotus http://rosawith.wordpress.com/2009/05/11/tokoh-sejarah-yunani-thucydides-460-sm-400sm/ Mohd Yusof Ibrahim (1988), Sejarawan dan Pensejarahan, Dewan Bahasa &Pustaka, Kuala Lumpur Mohd Yusof Ibrahim (1981), Pengertian Sejarah, Dewan Bahasa &Pustaka, Kuala Lumpur