Anda di halaman 1dari 2

Bil ( 01 ) dlm.SKAC 03/26 JLD. 2 20 Februari 2012 Kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Ampang, Unit 3.

06, Level 3, Menara Maxis Segar, Commercial Complexs, 55100 Kuala Lumpur. ( U.P : Unit Pencegahan ) Tuan, JEMPUTAN MENGADAKAN CERAMAH TENTANG PENYALAHGUNAAN DADAH Pekara di atas adalah dirujuk. 2. Dengan hormatnya dimaklumkan sekolah akan mengadakan Ceramah Penyalahgunaan Dadah pada ketetapan berikut : Tarikh Hari Masa Tempat : 27 Februari 2012 : Isnin : 8.00 pagi-10.00 pagi : Dewan Bestari SK Ampang Campuran

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik tuan agar dapat memberi ceramah pada tarikh di atas. 4. Objektif program ceramah :4.1 Memberi pendedahan kepada murid dan warga sekolah tentang bahayanya penyalahgunaan dadah. 4.2 Memberi pengetahuan kepada murid punca-punca terjebak dan cara-cara untuk menghindarkan diri daripada terjerumus dengan gejala penyalahgunaan dadah. 4.3 Murid boleh menyampaikan dan berkongsi maklumat berkenaan penyalahgunaan dadah, kesan penyalahgunaan dadah dan cara menghindarkan diri daripada terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

5. Pihak kami juga memohon jasa baik tuan untuk mengadakan Pameran Anti Dadah pada hari yang sama. 6. Lanjutan dari itu, pihak sekolah berharap pihak tuan dapat memberi sumbangan dalam bentuk Pamplet, Brosure, Poster dan Banting berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. 7. Sebarang kemusykilan boleh merujuk kepada Pn.Nik Norizan Bt Che Rahani di talian 0136338586 atau boleh terus menghubungi pihak sekolah di talian 03-42921034. 8. Keprihatinan dan kerjasama tuan adalah amat diharapkan bagi menjayakan aktiviti pada kali ini.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

( CHE HATIJAH BINTI MOHD IBRAHIM ) Guru Besar SK : i ) Pejabat Pelajaran Daerah Hulu langat ii ) Yang DiPertua PIBG

Anda mungkin juga menyukai