Anda di halaman 1dari 11

MENINGKATKAN KECEKAPAN MENGURUS SALAH LAKU DISIPLIN DALAM BILIK DARJAH OLEH GURU-GURU SMK RAJA ABDULLAH MELALUI

PROGRAM JOM GEMPUR JUAHIR BIN MONDAKIR SMK RAJA ABDULLAH JALAN JAMBU OFF JALAN KEPONG 52000 KUALA LUMPUR

ABSTRAK Gejala pelajar berkeliaran semasa waktu pengajaran dan pembelajaran banyak berlaku. Gejala ini mungkin berpunca dari kelemahan dalam mengesan dan mengambil tindakan ke atas pelajarr-pelajar yang ponteng kelas . Daripada tinjauan awal didapati guru-guru mata pelajaran kurang memberi kerjasama merekod kes ponteng kelas dan lain-lain kesalahan pelajar semasa dalam kelas. Hal ini disebabkan mereka tidak berpuas hati kerana banyak kes yang dicatatkan dalam Buku Kawalan Kelas tidak diambil tindakan. Melalui kajian ini diharapkan dengan memperkemaskan pengurusan disiplin sewaktu pengajaran dan pembelajaran melalui program jom gempur masalah disiplin pelajar dalam bilik darjah dapat dibendung. Dalam melaksanakan kajian ini semua guru mata pelajaran diminta mencatatkan secara tekal kes-kes disiplin dalam bilik darjah di dalam Buku Kawalan Kelas dengan format yang diperbaharui. Penggunaan Buku Kawalan Kelas format baru ini merupakan inovasi yang diperkenalkan dalam kajian ini. Semua guru dalam Lembaga Disiplin yang ditugaskan memantau Buku Kawalan Kelas diminta mengenal pasti dan mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar yang dilaporkan oleh guru-guru mata pelajaran. Bagi memastikan guru-guru membuat pemantauan ke atas Buku Kawalan Kelas dan membuat rondaan saya , PKHEM dan PK Petang membuat semakan ke atas Buku Kawalan Kelas dan memantau guru-guru yang bertugas. Begitu juga pihak pengurusan sekolah membuat pemantauan secara rawak ke kelas-kelas untuk memastikan guru-guru mencatatkan pelajar-pelajar yang ponteng kelas. Dari pemeriksaan ke atas Buku Kawalan Kelas didapati bilangan kes disiplin yang dicatatkan telah meningkat begitu juga peratus kes disiplin yang diambil tindakan juga telah meningkat. Daripada soal selidik yang dijalankan terhadap guruguru didapati mereka berpuashati dengan tindakan yang telah diambil oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalah disiplin pelajar di dalam bilik darjah. Begitu juga daripada temubual yang dijalankan terhadap pelajar-pelajar didapati mereka juga berpuas hati terhadap tahap disiplin dalam bilik darjah dan kecekapan pengurusan disiplin oleh Lembaga Disi[lin Sekolah. Kesimpulannya melalui program jom gempur kecekapan mengurus salah laku disiplin dalam bilik darjah oleh guru-guru di sekolah ini telah dapat ditingkatkan.

1.0

REFLEKSI AMALAN PENGURUSAN DISIPLIN YANG LALU

Saya telah menjadi pengetua di sekolah ini selama tiga tahun. Selama itulah saya perhatikan gejala pelajar-pelajar berkeliaran semasa waktu pengajaran dan pembelajaran sering berlaku. Begitu juga kadang kala saya dapati ada guru yang menghadapi kesukaran mengawal kelas dan keadaan kelas terlalu bising. Ada juga beberapa kelas lemah terdapat pelajar-pelajar yang tidak memberi perhatian terhadap pengajaran guru dan tidak membuat tugasan yang diberikan oleh guru. Setiap kelas telah dibekalkan Buku Kawalan Kelas supaya pelajar-pelajar yang bermasalah atau ponteng kelas dicatatkan nama mereka oleh guru-guru mata pelajaran atau guru relief. Guru-guru juga diminta hanya membenarkan pelajar keluar kelas semasa p&p dengan menggunakan pas keluar. Guru-guru dalam kalangan Lembaga Disiplin juga telah dilantik untuk mengambil tindakan susulan ke atas pelajar-pelajar yang nama mereka dicatat dalam Buku Kawalan Kelas. Begitu juga telah ada guru-guru yang dilantik membuat rondaan bagi memastikan pelajarpelajar yang berkeliaran diambil tindakan. Tetapi keadaan seperti tidak bertambah baik malah semakin meruncing. Tentu ada kekurangan di dalam sistem pengurusan disiplin secara keseluruhan. Perkara ini mungkin disebabkan saya kurang memantau keseluruhan sistem kerana desakan lain-lain tugas. Mungkin juga pihak pentadbir sekolah kurang membuat pemantauan ke atas guru-guru yang sepatutnya mengambil tindakan susulan ke atas pelajar-pelajar yang dicatatkan nama mereka di dalam Buku Kawalan Kelas. Borang Kawalan Kelas sedia ada (LAMPIRAN 1) tidak menekankan aspek pemantauan oleh mana-mana pihak. Oleh kerana kurangnya pemantauan menyebabkan pelajar-pelajar semakin berani melanggar peraturan disiplin dan ada yang menimbulkan masalah di dalam bilik darjah. Keadaan ini perlu diperbaiki kerana mengikut James (2007:m.s 297) pengurusan disiplin murid yang tidak dipantau boleh memberi implikasi negatif kepada kewibawaan pengetua. Saya yakin sekiranya satu gerakan menggempur dan memperbetulkan kepincangan dalam sistem pengurusan disiplin secara keseluruhannya masalah yang sedang berlaku tentu dapat diatasi. Kepercayaan saya ini bersandarkan pendapat Ayob (2004:m.s 74) yang mengatakan bahawa untuk memastikan matlamat tercapai pengetua perlu mengadakan sistem kawalan yang membolehkan semua unit dan 2

individu berfungsi seperti dikehendaki. Oleh itu melalui program jom gempur semua peringkat pemantauan dapat diaktifkan dan masing-masing guru akan memainkan peranan mereka agar masalah disiplin pelajar dalam bilik darjah dapat diatasi.

2.0

FOKUS KAJIAN

Oleh kerana masalah disiplin pelajar dalam bilik darjah banyak bergantung kepada kesungguhan guru-guru mata pelajaran menanganinya maka saya perlu kembalikan keyakinan mereka terhadap memberi kerjasama dalam melaporkan kes-kes disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah secara membuat catatan dalam Buku Kawalan Kelas. Untuk meningkatkan sokongan guru-guru mata pelajaran melaporkan keskes disiplin dalam bilik darjah dalam kajian ini memerlukan guru-guru disiplin mengambil tindakan susulan seberapa segera ke atas pelajar-pelajar yang bermasalah yang dilaporkan oleh guru-guru mata pelajaran. Begitu juga bagi memastikan guru-guru disiplin memainkan peranan mereka dengan berkesan kajian ini memerlukan pihak pentadbir pula membuat pemantauan berterusan. 3.0 Objektif Kajian

Berikut ialah objektif umum dan objektif khusus bagi kajian ini: 3.1 Objektif Umum

Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan kecekapan guruguru dalam mengurus masalah disiplin dalam bilik darjah. Diharapkan dengan meningkatkan kecekapan guru-guru menguruskan kes-kes disiplin yang dilaporkan maka masalah disiplin dalam bilik darjah akan dapat diatasi. 3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah seperti di bawah: i. Untuk memastikan peratus kes-kes disiplin yang dilaporkan oleh guru-guru mata pelajaran dalam Buku Kawalan Kelas diambil tindakan susulan meningkat dari 35.1% kepada 85%.

ii.

Untuk memastikan tahap kepuasan guru terhadap tindakan susulan yang diambil bagi kes-kes disiplin yang dilaporkan dalam Buku Kawalan Kelas meningkat.

iii.

Untuk memastikan tahap kepuasan pelajar terhadap pengurusan disiplin dalam bilik darjah meningkat.

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada semua guru . Saya mengambil keputusan untuk menjalankan kajian ke atas guru-guru ini agar mereka menyedari bahawa mereka mampu menangani kes-kes disiplin dalam bilik darjah secara berkesan jika semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya.

5.0

TINJAUAN AWAL

Dari beberapa kelas yang ditinjau didapati ada kes-kes disiplin yang dicatatkan oleh guru-guru mata pelajaran tidak diambil tindakan susulan oleh guru-guru dalam Lembaga Disiplin sekolah. Ada juga pelajar-pelajar yang didapati ponteng kelas tidak dicatatkan oleh guru-guru mata pelajaran. Dapatan daripada tinjauan yang dilakukan adalah seperti Jadual 1. Jadual 1 Analisis Bilangan Kes Disiplin Yang Dilaporkan Dan Diambil Tindakan Pada Bulan Februari 2010 Bilangan kes disiplin yang dilaporkan dalam Buku Kawalan Kelas 214 Bilangan kes disiplin yang diambil tindakan susulan 75 Peratus kes disiplin yang dilaporkan dan diambil tindakan susulan 35.1 %

Berdasarkan Jadual 1, daripada 214 kes disiplin yang dilaporkan dalam Buku Kawalan Kelas hanya 75 kes (35.1 %) yang diambil tindakan susulan. Dapatan ini menunjukkan bahawa sebahagian besar kes disiplin yang dilaporkan dalam Buku Kawalan Kelas 139 kes (64.9 %) tidak diambil tindakan susulan. Daripada pemerhatian juga sering terdapat pelajar-pelajar yang berkeliaran sewaktu

pengajaran dan pembelajaran. Daripada temubual yang dijalankan terhadap guruguru pula mereka kurang berpuas hati kerana banyak kes disiplin yang dilaporkan dalam Buku Kawalan Kelas tidak diambil tindakan susulan. Saya juga melihat secara lebih teliti pada Buku Kawalan Kelas (LAMPIRAN 1) yang digunakan. Saya dapati dalam Buku Kawalan Kelas tersebut tiada ruangan disediakan untuk memastikan bahawa sesuatu kes yang dilaporkan telah diambil tindakan.

Oleh itu sememangnya wajar dijalankan kajian untuk mencari punca kepada masalah yang berlaku.

6.0

PELAKSANAAN

Saya dapati banyak masalah disiplin dalam bilik darjah kurang dapat dibendung kerana kelemahan sistem pemantauan dan penguatkuasaan. Oleh itu dalam kajian ini saya melaksanakan program jom gempur iaitu memperkemas kawalan dan memantapkan sistem pengurusan disiplin secara menyeluruh dari peringkat pengetua, penolong kanan, guru-guru dalam Lembaga Disiplin sehinggalah kepada semua guru mata pelajaran di dalam bilik darjah. Tempoh perlaksanaan kajian adalah dari 1 April 2010 hingga 31 Mei 2010. Carta Ghantt seperti pada Jadual 2 menjelaskan secara terperinci perancangan dan perlaksanaan kajian tindakan ini.

Jadual 2 Carta Ghantt Perancangan dan Perlaksanaan Kajian Tindakan JOM GEMPUR Bil Aktiviti 1. Tinjauan Awal 2. Mesyuarat Lembaga Disiplin 3. Taklimat Guru 4. Taklimat Pelajar 5. Pelaksanaan Kajian 6. Pengumpulan Data 7. Penulisan Laporan Februari X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X Mac April Mei Jun

i. Aktiviti 1: Mesyuarat Khas Lembaga Disiplin Satu mesyuarat khas Lembaga Disiplin telah diadakan bagi membincangkan keperluan mengadakan kajian tindakan ini. Dalam mesyuarat tersebut telah dipersetujui dasar-dasar yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat bagi melaksanakan kajian ini. Dasar-dasar tersebut adalah: Semua guru mata pelajaran diminta mencatatkan kes-kes disiplin dalam bilik darjah yang mereka tidak dapat uruskan seperti ponteng kelas, biadab terhadap guru bergaduh dan sebagainya di dalam Buku Kawalan Kelas Bagi memantapkan sistem pemantauan di semua peringkat Buku Kawalan Kelas dipinda dengan mewujudkan ruangan untuk rekod tindakan susulan oleh guru disiplin dan pihak pentadbir (LAMPIRAN 2) Seorang guru dalam Lembaga Disiplin ditugaskan memantau Buku Kawalan Kelas setiap kelas Guru Lembaga Disiplin yang dipertanggungjawabkan bagi setiap kelas diminta memeriksa Buku Kawalan Kelas dan mengambil tindakan susulan ke atas pelajar-pelajar yang dilaporkan setiap hari Pengetua/Penolong Kanan HEM/PK Petang memantau perlaksanaan dasar dasar di atas dari semasa ke semasa.

ii. Aktiviti 2: Taklimat Kepada Semua Guru Satu taklimat khas berhubung perlaksanaan kajian tindakan telah disampaikan kepada semua guru. Para guru telah dijelaskan rasional dan objektif dijalankan kajian tindakan tersebut. Mereka telah diyakinkan bahawa jika semua pihak mempunyai kesungguhan untuk membendung salah laku disiplin dalam bilik darjah keadaan kelas akan lebih terkawal dan guru dapat memberi tumpuan lebih terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

iii. Aktiviti 3: Pemberitahuan Kepada Pelajar Dalam Perhimpunan Satu taklimat kepada semua pelajar telah disampaikan dalam perhimpunan sekolah oleh Ketua Guru Disiplin. Pelajar-pelajar yang nama mereka dicatatkan dalam Buku Kawalan Kelas akan diambil tindakan disiplin oleh guru-guru Lembaga Disiplin.

iv: Aktiviti 4: Pemantauan Oleh Pengetua/PK HEM/PK Petang Pengetua, PKHEM dan PK Petang membuat rondaan dari semasa ke semasa untuk melihat guru ada membuat catatan dalam Buku Kawalan Kelas dan guru-guru dalam Lembaga Disiplin yang ditugaskan mengambil tindakan susulan ke atas kes-kes disiplin yang dilaporkan telah mengambil tindakan yang sepatutnya. Dalam kes-kes tertentu tindakan lewat diambil kerana guru berkenaan tiada di sekolah atau kerana pelajar tidak hadir ke sekolah.

v. Aktiviti 5: Pengumpulan Data Kajian Guru-guru dalam Lembaga Disiplin diminta merumuskan data-data di bawah seliaan mereka. Data-data dirumuskan mengikut kategori kes-kes yang dilaporkan dan keskes yang telah diambil tindakan. Ketua Guru Disiplin membuat rumusan keseluruhan bagi satu sekolah. Pihak guru kaunseling telah diminta membuat soal selidik untuk melihat sejauh mana guru-guru mata pelajaran berpuashati dengan kecekapan kes-kes disiplin yang dilaporkan diambil tindakan. Mereka juga diminta menemubual beberapa orang pelajar untuk melihat tahap kepuasan hati terhadap kawalan disiplin oleh guru-guru dalam bilik darjah. Data-data dapatan kajian dirumuskan dalam Jadual 3, Jadual 4 dan Jadual 5.

Jadual 3 Analisis Kes Disiplin Yang Dilaporkan Dan Diambil Tindakan Bagi April Dan Mei 2010 Bulan Bilangan kes yang dilaporkan dalam Buku Kawalan Kelas 378 167 Bilangan yang diambil tindakan 284 139 Peratus kes yang diambil tindakan 75.7% 83.2%

April Mei

Jadual 4 Analisis Tahap Kepuasan GuruTerhadap Tindakan Disiplin Yang Diambil Tahap kepuasan Tidak memuaskan Memuaskan Baik Sangat baik Bilangan Guru 7 56 17 3 Peratus Guru 8.4% 67.5% 20.5% 3.6%

Jadual 5 Analisis Respons Pelajar Terhadap Soalan Temubual Soalan Bilangan Setuju/Puas hati 10 10 11 Peratus Setuju/Puas hati 66.7% 66.7% 73.3% Bilangan Tidak Setuju/Puas hati 5 5 4 Peratus Tidak Setuju/Puas hati 33.3% 33.3% 26.7%

Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3

Soalan 1 : Adakah anda setuju terdapat perubahan sikap pelajar setelah tindakan disiplin diambil ke atas pelajar yang melakukan kesalahan disiplin dalam bilik darjah? Soalan 2: Adakah anda setuju pelaksanaan p&p di dalam kelas dapat dijalankan dengan lebih lancar setelah tindakan disiplin diambil?

Soalan 3: Adakah anda berpuas hati terhadap perkhidmatan / tindakan susulan yang telah diambil oleh pihak Lembaga Disiplin Sekolah ke atas kes-kes disiplin yang dilaporkan dalam Buku Kawalan Kelas?

7.0

PENILAIAN

Daripada Jadual 3 didapati bagi tempoh April hingga Mei peratus kes disiplin yang dilaporkan dalam Buku Kawalan Kelas telah meningkat iaitu 75.7% (April) dan 83.2% (Mei) berbanding 35.1% dalam bulan Februari (Jadual 1). Pada bulan Mei bilangan kes telah merosot kerana peperiksaan pertengahan tahun dijalankan sepanjang dua minggu terakhir.

Daripada soal selidik yang dijalankan terhadap guru-guru didapati 91.6% guru (Jadual 4) berpuas hati terhadap kecekapan kes-kes disiplin diuruskan oleh guruguru dalam Lembaga Disiplin. Manakala daripada temubual yang dijalankan terhadap 15 orang pelajar didapati 66.7% pelajar (Jadual 5) bersetuju bahawa terdapat perubahan sikap pelajar yang telah diambil tindakan disiplin dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. Sebanyak 73.3% pelajar berpuas hati terhadap tindakan susulan yang diambil oleh pihak Lembaga Disiplin Sekolah terhadap kes-kes yang dilaporkan dalam Buku Kawalan Kelas.

8.0

REFLEKSI

Semasa perlaksanaan kajian didapati kes-kes pelajar berkeliaran di luar bilik darjah telah berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan pelajar-pelajar yang ponteng kelas, dan lain-lain kes disiplin banyak dilaporkan oleh guru-guru mata pelajaran dalam Buku Kawalan Kelas. Ini dapat dilihat daripada bilangan kes yang tinggi dilaporkan dalam bulan April iaitu sebanyak 378 kes berbanding 214 kes pada bulan Februari. Ini bermaksud lebih ramai pelajar yang melakukan kesalahan telah diambil tindakan oleh guru-guru Lembaga Disiplin kerana lebih 80% kes yang dilaporkan telah diambil tindakan. Melalui program jom gempur didapati kecekapan mengurus salah laku disiplin dalam bilik darjah oleh guru-guru di sekolah ini telah meningkat. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejayaan kajian. Satu faktor kritikal yang membawa kejayaan kajian ini ialah dengan penggunaan Buku Kawalan Kelas format baru (LAMPIRAN 2) di mana diwujudkan ruang untuk merekod tindakan susulan oleh guru disiplin terhadap kes-kes disiplin yang dilaporkan dan pemantauan oleh Pengetua, Penolong Kanan HEM atau .Penolong Kanan Petang 9

Apabila guru-guru mata pelajaran melihat sendiri daripada rekod tersebut bahawa tindakan susulan telah diambil bagi setiap kes yang dilaporkan mereka berasa puas hati dan bersemangat untuk melaporkan kes-kes disiplin yang berlaku semasa mereka melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini selari dengan apa yang perkatakan oleh James (2007:m.s 153) iaitu moral guru-guru sekolah juga turut terjejas apabila mereka berpendapat pihak pentadbiran sekolah tidak mengambil tindakan yang sepatutnya. Keadaan dapat diperhatikan semasa tinjauan awal sebelum kajian dijalankan di mana guru-guru menyatakan rasa tidak puashati mereka kerana guru disiplin dan pihak pentadbir gagal mengambil tindakan segera terhadap kes-kes yang dilaporkan. Penggunaan Buku kawalan Kelas dengan format baru ini merupakan satu inovasi yang diperkenalkan dalam kajian ini bagi mempertingkatkan kecekapan sistem dalam mengambil tindakan sesulan terhadap masalah disiplin dalam bilik darjah.

Faktor kedua yang membawa kepada kejayaan kajian ialah penekanan pada aspek pemantauan. James (2007:m.s 270) menjelaskan bahawa pemantauan ke atas murid atau kakitangan perlu dibuat bagi memastikan pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan oleh sekolah. Dalam hal ini sebelum kajian dijalankan pelajarpelajar semakin berani melanggar peraturan disiplin dan ada yang menimbulkan masalah di dalam bilik darjah kerana kurang pemantauan oleh guru-guru disiplin dan pihak pentadbir sekolah termasuk pengetua. Keadaan ini perlu diperbaiki kerana mengikut James (2007:m.s 297) pengurusan disiplin murid yang tidak dipantau boleh memberi implikasi negatif kepada kewibawaan pengetua. Oleh itu melalui penggunaan Buku Kawalan Kelas format baru dan penglibatan langsung Pengetua, PK HEM dan PK Petang memantau guru-guru yang ditugaskan mengambil tindakan segera terhadap kes-kes yang dilaporkan maka keadaan disiplin telah bertambah baik.

Selain itu, kajian ini berjaya kerana sokongan daripada semua guru. Untuk memperolehi sokongan ini sebelum kajian dijalankan telah diadakan Mesyuarat Lembaga Disiplin dan Taklimat Khas kepada semua guru. Perkara ini adalah penting bagi kejayaan program kerana mengikut James (2007: m. S. 254) secara idealnya, Pengetua harus mendapatkan persetujuan dan sokongan semua staf dalam proses penghasilan dan penguatkuasaan peraturan sekolah. Beliau juga 10

berpendapat bahawa dalam hal pengurusan disiplin murid, pandangan dan pendapat para guru perlu diambil kira sebelum sesuatu keputusan penting darihal hala tuju disiplin sekolah yang baru dapat digubal ataupun dilaksanakan (m.s 259). Melalui mesyuarat dan taklimat yang dijalankan Pengetua dapat memastikan semua guru jelas dan sedar tentang keperluan menjalankan kajian tindakan ini. Dengan demikian mereka telah memberi sokongan terhadap perlaksanaan kajian tindakan dengan memainkan peranan masing-masing.

Walaupun kami berpuas hati terhadap kesan kajian yang dijalankan tetapi penambahbaikan perlu dilakukan dari segi memastikan semua Buku Kawalan Kelas tiada yang hilang atau halamannya dikoyakkan atas unsur-unsur sabotaj oleh pelajar-pelajar yang bermasalah. Saya telah mengenal pasti beberapa bentuk kawalan perlu dilaksanakan supaya semua data dan maklumat penting dapat sampai kepada Lembaga Disiplin Sekolah.

Perlaksanaan Kajian Tindakan ini juga menyedarkan saya bahawa adalah amat penting sistem pengurusan disiplin ini mempunyai kawalan dalaman yang mantap dan semua itu menuntut komitmen daripada Pengetua.

9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Oleh sebab masih terdapat ruang data-data yang direkodkan oleh guru mata pelajaran hilang kerana halaman Buku Kawalan Kelas dikoyakkan atau Buku Kawalan Kelas dihilangkan maka saya bercadang untuk menjalankan kajian tindakan yang seterusnya dan mencari kaedah baru bagi memastikan maklumat pelajar yang melanggar disiplin sampai ke Lembaga Disiplin secepat mungkin.

BIBLIOGRAFI

Ayob Jantan (2004). Pengetua sekolah yang efektif. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. James Ang Jit Eng, Ph.D. (2007). Pengurusan disiplin murid. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 11

Anda mungkin juga menyukai