Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Malaysia kini adalah di antara negara dunia ketiga yang sedang pesat mengalami perkembangan dari segi ekonomi,sosio-budaya,pendidikan dan juga sedang menuju ke arah sebuah negara maju yang berteknologi tinggi. Namun di dalam keghairahan negara mengejar proses pembangunan,aspek kesejahteraan masyarakat tidak diketepikan atau diabaikan.Oleh yang demikian,pada hari ini dapat kita lihat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang disediakan di negara ini amat menggalakkan dan berkembang dengan pesat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.Ini kerana di dalam konteks pembangunan masa kini, kaunseling banyak memberi manfaat kepada masyarakat dalam menghadapi cabaran, gangguan dan permasalahan dalam kehidupan seharian mereka untuk mencapai cara hidup yang tenang dan berkualiti. Menurut Zainal Abidin (2002),beliau mendefinisikan kaunseling sebagai Kaunseling adalah satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan,bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih. Oleh yang demikian, antara matlamat yang ingin dicapai di dalam proses kaunseling ini adalah, untuk memudahkan perubahan tingkah laku,meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan perhubungan, membantu keberkesanan klien mengurus diri,menggalakkan proses membuat keputusan dan membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien. Proses kaunseling adalah satu proses yang dinamik iaitu proses ini melibatkan interaksi dua hala antara klien dan kaunselor di mana proses interaksi yang wujud adalah usaha bersama. Kaunselor dan klien mempunyai tanggungjawab, peranan dan perlakuan tertentu yang perlu dijalankan ketika menjalankan proses ini. Kaunselor mempunyai peranan dan bertanggungjawab untuk menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif dan sesuai agar klien lebih bermotivasi untuk melakukan perubahan dan menyelesaikan

permasalahannya.

Walaubagaimanapun,

untuk

mencapai

satu

tahap

perhubungan dan perbincangan yang berkesan dengan klien, pihak kaunselor perlulah menguasai dan mempunyai kemahiran kemahiran kaunseling terlebih dahulu.Antara kemahiran kanseling yang perlu dikuasai oleh kaunselor ialah kemahiran asas komunikasi dan juga kemahiran memberi tumpuan.Untuk menguasai kemahiran-kemahiran ini dengan lebih berkesan, seseorang kaunselor itu perlu mempelajarinya melalui pelbagai cara dan kaedah di mana kaunselor perlu berlatih dan mengamalkan serta mempraktikkan kemahirankemahiran tersebut. Ini dilakukan supaya ia sebati di dalam diri kaunselor serta perlulah sentiasa mempertingkatkan kemahiran ini setiap waktu dan ketika agar proses kaunseling dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. KEMAHIRAN KOMUNIKASI Di dalam proses kaunseling antara kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh kaunselor ialah kemahiran komunikasi. Antara kemahiran yang perlu di kuasai di dalam kemahiran komunikasi ini ialah soalan terbuka, kesenyapan, mendengar, menyatakan semula, merefleksi perasaan, meringkaskan isi perbincangan dan yang terakhir meringkaskan perasaan. Sebelum seseorang kaunselor itu dapat menjalankan sesi kaunselingnya, dia perlulah mempunyai kemahiran menyoal.Ini kerana dengan cara menyoal, banyak maklumat akan diperoleh tentang masalah yang dialami oleh klien atau seseorang pelajar itu.Jenis jenis soalan yang boleh dikemukan terbahagi kepada dua jenis iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup. Soalan tertutup lazimnya memerlukan jawapan ya atau tidak, manakala soalan soalan terbuka memerlukan penghuraian daripada klien. Oleh sebab soalan soalan tertutup tidak menggalakkan klien menghuraikan tentang sesuatu ,maka maklumat yang diperolehi adalah terhad dan kerana itu di dalam sesi kaunseling kebanyakkan soalan yang diajukan oleh kaunselor adalah dari jenis soalan terbuka.Antara kelebihan menggunakan soalan terbuka ini ialah, soalan soalan jenis ini banyak diajukan ketika di awal sesi yakni ketika di tahap membina

hubungan dan ia digunakan untuk mendapatkan maklumat atau gambaran awal tentang permasalahan yang sedang di hadapi oleh klien pada ketika itu. Klien akan memberikan jawapan yang lebih luas dan bebas serta ia turut membantu klien untuk menerangkan dengan lebih terperinci lagi tentang sesuatu permasalahan dan juga menggalakan klien untuk berkongsi maklumat dengan kaunselor.Di samping itu, dengan mengemukakan soalan - soalan yang berbentuk terbuka ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu klien menumpukan dan memberi kebebasan terhadap dirinya untuk meneroka perasaan,nilai dan sikapnya dengan lebih mendalam lagi dan akan memberi keyakinan kepadanya untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya. Kaunselor juga turut mendapat manfaatnya di mana melalui penjelasan yang diberikan oleh klien, ia dapat membantu kaunselor memahami tentang sesuatu perkara yang lebih khusus dan boleh memberi buah fikiran atau mencadangkan alternatif yang bersesuaian yang boleh digunakan untuk meleraikan kekusutan yang dialami oleh klien tersebut.Antara contoh contoh soalan terbuka yang boleh diajukan kepada klien ialah Bagaimanakah hubungan kamu dengan ahli keluarga kamu?, Apakah yang sedang menganggu fikiran kamu sekarang ini?, Cuba awak terangkan,bagaimana dan sudah berapa lamakah keadaan ini berlaku? dan Cuba awak jelaskan dengan dengan terperinci kenapa awak berkelakuan sedemikian?. Oleh yang demikian, dengan menyoal cara yang telah disebutkan tadi ,seseorang kaunselor itu meletakkan tanggungjawab dan peranan untuk menjawab soalan ke atas kliennya itu dan klien bebas untuk memberi jawapan dengan tidak terkongkong kepada pendapat atau saranan kaunselor.Walaubagaimanapun, sekiranya kaunselor terlalu bergantung kepada soalan yang jenis terbuka ini, dikhuatiri proses kaunseling ini mungkin boleh berubah atau lebih menjurus ke arah proses penyiasatan atau interogasi yang membosankan dan aliran perbincangan akan menjadi tidak menentu.Justeru itu, kaunselor hendaklah lebih bijak ketika menggunakan kemahiran ini bergantung kepada keadaan atau situasi klien. Dengan ini, proses kaunseling akan dapat dijalankan dengan lebih baik, sempurna dan berkesan.

Kemahiran yang kedua pula ialah kesenyapan.Senyap di sini membawa maksud ketika proses kaunseling sedang berjalan, kaunselor tidak memberi apa apa komen atau soalan sebagai respon kepada sesuatu kenyataan atau maklumat yang diberikan oleh klien ,tetapi hanya mendiamkan diri serta membiarkan kliennya terus berbicara. Kesenyapan adalah aspek yang penting di dalam sesuatu sesi kaunseling.Kesenyapan yang sementara di dalam sesuatu sesi kaunseling dapat memberi peluang dan ruang kepada klien untuk melihat perasaan ,sikap,nilai dan perbuatannya sendiri di masa lalu.Kesenyapan juga turut memberi ruang kepada klien untuk berfikir sejenak dan memberi respon tanpa mendapat apa-apa maklumbalas daripada pihak yang mendengar kerana ia memberi kesan terapuetik kepada klien.Klien diberi peluang untuk bercakap dan berkata kata namun sebelum itu klien perlukan masa untuk mengimbas kembali dan memproses apa yang telah dibincangkan sebelum itu.Di samping itu juga, kesenyapan juga menandakan kaunselor menghormati dan menghargai perkara yang difikirkan oleh klien.Kaunselor tidak memberi tekanan kepada klien agar klien terus bercakap.Ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran klien bahawa adakalanya kesenyapan itu penting dalam perhubungan. Oleh yang demikian, daripada kenyataan yang telah disebutkan tadi,keadaan senyap di dalam konteks menjalankan sesi kaunseling mempunyai banyak faedahnya sekiranya kaunselor sentiasa alert dan sensitif tentang nilai kesenyapan serta pandai menggunakan masa bila untuk menyoal klien dan bila untuk senyap.Membiarkan keadaan senyap seketika oleh klien,menandakan bahawa kaunselor amat mengambil berat tentang kliennya dan menunjukkan penerimaannya terhadap klien.Ia turut menggambarkan akan kesanggupan kaunselor untuk memberi ruang dan peluang kepada kliennnya untuk menyaring fikirannya sebelum membuat apa-apa kenyataan dengan tidak memberi apa-apa tekanan untuk memberi respon terhadap kenyataannya itu.Oleh itu,kemahiran senyap amat berguna ketika sesi kaunseling berlangsung supaya perjalanan sesi dapat dijalankan dengan berkesan dan memudahkan kaunselor lebih menyelami hati dan perasaan kliennya itu.

Kemahiran yang ketiga yang perlu dikuasai oleh kaunselor dalam kemahiran asas komunikasi ini ialah kemahiran mendengar. Mendengar di dalam konteks kaunseling ini membawa maksud menerima mesej dengan teliti, kemudian memberi respon yang tepat kepada mesej yang telah disampaikan oleh klien. Pada keadaan ini, kaunselor meletakkan aras pendengarannya lebih tinggi daripada aras perbualan biasa kerana aspek ini amat penting untuk ia menjadi teras kepada keberkesanan kaunseling. Dengan mendengar kenyataankenyataan yang dibuat oleh klien ,kaunselor akan dapat memberi maklum balas serta dapat mentafsir tentang fikiran dan perasaan kliennya.Ada ketikanya klien enggan menceritakan masalahnya secara terus kepada kaunselor,tetapi lebih banyak menggunakan ayat ayat yang tersirat di mana isi percakapannya tidak mencerminkan ketelusan apa yang sebenarnya difikirkan dan apa sebenarnya perasaan yang hendak disampaikan.Oleh itu dengan mendengar secara aktif dan teliti ia akan dapat membantu kaunselor memberi maklumbalas,tafsiran, membuat pernyataan semula serta dapat membuat refleksi isi dan perasaan klien dengan tepat.Apabila klien memerhatikan bahawa kaunselornya mendengar segala butiran percakapannya dengan penuh teliti, ia akan memberi nilai terapiutik yang tinggi. Ini kerana ia memberi gambaran kepada klien tersebut bahawa kaunselor itu sentiasa bersama sama dengannya serta menyebabkan klien merasakan dirinya terbela dan menimbulkan kelegaan terhadap dirinya kerana ada orang yang benar-benar mendengar luahan hatinya,rintihannya,cuba memahami alam fikirannya dan memberi respon dengan tepat yang sebelum ini tidak pernah dialaminya. Dengan itu kemahiran mendengar adalah penting supaya kita mudah untuk menyelami perasaan dan mendapatkan maklumat dengan tepat daripada klien kita di sepanjang sesi kaunseling dijalankan. Kemahiran yang keempat pula adalah kemahiran membuat pernyataan semula atau memparafrasa pernyataan di mana kemahiran ini amat berkait rapat dengan kemahiran mendengar. Kebolehan kaunselor menyatakan semula intipati mesej atau maklumat yang disampaikan oleh klien menunjukkan bahawa kaunselor mendengar dan mengambil bahagian dalam sesi kaunseling

dengan teliti dan bersungguh-sungguh. Kaunselor memberi maklumbalas atau menyatakan semula kepada kliennya mengenai apa yang telah didengarnya dengan menggunakan frasa atau perkataannya sendiri,tanpa menyatakan semula ayat demi ayat apa yang dinyatakan oleh klien.Melaluinya juga,kaunselor dapat meringkaskan dan memperjelaskan lagi maksud yang ingin disampaikan oleh klien serta dapat menyemak kalau apa yang dipersepsikan oleh kaunselor sama dengan apa yang telah dimaksudkan oleh klien.Kadang kadang apa yang dilafazkan oleh klien ialah berkenaan dengan perasaannya,tetapi respon kaunselor bila membuat parafrasa adalah tentang maksud kenyataannya. Antara contoh situasi yang boleh diambil ialah seperti yang berikut di mana klien menyatakan :Saya memang sudah bosan dengan perangainya yang terlalu cemburukan saya dan saya rasa saya sudah tidak tahan lagi untuk bersama dengannya.Daripada kenyataan yang diucapakan oleh klien tersebut kaunselor boleh memparafrasanya dengan menyatakan Mungkin bagi awak jalan yang paling sesuai sekali ialah memutuskan hubungan dengannya.Daripada contoh situasi yang telah diberikan tadi ,kaunselor telah membuat respon ke atas mesej yang cuba disampaikan oleh kliennya dengan memparafrasa kenyataannya tetapi dengan menggunakan perkataannya sendiri.Oleh itu, kaunselor dapat menyemak persepsi kliennya dan kliennya pula merasakan kaunselor benarbenar cuba mengambil berat akan permasalahnnya dan perkara ini adalah satu perkembangan yang positif untuk meneruskan sesi kaunseling pada tahap yang berikutnya. Kemahiran seterusnya yang perlu dikuasai ialah kemahiran merefleksi perasaan. Dalam perbualan seharian,kadang-kala kita mengulangi apa yang dikatakan oleh rakan kita.Contohnya,kalau dia berkata dia akan menunggu kita di stesen keretapi,kita pun akan mengulangi kata-katanya dengan mengatakan yang kita akan menemuinya di stesen keretapi.Kemahiran yang kita gunakan ini ialah kemahiran merefleksi di mana kita menggunakan refleksi untuk memberitahunya yang kita memahami menggunakan kenyataannya. kemahiran Dalam sesi untuk kaunseling,kaunselor akan merefleksi

menyemak pemahamannya dengan klien di mana kemahiran ini amat penting

supaya kaunselor benar benar memahami masalah yang dialami oleh kliennya. Merefleksi perasaan ialah satu proses mencadangkan satu perasaan yang dialami oleh klien bila membuat sesuatu kenyataan dan untuk menyemak ketepatan perasaan yang dialami ketika itu.Dengan kemahiran ini, kaunselor akan membalikkan aspek emosi kepada klien untuk meninggikan tahap kesedaran klien tentang perasaan sebenar yang dialaminya.Antara contoh situasi yang boleh diambil ialah seperti yang berikut di mana klien menyatakan Saya benci sikap kedua ibu bapa saya.Walaupun umur saya sudah mencecah 18 tahun mereka masih tetap menyekat kebebasan saya.Kaunselor boleh merefleksikan perasaan klien tersebut dengan menyatakan Saudara berasa kecewa kerana kebebasan saudara di sekat?.Antara contoh kata kata perasaan lain yang boleh digunakan dan ialah seperti sedih,hampa,khuatir,kecewa,rasa bersalah,berang sebagainya.Dengan

merefleksi perasaan klien ini,ia bertujuan untuk menyatakan semula perasaan yang mungkin dialami oleh klien mengikut persepsi kaunselor dan ia akan menggambarkan kepada klien bahawa kaunselor sentiasa memahami perasaannya.Oleh yang demikian,ia akan menggalakkan lagi klien untuk meluahkan perasaannya,menjadi lebih terbuka dan memberi tumpuan atau lebih memfokus ke arah permasalahannya. Kemahiran yang keenam pula ialah kemahiran meringkaskan isi perbincangan.Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan seseorang kaunselor itu meringkaskan isi atau maklumat maklumat yang penting tentang apa yang telah dibincangkan dengan klien untuk menyemak bahawa kedua-duanya bersetuju dengan perkara-perkara yang telah dibincang dan dibangkitkan.Antara tujuan utama meringkaskan isi perbincangan ini ialah,kaunselor dapat menyatakan semula isi kandungan perkara yang telah dibincangkan,isi perkara yang dinyatakan oleh klien dapat disemak semula,ia memberi gambaran dan keyakinan kepada klien bahawa kaunselor sentiasa mengikuti jalan cerita atau memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang telah dinyatakan dan seterusnya akan menggalakkan klien agar untuk bercakap dengan lebih mendalam lagi.Antara situasi situasi yang sesuai ketika hendak meringkaskan isi

kandungan kaunseling ini adalah ketika kaunselor mula menstruktur sesi kaunseling, apabila klien mula membuat sesuatu kenyataan yang mengelirukan,dalam keadaan di mana klien merasakan dia telah menyatakan segalanya yang penting baginya tentang sesuatu topik dan digunakan apabila hendak mengambil sesuatu tindakan pada masa akan datang,kaunselor dan klien akan membuat penilaian apa yang telah dipelajari dari perbincangan sebelum ini.Kemahiran ini juga digunakan apabila di penghujung sesi,kaunselor memberitahu dan menerangkan kepada klien apa yang telah dioelajari daripada sesi itu. Kemahiran yang terakhir yang perlu dikuasai oleh seseorang kaunselor di dalam kemahiran asas komunikasi ini adalah kemahiran meringkaskan perasaan.Antara tujuan kemahiran meringkaskan perasaan ini perlu dikuasai ialah untuk memudahkan supaya kaunselor dan klien dapat membuat rumusan tentang perkara yang telah dibincangkan di sepanjang sesi kaunselingdi mana ia bertujuan untuk menyemak semula setiap perkara yang telah dibincangkan tadi.Selain itu,melalui kemahiran ini kaunselor dapat menjelaskan semula apa yang telah berlaku dengan mengimbas kembali perkara perkara penting yang telah dinyatakan oleh klien dan juga memberi penjelasan terhadap perkara perkara yang mengelirukan sebelum kedua-dua pihak mengambil sebarang atau apa- apa tindakan yang baru. Di samping itu, klien dapat menggambarkan bahawa kaunselor sentiasa mengikuti dan memahami dengan mendalam tentang permasalahan serta apa yang sedang menghantui fikiran atau jiwa seseorang klien itu. KEMAHIRAN MEMBERI TUMPUAN Selain daripada kemahiran asas komunikasi, untuk menjadi seorang kaunselor yang berkesan,seseorang kaunselor itu perlulah turut menguasai satu lagi kemahiran iaitu kemahiran memberi tumpuan.Penumpuan merupakan satu proses memberi sepenuh perhatian kepada perkara yang hendak disampaikan oleh klien.Ia bertujuan supaya kaunselor tersebut dapat memahami perkara

ataupun mesej yang disampaikan oleh klien tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka dan kaunselor juga dapat mendengar secara aktif ,teliti dan tanpa mengenakan sebarang syarat.Perlakuan bukan lisan kauselor juga selari dengan pemerhatian yang diberi tumpuan, di mana pada situasi ini keunselor berupaya untuk memahami bahasa atau mesej yang tersurat dan tersirat daripada kenyataan yang dibuat oleh klien.Di samping itu juga ,kaunselor perlulah lebih bersikap terbuka serta mampu memberi tumpuan kepada tiap kata kata, tingkah laku dan juga bahasa bukan lisan yang dipamerkan oleh klien.Oleh itu, sebarang sesi kaunseling akan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan sekiranya kaunselor tersebut mendengar dengan aktif mesej atau maklumat yang ingin disampaikan oleh klien tersebut. Antara ciri-ciri lain yang menunjukkan bahawa seseorang kaunselor itu mendengar dengan aktif di sepanjang sesi kaunselingnya ialah ia sentiasa bersabar dengan kerenah kliennya dan menunjukkan keterbukaannya dalam menguruskan sesinya itu. Apabila kliennya membuat kenyataan ,kaunselor akan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada isi percakapan dengan memfokus kepada perasaan yang tersurat dan tersirat serta memerhatikan isyarat badan yang ditunjukkan oleh klien tersebut. Antara kemahiran memberi tumpuan atau perhatian terhadap klien ialah yang pertama ada ruang kesenyapan antara respon yang diberikan oleh kaunselor dan klien.Kesenyapan ini tidak perlu terlalu lama supaya tumpuan antara keduanya tidak berubah.Apabila adanya kesenyapan,ia akan memberi ruang masa seketika kepada kaunselor untuk merefleksi sebelum membuat respon kepada klien di samping ia turut memberi ruang kepada klien untuk memikirkan terlebih dahulu keseluruhan mesej yang hendak disampaikannya dan selepas itu memikirkan untuk memberi respon yang sesuai.Kemahiran yang kedua ialah kaunselor hendaklah menggunakan maklum balas atau respon yang ringkas,mudah dan pendek serta tidak meleret-leret.Antara respon yang mudah dan pendek adalah dengan mengatakan ya, oh, teruskan aah dan sebagainya serta menganggukkan kepala tanda anda mendengar apa yang

sedang diperkatakannya itu.Dengan menggunakan respon ini, ia akan menggalakkan klien untuk meneruskan perbualannya dengan kaunselor. Kemahiran yang ketiga pula ialah kaunselor boleh menggunakan perkataan,frasa,istilah ataupun ayat yang bersesuaian dengan situasi atau keadaan.Sekiranya klien tersebut berada dalam situasi yang kusut atau mencemaskan, kaunselor bolehlah menggunakan kata kata yang boleh menenangkan perasaan klien tersebut dan memberi kata kata yang boleh memberi perangsang atau mengembalikan semula kekuatan dan semangat klien tersebut.Di samping itu, kaunselor juga haruslah menggunakan interaksi yang bersesuaian dengan umur,jantina,persekitaran atau latar budaya klien agar proses perjalanan kaunseling dapat mencapai matlamat yang dikehendaki.Tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk memberi maklum balas adalah kemahiran memberi perhatian yang terakhir.Kaunselor perlulah sentiasa peka dengan timing ataupun ruang masa,bilakah waktu yang sesuai untuk memberi respon ke atas kenyataan klien.Amatlah tidak digalakan kaunselor mengambil masa terlalu lama untuk memberi respon kerana ia mungkin akan mengalihkan atau mula mengubah perhatian klien kepada perkara yang lain. Sekiranya perkara ini berlaku,kemungkinan untuk mencapai matlamat kaunseling adalah sukar dan juga kemungkinan klien akan mengalami kekeliruan dan kebosanan di sepanjang sesi kaunseling berlangsung. Antara elemen elemen penting yang terdapat di dalam kemahiran memberi tumpuan ialah yang pertama penumpuan mata atau eye contact ke atas klien.Elemen ini penting supaya kaunselor dapat menyelami perasaan dan juga untuk melihat reaksi klien apabila ia membuat sesuatu kenyataan,sama ada kenyataan yang diberikan oleh klien tersebut adalah jujur,ikhlas,ragu-ragu atau masih lagi berada pada aras kerisauan yang tinggi.Walaubagaimanapun penumpuan mata hendaklah dibuat secara bersahaja agar klien tidak dapat mengesan perlakuan kaunselor tersebut. Elemen yang kedua pula ialah cara duduk kaunselor tersebut iaitu di mana ketika sesi dijalankan kaunselor hendaklah duduk menghadap klien.Ini untuk memudahkan kaunselor memberi lebih tumpuan ke arah percakapan klien.Namun begitu,kaunselor haruslah

memastikan bahawa tidak terdapat sebarang sekatan seperti dinding,meja,pasu atau objek-objek yang lain yang boleh menghalang komunikasi antara keduanya di sepanjang sesi.Ini untuk membolehkan interaksi antara keduanya berlangsung dengan lancar,tanpa adanya gangguan atau benda yang boleh mengalihkan perhatian klien.Ia juga memberi ruang untuk menandakan bahawa klien merupakan unsur yang penting di dalam sesi tersebut dan menunjukkan keterlibatan yang serius kaunselor tersebut dalam permasalahan kliennya itu.Mencondongkan sedikit badan ke arah klien adalah elemen kemahiran memberi tumpuan yang ketiga. Jarak yang dekat dengan klien menunjukkan keterlibatan. Ada sesetengah kaunselor yang pada mulanya sewaktu menemubual klien dia duduk dalam keadaan bersandar dan setelah beberapa ketika menemubual ia kemudiannya membongkokkan badannya ke hadapan menghadap klien.Perubahan kedudukan ini membawa erti bahawa kaunselor ingin mendengar dengan lebih lanjut dan menunjukkan keseriusannya tentang penjelasan yang diberikan oleh klien tersebut.Di samping itu,reaksi begini jelas menunjukkan bahawa kaunselor tersebut amat berminat untuk mendengar cerita yang seterusnya serta memberi penekanan kepada klien bahawa perkara yang dibincangkan itu adalah penting.Elemen yang keempat seorang kaunselor, dia perlulah menunjukkan pula adalah,sebagai tenangnya atau sikap

mempamerkan sikap yang tenteram dalam menagani situasi klien yang bermasalah. Oleh kerana klien sering datang dalam keadaan yang bimbang dan celaru,adalah penting untuk kaunselor mempamerkan keadaannya yang tenteram dan rilek.Dengan itu tahap kerisauan klien dapat dikurangkan dan klien akan merasa lebih tenang untuk meluahkan perasaannya.Kaunselor pula akan dapat menumpukan perhatiannya dengan lebih apabila mendapati kliennya sudah berada dalam keadaan yang tenang dan tidak tegang.Dan yang terakhir , melibatkan kemahiran melihat postur klien ketika sesi kaunseling berlangsung.Postur yang dimaksudkan ialah postur terbuka iaitu kaunselor mengambil berat dan memerhatikan cara klien itu duduk yang mana menunjukkan sama ada klien tersebut menumpukan perhatiannya atau dia mengkomunikasikan gerak geri yang kurang berminat terhadap sesi yang

sedang berlangsung ini.Perkara ini penting untuk dikuasai oleh klien supaya kaunselor boleh memikirkan alternatif lain yang boleh menarik perhatian klien tersebut untuk meneruskan sesi kaunseling tersebut dengan perasaan yang terbuka.Antara kesan-kesan yang diharapkan jika tingkah laku memberi tumpuan ini diberi perhatian oleh kaunselor ialah supaya ia dapat membina hubungan yang baik di antara klien dan kaunselor pada setiap sesi kaunseling yang dijalankan.Apabila hubungan yang baik dapat dipupuk antara klien dengan kaunselor, ini akan dapat menimbulkan rasa percaya dihati klien untuk meneruskan perhubungan ini. Kepercayaan yang diberikan oleh klien terhadap kaunselornya ini akan memudahkannya untuk meluahkan segala pemasalahan atau kekeliruan yang terbuku dihatinya dan kaunselor pula akan mudah untuk mengeksploitasi keadaan ini untuk mencungkil seberapa banyak masalah yang ditanggung oleh klien tersebut.Apabila keadaan ini berlaku secara berterusan tanpa menghadapi sebarang kesulitan ,maka matlamat kaunseling akan dapat dicapai dengan jayanya di akhir sesi kaunseling nanti.Dan perkara yang sebaliknya akan berlaku sekiranya setiap kaunselor tidak mempunyai kemahirankemahiran yang disebutkan tadi atau berada di dalam keadaan yang tidak bersedia ketika menghadapi klien,berkemungkinan sesi kaunseling yang dijalankan itu tidak akan mencapai matlamat yang dihajatinya atau klien mungkin akan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhubungan ini. KESIMPULAN Oleh yang demikian,daripada apa yang telah diterangkan, kemahiran asas komunikasi dan kemahiran memberi tumpuan adalah antara kemahiran kemahiran yang amat penting yang perlu dikuasai oleh kaunselor kerana ia amat berguna dan boleh membantu kaunselor dalam menjalankan tugas mereka dengan berkesan ,sempurna dan lebih bermakna. Dengan adanya penguasaan terhadap kemahiran kemahiran ini, ia dapat membantu kaunselor mengurangkan salah faham di samping dapat memfasilitasi atau mewujudkan satu hubungan yang baik dengan insan yang lain dan seterusnya dapat mencapai matlamat kaunseling yang diinginkan dengan jayanya.