Anda di halaman 1dari 1

Latihan Litar

Latihan litar digunakan sebagai satu cara berkesan dan mudah untuk meningkatkan kekuatan otot, daya tahan otot, kesihatan kardiovaskular dan juga memperbaik komposisi badan serentak. Latihan litar melibatkan kepelbagaian senaman yang diatur untuk kebanyakan otot dan dipelbagaikan supaya pengguna tidak merasa bosan dan seronok bersenam. Sesi latihan litar mengandungi satu siri latihan-latihan atau stesen-stesen dengan pengurangan waktu rehat di antara stesen-stesen. Apa kebaikan latihan litar? 1. Untuk Kesihatan Secara Umum Dapat menyiapkan pelbagai jenis latihan rintangan dalam satu jangka masa yang singkat. Bagi mereka yang sentiasa kekurangan masa, boleh lakukan 3-4 sesi singkat setiap minggu. 2. Untuk Membina Asas Asas penting untuk proses latihan yang seterusnya. Asas melibatkan otot-otot utama seperti perut, pinggang dan otot-otot besar yang lain. Sesuai untuk atlet-atlet yang sedang menyediakan diri untuk latihan yang lebih sukar. Latihan litar juga mampu membetulkan beberapa ketidakseimbangan otot yang tidak dapat dielakkan berlaku dalam sukan kompetitif. Latihan litar adalah satu pilihan yang baik dan membenarkan pemulihan maksimum kumpulan otot. 3. Memperbaikkan Kekuatan Otot dan Stamina Disebabkan masa rehat pendek, sistem kardiovaskular dapat diperbaik. 4. Kekurangan Masa Bagi mereka yang sibuk dengan kerja harian, latihan litar boleh dilakukan 3-4 kali seminggu dengan jumlah masa dalam 10-20 minit untuk satu litar. Latihan litar seeloknya dilakukan selang sehari dengan memberi otot 48 jam untuk berehat. Untuk kesihata umum, masa untuk satu stesen di antara 1-2 minit dengan rintangan sekitar 55 65 % daripada 1 ulangan maksima. Sekurangnya 8-12 stesen di dalam sesuatu litar yang melibatkan semua otot-otot utama iaitu pectoralis major, latisimmus dorsi, deltoid, biceps brachii, triceps trachii, rectus abddominis, erector spinae, quadriceps, hamstring, calf. Masa rehat sekitar 10-30 saat untuk setiap stesen. Boleh dilakukan 1-3 litar dengan masa rehat 2-3 minit diantara litar.

Anda mungkin juga menyukai