Apabila sesuatu peraturan atau undang-undang gagal mengurangkan atau membasmi gejala salah laku, orang ramai selalu sahaja menyalahkan hukuman yang dikenakan kepada pesalah. Kononkononnya hukuman yang dikenakan tidak memadai, tidak setimpal atau pun kurang berkesan. Jarang-jarang cuba melihat kepada aspek lain seperti penguatkuasaan peraturan itu sendiri. Atau bagaimana sesuatu hukuman itu dilaksanakan?
2 Sesuatu itu dikatakan hukuman hanya apabila mengandungi tiga elemen penting berikut. Pertama ia bersifat memberi balasan kepada sesuatu kesalahan. Kedua dijalankan oleh orang yang berkuasa. Dalam konteks sekolah kuasa itu hanya diberikan kepada Pengetua atau guru besar.
3 Apabila pengetua menamakan seseorang untuk melaksanakan sesuatu hukuman bagi pihaknya, ia sewajarnya memperturunkan kuasa menjalankan hukuman itu kepada orang yang mewakilinya. Biasanya orang yang memang ada kaitan dengan masalah disiplin pelajar seperti Penolong Kanan HEM atau guru disiplin. Diperturunkan kuasa bukan bererti kuasa itu bertukar tangan daripada seorang pengetua atau guru besar kepada orang berkenaan. Kuasa tetap ada pada pengetua itu. Ketiga, hukuman itu bersifat positif yang menyakitkan atau menafikan sesuatu yang disukai.
4 Terdapat sekurang-kurangnya empat nilai sesuatu hukuman itu, iaitu memberi kesan mencegah, memberi kesan mengawal, menimbangkan pemulihan dan untuk mengelakkan damage control .
5 Hukuman yang dilaksanakan di sekolah-sekolah boleh berupa daripada seringan-ringannya seperti amaran, denda, penahanan (detention) dan hukuman dera (corporal punishment) sehinggalah kepada seberat-beratnya seperti penggantungan dan pembuangan seseorang pelajar itu.
6 Setiap satu peringkat hukuman itu pula ada tahap-tahapnya. Sebagai contoh jika amaran diguna pakai sebagai jenis hukuman, ia bermula daripada amaran pertama, amaran kedua dan begitulah seterusnya. Begitu juga dengan rotan. Seseorang pelajar itu boleh dikenakan satu atau dua rotan. Itu bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.
7 Tentunya apabila sesuatu hukuman itu dilaksanakan ia melibatkan beberapa proses. Apakah wajar sesorang pelajar yang tidak datang ke sekolah tiba-tiba sahaja menerima surat penggantungan sedangkan proses sebelumnya tidak dilalui seperti diberi surat amaran atau ditegur.
8 Jika surat itu dikeluarkan pun adalah wajar dipastikan ianya sampai atau diterima oleh ibu bapa atau penjaga pelajar berkenaan. Maksudnya adakah setiap tahap pelaksanaan sesuatu proses hukuman itu telah dilalui dan jika dilalui adakah ia dilakukan dengan cara-cara yang sewajarnya. Atau lebih tepat dikatakan sebagai cara-cara yang memang legal dan sah mengikut perundangan.
9 Perkara di atas penting kerana dari sinilah masalah akan timbul, iaitu apabila sesuatu hukuman hendak dikenakan ke atas pelajar. Malahan di sinilah perangkap yang selalu diguna kembali oleh mahkamah apabila
sesuatu prosiding dijalankan. Sebagai contoh, kegagalan guru Tingkatan mematuhi setiap tahap dalam memberi amaran sebelumnya boleh sahaja digunakan oleh mahkamah untuk membuktikan bahawa defendan sebenarnya tidak bersalah. Ia seolah-olah mahu membuktikan bahawa defendan tidak mendapat hak yang sewajarnya sebelum sesuatu hukuman itu dikenakan ke atasnya oleh pihak sekolah. Maksudnya apabila prosedur awal tidak diikuti, bagaimana mungkin ia melompat kepada tahap berikutnya.
10 Saya kira jelas bahawa jenis hukuman yang sedia ada sudah memadai dan meliputi. Jika ia dikuatkuasakan sepenuhnya dan dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan ia memang mampu mengurangkan kes salah laku walaupun untuk menyatakan membasmi agak keterlaluan.
11 Tetapi persoalannya mengapa berlakunya peningkatan kes salah laku di kalangan pelajar. Adakah hukuman sedia ada perlu ditambah seperti memalukan pelajar di khalayak ramai. Atau dihukum seratus rotan seperti kesalahan berzina sebagaimana yang terkandung dalam hukuman hudud. Atau disebat dengan penyapu, ditendang atau diterajang atau dicucuk benda tajam atau bentuk-bentuk hukuman sadis yang lain.
12 Atau tok ketampi dua puluh kali. Atau dicubit perut mereka. Atau ditarik telinga mereka. Atau dimaki hamun sahaja mereka ini. Saya memberikan contoh-contoh ini kerana memang jenis-jenis hukuman tambahan seperti ini kerap digunakan oleh seseorang guru semasa saya bersekolah dahulu dan semasa saya menjadi guru pun. Hukuman tambahan ini menjadi semakin biasa bagi sesetengah guru. Adakah wujudnya hukuman-hukuman di balik tabir atau the hidden punishment ini yang menyebabkan pelajar semakin marah kepada guru-guru atau pihak sekolah yang akhirnya menyebabkan berlaku salah laku? Adakah ini sebagai akibat daripada rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap hukuman-hukuman tambahan ini?
13 Tentu ada yang tidak kena. Bagi saya, saya tetap mempertahankan jenis-jenis hukuman yang sedia ada sebagaimana yang ditetapkan oleh kementerian pendidikan. Bagi saya jenis hukuman itu memadai dan meliputi bagi seseorang pelajar. Adalah tidak wajar pelajar yang sedang belajar apabila melakukan kesalahan disamakan dengan orang salah di luar. Pelajar tidak wajar dilayan sebagai orang salah seperti kita melayan banduan yang dilokap atau disel oleh pihak polis. Guru tidak akan menjadi polis sampai bila-bila. Guru adalah guru dan ia tidak boleh dibenarkan menjadi polis walau sesaat pun. Apabila guru menangani sesuatu kes salah laku, ketika ia menangani kes itu ia tetap seorang guru.
14 Malahan apabila Pengetua atau orang yang diturunkan kuasa menghukum seseorang pelajar hukuman itu dijatuhkan atau dilaksanakan oleh seorang pengetua bukan seorang polis. Di sinilah sakralnya pendidikan. Di sinilah bezanya pendidikan.
15 Pendidikan melihat pelajar ada peluang untuk melakukan kesalahan sebagaimana mereka jada peluang untuk berbuat baik. Dan apabila mereka membuat kesalahan ia wajar dikenakan hukuman yang boleh menyedarkan dirinya bahawa perbuatan yang dilakukannya itu salah dan boleh memudaratkan bukan sahaja dirinya, tetapi juga orang lain. Maknanya setiap hukuman yang dijalankan di peringkat sekolah, ia dijalankan dengan pendidikan dan pengajaran sebagai terasnya, bukan semata-mata hukuman per se. Ini dilakukan dengan harapan bahawa tempoh pendidikan yang dilaluinya selama di sekolah akan menjadikannya orang yang baik suatu hari nanti.
16 Cara mengenakan hukuman mungkin menjadi salah satu sebab mengapa kes salah laku bertambah. Katakan
seseorang pelajar itu akan dirotan. Itulah satu-satunya hukuman yang patut diterima oleh pelajar berkenaan bukan yang lain-lain. Tetapi apa yang berlaku pelajar telah dihukum beberapa kali sebelum hukuman sebenar atau merotan itu dilaksanakan. Malahan pelajar itu nanti akan dihukum lagi dan lagi dan lagi selepas hukuman merotan dijalankan.
17 Sebelum pelajar itu dihukum ia sudah dinista oleh sebahagian guru. Berbagai-bagai kata kesat dituju kepada pelajar berkenaan sama ada secara langsung atau tidak. Kesannya hukuman yang dijalankan tadi sedikit pun tidak memberi kesan atau sakit ke atas pelajar tadi. Ia tidak berupaya lagi menumbuhkan rasa keinsafan daripada hati kecilnya serentak dengan rotan yang hinggap di punggungnya atau di telapak tangannya kerana di dalam hatinya sudah terlalu sakit mendengar kata-kata hina gurunya itu. Baginya kata-kata kesat guru yang menghukum dan bagaimana guru menangani kesnya adalah hukuman yang tidak dapat ia terima. Maka timbullah rasa marah, dendam, benci dan memberontak dalam diri pelajar itu.
18 Selain itu, hubungan kejiwaan antara guru-guru dengan pelajar-pelajar harus dijaga sepanjang masa seperti juga hubungan kejiwaan yang terjalin antara anak yang baik dengan ibu bapa yang soleh. Ia adalah perlindungan semulajadi bagi seseorang pelajar yang dikurniakan oleh Tuhan.
19 Setiap guru harus berupaya mendidik hatinya agar ada rasa belas kasihan, dan husnu dzan kepada setiap pelajarnya termasuklah pada saat-saat hukuman hendak dilaksanakan. Ia tetap Pengetua semasa ia marah atau tidak. Hak-hak untuk didengar, membela diri dan mengetahui tentang kesalahan dan sebab-sebab ia dihukum. Kasihanilah mereka sebagai insan-insan kerdil yang mengharapkan belaian kasih sayang, perhatian dan bimbingan daripada kita.
20 Janganlah ada terdetik di hati kecil kita perasaan benci kepada mereka semasa kita melaksanakan hukuman kerana takut-takut ia menjadi doa untuk mereka. Takut-takut kita juga akan menerima kiriman yang menyakitkan daripada hati mereka yang tergores itu. Apabila kita mengirimkan perasaan benci kepada murid-murid kita, kita seolah-olah sedang memindahkan gelombang-gelombang negatif kepada diri pelajar tadi.
21 Jika minda terancang pelajar tadi tidak berupaya menghalang kemasukan gelombang negatif ke dalam minda terpendam, dikhuatiri ia akan menerima semua gelombang itu tanpa tapisan lagi memandangkan minda terpendam itu buta sifatnya. Maka jika ini berlaku dikhuatiri pelajar tadi akan akur dengan gelombang tadi lalu menerima hakikat yang dirinya memang seperti itu-jahat dan tak berguna. Seluruh mood dan sikapnya akan berubah, termasuk pandangannya kepada guru tadi.
22 Dalam erti kata lain ia juga akan memindahkan perasaan bencinya juga kepada guru yang membencinya. Inilah kuasa mental fax dan spritual linking yang tidak boleh dianalisis secara saintifik yang dianugerahi Tuhan kepada setiap insan, terutama mereka yang mempunyai pertalian rapat antara satu sama lain, seperti antara suami isteri, anak dengan ibu bapa, antara adik beradik dan antara guru-guru dengan pelajarnya.
23 Kita sebagai guru hanya memberikan yang terbaik kepada anak murid kita. Pastinya yang terbaik itu kita berikan dengan cara yang terbaik juga. Seperti halnya dengan kiriman dan pemberian, kita sewajarnya mengirimkan yang terbaik sahaja untuk anak murid kita. Sebab itu tindakan guru, termasuk ibu bapa dahulu boleh diterima oleh kita walaupun tindakan mereka dikatakan sangat keras berbanding dengan ibu bapa dan guru
sekarang. Mereka merotan kita tetapi kita boleh menerimanya. Ketika mereka menghayun rotan itu mereka ingin menjadikan kita manusia berguna. Ketika mereka menghayunkan rotan ke arah kita mulut mereka berkata kepada kita anak bertuah atau murid bertuah.
24 Akhirnya kita pun menjadi manusia berguna. Inilah tuah yang dimaksudkan. Inilah juga barakah daripada sesuatu hukuman yang dikenakan oleh tangan-tangan bersih yang lahir daripada hati-hati yang bersih.
25 Inilah kuasa sentuhan hati, tetapi kuasa inilah yang jarang-jarang digunakan kerana apabila rotan dihayunkan hati penuh dengan kemarahan dan membengkak sambil mulut memaki hamun ikut suka hati. Mata pula memandang dengan cara yang cukup sinis dan penuh kebencian.Lebih tepat lagi kita menghukum mereka ketika kita marah. Akibatnya, apabila rotan hinggap di punggung ia langsung tidak memberikan bekas dan membawa apa-apa makna kepada diri pelajar itu selain kemarahan, kebencian dan dendam.
26 Marilah kita gunakan balik kaedah guru-guru kita dahulu dalam melaksanakan sesuatu hukuman. Marilah kita menggunakan pendekatan minda fax dan kerohanian setelah cara yang kita gunakan selama ini gagal membentuk insan seimbang yang diharapkan. Apa salahnya sebelum seseorang pengetua dan guru yang diperturunkan kuasa merotan atau menjalankan sesuatu hukuman mengambil wuduk, beristighfar banyak-banyak atau solat sunat dua rakaat memohon petunjuk daripada Allah.
27 Apalah salahnya sekiranya kita berkunjung ke rumah pelajar yang pernah kita hukum itu, belanja dia makan atau mengajaknya tidur di rumah kita. Tidak adilkah kita apabila melayan pelajar yang pernah bersalah dengan layanan yang baik serupa dengan pelajar yang lain juga. Atau membiarkan mereka dihukum untuk selamalamanya disebabkan satu kesalahan yang mereka lakukan. Apakah wajar dengan hanya satu kesalahan mereka diletakkan dalam kandang orang salah untuk selama-lamanya.
memuhasabah diri kita tentang apa yang telah kita lakukan kepada pelajar-pelajar kita selama ini. Berapa banyak pujian dan kata-kata baik yang kita ungkapkan kepada murid-murid kita sepanjang hari ini berbanding kata-kata kesat dan keji. Berapa kali kita memandang pelajar dengan pandangan sinis, benci, berbanding dengan pandangan yang jernih, penuh harapan dan kasihan. Berapa kali terdetik di hati kita perasaan benci, berbanding perasaan empati dan husnu dzan. Berapa banyak perkataan terima kasih yang kita gunakan kepada pelajarpelajar kita sebagaimana yang kita selalu harapkan mereka melakukannya. Berapa senyuman yang kita ukirkan berbanding dengan wajah yang mencuka, murung dan tidak ceria.
29 Berapa kerap sentuhan yang kita lakukan ke atas pelajar kita dengan penuh rasa kasih sayang dan insaf dalam suatu hari, berbanding dengan tindakan-tindakan agresif dan keterlaluan yang kita hadapkan kepada mereka. Berapa kali dalam sehari kita berbual tentang anak murid kita yang konon-kononnya bodoh, lemah dan tidak ada harapan berbanding kesungguhan kita untuk membantu mereka untuk menjadi manusia berjaya dan berguna. Pernahkah kita mendoakan kesejahteraan anak murid kita sebagaimana mereka mendoakan kesejahteraan kita. Jika pernah berapa kali kita lakukannya dalam sehari.
30 Mengapa kita tidak menggunakan alat-alat ini dalam mendidik pelajar-pelajar kita sedangkan alat-alat inilah yang digunakan oleh para nabi, para wali, datuk nenek dan guru-guru kita suatu ketika dahulu. Generasi
terdahulu telah telah berjaya mendidik kita menjadi manusia yang berguna.
31 Tegasnya sebanyak mana pun hukuman yang dikenakan ke atas seseorang pelajar itu, ia tidak akan menimbulkan keinsafan ke atas diri pelajar berkenaan jika hukuman itu dilaksanakan daripada tangan yang kotor dan hati yang tidak bersih. Hati para pengetua dan guru-guru wajar dibersihkan. Ini bukan dilakukan dengan mandi taubat atau minum air jampi atau melalui aktiviti pembersihan (yaqazah), tetapi melalui bimbingan rohani dan jiwa yang mendalam dalam bidang tasauf, satu bidang yang bukan lagi menjadi pilihan, tetapi keutamaan kepada pentadbir sekolah.
32 Kitab-kitab tasauf yang muktabar seperti ihya ulumuddin, dan kitab-kitab pendidikan hati yang lain patut dibaca oleh setiap pengetua. Para ulama seperti ustaz Amran Kasimin dan ustaz Abu Hassan Din al-Hafiz lebih mendesak untuk digunakan perkhidmatan mereka berbanding seorang peguam atau pegawai polis. Pakar motivasi seperti Dato Dr Fadzilah Kamsah, Dr. Shukri Abdullah dan lain-lain wajar. Nama-nama besar seperti Tun Dr. Mahathir dan pemikirannya wajar disebut berkali-kali dan dijadikan contoh pada setiap masa.
33 Jika ada program atau kursus dalam perkhidmatan dan kursus peningkatan profesionalisme yang dijalankan, subjek atau topik yang berkaitan dengan bidang tasauf atau pendidikan hati ini wajar dimasukkan. Pengetua bukan sahaja patut menghafal pekeliling yang berkaitan dengan pelaksanaan disiplin, tetapi mereka patut berupaya membacakan ayat-ayat Quran dan doa-doa tertentu kepada pelajar-pelajar ini. Selain itu ia juga berupaya memetik kata-kata suci Budha, Tao dan Lao.
34 Kesimpulan daripada perbincangan saya tadi jelas membuktikan metode kebendaan dan nafsu yang digunakan selama ini dalam menangani masalah disiplin tidak akan berjaya jika sentuhan yang dilakukan ke atasnya tidak disertai dengan tangan-tangan Tuhan . Marilah kita hadirkan Tuhan semasa kita melaksanakan hukuman tadi kerana yang terbaik itu hanyalah daripada Tuhan, sedangkan kita masih lemah dalam banyak perkara. Kita hendaklah sedar untuk selamanya bahawa kita tidak boleh mengambil alih kerja Tuhan walau bagaimana baiknya kita dan sehebat manapun usaha yang kita lakukan. Oleh itu janganlah kita tinggalkan Tuhan kita dalam aspek yang penting ini.
PENDIDIKAN SAINS & SOSIAL DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN PRASEKOLAH SEMESTER JULAI 2011 (SESI 1/2011/2012) ETD 1313 TUGASAN 1 (INDIVIDU) TOKOH PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK FRIEDRICH FROEBEL (FATHER OF KINDERGARTEN)
17 Syaaban 1431 H
OLEH: DR. RAJIEE HADI PELAJAR dalam alam remaja sentiasa terdedah dengan pelbagai ancaman dan desakan yang mengganggu ketenteraman emosi dan interaksi sosial, kecelaruan idea dan pegangan hidup.
Fenomena ini mengwujudkan masalah dalam jiwa remaja apabila berlakunya kematian orang yang disayangi, mengidap penyakit serius, ibu bapa bertukar pekerjaan, peperiksaan, konflik antara ibu bapa, kurang kasih sayang keluarga dan tiada sokongan keluarga dan sosial. Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika itu (1993) dalam laporannya telah menyenaraikan tiga faktor diri pelajar yang menyebabkan wujudnya kes pelanggaran disiplin. Faktor tersebut termasuk sikap negatif terhadap pelajaran seperti tidak berminat dan mudah jemu; tiada dorongan motivasi akibat kurang kemahiran asas belajar dan lebih mementingkan hiburan serta gangguan kesihatan diri. Sehubungan itu pelajar yang bermasalah ialah pelajar yang tiada kawalan diri, kurang mengerjakan kerja sekolah dan latihan di rumah, kurang patuh kepada arahan guru, kurang berminat untuk belajar, kurang hormat guru, suka mengganggu pelajar lain dan suka membuat bising. Golongan remaja juga boleh menghadapi masalah kesihatan mental dan lazimnya bertingkah laku agresif termasuk kedegilan, keresahan, tingkah laku bermasalah, penyalahgunaan bahanbahan terlarang, kemurungan, penderaan dan tingkah laku seksual dan kehamilan remaja luar nikah. Justeru pelajar yang melanggar disiplin sebenarnya tidak memahami peranan dan tugas mereka sebagai pelajar. Mereka tidak menyedari bahawa tindakan sedemikian mendatangkan kemudaratan. Pelajar terbawa-bawa dengan perasaan dan hilang kawalan diri dan mudah terpengaruh dengan anasir luar.Selain itu pelajar terdedah kepada kehidupan yang bersifat hedonistik atau bersifat mementingkan keseronokan, salah memilih rakan sebaya dan pelajar mengalami masalah penyesuaian atau masalah peribadi. Namun demikian apa yang membimbangkan ialah kesalahan disiplin termasuk penyalahgunaan dadah, telah menular dari peringkat sekolah randah lagi. Ini terbukti apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong (2009) melaporkan bahawa walaupun peningkatan sekolah rendah hanya daripada 0.78 peratus kepada 0.79 peratus namun pihak kementerian tetap menganggapnya sebagai serius. Pada keseluruhannya menurut beliau lagi isu yang melibatkan disiplin berada dalam situasi terkawal walaupun ia membabitkan kes berat seperti pukul buli, gaduh dan ponteng tegar. Statistik tahun 2009 KPM menunjukkan terdapat 3.2 juta murid sekolah rendah dan 2.2 juta pelajar sekolah menengah di seluruh negara. Walau bagimanapun jumlah aduan disiplin murid diterima bagi tempoh januari hingga ogos tahun 2009 ialah 65 kes tetapi menurun 31 kes berbanding 96 kes bagi tempoh sama tahun 2008 (Utusan Malaysia, 01 Oktober 2009) .
lmpak daripada perangkaan inilah yang perlu ditangani oleh seorang kaunselor atau pegawai psikologi yang terlatih. Pengetua atau Guru Besar selaku pemimpin sekolah sewajarnya memantau dari semasa ke semasa prosedur pelaksanaan sesi kaunseling dan program di sekolah. Apatah lagi kini wujud kaunselor atau pegawai psikologi sepenuh masa di sekolah.Yang penting, sesi kaunseling di sekolah tidak mengganggu waktu pengajaran-pembelajaran formal di bilik darjah. Kendatipun pelajar lelaki lebih cenderung merokok, menghisap ganja, menghidu gam, menghidu petrol, minum minuman keras, menonton atau menyimpan bahan lucah dan berjudi namun pelajar perempuan pula lebih cenderung terlibat dengan rokok, bahan lucah dan bercinta. Oleh itu peranan guru kaunseling dan guru disiplin mengenal pasti masalah awal salah laku yang sering dilakukan pelajar amat dialu-alukan; mencegah lebih baik daripada mengubati. Mereka berperanan membantu pelajar mengurangkan dan seterusnya meninggalkan salah laku tersebut. Sokongan dan dokongan ibu bapa dan setiap ahli komuniti di luar sekolah banyak membantu mencegah salah laku pelajar agar tidak berterusan menjadi barah dalam masyarakat. Justeru banyak kajian mendapati punca pelajar terlibat dalam salah laku kerana mereka tidak dapat memahami pengajaran guru bagi sesetengah mata pelajaran yang diajar. Kesulitan yang dialami ini menyebabkan mereka tidak berminat menumpukan perhatian dan berkecenderungan ponteng kelas atau sekolah. Ekoran daripada itu pelajar salah laku ini, tidak berminat dengan satu-satu mata pelajaran dan tidak menyukai guru yang mengajar mata pelajaran tersebut. Berdasarkan beberapa kajian yang penulis temui mendapati bahawa jikalau pengajaranpembelajaran berlaku dengan berkesan maka masalah disiplin tidak akan timbul. Ini disebabkan faktor minat kepada subjek pelajaran dan personaliti si pengajar/guru. Selain itu ada kajian juga menunjukkan salah satu punca pelajar tidak minat belajar ialah kerana mereka tidak berminat dengan beberapa mata pelajaran yang diajar, tidak membuat tugasan sekolah dan tidak mengulang kaji pelajaran. Dengan itu mereka tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru; sebaliknya mereka sering mengganggu pembelajaran- pengajaran dalam kelas. Sebagaimana sedia maklum terdapat banyak masalah yang timbul dalam kehidupan seharian
pelajar.Di peringkat awal, pelajar mula menghadapi konflik dengan keluarga dan rakan sebaya terutama yang melibatkan aspek halangan komunikasi, kebejatan sosial dan silang budaya. Mereka tidak dapat meluahkan perasaan mereka kerana tidak ada siapa yang boleh dipercayai . Senario ini menyebabkan wujudnya tekanan perasaan dan konflik dalam diri. Situasi demikian disebabkan pelajar tersebut memerlukan orang tengah yang berperanan mendidik; berbeza dari guru kelas atau guru subjek. Mereka memerlukan rakan dewasa yang mempunyai hubungan dan struktur kognitif berbeza daripada seorang guru dan boleh meluahkan perasaan serta rahsia hati tanpa curiga dan berasa gentar. Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan jelas menunjukkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah serta maklumat berhubung dengan salah laku pelajar dan sikap atau persepsi pelajar-pelajar terhadap perkhidmatan tersebut. Kesimpulannya penulis berkeyakinan bahawa untuk melahirkan pelajar yang bermoral bukanlah mudah.Pembentukan pelajar dipenuhi beberapa faktor yang bertali- temali. Jika gagal salah satu faktor ini maka kecewalah sistem pendidikan kebangsaan. 0leh itu kaedah pengajaran dalam bilik darjah yang membentuk lima faktor yang saling kait mengait iaitu: rakan sebaya, pengaruh kurikulum dalam sistem pendidikan, kaedah pengajaran yang diterima daripada guru, pengaruh keluarga dan pengaruh persekitaran khususnya media massa, sewajarnya dipraktiskan oleh guru dengan berhemah lagi bijaksana. Pendekatan kasih sayang yang luhur murni tanpa pilih kasih dan tidak prejudis banyak membantu guru menjayakan proses pengajaran-pembelajaran. Tegasnya, bahaya besar akan menimpa masyarakat jika dibiarkan permasalahan salah laku pelajar berterusan. Dan sudah sewajarnya kerajaan menekankan betapa perlunya pendidikan agama dan moral serta aspek kebahasaan dan komunikasi di sekolah-sekolah diberikan keutamaan dan penilaian kembali. lni selaras dengan hasrat kerajaan menerapkan nilai-nilai Islam dan semangat patriotisme satu Malaysia dalam pentadbiran negara. http://idhamlim.blogspot.com/2010/07/salah-laku-pelajar-salah-siapa.html
Kemelesetan disiplin dan keruntuhan moral pelajar di sekolah, merupakan satu lagi perkara yang mencabar dan membebani semua pihak terutamanya ibu bapa masa kini. Bagi mengatasi masalah ini, ia memerlukan pembabitan pengaruh sekitar untuk menanganinya bersama. Gejala tersebut kian parah berleluasa sehingga terdapat di kalangan pelajar yang sanggup membakar sekolah kerana marahkan guru atau membalas dendam. Kenyataan ini juga turut diakui oleh Kementerian Pendidikan yang menyifatkan salah laku disiplin di kalangan pelajar kian meruncing dengan sekian ramai pelajar menghadapi masalah personaliti dan keluarga. Persoalannya, siapakah yang harus dipersalahkan? Adakah sistem pendidikan di negara kita masih belum mampu mencari formula bagi menangani gejala ini? Atau adakah KBSM masih belum berkesan untuk membentuk keperibadian dan moral pelajar-pelajar? Atau adakah sekolah tidak berperanan untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar-pelajar? Atau adakah ibu bapa sendiri tidak memainkan tanggungjawab yang sewajarnya dalam mendidik anak-anak. Kalau dirujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara, kita dapat merumuskan bahawa kerajaan berhasrat untuk melihat pendidikan di Malaysia sebagai alat untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Begitu juga dengan KBSM, prinsipprinsip yang digubal jelas menampakkan usaha ke arah kesepaduan ilmu berasaskan konsep JERI dan penekanan nilai-nilai murni. Namun persoalannya, kenapa timbul juga isu keruntuhan moral dan salah laku disiplin di kalangan pelajar? Sebenarnya perkara ini tidaklah menghairankan kita. Seberapa ramai manusia boleh menulis ribuan falsafah dan prinsipprinsipnya, namun setakat manakah pelaksanaannya dapat direalisasikan secara ikhlas dan bersungguh-sungguh. Kita tidak menafikan usaha Kementerian Pendidikan menampakkan keikhlasannya seperti memberikan lebih kuasa kepada guru untuk mendisiplinkan pelajar dan sebagainya tetapi memadaikah hanya Kementerian Pendidikan sahaja yang terlibat di dalam menangani kes ini. Dalam senario hari ini, kita dapat melihat bahawa tidak ada kesepakatan dan kesepaduan tindakan di antara kementerian-kementerian kerajaan untuk membendung masalah disiplin di kalangan pelajar. Contoh yang dapat dilihat dengan jelas ialah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan. KDN tidak sepatutnya bersikap lepas tangan kerana dengan bersikap demikian, gejala tersebut akan menjadi bertambah parah dan boleh menjejaskan imej pendidikan di negara ini. Sebagai contoh, KDN bersikap acuh tak acuh dengan kebanjiran ratusan buku, majalah dan komik berunsur tahyul, seks dan seram yang dikhuatiri boleh meracun minda dan pemikiran pelajarpelajar yang membanjiri gerai majalah dl sekitar ibu kota. Begitu juga dengan kebanjiran pita video dan cakera padat video (VCD) lucah dan ganas yang terlalu mudah diperolehi oleh pelajar di pasaran-pasaran tempatan. Kemudahan tersebut menyebabkan remaja mudah terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh memberi kesan negatif kepada kelakuan mereka. Jadi, apakah tindakan KDN selama ini? Peranan Kementerian Penerangan juga dipersoalkan di dalam menangani masalah disiplin pelajar ini. Apakah peranan Kementerian Penerangan terhadap pengaruh siaran media-media elektronik? Apakah selama ini mereka menyajikan saluran yang terbaik untuk tontonan remaja atau sebaliknya? Menurut kajian, media elektronik memainkan peranan penting mendedahkan gejala-gejala negatif yang menjadi ikutan remaja hari ini. Mengapa remaja kini bersikap liar, berpakaian punk dan rock kerana mereka terpengaruh dengan rancangan TV yang menayangkan konsert, video klip kumpulan rock yang berkelakuan dan berpakaian tidak senonoh yang bertentangan dengan budaya kita. Media kita sungguh berani mempamerkan adegan-adegan yang tidak sopan dan aksi-aksi wanita separuh bogel. Sekiranya beginilah sikap Kementerian Penerangan, maka apakah lagi yang dapat diharapkan dari kementerian tersebut untuk membentuk disiplin pelajar. Terdapat juga pandangan masyarakat yang menganggap sekolah dan guru kurang profesional di dalam mendidik para pelajar. Sejauh manakah kenyataan ini tepat? Berdasarkan kajian sosiologi pendidikan, perubahan persepsi masyarakat masa kini terhadap sekolah disebabkan kerana hakisan pewarisan 'budaya autokratik' sekolah. Budaya autokratik yang menjadi asas utama institusi sekolah mulai hilang. Kerana itulah peranan sekolah sebagai sebuah institusi, penitipan budaya, nilai dan ilmu mula dipersoalkan oleh masyarakat terutamanya oleh ibu bapa. Rata-rata hari ini para pendidik lebih suka menangani masalah disiplin pelajar melalui pendekatan
psikologi. Persoalannya, sejauh manakah kaedah ini dapat membendung salah laku pelajar? Pada pandangan penulis, cara ini bukan tidak baik tetapi ada kalanya kita patut juga berkeras dengan pelajar. Semuanya mengambil kira kesesuaian dan tingkahlaku pelajar itu sendiri. Para pendidik juga disarankan supaya menjalin hubungan yang positif dengan para pelajar, di samping memperluaskan rangkaian hubungan dengan ibu bapa dan masyarakat agar sikap prejudis dan saling tuduh menuduh di antara satu sama lain dapat dielakkan. Hubungan tersebut dapat diwujudkan melalui PIBG ataupun Majlis Pemuafakatan PIBG Nasional, di mana fungsinya amat penting dalam menangani gejala sosial pelajar yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Akhir sekali, peranan ibu bapa amat penting di dalam membentuk sahsiah dan perilaku anakanak. Ini kerana disiplin pelajar masih di bawah tanggungjawab ibu bapa, manakala guru hanya bertindak sebagai pembantu dalam memberikan ilmu pengetahuan dan disiplin dalaman. Ibu bapa perlu membekalkan anak-anak dengan asas-asas ilmu agama dan membentuk mereka supaya mempunyai jati diri serta mempunyai kawalan diri. Semuanya berada di tangan ibu bapa, mereka bebas untuk mencorakkan kehidupan dan masa depan anak-anak mengikut resepi masing-masing. Namun halangannya tetap ada kerana pengaruh persekitaran di mana anakanak berada lebih kuat mempengaruhi gaya hidup mereka. Maka di sinilah terletaknya peranan dan kebijaksanaan ibu bapa.
http://mydiped2001.tripod.com/disiplin.htm
13. Melacur 14. Mengandung 15. Kes Jenayah / Mencuri / Menipu 16. Merosakkan harta benda sekolah / awam 17. Sering menimbulkan masalah pada guru, pentadbir, sekolah & ibubapa 18. Sukar di kawal oleh guru / pihak sekolah dan ibubapa 19. Bersikap liar dan kasar http://sekolah.mmu.edu.my/smkmacs/hem_slh.htm
2010/12/28 PUTRAJAYA: Masalah salah laku disiplin di kalangan pelajar masih terkawal dan statistik Kementerian Pelajaran menunjukkan hanya kira-kira tiga peratus daripada lebih 5 juta pelajar dari 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terbabit kegiatan salah laku itu sepanjang sesi persekolahan 2010. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Kah Siong, berkata ini bermakna kira-kira 97 peratus daripada keseluruhan pelajar di sekolah menengah dan rendah di negara ini, tidak terbabit dengan sebarang salah laku disiplin. Beliau berkata, mengikut rekod kementerian 111,484 pelajar atau 72,557 pelajar sekolah menengah dan 38,927 murid sekolah rendah dikesan terbabit pelbagai salah laku disiplin pada 2010. Katanya, antara kes salah laku disiplin yang sering dilakukan pelajar terbabit termasuk jenayah (17,595 kes), ponteng sekolah (19,545 kes), berlaku kurang sopan (18,346 kes), kekemasan diri (21,384 kes), tidak mementingkan masa (17,808 kes), kelucahan (3,031 kes), vendalisme (5,212 kes) dan kenakalan (8,563 kes). "Walaupun masalah salah laku disiplin pelajar di negara ini masih terkawal, kita tetap memandang serius gejala ponteng sekolah kerana ia menjadi penyebab utama pembabitan
seseorang pelajar dalam pelbagai kegiatan berunsur negatif seperti penagihan dadah, minuman keras, samseng, seks bebas, buli dan judi. "Saya berpendapat penguatkuasaan peraturan sekolah semata-mata tidak memadai bagi menangani gejala ponteng sekolah, namun masyarakat khususnya ibu bapa dan pelajar juga perlu diberikan kesedaran mendalam mengenai masalah ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid 2010 di sini, semalam. Mengulas lanjut, Wee berkata kementerian juga meminta sekolah mengambil pelbagai pendekatan efektif termasuk memberi amaran, bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng sekolah. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Masalahsalahlakudisiplinpelajarmasihterkawal/A rticle/
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak puas hati dengan guru, dua pelajar nekad meletupkan bangunan sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota dengan bom buatan sendiri yang dipercayai diperbuat daripada mercun bola dan lingkaran nyamuk, semalam.
Tindakan ala MacGyver itu dilakukan kedua-dua pelajar tingkatan tiga terbabit pada kirakira jam 7.40 pagi menyebabkan berlaku tiga letupan di tiga lokasi berasingan sekolah berkenaan, sekali gus menggemparkan guru dan pelajar yang baru memulakan sesi pembelajaran. Sumber polis berkata, pelajar terbabit dipercayai cuba membakar bangunan sekolah mereka, namun ketiga-tiga letupan yang dihasilkan tidak mencetuskan kebakaran. Biarpun insiden itu tidak mendatangkan kemalangan jiwa atau kecederaan kepada guru mahupun pelajar, ia kesalahan serius dan polis kini memburu kedua-dua pelajar terbabit yang dikenal pasti identiti mereka, katanya. Menurutnya, letupan pertama kedengaran ketika sesi pembelajaran baru bermula dan tersentak dengan itu, beberapa guru bersama pengawas sekolah bergegas mencari lokasi kejadian. Dalam kebingungan mencari punca letupan, satu lagi letupan berlaku kira-kira 10 minit kemudian di bangunan berhampiran pejabat dan kira-kira 20 meter dari lokasi letupan pertama yang berlaku dalam sebuah bilik darjah kosong di blok berlainan, katanya. Sumber itu berkata, ketika letupan kedua, beberapa guru mendakwa melihat cebisan kertas yang hancur dan beberapa lingkaran nyamuk yang masih berasap di atas bangunan berkenaan. Menurutnya, bimbang dengan keadaan itu, pihak pengurusan sekolah menghubungi polis dan lima anggota dari Balai Polis Setapak tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian. Anggota polis berkenaan mula menggeledah bangunan sekolah itu, namun gagal mengesan suspek. Dalam kesibukan itu, tiba-tiba kedengaran pula letupan ketiga pada kira-kira jam 8.40 pagi di kawasan padang sekolah berkenaan, katanya. Menurutnya, seorang saksi yang juga pelajar sekolah terbabit mendakwa melihat dua pelajar lengkap berpakaian sekolah tergesa-gesa meninggalkan sekolah dengan menggunakan motosikal yang diletakkan di luar sekolah. Sehubungan itu, wakil sekolah berkenaan membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini dan Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu. Siasatan awal mendapati pelajar terbabit menggunakan mercun bola dan lingkaran nyamuk untuk menghasilkan letupan itu. Sehingga kini tiada tangkapan dilakukan dan motif sebenar masih dalam siasatan, katanya. Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihaknya menyerahkan siasatan penuh dilakukan pihak berkuasa mengenai motif sebenar insiden berkenaan. Jika hasil siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan pelajar sekolah berkenaan, tindakan tegas akan diambil, katanya. http://www.hmetro.com.my/articles/Bomgegarsekolah/Article
:::: http://eprints.utm.my/6560/::::
HULU SELANGOR: Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, bertindak samseng dengan mengugut untuk membunuh seorang guru disiplin, kelmarin. Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka. Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa sejurus guru lelaki berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan. Kejadian itu bermula kira-kira jam 11 pagi apabila tujuh pelajar sekolah berkenaan pergi ke pejabat sekolah bertemu pengetua untuk memulangkan buku teks yang enggan digunakan mereka.
Menurut sumber, tindakan tujuh pelajar itu yang berlagak samseng dengan meluru masuk ke pejabat sekolah tanpa meminta kebenaran bagaimanapun cuba dihalang guru berkenaan. Hairan dengan tindakan pelajar terbabit, guru disiplin itu bertanyakan tujuan mereka mahu berjumpa pengetua dan mereka memberitahu mahu memulangkan buku teks yang tidak mahu digunakan lagi. Guru itu menjelaskan kepentingan dan salah faham yang timbul mengenai buku berkenaan yang dianggap memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar, katanya. Namun, pelajar terbabit tidak puas hati dengan penjelasan guru itu dan menganggap dia sengaja menghalang mereka bertemu pengetua dan mula bertindak biadab dengan meninggikan suara. Sumber berkata, guru disiplin yang tergamam dengan tindakan pelajar terbabit cuba menenangkan keadaan dan menjelaskan perkara sebenar. Bagaimanapun, keadaan menjadi kecoh apabila tiga daripada pelajar terbabit mengugut guru itu kerana mendakwa dia menyinggung perasaan mereka, katanya. Bimbang keselamatan diri berikutan ugutan pelajar terbabit, guru berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pelajar itu. Menurutnya, semua mereka ditahan dalam tempoh 24 jam bagi mengambil keterangan berhubung insiden itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan siasatan lanjut masih dijalankan. Sementara itu, Bernama memetik Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan, sebagai berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan guru sekolah berkenaan esok berhubung isu buku teks itu. Saya akan pastikan pelajar menerima kembali buku berkenaan kerana itu arahan kerajaan yang mengekalkan novel berkenaan sebagai teks komponen sastera (Komsas) tingkatan lima, katanya di Kuala Lumpur, semalam. Kamalanathan berkata, berikutan kejadian itu, guru berkenaan sudah membuat laporan polis kerana mendakwa diugut abang seorang daripada pelajar itu pada Isnin lalu, manakala pelajar terbabit turut membuat laporan polis kerana perkataan yang digunakan guru itu. myMetro
http://ayahbob.blogspot.com/2011/03/tiga-pelajar-samseng.html
Masalah kenakalan pelajar seperti membawa telefon bimbit ke sekolah mencatatkan penurunan kes agak ketara iaitu daripada 15,120 pada 2006 kepada 8,640 kes tahun lalu. Kesalahan laku musnah seperti merosakkan kemudahan atau menconteng di bangunan sekolah juga berkurangan daripada 3,780 kes pada 2006 kepada 3,240 kes tahun lalu. Kes salah laku disiplin berunsur kelucahan termasuk membuat bahasa isyarat, lukisan serta menggunakan perkataan tidak senonoh mencatat jumlah sama pada 2006 dan tahun lalu, iaitu 2,700 kes. Statistik kementerian mengenai salah laku disiplin pelajar dalam tempoh 2003 hingga 2007 mencatatkan kadar purata dua peratus, manakala kes jenayah yang diteliti menerusi rekod polis pada kadar purata 0.03 peratus. Walaupun jumlah kes disiplin pelajar negara ini jauh lebih rendah berbanding negara lain, Kementerian Pelajaran tetap menganggap ia isu yang perlu ditangani secara serius. Sumber: Berita Harian 28 Julai 2008 http://mazlan66.wordpress.com/2008/07/28/salah-laku-pelajar/
KITA sering dikejutkan dengan pelbagai berita mengenai pelajar terbabit dengan salah laku sama ada di kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Terbaru, kita dikejutkan dengan berita sekumpulan pelajar ponteng kemudian menonton VCD lucah di sebuah rumah di utara semenanjung. Kejadian seperti ini tentunya bukan sekali dua kerana mungkin banyak lagi kes yang sama tidak dapat dikesan kerana kelicikan pelakunya. Apa pun kerjasama daripada orang ramai sehingga terbongkarnya kes ini patut diberi pujian supaya gejala seperti ini tidak menjadi nanah di kalangan anak-anak muda apatah lagi pelajar di negara kita. Siapa pun tentu melihat masalah salah laku di kalangan pelajar kian membimbangkan. Pelbagai kes seperti murid melawan guru, pelajar menendang guru, pelajar merosakkan harta benda sekolah, ponteng sekolah, terlibat dengan pergaduhan dan pelbagai lagi sering menghiasi dada akhbar.
Kadang-kadang kita terfikir, apa lagi yang tidak cukup di sekolah sehinggakan pelajar bertindak sesuka hati? Dalam soal pendidikan formal, pelbagai subjek memandu pelajar ke arah nilai-nilai positif dalam menempuh kehidupan seharian untuk suatu jangka waktu panjang.
Umpamanya, mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Moral dan Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris telah menampilkan nilai-nilai yang menjadi teras dalam kehidupan seharian seperti beradab sopan, menghormati orang lain, menghormati negara dan undang-undang, malah menanam sikap bekerjasama, mementingkan
kebersihan dan sebagainya. Di sekolah juga sudah disediakan aktiviti kokurikulum yang terbahagi kepada beberapa bahagian seperti kelab, sukan dan pakaian seragam. Aktiviti ini jika disertai pelajar dengan komitmen tinggi akan menjinakkan mereka dengan kepelbagaian nilai positif seperti tabah, berani, bertanggungjawab dan berdikari. Pelajar yang mempunyai kesedaran pentingnya mengikuti sebahagian daripada program di sekolah setidak-tidaknya akan dapat menghindarkan diri mereka daripada sebarang unsur tidak sihat. Kemungkinan mereka terjebak dengan kancah tidak sihat adalah bertolak daripada tiada pengisian dalam jiwa dan kegiatan harian mereka. Mereka yang tidak berminat dengan pelajaran dan aktiviti kokurikulum di sekolah memudahkan mereka terjebak dengan rakan-rakan tidak baik di luar sekolah. Di sekolah pun, jika ada sekumpulan pelajar yang tidak berminat dengan pelajaran, mereka akan membentuk satu kumpulan yang mantap, berani dan mudah melakukan sebarang kegiatan tidak sihat. Tidak kira guru mana sekalipun, setiap guru tidak pernah menggalakkan anak didik mereka melibatkan diri dalam aktiviti tidak sihat sama ada di sekolah atau di luar kawasan sekolah. Sebaliknya, guru cuba menanam sikap positif kepada pelajar supaya mereka menjadi insan yang mampu melonjakkan diri dalam pelbagai arena demi memajukan negara. Tidak cukup dengan itu, sekolah juga mempunyai badan disiplin yang bertindak mengawal tingkah laku pelajar serta menekankan aspek yang perlu dijauhi pelajar sebagai pelengkap sahsiah. Kesan negatif pelanggaran disiplin atau akibat buruk yang bakal diterima jika kesalahan dilakukan di luar sekolah turut ditekankan kepada pelajar supaya imej mereka sebagai pelajar dan nama baik sekolah dijaga. Tugas guru menjadi semakin rumit dalam usaha mengawal pelajar terutama selepas beberapa peperiksaan berakhir. Contohnya, di sekolah rendah, selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selesai, murid mempunyai masa lama di sekolah sebelum cuti panjang bermula. Di sekolah menengah, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) juga berakhir sebulan sebelum cuti panjang. Mereka ini mempunyai masa panjang di sekolah dan mereka tidak akan berbuat apa-apa jika masa mereka tidak diisi oleh guru. Menurut statistik, kes salah laku pelajar di semua sekolah di seluruh negara pada 2010 ialah 111,484 dan 72,657 daripadanya melibatkan pelajar sekolah menengah dan selebihnya 38,927 murid sekolah rendah. Daripada jumlah itu, 19,545 kes ponteng sekolah dicatatkan sepanjang tempoh berkenaan. Menurut statistik juga, tiga peratus daripada lima juta pelajar sama ada dari sekolah menengah mahupun rendah di seluruh negara terbabit dengan masalah disiplin pada 2010. Ada yang berpendapat angka ini tidak begitu tinggi kerana 97 peratus daripadanya tidak terlibat langsung dengan sebarang salah laku sepanjang sesi persekolahan tahun tersebut. Apa pun, guru mesti lebih peka terhadap masalah disiplin terutama ponteng dengan cara berusaha mengikat pelajar supaya berada di sekolah walaupun pelajar sudah selesai menjalani peperiksaan penting. Pelbagai aktiviti bersifat kemasyarakatan boleh disertai pelajar yang
bukan hanya di kawasan sekolah tetapi juga di luar. Pelajar juga boleh dilatih dengan gotong-royong seperti menambah baik keceriaan kawasan sekolah, membina taman dan sebagainya. Pelajar juga mesti ditanam dengan rasa cinta kepada sekolah dengan cara melakukan pelbagai aktiviti yang boleh melonjakkan nama sekolah mereka. Gejala ponteng berpunca daripada dua sebab. Pertama, pelajar memang tidak berminat untuk ke sekolah dan jika ke sekolah pun, tidak ada apa-apa yang hendak dibuat. Hal ini membawa kepada gejala ponteng. Sebilangan pelajar merasakan dunia luar lebih seronok dan menjanjikan kepuasan kepada mereka. Bagi ibu bapa yang bekerja, sudah tentu pengawasan terhadap anak yang bersekolah tidak dapat dilakukan dengan sempurna kerana jika anak tidak ke sekolah pun, mereka tidak dapat mengesannya. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat membantu membendung gejala ponteng sekolah. Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela dan pelbagai agensi berkaitan boleh membantu dengan lebih giat untuk membendung gejala ini daripada terus berleluasa. Masyarakat mesti peka dan bijak menghidu sebarang tingkah laku negatif pelajar di luar kawasan sekolah pada hari persekolahan. Mereka mesti melaporkan aktiviti negatif pelajar sama ada berpakaian sekolah ataupun tidak terutama yang boleh menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan. Demi menjaga pelajar yang kita harap mampu mencorakkan negara pada masa depan, pelbagai pihak mesti berganding bahu mengekang mereka daripada terlibat dengan sebarang gejala yang merugikan mereka sendiri.
Rencana
Cetak . Emel Rakan .
Minda Pengarang: Pelajar patut ambil iktibar kesan kes salah laku pada masa depan
2011/04/13 KES salah laku termasuk pergaduhan hingga kepada pembabitan dalam kejadian jenayah membabitkan pelajar bukan perkara baru. Sudah banyak kes seumpama ini dilaporkan menerusi media. Tidak kurang juga pelajar yang didapati bersalah dan menerima hukuman
sebagai pesalah juvana. Khamis lalu media memaparkan satu lagi kes salah laku membabitkan pelajar berusia 14 tahun. Dalam kejadian itu, seorang guru wanita retak tulang hidung akibat ditumbuk pelajar Tingkatan Dua, di Sekolah Menengah Dato Jaafar Hassan, Bukit Keteri, Kangar. Kejadian itu berlaku selepas guru itu menegur pelajar berkenaan yang bergaduh di pekarangan sekolah. Apabila berlaku kes sebegini, kita tertanya-tanya apakah punca sebenar sehingga menyebabkan seorang pelajar tergamak mencederakan gurunya sendiri di kawasan sekolah. Walaupun isu pelajar bertindak kasar terhadap guru di negara ini tidak seteruk seperti kejadian di sesetengah negara lain, namun kita tidak boleh membiarkannya terus berlaku sehingga keadaan menjadi tidak terkawal. Justeru, adalah wajar semua pihak memberi perhatian serius perkembangan tidak sihat ini dan mencari jalan menanganinya secara berkesan. Agak sukar mencari jawapan berhubung tindakan pelajar berkenaan yang berani mencederakan gurunya di depan kelas dengan disaksikan pelajar lain. Apa silapnya dengan pelajar terbabit sehingga tidak takut dan hilang hormat kepada guru berkenaan? Apakah ibu bapa patut dipersalahkan kerana sikap biadap dan keterlaluan anak mereka itu atau apakah mungkin ia disebabkan pengaruh anasir luar. Kita tidak boleh menafikan tempat terbaik membentuk disiplin anak ialah di rumah, apatah lagi ia sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa serta keluarga. Alam persekolahan serta guru hanyalah sebagai pelengkap untuk membimbing pelajar supaya menjadi manusia berguna, khususnya dalam menjadikan mereka sebagai insan berakhlak mulia dan berilmu. Adalah tidak wajar guru dipersalahkan berhubung salah laku pelajar kerana mereka sudah berusaha sedaya upaya mendisiplinkan pelajar. Pelajar sepatutnya mengambil iktibar kes salah laku kerana jika kesalahan dilakukan itu serius dan didapati bersalah, ia pastinya membantut pembelajaran dan masa depan mereka. Itulah yang bakal dihadapi pelajar Sekolah Menengah Dato Jaafar Hassan, apabila mengaku salah di Mahkamah Majistret kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan guru disiplinnya. Pelajar itu dikesan melakukan dua kesalahan besar di sekolah berkenaan. Selain menumbuk guru, pelajar berkenaan sebelum itu terbabit dalam pergaduhan. Akibat tidak dapat menerima teguran guru terbabit, pelajar terbabit menumbuknya. Dari segi peruntukan peraturan sekolah, guru disiplin dibenarkan mengambil tindakan ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah melanggar peraturan dan disiplin sekolah. Sebagai sebuah institusi pendidikan, sekolah mempunyai peraturan yang mesti dipatuhi setiap pelajar. Apapun masalah yang timbul membabitkan pelajar dan guru tidak boleh dibiarkan berlarutan sehingga boleh menjejaskan pembelajaran. Dalam menghadapi isu ini, ibu bapa harus bersikap rasional dan tidak membuta-tuli menyebelahi anak. Mereka mesti selidik dulu siapa yang benar dan salah serta mengutamakan perundingan bagi menyelesaikan setiap masalah. Oleh kerana kes ini sudah dibawa ke mahkamah dan hukumannya akan diputuskan 4 Mei ini, adalah wajar manamana pihak melihat keputusan mahkamah itu sebagai peringatan kepada pelajar supaya tahu menghormati dan menghargai guru.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_Pelajarpatutambiliktibarkesank essalahlakupadamasadepan/Article
PENGENALAN
Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial, Buli gugat semangat belajar dan Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme . Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada akhbar-akhbar tempatan pada masa kini. Berita-berita seperti ini membayangkan kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata.
Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Masalah disiplin di sekolah kini telah menjadi lebih kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali Black Metal . Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar.
PONTENG SEKOLAH
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajarpelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah keluarga seseorang pelajar itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar . Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah di atas adalah selari dengan teori fungsionalisme (Durkheim dan Spencer) di mana ibu bapa tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna (disfungsi). Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.
KONGSI GELAP (GANGSTERISME) DI SEKOLAH Mengikut Kamus Dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan Pustaka 1996 hlm 700, Kongsi gelap didefinisikan sebagai Perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah . Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, En Ng Ching Sea, keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap kritikal. Mengulas perkara tersebut beliau berkata; " Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya sehingga ke akar umbi." (Utusan Malaysia 20 Feb 97)
Penglibatan pelajar dalam kegiatan ini turut mendapat perhatian orang ramai yang membantu dengan memberi maklumat kepada pihak Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor berkenaan mereka yang terlibat di dalam kumpulan haram ini. Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 19 Februari 1997 yang memetik kenyataan Saudara Ng Ching Sea, melaporkan bahawa terdapat 560 orang pelajar dari 39 buah sekolah menengah di seluruh negeri Johor terlibat dengan 22 kumpulan kongsi gelap. Laporan tersebut menggambarkan betapa seriusnya masalah penglibatan pelajar sekolah di dalam kegiatan kongsi gelap khasnya di Johor. Menurut William Gladden Foundation (1992), empat faktor utama yang merangsang pembentukan kumpulan kongsi gelap di kalangan pelajar adalah:
Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya struktur sokongan tradisi seperti keluarga dan sekolah. Situasi ini akan membawa kepada perasaan kecewa dan tegang lalu mendorong kepada usaha mendapatkan sokongan di luar institusi tradisional. Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan "sense of belonging" dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka. Seterusnya, keahlian tersebut menjadikan remaja
merasakan diri mereka berkuasa dan menguasai di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan atau pun ketegangan. Kawalan kawasan adalah perlu demi keutuhan kumpulan di mana kekerasan sering digunakan untuk mengawal kawasan dan ahli-ahlinya. Pengrekrutan ahli baru dan pengluasan kawasan pengaruh adalah penting untuk mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan kumpulan. Maka, kemasukan ahli secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung keperluan dengan penambahan sumber dan keahlian kumpulan. Keempat-empat faktor di atas saling menyumbang kepada kewujudan kongsi gelap yang lebih berkuasa dan kejam seiring dengan usaha mereka untuk mengekalkan dan mengembangkan pengaruh di kawasan dan dikalangan remaja secara lebih luas. Selain daripada itu, ada juga beberapa penambahan dari segi punca-punca pelajar atau pun remaja menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap menurut pandangan Schmidt dan Lunghofer (1993) iaitu: a. Mencari kasih sayang, struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka. b. Perasaan komitmen dan "sense of belonging , dikagumi dan kekuasaan. c. Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti. d. Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai. e. Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan.
KESAN Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1993 didapati bahawa sekalipun penyertaan remaja atau pelajar di dalam kegiatan kumpulan haram meningkat sebanyak 10 peratus namun, laporan jenayah remaja yang melibatkan kumpulan haram tersebut adalah kurang daripada 2 peratus (Bodinger-deUriarte, 1993). Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan adalah rendah namun satu perkara yang pasti ialah kumpulan-kumpulan haram tersebut memainkan peranan yang utama dengan merebaknya kegiatan salah laku di sekolah.
Kajian oleh National Institute of Education di Amerika Syarikat menyatakan bahawa terdapat peningkatan keganasan atau salah laku di sekolah sejak 1978 di mana pelajar-pelajar sekolah adalah pada risiko yang tinggi untuk menjadi mangsa keganasan di sekolah berbanding di tempat-tempat lain (Gaustad, 1991). Ini menunjukkan sekolah bukan lagi tempat yang selamat sekiranya wujud kegiatan kumpulan kumpulan haram oleh pelajar-pelajar mereka. Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah: a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya. b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka. c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam. d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit.
Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan
pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh.
CADANGAN 1. Laporan serta kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah ini. 2. Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS) adalah program yang dicadangkan untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku pelajar di sekolah. Kaedah pelaksanaan program ini dibuat agar sesuai dengan pelbagai kes salah laku pelajar di sekolah. Antara jenis-jenis salah laku pelajar ialah ponteng sekolah , merokok, melawan guru, bertumbuk dan sebagainya. 3. Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Guru pakar dalam bidang ini perlu dilatih agar dapat menjalankan tugas dengan baik bagi tujuan memberi nasihat serta dorongan agar mereka yang terlibat dalam masalah disiplin ini akan insaf dan seterusnya mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan . Adalah menjadi harapan negara pelajar yang tamat dari sekolah-sekolah seluruh negara mempunyai tahap disiplin yang baik. Ini kerana mereka inilah yang akan membangunkan negara pada masa akan datang. 4. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin di sekolah wajar dan patut diberi sokongan sepenuhnya. Kementerian Pendidikan memberi kebenaran untuk penubuhan kelab seperti ini yang bertujuan untuk melatih dan memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan pencegahannya. Melalui penerapan nilai moral yang baik dan penekanan kepada pentingnya sikap yang jujur. 5. Walau apa pun program yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah disiplin ini, namun yang paling penting adalah peranan ibubapa. Ibubapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak dan sentiasa mendorong mereka dan cuba menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. PENUTUP Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman 60-an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru, mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati di samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata.
Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya. Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah. Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang. Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar.
sumber maklumat : Internet
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/5668disiplin-sekolah-semakin-merosot.html
>bimbingan kaunseling http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2695/Gejala%20Sosial%20DiKalangan%20P elajar%20Dan%20Keperluan%20Perkhidmatan%20Bimbingan%20Dan%20Kaunseling.pdf?sequence= 1\ >http://www.niknazmi.com/wordpress/?p=527 >menangani masalah emosi pelajar http://www.adap.com.my/info.php?id=357
>http://portal.ikdn.gov.my/2011/08/sidang-media-jabatan-penjara-mengenai-dakwaan-pelajar-smkbandar-baru-uda-smkbbu-johor-bahru-johor/