Anda di halaman 1dari 2

RUMUSAN

Bagi menjalankan tugasan Kajian Sosial, kami diminta melaksanakan satu kajian luar/ lapangan dengan berkesan. Data dari kajian luar tersebut hendaklah direkod dan dianalisis. Akhirnya, laporan kajian hendaklah dihasilkan. Berdasarkan perbincangan serta pendapat ramai, kami telah memutuskan untuk membuat kajian mengenai tahap kebersihan IPG Kampus Tuanku Bainun. Kajian telah dijalankan di sekitar kawasan blok B, kantin, dan asrama. Maklumat diperoleh berdasarkan soal selidik dan temu bual beberapa orang kakitangan kampus serta warga kampus. Berdasarkan maklumat yang telah direkod dan dianalisis, kami mendapati majoriti kawasan kantin adalah kawasan yang paling kotor dan tidak digemari. Ini kerana, persikatarannya yang tidak dijaga dan tidak dibersihkan. Kebanyakan warga kampus tidak gemar makan di kantin sebaliknya lebih gemar membeli makanan di luar. Sekitar kawasan blok B pula, persekitarannya berada dalam keadaan yang bersih dan baik kecuali tandas yang agak berbau. Para pekerja yang membersihkan kawasan blok B menjalankan kerja mereka setiap hari bagi memastikan persekitrana sentiasa bersih. Kawasan asrama merupakan tempat tinggal bagi kebanyakan pelajar yang menuntut di kampus ini. Oleh itu, kawasan yang paling selesa adalah kawasan asrama kerana mempunyai pelbagai kemudahan. Tetapi terdapat juga kawasan sekitarnya yang agak tidak memuaskan hati seperti tong sampah dan tandas. Namun, keseluruhan kawasan memuaskan. Bagi memastikan tahap kebersihan kampus Tuanku Bainun sentiasa

memuaskan, kesedaran haruslah wujud dalam diri setiap warga kampus. Jika inginkan pembelajaran dan tempat kerja dalam keadaan tenang dan bersih serta tidak mempunyai sebarang gangguan, kebersihan haruslah dititikberatkan dalam setiap aspek perkara yang dilakukan. Todak kiralah sama ada di kantin, blok akademik, ataupun asrama.

Kami berharap agar semua warga kampus menjaga kebersihan kampus supaya tidak menularnya wabak penyakit akibat dari persekitaran yang kotor dan tidak selesa. Hal ini, memerlukan kerjasama dari semua pihak dan saling membantu bagi mempertongkatkan lagi tahap kebersihan di kampus ini.

Anda mungkin juga menyukai