Anda di halaman 1dari 2

Antara Kelebihan Membaca AlQuran

Firman Allah S.W.T : Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa. Jelas dari ayat diatas bahawa Al-Quran ialah sebuah kitab yang memberi petunjuk bagi orang yang bertaqwa. Ini kerana terdapat dari kalangan manusia yang tidak mendapat petunjuk dari Kitab suci Al-Quran kerana tidak mengetahui hakikat kelebihan membaca Al-Quran. Sebuah Hadis diriwayatkan Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia. Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi: Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w

bersabda:Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat. Hakikatnya kelebihan membaca Al-Quran tidak dapat disangkal lagi kerana ianya ialah Kalamullah yang suci dan tiada celanya.