Lakukan 11 Perkara Kepada Anak
Lakukan 11 Perkara Kepada Anak
Tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak bermula dari buaian hingga ke liang lahad. Dibawah ini disertakan 1-11 perkara yang perlu ibubapa lakukan untuk menjadikan anak-anak soleh dan solehah. Adalah menjadi kewajipan ibubapa membentuk keluarga Islam supaya menjadi role model kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak.
1. Cinta Dan Taatkan Allah, Rasul, Al-Quran, Ibubapa, Keluarga Dan Negara.
Ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya menyemai, mengasuh dan membimbing anak-anak supaya mencintai Allah dan Rasulnya. Sifat cinta kepada Allah dan Rasul mestilah mengatasi cinta kepada makhluk yang lain. Ini dijelaskan oleh sabda rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : "Seseorang muslim dijamin akan mendapat kemanisan iman sekiranya terdapat pada dirinya tiga perkara berikut. Hendaklah Allah dan Rasulnya lebih ia cintai daripada selain keduannya, hendaklah ia tidak mencintai seseorang melainkan semata-mata kerana Allah dan hendaklah ia benci untuk menjadi kufur sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka". Riwayat Bukhari & Muslim
Imam at-Tabrani meriwayatkan dan Ali r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Maksudnya : "Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-
orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para nabinya dan orang-orang yang suci". Riwayat Ad-Dailami
Di dalam buku Ihya 'Ulumiddin Imam Al-Ghazali mewasiatkan supaya mengajar anak-anak Al-Quranul Karim, hadis-hadis Nabi, hikayat orangorang alim dan beberapa hukum-hukum agama.
Maka apabila perasaan cinta kepada Allah dan RasulNya telah tertanam di dalam jiwa anak-anak, ibubapa mudah untuk mendidik dan menyuruh mereka mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya terutamanya cinta dan taatkan Al-Quran, ibubapa keluarga dan pemimpin negara.
Maksudnya : "Wahai Muhamad! Apakah dia rukun Islam? Rasulullah menjawab: Rukun Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa
di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji sekiranya mampu. Jibrail berkata: benar jawapanmu. Jibrail berkata lagi: Maka terangkan pula kepadaku tentang apakah dia rukun Iman? Rasulullah menjawab: Rukun Iman ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, MaiaikatNya, KitabkitabNya, Rasui-rasulnya, hari akhirat dan beriman kepada Qada' dan Qadar Allah Taala". Riwayat Bukhari
Anak-anak juga perlu diajar tentang asas-asas ilmu tauhid seperti sifat wajib mustahil dan harus bagi Allah dan bagi RasulNya, Nama-nama Allah, Syurga dan Neraka serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan keimanan seseorang muslim dan juga hukum-hukum syara'. Ini supaya mereka biasa terlatih untuk melakukan kebajikan dan menjauhi kejahatan rohani dan jasmani.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Israk ayat 82: Maksudnya : "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya".
Ibubapa juga perlu menyuruh mereka menghafaz surah-surah dan ayatayat lazim supaya lidah mereka fasih membaca Al-Quran, diberi rahmat, cahaya dan perlindungan serta dijaga daripada kejahatan zahir dan batin.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Hijr ayat 9: Maksudnya : "Sesungguhnya Kami (Allah Taala) telah menurunkan AlQuran ini dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan menjaganya".
Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya : "Al-Quran adalah pemberi syafaat dan kitab yang wajib diyakini (kebenarannya), barangsiapa yang menjadikan Al-Quran di hadapannya, Ia akan memandunya ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan Al-Quran dibelakangnya pula, Ia akan memandunya ke neraka". Riwayat Baihaqi
Sabdanya lagi : Maksudnya : " Sesungguhnya orang yang di dalam rongganya tidak melekat sesuatu ayat Al-Quran, maka a laksana rumah yang runtuh". Riwayat Ahmad
meletakkan diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah sepanjang masa.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Toha ayat 132: Maksudnya : "Maka kendaklah kamu (ibubapa) memerintahkan kepada ahli keluarga kamu supaya mendirikan sembahyang dan bersabarlah dalam melakukannya (menyuruh melakukan sembahyang tersebut)".
FirmanNya lagi dalam surah Al-Ankabut ayat 45: Maksudnya : " Demi sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah pelakunya dariada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar "
Sabda Rasulullah s.a.w.: Maksudnya : "Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat jika mereka sudah berumur tujuh tahun, dan pukullah (apabila tidak mahu solat) jika mereka sudah berumur sepuluh tahun". Riwayat Hakim
Sabdanya lagi Maksudnya : "Puasa itu adalah benteng (dari melakukan maksiat dan mungkar)". Riwayat An-Nasaei
Firman Allah s.w.t dalam surah At-Tahnim ayat 6: Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu".
Sabda Rasulullah s.a.w.: Maksudnya : "Taatiah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dan api neraka".
6. Menggalakkan Berjamaah.
Ibubapa perlu mengasuh dan mendidik anak-anak supaya berjamaah dan bersama-sama di dalam melakukan aktiviti ibadah ataupun harian. Ini bagi menyemai perasaan kasih sayang di antara satu sama lain dan semangat kekitaan dalam rumahtangga. Dengan berjamaah juga akan sentiasa mendapat pertolongan Allah s.w.t.
Rasulullah saw. bersabda: Maksudnya : "Pertolongan dan rahmat Allah bersama dengan orang yang berjamaah". Riwayat At-Tarmizi
Perkara yang paling dituntut supaya berjamaah di dalam rumahtangga ialah sembahyang, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, makan minum dan lain-lainnya. Bahkan pahala berjamaah lebih besar daripada bersendirian.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya : "Sembahyang berjamaah itu lebih baik daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat". Riwayat Muslim
Allah s.w.t berfirman dalam surahAl-Fatihah ayat 5: Maksudnya : "Hanya kepada Mu-lah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Mu-lah jua tempat kami meminta pertolongan".
Wirid-wirid yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. perlu diajarkan oleh ibubapa kepada anak-anak kerana kesan daripada berzikir itu dapat membentuk dan mendidik kerohanian anak-anak dan menghampirkan diri mereka kepada Allah. Malahan doa-doa dan wirid harian ini akan menjadi pendinding yang menghindarkan diri mereka dan godaan Syaitan.
FirmanNya lagi dalam surah Ar-Ra'd ayat 28: Maksudnya : "(laitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia".
Sabda Rasulullah s.a.w.: Maksudnya : "Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibubapa". Riwayat At-Tabrani
Berbuat Balk Kepada Orang Tua Lebih Utama Berbanding Jihad Di Jalan Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang dinwayatkan oleh Ibnu Mas'ud: Maksudnya : "Saya bertanya kepada Nabi s.a.w. Apakah amal yang paling disukai oleh Allah Taala? Beliau menjawab: Solat pada waktunya. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berjihad (berjuang) di jalan Allah". Riwayat Bukhari & Muslim
Jahamah r.a. telah mendatangi Nabi s.a.w. seraya berkata: "Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang untuk bermusyawarah denganmu".
Nabi bertanya, "Apakah engkau mempunyai ibu?". Ia menjawab, "Ya". beliau bersabda:"Tinggallah berbakti kepadanya, kerana sesungguhnya Syurga itu berada di bawah telapak kakinya". Riwayat Ahmad & AnNasaei
Rasulullah s.a.w. telah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.: Maksudnya : "Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berhak aku temani dengan baik? Beliau bersabda: Ibumu. Ia bertanya: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia benkata: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia bertanya : Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ayahmu. Riwayat Bukhari & Muslim
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Israk ayat 23-24: Maksudnya : "Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduduanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "Ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka penkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: "Wahai tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku semasa kecil dahulu".
Maksudnya : "Kamu dan harta kamu adalah untuk ibubapa kamu". Riwayat Ibnu Majah Aishah r.a. berkata : "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dengan membawa seorang tua. Belau bertanya kepadanya: Hai lelaki! Siapakah orang yang bersamamu ini? Lelaki itu menjawab: Ayahku. Beliau bersabda: Janganlah engkau berjalan di depannya, jangan duduk di hadapannya, jangan panggil a dengan namanya dan janganlah engkau samakan ia dengan sesuatu".
Memperingatkan ahli keluarga supaya melaksanakan hukum Allah. Mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga. Satu proses tarbiah diri dan keluarga. Mengujudkan satu budaya menghayati ilmu agama di dalam njmah.
Firman Allah Taala dalam surah Al-Hasyr ayat 18: Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah -tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang Ia telah sediakan (dan amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Melipu PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan