Anda di halaman 1dari 1

MTE 3102 : Pendidikan Matematik Kursus pendidikan matematik ini, memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pengertian

dan peranan matematik . Kuliah kami ini bermula pada tarikh 12 Januari 2012 pada pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Subjek ini merupakan subjek baru yang wajib kami pelajari di semester ini. Sebelum ini, ketika di foundation, subjek matematik yang telah kami pelajari semuanya melibatkan pengiraan tetapi dalam subjek matematik pada semester ini, ianya melibatkan pemahaman kita tentang matematik. Dalam kuliah ini, saya telah mempelajari pengertian dan peranan matematik. Adalah sangat penting bagi seseorang itu mengetahui tentang peranan matematik kerana kita banyak menggunakan matematik dalam kehidupan seharian. Misalnya, ketika melihat masa, ketika jual beli dan sebagainya. Ramai orang menganggap matematik adalah suatu subjek yang dikaitkan dengan nombor dan pengiraan sahaja. Sebenarnya, matematik mengandungi makna yang lebih dalam dan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita. Terdapat banyak definisi bagi pengertian matematik. Antaranya ialah, matematik adalah pengkajian tentang pola, perhubungan dan perkaitan. Matematik juga boleh dikatakan sebagai suatu bahasa atau seni. Malah, matematik merupakan satu cara untuk berfikir. Selain itu, matematik juga boleh ditakrifkan sebagai suatu alat rekreasi dalam kehidupan harian. Contohnya, ketika proses pertukaran wang, membaca carta, mengira diskaun, mengukur jarak, masa dan sebagainya. Hasil pembelajaran dari kuliah ini, telah membuka minda saya untuk memahami bahawa matematik merupakan satu bidang yang sangat luas. Setiap orang harus berdepan dengan matematik kerana bolehkah kita bayangkan satu dunia yang tiada penggunaan nombor? Dunia itu akan sangat ketinggalan. Saya amat gembira dan sangat bersyukur kerana mendapat input yang informatif berkenaan matematik dalam kuliah ini kerana dengan mengerti kepentingan matematik kita akan lebih berminat untuk belajar matematik dan kita juga akan menghargainya.

Anda mungkin juga menyukai