Anda di halaman 1dari 23

1.

0 PENDAHULUAN Perangkaan menunjukkan bahawa hampir 21 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia berada dalam lingkungan umur persekolahan iaitu di antara 6 hingga 18 tahun. Kumpulan ini mengikuti sistem persekolahan Malaysia yang menggunakan kurikulum pendidikan kebangsaan. Kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan. Ia merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan datang. Bagi menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti, kurikulum itu sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa mahupun keperluan pada masa akan datang. Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai kebudayaan serta kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi seseorang murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek(JERI). Pernyataaan kurikulum ini perlulah diterjemahkan melalui pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum di sekolah dan melalui proses pengajaran dan pembelajaran serta interaksi guru-murid di bilik darjah. Perlu ditegaskan bahawa kurikulum bukannya satu entiti yang konstan tetapi bersifat fleksibel dan berubah mengikut senario dan tuntutan ekonomi, sosial dan politik tanah air.

2.0 KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH (KHSR) Kemahiran Hidup merupakan satu matapelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang rekabentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Kandungan pembelajarannya adalah mendedahkan tentang kemahiran asas, pengetahuan yang berkaitan serta nilai dan sikap yang perlu dipupuk seperti berdikari, inovatif, kreatif, tabiat kerja yang baik, dan sikap yang positif. Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) telah diperkenalkan bermula pada tahun 1983 sebagai matapelajaran Kemahiran Manipulatif yang mengandungi topik-topik kerja tangan dan aktiviti buka pasang dan amalan perdagangan. Pada tahun 1991 KHSR telah dikaji dan diubahsuai semula dengan memasukkan unsur perkebunan dan pengurusan diri. Manakala pada tahun 2003 pula, terdapat dua topik baru yang telah dimasukkan iaitu topik jahitan dan ikan akuarium. Matapelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ini merupakan matapelajaran wajib dalam KBSR dan ianya diajar kepada murid-murid tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6. Matapelajaran ini diperuntukkan 2 waktu (1 jam) dalam seminggu. Subjek ini dibekalkan dengan sukatan pelajaran (SP), huraian sukatan pelajaran (HSP), buku teks, buku sumber dan kit elektronik. Matapelajaran Kemahiran Hidup ini tidak dimasukkan dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tetapi wajib ada penilaian di peringkat sekolah. Pelaksanaan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran asas dan pengetahuan berteknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja buat sendiri, mereka cipta dan cenderung berurusniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik. Matlamat kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah tidak berubah dan kebanyakan objektif matapelajaran dikekalkan. Dengan ini, murid memperoleh kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dalam menjalankan kerja buat mereka sendiri.

Kurikulum ini masih menuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan. Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inventif. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan. Selain itu terdapat sedikit perubahan dari segi kandungan iaitu beberapa tajuk Kemahiran Hidup Sekolah Rendah telah disusun semula untuk mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta mengemaskini kandungannya. Elemen reka bentuk diberi lebih fokus, elemen Kreativiti dan Reka Cipta ditambah. Terdapat dua bidang dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah iaitu bidang Reka Bentuk dan Teknologi dan Perniagaan dan Keusahawanan. Topik-topik yang terdapat dalam Kemahiran Hidup Sekolah Rendah terbahagi kepada dua bidang iaitu Reka Bentuk dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Bagi Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membekalkan murid Tahun Empat dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan projek yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk. Untuk tujuan ini, murid didedahkan kepada pengenalan kreativiti serta turut juga melakukan kajian reka bentuk dan kefungsian produk. Murid juga menggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan bahan gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam serta penghasilan projek elektrik. Di samping itu, murid juga menghasilkan tanaman hiasan dan melakukan kerja penyenggaraan alatan yang telah digunakan. Amalan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan aktiviti turut diberi penekanan. Dalam bidang reka bentuk dan teknologi ini ianya terdiri daripada beberapa topik iaitu keselamatan dan organisasi bengkel, kreativiti dan reka cipta, elektrik elektronik, jahitan, tanaman hiasan, ikan hiasan dan tanaman sayur-sayuran.

Manakala bagi bidang Perniagaan dan Keusahawanan pula, ia membekalkan murid dengan pengetahuan mengenai amalan perniagaan dan keusahawanan. Mereka mengenal pasti kumpulan sasaran bagi sesuatu jenis barang dan mengumpul maklumat untuk mendapatkan sumber bekalan. Murid juga merancang penyediaan jualan dengan menerapkan etika jualan semasa aktiviti jual beli. Murid turut didedahkan cara membuat promosi jualan, melayan pelanggan dan merekod jual beli dengan lebih sistematik. Amalan untuk memupuk nilai dan sikap seperti berdikari, yakin diri, inisiatif dan berdaya saing turut ditekankan. Murid didedahkan secara tidak langsung tentang kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana. Dalam bidang ini pula, ianya terdiri daripada topik-topik seperti barang jualan, merancang dan menyediakan jualan, mempromosi, merekod, mengurus perbelanjaan diri serta sikap pengguna yang bijak. Pembelajaran Kemahiran Hidup merupakan pembelajaran melalui pengalaman. Murid melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan hariannya. Penguasaan kemahiran praktis ini meliputi kemahiran membuat lakaran bentuk-bentuk asas, mereka bentuk dan penghasilan projek, mengenal pasti dan membezakan litar elektrik, menyenggara dan membaik pulih alatan, menghasilkan tumbuhan hiasan dan mengusaha niaga barang. Murid perlu didedahkan kepada pengetahuan yang berkualiti dengan kemahiran yang hendak dikuasai. Guru tidak seharusnya menyampaikan pengetahuan secara tersendiri atau terasing daripada aktiviti murid. Mata pelajaran ini juga mementingkan pemupukan nilai dan sikap seperti berdikari, inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir dan berminat menjalankan kerja-buat-sendiri. Murid Kemahiran Hidup juga perlu mengembangkan daya berfikir secara kritis dan kreatif ke arah membentuk masa depan yang lebih sempurna. Unsur penting Kajian Masa Depan harus diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup untuk merangsang daya intelek dan mengupaya murid untuk menghasilkan produk yang dapat memanfaatkan dan memberi sumbangan kearah menentukan hala tuju masa depan. Contohnya dalam proses mereka bentuk, murid mengkaji keadaan yang sedia ada, mencari alternatif, membuat pilihan dan akhirnya menghasilkan produk yang berkenaan. Di samping itu murid juga boleh menjangka dan meramalkan kesan atau impak produk 4

baru mereka dalam senario masa depan. Dengan ini, ia sekaligus dapat memperkasakan matapelajaran Kemahiran Hidup tersebut dengan berkesan dalam kurikulum sekolah sekaligus dapat merangsang minat murid terhadap matapelajaran tersebut. Selain itu juga aspek, kerelevenan adalah perlu. Iaitu berkaitan dengan aktiviti amali harus dihubung kait dengan amalan dalam kehidupan dan pekerjaan agar sesuatu pengajaran dan pembelajaraan lebih bermakna, menyeronokkan dan berguna kepada murid. Teknik ini boleh menarik minat murid terhadap sesuatu aktiviti atau tajuk. Disamping itu juga, dengan adanya matapelajaran Kemahiran Hidup dalam kurikulum sekolah juga dapat menjamin masa depan pelajar agar lebih terjamin. Hal ini kerana matapelajaran Kemahiran Hidup merupakan salah satu bidang perkembangan individu. Terdapat pelbagai cara dalam memastikan bahawa matapelajaran ini dapat diperkasakan dalam kurikulum sekolah. Antara aspek yang paling penting dalam memperkasakan Kemahiran Hidup sekolah rendah ini adalah peranan guru itu sendiri. Guru-guru Kemahiran Hidup perlulah melakukan pendedahan yang lebih berkesan mengenai mata pelajaran tersebut. Hal ini kerana kebanyakkan guru lebih banyak menekankan subjek teras iaitu subjek yang melibatkan peperiksaan di beri perhatian yang khusus. Kesan dari itu mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah rendah tidak dititikberatkan kerana beranggapan mata pelajaran ini tidak terdapat dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR). Dengan ini menjadikan murid tahun 6, terutama kelas yang pandai iaitu yang menjadi harapan sekolah untuk mendapat 5A dalam UPSR, menyebabkan subjek-subjek elektif di ketepikan untuk diberi ruang kepada guru-guru subjek teras. Masalah ini berterusan berlaku kerana ianya berpunca daripada penekanan yang terlampau terhadap pembelajaran berasaskan peperiksaan. Sejak dulu lagi, mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak diajar dengan sebaiknya untuk murid sekolah rendah.Walhal mata pelajaran ini mempunyai kesinambungan pada peringkat menengah nanti. Kemahiran Hidup Sekolah Rendah seakan diabaikan. Namun, kita tidak sedar bahawa tanpa matapelajaran Kemahiran Hidup kita bakal berdepan masalah besar dari aspek pembentukan kreativiti dalam diri murid-murid. Kreativiti perlu untuk menjadikan murid lebih cenderung menghasilkan sesuatu yang baru. Mungkin ramai yang tidak sedar 5

bahawa negara kita ini kekurangan inventer yang boleh mencorakkan ekonomi negara ini. Jika lihat pada negara luar, mereka lebih cenderung mencipta sesuatu yang baru dan berdiri atas kaki sendiri. Jadi adalah tidak wajar mengapa Kemahiran Hidup Sekolah Rendah perlu diabaikan. Malah Kemahiran Hidup juga merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian murid-murid dan pembelajarannya juga turut berpusatkan murid bukannya berpusatkan guru. Jadi mata pelajaran ini adalah berguna untuk keperluan murid itu sendiri juga. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah peka dalam memastikan Kemahiran Hidup sekolah rendah ini dapat diperkasakan dalam kurikulum sekolah. Hal ini kerana, subjek Kemahiran Hidup ini adalah nadi kepada penggerak kemajuan negara dan merupakan satu-satunya mata pelajaran teknik dan kemahiran yang jika dikembangkan akan menghasilkan murid yang berkemahiran tinggi. Justeru kesedaran kepada semua pihak terutama pihak sekolah adalah amat penting bahawa mata pelajaran Kemahiran Hidup ini sangat berguna untuk murid-murid. Walaupun nampak mudah tetapi teknikal dan vokasionalnya amat penting. Kesimpulannya Kemahiran Hidup merupakan matapelajaran yang menyeronokkan kerana guru akan mewujudkan suasana pembelajaran yang pelbagai dengan kaedah yang bersesuaian dan ini sekaligus menjadikan pembelajaran lebih mencabar dan menjadi pelajar dapat berdikari serta mempunyai jati diri yang cemerlang.

3.0 KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU UNTUK SEKOLAH MENENGAH RENDAH Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu sekolah menengah rendah adalah satu mata pelajaran teras berunsurkan teknologi di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Matapelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dan keperluan negara. Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia teknologi dan industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid dipupuk sikap yang positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha. Aktiviti yang diberi tumpuan adalah bercorak kerja-buat-sendiri yang mudah berkaitan dengan pemasangan, pembinaan, baik pulih dan penyenggaraan. Disamping itu masakan, jahitan, tanaman, ternakan, pengurusan akaun dan perniagaan turut diberi tumpuan. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan. Mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu (KHB) mula diperkenalkan sejak tahun 1989 melalui kurikulum bersepadu sekolah menengah (KBSM) bagi menggantikan Sistem Pendidikan Komprehensif melalui mata pelajaran yang berasaskan pravokasional.

Mata pelajran KHB adalah berunsurkan teknologi dan ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Mata Pelajaran KHB ini dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif seterusnya dapat menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas bagi memenuhi keperluan sektor perdagangan dan industri selain untuk tujuan melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional yang berkaitan. Sukatan Pelajaran KHB telah melalui perubahan penstrukturan semula sukatannya pada tahun 2000 dan dilaksanakan pada tahun 2002 dengan mengekalkan matlamat terdahulu dan kebanyakan objektif mata pelajaran dikekalkan pelajarannya . Ini bagi memantapkan lagi kurikulum KHB dengan membuat penambahan dan pengguguran tajuk-tajuk yang perlu untuk tujuan memperbaiki lagi kurikulum agar lebih sesuai dengan kehendak pasaran dan perubahan pesat teknologi masa kini untuk kehidupan harian. Organisasi kandungan mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan. Bahagian Teras mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi yang wajib dipelajari oleh semua murid. Bahagian Pilihan mengandungi empat bidang pembelajaran iaitu kemahiran Teknikal, ekonomi rumah tangga (ERT), Pertanian dan Perdagangan dan Keushawanan yang perlu murid memilih salah satu daripadanya dan pilihan murid kekal dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Bidang Ekonomi Rumah Tangga membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran tentang makanan dan pemakanan, pengendalian makanan, masakan, pengurusan pakaian dan jahitan serta penerapan kecenderungan untuk mereka cipta produk dan semangat keushawanan . Perlaksanaan kurikulum bagi mata pelajaran ini dipecahkan kepada dua bahagian iaitu bahagian teras dan bahagian pilihan. Bahagian teras mengandungi tiga komponen wajib untuk semua pelajar iaitu kemahiran manipulatif, perdagangan dan keusahawanan serta kekeluargaan. Bagi bahagian pilihan pula tiga komponen yang ditawarkan ialah kemahiran manipulatif tambahan, ekonomi rumah tangga dan pertanian.Untuk bahagian pilihan ini para pelajar hanya dibenarkan memilih satu sahaja bahagian pilihan yang

ditawarkan.Strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah disarankan oleh Kemeterian Pendidikan Malaysia bagi perlaksanaan mata pelajaran ini adalah berdasarkan pembelajaran melalui pengalaman. Strategi pembelajaran berdasarkan pengalaman ini disarankan agar dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina keyakinan diri lantas menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di dalamm urusan kehidupan mereka. Bidang Kemahiran Teknikal merangkumi unit pembelajaran yang membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dalam lukisan teknik, elektrik dan elektronik. Melalui lukisan teknik, murid mampu menghasilkan lukisan projek. Murid juga akan dapat mengaplikasikan pengetahuan elektrik dan elektronik dalam kehidupan harian. Bidang ini juga menyediakan murid dengan pengetahuan peringkat awal dalam asas elektromekanikal dan enjin satu silinder empat lejang. Dengan demikian murid boleh membanding beza antara system elektromekanikal dengan system mekanikal di samping mampumembuat kerja penyenggaraan enjin mudah. Unit Perniagaan dan Keusahawanan menyediakan pengetahuan kepada murid yang membolehkan mereka menjelajah peluang-peluang perniagaan atau keusahawanan yang boleh diceburi dalam bidang ini. Bidang Ekonomi Rumah Tangga pula menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai makanan dan pemakanan, pengurusan sajian, pakaian dan jahitan. Murid berpengetahuan mengenai diet dan pemilihan menu yang seimbang untuk merancang kerja dan menghasilkan masakan seperti kuih tempatan, bater, kek dan biskut serta hidangan utama dan sampingan. Murid juga berpengetahuan dalam pemilihan stail pakaian serta menghasilkan artikel dan pakaian. Unit Perniagaan dan Keusahawanan menyediakan pengetahuan kepada murid yang membolehkan mereka menjelajah peluang-peluang perniagaan atau keusahawanan yang boleh diceburi dalam bidang ini. Bidang ini juga membolehkan murid mengamalkan nilai murni dalam kehidupan harian. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat menimbulkan minat murid untuk menceburkan diri dalam bidang kerjaya yang berkaitan. Pilihan ketiga iaitu bidang Pertanian pula memberi penekanan kepada lima tajuk iaitu Tanaman Sayuran, Haiwan Kesayangan, Ternakan Ikan Air Tawar, dan Landskap. Murid akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran praktis yang berkaitan dengan 9

aktiviti membuat kompos, mengusahakan tanaman sayuran, memelihara haiwan kesayangan, melakukan aktiviti menternak ikan tawar dan perlandskapan. Pendedahan kepada asas perniagaan dan keusahawanan dalam bidang pertanian juga diberi penekanan. Murid-murid dipupuk dengan nilai-nilai murni iaitu sikap penyayang, penyabar, tekun, berdikari, kreatif, produktif, mencintai alam sekitar dan mengamalkan budaya mesra alam. Bidang dan etika perniagaan dan keusahawanan pula menyediakan murid dengan dokumen perniagaan, menyimpan rekod, pengeluaran,

pengetahuan serta amalan perniagaan dan keusahawanan yang melibatkan pengurusan erniagaan, konsumerisme, pemasaran dan simpan kira. Tujuan bidang ini adalah untuk memupuk nilai dan sikap seperti berdikari, yakin diri, inisiatif dan berdaya saing. Murid didedahkan secara tidak langsung tentang kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan dengan bijaksana. Murid juga boleh bertindak sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab. Tumpuan terhadap pembelajaran adalah melalui pengalaman dan ia dikendalikan secara tidak langsung semasa mengendalikan aktiviti amali. Penggabungjalinan di antara teori dan amali, aktiviti dalam dan luar bilik darjah dan kesepaduan pelbagai disiplin adalah dititikberatkan. Selain dari itu pendekatan menggunakan kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) adalah menjadi landasan dalam pengajaran dan pembelajaran di mana daya imaginasi dan kreativiti murid perlu dijanakan dan diperkembangkan ke arah masa depan yang lebih sempurna, oleh itu unsur penting Kajian Masa Depan diterapkan bagi meransang daya intelek agar mereka berupaya menghasilkan produk yang dapat dimanfaatkan serta memberi sumbangan ke arah menentukan hala tuju masa depan dengan mengekalkan nilai-nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan. Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi sertakreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian. Mata pelajaran kemahiran hidup sekolah menengah rendah bermula dengan empat mata

10

pelajaran elektif iaitu Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga, Sains Pertanian dan Sains Rumah Tangga pada tahun 1965 dalam sistem komprehensif. Mata pelajaran ini dikaji dan diuji rintis pada tahun 1989 sebagai Kemahiran Hidup Program Peralihan, kemudian disemak semula pada tahun 1991 sebagai KHB. Pada tahun 2003 kurikulum ini diubah suai dengan memasukkan tajuk baru dan menggugurkan tajuk lama. Mata pelajaran ini di ajar tiga waktu seminggu iaitu 40 minit per waktu. Kandungan mata pelajaran ini diolah mengikut bidang pembelajaran yang mengandungi beberapa unit pembelajaran. Unit pembelajaran ini dihuraikan dalam bentuk tajuk atau aktiviti. Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan. Bahagian Teras mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan Teknologi. Manakala Bahagian Pilihan mempunyai empat bidang pembelajaran iaitu Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan. Murid mengambil semua bidang pembelajaran dalam Bahagian Teras dan salah satu daripada empat bidang pembelajaran dalam Bahagian Pilihan. Deskripsi bidang pembelajaran dan senarai unit pembelajaran mengikut bahagian. Tumpuan terhadap pembelajaran adalah melalui pengalaman dan ia dikendalikan secara tidak langsung semasa mengendalikan aktiviti amali. Penggabung jalinan di antara teori dan amali, aktiviti dalam dan luar bilik darjah dan kesepaduan pelbagai disiplin adalah dititikberatkan. Selain dari itu pendekatan menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) adalah menjadi landasan dalam pengajaran dan pembelajaran di mana daya imaginasi dan kreativiti murid perlu dijanakan dan diperkembangkan ke arah masa depan yang lebih sempurna.

11

4.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMPERKASAKAN KURIKULUM KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH Kurikulum merupakan suatu elemen penting dalam sistem pendidikan. Ianya merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang boleh mencorakkan generasi akan datang. Kurikulum perlu relevan dan dinamis bersesuaian dengan keperluan semasa dan halatuju pendidikan serta aspirasi negara. Pelbagai asas dan cabaran yang perlu dipertimbangkan dalam memperkasakan kurikulum pendidikan kemahiran hidup dinegara ini. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pembangunan Negara dan trend pendidikan dunia adalah di antara kuasa penggerak yang perlu diberi penekanan dalam usaha memperkasakan kurikulum tersebut. Matlamat kurikulum ialah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun, pada masa yang sama kurikulum turut perlu menyumbang dalam melahirkan pekerja yang berilmu, warganegara yang bertanggungjawab. Pengisian dan pelaksanaan kurikulum mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat, profil bangsa dan warganegara Malaysia yang berkualiti. Pengajaran adalah pekerjaan yang kompleks, ia memerlukan pembentukan ilmu pengetahuan, kemahiran mengajar dan perkembangan profesionalisme yang berterusan. KPM telah mula mengorak langkah dalam usaha penambahbaikan kurikulum menerusi transformasi kurikulum sekolah rendah dan kurikulum Kemahiran hidup. Penekanan utama dalam transformasi tersebut adalah penekanan kepada aspek praktikal dan akademik berbanding akademik semata-mata sebelum ini. Elemen kemahiran hidup untuk peringkat pendidikan rendah dan menengah telah dimantapkan dengan menjadikannya sebagai salah satu komponen dalam mata pelajaran tertentu Mengikut analisis kajian yang mendalam oleh Danielson (1996), beliau mencadangkan empat kemahiran utama untuk memperkasakan kurikulum kemahiran hidup. Terdapat pelbagai langkah yang memperuntukkan pelbagai kemahiran yang ada untuk memperkasakan kurikulum kemahiran hidup di sekolah. Antaranya ialah melibatkan diri dalam perancangan dan persediaan yang berkualiti, menyediakan suasana bilik darjah yang positif, menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang terbukti berkesan dan mempamerkan tingkah laku yang profesional. 12

Dalam konteks melibatkan diri dalam perancangan dan persediaan yang berkualiti adalah merangkumi pengetahuan tentang isi kandungan dan pedagogi. Ini bermakna setiap guru haruslah mengetahui apa yang perlu diajar dan bagaimana teknik dan kaedah yang perlu digunakan untuk mengajar. Dengan adanya teknik dan kaedah yang digunakan ini, maka langkah untuk memperkasakan kurikulum kemahiran hidup di sekolah akan dapat dibentuk dengan baik dan berkesan.Hasilnya, kurikulum kemahiran hidup akan dapat dibentuk dan dijalankan dengan jayanya oleh guru dan pelajar. Selain itu, setiap guru haruslah mempunyai pengetahuan tentang murid dan mengetahui bagaimana cara mereka belajar dan membentuk pengetahuan mereka dari semasa ke semasa. Bagi memperkasakan lagi kemahiran hidup di sekolah, setiap guru dan pelajar haruslah bijak dalam memilih matlamat pengajaran dan pembelajaran (P&P). Setiap guru haruslah bijak dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian mengikut tahap kebolehan pelajar. Dengan ini, proses pembelajaran akan dapat dijalankan dengan berkesan dan hasilnya akan dapat melahirkan pelajar yang seimbang dalam pencapaian kemahiran dan akademik. Contohnya, dalam mata pelajaran ekonomi rumah tangga memerlukan kepandaian dan kebolehan pelajar dalam proses menyediakan menu masakan. Bagi meningkatkan keberkesanan dalam usaha untuk memperkasakan mata pelajaran kemahiran hidup memerlukan guru tersebut supaya lebih prihatin terhadap kebolehan pelajarnya memasak. Dengan adanya sikap keprihatinan guru tersebut sekali gus dapat meningkatkan minat dan kesungguhan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Selain itu, perancangan dan persediaan yang berkualiti juga merangkumi pengetahuan resos. Pengetahuan resos juga merangkumi proses untuk mendapatkan bahan, alat, staf dan aspek lain untuk meningkatkan pengajaran. Sepertimana yang diketahui, kemahiran hidup merupakan satu subjek yang memerlukan banyak alat dan bahan dalam menyempurnakan pengajaran. Setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah berdasarkan kepada penyediaan dan keperluan alat dan bahan untuk melancarkan proses pembelajaran. Melalui aspek alat dan bahan bantu mengajar yang diperlukan haruslah meliputi penekanan terhadap penentuan jenis dan bentuk ABM atau BBM yang digunakan mestilah sesuai dengan tajuk dan isi atau objektif pelajaran. 13

Dengan adanya ABM dan BBM akan memudahkan guru untuk menerangkan konsep terhadap pengajaran yang akan diajar. Sepertimana yang diketahui, kemahiran hidup merupakan salah satu pembelajaran yang melibatkan banyak aktiviti praktikal berbandingn dengan teori. Aktiviti praktikal banyak memerlukan kemudahan bahan dan alatan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Kemudahan bahan dan alatan yang lengkap dapat membantu guru dan pelajar dalam melicinkan proses pengajaran tanpa sebarang gangguan seperti kekurangan kelengkapan alatan yang diperlukan. Hasilnya, usaha kerajaan unuk memperkasakan kurikulum kemahiran hidup di sekolah akan dapat dicapai dengan jayanya. Teknik dan kaedah ABM dan BBM yang ada haruslah dapat menarik minat, penglibatan dan kefahaman murid terhadap pengajaran yang akan diajar. Dengan adanya kemudahan ABM dan BBM akan dapat meyakinkan pengajaran guru dengan lebih berkesan secara optima. Contoh ABM yang biasa digunakan ialah carta, komputer, LCD, projektor, perakam pita dan TV. Dapat dilihat bahawa semakin sempurna keperluan bahan dan alatan yang diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P), maka semakin berkesanlah hasil pembelajaran yang dapat dihasilkan, Kebolehan merangka pengajaran juga merupakan aspek penting. Ia meliputi aspek merancang pelajaran yang berkesan bagi membolehkan kurikulum kemahiran hidup dapat di perkasakan. Selain itu, dalam usaha memperkasakan kurikulum kemahiran hidup memperuntukkan kebolehan menilai murid secara adil dan bermakna. Dalam aspek ini, guru haruslah bijak dalam membuat penilaian terhadap setiap murid supaya teknik dan kaedah pengajaran yang akan diterapkan haruslah sesuai dengan kebolehan dan tahap pencapaian murid. Proses perancangan dan persediaan yang berkualiti haruslah ditekankan supaya guru-guru sentiasa berhati-hati untuk mengguna pakai elemen-elemen dalam persediaan mengajar supaya pengajaran dapat dijalankan dalam bentuk yang bersepadu. Penilaian guru terhadap kebolehan setiap pelajarnya adalah penting untuk menentukan teknik pengajarannya. Contohnya, dalam pengajaran topik berkaitan dengan enjin memerlukan kefahaman dan daya imaginasi yang tinggi untuk membayangkan struktur enjin dalam sesuatu kenderaan bermotor. Jika terdapat sesetengah pelajar yang lemah dalam penerimaan pengajaran berkaitan topik ini, maka guru tersebut haruslah

14

menyesuaikan teknik pengajarannya supaya lebih mudah dan jelas. Hasilnya, pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas akan lebih berkesan. Suasana bilik darjah juga merupakan elemen penting dalam usaha

memperkasakan kurikulum kemahiran hidup di sekolah. Kemahiran guru yang berkesan perlu mewujudkan dan mengekalkan suasana yang membolehkan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan jayanya. Perancangan suasanan bilik darjah yang mewujudkan pengalaman pembelajaran yang positif memerlukan guru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek. Contohnya ialah mewujudkan suasana hormat menghormati dan kemesraan. Setiap guru haruslah sentiasa bersifat penyanyang dan mesra. Dengan adanya sifat kelembutan yang dimiliki oleh setiap guru haruslah sentiasa dipupuk agar suasana pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih berkesan. Selain itu, penyediaan dan pengurusan bilik darjah haruslah dilaksanakan dengan jayanya. Dengan adanya bilik darjah yang sempurna dengan kelengkapan bahan dan alatan yang lengkap akan dapat membantu melancarkan proses pengajaran. Pengajaran akan dapat mencapai objektif yang ditetapkan dengan berlakunya pengajaran secara lancar dan berkesan. Secara umumnya, untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berjalan dengan jayanya, persekitaran kelas yang kondusif adalah penting. Guru berperanan dalam memastikan persekitan kelas yang terkawal bagi membolehkan pelajar belajar dalam keadaan baik dan terkawal. Dengan adanya persekitaran yang terkawal dan kondusif, maka pencapaian pelajar akan dapat ditingkatkan. Guru juga haruslah bijak dalam menguruskan tingkah laku murid. Dengan adanya kawalan terhadap tingkah laku murid, maka suasana pembelajaran yang berjalan akan dapat dilaksanakan dengan lebih tenang dan proses penerimaan terhadap pengajaran dan pembelajaran akan dapat diterima dengan lebih maksimum. Penyediaan bilik darjah haruslah digunakan secara optima dalam menggunakan ruang supaya murid dapat menjalankan pengajaran dengan lebih selesa. Aspek-aspek pendidikan dalam usaha pembudayaan kemahiran hidup yang berasaskan meningkatkan keupayaan pengetahuan, praktikal dan inovasi mampu sedikit sebanyaknya merintis laluan untuk mengatasi masalah yang berpunca daripada akademik dan latihan praktikal. Dengan adanya 15

langkah-langkah dalam usaha memperkasakan kurikulum kemahiran hidup di sekolah, ia sekaligus telah berjaya menjadikan usaha pihak kementerian untuk menjayakan kurikulum di sekolah dapat dihasilkan dengan jayanya. Keprihatinan untuk menyediakan pelajar lepasan sekolah menghadapi dunia pekerjaan menuntut fokus kepada menghasilkan generasi muda warga Malaysia yang mampu berdikari, boleh berfungsi dalam pasukan, dan mempunyai nilai-nilai yang sewajarnya untuk membolehkan mereka terus produktif dan berdaya saing di pasaran ekonomi tempatan, serantau, dan global. Mengambil kira ciri-ciri di atas, penekanan kurikulum bukan setakat melibatkan mata pelajaran sebagai sumber utama ilmu, tetapi melengkapkan diri murid dengan kemahiran kognitif, interpersonal, dan kompetensi yang tinggi. Secara umumnya, kompetensi yang diperlukan itu mempunyai unsur-unsur seperti kemahiran hidup tertentu dan diperlukan untuk kejayaan kerjaya dan peribadi kemahiran utama dan penting untuk penglibatan diri di dalam dunia pekerjaan dan organisasi kerja. Ia berfokuskan kepada keupayaan menyepadukan kemahiran dan pengetahuan di dalam pekerjaan kemahiran yang boleh digunakan atau dipindahkan secara am di tempat kerja dan bukannya kemahiran teknikal dan khusus. Bagi memperkasakan Kemahiran Hidup dalam kurikulum sekolah, guru-guru juga amat memainkan peranan yang penting. Hal ini demikian kerana, guru yang berkesan akan melahirkan pelajar yang cemerlang. Menurut Danielson (1996) dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah, guru yang berkesan adalah guru yang mempamerkan tingkah laku yang profesional. Seseorang guru dianggap bersikap profesional apabila sentiasa membuat refleksi terhadap pengajarannya. Refleksi ini membantu guru memikirkan kembali apakah ilmu yang telah diperturunkan kepada pelajarnya dan bagaimana cara penyampaian ilmu itu dilakukan. Refleksi amat penting kerana guru dapat mengukur sejauh manakah kefahaman pelajar terhadap pengajaran guru. Kepentingan lain refleksi dalam pengajaran guru ialah membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternatif-alternatif dalam membuat keputusan. 16

Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkah laku atau amalannya. Seandainya pelajar tidak dapat mengikuti kelas dengan baik, guru boleh mencuba pendekatan baru bagi membolehkan pelajar faham kerana setiap pelajar mempunyai daya fikir yang berbeza dan hal ini memerlukan guru menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan bahawa amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras dengan pandangan yang menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada kita untuk menyiasat secara kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat, amalan pengajaran dan akibat amalan pengajaran tersebut (Dewey, 1933; Schon, 1987). Bagi John Dewey (1933), seseorang yang mengamalkan pemikiran reflektif akan terhindar daripada bersifat impulsive. Seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan guru membuat keputusan dalam proses pendidikan. Seterusnya, pandangan tentang terdapatnya kata sepakat bahawa amalan reflektif membawa ke arah pertumbuhan profesional (Van Manen, 1977), menyokong pandangan Wildman, et al, (1990). Kepentingan amalan reflektif ini juga ditegaskan oleh Steffy B.E, et al., (2000 ) yang menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai pertumbuhan profesional tanpa amalan reflektif dalam karier seorang guru. Guru yang berkesan akan melihat perkara ini sebagai sesuatu yang amat penting kerana ia melibatkan masa depan pelajar. Selain itu, guru yang profesional juga adalah guru yang menjaga rekod dengan baik. Rekod yang dimaksudkan di sini ialah rekod maklumat latar belakang, prestasi ujian, kelakuan, dan aktiviti pelajar. Guru dianggap sebagai ibu bapa kedua bagi seorang murid kerana selain masa yang dihabiskan di rumah bersama-sama ibu bapa, pelajar akan berada di sekolah bagi menimba ilmu pengetahuan. Rekod yang dikumpul perlu dijaga kerana berpandukan etika yang mana menjelaskan bahawa maklumat pelajar adalah suatu perkara yang rahsia dan sulit. Oleh itu semua rekod penilaian perkembangan dan kemajuan murid sekolah hendaklah disimpan dengan selamat mengikut panduan yang telah ditetapkan. Antara panduan menjaga rekod perkembangan dan kemajuan murid ialah segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincang dengan pihak yang tertentu sahaja

17

seperti ibu bapa, guru besar, pakar perubatan, pihak-pihak atau orang-orang yang berkenaan mengikut Akta Pendidikan 1996, rekod murid tidak boleh dipamerkan, meminta kebenaran ibu bapa atau penjaga murid untuk mengambil gambar dan merakam video yang melibatkan murid, dan memastikan segala rekod pemerhatian diberikan kepada ibu bapa di akhir tahun. Guru juga perlu sentiasa berhubung dengan keluarga murid sama ada secara lisan atau bertulis berkaitan kemajuan anak mereka di sekolah. Oleh sebab itu, setiap kali tamatnya sesuatu peperiksaan, guru-guru akan menyiapkan rekod prestasi murid untuk diserahkan kepada ibu bapa mereka sebagai makluman kemajuan anak mereka di sekolah. Ibu bapa yang prihatin akan menjadikan guru sebagai rakan karib mereka kerana guru adalah seorang murabbi, iaitu pengasuh dan pendidik penuh kasih sayang, seorang muallim, iaitu pengajar dan penyampai yang benar, dan seorang muaddib, iaitu pendidik yang membentuk adab dan akhlak muridnya. Imam al-Ghazali banyak sekali menulis tentang hubungan guru dengan murid. Menurut beliau, hubungan antara guru dan murid sangat mempengaruhi keberkesanan daripada sesuatu pendidikan. Malah lebih dari itu, Imam al-Ghazali menganjurkan agar seorang guru bertindak bukan sekadar guru, tetapi perlu bertindak sebagai seorang ayah kepada muridnya. Guru yang berkesan juga menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang terbukti berkesan. Kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang yang membolehkan menarik minat murid dan memotivasikan mereka belajar. Ini termasuklah induksi set, teknik menyoal, berinteraksi memberi galakan dan perangsang. Menurut Yaakub Isa (1994), guru yang baik mampu mengajar atau mendidik dengan baik lalu pendidikannya menjadi berkesan sementara objektif pengajarannya tercapai. Louise Raths dalam tulisannya What is a Good Teacher dalam Childhood Education, Association for Childhood Education International, Washington XL, No.9, menyebut konsep guru yang baik sangat dipengaruhi oleh budaya yang didedahkan kepadanya yang dianggapnya sebagai suatu yang bernilai. Menurut Koh Boh Koon (1992), proses pengajaran di dalam kelas seharusnya melibatkan dua pihak iaitu guru dan pelajar. Sekiranya guru hanya menitikberatkan proses menghabiskan silibus berbanding aspek penghayatan dan penerapan nilai, keadaan ini boleh menyebabkan interaksi dua hala ini 18

hilang fokus. Kesannya pelajar hilang minat (Atan Long, 1982) dan beranggapan sesuatu matapelajaran itu sebagai suatu beban akademik. Ciri-ciri guru yang efektif ialah mampu menyesuaikan diri, mempunyai peragaan yang menarik, mempunyai minat yang besar terhadap masyarakat, profesion, dan pelajarnya, cermat terutama tentang penghayatan, budi bahasa, penyayang, simpati, tidak mementingkan diri sendiri, bekerjasama, dan boleh diharap serta cekal. Selain daripada ciri-ciri guru yang efektif, seorang guru yang berkesan perlu memiliki kemahiran yang efektif. Kemahiran yang dimaksudkan ialah berkomunikasi secara jelas dan tepat sama ada menggunakan lisan atau tulisan. Komunikasi ialah satu proses pertukaran maklumat dan idea di antara dua atau lebih manusia untuk menghasilkan tindak balas yang diharapkan. Komunikasi yang jelas akan memudahkan ilmu sampai kepada pelajar sama ada pelajar berada di hadapan atau belakang kelas. Pelajar juga tidak akan rasa mengantuk kerana boleh mengikuti sesi pembelajaran dengan baik. Mereka juga boleh mengemukakan soalan berkaitan apa yang tidak difahami kerana suasana pembelajaran adalah efektif dan memungkinkan mereka menjadi pelajar yang aktif di dalam kelas. Guru juga tidak harus berada di satu tempat semasa mengajar kerana pelajar akan berasa bosan. Apabila guru tidak berada pada satu tempat, ia akan memudahkan guru tersebut memantau dan mengawal keadaan kelas agar sesi pengajaran dan pembelajaran adalah dalam keadaan yang kondusif. Kemahiran efektif yang lain ialah menggunakan teknik menyoal dan berbincang. Tidak semua pelajar suka bertanya apabila menghadapi sesuatu masalah dalam pembelajarannya kerana perasaan malu terhadap rakan-rakan sekelas. Apabila terdapat sesi soal jawab antara guru dan pelajar, secara tidak langsung ia boleh memberikan maklumat kepada pelajar yang malu untuk bertanya. Berbincang menjadikan pelajar lebih aktif kerana mereka diberikan kebebasan untuk menyatakan idea atau pandangan mereka berhubung sesuatu perkara yang diutarakan. Kaedah perbincangan memerlukan guru sebagai fasilitator bagi membetulkan kesilapan fakta yang mungkin pelajar nyatakan. Menyoal murid mempunyai prinsip-prinsip panduan yang tersendiri. Antara prinsip tersebut ialah merancang soalan-soalan yang hendak dikemukakan, memastikan bahawa soalan yang dikemukakan adalah bersesuaian dengan peringkat kebolehan murid, aras 19

soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar, perkataan atau istilah yang digunakan dalam soalan seharusnya difahami oleh murid, memberi peluang kepada murid untuk memikirkan jawapan, mengemukakan soalan kepada seluruh kelas dan mengelakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja, mengemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan murid manakah yang akan menjawab soalan tersebut, bentuk soalan hendaklah sentiasa berubah-ubah bagi menghindarkan murid berasa bosan dan hilang tumpuan, menentukan bahawa soalan yang dikemukakan secara lisan dapat didengari oleh murid seluruh kelas, mengelakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya, soalan hendaklah ringkas dan tepat, dan soalan yang dikemukakan haruslah mendorong murid untuk berfikir. Sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan semua pelajar mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Untuk memastikan tiada pelajar yang ketinggalan dalam menimba ilmu, guru perlulah melibatkan pelajar secara aktif. Pendekatan yang paling sesuai digunakan untuk menjadikan pelajar seorang yang aktif dalam kelas adalah dengan menggunakan teknik pembelajaran berasaskan masalah atau secara konstruktivisme. Sebelum melaksanakan teknik konstruktivisme, guru perlu terlebih dahulu memahami bahawa konstruktivisme terbahagi kepada tiga jenis iaitu konstruktivisme endogenous, konstruktivisme eksogenous, dan konstruktivisme dialektikal. Konstruktivisme endogenous ialah pengetahuan sedia ada murid yang diperoleh daripada pengetahuan terdahulu dan tidak daripada interaksi alam sekeliling. Pengetahuan juga dibina secara kognitif. Konstruktivisme eksogenous pula ialah pengetahuan yang diperoleh daripada interaksi alam sekeliling dan merupakan pembinaan semula dunia luar. Dunia luar mempengaruhi kepercayaan melalui pengalaman, pendedahan kepada percontohan, dan pengajaran. Konstruktivisme dialektikal pula ialah gabungan konstruktivisme endogenous dan eksogenous. Setelah mengenalpasti jenis konstruktivisme, guru bolehlah mengaplikasikannya pada pelajar. Teknik ini membolehkan pelajar bekerja secara berkumpulan dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Interaksi antara pelajar juga dapat dilihat apabila terdapatnya perbincangan sesama mereka. Dalam merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, guru perlulah fleksibel dan cepat bertindak balas iaitu dengan mengubahsuai pelajaran

20

berasaskan maklum balas pelajar. Pelajar akan lebih mudah memahami sesuatu isi pelajaran yang ada kaitan dengan diri mereka. Hal ini juga dinamakan sebagai pengalaman sedia ada pelajar. Guru juga perlulah menyatakan contoh-contoh yang lebih dekat dengan diri pelajar agar mereka mendapat gambaran dan bayangan mengenai pengajaran guru. Rumusannya, guru yang berkesan adalah guru yang boleh menyesuaikan diri mereka dengan keadaan pelajar. 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan satu subjek yang penting diajar di sekolah bagi membantu perkembangan murid dalam aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Justeru itu, kurikulum Kemahiran Hidup haruslah sentiasa dipantau dan diperbaiki dari semasa ke semasa mengikut perkembangan teknologi agar dapat meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah. Pihak yang berkaitan haruslah mengambil peranan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk memastikan perkembangan kurikulum selari dengan perkembangan pendidikan semasa. Oleh itu, mata pelajaran Kemahiran Hidup haruslah diberi tumpuan sama rata oleh pihak kemeterian, sekolah dan guru peringkat sekolah menengah. sama ada diperingkat sekolah rendah mahu pun di

21

RUJUKAN Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20102010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Lim Kok Wing. 2008. Abdullah: Memperkasa Malaysia. Cyberjaya: Limkokwing Integrated Sdn. Bhd. Pusat Perekembangan kurikulum. (2002) Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Kementerian Pelajaran Malaysia . Wan Mohd Zahid Nordin. (1991). Reformasi pendidikan keperluan da kurikulum bersepadu sekolah menengah: Isu cabaran dalam reformasi pendidikan Malaysia. Penyunting Mohd Idris Jauzi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Ciri-Ciri Dan Potensi Diri : Guru Berkesan Dalam Merealisasikan Pendidikan Cemerlang. Diperolehi pada Ogos 21, 2010 daripada http://www.angelfire.com Dasar PTV Menjamin Masa Depan Pelajar. [On-line] Diperolehi September 22, 2010 dari World Wide Web: http://www.slideshare.net/ Empat Punca Pelajar Kurang Meminati Matapelajaran Sejarah Dan Cadangan Mengatasi Masalah. Diperolehi pada September 22, 2010 daripada www.keepandshare.com Hubungan Guru dan Murid. Diperolehi pada Ogos 20, 2010 daripada http://zahrihamat.blogspot.com Huraian Sukatan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. [On-line] Diperolehi September 22, 2010 dari World Wide Web: http://www.kedah.edu.my/akademik/ Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. [On-line] Diperolehi September 22, 2010 dari World Wide Web: http://kemahiran.wordpress.com/

22

Kepentingan Pengajaran yang Berkesan Dalam Menarik Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sejarah. Diperolehi pada September 23, 2010 daripada http://www.scribd.com Memperkasakan Kurikulum Pendidikan Negara. Diperolehi pada September 2,2010 daripada http://dillaloveart.blogspot.com/2010/04/memperkasakan-kurikulum pendidikan.html Model Guru Efektif. Diperolehi pada Ogos 18, 2010 daripada http://www.scribd.com Peranan Refleksi. Diperolehi pada September 21, 2010 daripada http://zulsophistsaidi.blogspot.com

23

Anda mungkin juga menyukai