Anda di halaman 1dari 3

Era teknologi maklumat dan komunikasi yang dialami oleh dunia kini menuntut setip individu agar memberikan

penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi, selain memastikan masing-masing mempunyai kemahiran yang sesuai dengan kehendak Negara dan masyarakat. Menyedari hakikat ini, kebanyakan ibu bapa berusaha supaya anak mereka memiliki keterampilan dalam pendidikan agar dapat menjadi manusia yang cemerlang apabila dewasa kelak. Penekanan terhadap kecemerlangan dalam akademik secara langsung telah menggalakkan pertumbuhan institusi tertentu yang menawarkan program yang bertujuan untuk melengapkan atau meningkatkan kemahiran anak-anak, khususnya kemahiran membaca, menulis dan mengira, sejak awal usia mereka lagi. Sungguhpun kemahiran ini sememangnya diterapkan dalam system pendidikan Negara, akibat daripada kepeasatan pembangunan ilmu, banyak daripada kalangan ibu bapa yang menitikberatkan hal ini sejak anak mereka berada di dalam kandungan lagi sehinggalah anak mereka menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Sebelum kanak-kanak diajar membaca, menulis dan mengira, aspek yang paling penting diberikan penekanan adalah membentuk mereka agar menguasai kemahiran berbahasa dan berkomunikasi. Pada tahun 1986, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN ) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan ( sekarang Kementerian Pelajaran ) telah membuat satu kajian bagi mengenal pasti punca-punca pelajar sekolah rendah bermasalah dalam pelajaran. Kajian tersebut melibatkan pelajar sekolah rendah di tiga buah sekolah di Selanor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berdasarkan kajian tersebut, hasil dapatan menunjukkan bahawa kegagalan menguasai kemahiran berbahasa merupakan salah satu punca yang menyebabkan kanak-kanak gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan cepat. Oleh hal demikian, jelaslah bahawa faktor kemahiran berbahasa dalam kalangan kanak-kanak amat penting bagi menyediakan diri mereka agar bersedia untuk memasuki alam persekolahan dan seterusnya dapat menerima pengajaran di dalam bilik darjah. Sehubungan dengan hal itu, di sinilah peranan ibu bapadilihat amat penting bagi membentuk anakanak agar dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik. Selain itu, anak-anak yang mahir berbahasa dapat menyampaikan idea atau melahirkan pandangan dengan penggunaan bahasa yang betul serta berupaya pula memahami maklumat yang cuba disampaikan oleh orang lain kepada mereka. Ibu bapa merupakan guru yang pertama bagi anak-anak. Anak-anak mendapat pemelajaran pertama dari ibu bapasecara tidak formal di rumah. Anak-anak juga merupakan individu yang amat rapat dengan ibu bapa dan masa yang diperuntukkan bersama-sama ibu bapa di rumah adalah lebih lama berbanding dengan masa yang diperuntukkan di sekolah. Anak-anak merakam dan menerima apaapa sikap atau perlakuan ibu bapa sejak di dalam kandungan lagi. Begitu juga dengan cara ibu bapa bertutur atau berbahasa, turut mempengaruhi perkembangan anak-anak semasa dalam proses tumbesaran mental dasn fizikal. Oleh hal demikian, ibu bapa haruslah memberikan teladan yang baik ketika menggunakan bahasa di rumah agar anak mereka turut mengikut perlakuan atau tutur bicara mereka. Aspek penggunaan bahasa yang baik tidak sahaja melibatkan kemahiran dan kecekapan berbahasa. Bahkan, ibu bapa perlu juga menitikberatkan dan menerapkan aspek kesantunan bahasa dalam

budaya berbahasa anak-anak. Sementelah pula, telah menjadi budaya atau tradisi orang Timur, khasnya orang Melayu, mengekalkan kesopanan dan kesusilaandalam pergaulan dan hidup bermasyarakat. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang dilancarkan oleh Perdana Menteri , Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, pada 11 Januari 2005 yang lalu, telah digerakkan ke seluruh pelosok Negara demi melahirkan rakyat yang maju dan berilmu, bermoral, berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti yang digariskan dalam prinsip Rukun Negara. Amalan dan penerapam budi bahasa dan nilai-nilai murni, sama ada ketika berkomunikasi, memberikan ucapan, menggunakan sistem sapaan serta kata ganti nama yang betul dan bersopan, dapat dipraktikkan dalam institut kemasyarakatan, pemelajaran, perkhidmatan awam serta institute kekeluargaan. Skinner mengatakan bahawa pemelajaran anak-anak diperoleh bermula dari rumah. Anak-anak akan memerhatikan perlakuan ibu bapa, kemudian mereka meniru pula perbuatan yang dilihat itu. Selepas itu, anak-anak akan mengalami proses peneguhan, iaitu proses pengulangan akan berlaku dan akhirnya akan menjadi tabiat yang akan dilakukan secar berterusan. Impak baik dan buruk bergantung pada apa-apa yang dilihat anak-anaktersebut dalam proses pemerhatian mereka terhadap perlakuan ibu bapa di rumah. Ibu bapa harus menunjukkan contoh atau teladan yang baik terhadap anak-anak di rumah. Pertuturan yang digunakan di rumah tidak harus diambil remeh. Sesetengah ibu bapa mengambil enteng akan perkara ini dan tidak mempedulikan kesan yang timbul kelak. Latar belakang keluarga yang baik akan meninggalkan kesan yang baik juga terhadap anak-anak. Sementara latar belakang yang porak peranda, biasanya akan mendatang kesan yang tidak baik terhadap penguasaan serta kemahiran berbahasa anak-anak. Anak-anak yang datang dari keluarga sedemikian terdedah oleh konflik yang timbul daripada hubugan ibu bapa yang tidak harmoni. Maka, anak-anak akan merakam setiap cara berbahasa dan perlakuan ibu bapa ketika kedua-duanya bertengkar. Makian serta katakata kesat yang digunkan oleh ibu bapa, misalnya, akan menyebabkan anak-anak cenderung mengikut jejak langkah tersebut apabila berada dalam situasi begitu. Perkara ini tidak seharusnya terjadi dan perlu dibendung sejak dari awal lagi supaya anak-anak tidak dilibatkan dengan konflik ibu bapa mereka. Sehubungan dengan hal itu, Sapir dan Whorf dalam buku Metadologi Pengajaran Bahasa 1, mengakui keeratan hubungan bahasa dan budaya. Hal ini disokong oleh Brooks, yang menegaskan bahasa sesuatu bangsa tidak dapat dipisahkan secara tegas daripada budaya tempatan. Kita dapat melihat bahawa bahasa itu sendiri haruslah diperlakukan dan digunakan dalam konteks sosia. Pengajaran bahasa memang penting bag menghubungkan bahasa dengan masyarakatkerana bahasa dipelajari untuk dijadikan wahana bagi tujuan komunikasi . Selain itu, pengaruh media, khasnya televisyen, mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan berbahasa anak-anak. Rancangan-rancangan yang ditonton oleh anak-anak haruslah dikawal oleh ibu bapa kerana dikhuatiri apabila rancangan yang tidak baik untuk perkembangan anak-anak ditonton, sudah pasti akan menimbulkan kesan yang negetif terhadap penguasaan berbahasa mereka. Sebagai contoh, rancangan kartun yang disisrkan di saluran televisyen tempatan seperti, Shin Chan, Maroko Chan, Doraemon, dan lain-lain lagi, yang merupakan rancangan pilihan

kanak-kanak masa kini, memberikan pengaruh terhadap penguasaan berbahasa anak-anak. Pendedahan terhadap rancangan sedemikian tanpa kawalan atau bimbingan ibu bapa boleh menggangu perkembangan atau kemahiran berbahasa anak-anak. Selain itu juga, pengaruh rakan-rakan sebaya turut mempengaruhi anak-anak dalam amalan berbahasa dengan baik atau sebaliknya. Oleh hal demikian, ibu bapa haruslah mengambil inisiatif untuk mengenali rakan anak-anak mereka. Kawallah pergaulan anak-anak dan mungkin ibu bapa juga perlu berkawan dengan rakan anak-anak. Dengan cara ini, ibu bapa dapat memastikan anakanak tidak tersilap memilih kawan. Oleh sebab penguasaan bahasa anak-anak amat berkait rapat dengan pengaruh ibu bapa, maka ibu bapa sewajarnya sentiasa berusaha untuk berkomunikasi dengan bahasa yang baik dengan anakanak. Aktiviti melontar idea atau meluahkan perasaan merupakan aktiviti yang sesuai diaplikasikan di rumah. Contohnya, ibu bapa boleh mengadakan sesi bercerita dengan anak-anak sebelum masuk tidur, selalunya cerita-cerita yang didengarkan berkisarkan cerita lagenda atau cerita rakyat yang dapt memberikan teladan kepada anak-anak. Ketika inilah ibu bapa boleh menggunakan bahasa yang stansdard agar anak-anak terbiasa menggunakan bahasa sedemikian dan menguasai bahasa laras bahasa bercerita. Dalam proses ini, anak-anak akan dapat dipupuk dengan minat suka membaca dan secara tidak langsung pula mereka dapat meningkatkan perbendaharaan kata masing-masing. Jika dilihat dari konsep persekitaraan pula, konsep atau persekitaraan anak-anak dapat dipertingkatkan. Jika dahulu anak-anak tidak mengetahui budaya masyarakat dahulu atau menguasai perkataan arkaik dan bahasa istana yang digunakan dalam cerita-cerita lagenda serta cerita rakyat yang baik, banyak yang diperoleh oleh mereka melalui aktiviti bercerita. Di dini jelaslah bahawa pengaruh ibu bapa terhadap penguasaan serta kemahiran berbahasa nakanak di rumah amat besar. Walau bagaimanapun, banyak lagi faktor lain yang turut mempengaruhi tabiat berbahasa anak-anak. Namun begitu, yang lebih penting ialah proses penguasaan serta kemahiran berbahasa ini harus ditingkatkan agar tidak meninggalkan impak yang tidak baik apabila kanak-kanak meningkat dewasa.

Anda mungkin juga menyukai

  • Contoh RPH
    Contoh RPH
    Dokumen2 halaman
    Contoh RPH
    Wan Abdul Rahman
    Belum ada peringkat
  • Baca
    Baca
    Dokumen47 halaman
    Baca
    Wan Abdul Rahman
    Belum ada peringkat
  • Contoh RPH
    Contoh RPH
    Dokumen2 halaman
    Contoh RPH
    Wan Abdul Rahman
    Belum ada peringkat
  • PRAKTIKUM
    PRAKTIKUM
    Dokumen5 halaman
    PRAKTIKUM
    Wan Abdul Rahman
    Belum ada peringkat
  • Esei Edu
    Esei Edu
    Dokumen5 halaman
    Esei Edu
    Wan Abdul Rahman
    Belum ada peringkat
  • Kumpulan Tempat Makan
    Kumpulan Tempat Makan
    Dokumen1 halaman
    Kumpulan Tempat Makan
    Wan Abdul Rahman
    Belum ada peringkat
  • Refleksi Mingguan
    Refleksi Mingguan
    Dokumen5 halaman
    Refleksi Mingguan
    Wan Abdul Rahman
    Belum ada peringkat