Anda di halaman 1dari 10

Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-Kanak

Perkembangan merupakan satu bidang yang multidimensi dan pelbagai. Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang menunjukkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Berlainan dengan hal pertumbuhan, perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma. Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Pertumbuhan adalah perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sifat perubahan yang dapat di ukur sama ada mengikut peringkat dan ketentuan masa. Apabila ia bersifat kuantitatif, setiap perubahan seseorang dapat dilihat dengan nyata berdasarkan pengukuran yang dibuat ke atas seseorang ataupun sesuatu organisma. Pertumbuhan yang biasa, kecuali yang disebabkan oleh kanser, selalunya berhenti manakala sesuatu organisma itu sampai ke peringkat matang atau dewasa dan selepas itu pertumbuhan tidak lagi berlaku.Perkembangan pula adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang menunjukkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Berlainan dengan hal pertumbuhan,

perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma.Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Sebelum membicarakan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsep-konsep penting tersebut adalah :

Skema -Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. -Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki. -Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang tida menyakitkan. -Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti contoh, jari ibu. -Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas dengan persekitarannya.

Asimilasi -Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi dengan skema yang sedia ada. -Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.

-Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

Akomodasi -Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. -Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. -Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran. -Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

Adaptasi -Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. -Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.

Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-Kanak

Arah

Menyeluruh

Perkembangan adalah berterusan

Susun atur tersendiri

Perkembangan menggambarkan kesinambungan dan berperingkat-peringkat

Berkaitan dan mempengaruhi

Berbeza

Rajah 2: prinsip perkembangan

Arah Perkembangan mempunyai arah baik sewaktu peringkat belum lahir mahupun pada peringkat sudah lahir. Arah-arah itu seperti: 1. Arah kepala ke kaki (cephalocaudal). 2 .Arah tengah ke tepi (proximodistal). Mengikut arah kepala ke kaki, perkembangan bermula dari kepala dan bergerak ke arah kaki. Ini bermakna, perubahan awal pada struktur dan juga fungsi berlaku di bahagian kepala kemudian di bahagian badan dan akhir sekali di bahagian kaki. Kepala kanak-kanak kecil biasanya berat kerana perkembangan sudah banyak berlaku di bahagian kepala dibandingkan dengan bahagian lain misalnya bahagian kaki. Itu sebabnya apabila kanak-kanak ditiarapkan, dia hanya dapat mengangkat dadanya apabila ia dapat mengangkat kepalanya. Mengikut arah tengah ke tepi pula, perkembangan ini berlaku dari arah tengah badan menghala ke bahagian luar badan dan ke hujung anggota. Sewaktu di dalam kandungan, iaitu ketika bahagian kepala dan badan sudah dikatakan cukup terbentuk, bahagian anggota kaki dan tangan hanya merupakan puntung-puntung yang belum tumbuh. Secara beransur-ansur, puntung tangan ini akan memanjang dan berkembang menjadi tangan dan jari. Daripada segi fungsi, bayi yang dikandungi menggunakan lengan terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan tangan dan jari.

Berbeza Setiap individu mempunyai corak perkembangannya yang tersendiri. Justeru, tidak semua kanak-kanak sampai kepada titik perkembangan yang sama pada peringkat umur yang sama. Frank (1950) mengatakan bahawa perkembangan hidup seseorang bergantung kepada pewarisan dan alam sekeliling yang amat unik. Walaupun kecepatan perkembangan mungkin berbeza-beza bagi kanak-kanak, perkembangan ini adalah kekal. Kanak-kanak yang berbadan tinggi pada satu peringkat umur akan berbadan tinggi juga pada peringkat-peringkat umur yang lain, sedangkan yang berbadan rendah akan rendah juga kemudiannya. Lingkungan umur

akal bagi kanak-kanak cerdas, sederhana dan lembap juga menunjukkan kekekalan sebagaimana sifat jasmani tadi. Perkembangan mental yang cepat akan berterusan cepatnya sedangkan kanak-kanak yang cacat otaknya tertinggal semakin jauh apabila dia semakin membesar. Kemajuan perkembangan kanak-kanak akan berkeadaan kakal dan ia bergerak maju atau berkembang mengikut kecepatan yang dimulakannya. Oleh sebab tiap-tiap kanak-kanak mempunyai sifat kecepatan perkembangannya tersendiri, maka tidak boleh diharapkan semua kanak-kanak itu mempunyai peringkat umur yang sama.

Berkaitan dan mempengaruhi Perkembangan dan pertumbuhan satu-satu anggota adalah berkaitan dan

mempengaruhi perubahan keseluruhan anggota lain. Pertalian ternyata didapati di antara kematangan jasmani dengan kematangan mental. Kesan daripada keadaan ini, kanak-kanak yang cepat matang berbeza dengan kanak-kanak lain yang sebaya tetapi lambat matang. Perbezaan ini bukan sahaja terdapat pada keadaan jasmani mereka tetapi juga daripada segi mental dan tingkah laku. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa perkembangan itu adalah proses yang bersepadu melibatkan penyesuaian keseluruhan badan.

Susun atur tersendiri Corak perkembangan bayi adalah sama daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Sebelum berjalan, lazimnya seorang kanak-kanak berdiri terlebih dahulu. Corak yang lazim ini tidak akan berubah, jika seseorang kanak-kanak yang dilahirkan awal, dia mungkin terlambat dalam beberapa aspek perkembangan, tetapi dapat sampai ke peringkat kanak-kanak lain seperti yang sepatutnya.

Menyeluruh Pada peringkat awal kehidupan, seseorang bayi hanya dapat memberi gerak balas secara menyeluruh ke atas sesuatu rangsangan kerana tulang dan otot masih belum matang. Umpamanya, jika seseorang bayi cuba mengambil sesuatu benda, hampir seluruh badannya bergerak bersama-sama dengan lengan dan tangannya kerana jarinya masih belum dapat digunakan. Selepas besar, pergerakan bagi mengambil sesuatu benda hanya memerlukan jari sahaja tanpa menggerakkan sebahagian besar badannya. Emosi kanak-kanak juga berlaku secara menyeluruh. Misalnya pada peringkat awal, ketakutan kanak-kanak ditunjukkan secara

menyeluruh. Kemudian ketakutannya hanya kepada perkara-perkara tertentu sahaja. Ternyata perkembangan itu berlaku mengikut proses pembezaan. Selepas proses pembezaan mencapai sesuatu peringkat ketentuan, proses penyatuan pula berlaku. Umpamanya, beberapa kemahiran yang terdapat pada terdapat pada seseorang adalah pemilihan dan gabungan beberapa tingkah laku yang menjadi penggabungan baru.

Perkembangan adalah berterusan Ahli-ahli psikologi bersetuju bahawa perkembangan bermula sejak dari dalam perut ibu lagi. Perkembangan ini berlaku pada kelambatan atau kecepatan yang berbeza-beza. Disebabkan perkembangan itu berterusan, apa yang berlaku pada satu peringkat mempengaruhi peringkat yang lain. Perkembangan dan pertumbuhan jasmani pada peringkat awal terutamanya pada peringkat kehamilan dapat menentukan sifat kanak-kanak sewaktu dewasa nanti. Sekiranya berlaku kecatatan kecil pada peringkat awal kehamilan, kecatatan ini membesar selepas ia dewasa nanti. Walaupun perkembangan fizikal mula terhenti pada zaman remaja, perkembangan kognitif dan sebagainya serus berlaku walaupun usia meningkat.

Perkembangan menggambarkan kesinambungan dan berperingkat-peringkat Sesetengah ahli psikologi perkembangan menekan bahawa perkembangan merupakan satu proses pertumbuhan secara sedikit demi sedikit, misalnya perkembangan fizikal dan bahasa. Hidup manusia berperingkat-peringkat. Setiap peringkat dapat dibezakan melalui sifat yang nyata bagi peringkat itu. Sifat tertentu bagi sesuatu peringkat itu memberikan sifat keutuhan dan sufat yang unik. Walaupun terdapat peringkatperingkat ini, tetapi garis-garis pembahagian tidak nyata bagi memisahkan di antara satu di antara satu dengan yang lain. Terdapat lima peringkat perkembangan yang ketara iaitu:

Peringkat pertama ( 0-1 tahun ) Peringkat kedua ( 1-2 tahun ) Peringkat ketiga ( 2-3 tahun ) Peringkat keempat (3-4 tahun) Peringkat kelima

1 bln -Menghasilkan tangisan yang berbeza 4 bln Mata bayi boleh mengikut objek 6 bln menggenggam objek 7 bln duduk & merangkak 12 bln berdiri dengan memegang kerusi Kanak-kanak sudah mula bertatih dan memahami makna jangan Pada akhir peringkat ini, dia boleh berjalan Boleh bercakap, tapi pelat

Boleh berjalan tapi masih dipimpin Boleh makan sendiri serta berckp dengan ayat yg mudah

Menunggang basikal beroda 3 Arahan dari ibu dapat diterima

Mula bersosial Berupaya mengemukakan soalan berperingkat-peringkat Bersedia untuk ke prasekolah.

Rajah 3: peringkat perkembangan

Prinsip perkembangan fizikal :


Perkembangan bermula dari kepala dan beransur ke kaki : Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi berkembang dahulu diikuti dengan perkembangan badan, kaki dan tangan.Seorang kanak-kanak dapat mengawal pergerakan kepalanya terlebih dahulu, kemudia diikuti dengan lengan dan seterusnya kaki.Seseorang bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas lahir.Dalam beberapa bulan selepas itu, bayi boleh meniarap dan mengangkat badannya menggunakan lengan.Pada usia 6 hingga 12 bulan, bayi tesebut boleh mengawal kakinya, dapat merangkak, berdiri seterusnya berjalan.

Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar : Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menuju kearah luar badan.Pada peringkat prenatal, jantung dan organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan.Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan bahagian akhir dalam perkembangan fizikal badan.Seorang bayi selepas kelahiran cuba mencapai objek yang dilihatnya tetapi gagal kerana masih tidak dapat mengawal otot-otot tangannya.Selepas beberapa bulan, bayi boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk menggengam

objek.Seterusnya, bayi akan dapat memegang objek dengan sebelah tangan menggunakan jari tangan kerana otot tangan sudah berkembang.

Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik : Sebagai contoh, sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan menangis dengan kuat.Selepas beberapa bulan, jika insiden sama berlaku bayi masih akan menangis tetapi boleh menunjuk kepada kepalanya yang sakit.Seterusnya, apabila bayi menguasai kebolehan bahasa, bayi akan dapat memberitahu kepalanya yang sakit.

Aspek perkembangan fizikal berkembang pada tahap berbeza : Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa perigkat remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama.Kreativiti misalnya berkembang dengan cepat dan mecapai tahap maksimum pada peringkat remaja tetapi kebolehan menaakul berkembang dengan lebih perlahan.

Anda mungkin juga menyukai