Anda di halaman 1dari 4

Nabi Lut

Lut adalah antara orang-orang salih yang diangkat oleh Allah untuk menjadi seorang
daripada Nabi-Nabi-Nya. Dia juga seorang utusan atau rasul. Kepadanya Allah
memberikan Putusan dan pengetahuan.

Nabi Ibrahim mengenalinya. Mereka hidup pada masa yang sama tetapi di tempat yang
berlainan. Nabi Lut percaya kepada apa yang Nabi Ibrahim diwahyukan. Nabi Lut dan
kaumnya pula tinggal tidak jauh dari tempat Nabi Muhammad dan kaumnya tinggal.

Kaum

Kaum Nabi Lut jahat. Mereka melakukan kesumbangan yang tidak pernah seseorang pun
di seluruh dunia melakukan sebelum mereka. Mereka mendatangi lelaki dengan hawa
nafsu, bukan perempuan, dan melakukannya juga di majlis-majlis.

Kejahatan mereka ditambah dengan mendustakan utusan Allah beserta amaran-amaran


yang didatangkan kepada mereka. Mereka adalah sebenarnya orang-orang yang zalim,
derhaka, berdosa, dan fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan).

Seruan Nabi Lut

Nabi Lut telah memberitahu kaumnya bahawa dia adalah seorang rasul, dan menyeru
mereka supaya takut kepada Allah. Dia turut menyatakan iaitu dia tidak meminta upah
atas seruan yang dibuatnya. Seruannya yang lengkap berbunyi, "Tidakkah kamu bertakwa
(takut kepada Tuhan)? Aku, bagi kamu, adalah seorang rasul yang dipercayai, maka kamu
takutilah Allah, dan taatlah kepadaku. Aku tidak meminta kepada kamu upah untuk ini;
upahku, tidak lain, hanyalah atas Pemelihara semua alam. Apa, adakah kamu mendatangi
lelaki daripada semua alam, Dengan meninggalkan isteri-isteri kamu yang Pemelihara
kamu menciptakan untuk kamu? Tidak, tetapi kamulah kaum yang menderhaka."

Terhadap kejahatan yang dilakukan oleh kaumnya, Nabi Lut telah menegur lagi, "Apa,
adakah kamu melakukan kesumbangan yang tidak pernah seseorang pun di semua alam
melakukannya sebelum kamu? Kamu mendatangi lelaki-lelaki dengan hawa nafsu, bukan
perempuan; tidak, kamulah kaum yang membazir (berlebihan)."

Dia juga bertanya, "Apa, adakah kamu melakukan kesumbangan dengan mata-mata kamu
terbuka?"

"Apa, adakah kamu mendatangi lelaki, dan memotong jalan, dan kamu mendatangkan
dalam majlis kamu, kemungkaran?" tanyanya lagi.
Selain mengatakan kaumnya menderhaka dan membazir, Nabi Lut telah mengatakan juga
bahawa mereka adalah "kaum yang bodoh."

Jawapan Kaum

Jawapan kaumnya tiada lain melainkan mengugut untuk mengusinya keluar dari kota.
Mereka berkata, "Jika kamu tidak berhenti, wahai Lut, pasti kamu akan menjadi antara
orang-orang yang diusir."

Sementara yang lain berkata, "Usirlah keluarga Lut daripada bandar raya kamu; mereka
adalah orang-orang yang membersihkan diri!"

Dan ada pula yang sombong, yang minta didatangkan azab dengan berkata,
"Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu berkata benar."

Lalu Nabi Lut berkata kepada mereka dan berdoa kepada Tuhan berbunyi "Sesungguhnya
aku adalah pembenci kepada amalan kamu. Wahai Pemeliharaku, selamatkanlah aku dan
keluargaku daripada apa yang mereka buat."

Dia memohon lagi, "Wahai Pemeliharaku, tolonglah aku terhadap kaum yang membuat
kerosakan."

Sememangnyalah hanya kepada Tuhan dipohon pertolongan. Permohonan baginda


dikabulkan Allah.

Kedatangan Malaikat

Maka Allah mengutuskan malaikat-malaikat kepadanya. Sebelum mereka berjumpa Nabi


Lut mereka telah, terlebih dahulu, menemui Nabi Ibrahim. Tujuan adalah untuk
menyampaikan berita gembira mengenai kelahiran seorang anak untuk Nabi Ibrahim, dan
untuk memberitahunya tentang tugas mereka terhadap Nabi Lut dan kaumnya.

Mereka berkata, "Kami akan memusnahkan penduduk bandar raya ini, kerana
penduduknya orang-orang yang zalim."

"Kami diutus kepada kaum yang berdosa, kecuali keluarga Lut; mereka akan kami
menyelamatkan kesemuanya, kecuali isterinya; kami menentukan bahawa dia
sesungguhnya termasuk orang-orang yang tinggal." ujar mereka lagi.

Apabila malaikat-malaikat atau rasul-rasul Allah datang kepada Lut, dia berasa susah dan
cemas untuk mereka. Dia berkata "Inilah hari yang amat berat."

Dan berkata "Kamu adalah kaum yang aku tidak kenal," tatkala rasul-rasul itu
mendampinginya.

"Wahai Lut, kami adalah rasul-rasul Pemelihara kamu."


"Jangan takut, dan jangan juga susah, kerana sesungguhnya kami akan menyelamatkan
kamu dan keluarga kamu, kecuali isteri kamu; dia termasuk orang-orang yang tinggal.
Kami akan menurunkan kepada penduduk bandar raya ini kemurkaan dari langit kerana
mereka berbuat kefasiqan." kata mereka lagi.

Sebab mereka datang dijelaskan lagi dengan berkata, "Kami mendatangkan kepada kamu
mengenai apa yang mereka meragui. Kami datang kepada kamu dengan yang benar, dan
sesungguhnya kami berkata benar. Maka berjalanlah kamu dengan keluarga kamu pada
sebahagian malam, dan ikutlah di belakang mereka, dan janganlah seseorang daripada
kamu berpaling ke belakang; dan bertolaklah ke tempat yang kamu diperintahkan."

Akhirnya mereka berkata, "Waktu yang mereka dijanjikan ialah subuh; bukankah subuh
sudah dekat?"

Kaum Gembira

Sejurus selepas rasul-rasul Allah datang kepada Lut, kaumnya datang kepadanya pula,
berlari-lari ke arahnya, dengan gembira. Mereka berkeinginan pada tetamu-tetamu Lut.

Nabi Lut berkata kepada mereka, "Mereka ini tetamuku; janganlah memalukan aku. Dan
takutilah Allah, dan janganlah mengaibkan aku."

Mereka menjawab, "Tidakkah kami telah melarang kamu daripada semua alam?" Kerana
mereka telah, sebelum itu, melarang Nabi Lut daripada membuat sebarang hubungan
dengan manusia lain.

Nabi Lut telah juga berkata, "Wahai kaumku, inilah anak-anak perempuanku; mereka
lebih bersih bagi kamu. Maka takutilah Allah, dan janganlah mengaibkan aku pada
tetamu-tetamu aku. Apa, adakah tidak ada seorang lelaki antara kamu yang berfikiran
waras?"

Tawaran Nabi Lut supaya mereka mengambil anak-anak perempuannya sebagai ganti,
dan rayuan supaya tidak memalukannya di depan tetamu-tetamunya telah ditolak. Mereka
berkata, "Kamu mengetahui bahawa kami tidak patut terhadap anak-anak perempuan
kamu, dan kamu mengetahui benar apa yang kami mengkehendaki."

Kemudian mereka menggoda tetamu-tetamu Nabi Lut pula. Tetapi mereka gagal.

Selepas itu, Nabi Lut dengan keluarganya beredar dari bandar raya itu pada waktu seperti
yang disuruh. Akan tetapi, isterinya, seorang perempuan tua, tinggal di belakang.

Azab

Pada awal pagi, datang kepada kaumnya satu azab yang telah ditetapkan Allah. Suatu
bunyi yang kuat, atau Teriakan, telah mengambil mereka pada waktu matahari terbit.
Dan bandar raya itu telah diterbalikkan, yang atasnya ke bawahnya. Angin ribut yang
mengandungi batu diutuskan pula kepada mereka, bertubi-tubi. Batu-batu itu adalah
daripada tanah liat yang dibakar serta ditanda di sisi Tuhan.

Begitulah buruknya balasan bagi orang-orang yang mendustakan amaran-amaran


daripada Tuhan.

Allah telah menyelamatkan keluarga Nabi Lut pada waktu sebelum dinihari ke bumi yang
Dia berkati bagi semua alam. Itu adalah satu rahmat daripada Dia, dan begitulah Dia
membalas orang-orang yang bersyukur (berterima kasih). Ke tempat itu juga Nabi
Ibrahim telah diselamatkan terlebih dahulu.

Isteri

Keluarga Nabi Lut telah dirahmati Allah, kecuali isterinya, seorang perempuan tua. Dia
tidak percaya dan mengkhianti Nabi Lut. Terdapat seorang lagi isteri Nabi yang serupa
dengan isteri Nabi Lut, yang tidak percaya dan mengkhianti suaminya. Walhal, mereka
berada di bawah dua hamba Allah yang salih, yang diangkat menjadi Nabi dan rasul.
Kedua-kedua isteri tersebut akan dimasukkan ke dalam Api (neraka) pada Hari Kiamat.

Sesungguhnya terdapat pengajaran bagi para pelajar dalam kisah Nabi Lut. Bandar raya
yang diterbalikkan itu, menurut Allah lagi, hanya mengandungi sebuah rumah orang-
orang Muslim, iaitu rumah Nabi Lut, dan ia (bandar raya) pula berada di satu jalan yang
masih berada, untuk menjadi satu amaran bagi semua manusia yang hidup selepas
diturunkan kemurkaan dari langit tersebut.