Anda di halaman 1dari 1

Kek lapis sisik ikan

Bahan-Bahan: BAHAN A 10 biji kuning telur 2 biji putih telur 250gm gula halus 1 sudu makan ovallete 75ml air sejuk 1 tin seri kaya botol kecil horlicks 250gm tepung hong kong 300gm mentega, dipukul bersama 4 sudu makan susu pekat manis 4 bungkus manisan masam manis (Hawflakes) Cara: 1. Pukul bahan A sehingga kembang. Kemudian kaup balikkan tepung dan kacau hingga sebati. 2. Masukkan mentega yang telah dikacau hingga rata dan sebati. 3. Bakar 4 sudu makan adunan hingga masak. Kemudian cucuk mencondong buah manisan ke atas lapisan kek. 4. Kemudian masukkan 4 sudu makan adunan lagi dan bakar, buat 2 lapis baru dicucuk lagi dengan manisan. 5. Ulang proses tadi hingga habis.

Ayam Bersos Tiram & Cili Kering


Kiriman: Shazreen Hakim Sumber: Ibu tercinta Hits: 12605 Rating: 8.54 Review: 1 Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan: ekor ayam 3 inci halia - seelok-eloknya halia muda 2 biji bawang putih ( di hiris bulat) 1 biji bawang besar ( di hiris bulat) 8-10 tangkai cili kering ( di potong 2 inci) 3 sudu besar sos tiram Sedikit daun bawang Sedikit garam dan serbuk perasa Sedikit minyak Sedikit air Sedikit tepung jagung (bancuh dgn sedikit air) Cara: Ayam di potong kecil-kecil. Basuh bersih ayam tersebut dan lumurkan sedikit sahaja garam. Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut selama 10 minit (agak-agak masak). Kemudian tumiskan bawang besar, halia dan bawang putih (dengan minyak yg sedikit). Bila agak garing masukkan ayam tadi bersama-sama sos tiram dan cili kering. Kacau dengan api yang perlahan. Masukkan garam (agak-agak kerana sos tiram dan ayam tersebut telah masin) , serbuk perasa dan bancuhan tepung jagung tadi. Bolehlah di angkat dan taburkan daun bawang tadi. Cadangan Hidangan: Sedap di makan ketika masih panas.