Anda di halaman 1dari 6

MODAL INSAN Manakala Modal Insan yang diadaptasi dari bahasa Inggeris Human Capital membawa erti yang

pelbagai.Modal boleh ditakrifkan sebagai asset,simpanan atau bekalan.Sementara insan dari perkataan arabnasia (lupa) dan ianya merujuk kepada manusia,kerana sifat manusia itu mudah lupa. Insan disifatkan oleh Allah SWT,sebagai makhluk yang paling baik penciptaannya (Ahsani taqwim ).Boleh berubah dari buruk kepada baik,dan baik kepada buruk.Sementara kesempurnaan itu,dilengkapi dengan jasad yang disaluti dengan hati,nafsu dan akal.Manusia juga dapat menggunakan segala pancainderanya untuk menjalankan tanggungjawab,fungsi dan tugas. Konsep Tentang Manusia Manusia yang digambarkan dengan kataal- Insan, disebut sebanyak 65 kali dalam al- Quran.Perjalanan hidup manusia,dicoret sebagai melalui 2 tahap kehidupan.Iaitu meliputi peringkat (al-Ghaib), dan (alZahir) iaitu proses yang diketahui secara ilmiah .Prosesal- Ghaib atau alam alRoh, bermula dari penciptaan dari tanah (tin),debu dan lumpur(turab).Seterusnya keperingkatal-zah ir dalam alam rahim ibu,bermula dari segumpal darah kemudian disalut tulang dan daging,seterusnya ditiup roh. Manusia yang disifatkan sebagai penciptaan yang paling sempurna dan lengkap (ahsani taqwin ), diberi amanah mengurus dunia ini dan diangkat martabatnya menjadi khalifah,apabila tanggungjawab itu tidak sanggup dipikul oleh makhluk lain. Lantaran manusia,diberi tanggungjawab untuk mengurus dunia ini,maka sudah tentu ianya memerlukan ilmu dan kemahiran bagi memudahkan mereka mengurus tanggungjawab itu.Oleh yang demikian,sudah menjadi tanggungjawab warga pengurusan institutsi latihan,bagi mengatur strategi menyediakan latihan dan keperluan itu,dengan meningkatkan psikomotor audian.Untuk itu,dalam pengisian latihan,pihak pengurusan latihan mestilah memastikan matlamat untuk menyediakan modal insan yang bertakwa,unggul atau the towering personality akan tercapai. Pujangga pernah berkata,ilmu yang tidak diamal,diibaratkan sepohon pokok yang rendang dan indah,tetapi tiada berbuah.Justeru dari kata pujangga itu,dapatlah digambarkan bahawa amalan merupakan natijah akhir kepada sesuatu keberkesanan latihan yang diberikan kepada audian. KEPENTINGAN LATIHAN DALAM MELAHIRKAN MODAL INSAN HADHARI Latihan menjadi penting apabila dunia dan persekitarannya mula berubah dengan pesat.Kepesatan ini,memerlukan barisan modal insan yang hadhari untuk menghadapi dan menyelesaikannya.Ditambah dengan sentiasa pemisah lagi oleh persaingan dan cabaran intelektual yang hebat.Kompetensi yang dihadapi manusia kini,menjadikan pencapaian melalui latihan sebagai diantara satu sama lain.Kepentingan latihan ini juga dapat ditegaskan Hadis Nabi SAW :-

Islam Menggalakkan Penimbaan Ilmu dan Latihan.Dalam Islam,menimba ilmu dan latihan adalah wajib bagi setiap lelaki dan perempuan. Menuntut ilmu wajib

bagi Muslimin lelaki dan perempuan Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina Kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib ke atas orang Islam Secara ringkasnya,kepentingan latihan itu meliputi :- Profesionalisme Pengurusan Dalam kehidupan Harian : Memimpin diri dan manusia hari ini menjadi semakin kompleks berikutan dengan perubahan senario politik,ekonomi,teknologi dan sosial yang semakin sukar dijangka dan tidak menentu.Justeru itu,manusia perlu mempunyai bukan sahaja pengalaman,tetapi juga ilmu pengetahuan dan latihan yang sentiasa diperbaharui dan dipertingkatkan supaya dapat menggunakan secara maksimum sumber-sumber yang ada,terutamanya sumber manusia untuk kepentingan diri dan juga masyarakat. Cabaran Globalisasi : Dunia kini sedang mengalami perubahan pesat akibat daripada globalisasi serta kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.Setiap pencapaian atau kemajuan memerlukan tahap latihan, pengetahuann, inovasi dan kreativiti yang lebih tinggi.Apa yang perlu ialah persiapan untuk menerima dan melibatkan diri sepenuhnya dengan peraturan baru ini. Manusia perlu melengkapkan diri dengan latihan dan ilmu pengetahuan yang sesuai untuk menghadapi persaingan itu.Dengan latihan manusia boleh melibatkan diri secara aktif dan bermakna dalam perundingan dan perbincangan mengenai isu-isu ekonomi,politik dan sosial di peringkat antarabangsa. Antara latihan dan kemahiran yang perlu ialah fasih berbahasa inggeris dan bahasa-bahasa utama lain,bujak berkomunikasi, mahir berunding,cekap membuat keputusan dan sebagainya. MenggalakK-Based : Dalam era K-Ekonomi,ilmu dan latihan adalah penjana utama pertumbuhan ekonomi.Penggunaan ilmu yang cekap dan berkesan akan menjurus kepada pertambahan pengeluaran dengan kualiti yang lebih baik dan kos yang lebih rendah dan dengan itu memperolehi untung yang lebih tinggi. Ledakan pesat ICT : Perkembangan pesat dalam bidang ICT menjadikan kos kuminkasi dan pengangkutan lebih murah serta dapat bergerak dengan pantas. Internet, e-mail,laman web dan alat komunikasi lain seperti telefon selular,mesin faksimili dan setelit merupakan keperluan harian yang membolehkan manusia berkomunikasi dengan warga dunia secara mudah,cekap dan segera.Manusia perlu meningkatkan keupayaannya untuk menerima dan menyerapkan teknologi yang sentiasa berubah ini untuk sentiasa berada di hadapan,dan menerima kenyataan bahawa ianya tidak dapat lari daripada ledakan ICT ini. Dengan itu manusia perlu lengkapkan diri dengan latihan,ilmu dan kemahiran. CIRI-CIRI MODAL INSAN HADHARI Ciri-ciri modal insan hadhari tidak mustahil untuk dilahirkan apabila individu itu mengikuti proses latihan.Proses latihan melibatkanin put,proses danoutput. Akidah Yang Sempurna ( Salim al-Akidah ) Dalam dunia yang penuh dengan cabaran penyelewengan keaslian ajaran Islam.Maka akidah yang sempurna,mestilah menjadi akar tunjang dan pegangan bagi mengatasi segala permasalahan yang mendatang. Dalam ertikata lain,kemampuan seseorang individu dalam merujuk dua sumber warisan peninggalan Allah dan al-Rasul,menjadi asas kepada melahirkan insan yang sempurna akidahnya.

Segala kekalutan sosial yang berlaku dikalangan masyarakat kini,adalah berpunca dari rapuhnya akidah yang dianuti.Justeru itulah,ulamak Islam mengambarkan kepentingan akidah sebagai Awaludin marifatullah (Awal agama adalah mengenal Allah ). Kesempurnaan akidah akan meledakkan sifat taqwa dalam diri manusia.Ciri-ciri manusia yang bertaqwa adalah bagi mereka yang sentiasa beriman dengan bukan sahaja perkara-perkara zahir,tetapi meliputi perkara ghaib,mendirikan solat,membayar zakat,beramal dengan ayat al- quran dan kitab-kitab sebelumnya serta beriman dengan hari akhirat. Ibadah Yang Betul ( Sahih al-Ibadah ). Ibadah dalam islam ,meliputi semua perkara dan pekerjaan yang disandarkan niatnya kepada Allah SWT.Seperti apa yang disabdakan oleh nabi SAW Setiap pekerjaan bermula dengan niat... Justeru itu,modal insan hadhari yang perlu disediakan oleh pelaksana program latihan adalah memberi kefahaman tentang konsep ibadah yang betul menurut islam,bermula dari niat yang hanya untuk Allah SWT seterusnya diikuti dengan gerak laku mengikut syarat dan rukun. Akhlak Yang Utuh. ( khuluk al-Matin ) Akhlak merupakan kompenan terpenting dalam struktur agama,selepas akidah dan syariah.Serta menjadi missi penting pengutusan Rasulullah SAW.Seperti sabdanyaTidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurna kan akhlak yang baikJusteru itu,modal insan hadhari sewajibnya mempunyai sifat-sifatmahmudah seperti menyantuni manusia,bertimbangrasa,ikhlas,jujur dan segala macam penampilan integriti yang lain.Sementara akhlakma zm u mah seperti khianat,hasad dengki,derhaka kepada ibu-bapa dan pemerintah serta segala macam sifat negatif yang lain,perlulah dijauhkan. Kuat Fizikal ( Qawiey al-Jisim ) Pujangga arab pernah berkata, al-Aqlu al-Salim fi al-Jism al- Salim.(Akal yang sejahtera datangnya dari badan yang sihat).Oleh yang demikian,insan hadahari mestilah mempunyai kesihatan dan badan yang sihat,supaya dengan itu,akan memberikan rangsangan idea yang bernas ketika berfikir dan memeberi pendapat. Pemikiran Intelek ( Mushaqafah al-fikri ) Modal insan yang hadhari adalah mereka yang dapat menguasai sebarang kepakaran ilmu pengetahuan.Dunia globalisasi kini,memerlukan sumber tenaga manusia yang mahir berteraskan ilmu pengetahuan.Saranan seumpama ini bukanlah merupakan saranan baru,sebaliknya disuarakan semenjak zaman Yunani lagi,ketika mana Aristotale berkata :Knowledge is more useful than wealth,as knowledge Could protect man from disaster,whilst wealth need To be protected against disasterLantaran itu,kejayaan sesebuah bangsa dan negara bergantung sejauh mana mereka dapat menguasai dan melonjak ilmu pengetahuan.Malah lebih gemilang lagi,apabila mereka dapat menjadikan ilmu sebagai budaya kehidupan.Budaya ilmu bermaksud,keadaan di mana setiap lapisan anggota masyarakat melibatkan diri baik secara

langsung, mahupun tidak langsung dengan teratur dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan. Bermujahadah terhadap nafsunya ( Mujahadah al-Nafs ) Nafsu merupakan kompenan dalaman manusia,yang perlu dilatih secara agrasif atau mujahadah.Menurut ilmu tasawuf, Nafsu terbahagi kepada beberapa tingkatan.Tiga nafsu yang terkeji seperti nafs al-Ammarah ,nafs al-Lauwammah dan nafs al-Mulhamah, perlulah dihindari.Sementara empat lagi adalah nafsu terpuji,seperti nafs al-Mutmainnah,nafs alRadhiah,nafs al-Mardhiahdan nafs al-Kamilah,kesemua ini hendaklah dituruti dan dicari. Gagal mengawal nafsu,akan mengundang musibah kepada diri manusia.Apabila mereka tidak segan silu,melakukan dosa dan maksiat.Jadi,segala kerjalaku dosa dan maksiat adalah berpunca dari kegagalan individu itu,mengawal nafsunya. Berusaha dengan sendiri ( Qadirun ala kasbi ) Modal insan yang diperlukan oleh sesebuah negara adalah bagi mereka yang dapat berusaha dengan usaha sendiri tanpa mengharap pergantungan dari orang lain.Atau dalam aspek pembangunan negara, bukanlah dengan hanya menhgharapkan subsidi dan bantuan dari kerajaan dan pemerintah semata-mata. Ambil berat dengan urusan waktunya ( Harisun ala al-Wakt ) Pengurusan waktu yang baik,merupakan formula kejayaan seseorang manusia.Justeru itu,banyak dalam ayat-ayat Allah SWT dalam al-Quran menceritakan perihal penting mengenai masa.Sehinggakan diturunkan satu surah khusus menceritakan kepentingan masa,seperti firman Allah SWT dalam surah al- Asr..Demi masa!,sesungguhnya manusia dalam kerugian. Masa adalah suatu amanah.Oleh kerana itu,manusia yang dapat mengurus masa mengikut keutamaan(al-Awlawiyiat ),adalah mereka yang berjaya dalam hidup.Lantaran itu, masa perlu diatur mengikut keutamaan, kepentingan dan kesegeraan sesuatu kerja.Pekerjaan yang tidak penting dan tidak utama,tidak perlu disegerakan dan hendaklah ditangguhkan kemudian. Teratur dalam urusannya ( Munazhamun fi shuuni ) Insan hadhari yang perlu dibentuk dalam program latihan adalah generasi yang dapat mengatur urusan kehidupan mereka.Faktor disiplin diri,merupakan ramuan mujarab untuk menjadikan manusia berjaya dan teratur dalam urusan hidup. Sebagai umat islam,kita hendaklah bersifat terbuka mengenai urusan pengurusan hidup yang berkualiti.Begitu juga dalam pengurusan sesebuah organisasi,dengan tidak malu untuk mencontohi pihak barat dan Jepun,demi mengujudkan pengurusan organisasi yang efision.Standart kuality yang berasaskan standart ISO oleh barat atau kualiti 5S yang diperkenalkan oleh Jepun,hendaklah diadaptasi oleh umat islam,selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat agama. Bermanfaat untuk orang lain ( Nafi lil Ghairihi ) Kejayaan yang terakhir kepada sesebuah program latihan,adalah bergantung sejauh mana audian yang telah

mengikuti program latihan itu, dapat memberi manfaat kepada lain,samada yang melibatkan keluarga,masyarakat dan negaranya. Sifat seperti pokok kelapa,yang boleh memberi manfaat akar sampai ke pucuknya,hendaklah dijadikan contoh oleh nabi SAW,pernah membuat perbandingan pokok kurma yang menguji para sahabat,dengan sabdanya Pokok memberi manfaat kepada umat manusia

orang

kepada manusia dari manusia.Justeru itulah dalam satu teka-teki apakah yang dapat

Ungkapan seumpama,apakah sumbangan agama dan negara kepada anda!,hendaklah diubah kepada apakah sumbangan anda kepada agama dan negara!. Dan slogan keramat itu hendaklah sentiasa diingati dan dipamirkan oleh setiap warganegara.Slogan seperti Erti hidup biar memberi,daripada menerima,hendaklah dijadikan azimat sepanjang kehidupan. KESIMPULAN DAN PENUTUP Sesungguhnya,penyediaan modal insan yang hadhari hendaklah dirancang dengan sebaik- baiknya.Pengembelingan tenaga,dari semua warga institutsi latihan hendaklah dilakukan secara menyeluruh,memandangkan tugas menyediakan modal insan ini,adalah tugas besar yang mesti dilakukan secara kolektif oleh semua warga yang menjadikan latihan sebagaicorebusiness. Cabaran besar yang perlu dihadapi kini dan akan datang,memerlukan barisan warga insan yang hadhari dari sudut pemikiran,penguasaan ilmu,penampilan diri,komunikasi berkesan dan sebagainya.Tetapi,yang perlu diingatkan adalah setiap langkah untuk menyediakan modal insan yang hadhari mestilah bertunjangkan kepada konsep beragama.Dan agama yang diiktiraf oleh Allah SWT,adalah agama Islam. RUJUKAN Tafsir Pimpinan al-Rahman,2000, Kuala Lumpur, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Abd al-Baqi,Muhammad Fuad,t.t,al-Mujam al-Mufahrash Li Alfadz al-Quran alKarim,Beirut,Dar Ihya alTurats al-Arabi. Hadis Sahih Muslim,1988,Beirut,Maktabah al-Risalah. Kamus Dewan Bahasa & Pustaka,1989,Kuala Lumpur,DBP. Azman Che Omar,2001,Pengurusan Di Malaysia Dari Perspektif Islam,Kuala Lumpur,DBP. Abdul Rahman Ahmad.Dr,t.t,Pengenalan Latihan Dalam Organisasi,Nota Kursus TOT,Kuala Lumpur,ILIM. JAKIM, 2004,Konsep Islam Hadhari,Kuala Lumpur,JAKIM. Ibn Khaldun,1967,al-Muqadimah,Mesir,Darul Syuruk.

Al-Attas,Prof.Dr,1977,Aims Lumpur,ISTAC.

And

Objectives

Of

Islamic

Education,Luala Dalam

Wan M. Nor Wan Daud,Dr.,1989,Konsep Islam,Indonesia,Pustaka Bandung.

Pengetahuan