Anda di halaman 1dari 3

Tema ( Misa Melayu) Tema karya ini ialah tentang sejarah raja-raja Melayu yang memerintah negeri Perak

antara tahun 1700 hingga 1780-an. Penceritaan agak teratur menurut kronologi. Anehnya Raja Chulan tidak memuatkan unsur-unsur mitos. Antara isi ceritanya ialah :v 1. Kesultanan negeri Perak berasal dari keturunan yang agung, Raja Iskandar Zulkarnain / ( Alexander The Great yang memerintah Macedonia di Iraq) . Jurai keturunannya hingga kepada Raja Nursyirwan Adil dan anak cucu Raja Chulan ( Raja Chola) yang memerintah hingga ke selatan Tanah Melayu. 2. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Perak, orang Belanda telah mendirikan gudang atau loji perniagaan bijih timah di Pengkalan Halban setelah mendapat kebenaran Sultan Muzaffar Syah. Sejarawan Andaya menyatakan pada 22 oktober 1746, Arry Veerbrugge dihantar ke Perak untuk berunding mengenai perniagaan bijih timah dan membina loji di Pengkalan Halban , berhampiran dengan muara Sungai Kinta - Sungai Perak, berdekatan dengan Pulau Indera Sakti. 3. Raja Chulan juga terlibat dalam rundingan peminangan Raja Muda akan Raja Budak Rasul Sultan Iskandar Zulkarnain bersama Raja Chulan dan lain-lain menyusur pantai negeri Perak. Raja Iskandar menuba ikan di Sungai Budiman , berhampiran dengan Pulau Besar dan Pulau Juar di Kampung Gajah. Sungai Budiman bercantum dengan Sungai Kinta dan Sungai Perak di hulu Sungai Budiman terletaknya kawasan bijih timah yang penting seperti Sungai Galah,Tanjung Tualang,Batu Gajah,Kampar dan lain-lain. Istiadat melenggang perut permaisuri Raja Iskandar.

4.

5.

6.

7. Perkahwinan Raja Iskandar dengan Raja Budak Rasul. 8. Kisah Sultan Muhammad ( waris yang muda) menyelesaikan masalah perebutan kuasa dengan Sultan Muzaffar Syah ( waris yang tua). Episod Sultan Muzaffar Syah yang ingin bermenantukan Raja Muda. Sultan Muzaffar meminta Raja Chulan menyatakan hasrat kepada Raja Muda. Akhirnya , puteri Sultan Muazaffar Syah yang bernama Raja Budak Rasul dkahwinkan dengan Raja Muda.

9.

10. Kisah Sultan Muhammad Syah ) 1744-1750) mengorbankan kedudukannya sendiri selaku Sultan Perak , agar Perak dicantum semula di bawah pemerintahan seorang sultan sahaja iaitu kekandanya Sultan Muzaffar Syah.

Sejarah melayu 1. Pengarang menggalur asal-usul raja Melayu, daripada Iskandar Zukarnain hinggalah kepada Sultan Mahmud di zaman pasca-Melaka, di Kampar. 2. Bingkai geografinya ialah Kepulauan Melayu, tetapi karya ini tidak sempit, kerana segala hubungan bangsa-bangsa di daerah Melayu ini dengan dunia luar juga dijelaskan dan diperikan, dalam rangka fikiran bahawa inilah suatu daerah penting dan hubungan dengan bangsa dan budaya luar yang besar adalah salah satu syarat untuk menumbuhkannya. 3. Pengarang karya ini hidup dalam dunia akaliah yang lebar. Yang terkuat adalah agama, tetapi berserta dengannya terdapat dunia pemikiran sastera, pentadbiran, undang-undang dan juga adat istiadat. 4. Pada dasarnya karya ini adalah sejarah raja-raja Melayu Melaka dan jajajahannya, yang dijalinkan melalui sebuah salasilah. Beliau cuba menangkap sejarah sebagai pengalaman bangsa 5. membentangkan tema sejagat kerana beliau merasakan bahawa pengarang yang penting harus dapat menangkap persoalan penting dalam berbagai situasi manusia. Oleh yang demikian beliau menggali makna dari perselisihan di antara dua kumpulan Melayu, Tun Perak dan Seri Nara al-Diraja, dan seterusnya sebelum kekalahan Melaka di antara Bendahara Seri Maharaja dan Laksamana. Makna mujarad kemenangan dan kekalahan dilukiskan dengan garis besar serta halus. Yang dialami dalam gelanggang besar sebuah negeri juga digandingkan peristiwa yang lebih individu sifatnya dengan makna perbadi pengalaman ini. 6. ulalat al-Salatin juga menangkap imaginasi pembaca biasa dengan cerita kesetiaan Hang Tuah, dan derhaka Hang Kasturi, kecantikan Tun Fatimah yang hampir mengorbankan dirinya sendiri, hak wanita dan hak orang Aslian dsb. 7. Bangsa Melayu adalah bangsa yang ghairah dengan politiknya. Masalah kekuasaan, siapa yang menjadi raja dan berkuasa, puak dan penyokong menjadi persoalan abadi. cara-cara raja dan pegawai mendapatkan kuasa ini dan bergaduh atau bersatu untuk mengekalkannya. 8. masalah hak wanita.Walau sering wanita dianggap sebagai barang dan hiasan lelaki, namun sesekali hak wanita dilatardepankan. Biasanya watak-watak yang agak kuatlah yang merebut kuasa ini kerana jarang sekali kuasa diserahkan oleh lelaki. Tun Fatimah yang menggugurkan anaknya dengan Sultan Mahmud sebagai protes terhadap kekejaman baginda membunuh suami dan ayahnya dan memaksanya menjadi isterinya. akhirnya Sultan telah berjanji akan merajakan anaknya sekiranya Tun Fatimah terus menjaga kandungannya. Inilah hak yang diperjuangkan oleh seorang mangsa raja lelaki yang tidak dapat mengekang diri atau perasaannya. 9. puteri Gunung Ledang juga boleh dibaca sebagai protes wanita yang biasanya dianggap tidak berkuasa. Dalam permintaan Puteri itu, sebagai hantarannya disyaratkan darah anak raja sendiri. Apakah ini dapat dibaca sebagai ejekan raja yang selalu merasakan dia akan mendapat apa saja yang dihajati, dan begitu kaya dia dapat menyediakan segala-galanya? bahawa masih ada orang yang tidak boleh dibeli dan ada syarat yang tidak mungkin dipenuhkan, walau pun oleh Raja besar Melaka. 10. esetiaan rakyat kepada raja, dan janji bahawa raja tidak mengaibkan rakyatnya, betapa pun besar kesalahannya. Kesetiaan menemui berbagai wajah dan penyempurnaannya. Pengaiban juga tidak kurang leluasanya, dari penyulaan anak

Sang Rajuna Tapa yang ternyata tidak bersalah, hinggalah kepada Tun Fatimah yang menjadi mangsa lelaki. 11. keadilan. Sering tema ini diulang di sepanjang karya besar ini, kerana sering pula kebenaran dikesampingkan untuk dibenarkan hasrat atau kerakusan raja atau pegawainya. Jadi pengarang mengulangkan situasi yang berbagai-bagai ini untuk menggarisbawahi betapa petingnya nilai ini untuk kelangsungan bangsa, manusia dan raja serta negeri. 12. menyanjung ilmu dan orang berilmu. Dalam sebuah episod Sultan harus meninggalkan gajahnya dan berjalan ke rumah gurunya sebagai pelajar biasa, kerana dalam bidang ilmu tiada yang lebih tinggi dari guru, walau pun dia seorang sultan negeri yang besar. Begitu juga mereka yang pandai dalam bidang ini dihormati dan dijadikan `makhdum, kadhi dsb.

13. Jadi bendahara dan raja sering berpesan kepada pegawai dan anak cucunya, kadang-kadang dengan nafas terakhir mereka, supaya berlaku adil kepada rakyat dan terus menjaga mereka dengan baik, kerana mereka menjadi akar kepada pohon negara. Tanpa rakyat tidak mungkin wujud raja atau pentadbir. 14. Oleh itu nilai-nilai dasar Melayu yang kekal ditekankan. Manusia Melayu diajak menjadi manusia moral, berkata hati, berbudi bahasa dan setia membangunkan negerinya.
15.

Anda mungkin juga menyukai