Anda di halaman 1dari 2

Bahan-bahan: 10 biji telur (saiz besar) 500 gm mentega 200 gm gula halus 300 gm susu manis 50 gm horlicks 50 gm santan

serbuk (peket) 100 gm biskut Marie (ditumbuk halus) 180 gm tepung Hong Kong 1 sudu teh esen vanilla 1 sudu teh pes pandan biskut Oreo secukupnya (dibuang krimnya) pewarna hijau dan merah

Cara-cara membuatnya: 1) Pukul mentega, gula dan vanilla sehingga kembang. 2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati. 3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus. 4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekadar untuk meratakan adunan. 5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian: a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional) b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal) 6) Sediakan loyang segi empat berukuran 7" x 7" yang telah dialaskan dengan baking paper dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius. 7) Ambil 4 camca besar adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dengan api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit). 8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas je (grill). Kemudian, ambil 4 camca besar adunan berwarna merah dan bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit) 9) Selepas itu, ambil 4 camca besar adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya.

Anda mungkin juga menyukai