Anda di halaman 1dari 13

MLVK/T/1001(P4)

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2005

MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL KEBANGSAAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA. 02 FEBRUARI 2005

Panduan Permohonan Sebagai Pusat Bertauliah

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2005

KANDUNGAN

MULA BERKUATKUASA TAFSIRAN

.... ...

2 2-3 4 5-6 7 7 7-9 10 11 11 11-12 12

KRITERIA PENTAULIAHAN

PERLANTIKAN PERSONEL PENTAULIAHAN (PPB, PPD DAN PP) PERMOHONAN PENTAULIAHAN PEMERIKSAAN PERMOHONAN KELULUSAN PENTAULIAHAN .. ... ...

PERMOHONAN PINDAAN BUTIRAN PUSAT BERTAULIAH ... PERMOHONAN PINDAH MILIK PUSAT BERTAULIAH ... PEMBAHARUAN PENTAULIAHAN .. PEMBATALAN PENTAULIAHAN

PENGGANTIAN SIJIL AKUAN PENTAULIAHAN .

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA 2005

1.

PENDAHULUAN 1.1 Panduan dan Peraturan-peraturan ini bertujuan untuk menetapkan keperluan berkaitan dengan permohonan, pembaharuan pentauliahan dan perlaksanaan pentauliahan di bawah sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

2.

MULA BERKUATKUASA 2.1 Panduan dan Peraturan-Peraturan ini mula berkuatkuasa pada 02hb. Februari 2005. Dengan berkuatkuasanya Peraturan ini, Panduan Permohonan Sebagai Pusat Bertauliah Persijilan Kemahiran Malaysia (Tahap 1 hingga Tahap 5) Ruj. MLVK/T/1001(P2) bertarikh 1hb. Julai 2002, Pekeliling Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia Bil. 2/2002 bertarikh 1hb. Ogos 2002 dan Pekeliling Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia Bil. 1/2003 adalah DIBATALKAN.

3.

TAFSIRAN 3.1 Dalam Peraturan-Peraturan ini, tafsiran yang dimaksudkan adalah seperti berikut:Daftar Standard ertinya satu dokumen yang menyenaraikan tajuk-tajuk pekerjaan bagi semua SKPK yang telah diluluskan oleh MLVK. Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) ertinya dokumen yang diluluskan oleh MLVK, yang menggariskan keterampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan. Pentauliahan ertinya kaedah di mana MLVK mengendali dan melaksanakan sistem Persijilan Kemahiran Malaysia, yang menganugerahkan kelayakan kemahiran kepada mereka yang layak. Pusat Bertauliah ertinya institusi latihan kemahiran yang telah diluluskan oleh MLVK untuk mengendali latihan berdasarkan kepada keperluan SKPK, dan menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu. Pegawai Penilai ertinya seseorang personel yang berkelayakan dalam bidang kemahiran tertentu yang berkhidmat di Pusat Bertauliah dan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk melaksanakan penilaian keterampilan calon. Pegawai Pengesah Dalaman ertinya seseorang personel yang berkelayakan dalam bidang kemahiran tertentu yang berkhidmat di Pusat Bertauliah dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk melaksanakan penentusahan dalaman di Pusat Bertauliah.

Pengurus Pusat Bertauliah ertinya seseorang personel yang diberikan kuasa oleh Ketua Pengarah untuk mentadbir pelaksanaan pentauliahan persijilan. Pegawai Pengesah Luaran ertinya seseorang personel yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk melaksanakan penentusahan luaran di Pusat Bertauliah. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ertinya kelayakan kemahiran yang dianugerahkan oleh MLVK kepada calon yang telah dinilai dan disahkan terampil mengikut kesemua keperluan SKPK tertentu. Penyata Pencapaian (PC) ertinya kelayakan kemahiran yang dianugerahkan oleh MLVK kepada calon yang telah dinilai dan disahkan terampil mengikut sebahagian sahaja keperluan SKPK tertentu. Tahap ertinya tingkatan kemahiran dalam satu bidang pekerjaan dalam Standard, sama ada tahap 1, 2, 3, Diploma atau Diploma Lanjutan. kelayakan ertinya apa-apa pengalaman kerja dalam bidang kemahiran tertentu atau apa-apa sijil, diploma, ijazah yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah MLVK. kelompok kemahiran ertinya himpunan tajuk-tajuk pekerjaan dalam satu kumpulan kemahiran yang sama sepertimana yang ditetapkan dalam Daftar Standard calon ertinya mana-mana pelatih yang berdaftar dengan Ketua Pengarah untuk mendapatkan Sijil program ertinya mana-mana satu tajuk pekerjaan untuk satu tahap yang ditetapkan dalam Daftar Standard

4.

KRITERIA PENTAULIAHAN 4.1 Sesebuah penyedia latihan kemahiran yang ingin ditauliahkan hendaklah memenuhi kriteria berikut:4.1.1 Penyedia latihan kemahiran telah ditubuhkan dan didaftarkan secara sah :(a) sebagai Syarikat Sendirian Berhad atau Syarikat Berhad atau Perniagaan atau Persatuan/Pertubuhan; dan mendapat kelulusan Jabatan Bomba dan Keselamatan; dan Jabatan Kesihatan dan Majlis Tempatan berkenaan; atau (b) telah didaftarkan sebagai Institusi Latihan oleh mana-mana agensi Kerajaan mengikut apa-apa peruntukan perundangan yang berkaitan. 4.1.2 Membuat permohonan dan berkeupayaan melaksanakan latihan yang merangkumi Tahap 1 dan Tahap 2, manakala bagi bidang yang SKPKnya bermula dari Tahap 2 permohonan mestilah merangkumi Tahap 2 dan Tahap 3; 4.1.3 Mempunyai sukatan atau program latihan yang dapat mengadakan latihan dan penilaian kemahiran bagi memenuhi kehendak SKPK bagi program/programprogram yang dipohon; 4.1.4 Mempunyai kemudahan dan keupayaan bagi maksud mengadakan latihan dan penilaian kemahiran mengikut kehendak SKPK bagi program/program-program yang dipohon; 4.1.5 Menggaji pengajar yang berkelayakan atau yang mahir yang dapat menjalankan latihan kemahiran dan penilaian untuk memenuhi kehendak SKPK bagi program/program-program yang dipohon; 4.1.6 Berupaya memenuhi dasar dan tatacara jaminan kualiti yang ditetapkan termasuk mempunyai personel pentauliahan Pengurus Pusat Bertauliah (PPB), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) dan Pegawai Penilai (PP) yang sesuai dan mencukupi; 4.1.7 Melaksanakan latihan mengikut tempoh yang telah ditetapkan seperti berikut:Tahap T1 & T2 T3 sahaja T1,T2 & T3 T2 T2 & T3 T3 & DKM T2, T3 & DKM T1,T2, T3 & DKM T1,T2,T3,DKM & DLKM DKM sahaja DLKM sahaja 1200 jam (1 tahun) 1200 jam (1 tahun) 2400 jam (2 tahun) bagi bidang yang SKPK bermula dari T1 600 jam bagi bidang yang SKPK TIDAK bermula dengan T1 1800 jam (1 tahun) bagi bidang yang SKPK TIDAK bermula dengan T1 2400 jam (2 tahun) + 3 bulan OJT 3600 jam (3 tahun) + 3 bulan OJT 3600 jam (3 tahun) + 3 bulan OJT 5400 jam (4 tahun) + 3 bulan OJT + 3 bulan OJT 1200 jam + 3 bulan OJT bagi pelatih yang mempunyai T3 1800 jam + 3 bulan OJT bagi pelatih yang mempunyai DKM Tempoh Latihan

4.1.8 Kriteria-kriteria lain yang ditetapkan oleh MLVK dari semasa ke semasa.

5.

PERLANTIKAN PERSONEL PENTAULIAHAN (PPB, PPD, PP) 5.1 Sesebuah penyedia latihan kemahiran yang memohon pentauliahan dikehendaki melantik personel-personel pentauliahan yang berketrampilan mengikut keperluankeperluan berikut:(a) bagi setiap program seorang PP dan seorang PPD perlu dilantik; (b) bagi KELOMPOK KEMAHIRAN yang sama, sekurang-kurangnya seorang PPD perlu dilantik bagi kelompok berkenaan dan seorang PP bagi setiap program berkenaan; dan (c) seorang PPB hendaklah dilantik bagi bertanggangjawab memastikan Jaminan Kualiti Pentauliahan Persijilan di Pusat Bertauliah berkenaan. 5.2 Kriteria Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) 5.2.1 Seseorang yang dilantik sebagai PPB perlulah memiliki kriteria-kriteria kelayakan seperti berikut:(a) Ketua kepada organisasi atau pegawai yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir organisasi berkenaan; dan (b) Lulus Penilaian Jaminan Kualiti Pentauliahan Persijilan melalui Kursus Induksi Pentauliahan atau apa-apa cara yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah MLVK. Kriteria Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) 5.3.1 Seseorang yang dilantik sebagai PPD perlulah memiliki kriteria-kriteria kelayakan seperti berikut:(a) Berumur sekurang-kurangnya 25 tahun; (b) Lulus Penilaian Jaminan Kualiti Pentauliahan Persijilan melalui Kursus Induksi Pentauliahan atau apa-apa cara yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah MLVK; (c) Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia atau lain-lain kelayakan daripada institusi latihan awam atau swasta yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah MLVK dalam bidang yang berkaitan; dan (d) Pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan sekurang-kurangnya 2 tahun.

5.3

5.4

Kriteria Pegawai Penilai (PP) 5.4.1 Seseorang PP yang dilantik perlulah memiliki kriteria-kriteria kelayakan seperti berikut:(a) Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun; (b) Lulus Penilaian Jaminan Kualiti Pentauliahan Persijilan melalui Kursus Induksi Pentauliahan atau apa-apa cara yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah MLVK; dan (c) Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang dan satu tahap lebih tinggi atau tahap tertinggi yang ditawarkan oleh SKM pada waktu itu daripada program yang dipertanggungjawabkan; atau (d) Memiliki lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah MLVK dengan dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan; (e) PP yang memiliki Diploma/Ijazah serta dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan boleh dilantik bagi program-program Tahap 4 dan Tahap 5; dan (f) Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia bidang Pengajar Vokasional atau Sijil Perguruan Vokasional atau Sijil Latihan Mengajar yang dikeluarkan oleh Pusat Latihan Mengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) atau mana-mana sijil pengajar Vokasional yang diiktiraf oleh MLVK. 5.4.2 Bagi Program Latihan Pengajar Vokasional seseorang PP yang dilantik oleh penyedia latihan kemahiran perlulah memenuhi kriteria-kriteria berikut:(a) Memiliki SKM Tahap 3 Pengajar Vokasional dan mempunyai tiga (3) tahun pengalaman mengajar latihan kemahiran; (b) Mempunyai kelayakan minimum peringkat Diploma Pengajar Vokasional Kebangsaan dari CIAST (NITP) dengan pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; (c) Mempunyai kelayakan minimum peringkat Sijil Teknik Mengajar (dari CIAST atau Maktab Perguruan Teknik) dengan pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun; atau (d) Mempunyai Pengalaman mengajar Program Pengajar Vokasional / Teknik Mengajar peringkat sijil dalam bidang teknikal atau vokasional sekurang-kurangnya tujuh (7) tahun; (e) Telah menghadiri Kursus Induksi PP dan PPD anjuran MLVK; dan (f) Berdaftar dengan MLVK sebagai Pengajar Bertauliah MLVK

6.

PERMOHONAN PENTAULIAHAN 6.1 Permohonan pentauliahan dari mana-mana penyedia latihan kemahiran bagi sesuatu program hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah MLVK dengan :_ (a) (b) (c) 6.2 6.3 menggunakan Borang A Jadual Pertama. menyertakan apa-apa dokumen dan maklumat bagi maksud memutuskan permohonan itu; dan menyertakan bayaran fee yang ditetapkan.

Ketua Pengarah MLVK boleh meminta dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah MLVK dibawah perenggan 6.2 di atas tidak dikemukakan oleh penyedia latihan kemahiran dalam tempoh yang ditetapkan, permohonan itu akan dianggap ditarik balik oleh pemohon dan tidak boleh diteruskan. Permohonan hanya boleh dibuat bagi program yang diiklankan oleh Ketua Pengarah MLVK melalui laman web atau mana-mana media. Ketua Pengarah MLVK berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak dikemukakan dengan lengkap.

6.4 6.5

7.

LAWATAN PEMERIKSAAN 7.1 Pihak MLVK boleh pada bila-bila masa yang munasabah mengadakan Lawatan Pemeriksaan ke premis dan kemudahan pemohon untuk menentusahkan kesahihan bagi semua jenis permohonan. Pihak MLVK akan melakukan pemeriksaan berpandukan kepada Senarai Semak Permohonan & Lawatan Penilaian Pentauliahan seperti dalam Borang B.

7.2 8.

KELULUSAN PENTAULIAHAN 8.1 Selepas menimbangkan sesuatu permohonan Ketua Pengarah MLVK:(a) boleh meluluskan permohonan itu dan memberikan perakuan pentauliahan kepada penyedia latihan kemahiran bagi suatu tempoh yang ditetapkan; (b) boleh meluluskan permohonan itu, dan memberi perakuan pentauliahan kepada penyedia latihan kemahiran yang berlainan jenis daripada yang dipohon; atau (c) boleh menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.

8.2

Pusat Bertauliah yang diluluskan juga dikehendaki mematuhi semua Syarat Pentauliahan berikut:(a) Menjalankan latihan di premis yang dipersetujui sahaja. Penggunaan sebarang premis lain perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah MLVK secara bertulis terlebih dahulu; (b) Mengambil pelatih untuk latihan dihadkan kepada bilangan maksimum seperti yang dinyatakan dalam permohonan dan yang setara dengan kemudahan dan sumber latihan yang ada; (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) Telah melantik personel pentauliahan yang terdiri daripada PPB, PPD dan PP daripada mereka yang memenuhi kriteria yang ditetapkan sahaja; Mendaftar calon-calon dalam tempoh 30 hari dari tarikh mereka memulakan latihan di premis yang ditauliahkan; Merekod kehadiran harian pelatih; Menyediakan latihan dan penilaian yang lengkap bagi memenuhi kehendak keterampilan seperti yang dinyatakan dalam SKPK; Mentadbir rekod pencapaian dan portfolio calon secara sistematik dan kemaskini; Mengesahkan keterampilan calon yang benar-benar terampil sahaja dan menguruskan permohonan persijilan bagi mereka yang layak; Menyelesaikan semua urusan berkaitan pengeluaran sijil pada mana-mana peringkat sebelum calon meninggalkan pusat latihan atas apa-apa alasan; Menyampaikan mana-mana sijil yang telah dikeluarkan oleh MLVK kepada calon tanpa syarat, mana-mana sijil yang tidak dituntut oleh calon hendaklah dikembalikan kepada MLVK selepas enam (6) bulan dari tarikh terima sijil dari MLVK; Memaklumkan secara bertulis kepada Ketua Pengarah MLVK sebarang:(i) pengurangan dari segi kemudahan/peralatan yang digunakan untuk latihan; (ii) perubahan terhadap personel pentauliahan yang terdiri daripada PPB, PPD dan PP; (iii) hasrat untuk perpindahan premis latihan, dan hanya berbuat demikian setelah mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pengarah MLVK; atau struktur yuran baru yang dikenakan.

(k)

(iv) (l)

Mempamerkan di papan kenyataan atau lain-lain tempat yang mudah dilihat oleh orang awam:(i) Sijil Akuan Pentauliahan; (ii) struktur yuran latihan dan lain-lain bayaran berkaitan latihan; dan (iii) struktur organisasi dengan menyenaraikan personel pentauliahan yang terlibat lengkap dengan maklumat lantikan dan program yang dipertanggungjawabkan.

(m)

Membenarkan pegawai yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah MLVK untuk:(i) melawat premis latihan pada bila-bila masa yang sesuai, tanpa atau dengan memberi notis kepada Pusat Bertauliah; (ii) menilai pelaksanaan latihan, penilaian dan jaminan mutu; (iii) memeriksa kemudahan / peralatan latihan; (iv) menemubual calon / personel pentauliahan; atau (v) menyiasat laporan/aduan yang diterima. Mematuhi arahan MLVK untuk memperbaiki sebarang kekurangan atau ketidaksesuaian dalam hal-hal berkaitan kemudahan/peralatan/kaedah latihan dan penilaian.

(n)

8.3

Pusat Bertauliah yang diluluskan juga dikehendaki TIDAK melakukan apa-apa tindakan berikut:(a) melakukan sebarang tindakan yang boleh diertikan sebagai mencemar imej Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia; (b) menghalang mana-mana calon daripada berhenti mengikuti latihan atas kerelaan sendiri; (c) menghalang calon mendapatkan apa-apa dokumen atau bukti keterampilan bagi tujuan pembangunan portfolio dan persijilan calon; (d) menjalankan latihan di cawangan yang belum mendapat kelulusan pentauliahan MLVK secara berasingan; atau (e) mempamerkan atau menyiar dalam mana-mana media bercetak atau elektronik sebarang iklan atau publisiti berkaitan pentauliahan yang kurang tepat atau mengelirukan

9.

PERMOHONAN PINDAAN BUTIRAN PENTAULIAHAN 9.1 Pusat Bertauliah hendaklah mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah MLVK jika berhasrat meminda butiran pentauliahan berikut:(a) Nama Pusat Bertauliah; (b) Nama Syarikat Pemilik (yang tidak melibatkan urusan pindah milik); dan/atau (c) Alamat dan Premis Pusat Bertauliah (yang hanya melibatkan negeri yang sama sahaja). Permohonan untuk membuat pindaan bagi perenggan 9.1 di atas hendaklah dikemukakan menggunakan Borang A Jadual Pertama. Bagi tujuan perpindahan alamat dan premis, Pusat Bertauliah dikehendaki:(a) memastikan segala urusan latihan dan persijilan calon yang telah mendaftar di premis lama selesai; (b) melengkapkan segala peralatan latihan di premis baru; dan (c) pengambilan kumpulan calon baru di premis baru hanya boleh dibuat setelah mendapat kelulusan Ketua Pengarah MLVK. Ketua Pengarah MLVK akan mengeluarkan Surat Kelulusan Meminda Maklumat Pusat Bertauliah kepada pemohon yang didapati layak. Bagi permohonan perpindahan permis yang melibatkan pertukaran negeri yang berlainan, pemohon perlulah mengemukakan permohonan pentauliahan baru [mengikut keperluan perkara 6 Permohonan Pentauliahan di bawah perenggan 6.1 hingga perenggan 6.4]. Ketua Pengarah boleh menolak mana-mana permohonan yang dibuat jika didapati permohonan tersebut tidak memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan.

9.2

9.3

9.4 9.5

9.6

10

10.

PERMOHONAN PINDAH MILIK PUSAT BERTAULIAH 10.1 10.2 10.3 Permohonan untuk membuat pindah milik sesebuah Pusat Bertauliah hendaklah dikemukakan kepada MLVK dengan menggunakan Borang A Jadual Pertama. Ketua Pengarah MLVK berhak pada bila-bila masa memohon maklumat tambahan untuk menyokong permohonan tersebut di mana perlu. Ketua Pengarah MLVK tidak boleh dipertanggungjawabkan dengan apa-apa kesan yang diakibatkan dari pindah milik ini.

11.

PERMOHONAN PEMBAHARUAN PENTAULIAHAN 11.1 Pusat Bertauliah yang ingin memohon pembaharuan pentauliahan, iaitu dilanjutkan tempoh pentauliahan, bagi sesuatu program yang ditauliahkan hendaklah mengemukakan permohonan kepada Ketua Pengarah MLVK sekurang-kurangnya tiga (3) bulan, tetapi tidak lebih daripada enam (6) bulan sebelum tamat tempoh pentauliahan berkenaan. Permohonan hendaklah dikemukakan menggunakan Borang A Jadual Pertama beserta salinan Sijil Akuan Pentauliahan Pusat. Ketua Pengarah MLVK berhak pada bila-bila masa memohon maklumat-maklumat tambahan untuk menyokong pembaharuan pentauliahan dimana perlu. Ketua Pengarah MLVK berhak tidak membaharui pentauliahan yang dipohon, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.

11.2

11.3 11.4

12.

PEMBATALAN PENTAULIAHAN 12.1 Ketua Pengarah MLVK boleh, pada bila-bila masa, membatalkan perakuan pentauliahan yang diberikan kepada mana-mana Pusat Bertauliah sekiranya Pusat Bertauliah berkenaan:(a) tidak mengekalkan standard dan kualiti yang dikehendaki; (b) melanggar apa-apa syarat yang ditetapkan dalam Peraturan ini; (c) diisytihar bankrap, atau penggulungan syarikat; (d) tidak aktif berterusan selama dua belas (12) bulan secara berterusan; (e) telah memperolehi pentauliahan melalui salah nyataan atau penipuan; atau (f) kerana apa-apa sebab lain yang mencukupi.

11

12.2 12.3

Ketua Pengarah MLVK akan memberi notis untuk membatalkan pentauliahan dengan memberi alasan pembatalan tersebut. Ketua Pengarah MLVK boleh juga mengambil tindakan menyenarai hitam mana-mana organisasi atau personel yang terlibat dengan Pusat Bertauliah yang gagal memenuhi peruntukan di bawah perenggan 12.1 di atas, dan dengan ini tidak menimbang organisasi atau personel berkaitan dalam apa-apa urusan Persijilan Kemahiran Malaysia.

13.

PENGGANTIAN SIJIL AKUAN PENTAULIAHAN YANG HILANG ATAU ROSAK 13.1 Permohonan daripada mana-mana Pusat Bertauliah untuk mengganti Sijil Akuan Pentauliahan yang hilang atau rosak hendaklah membuat permohonan secara bertulis kepada Ketua Pengarah MLVK dengan menyertakan maklumat-maklumat berikut:(a) (b) (c) Laporan Polis; Surat Akuan Sumpah; dan Salinan Sijil Akuan Pentauliahan.

12

Anda mungkin juga menyukai