Anda di halaman 1dari 9

ULASAN JURNAL:

ABORIGINAL AUSTRALIA ART & CULTURE CENTRE ALICE SPRINGS 100% Aboriginal owned & operated
http://www.aboriginalart.com.au/didgeridoo/songs.html

TRADITIONAL ABORIGINAL MUSIC Aboriginal people throughout most of Australia believe that in the beginning of time, in the Dreaming, there were no visible landmarks; the world was flat. As time progressed, creatures emerged from the ground and had the power to change at will from their animal to their human form. The kangaroo ancestor may now be described, in songs particularly, as the kangaroo; the form of his life essence is a matter of little consequence. These original ancestral beings created all the features of the landscape in the area in which their lives were spent, and also populated the entire region concerned. By their actions they laid down the rules of conduct for all their offspring. Throughout their lives on earth they left inseminating powers in the soil; they also created, and taught to others, many songs including those recounting the history of their own lives, songs for healing the wounded and the sick, injuring the enemy, including rain, arresting the flood, or causing the wind to turn back. The inseminating powers left by these ancestors are doubly important to the present people: first because the propogation of their group is dependent on this power to create human offspring in the likeliness of the human elements of the ancestor; secondly because the food source of the group is dependent on this power of each ancestor to ensure the plentiful supply of recreated forms of the animal or plant element of the ancestor's being. These powers become most accessible to the present inhabitants of the area on those occasions when the spirit of a particular ancestor is drawn towards his own identification marks of the song, acts and designs which he originally created and which have been meticulously preserved ever since. SONGS OF THE DREAMTIME A song is sung as a series comprising many short verses, each of which tells about a particular event or place associated with the ancestor; or the performance may be a full ceremonial one which includes portrayal of relevant events in the performance of dances accompanied by the singing of the appropriate verses. The song associated with any one totemic "line" will have the one melodic form throughout. This means, in

the case of very long "lines" of songs, where the ancestor is reputed to have crossed thousands of miles of territory, that the characteristic melodic form will be found in areas with different languages and musical techniques. Because of the latter differences, an outside observer may well fail to recognise extreme sections of the one song-line as conforming to the same musical pattern, but that they do conform has been repeatedly stressed by performers and shown by a number of detailed analyses. The concept differs from our experience of melodic sameness; it consists of repetitions of sections of melody for a set proportion of the time the total verse takes to perform. Because this technique allows flexibility in those areas of musical expression which tend to change from one tribe to another, the basic information can be kept intact event though the total history may be retained, section by section, in many different tribal areas. This means that, even when a visitor from afar is unable to understand the language that the locals are using in a song, he can determine, from the musical structure, to which totemic line the song belongs. And, because his own totemic song has been very strong conditioning agent in the total processes of his education to adult status in the community, the recognition of his own song in another area will have very deep significance. These history songs link the time long past with the present; the singer is part of a continuum; he is reliving events of another era, and is yet part of them.

Masyarakat dan Kesenian Aborigin Australia

Pengenalan Artikel yang ditulis oleh Penelope Lynne Coutas ini memaparkan kesenian Aborigin iaitu golongan masyarakat asli Australia. Ia menerangkan tentang cara bagaimana masyarakat Aborigin mempersembahkan kesenian mereka. Dalam aspek kesenian yang dibincangkan, penulis lebih memfokuskan kepada elemen muzik dan tarian. Artikel ini turut melihat kesenian yang berasal daripada Dreamtime (masa mimpi) atau Dreaming yang menjadi sumber kesenian Aborigin. Penulisan menganggap artikel ini sebagai satu dorongan kepada pembaca supaya lebih berminat untuk mengetahui tentang masyarakat dan kesenian Aborigin. Artikel yang bertajuk Masyarakat dan Kesenian Aborigin Australia ini menceritakan kesenian masyarakat Aborigin, konsep kesenian di peringkat awal, alatan yang digunakan serta

perkembangannya dari dahulu hingga sekarang. Selain itu, penulis cuba mengutarakan perbezaan kesenian tersebut antara dahulu dan sekarang. Bagaimana kedatangan bangsa Eropah ke Australia telah memberi kesan serba sedikit terhadap kesenian tersebut serta nilai hidup yang diamalkan. Walau bagaimanapun penulis cuba memaparkan bahawa dewasa ini, kesenian masyarakat Aborigin mula diterima melalui usaha-usaha masyarakat Australia memartabatkan kesenian tersebut dengan mewujudkan kursus tentang masyarakat Aborigin di hampir semua universiti seluruh negara. Perbincangan Artikel ini membincangkan tentang masyarakat dan kesenian Aborigin yang disifatkan oleh penulis sebagai satu kesenian kuno di Ocenia. Ia memperkenalkan latar belakang Aborigin Australia yang dikatakan berasal dari Asia Tenggara ketika mana Tanah Australia bersatu dengan pulau Irian Jaya. Menurut penulis, kebudayaan Aborigin banyak dipengaruhi oleh persekitaran tempat tinggal mereka iaitu benua Australia. Mereka amat dipengaruhi oleh unsur alam iaitu pemandangan alam, binatang dan sebagainya. Puak-puak Aborigin juga tersebar di tanah besar Australia dan membentuk suku kaum yang pelbagai. Mereka berbeza dalam aspek organisasi sosial, kebudayaan dan bahasa. Oleh sebab itu, tarian, muzik, sistem kekeluargaan, lukisan, upacara-upacara ritual dan hiburan juga turut berbeza antara satu suku dengan suku yang lain. Walau bagaimanapun, menurut penulis terdapat satu persamaan utama dalam kalangan mereka iaitu Dreamtime (masa mimpi) atau Dreaming . Dreamtime ini adalah terjemahan

konsep Aborigin yang berkaitan dengan kisah penciptaan alam menurut versi Aborigin. Konsep ini adalah cara yang dipakai orang Aborigin untuk menjelaskan hidup dan bagaimana dunia dilahirkan. Menurut penulis, Dreaming adalah pusat kehidupan, kebudayaan dan kesenian

orang Aborigin karena konsep itu menentukan kepercayaan dan hubungannya dengan semua ciri-ciri dunia. Penulis membandingkan konsep kesenian masyarakat tradisional Aborigin dengan konsep kesenian masyarakat Eropah. Dalam masyarakat Aborigin menurut penulis, aktiviti seperti tarian, nyanyian, gambaran pasir, membuat perabot atau menenun bakul semuanya dianggap sebagai satu aktiviti dan ini berlawanan dengan masyarakat Eropah yang membahagikan kesenian kepada dua, iaitu seni dan seniman Art and Design . Orang Aborigin amat mementingkan muzik dan tarian. Muzik dan tarian membawa maksud tetap dalam

kehidupan seorang Aborigin iaitu untuk membawakan hujan, gaya menyembuhkan sakit, membawa kemenangan dalam peperangan dan lain-lain. Seterusnya penulis menerangkan dengan lebih lanjut tentang jenis-jenis muzik dan tarian. Menurut penulis di dalam artikel ini, terdapat tiga jenis muzik dan tarian bagi Aborigin. Pertama ialah semua yang berkaitan dengan upacara yang suci dan rahsia. Lagu-lagu dan tarian untuk upacara ini bukan untuk hiburan tetapi untuk tontonan saja. Upacara tersebut biasanya memperingati nenek moyang dan adalah khusus untuk kaum lelaki. Terdapat juga upacara yang khusus untuk kaum perempuan tetapi tidak banyak maklumat mengenainya kerana upacara tersebut adalah rahsia. Jenis musik dan tarian kedua pula adalah semi-suci. Kebiasaannya lagu, muzik dan tarian dipersembahkan bagi upacara melangkah ke alam dewasa bagi pemuda, perkahwinan dan sebagainya. Muzik akan dimainkan oleh kaum lelaki manakala kaum perempuan pula menari. Penulis menyifatkan jenis muzik dan tarian ketiga pula adalah non-suci , iaitu hanya untuk hiburan sahaja. Lagu-lagu dan tarian ini boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja dan dipersembahkan tidak kira tempat dan masa. Menurut penulis, jenis muzik dan tarian ini juga diamalkan oleh banyak kaum Aborigin di Australia. Seterusnya penulis menceritakan bagaimana muzik dan tarian dicipta oleh orang Aborigin. Bagi mendapat ilham mencipta lagu, seorang Aborigin akan berjalan dan mencari ilham mencipta lagu melalui bunyi-bunyian alam yang terdapat disekelilingnya seperti bunyi guruh, daun yang ditiup angin atau aliran air. Bunyi asas tersebut dimainkan setelitinya dengan menggunakan didjeridoo serta alat muzik lain. Menurut penulis, alat muzik mereka berbeza antara satu suku kaum dengan yang lain. Di antara alat muzik yang biasa digunakan ialah bumerang, pentung, batang kayu, gendang, giring-giring kayu dan didgeridoo. Muzik mereka juga selalu disertai dengan bunyi tepukan tangan dan hentakan kaki. Gaya tarian juga berbeza antara satu suku kaum Aborigin dengan yang lain. Cara mereka menari kebanyakannya adalah dengan menggerakkan tangan, kaki dan badan dengan kerap. Menurut penulis lagi, penari yang paling pandai menari dihormati dan akan menjadi terkenal sehingga jauh dari tempat asalnya. Dalam upacara tertentu, ketika lagu rahsia dinyanyi, tarian menjadi pantas secara mistik. Penari dan alatan muzik yang digunakan akan diserap kuasa ghaib dan mistik. Walaupun tidak merbahaya, jumlah tarian dan nyanyian

tersebut harus dihormati dan dipersembahkan dengan berhati-hati.

Di akhir perbincangannya, penulis memaparkan tentang perubahan masyarakat dan kesenian Aborigin dewasa ini. Sesuai dengan peredaran masa, masyarakat dan kesenian ini banyak menggunakan teknik moden. Tambahan pula penjajah Barat turut menyumbang kepada perubahan gaya hidup dan budaya masyarakat tersebut. Oleh yang demikian, menurut penulis, banyak unsur kebudayaan Aborigin telah hilang atau tidak lagi dipersembahkan. Walau bagaimanapun, masyarakat barat-Australia telah mula menghormati tradisi, kebudayaan dan kesenian Aborigin. Hampir semua kampus universiti di Australia mempunyai Pusat Aborigin di mana mahasiswa dapat mempelajari tentang Dreaming dan kebudayaan orang asli Australia. Masyarakat mula sedar bahawa Aborigin adalah salah satu warisan Negara Australia yang berharga. Dengan sebab itu, sambung penulis lagi, masyarakat Australia dewasa ini semakin sedar bahawa kebudayaan, kesenian dan sejarah lisan Aborigin Australia tidak wajar hilang dan mestilah dihormati oleh semua penduduk Australia. Akhirnya penulis menyimpulkan perbahasannya dengan berpendapat bahawa

masyarakat dan kesenian Aborigin adalah kompleks tetapi menarik. Daripada paparan di atas dapat dilihat bagaimana Dreaming mempengaruhi kebudayaan melalui kesenian. Upacara mistik atau pun bukan mistik sangat penting untuk memperbarui dan memelihara hubungan dengan nenek moyang dan Dreaming. Walau pun masyarakat dan kesenian Aborigin telah mencapai kemodenan, tetapi budaya ini tetap dihormati dan dikagumi oleh masyarakat Australia. Kritik Penulis berpendapat kajian dan topik yang dipaparkan di dalam artikel ini amat menarik dan boleh menggalakkan pembaca untuk mendalami kesenian masyarakat Aborigin dari aspek tarian dan muzik mereka. Penulisan ini juga dapat memberi satu kesedaran baru kepada pembaca tentang kewujudan kesenian satu masyarakat yang telah wujud lebih dari empat puluh ribu tahun yang lalu. Di dalam artikel ini penulisnya iaitu saudari Penelope Lynne Coutas menggunakan istilah Aborigin bagi merujuk masyarakat pribumi Australia. Menurut Australian National Dictionary Centre yang mengendalikan penyelidikan tentang bahasa-bahasa di Australia, kebanyakan Pribumi Australia tidak menggemari istilah Aborigin . Penulis bersetuju dengan pendapat ini kerana berdasarkan pembacaan penulis, penggunaan nama Aborigin adalah satu nama yang diberi oleh masyarakat penjajah kepada golongan masyarakat asli atau pribumi Australia.

Masyarakat ini sebenarnya tidak menyenangi panggilan tersebut kerana ia merujuk kepada zaman penjajahanan. Menurut kamus Merriam-Webster (2000), perkataan Aborigin (Aborigine) mempunyai dua maksud iaitu pertama; pribumi, (yang terawal dan mula dikenali wujud di sesuatu tempat) penduduk yang menetap di sesuatu tempat dan ini berlawanan dengan masyarakat yang ditawan atau dijajah. Kedua; ahli mana-mana kaum asli yang tinggal di Australia. Dengan sebab itu, di Australia, terdapat penggunaan istilah alternatif bagi istilah Aborigin. Memetik Australian National Dictionary Centre (2007)..There has therefore been a widespread adoption in many parts of Australia of alternative words, usually the word for "person" from a local indigenous language. For example, the word "koori" has become used extensively across south eastern Australia. Some languages of south-east Australia (parts of New South Wales and Victoria) had a word - coorie, kory, kuri, kooli, koole - which meant 'person' or 'people' Di dalam artikel ini, penulis turut tertarik dengan paparan penulis tentang jenis muzik dan tarian. Terdapat jenis muzik dan tarian yang kedua iaitu muzik dan tarian yang semi-suci. Kebiasaannya lagu, muzik dan tarian ini menurut penulis artikel, dipersembahkan bagi upacara melangkah ke alam dewasa bagi pemuda, perkahwinan dan sebagainya. Menyentuh soal melangkah ke alam dewasa, terdapat satu sambutan majlis inisiasi bagi pemuda dan pemudi melangkah dari alam kanak-kanak ke alam remaja atau dewasa. Menurut Artlandish, Land Gallery & Aboriginal (2005), sebab utama diadakan ritual ini adalah bagi memperkenalkan para pemuda dan pemudi tentang undang-undang kaum mereka, kepercayaan orang tua yang akan disampaikan kepada golongan muda serta semua pengetahuan yang diperlukan untuk menempatkan diri sebagai pengganti golongan dewasa di dalam kaum mereka kelak. Satu perkara yang jarang dijumpai pada mana-mana kaum pribumi ialah menyamaratakan peranan golongan lelaki dan perempuan atau terdapat peranan khusus yang saling membantu antara keduanya. Memetik artikel dalam Australian Institute of Aboriginal and Torres Strait Islanders Study (2006), .. Again, the structure and nature of the ceremony for tribes may be different but the underlying reasons are similar. Men and women have very different roles to play in their tribal community, respect amongst their own gender and between men and women as individuals and family as a whole, is of upmost importance in the Aboriginal way of life. This respect and strength of both men and women in their differing yet combined roles is brought to fruition as the men adhere to the women s rules during Women s Law, and the reverse on the occasion of Men's Law.

Daripada petikan ini dapat disimpulkan bahawa dalam budaya masyarakat pribumi ini, mereka mengajarkan generasi muda menghormati sesama sendiri sama ada dari jantina yang sama mahupun dari jantina yang berlainan. Selain itu, mereka juga mengajarkan generasi muda walaupun mereka berlainan jantina, tetapi peranan setiap ahli komuniti itu adalah sama dalam menyumbang kepada pembinaan sesuatu masyarakat. Dengan ini, setiap anggota komuniti sama ada lelaki atau perempuan akan menghormati peranan masing-masing di dalam masyarakat. Ini berlainan dengan sesetengah kaum pribumi di dunia yang mana kebanyakan mereka lebih mengutamakan kaum lelaki berbanding perempuan. Terdapat juga yang langsung tidak mengiktiraf peranan kaum perempuan dalam sesuatu komuniti. Penulis berpendapat penerangan penulis artikel berkenaan dengan corroboree boleh

ditambah sedikit. Corroboree menurut Fiona Magowan dan Karl Neuenfeldt (2005) adalah salah satu kebudayaan pribumi Australia. Ianya merupakan satu tarian yang menggabungkan elemen muzik, lagu dan pergerakan yang menyerupai atau peniruan gaya pergerakan binatang, cara berburu, peperangan atau perayaan yang telah dipersembahkan semenjak beratus-ratus tahun dahulu. Ianya bukan sekadar tarian, malah satu majlis yang bernilai dimiliki oleh pribumi Australia. Corroboree adalah satu perayaan yang mengumpulkan kaum-kaum pribumi. Istilah tersebut adalah berasal daripada pertuturan peneroka Eropah yang cuba meniru percakapan penduduk asli bagi kata caribberie. Semasa Corroboree, penduduk asli ini akan berinteraksi dengan masa mimpi atau dreamtime melalui tarian, muzik dan pakaian tradisional mereka.

Corroboree dan majlis-majlis perayaan mempunyai kaitan yang kuat walaupun terdapat perbezaan. Dalam tahun 1930-an, Adolphus Elkin,1938 dalam Fiona Magowan dan Karl Neuenfeldt (2005) menulis tentang tarian kaum Aborigin dan menyifatkannya sebagai tidak sama dengan tarian ritual. ..Aboriginal dancing "tradition of individual gifts, skill, and ownership" as distinct from the customary practices of appropriate elders guiding initiation and other ritual practices. Merujuk kepada tulisan artikel oleh Penelope Lynne Coutas ini, penulis

mengkategorikan Corroboree ini termasuk dalam tarian dan muzik jenis ketiga. Tarian Corroboree adalah persembahan terbuka yang mana semua orang boleh mengambil bahagian. Namun begitu, tarian ini disusun sebegitu rupa sehingga memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi untuk ditarikan.

Kesimpulan

Terdapat kira-kira 460 ribu Aborigin atau dua persen dari 21 juta penduduk Australia. Masyarakat Aborigin merupakan penduduk asli Australia yang telah mendiami benua Australia lebih dari 50 000 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun dunia luar masih kurang pengetahuan tentang masyarakat ini. Dengan sebab itu, usaha untuk mengetengahkan warisan kesenian tertua di dunia ini patut disokong dan diberi galakan. Hakikatnya, budaya Aborigin ini, sebagaimana kajian antropologi, adalah satu budaya yang kompleks,menarik dan kaya dengan budayanya yang tersendiri. Untuk memahami budaya dan kesenian masyarakat ini, maka kita perlu memahami terlebih dahulu budaya mereka, di masa lampau dan pada masa sekarang. Adalah menjadi harapan, semoga dengan terdedahnya budaya kesenian masyarakat ini, kita lebih memahami budaya dan kesenian tersebut dan dapat mengambil manafaat daripada pengetahuan tersebut. Bibliografi Artlandish, Land Gallery & Aboriginal .2005. Retrieved 09.04.2010 from http://www.aboriginalartshop.com/ Art, Land and the Dreaming . 2005. Retrieved 09.04.2010 from http://www.aboriginalartonline.com/culture/culture.php

Australian Institute of Aboriginal and Torres Strait Islanders Study .2006. Aboriginal Ceremonies Songs & Dances. Retrieved 12.04.2010 from http://www.aiatsis.gov.au/ava/avheritage.html

Australian National Dictionary Centre.2007.Retrieved 10.04.2010 from http://www.anu.edu.au/ANDC/

Fiona Magowan and Karl Neuenfeldt. 2005. Landscapes of indigenous performance : music, song and dance of the Torres Strait and Arnhem Land. Canberra : Aboriginal Studies Press

Investasi di Seni Aborigin Australia . 2007. Retrieved 09.04.2010 from http://id.exiscentials.com/investing_in_australian_aboriginal_art271230a.html

Merriam-webster Dictionary .2000. Retrieved webster.com/downloads/index.htm

10.04.2010

from

http://www.merriam-

Anda mungkin juga menyukai