Anda di halaman 1dari 9

TALAM SKOTENG

Assalamualaikum.. Salam sejahtera pada semua tak kiralah di mana sahaja anda berada. Semoga hari ni menjanjikan keceriaan buat kita semua, melangkah ke minggu baru dengan semangat yang baru.. Dah sarapan?? Jom bersarapan bersama ita.. hehe Sebenarnya dah lama sangat ita teringin buat Talam Skoteng.. emmmm... sebut betul betul ejaannya.. jangan tersalah gi skodeng pulak kan.. haha Mula-mula ita terperasan tentang talam skoteng ni bila Kak Zuraini dok tayang kat FB lama dulu.. seawal-awal ita mula berjinak-jinak dalam laman Muka Buku ni.. Bagaimanalah rupa skoteng ni kan tak pernah tengok apalagilah pulak nak merasa.. Kat mana nak cari.. puas ita tanya kat pasar.. mana sahaja pasar yang ita pergi pasti bebola mata ita melingaslingas mencari kalaulah ada skoteng ni tersesat..

Pas tu ita terperasan Kak Am pulak buat.. menggunakan resepi dari Chef Asma. Aduyaiii.. lagi lah tak sabar nak mencuba. Di sebab kan teringin sangat nak makan ita cuba juga tapi gunakan bahan yang lain.. jadi lah Talam Dot Dot yang ita pernah tunjukkan di SINI. Dalam resepi tu ita gunakan bebola beras yang ita beli di Pasaraya. Jadilah kan dapt juga lah merasa lemak manisnya talam ni.. pulak bila terhidu bau ros yang harum aje..

Pas tu ternampak pula kat rumah beberapa kenalan blog yang dah pon dapatkan skoteng ni. Bila tengok dorang buat lagi lah kemaruk ita nak mencari skoteng ni dan dengar khabarnya hanya di negeri Melaka sahaja ada jual skoteng ni. Setiap kali singah ke Melaka ita cuba juga bertanya tapi bila tanya kat peniaga tu semua macam terpinga-pinga seakan tak pasti apalah yang ita maksudkan.. Bila ita ternampak talam skoteng ni Dari Dapur CT barulah tahu bahawa skoteng ni lebih di kenali dengan nama Mata Ikan di kalangan

peniaga di Melaka.. laaa.... rupanya.. padanlah tak jumpa-jumpa.. Terika kasih ye CT atas infonya.

Bila Kak Ummi terbaca komen ita kat blog CT tentang ita yang masih mencari bayangan skoteng ni.. kak Ummi pun mengirimkan ita skoteng tu.. Bukan 1 bungkus tau! 3 bungkus sekali.. aduyaiii.. segannya ita.. tak tau nak cakap apa.. rasa gembira mendapat skoteng dan perasaan terharu.. bercampur baur.. Alahaiiii... malu ita >o< terima kasih yang tak terhingga daripada ita buat kak Ummi yang bersusah payah kirimkan skoteng ni.. bertuah rasa diri ini bila dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat perihatin,

saling membantu di saat memerlukan.. inilah realitinya dunia blog.. kemanisannya terasa... semanis dan selemak Talam Skoteng..

Sebenarnya dah lama berhajat nak buat Talam Skoteng ni.. bagaikan satu dugaan pula terasa. Bila masa kak Ummi kirimkan terkena pula musim tengkujuh. Tak dapatlah ita nak mengukus talam ni. Sebenarnya ita kalau mengukus kuih di dapur basah.. hihi dapaur ita ni memang basah kalau hari hujan memang terus basah kuyup sebab ia tak berbumbung.. haha

Nak mengukus kat dalam payah sikit sebab dapur ita guna dapur karen dan kukus yang sesuai untuk dapur karan ita tu pulak kecik sangat.. lagi pun ita lebih selesa menggunakan kaedah mengukus yang lama.. Kini barulah hajat ita tertunai dapat lah ita merasa skoteng ni.. Rupanya skoteng ni macam agar-agar dan ita rasa sememangnya agar-agar cuma di keringkan.. Tentang talam nya tak payah cakap lah kan air tangan Chef Asma memang memukau! lazat tak terkata.. "seakan ia melompat - lompat dan menari2 dalam mulut saya" hihi

TALAM SKOTENG
By : Chef Asma Rujukan : Yatie Sediakan loyang 10 X10 X2 inc Oles loyang dengan minyak Lapik dasar loyang dengan plastik Panaskan kukusan dan balut tutup kukusan dengan kain bersih ~ Adunan ni dapat banyak ita nasihatkan kalau keluarga tak ramai buat 1/2 dari adunan LAPISAN BAWAH 50g sekoteng ~ rebus dan toskan ~ Kalau x ada sekoteng blh guna sengkuang cina yg direndam dgn perwarna pink 150g tepung beras 250ml santan pekat 450ml air 1tbsp Tepung Hoen Kwee ~ putih 150g gula castor 1tsp garam Bancuh semua bahan yg bertanda kecuali skoteng. Tapis dan masak atas api perlahan sambil mengacau hingga naik wap Tutup api Masukkan sekoteng yg telah direbus tadi dan kacau rata Tuang ke dlm loyang dan kukus selama 25 minit Jika menggunakan acuan kecil oles acuan dengan minyak terlebih dahulu Tuangkan adunan dan kukus selama 15 minit LAPISAN ATAS 150g tepung gandum

300g gula halus 5/3/2 biji telur ~ ita guna 2 biji 250ml santan pekat 500ml air 1/2 tsp garam 1 tsp perisa rose pewarna pink Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk dan masak dengan api perlahan sambil sentiasa di kacau hingga naik wap Tuangkan ke atas lapisan bawah Kukus selama 30 minit Setelah siap, angkat dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.

Anda mungkin juga menyukai