Anda di halaman 1dari 33

PERTOLONGAN CEMAS PRINSIP DAN AMALAN

ANJURAN : UNVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ,TANJONG MALIM.PERAK. BENGKEL PERTOLONGAN CEMAS BAYI DAN KANAK-KANAK. WE CARE BECAUSE WE LOVE
INSTRUCTOR, BASIC LIFE SUPPORT.
MAJID FAZAL

BANTUAN KECEMASAN Pertolongan Cemas


Bantuan permulaan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa sebelum menerima rawatan yang sewajarnya. TUJUAN: Untuk menggalakan pemulihan. Untuk mengelakkan komplikasi. Untuk menyelamatkan nyawa. PANDUAN: Kawal perasaan anda jangan panik. Ambil sedikit masa untuk berfikir. Nilai dengan pantas dan tenang akan insiden.

BANTUAN KECEMASAN.
Awasi akan kemungkinan bahaya terhadap diri anda dan mangsa. Jangan letakkan diri anda dalam sebarang risiko. Jauhkan/keluarkan mangsa dari sebarang bahaya. Jangan bertindak lebih dari kemampuan. Beri bantuan mengikut keutamaan. Minta bantuan.

BANTUAN KECEMASAN.
LUKA. Sebarang bentuk kecederaan pada tubuh badan yg.mengakibatkan pecahan kulit atau tisu biasa. JENIS: Terguris. (incised) Tebing lurus dan teratur akibat objek tajam. Terkoyak.(lacerated) Tebing tidak teratur akibat objek tumpul. Melecet.(abrasion) Akibat geseran permukaankeras dan kasar melibatkan permukaan yg.agak luas.

LUKA.
Calar balar.(linear abrasion) Melibatkan bahagian atas permukaan kulit tidak dalam. Lebam.(contusion) Kesan dari hentakan ,permukaan kulit tidak terbuka darah tidak mengalir keluar. Tercucuk.(puncture) Akibat objek tajam dan lurus. Tembakan.(gunshot) Letupan.(blast)

PENDARAHAN DAN PUNCA-PUNCA PENDARAHAN


UNIVERSITI KUALA LUMPUR ROYAL COLLEGE OF MEDICINE PERAK DIPLOMA IN PHARMACY PROGRAMME MAJID FAZAL

PENDARAHAN.(Haemorrhage)
Keluaran/Kebocoran darah dari sistem peredaran akibat kecederaan atau penyakit. JENIS. Perdarahan ateri. Dari urat ateri,mengandungi oksigen, warna merah cerah, keluar memancut mengikut rentak degupan jantung. Pendarahan vena (pembuluh) Dari urat vena, mengandungi carbon dioksida,warna merah gelap, keluar meleleh. Pendarahan kapilari (rerambut) Dari rerambut darah, keluar meleleh tidak banyak jika permukaan kulit tidak pecah akan menyebabkan lebam.

KOMPLIKASI LUKA DAN PENDARAHAN YANG TIDAK DIRAWAT DENGAN SEGERA


1. Komplikasi awal. Renjatan 2. Komplikasi kemudian. 2.1 Jangkitan kuman. 2.2 Proses penyembuhan lambat. 2.3 Parut yang hodoh.

RENJATAN.(SHOCK)
Apabila sistem peredaran darah gagal berfungsi dengan sempurna mengakibatkan tekanan menjadi rendah seterusnya tisu-tisu dan organ-organ utama tubuh badan tidak mendapat bekalan oksigen secukupnya.Jika keadaan ini berlarutan organorgan/penting akan rosak dan mengakibatkan kematian. Penyebab Utama : 1. Jantung-(lemah jantung). 2. Kandungan Isipadu cecair badan menjadi kurang perdarahan.

RENJATAN.(SHOCK)
Perdarahan banyak berterusan. Kurang kandungan darah dalam sistem peredaran. Kurang tekanan. Kurang oksigen. Jantung dan lain-lain organ utama gagal berfungsi.

PENGECAMAN RENJATAN.
Denyut nadi cepat dan lemah. Pucat. Berpeluh sejuk kulit berlengas. Lemah rasa pitam. Loya dan kemungkinan muntah. Mulut kering, air liur pekat, rasa dahaga. Pernafasan pendek dan cepat. Gelisah tidak selesa, agresif. Terkapai-kapai untuk mendapatkan udara. Hilang kesedaran.

TINDAKAN:
Mengawal kehilangan darah. Pastikan luka dilihat dengan jelas, tanggal atau gunting pakaian jika perlu. Tekanan langsung atau tidak langsung. Ikat tourniquet. Elakkan jangkitan kuman-bebat/balut.

TINDAKAN:
Menghalang Renjatan. Tingkatkan bekalan darah ke otak, jantung dan paru-paru. Baringkan mangsa naikkan kaki keatas lebih dari paras kepala. Longgarkan pakaian. Selimutkan mangsa. Pastikan mangsa mendapat udara secukupnya. Bersedia untuk memulakan pemulihan jantung dan paru-paru apabila perlu- C.P.R.

PERALATAN ASAS PETI PERTOLONGAN CEMAS.


PLASTER. PEMBALUT. PEMBALUT SEGITIGA. PEMBEBAT. KAPAS. GUNTING. LOT. ACRIFLAVINE. LOT. GENTION VIOLET. S.S.D. CREAM.

RAWATAN CEMAS PENDARAHAN EXTERNAL.


Pendarahan yang berlaku sama ada eksternal atau internal yang dapat dikesan mengerikan.Penolong cemas mestilah tenang dan berusaha mengawal perdarahan dengan segera. Ada berbagai cara rawatan pendarahan eksternal,kesesuaiannya banyak bergantung kepada keparahan,sumber dan punca luka itu.

RAWATAN CEMAS PERDARAHAN EXTERNAL


PENEKANAN LANGSUNG. Cara paling berkesan mengawal perdarahan adalah dengan menekan secara langsung pada tempat luka dan patut dicuba sebagai daya utama. Ikat pembebat dan pembalut yang sempurna ke tempat luka dengam kemas. Penekanan dikekalkan sampai darah berhenti 10 hingga 15 minit.

RAWATAN CEMAS PERDARAHAN EXTERNAL


PENEKANAN TIDAK LANGSUNG. Perdarahan juga boleh dikawal dengan menekan pada tempat-tempat arteri tertentu dimana arteri beralaskan tulang. Arteri brakial yang beralaskan tulang humerus,yang mengurangkan pengaliran darah ke anggota tangan. Arteri femoral yang beralaskan tulang femur,yang mengurangkan pengaliran darah ke anggota kaki. Arteri karotid beralaskan tulang vertebra untuk mengawal perdarahan di kepala. Penekanan arteri ini berkesan apabila anggota tercedera dan berdarah pada banyak tempat maka merumitkan cara penekanan langsung.

RAWATAN CEMAS PERDARAHAN EXTERNAL


3) PENGIKATAN TOURNIQUET Dengan menggunakan pembalut lebar, separuh ikatan dibuat dikeliling anggota pada atas tempat yang tercedera dengan menggunakan satu pad diatas arteri.Sebelum ikatan kedua dilakukan,selitkan sebatang kayu dan kemudian diputar supaya ikatan menjadi kemas sehingga sebaik sahaja darah berhenti.Ikatan ini mesti dilonggarkan tiaptiap setengah jam supaya sirkulasi darah ke anggota berjalan beberapa minit sebelum diikat kembali.

RAWATAN CEMAS PERDARAHAN EXTERNAL


Meninggikan Anggota Luka. - Anggota yang cedera ditampung supaya lebih tinggi dari badan untuk mengawal sebarang perdarahan. 5) Pembalutan Pad Bulatan. Pada luka yang mengandungi benda asing seperti serpihan kaca atau logam yang susah dibuang maka pendarahan boleh dikawal dengan menggunakan pembalut pad bulatan.Keadaan pembalut hendaklah kemas supaya pad itumenekan kawasan sekeliling luka dan menahan perdarahan.

RAWATAN CEMAS PERDARAHAN EXTERNAL


PEMBELATAN ANGGOTA. Anggota yang luka parah hendaklah dibalut dan dibelat supaya tidak bergerak.

RAWATAN CEMAS PERDARAHAN INTERNAL.


Tanda-tanda berikut: Abdomen yang tegang dan sakit apabila ditekan. Kesakitan didada bertambah dengan gangguan pergerakan pernafasan. Perdarahan dalam sendi dan tisu sekitar tulang patah memberi tanda-tanda bengkak yang semakin membesar dan tegang. Perdarahan dalam tengkorak menimbulkan tanda-tanda tertentu. Penolong harus bertindak mencegah dan mengawal renjatan.Pesakit mesti dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan surgeri dengan segera.

MENGANGKAT DAN MENGUSUNG


UNIVERSITI KUALA LUMPUR ROYAL COLLEGE OF MEDICINE PERAK DIPLOMA IN PHARMACY PROGRAMME MAJID FAZAL

KAEDAH-KAEDAH MENGANGKAT DAN MENGUSUNG.


USUNGAN MERANGKAK. USUNGAN MENARIK. USUNGAN MENGENDONG DI BELAKANG USUNGAN MENOPANG USUNGAN BOMBA USUNGAN KERUSI USUNGAN EMPAT TANGAN USUNGAN IMPROVISI

KECEDERAAN TERBAKAR.
Matlamat utama pertolongan cemas di dalam kecederaan terbakar ialah: 1.Menjauhkan pesakit daripada punca atau bahan kebakaran. 2.Mengurangkan kesan-kesan setempat akibat kecederaan yang dialami. 3.Mengurangkan kesakitan pesakit. 4.Mencegah dari berlakunya jangkitan atau sepsis. 5.Mencegah dari berlakunya renjatan. 6.Memulihkan pesakit sekiranya berlaku sekatan kardio-pulmonari(cardiopulmonary arrest) 7.Mengangkat mangsa dengan seberapa segera ke pusat rawatan atau hospital yang berdekatan

KECEDERAAN TERBAKAR
8.Perhatian kepada kawasan-kawasan sensitif seperti mata, hidung,mulut, telinga, genitalia dan paru-paru. 9.Jenis bahan yang mengakibatkan kecederaan -Haba -Kimia -Elektrik -Sinaran (Radiation) HABA Kecederaan terbakar darjah pertama dan kedua. A) Sejukkan kawasan yg tercedera dengan segera: 1.Letakkan bahagian yang tercedera di bawah air yang mengalir. 2.Rendamkan bahagian yang tercedera di dalam takungan air sejuk.Jangan gunakan ais. 3.Letakan kompres sejuk yang diperbuat dari tuala, sapu tangan atau kain bersih.

B) Tudung kawasan kecederaan dengan pembalut yang steril C) Sekiranya kecederaan melebihi 15% kawasan permukaan tubuh, dapatkan rawatan perubatan dengan segera. D) Jangan guna ais pada kawasan terbakar. E) Jangan pecahkan repuh-repuh (blister) F) Jangan guna bahan-bahan berminyak. G) Tangalkan barang-barang perhiasan daripada bahagian yang tercedera. H) Angkat anggota tubuh yang terbakar I) Angkut mangsa ke hospital

KIMIA
1.UMUM Basuh dan simbah bahagian yg terkena bahan kimia dengan air secukupnya. Minta bantuan perubatan dengan segera. Jangan pecahkan repuh-repuh atau membuang kulit yang telah musnah. Jangan tekan tempat yang terbakar. Jangan guna bahan-bahan berminyak atau ubatubatan sendiri tanpa pengetahuan doktor. Jangan guna bahan lain untuk meneutralkan bahan kimia yg terlibat.

2.KULIT Basuh dan simbah dengan air secukupnya, jika perlu mandikan mangsa Tanggalkan pakaian selepas selesai diatas. Sambung usaha-usaha pembasuhan dan penyiraman bahagian anggota yang tercedera. Jangan buang masa untuk mencari ubat penawar. Balut kecederaan dengan pembalut steril. Angkut mangsa ke hospital.

MATA
Cuci mata yang tercedera dengan air secukupnya selama 20minit. Balut mata tersebut. Angkut mangsa ke hospital. 4.SALURAN PEMAKANAN Periksa saluran pernafasan. Periksa pernafasan Cuci bahagian mulut dengan air tetapi tentukan tidak ada yang tertelan Bawa bahan yang telah dimakan/ termakan ke hospital. Angkut mangsa ke hospital.

5.RAWATAN BERBEZA
*KAPUR MENTAH-mungkin membakar dengan lebih
sekiranya dicampur dengan air.Cara merawat ialah dengan meberus kapur tersebut.kemudian barulah cuci dengan air *FENOL-Tidak begitu larut dalam air.Cara merawat ialah tanggalkan pakaian,mandi dan kemudian menyapukan bahan berminyak seperti minyak bayi. *LOGAM NATRIUM-Bertindak dengan air berudara melalui pembakaran. Gunakan jeli petroleum. *ASID SULFURIK-Basuh dengan larutan bersabun, kemudian barulah gunakan air yang banyak.

KECEDERAAN TERBAKAR AKIBAT ARUS ELEKTRIK.


Tatacara rawatan untuk mangsa kecederaan terbakar akibat arus elektrik: -Tutup suis -Asingkan mangsa dari pendawaian elektrik jangan sentuh mangsa sekiranya anda tidak pasti akan keselamatan anda sendiri. -Sekirannya suis elektrik jauh, cuba cabut dawai berinsulasi bersama-sama plugnya dari soket atau alat elektrik yang digunakan.

Pemulihan (ABC)perlu diberikan dengan segera sekiranya perlu. -Langkah-langkah seterusnya adalah sepertimana pertolongan untuk mangsa kecederaan terbakar akibat haba. -Periksa mangsa untuk tanda-tanda fraktur dan kecederaan-kecederaan yang lain. -Angkut mangsa ke hospital dengan segera.

SELAMAT BERKURSUS SEMOGA BERJUMPA LAGI

INSTRUKTOR BASIC LIFE SUPPORT MAJID HJ.FAZALDIN

Anda mungkin juga menyukai