Anda di halaman 1dari 22

DISEDIAKAN OLEH : MUHAMAD IKRAM BIN AHMAD ZAMRI NURFARHANA BINTI MD RAMLI SITI AISYAH BINTI KAMARODIN

KANDUNGAN
Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat. Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran. Membina bahan.

Apa yang dimaksudkan model pemprosesan maklumat

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

Melibatkan perolehan ilmu, mengingat, lupaan dan mendapatkan kembali maklumat yang hilang

Model pemprosesan maklumat bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Selain itu, penggunaan sistem komputer dikatakan sebagai analogi cara manusia. Namun, cara manusia berfikir lebih kompleks berbanding komputer

memproses

menyimpan

Mengingat kembali

lupaan

Empat proses yang terlibat


PENGEKODAN
Proses yang menetukan cara maklumat didekod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan jangka panjang

PENYIMPANAN

Proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori

INGAT KEMBALI

Proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan panjang

LUPAAN

Proses yang menyebabkan maklumat hilang atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan panjang.

DUA JENIS INGATAN IAITU

Ingatan jangka pendek

Ingatan jangka panjang

Ingatan jangka pendek


Stor memori ini dikenal juga sebagai ingatan Kerja . Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. Contoh : kawan kamu memberikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa. Proses ini dipanggil ulangan berkekalan. Jika tidak ulang nombor tersebut, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.

Ingatan jangka panjang


Ingatan jangka panjang masih menjadi tumpuan kebanyakan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahirkan disimpan dalam ingatan jangka panjang. Hal ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Oleh itu, maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali

Aplikasi model pemprosesan dengan menggunakan tapak pembelajaran

Guru-guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran haruslah menunjukkan cara-cara menggunakan tapak pembelajaran tersebut kepada murid. Hal ini membantu murid-murid mengingati bagaimana tapak pembelajaran itu digunakan agar membolehkan murid-murid menggunakannya untuk P&P yang seterusnya.

tutor.com

Skor A

CONTOHCONTOH TAPAK PEMBELAJARAN

myschool. net.my

guru.net. my

CONTOH LANGKAH ATAU PENGGUNAAN TAPAK PEMBELAJARAN

LANGKAH 1
Membuka laman web yang diingini iaitu laman web tutor. Laman ini sering digunakan guru bagi sesi P&P .

LANGKAH 2
Anda dikehendaki menekan atau klik pada kotak bertulis Bank Soalan. Bank tersebut telah berpautan dengan soalan-soalan yang telah dikumpulkan. Soalan yang merangkumi soalan-soalan bagi tahap sekolah menengah dan sekolah rendah. Bagi sekolah rendah harus memilih soalan bagi sekolah rendah. Contohnya :

LANGKAH 3
Pada langkah ketiga, setelah memilih tahap soalan, anda seterusnya memilih mata pelajaran yang diingini. Sebagai contoh mata pelajaran Bahasa Melayu.

LANGKAH 4

Setelah itu, anda boleh memilih kertas model yang dingini. Bagi setiap kertas model yang disediakan mengandungi dua jenis soalan iaitu kertas 1 bagi soalan pemahaman dan tatabahasa. Manakala kertas dua pula mengenai esei. Sebagai contoh seperti di bawah:

Seperti berikut :

LANGKAH 5
Soalan akan berbentuk PDF format seperti di bawah:

Akhir sekali, pengguna dapat melihat soalan yang disimpan dalam bank soalan. Pengguna boleh menggunakan soalan yang dipaparkan sebagai latihan bagi memantapkan pengetahuan sendiri. Jika diteliti semula, beberapa proses ringkas diperlukan bagi membuka soalan

Untuk membina bahan beberapa maklumat perlu dikumpulkan terlebih dahulu

Kesesuaian bahan mestilah diteliti dahulu dari kontekstahap, aras, umur dan

sebagainya

Bahan mestilah bertepatan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran

Setelah mendapat maklumat, guru bolehlah menggunakan perisian tertentu bagi manghasilkan soalan

Selain itu, dengan menggunakan model pemprosesan maklumat, guru boleh membina video sebagai induksi

Bahan yang diambil daripada laman mesti dinyatakan sumber bagi menjamin kesahan maklumat.

Guru juga mestilah memberi nasihat dan membimbing pelajar sewaktu mencari maklumat internet

Pembinaan bahan boleh dilakukan dalam bentuk ringkas dan bentuk kompleks bergantung kepada kreativiti guru