Anda di halaman 1dari 35

1.

PENGENALAN Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) telah

diperkenalkan dalam sistem persekolahan di Malaysia secara berperingkat di tahap dua sekolah rendah dan semua tingkatan di sekolah menengah mulai tahun 2005. Terdapat pelbagai sebab munasabab mengapa subjek PSK ini diwujudkan di sekolah sama ada bermula dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah. Bagi para pelatih di Institut Pendidikan Guru pula, diwujudkan subjek ini adalah supaya dapat lebih memahami mengenai subjek ini selain dapat menyediakan diri sebelum mengajar subjek ini di sekolah kelak. Pendidikan sivik dan Kewarganegaraan juga merupakan satu mata pelajaran yang penting bagi melahirkan generasi yang bertanggungjawab sebagai warganegara pada masa akan datang. Melalui mata pelajaran PSK, murid dididik untuk berfikir,

berilmu pengetahuan, beretika, hidup dalam semangat perpaduan dan berupaya menyelesaikan masalah serta konflik. Murid juga perlu dipupuk dengan pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik untuk melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang berkesan dalam keluarga dan masyarakat.Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan mata pelajaran yang memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah bagi melahirkan murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara. Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada perkembangan diri, hubungan dengan orang lain dan interaksi dengan persekitaran. Mata pelajaran ini juga adalah wahana bagi mewujudkan semangat perpaduan dan apresiasi pelbagai budaya masyarakat negara ini. Kandungan mata pelajaran ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik bagi menghadapi cabaran masa depan. Untuk menjadi seorang guru PSK yang cemerlang, pelajar perlu boleh mengaitkan teori pembelajaran dengan aplikasi pengajaran dan pembelajaran PSK, dapat menghasilkan sumber pengajaran yang dapat mengekalkan minat dan tumpuan murid serta mahir dalam membuat penilaian. Oleh yang demikian subjek Teori Pembelajaran, Sumber dan Penilaian Dalam PSK ini adalah amat penting bagi bakal
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 1

guru PSK menguasai setiap satu pengisiannya supaya dapat mengaplikasikannya kelak. Dalam tugasan ini, guru pelatih hendaklah menyediakan esei menghuraikan empat teori pembelajaran iaitu Teori Kognitif, Teori Konstruktivisme, Teori

Pembelajaran dan Sensory Stimulation Theory seterusnya mengaitkannya dengan PSK. Selain itu, guru pelatih dikehendaki menghasilkan satu sumber bahan

pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi multimedia (teks, audio, video, visual, animasi dan muzik) mengikut satu tema dalam PSK. Selain itu juga, guru pelatih juga hendaklah menghasilkan laporan tinjauan pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) di sekolah yang dipilih sewaktu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK

2.0

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN DAN KAITANNYA DENGAN PENDIDIKAN

SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran murid. Maka dengan itu, untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana

pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsepkonsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat murid-murid secara berkesan. Umumnya, teori merupakan satu andaian yang dibuktikan kesahihannya secara saintifik. Ia menerangkan tentang bagaimana dan kenapa sesuatu peristiwa tersebut berlaku di dunia ini. Menurut sosiologi teori merupakan satu penerangan tentang bagaimana dan kenapa manusia berperilaku,berinteraksi, dan menguruskan dirinya. Kemunculan teori - teori ini dalam sosiologi dan antropologi banyak membantu mereka menerangkan perilaku sosial yang berlaku di dunia ini.Menurut Kerlinger (1986),teori pembelajaran adalah penting untuk menjelaskan sesuatu keadaan yang berlaku setelah membuat beberapa pemerhatian.

TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK

Pembelajaran merupakan perubahan ke atas individu hasil daripada pengalaman dan manusia mula belajar sejak lahir dan semua pembelajaran ini berkaitan dengan pengalaman. Pembelajaran tidak terhad kepada sekolah sahaja tetapi pembelajaran berlaku dalam banyak keadaan iaitu formal dan tidak formal. Pembelajaran berlaku melalui pelbagai cara sengaja atau tidak sengaja.Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Pembelajaran berlaku apabila manusia, termasuk murid muda, dari semasa ke semasa mengubah kefahaman dalaman mereka tentang dunia semasa mereka menemui bukti luaran yang bercanggah dengan kefahaman awal mereka. Oleh yang demikian, terdapat beberapa teori yang dipelopori oleh tokoh-tokoh behavioris, kognitif, konstruktisme dan sebagainya yang memberi panduan kepada guru-guru bagi mengaplikasikannya dalam bilik darjah untuk memperolehi tahap pembelajaran yang optimum. Antara teori-teori pembelajaran yang diperkenalkan ialah Teori Kognitif, Teori Konstruktivisme, Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Ransangan Deria ( Sensory Stimulation Theory ).

2.1

Teori kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses

Umumnya, mazhab kognitif

dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teoriteori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah,penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 4

Selain itu, kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan mengamati, mengetahui dan memahami. Ahli-ahli psikologi kognitif terdiri daripada Koffka, Kohler, Wertheimer Lewin, Piaget, Ausubel, Bruner, Reigeluth dan Gagne berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran iaitu ianya tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses dalaman ini termasuk celik akal, pemprosesan maklumat memori dan persepsi. Lokus pembelajaran menggunakan struktur dalaman kognitif. Tujuan adalah untuk perkembangan dan kemahiran untuk belajar lebih baik. Reka bentuk dalam

perisian PPBK adalah struktur kandungan aktiviti pembelajaran. Mengikut teori Gestalt (bentuk, pola atau tatarajah), manusia mempunyai struktur kognitif iaitu otak akan menyusun maklumat dalam ingatan dalam proses pembelajaran. Perkataan gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud bentuk, pola atau konfigurasi yang dipersepsi.Teori gestalt menyatakan terdapat dua aspek penting iaitu gestalt dan latar dalam pengamatan manusia. Gestalt dan latar boleh bertukar kedudukannya bergantung kepada salah satu aspek yang utama. Selain itu, dua orang psikologi Jerman iaitu Kohler & Koffka menggunakan pendekatan kognitif bagi mengkaji bagaimana sesekor cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya. Cimpanzi telah cuba untuk mendapatkan pisang tersebut namun gagal. Cimpanzi tersebut telah menyusun kotak-kotak yang terdapat di sangkarnya dan akhirnya ia berjaya memperoleh pisang tersebut. Menurut Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, dalam hal ini cimpanzi yang cuba mendapatkan pisang. Inilah celik akal. Celik akal adalah kebolehan mental yang mendorong manusia membuat persepsi perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba untuk membantu diri menyelesaikan masalah. Bruner (1973) mengemukakan Teori Pembentukan Konsep melalui proses pengkategorisasi perkara-perkara atau benda-benda yang mempunyai ciri-ciri yang sama.Konsep yang dinyatakan dikategori kepada tiga iaitu konsep konjuntif, konsep disjuntif dan konsep hubungan. Konsep konjuntif merujuk kepada konsep yang mempunyai dua atau beberapa atribut yang tergabung dan tidak dapat dipisahkan
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 5

ataupun dikurangkan. Konsep disjuntif merujuk kepada atribut-atribut yang tergabung dalam konsep itu boleh digunakan dalam situasi ataupun situasi lain. Konsep hubungan pula merujuk kepada atribut-atribut dalam konsep mempunyai hubungan khas di antara satu sama lain. Mengikut Piaget (1977) mengariskan tiga konsep iaitu skema, asimilasi dan akomodasi yang dapat menjelaskan cara perkembangan mental terjadi. Konsep pertama ialah skema. Skema merupakan struktur mental iaitu individu menyusun maklumat dan pengalaman yang diperolehi hasil daripada interaksi dengan

persekitarannya. Struktur mental berubah dan boleh disesuaikan semasa berlakunya perkembangan mental dan pembelajaran. Skema digunakan untuk mengenal pasti, memproses dan menyimpan maklumat yang mengalir masuk malah boleh diertikan sebagai kategori-kategori di mana individu mengelas dan menyimpan maklumat spesifik serta pengalaman. Skema sebagai struktur perkembangan kognitif berubah menerusi proses asimilasi dan akomodasi. Konsep kedua pula ialah asimilasi. Asimilasi merupakan proses kognitif iaitu seorang pelajar mengintegerasikan maklumat dan pengalaman baru dengan skema yang sedia ada. Semasa pembelajaran, proses asimilasi berlaku hasil daripada interaksi pengalaman dengan skema yang ada. Skema berkembang dengan bertambahnya pengalaman baru tetapi struktur asasnya tidak berubah. Oleh itu, proses asimilasi cuba menempatkan dan membina konsep-konsep baru dengan bantuan skema yang ada. Konsep ketiga ialah akomodasi. Akomodasi merupakan proses untuk meminda atau menambah skema yang ada atau menghasilkan skema baru. Skema berubah hasil daripada pengalaman dan kerana itu bidang skema pelajar dewasa lebih luas daripada kanak-kanak. Seorang pelajar akan cuba mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada apabila bertemu dengan konsep atau pengalaman baru. Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat pembelajaran adalah perubahan pengetahuan yang disimpan dalam ingatan. Ingatan manusia terbahagi kepada dua ciri penting iaitu maklumat yang ada dalam ingatan akan tersusun dan aktif. Ingatan tidak
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 6

menerima sebarang maklumat dengan begitu mudah sebaliknya ingatan akan membuat sintesis terhadap maklumat, membuat pencarian dan menyusunnya menjadi maklumat baru. Maklumat tadi disepadukan dengan pengetahuan serta disimpan dalam ingatan. Menurut Bell Gradler (1986), ingatan yang aktif membuat sintesis melibatkan tiga proses iaitu pemerhatian (attention), mengekod (encoding) dan penemuan (retrieval). Pemerhatian merujuk kepada proses memilih maklumat yang diterima dari persekitaran. Mengekod merujuk kepada proses menterjemah maklumat ke bentuk yang bermakna yang mudah diingati. Manakala penemuan merujuk kepada proses mengenalpasti dan memanggil semula maklumat bagi tujuan tertentu. Oleh itu seseorang individu akan mudah memanggil semula maklumat dari ingatan dan menggunakannya di situasi tertentu secara efektif. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), teori ini dijalankan kerana merupakan salah satu proses pembelajaran yang berlaku melipatkan mental kanak-kanak. Sebagai contoh dalam tema Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat. Murid-murid diberi peluang mengadakan perbincangan dan sesi soal jawab dengan rakan-rakan berkaitan budaya sekolah dan masyarakat. Selain itu, guru PSK juga boleh menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah. Contohnya menjawab soalan situasi murid tidak menghormati murid. Murid diberi masa 10 minit untuk menyelesaikan cara-cara memulihkan murid tadi supaya lebih menghormati guru di sekolah. Dalam pembelajaran kognitif, ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan murid-murid semula. Contohnya, ketika murid-murid tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Jadi, sebagai guru PSK kelak haruslah menerapkan situasi yang murid mengalaminya dan menerapkan kemahiran berfikir.

TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK

1.2

Teori Konstruktivisme

Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme, maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara konstruktivisme. Mengikut konstruktivisme,

pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. McBrien & Brandt, (1997) konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Menurut Briner M (1999) pula, murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Berdasarkan kepada pandangan-pandangan diatas maka pengertian

pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Selain itu juga, konstruktivisme boleh ditakrifkan sebagai perspektif psikologi dan falsafah yang menyatakan individu membentuk tentang apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka. Ia menekankan tentang kepentingan interaksi sosial individu dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan. Konstruktivisme merupakan teori pembelajaran deskriptif iaitu cara seseorang belajar dan bukan teori pembelajaran preskriptif iaitu cara yang sepatutnya seseorang individu belajar. Ia juga menegakkan

TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK

fahaman bahawa pembelajaran merupakan proses membina makna daripada pengalaman yang dilalui. Konstruktivisme berbeza dengan pandangan behavioris yang melihat

pembelajaran lebih menekankan tentang pengaruh suasana terhadap seseorang. Andaian asas konstruktivisme menyatakan bahawa seseorang merupakan pelajar aktif dan boleh mengkonstruk pengetahuan untuk diri mereka. (Gery 1995) Pengajaran konstruktivis lebih melibatkan pemusatan-pelajar, pengalaman pembelajaran aktif, lebih kepada interaksi pelajar-pelajar dan guru-pelajar, lebih bekerja dengan bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik (Shuell 1996). Berdasarkan Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky, Lev Vygotsky banyak menekankan tentang konstruktivisme sosial iaitu ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial, alat budaya dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu. Contohnya, Vygotsky mencadangkan konsep pembinaan zon proksimal iaitu kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah sesuatu masalah dengan bantuan orang dewasa, rakan atau guru (scaffolding). Dalam Zon Perkembangan Proximal (ZPD) dalam Teori Konstruktivisme Lev Vygotsky, terdapat dua konsep penting dalam teori ini ( Slavin, 1997 ), iaitu Zon Perkembangan Proximal (ZPD) dan bantuan (scaffolding). ZPD merupakan suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan bantuan orang dewasa. Dalam konteks pembelajaran, pelajar dan guru hendaklah bekerjasama untuk meningkatkan pelajaran dan membolehkan kanak-kanak melakuakn kerja tersebut sendiri. Dalam erti kata lain actual developmental level merujuk kepada semua aktiviti yang boleh

dipersembahkan oleh seseorang kanak-kanak sendiri tanpa bantuan orang lain. Sebaliknya, zone of proximal development ialah sesorang kanak-kanak atau pelajar melakukan sesuatu kerja dengan bantuan orang lain. Selain itu, Ahli psikologi kognitif yang paling terkemuka ini, Jean Piaget, melihat kanak-kanak sebagai murid aktif yang belagak seperti saintis kecil. Mereka membina teori sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani ini. Penyelidikan Piaget tertumpu kepada bagaimana manusia memperoleh
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 9

ilmu pengetahuan, yang biasanya dipanggil sebagai soalan epistemology. Piaget berpendapat bahawa di sepanjang hayat, manusia melalui satu urutan empat peringkat. Pemikiran secara kualitatif. Bayi memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman sensori

penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Kanak-kanak prasekolah berkembang daripada peringkat memperoleh ilmu pengetahuan tentang dunia melalui persepsi mereka terhadap pengalaman sendiri di dunia. Kanak-kanak yang lebih dewasa mula mengaplikasikan peraturan logik untuk memahami bagaimana dunia berfungsi. Remaja, dan Dewasa berkembang ke peringkat di mana mereka boleh mengaplikasikan logik kepada situasi andaian (hypothetical) dan sebenar. Sebagai tambahan, Piaget percaya bahawa manusia sentiasa mencuba memberi pengertian tentang dunia dengan membuat membandingkan kefahaman dalaman mereka tentang bagaimana dunia berfungsi dengan persekitaran luaran. Beliau mencadangkan empat prinsip konsep antaranya adalah satu proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke dalam sistem mental atau kategori. Sistem mental atau kategori persepsi dan pengalaman ini dinamakan skema. Ia sebenarnya adalah pembinaan asas blok pemikiran yang membolehkan kita berfikir. Contoh skema adalah skema minum, skema kategori, skema penyelesaian masalah matematik dan lain-lain. Adaptasi pula ialah proses mengorganisasi struktur mental kita, kita akan membuat penyesuaian terhadap persekitaran. Dua proses asas adalah asimilasi dan akomodasi. Selain itu, asimilasi ialah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Ini hanya seperti menambahkan data baru ke dalam fail data y ang sedia ada. Tetapi data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini, asimilasi melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke dalam sesuatu yang telah kita ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh, pada peringkat permulaan, seorang kanak-kanak akan memikirkan seekor hamster sebagai seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada tentang cara mengenalpasti binatang.
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 10

Akomodasi pula berlaku semasa kita mengubah skema yang ada dalam memberi respon kepada situasi yang baru. Ia melibatkan perubahan skema sedia ada atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru. Apabila maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang ada, maka kita perlu sesuaikan dengan pemikiran kita.Seperti contoh di atas, kanak-kanak tersebut akan tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada sistem lain untuk mengenal pasti binatang. Ini dikatakan akomodasi. Ciri-ciri konstruktivisme yang lain termasuklah murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep, murid berpeluang berkongsi persepsi anatra satu sama lain, murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan sebaya, berpusatkan murid, Hands-on dan minds-on, pentingkan dan aplikasikan kemahiran saintifik dan berfikir, renungan kembali proses pembelajaran, galakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru yang menerangkan teori, hubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina, murid mengaplikasikan idea yang baru dibina dengan kehidupan seharian, prihatin kepada keperluan kebolehan dan minat guru dan murid selalunya bekerja secara kumpulan. Selain itu, guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan kanak-kanak. Guru juga perlu menerima hakikat bahawa kanak-kanak datang ke kelas dengan berbekalkan pelbagai pengetahuan yang sedia ada dan nilai-nilai tertentu. Mereka akan membina pengetahuan berdasarkan idea-idea dan nilai-nilai yang sedia ada itu. Sebenarnya, guru bukan merupakan penyebar pengetahuan, sebaliknya beliau lebih merupakan seorang pemudah cara atau fasilitator. Beliau akan menyediakan pelbagai jenis bahan pembelajaran dan menggalakkan uji kaji, percubaan serta penyelesaian masalah agar pembinaan pengetahuan oleh kanak-kanak dapat berlaku. Guru perlu menggalakkan interaksi di kalangan murid. Interaksi ini akan dapat memudahkan mereka bertukar-tukar idea dan pembinaan pengetahuan mereka. Guru juga perlu berupaya menyesuaikan diri dengan keadaan bilik darjah yang

menggalakkan pergerakan murid dan tahap kebisingan yang dibenarkan. Bilik darjah juga perlu disediakan dengan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran yang boleh
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 11

menggalakkan

dan

merangsangkan

pembelajaran

kanak-kanak.

Bahan-bahan

pembelajaran yang mencukupi dan mencabar akan memudahkan murid-murid membina pengetahuan. Kurikulum yang disediakan tidak seharusnya terlalu ketat. Rancangan

pengajaran dan pembelajaran perlu fleksibel kerana pada kebiasannya, proses pembelajaran kanak-kanak adalah spontan dan sukar diramal. Kurikulum itu juga perlu memenuhi keperluan, minat dan kebolehan kanak-kanak. Pembelajaran Murid belajar cara belajar semasa belajar. Ia meliputi membina makna dan membina sistem makna. Guru juga menyediakan aktiviti yang melibatkan minda selain tindakan fizikal dan pengalaman langsung. Pembelajaran melibatkan bahasa dan Vygotsky menyatakan bahawa bahasa dan pembelajaran saling berhubung kait. Pembelajaran adalah aktiviti sosial; pembelajaran berkaitan dengan manusia lain, guru, rakan sebaya dan lain-lain hubungan. Antara prinsip teori konstruktivisme ialah menekankan pembelajaran

berpusatkan pelajar, pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan, pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses scaffolding, pembelajaran bermula dengan premis atau pengetahuan sedia ada sehingga tercapai pemahaman baharu, guru dan dan rakan pelajar berperanan sebagai fasilitator pembelajaran, persekitaran pembelajaran yang kompleks dan tugasan autentik membantu aplikasi dan pembinaan pengetahuan baharu, pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan persembahan isi pelajaran yang pelbagai dengan contoh-contoh khusus membantu pemahaman. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), teori ini adalah sesuai dijalankan kerana merupakan salah satu cara murid-murid membina semua pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara

mengaitkannya dengan pengetahuan. Sebagai contoh dalam tema Sedia Hadapi Cabaran. Guru membuat perbincangan mengenai Ciri-ciri Peribadi Terpuji. Murid membina sendiri jawapan dan mengaitkan contoh dalam situasi di luar sekolah. Melalui
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 12

adaptasi, iaitu asimilasi dan akomodasi, maklumat dalam struktur kognitif sentiasa diorganisasi. Melalui proses inilah, pembinaan pengetahuan sentiasa dibuat dalam kehidupan seharian termasuklah murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep dan murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain. Secara tidak langsung, murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan sebaya, berpusatkan murid, Hands-on dan minds-on, pentingkan dan aplikasikan kemahiran saintifik dan berfikir, renungan kembali proses pembelajaran, galakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru yang menerangkan teori, hubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina, murid mengaplikasikan idea yang baru dibina dengan kehidupan seharian, prihatin kepada keperluan kebolehan dan minat guru dan murid selalunya bekerja secara kumpulan.

1.3

Teori Sosial

Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang pembelajaran. Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses- proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial. Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspekaspek penting terutamanya pengaruh- pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and

TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK

13

Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan.

Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan ,peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai. Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Pada amnya Bandura juga melihat manusa sebagai aktif berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan entiti yang pasif yang boleh dipermainkan oleh keadaan persekitaran mereka. Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku melalui peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajar- pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 14

boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana memandu dengan laju. Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati sedang memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. Contoh cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung. Selain itu, Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi. Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul. Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 15

popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul. Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara- perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir. Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), teori ini adalah sesuai dijalankan kerana merupakan salah satu proses pembelajaran yang berlaku di persekitaran kanak-kanak. Sebagai contoh dalam tema Sayangi Keluarga. Kanak-kanak dipengaruhi oleh perlakuan oleh orang yang lebih dewasa dimana mereka akan mencium tangan (bersalam) orang yang lebih tua. Kanakkanak secara tidak langsung akan mengikut perlakuan tersebut dan dapat menanam
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 16

sikap menghormati orang yang lebih tua. Sebab atau kewajaran sesuatu tingkah laku juga perlu diberi peneguhan agar kanak-kanak lebih faham nilai tingkah laku yang dilakukan. Seperti yang kita tahu, proses pembelajaran turut berlaku di sekolah iaitu guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk peribadi atau sikap murid. Dalam tema Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat, murid perlu ditekankan tentang cara kehidupan di sekolah. Guru perlu menunjukkan contoh yang baik seperti menggunakan bahasa yang sopan ketika bercakap dengan guru yang lain. Ini dapat memberi contoh dan menjadi model kepada murid untuk menanam sikap sopan santun ketika berinteraksi. Murid juga diberi peringatan betapa pentingnya mematuhi peraturan sekolah. Guru boleh mengambil tindakan kepada pelajar yang melanggar peraturan seperti merotan, panggil ibu bapa ke sekolah atau berjumpa dengan guru besar. Tindakan yang dikenakan akan memberi kesan kepada pelajar lain untuk tidak melakukan kesalahan yang sama kerana mereka takut dikenakan tindakan. Peniruan ini merupakan proses peniruan yang positif. Selain daripada itu, kanak-kanak mudah dibentuk dalam mempelajari sesuatu perkara. Sebagai contoh, apabila tiba Hari Kemerdekaan, kanak-kanak akan bersemangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang. Walaupun pada dasarnya mereka tidak memahami maksud tersirat akan pentinganya bendera Malaysia, namun mereka tetap mengibarkan bendera kerana mereka telah diberi peneguhan bahawa pada Hari Kemerdekaan, Jalur Gemilang akan dikibarkan. Sikap yang dilakukan melalui permerhatian dan pengalaman secara tidak langsung dapat menanam sikap patriotisme atau cintakan Negara. Ini dapat dilihat dalam tema Malaysia Negaraku dimana akan berasa bangga ketika mengibarkan Jalur Gemilang sambil menyanyi lagu Kebangsaan. Masalah sosial di kalangan remaja juga merupakan salah satu impak yang buruk dimana murid lain boleh dipengaruhi dengan sikap negatif yang ditunjukkan. Antaranya ialah membuli, merosakkan harta awam, kes ponteng sekolah, jenayah dan lain-lain. Ini ditumpukan dalam tema Sedia Hadapi Cabaran dimana ingin membina budaya cemerlang untuk masa depan. Kita sebagai guru di sekolah dapat menghindarkan daripada gejala ini berlaku. Ini dapat dilakukan dengan menyelitkan kepentingan dalam
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 17

membentuk tingakah laku positif semasa proses pembelajaran berlaku. Sebagai contoh, guru boleh menayangkan video kepada murid berkaitan akibat atau kesan terhadap gejala ponteng sekolah. Selain itu, guru juga boleh mengambil tindakan yang tegas terhadap pelajar yang bermasalah. Ini secara tidak langsung dapat memberi kesan dimana, jika mereka melakukan kesalahan, mereka akan dikenakan tindakan dan akhirnya, kesan daripada persekitaran yang berlaku, tingkah laku yang diingini dapat dibentuk.

2.4

Teori Ransangan Deria ( Sensory Stimulation Theory )

Seterusnya, mari kita bincangkan teori ransangan deria atau sensory stimulation theory. Teori ransangan deria ini mengemukakan bahawa murid-murid mempelajari sesuatu perkara melalui pengunaan pancaindera yang dikurniakan oleh Pencipta. Menurut teori ini, murid-murud mempelajari sesuatu perkara dengan ransangan yang diperolehi melalui kelima-lima deria manusia iaitu yang terdiri daripada melihat (learning by seeing), mendengar (learning by listening), menyentuh, merasa, (learning by touching), membuat (learning by doing) dan menghidu (learning by smelling). Teori ransangan deria mempunyai kaitannya yang tersendiri dengan teori behaviorisme kerana ia melibatkan pembelajaran melalui menghubungkaitkan stimuli yang dirancang dan diransangkan dengan tindak balas individu, demi menghasilkan perubahan individu. Melalui proses ini, murid-murid dapat mempelajari sesuatu perkara walaupun perkara tersebut bukanlah diajar oleh guru. Sebagai contoh, guru hanya menyediakan bahan ransangan bunyi-bunyian alam seperti bunyi katak dan bunyi makanikal iaitu bunyi kenderaan. Melalui bunyi-bunyi tersebut, murid-murid dapat mengenalpasti apakah yang dimaksudkan dengan bunyi alam dengan bunyi mekanikal. Menurut Laird (1985), orang dewasa belajar 75% melalui deria mata, 13% melalui pendengaran dan 12% melalui sentuhan, bau dan rasa. Walaupun tahap kognitif kanak-kanak tidak setinggi dengan orang dewasa, mereka tetap dapat mempelajari dan merubah tingkah lakunya melalui ransangan yang diberikan. Oleh yang demikian, jika multisense diaplikasikan dalam pembelajaran, kesan pengajaran
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 18

dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah lebih positif dan boleh mencapai ke tahap yang optimum. Pengajaran PSK berpandukan teori ransangan deria di sekolah lebih bertumpu ke arah teori behaviorime yang yang melibatkan ransangan terhadap tingkah laku murid-murid. Proses peneguhan juga adalah penting untuk memperkuatkan talian antara ransangan dengan gerak balas. Peneguhan dalam bilik darjah mestilah diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas positif dapat dikekalkan. Seperti juga ransangan deria, ransangan daripada bahan-bahan konkrit dapat meningkatkan tahap kecekapan deria seterusnya menjadikan pembelajaran menjadi optimum. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang berkesan melibatkan deria mata, dimana murid-murid dapat membuat pemerhatian ke atas tingkah laku manusia seterusnya membuat generalisasi. Sebagai contoh, dalam tema PSK iaitu Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat guru menyediakan gambar-gambar atau paparan video tentang manusia yang bising di tempat awam, rumah ibadat dan pejabat kerajaan, berebut menaiki bas dan melakukan vandalism. Melalui tayangan gambar dan video tersebut, murid-murid dapat mengenalpasti klasifikasi manusia yang ditunjukkan. Selain daripada itu, melalui pengintergrasian deria pendengaran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pengajaran PSK dapat meningkatkan pemahaman murid-murid serta menajamkan kognitif mereka. Dengan mendengar murid-murid dapat memberi penjelasan tentang sesuatu isu, ceramah, syarahan, perhimpunan sekolah, ucapan guru besar dan lain-lain yang didengari oleh murid-murid diluar bilik darjah. Sebagai contoh, guru PSK meminta murid-murid menjelaskan semula pengisian ucapan dan pesanan guru besar dalam perhimpunan sekolah. Jika ada antara mereka yang tidak dapat memberi penjelasan yang baik, guru PSK akan mengarahkan mereka supaya memberi perhatian dan mendengar dengan jelas pesanan guru besar pada perhimpunan yang lain seterusnya menjelaskannya. Selain itu, guru-guru juga memberi ransangan terhadap pancaindera telinga mereka dengan penjelasan mengenai sesuatu tajuk dan mengarahkan mereka untuk mencatat nota tentang apa yang dijelaskan.

TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK

19

Maka dengan itu, pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan muridmurid dapat menguasai sesuatu pembelajaran dengan baik. Seterusnya, deria bau juga dapat meningkatkan kefahaman dan tahap pembelajaran murid-murid. Melalui deria bau, murid-murid dapat mengenalpasti dan mengklasifikasi bau-bauan yang terhasil melalui alam, manusia, haiwan dan persekitaran. Sebagai contoh, guru PSK boleh memberi ransangan dengan

menunjukkan gambar-gambar seperti sampah sarap, minyak wangi, bunga dan sebagainya dan meminta murid-murid mengkategorikan jenis bau-bauan tersebut. Terdapat juga deria rasa dan deria sentuh yang menggunakan seluruh pancaindera murid-murid. Dengan menggunakan deria rasa, murid-murid dapat menghasilkan sesuatu karya dengan mengalami sendiri pembuatan karya tersebut. Guru PSK boleh menggunakan deria mereka dengan mengarahkan mereka membuat origami, layang-layang dan lain-lain. Dengan ini, mereka akan mempelajari untuk membuat karya tersebut sama ada dengan sendirinya atau dengan bantuan guru dan rakan-rakan yang lain. Tuntasnya dapatlah dikatakan bahawa deria-deria yang dikurniakan oleh Maha Pencipta adalah sangat berharga kerana melalui deria-deria tersebut, kita semua dapat mempelajari dan memahami sesuatu perkara dengan baik. Oleh yang demikian, sebagai guru, penggunaan teori ransangan deria adalah suatu perkara yang amat digalakkan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan.

TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK

20

3.0

PENGHASILAN BAHAN SUMBER PENGAJARAN

TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK

21

4.0

LAPORAN TINJAUAN PELAKSANAAN PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH

RENDAH Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) merupakan satu proses mengesan perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh dan berterusan. Berbeza dengan ujian-ujian sumatif atau ujian-ujian yang besar, PKSR melibatkan guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan itu sendiri yang menentukan tentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Penilaian jenis ini bersifat formatif dan menekankan pelbagai aspek terutamanya aspek afektif dan psikomotor. PKSR juga melengkapkan penilaian yang meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik yang telah dikuasai oleh murid-murid tahun 4, 5 dan 6. PKSR adalah bertujuan untuk menilai perkembangan dan kemajuan setiap murid secra menyeluruh dan berterusan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan. Di samping itu, PKSR juga membolehkan guru dan murid mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran serta membuat tindakan susulan. Maklumat yang diperoleh memberi maklum balas tentang tahap pembelajaran yang dikuasai oleh murid. PKSR dikendalikan oleh guru secara sistematik iaitu bermula dari mernacang, merekod, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian ini menggunankan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, lisan dan penulisan serta sesuai untuk penilaian kendiri. Melalui PKSR dalam PSK, fokus pembelajaran murid-murid tertumpu kepada tiga aspek utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan. Aspek pengetahuan sivik dan kewarganegaraan terdiri daripada maklumat dan idea asas yang digunakan untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Hal ini meliputi aspek perkembangan diri, hubungan kekeluargaan, interaksi dengan orang lain, masyarakat pelbagai kaum dan budaya di Malaysia, pentadbiran negara dan cabaran masa depan. Manakala kemahiran sivik dan kewarganegaran pula meliputi kemahiran melibatkan diri dalam aktiviti dalam dan luar bilik darjah. Ini membolehkan murid membuat keputusan, menyelesaikan masalah, meningkatkan kesedaran sivik dan memberi sumbangan kepada pembangunan keluarga dan masyarakat.

TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK

22

Sementara dari aspek nilai sivik dan kewarganegaraan pula ianya terdiri daripada nilai murni yang perlu untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia dan warganegara yang bertanggungjawab. Nilai sivik ini antara lain merangkumi nilai adil, saksama, patriotisme dan menghormati hak orang lain. Nilai ini juga menekankan pengharhaan terhadap persamaan dan kelaian dalam masyarakat pelbagai budaya. PKSR hendaklah dilaksanakan dengan berhati-hati dan adil supaya guru dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sebenar murid . Dengan ini, usaha untuk meningkatkan pemahaman dan penghayatan murid terhadap aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Semasa menjalani amalan professional Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada 22hb Ogos hingga 26hb Ogos yang lalu, kami ditugaskan untuk meninjau dan menilai pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) di sekolah masingmasing. Kami telah menilai pelaksanaan PKSR tersebut di tiga sekolah yang berasingan. Sekolah-sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Puyu, Sekolah Kebangsaan Pulai, dan Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat. Berikut merupakan laporan tugasan yang telah kami sediakan.

TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK

23

4.1

Laporan oleh Muhammad Shafiq bin Mohhammad Azmi

Pogram Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) saya kali ini di Sekolah Kebangsaan Sungai Puyu, Pulau Pinang. Saya sebagai guru pelatih, Muhammad Shafiq bin

Mohhammad Azmi telah menjalankan tugasan dalam penyiapan tugasan PBS yang berkaitan dengan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK). Umumnya, Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) ialah satu proses mengesan

perkembangan, kemajuan dan pencapaian pelajar secara menyeluruh dan berterusan. PKSR dirancang dan dilaksanakan oleh guru. Aktiviti penilaiannya berlandaskan PKSR dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Untuk mencapai hasrat ini penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek tersebut. Saya juga telah bekerjasama dengan seorang guru PSK iaitu Puan Siti Zabaniah. Saya membuat pemerhatian dan bertemubual bahawa Puan Siti Zabaniah memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Beliau menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang di peringkat sekolah ini dirujuk daripada Penilaian Kendalian Sekolah (PKSR). Menurutnya, PKSR lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid. Berdasarkan pemerhatian saya, guru PSK di sekolah ini menjalankan penilaian secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, aktiviti yang Puan Siti Zabaniah gunakan ialah kuiz. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 24

tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Oleh itu, beliau dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Kuiz ini juga dijalankan secara berterusan. Item yang digunakan ialah pilihan jawapan. Selain itu, guru-guru PSK di sekolah ini menggunakan kaedah lisan, penulisan mahupun pemerhatian. Dalam kaedah lisan, guru memberi markah apabila murid-murid membuat persembahan ataupun kerja amali untuk menguji kebolehan dan kecekapan seorang murid. Contohnya ialah membuat pembentangan di dalam kelas. Guru membimbing murid dalam penyediaan pembentangan seperti sumber rujukan serta menilai dan memberi maklum balas tentang pembentangan. Murid perlu membuat huraian secara terperinci dalam kerja ini. Huraian dinilai oleh guru kerana ini merupakan satu penilaian yang sah mengenai pembelajaran murid. Tambahan lagi, dalam penulisan pula guru-guru PSK di sini menggunakan folio murid untuk menilai PKSR. Folio ini berkaitan catatan tentang sesuatu peristiwa

ataupun tajuk dari subtopik dalam PSK. Contohnya, murid tahun empat dikehendaki menyiapkan folio yang bertajuk Keluarga Saya. Folio ini perlu disiapkan dalam masa sebulan. Ini bertujuan membolehkan murid dan guru untuk membuat refleksi, menilai serta menggunakannya sebagai rujukan untuk mengambil tindakan susulan yang wajar dan berkesan. Bukti-bukti pembelajaran biasanya disimpan dalam fail yang merupakan bentuk fizikal untuk menyimpan hasil tugasan, bahan dan rekod yang berkaitan dengan kerja kursus. Sebuah portfolio yang lengkap terdiri daripada pengumpulan bahan-bahan yang berikut iaitu nota-nota yang disediakan oleh guru, senarai semak yang disediakan oleh guru, refleksi kendiri pelajar, buku log, catatan jurnal dan gambar. Jenis-jenis portfolio yang diberikan kepada murid ialah portfolio kerja dan portfolio dokumentari . Ini bertujuan melibatkan murid dengan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran, memberi guru maklumat untuk menilai pencapaian murid-murid, menilai tahap perkembangan murid-murid dan memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan oleh guru.

TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK

25

Kaedah penilaian yang seterusnya ialah melalui pemerhatian, guru-guru PSK di sekolah ini mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar daripada bidang afektif dan psikomotor. Selain itu, pemerhatian merupakan Satu bentuk penilaian yang membantu guru membimbing murid-murid meningkatkan keupayaan mereka secara individu. Ini bertujuan untuk membantu murid-murid mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran PSK dalam kehidupan seharian. Guru-guru di sini mengakui mudah dilaksanakan oleh guru tetapi susah utk menjamin kesahihan dapatannya, kerana pemerhatian dipengaruhi oleh beberapa faktor. Penilaian melalui pemerhatian, guru menggunakan senarai semak ataupun rekod anekdot kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran. Guru di sini menggunakan pemerhatian melalui borang pemerhatian yang mengandungi soalan terbuka dan tertutup. Antara tajuk yang dinilai ialah Sayangi Masa, Peranan Tanggungjawab Anggota Keluarga dan Aktiviti Kejiranan. Murid akan menandakan dalam borang pemerhatian yang disediakan sekiranya mereka melakukannya. Berdasarkan Borang Soal Selidik yang telah disediakan berdasarkan tema Pengurusan diri dan Menghormati jiran tetangga kepada murid Tahun 4 dan 5, hampir 85% murid menjawab dengan baik. Dalam Borang Soal Selidik berdasarkan tema Pengurusan diri untuk murid tahun 4, sebanyak 26 pelajar dapat menguruskan masa dengan baik manakala 6 murid lagi kurang dapat menguruskan diri dengan baik. Selain itu, dalam Borang Soal Selidik tema Menghormati Jiran Tetangga untuk murid tahun 5 pula, 27 murid dapat membudayakan menghormati jiran tetangga manakala 4 murid lagi kurang memuaskan. Segala kelemahan berkemungkinan kurangnya amalan dan nilai PSK yang patut diterapkan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kesimpulan untuk Borang Soal Selidik ini, segala penerapan dalam kehidupan seharian murid mestilah seiring dengan isi pembelajaran guru.

TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK

26

4.2

Laporan oleh Nur Fateha bt Ab Jalil

Pada tanggal 22hb hingga 26hb Ogos 2011, saya telah menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah kali keempat di Sekolah Kebangsaan Pulai yang terletak di Merlimau, Melaka. Sepanjang lima hari berada di sekolah tersebut, saya telah menjalankan tugas yang telah diberikan untuk subjek minor saya iaitu Teori Pembelajaran, Sumber dan Penilaian Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK3102). Tugasan tesebut ialah meninjau pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah tersebut. Tugasan pada kali ini agak ringkas kedengarannya, tetapi saya merasakan ianya rumit untuk dijalankan. Pada hari pertama saya ke sekolah tersebut, saya telah menjalankan satu temubual bersama guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) sekolah terbabit iaitu Puan Faizah bt Kamaruzaman. Dalam pengisian temubual tersebut, Puan Faizah menerangkan tentang pelaksanaan mata pelajaran PSK dan cara penilaian mata pelajaran ini dengan baik dan padat. Menurut Puan Faizah, pelaksanaan PKSR di sekolah ini dijalankan dalam beberapa bentuk. Seperti sekolah-sekolah yang lain, PKSR di sekolah ini dijalankan dengan menilai penguasaan ilmu PSK oleh murid-murid tahun 4, 5 dan 6 melalui ujian bulanan sebanyak empat kali dan dua kali peperiksaan penggal. Objektif ujian dan peperiksaan ini adalah untuk menilai penguasaan kemahiran belajar, kemahiran sosial dan kemahiran berfikir dalam mata pelajaran ini. Selain itu juga, dengan pelaksanaan ujian-ujian dan peperiksaan ini, murid-murid dapat menghayati dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan Sivik dan Kewarganegaraan dalam kehidupan seharian dan pengetahuan am. Jelas Puan Faizah lagi, penilaian dalam bentuk ini adalah untuk memastikan bahawa semua murid-murid tahun 4,5 dan 6 telah mempelajari mata pelajaran PSK dengan baik seterusnya dapat menilai keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pembinaan item penilaian dan soalan bagi mata pelajaran ini adalah berdasarkan huraian sukatan pelajaran dan tema-tema PSK yang telah ditetapkan oleh
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 27

Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, penilaian ini adalah bercorak hierarki iaitu mengunakan aras Taksonomi Bloom yang bermula dari aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis hingga ke aras penilaian. Selepas ujian dan peperiksaan disemak dan disahkan, guru PSK akan membuat pengumpulan markah dan data seterusnya merekodkan dalam Rekod Kemajuan Bulanan dan Rekod Adab belajar. Menurut Puan Faizah, PKSR juga dijalankan dengan penghasilan folio oleh murid-murid. Penghasilan folio ini melibatkan aktiviti kerja berkumpulan dan individu dan dijalankan sebanyak dua kali setahun dengan menggunakan tema dan tajuk yang sesuai. Tema dan tajuk akan ditentukan sendiri oleh murid-murid tetapi mereka hendaklah mengikuti garis panduan dan kriteria yang dikehendaki oleh guru. Pemantauan penghasilan folio oleh murid-murid sentiasa dipantau oleh guru PSK bagi memastikan mereka sentiasa bekerjasama antara satu sama lain untuk menghasilkan tugasan folio tersebut. Menurut beliau lagi, penghasilan folio secara individu akan membawa wajaran sebanyak 10% dimana markah bagi penghasilan folio akan dicampur dengan purata peperiksaan penggal dan markah tersebut akan direkodkan pada peperiksaan akhir tahun. Selain itu, saya juga menjalankan pemerhatian untuk mengenalpasti apakah jenis penilaian lain selain yang diperkatakan oleh Puan Faizah. Melalui pemerhatian tersebut saya mendapati bahawa guru PSK sekolah ini telah menjalankan penilaian secara tidak formal dalam bilik darjah seperti kuiz dan soal jawab mengenai pemerolehan pengetahuan tentang sesuatu bab yang telah diajar oleh guru. Sesi soal jawab yang dilaksanakan selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah kefahaman murid-murid tentang pelajaran yang telah diajar. Penilaian melalui soal jawab juga membolehkan guru PSK mengetahui kelemahan murid dalam sesuatu topik atau tajuk pelajaran yang telah dipelajari oleh murid-murid dalam sesuatu masa. Kemudian, guru akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut dengan memberikan latihan-latihan

berdasarkan kebolehan murid tersebut. Selain daripada itu, saya mendapati bahawa guru PSK telah menjalankan PKSR melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan. Murid-murid tahun 4 dan
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 28

5 diwajibkan untuk menyertai pertandingan buku skrap secara berkumpulan tentang kemerdekaan negara. Aktiviti ini dapat dilihat dalam kandungan tema PSK yang kelima iaitu tema Malaysia Negaraku. Antara kriteria yang perlu untuk menghasilkan sebuah buku skrap yang baik ialah informasi dan fakta yang tepat mengenai kemerdekaan negara, menggunakan bahan kitar semula, mengolah bahan dengan baik dan sebagainya. Tarikh penyerahan buku skrap adalah pada 10hb September 2011. Sebelum menjalani PBS ini, saya telah menyediakan borang soal selidik berdasarkan tema Sayangi Diri dengan tajuk Pengurusan Diri dan tema Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat dengan tajuk Menghormati Jiran Tetangga. Saya menjalankan soal selidik tersebut kepada 24 orang murid-murid untuk menilai keberkesanan hasil pelajaran yang telah diajar oleh guru PSK. Rata-rata daripada responden telah memberi jawapan yang baik, iaitu 90% daripada mereka dapat menguruskan diri dengan baik dan memberi jawapan yang memuaskan. Apa yang saya perhatikan, guru PSK sekolah ini sentiasa menerapkan nilai hormat-menghormati antara satu lain walau di mana sahaja murid-murid berada.

TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK

29

4.3

Laporan oleh Ain Zulaikha bt. Zaini

Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat pada 22 Ogos 2011 hingga 26 Ogos 2011. Sepanjang berada di sekolah tersebut, saya telah melakukan pemerhatian mengenai pelaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) untuk subjek Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan. Saya telah menemuramah ketua panitia untuk subjek ini iaitu En. Abdul Hassan bin Mat Sahar yang baru berkhidmat selama dua bulan. Menurut beliau, subjek ini diajar kepada murid-murid Tahun 4,5 dan 6. Terdapat dua sahaja penilaian yang telah dilakukan iaitu ujian pertengahan penggal dan menghasilkan buku skrap mengenai tokoh-tokoh kemerdekaan sempena tema Malaysia Negaraku pada bulan kemerdekaan. Tugasan buku skrap ini diberi kepada semua murid Tahun 5 dan diberi tempoh masa selama dua bulan untuk menyiapkannya. Berbalik kepada ujian pertengahan penggal, item soalan yang telah dibina adalah berbentuk objektif, pilihan jawapan dan jawapan ringkas. Soalan yang telah dibina adalah berdasarkan sukatan pelajaran dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, wakil guru bagi setiap tahun yang mengajar subjek ini hendaklah menyediakan soalan untuk disemak oleh ketua panitia bagi memastikan tiada sebarang

kesilapan bahasa, ejaan, fakta, dan lain-lain. Setelah itu baharulah soalan itu boleh ditaip dan dicetak. Soalan-soalan tersebut tidak boleh dicetak dari mana-mana buku kerana menurut beliau soalan-soalan di dalam buku tidak begitu bertepatan dengan kemahiran yang telah diajar. Setelah guru lengkap melaksanakan ujian markah yang dicatat guru pada kertas soalan murid akan direkodkan. Guru akan mengisi borang markah. Sila lihat lampiran pada rajah 1. Hasil ujian tersebut telah dianalisa untuk diambil tindakan susulan terhadap murid-murid yang masih belum mencapai tahap yang telah ditentukan. Soalan-soalan yang dibina bertujuan untuk menilai perkembangan dan kemajuan setiap murid secara menyeluruh dan berterusan dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan. Penilaian ini juga membolehkan guru SKBR mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran sama ada tercapapai atau tidak objektif pembelajaran. Jika tidak tercapai tindakan susulan akan segera diambil
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 30

oleh guru tersebut. menurut beliau lagi, semua keputusan ujian telah dihantar ke Pusat Pendidikan Daerah melalui sistem online. Manakala dalam aktiviti menghasilkan buku skrap pula, pelajar diberi gred markah berdasarkan kreatviti dalam penulisan, paparan gambar, hiasan dan lain-lain. Buku-buku skrap yang telah dihasilkan tersebut di simpan di ruang khas di dalam perpustakaan dan berdasarkan pemerhatian saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Tahun 4 PSK, buku-buku skrap tersebut telah digunakan sebagai rujukan untuk soalan-soalan yang telah diberikan oleh guru semasa sesi P&P tersebut. Saya juga telah membuat Borang Soal Selidik berdasarkan tema Pengurusan diri dan Menghormati jiran tetangga kepada murid Tahun 4 dan 5. Berdasarkan keseluruhan respons jawapan yang telah diberikan, kebanyakkan murid Tahun 4 mampu menguruskan diri dengan baik, namun terdapat segelintir yang kurang dapat mengurus diri dengan baik. Manakala bagi tema Menghormati jiran tetangga hampir

keseluruhan murid Tahun 5 memberi jawapan yang kurang memuaskan. Hal ini mungkin disebabkan kurang penekanan guru terhadap penerapan nilai, kepentingan dan cara untuk menghormati jiran. Namun begitu, mereka masih dapat mengamalkan budaya memberi salam di sekolah. Bagi penilaian sikap dan akhlak, sekolah ini tidak menjalankan penilaian khas iaitu PKSR. Menurut Ketua Panitia tersebut, sememangnya guru dimestikan untuk menilai sikap dan akhlak setiap murid di dalam kelasnya. Namun, penilaian ini hanya dibuat melalui pemerhatian setiap kali guru masuk ke kelas. Jika terdapat tindakan negatif, guru akan segera menegur dan mengenakan tindakan jika keterlaluan. Mengenai penyimpanan rekod-rekod lama dan pengurusan subjek PSK ini, beliau tidak dapat membantu kerana fail-fail tersebut tidak disimpan oleh beliau memandangkan beliau baru sahaja berkhidmat selama dua bulan dan fail-fail tersebut tidak diperolehi daripada bekas ketua panitia yang lepas.

TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK

31

4.4

Laporan Keseluruhan Tinjauan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah

Apabila meneliti ketiga-tiga laporan di atas, dapatlah dikatakan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) berjalan dengan baik di ketiga-tiga buah sekolah tersebut. PKSR yang dijalankan di setiap sekolah adalah berbeza dari segi bentuk dan juga pelaksanaannya. Berdasarkan ketiga-tiga laporan diatas juga, terdapat kekuatan dan kelemahan dari segi pelaksanaan penilaian tersebut. Dapatlah dikatakan bahawa ketiga-tiga sekolah terbabit menjalankan PKSR dalam ujian dan peperiksaan bulanan dan penggal. Objektif penilaian dalam bentuk ini adalah untuk menilai penguasaan kemahiran belajar, kemahiran sosial dan kemahiran berfikir dalam mata pelajaran PSK. Selain itu juga, melalui pelaksanaan penilaian ini, murid-murid dapat menghayati dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan Sivik dan Kewarganegaraan dalam kehidupan seharian dan pengetahuan am. Penilaian dalam bentuk ini juga adalah untuk memastikan bahawa semua muridmurid tahun 4,5 dan 6 telah mempelajari mata pelajaran PSK dengan baik seterusnya dapat menilai keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Item soalan yang telah dibina adalah berbentuk objektif, pilihan jawapan dan jawapan ringkas. Soalan yang telah dibina adalah berdasarkan huraian sukatan pelajaran, kemahiran yang telah diajar dan tema-tema PSK yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, wakil guru bagi setiap tahun yang mengajar subjek ini hendaklah menyediakan soalan untuk disemak oleh ketua panitia bagi memastikan tiada sebarang kesilapan bahasa, ejaan, fakta, dan lain-lain. Penilaian ini adalah bercorak hierarki iaitu mengunakan aras Taksonomi Bloom yang bermula dari aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis hingga ke aras penilaian. Selepas ujian dan peperiksaan disemak dan disahkan, guru PSK akan membuat pengumpulan markah dan data seterusnya merekodkan rekod prestasi pelajar yang telah disediakan oleh guru-guru kelas. Selain daripada itu juga, penilaian melalui penghasilan folio atau buku skrap juga dijalankan di ketiga-tiga sekolah yang terbabit. Namun begitu terdapat perbezaan dalam pelaksanaan folio ini. Ada sekolah yang memberi masa yang lama untuk menghasilkan
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 32

folio atau buku skrap, iaitu selama dua bulan dan ada juga yang mengehadkan tarikh penghantaran selama dalam sebulan seperti dalam bulan kemerdekaan. Penghasilan folio atau buku skrap ini memberi kesan yang baik kepada murid-murid kerana melalui penghasilan folio secara berkumpulan, ia dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan seterusnya meningkatkan tahap afektifnya. Secara tidak langsung juga, ia dapat melatih murid-murid menjadi lebih berdisipln dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Wajaran penghasilan folio sebanyak 10% daripada keseluruhan markah adalah sangat bagus jika direalisasikan kerana ia memberi semangat kepada muridmurid untuk melakukan yang terbaik dan memberi tumpuan kepada kriteria yang ditetapkan oleh guru. Sementelah, penilaian dilakukan dalam bilik darjah secara sedar mahupun tidak. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru biasanya menjalankan sesi soal jawab kepada murid-murid tentang isi pelajaran. Pada masa ini, guru seharusnya menjalankan kaedah penilaian dengan memerhati prestasi murid dan merekod dalam borang anekdot. Melalui rekod ini, guru boleh mengenalpasti kekuatan dan kelemahan muridmurid dalam penguasaan isi pelajaran seterusnya guru dapat memasang strategi dan usaha untuk meningkatkan pemahaman dan penghayatan murid terhadap aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam subjek PSK. Namun begitu, apa yang kami perhatikan guru-guru PSK di ketiga-tiga buah sekolah hanya menjalankan sesi soal jawab tetapi tidak menjalankan kaedah menyimpan rekod murid semasa pemerhatian. Maka dengan itu, potensi dan perkembangan murid tidak dapat dilihat dalam bentuk rekod dan data. Sebelum kami menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah, kami telah menyediakan borang kaji selidik berdasarkan tema Sayangi Diri dan Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat. Objektif kaji selidik ini adalah untuk menilai keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan oleh guru PSK di sekolah masing-masing. Soalan-soalan yang telah kami sediakan adalah ringkas dan mengikut hasil pembelajaran dalam huraian sukatan pembelajaran PSK. Rata-rata daripada sasaran kami dapat menjawab soalan dengan baik dan jika dikira keseluruhan

TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK

33

puratanya, 80% daripada responden kami menguruskan diri dengan baik dan 85% mempunyai kesedaran bahawa pentingnya menghormati jiran tetangga. Tuntasnya, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada kaedah penyampaian isi pelajaran oleh guru PSK itu sendiri. Pengisian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah daripada guru yang sentiasa komited dan serius dalam mendidik murid-murid, bukan sekadar untuk melihat muridmurid berjaya dalam peperiksaan tetapi pengisian kognitif dan afektif secara dalaman dapat mencapai objektif Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan itu sendiri. Walaupun PSK bukanlah mata pelajaran teras, tetapi pengisiannya amat penting bagi melihat pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dalam diri murid-murid.

TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK

34

5.0

RUMUSAN

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan matapelajaran yang tertakluk di bawah disiplin Kajian Sosial. Pengajaran matapelajaran ini amat penting diketahui dan kuasai oleh guru-guru supaya pembelajaran menyeronokkan, merangsang dan aktif di samping membantu mencapai hasrat yang diinginkan dalam matlamat mata-mata pelajaran tersebut. Tajuk ini memberi pendedahan tentang matlamat, latar belakang, objektif, organisasi huraian dan isi kandungan Kajian Tempatan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (Semakan) (KBSR yang telah disemak semula buat kali kedua sejak tahun 2004), dan mata pelajaran baru iaitu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini bermula dengan pengenalan dan perspektif disiplin sains sosial dan mata pelajaran yang berkaitan dalam sistem persekolahan sekolah rendah negara. Latar belakang disiplin ini dihuraikan supaya guru-guru yang mengajar berada dalam keadaan yang jelas dan tidak tertanya-tanya akan bentuk bidang ini yang merentas pelbagai disiplin. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berkesan dan bermakna, sumber pengajaran dan pembelajaran harus diketahui oleh guru. Namun begitu, guru harus ingat, untuk mecapai objektif pembelajaran, pengaplikasian dan intergrasi strategi, teknik, kaedah dan pendekatan haruslah

diselaraskan dengan penggunaan bahan sumber pengajaran yang digunakan. Strategi, kaedah, teknik dan pendekatan yang digunakan pula hendaklah menepati teori-teori yang bersesuaian agar sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Manakala, bahan sumber pengajaran yang dihasilkan haruslah menarik perhatian, lengkap dan berjaya meningkatkan tahap kognitif dan afektif mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Penilaian dalam PSK juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengn pengajaran dan pembelajaran. Tanpa penilaian yang sewajarnya, kita tidak dapat mengenalpasti keberkesanan aktiviti yang dijalankan. Namun begitu, ia perlu dilaksanakan dengan berhati-hati dan adil supaya guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid seterusnya menjalankan tindakan susulan.
TEORI PEMBELAJARAN, SUMBER DAN PENILAIAN DALAM PSK 35