Anda di halaman 1dari 27

Topikȱ5 X Permainanȱ

BolaȱBalingȱ

HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas dalam permainan bola
baling;
2. Mengaplikasikan kemahiran dalam strategi dan latihan permainan
tersebut; dan
3. Mengaplikasikan pengetahuan bola baling ke dalam pengurusan,
pengendalian dan pengelolaan sesuatu kejohanan dan pertandingan.

X PENGENALAN
Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola
sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan
bola sepak telah diperkenalkan pada zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia
juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian
berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan
bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk
memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat
kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi
salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi
saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat
membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan,
kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 71

AKTIVITI 5.1
Sebelum kita meneruskan topik ini, cuba nyatakan apa yang anda tahu
tentang sejarah permainan bola sepak dan perkembangannya di
Malaysia. Bandingkan jawapan awal anda dengan apa yang akan
dibincangkan seterusnya di bawah.

5.1 SEJARAH PERMAINAN

Rajah 5.1: Pemain sedang bermain bola baling

Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum
kurun ke-6 lagi. Ianya mula dikenali sebagai ÂuraniaÊ pada Zaman Kerajaan
Greek, ÂharpastonÊ pada Zaman Kerajaan Rom dan ÂfangballspielÊ pada Zaman
Pertengahan di Jerman. Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang
mirip dengan permainan bola baling yang dipanggil ÂhaandboldÊ berasal dari
Denmark, ÂhazenaÊ berasal dari negara Bohemia dan Slovakia dan ÂtorballÊ
berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetus
kepada permainan bola baling masa kini.

Haandbold
Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawas
sekolah yang cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama dengan
permainan bola sepak. Idea ini timbul setelah permainan bola sepak telah banyak
menyebabkan kerosakan pada tingkap-tingkap di sekolahnya. Sebagai langkah
mengurangkan kerosakan tingkap di sekolahnya dan juga untuk kawalan bola
yang lebih baik dia telah memperkenalkan permainan bola dengan
menggunakan tangan kepada rakan-rakannya dan akhirnya berjaya
dikembangkan sebagai sukan baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark.
72 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING

Hazena
Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof. Ia
buat pertama kalinya telah dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saiz
gelanggangnya (48m x 32m), bentuk kawasan gol (6m lengkung), saiz gol (2m x
2.4m) dan masa permainan (2 x 25 minit) yang hampir sama dengan bola baling
moden. Mereka juga membahagikan kawasan gelanggang kepada tiga kawasan
yang terdiri daripada kawasan penjaga gol, pertahanan dan penyerang yang
hanya boleh bermain terhad di kawasan mereka.

Torball
Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang telah memperkenalkanya
di Jerman. Saiz kawasan gelanggang ialah 40m x 20m dan kawasan lengkungan
di kawasan gol diukur 4m. Hanya dalam tempoh masa yang singkat, permainan
ini telah menjadi popular di seluruh Eropah. Namun, disebabkan oleh setiap
negara mempunyai peraturan permainan yang berbeza, penganjurannya di
peringkat antarabangsa menjadi agak sukar. Justeru itu, penyelarasan peraturan
pertandingan telah dilakukan oleh Karl Schelenz pada 1917 di Berlin.

Bola Baling Padang


Merupakan permainan dan juga nama baru bagi permainan yang dimainkan di
kawasan padang bola sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saiz
gol, kawasan gol dan beberapa peraturan telah ditukar dan digubal sedikit demi
sedikit sehinggalah permainan ini telah dipertandingkan di peringkat
antarabangsa. Walau bagaimanapun, kepesatan perkembangan dalam sukan
bola baling ini memerlukan satu organisasi di mana organisasi ini dapat
mempromosikan sukan bola baling, menganjurkan kejohanan di peringkat
dunia, dan menyediakan program bagi membolehkan sukan ini dipertandingkan
di sukan Olimpik. Justeru itu, International Amateur Handball Federation
(IAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1928 di Amsterdam dan dalam tempoh
masa yang singkat pada tahun 1936, sukan bola baling telah dipertandingkan di
sukan Olimpik di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan Jerman merupakan
kuasa besar bagi sukan ini. International Handball Federation (IHF) merupakan
satu organisasi baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark pada
tahun 1946 di mana satu arah baru dalam evolusi sukan bola baling telah wujud.
Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan menghadkan permainan ini,
saiz kawasan permainan dan perubahan peraturan telah dilakukan bagi
membolehkan sukan ini dimainkan di dalam dewan
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 73

Rajah 5.2: Logo International Handball Federation (IHF)

Bola Baling Dewan


Sukan bola baling telah dimainkan di padang terbuka dan juga di dalam dewan,
bahkan kejohanan dunia bola baling juga dianjurkan untuk kedua-duanya.
Namun, bola baling dewan lebih popular berbanding bola baling padang kerana
ia dapat dimainkan dengan pantas dan pertandingan boleh dilangsungkan tanpa
gangguan cuaca. Pelbagai pergerakan serta kemahiran dapat dilakukan dengan
lebih berkesan. Sejak tahun 1966 lagi, IHF hanya menganjurkan kejohanan
tertutup dan di dalam dewan sahaja dan ini menyebabkan perkembangan bola
baling di dalam dewan menjadi semakin berkembang dan maju. Satu lagi
perkembangan dalam bola baling di mana disebabkan oleh popularitinya, bola
baling lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich pada tahun 1972.
Pada tahun 1976 pula, acara bola baling wanita telah diperkenalkan di sukan
Olimpik Montreal dan menjadi salah satu sukan berpasukan yang paling
popular di sukan Olimpik.

Rajah 5.3: Bola baling yang dimainkan di dalam dewan

SEMAK KENDIRI 5.1

(a) Nyatakan ciri-ciri permainan Haandbold, Hazena dan Torball.


(b) Di negara manakah permainan bola baling moden mula
diperkenalkan?
74 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING

5.1.1 Perkembangan di Malaysia


Seperti juga dengan permainan-permainan lain, sukan bola baling mempunyai
sejarah asal usulnya di Malaysia. Tahukah anda bilakah sukan ini bermula di
negara kita? Sukan bola baling bermula di Malaysia pada tahun 1976. Sukan ini
mula diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah Unit Sukan
Universiti Malaya, setelah sekembalinya beliau dari Sukan Olimpik pada tahun
1976. Beliau juga telah membawa balik rakaman permainan bola baling dari
Temasya Sukan Olimpik itu. Beliau telah memberi kursus asas permainan ini
kepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri Selangor
dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu.

Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60
orang guru seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, sempena
meraikan Hari Anugerah Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan pada
tahun 1978, permainan bola baling telah diadakan di Stadium Negara sebagai
acara pertunjukan pada waktu itu.

Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola


Baling Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada
September 1979 di Morib, Selangor. Pada 7 Disember 1985, buat julung kalinya
telah berlangsung Kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan di padang SMK
Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1987 pula, permainan ini telah
menjadi acara sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Kejohanan
yang pertama telah diadakan di Kelang, Selangor bagi kategori umur bawah 12
tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa kejohanan seperti
MSSN (peringkat negeri), MSSM (peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkat
Maktab Perguruan), MASUM (peringkat universiti) dan yang terbaru SIKMA
(Sukan Antara Institusi Kementerian Pelajaran Malaysia) yang telah menjadikan
pemainan bola baling sebagai acara rasmi dalam kejohanan-kejohanan tersebut.

Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan
En. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakala
En. Kan Tong Leong sebagai Setiausaha Kehormatnya. Pada tahun 1986,
Presiden MAHF telah menjadi salah seorang ahli gabungan bersama Asia
Handball Federation (AHF). Pada tahun 1990 pula, beliau menjadi ahli gabungan
Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) dan pada tahun 1994 beliau menjadi
ahli gabungan International Handball Federation (IHF). MAHF telah menyertai
Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) pada Mei 2004. Persekutuan
Bola Baling Malaysia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di
bawah Akta Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 75

Presiden MAHF yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000 sehingga kini
ialah Y. Bhg. DatoÊ Haji Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau juga memegang beberapa
jawatan di peringkat antarabangsa seperti:
(a) Naib Presiden Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF)
(b) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Bola Baling
Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)
(c) Timbalan Presiden Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF)
(d) Ahli Majlis Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)

Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkan


satu kejohanan di peringkat antarabangsa, iaitu 1st Martyr Sheikh Fahad Al-
Ahmad Al-Sabah Cup Championship untuk negara-negara yang baru dalam
pembangunan bola baling.

Rajah 5.4: Logo Persatuan Bola Baling Malaysia(MAHF)

SEMAK KENDIRI 5.2


(a) Siapakah tokoh yang memperkenalkan sukan bola baling di
Malaysia?
(b) Nyatakan secara ringkas tentang perkembangan sukan bola
baling bermula di Malaysia.
76 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING

5.1.2 Struktur Organisasi Persatuan


Rajah berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola Baling Malaysia.

Rajah 5.5: Struktur Organisasi Persatuan Bola Baling

5.2 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG


5.2.1 Peraturan
Gelanggang Permainan

Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut lagi marilah kita kenal pasti saiz
gelanggang permainan bola baling ini. Gelanggang permainan berukuran 40m
panjang dan 20m panjang lebar termasuk dua kawasan gol (rujuk Rajah 5.6).
Garisan sempadan yang panjang dipanggil garisan tepi dan garisan yang lebih
pendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol). Di sekeliling gelanggang juga
terdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang garisan tepi dan 2m di
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 77

belakang garisan gol. Tiang gol (rujuk Rajah 5.7) diletakkan di tengah-tengah
antara garisan gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m lebar.
Tiang gol juga mesti dilengkapi dengan jaring kerana sekiranya bola yang
dilontar mencecah jaring, bola itu dianggap telah dijaringkan dan mata akan
diperolehi. Di hadapan setiap tiang gol terdapat kawasan gol. Kawasan gol
berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma (garisan 9
meter) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar kawasan garisan gol.
Garisan 7 meter ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang
1m. Ia terletak di hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti.
Garisan penggantian pemain (Rajah 5.6) untuk setiap pasukan terletak di antara
garisan tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari kawasan garisan tepi.

Rajah 5.6: Ukuran Gelanggang Permainan

Rajah 5.7: Ukuran Tiang Gol


78 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING

Masa Permainan, Isyarat Akhir dan Masa Rehat

(a) Masa Permainan


Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur
16 tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat
pula ialah selama 10 minit. Masa permainan bagi peringkat remaja bagi
umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit pada setiap separuh masa
manakala bagi peringkat umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk
setiap separuh masa. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini juga
adalah selama 10 minit. Jikalau sesuatu perlawanan berakhir dengan seri,
perlawanan masa tambahan akan diadakan selepas rehat selama 5 minit.
Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada dua separuh masa
dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat di
antaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturan
pertandingan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola akan
dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi. Sekiranya berlaku
seperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penalti
sebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukan
pemenang.

(b) Isyarat Akhir


Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balingan
permulaan. Masa perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyarat
automatik melalui jam awam atau melalui isyarat penjaga masa. Penjaga
masa boleh menggunakan jam meja atau jam randik. Jika terdapat jam
awam, maka ia harus disetkan terlebih dahulu supaya bermula dari 0-30
minit. Jika tiada isyarat melalui jam awam atau melalui penjaga masa,
pengadil sendiri akan memberhentikan perlawanan melalui tiupan wisel.
Pengadil yang akan menentukan masa perlawanan akan dihentikan buat
sementara, contohnya apabila salah satu pasukan meminta time-out dan
bilakah masanya permainan dimulakan semula, berserta isyarat yang
ditunjukkan kepada penjaga masa. Jika tiupan wisel tamat dibunyikan
pada waktu balingan biasa atau balingan 7 meter dilakukan dan bola
yang dibalingkan masih di udara, maka balingan semula perlu dilakukan.
Pemain yang membuat kesalahan peraturan pada waktu balingan
percuma atau balingan 7 meter sedang berlangsung juga akan didenda.
Jika pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah memberi isyarat
tamat terlalu awal, maka beliau akan meneruskan perlawanan tersebut
berdasarkan baki jangka masa yang tertinggal dengan masa mula semasa
wisel ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu lama,
maka perlawanan separuh masa kedua akan disingkatkan mengikut
perbezaan masa yang wujud.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 79

(c) Memberhentikan perlawanan (time-out)


Pemberhentian masa sementara (time-out) adalah dibenarkan sekiranya
berlaku situasi seperti:
 seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang
 diminta oleh pasukan yang bermain
 melalui isyarat wisel dari penjaga masa atau teknikal pertandingan

Kesalahan melanggar peraturan yang berlaku ketika masa diberhentikan


sementara (time-out) adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsung
dan pengadil akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Secara amnya,
pengadil akan memutuskan bila tiba masanya akan dihentikan dan
dimulakan semula berhubung dengan time-out. Pengadil juga akan
memberikan isyarat kepada penjaga masa diikuti dengan tiga kali tiupan
wisel dan isyarat T. Setiap pasukan dibenarkan menerima atau membuat
satu panggilan time-out selama satu minit untuk setiap separuh masa,
tetapi ini tidak dibenarkan ketika masa tambahan.

Rajah 5.8: Isyarat daripada pengadil

Rajah 5.9: Isyarat time-out kepada penjaga masa


80 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING

BOLA PERLAWANAN
Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah
berbentuk bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahan
yang boleh memberi kesan silau atau berpermukaan licin. Bagi perlawanan
pemain lelaki ukuran lilit bola yang digunakan mestilah 58sm-60sm dan berat di
antara 425g-475g (IHF berukuran 3), manakala bagi pemain wanita pula, ukur
lilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara 325g-400g. Bola mini hanya
digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan bola
yang sama saiznya digunakan untuk pemain lelaki dan perempuan. Pada setiap
perlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai spesifikasi yang
ditetapkan dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan berdekatan
dengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan bila
bola simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bola
yang digunakan tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu.

Rajah 5.10: Bola perlawanan untuk perlawanan bola baling

Pasukan, Pertukaran Pemain dan Peralatan

(a) Pasukan
etiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalah
pemain utama dan selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukan
seharusnya mempunyai seorang penjaga gol pada setiap masa. Setiap
pasukan perlu mempunyai 5 pemain di dalam gelanggang untuk
memulakan sesuatu perlawanan dan sesuatu perlawanan yang sedang
berlangsung boleh diteruskan sekiranya hanya tinggal lima orang pemain
sahaja. Hanya 4 pegawai sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan semasa
perlawanan berlangsung dan pegawai pasukan ini tidak boleh ditukar
semasa perlawanan sedang berlangsung. Hanya salah seorang daripadanya
sahaja yang akan diberi tanggungjawab terhadap pasukan dan beliau
seorang sahaja yang boleh berurusan dengan penjaga masa atau penjaga
skor dan juga pengadil. Pegawai pasukan juga tidak dibenarkan memasuki
gelanggang semasa perlawanan berlangsung dan sekiranya perkara ini
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 81

berlaku, pengadil akan terus memberi balingan percuma kepada pihak


lawan. Hanya pemain berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Jika terdapat
pegawai dan pemain sesuatu pasukan tiba lewat di gelanggang, maka
mereka harus mendapat kebenaran daripada penjaga masa atau penjaga
skor untuk bermain.

(b) Pertukaran Pemain


ertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerap
yang boleh tanpa perlu memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapi
salah seorang daripada pemain pasukannya mestilah telah keluar dari
garisan pertukaran terlebih dahulu. Peraturan ini juga digunakan untuk
pertukaran penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan ketika masa dihentikan
sementara (time-out). Penggantian secara tidak formal akan didenda dan
pemain yang bersalah akan digantung daripada permainan selama dua
minit dan salah seorang pemain pasukannya akan dikeluarkan. Satu
balingan percuma kepada pihak lawan juga akan diberikan sekiranya
berlaku kesalahan tersebut. Sekiranya pemain yang dikenakan
penggantungan selama dua minit ini memasuki gelanggang sebelum
waktunya, dia akan diberikan tambahan dua minit penggantungan sebagai
denda.

Rajah 5.11: Cara pertukaran pemain

(c) Peralatan
etiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi
pasukan masing-masing. Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza
di antara setiap pasukan. Setiap penjaga gol setiap pasukan harus memakai
warna jersi yang sama dengan pasukannya dan berbeza dengan warna jersi
penjaga gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang berukuran
20sm tinggi di belakang baju dan 10sm tinggi di bahagian hadapan baju.
Nombor yang dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya pula
mestilah berlawanan dengan warna jersi supaya ia dapat dilihat dengan
lebih jelas. Setiap pemain mestilah memakai kasut sukan. Pemain juga
82 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING

tidak dibenarkan memakai atau membawa objek atau barang-barang yang


merbahaya kerana ia boleh membahayakan pihak lawan. Antara barang
yang tidak dibenarkan di dalam permainan ialah pelindung kepala, topeng
muka, jam, cincin, rantai, gelang, subang, cermin mata dan sebagainya.
Pemain yang tercedera atau berdarah di anggota badannya atau
pakaiannya mesti meninggalkan gelanggang dengan serta-merta. Pemain
tersebut tidak akan dibenarkan kembali ke gelanggang untuk meneruskan
pemainan selagi darah belum berhenti dan pakaian yang berdarah belum
dicuci.

Rajah 5.12: Contoh jersi dan kasut sukan yang sesuai untuk permainan bola baling

PENJAGA GOL
Seorang penjaga gol dibenarkan:
(a) menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan semasa menjaga gol di
dalam kawasan gol.
(b) bergerak bersama bola di dalam kawasan gol, dan sekiranya dia bermain di
luar kawasan gol, maka dia haruslah mematuhi peraturan permainan
sebagai seorang pemain.

Penjaga gol tidak dibenarkan:


(a) melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan.
(b) menyentuh bola di luar kawasan gol selepas dia membuat balingan kecuali
bola balingan tersebut telah menyentuh seorang pemain.
(c) menyentuh bola yang berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek
di luar kawasan gol.
(d) mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada di dalam keadaan
pegun atau yang bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol.
(e) menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak keluar dari
kawasan gol.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 83

Rajah 5.13: Pergerakan penjaga gol yang dibenarkan

KAWASAN GOL
Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan gol. Kawasan gol
termasuk garisan kawasan gol dan sekiranya pemain menyentuhnya atau
memasukinya, denda akan dikenakan terhadap pemain tersebut. Balingan
percuma akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya seorang pemain dalam
gelanggang memasuki kawasan gol.

Contoh situasi yang sering berlaku ialah:


(a) pemain tersebut memasuki kawasan tersebut bersama bola
(b) pemain tersebut memasuki kawasan gol tanpa bola di bawah keadaan yang
memanfaatkan pemain tersebut.
Satu balingan 7 meter atau penalti akan diberikan apabila pemain hadangan
(defence) yang memasuki kawasan gol untuk bermain semasa jaringan gol
hendak dilakukan oleh pihak lawan.

Rajah 5.14: Kawasan Gol


84 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING

Rajah 5.15: Pemain pasukan penghadang tidak dibenarkan berada di dalam kawasan gol

Rajah 5.16: Pemain tidak dibenarkan menghantar balik bola kepada penjaga gol
pasukannya dan hukuman penalti akan diberikan sekiranya kesalahan ini berlaku

Rajah 5.17: Menjejakkan kaki ke dalam kawasan gol lawan selepas lajak balingan
dibenarkan
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 85

SYARAT-SYARAT PERMAINAN

Pemain dibenarkan:
(a) membaling, menangkap, menolak, memberhentikan atau memukul bola
dengan menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan
juga paha
(b) memegang bola tidak melebihi tiga saat
(c) membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah
(d) apabila berdiri atau berlari:
 melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua tangan
 melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dan
 kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan
 menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dan
 kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan
(e) menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain
(f) bermain bola semasa duduk atau meniarap di atas lantai, contohnya ketika
hendak melakukan hantaran

Pemain tidak dibenarkan:


(a) menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki
(b) menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di
atas lantai
(c) meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam
gelanggang

Rajah 5.18: Bermain bola baling dengan menggunakan sebahagian besar daripada
anggota badan yang dibenarkan
86 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING

Rajah 5.19: Memegang bola tidak melebihi tiga saat atau berjalan sambil
memegang bola tidak melebihi tiga langkah juga dibenarkan

Rajah 5.20: Dibenarkan menerima bola sambil berjalan tiga langkah atau
memegang bola tidak melebihi tiga saat

Rajah 5.21: Tidak menjadi kesalahan untuk menggelecek bola dengan


menggunakan satu tangan tertentu sahaja
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 87

Rajah 5.22: Tidak dibenarkan menendang bola dengan kaki

Rajah 5.23: Tidak dibenarkan untuk menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang
bergerak atau berada dalam keadaan pegun

KESALAHAN PERMAINAN
Perhatikan pula kesalahan-kesalahan yang sering berlaku.

Pemain dibenarkan:
(a) menggunakan lengan atau tangan untuk menahan bola dan mendapat
penguasaan bola itu
(b) menggunakan tangan yang terbuka untuk menampar atau menepis bola
menjauhi pihak lawan.
(c) menggunakan badan untuk menghalang lawan walaupun ketika itu pihak
lawan tidak menguasai bola.

Pemain tidak dibenarkan:


(a) menarik atau menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawan
(b) menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki
(c) menarik baju atau menolak lawan secara kasar
(d) membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya

Semua kesalahan di atas akan dikenakan hukuman oleh pengadil mengikut


situasi yang berlaku.
88 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING

ȱ
Rajah 5. 24: Ia menjadi satu kesalahan untuk membaling bola ke arah pihak lawan
dengan tujuan untuk mencederakan

Rajah 5.25: Berlari merempuh pihak lawan juga tidak dibenarkan

Rajah 5.26: Menghadang pihak lawan dengan badan adalah tidak menjadi kesalahan

JARINGAN GOL
Bagaimana pula jaringan gol dikira? Apabila bola memasuki garisan gol secara
lengkap dan penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa
melakukan balingan tersebut, maka ia dikira sebagai jaringan yang sah. Jikalau
benteng pertahanan melakukan kesalahan semasa penjaring menjaringkan gol,
jaringan itu turut dikira sebagai jaringan yang sah. Namun, jaringan akan dikira
sebagai tidak sah sekiranya penjaga masa membunyikan isyarat sebelum bola itu
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 89

memasuki garisan gol dan jaringan dikira sah sekiranya pemain lawan secara
tidak sengaja terjaring ke dalam gol sendiri. Suatu jaringan yang telah diberikan
atau diputuskan oleh pengadil adalah muktamad. Pengisytiharan pemenang
bergantung kepada jumlah gol yang berjaya dilakukan.

Rajah 5.27: Kedudukan bola semasa memasuki gol

BALINGAN MULA (THROW-OFF)


Pasukan yang menang undian akan memulakan balingan mula sekiranya dia
memilih untuk memulakan permainan. Jika pasukan yang menang undian ingin
memilih kawasan gol permainan, maka pihak lawannya akan memulakan
permainan tersebut. Untuk permulaan separuh masa kedua, balingan mula akan
dilakukan oleh pasukan yang berlawanan tadi. Contohnya jikalau pasukan A
telah melakukan baling mula pada separuh masa pertama maka separuh masa
kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan B pula. Setiap balingan mula
selepas gol dijaringkan akan diadakan di tengah gelanggang sebelum habis masa
tiga saat daripada bermulanya tiupan wisel pengadil. Sebelum sesuatu balingan
mula dimulakan, semua pemain mesti berada di dalam kawasan permainan
sebelum sesuatu balingan mula dan pihak lawan harus berada sekurang-
kurangnya tiga meter dari pembaling untuk memulakan permainan.

BALINGAN MASUK (THROW-IN)


Apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan dikira
sebagai bola keluar. Apabila bola keluar dari kawasan permainan, pemain boleh
mengambil suatu balingan masuk tanpa menunggu tiupan wisel pengadil.
Apabila bola menyentuh bumbung gelanggang, balingan masuk juga akan
diberikan. Suatu balingan masuk mesti diadakan di tempat di mana bola itu
keluar, tetapi jika bola keluar di belakang garisan gol, balingan masuk akan
dilakukan di titik persilangan garisan belakang gol dengan garisan sisi tepi
gelanggang permainan. Untuk membuat balingan masuk pembaling haruslah
berdiri dengan kaki menyentuh garisan tepi dan semasa balingan masuk dibuat,
pihak lawan mesti berada 3 meter jauh dari pembaling itu.
90 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING

ȱ
Rajah 5.28: Balingan ke dalam dilakukan dengan sebelah kaki mesti
memijak garisan tepi

BALINGAN PENJAGA GOL

Penjaga gol akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila:


(a) kawasan gol dimasuki pemain lawan
(b) bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek
masuk ke kawasan gol.
(c) pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas
lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol

Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjaga
gol melakukan balingan gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semula
bola yang telah dibaling kecuali bola itu telah menyentuh pemain lain.

BALINGAN PERCUMA
Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan
percuma diberikan. Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari
penyerang. Secara amnya, pengadil akan memberhentikan permainan dan
memberikan pihak lawan satu balingan percuma sekiranya pasukan tersebut
melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Balingan percuma akan diambil di
tempat di mana kesalahan atau kekasaran itu terjadi. Apabila balingan percuma
diberikan kepada pihak lawan, pasukan yang sedang memegang bola mesti
meletakkan bola tersebut di atas lantai, di tempat di mana kesalahan itu berlaku.
Balingan percuma juga biasanya diambil tanpa mendapat isyarat wisel daripada
pengadil dan balingan yang dibuat adalah sah.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 91

Rajah 5.29: Semua pemain penyerang mesti berada di luar garisan 9 meter dan
pengadang mesti berada sejauh 3 meter dari pembaling

BALINGAN TUJUH METER

Balingan 7 meter diberi apabila:


(a) sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol
dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola.
(b) seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di
kawasan gol.

Pihak pengadil akan memberikan time-out sekiranya penjaga gol mahu


melakukan balingan 7 meter kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepas
sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat ke
arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang hendak membuat balingan 7 meter
hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain tidak dibenarkan
menyentuh ataupun melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel dibunyikan
oleh pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak lawan juga
mestilah berada 3 meter jauh dari pembaling sehinggalah bola itu dibaling.
Balingan semula akan dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan kesalahan
semasa balingan tersebut dilakukan.
92 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING

Rajah 5. 30: Balingan 7 meter juga dikenali sebagai balingan penalti(sumber??)

BALINGAN PENGADIL

Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan


jika:
(a) kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak
(b) apabila bola meyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang
perlawanan
(c) tiada permain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang
dilakukan

Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah gelanggang selepas wisel


dibunyikan. Seorang pemain daripada setiap satu pasukan yang berlawan
dibenarkan mengambil bahagian, manakala pemain-pemain lain mesti berada
sejauh 3 meter dari balingan tersebut. Bola hanya boleh dicapai atau dimainkan
setelah mencapai puncak ketinggian balingan.

Rajah 5.31: Contoh balingan pengadil untuk memulakan permainan


TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 93

DENDA / HUKUMAN PERMAINAN

(a) Amaran / Kad Kuning


 kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan
 perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan

(b) Hukuman / Gantung Dua Minit


 tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan
 penggantian pemain yang tidak sah
 perlanggaran peraturan permainan
 kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan

(c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain


 melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan
 telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga
 tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya
 mengugut pemain di luar gelanggang pemain
 kekasaran hingga mencederakan pihak lawan
 kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh
 dibatalkan penyertaan

Rajah 5.32: Pemain dikenakan pergantungan dua minit oleh pengadil


94 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING

Rajah 5.33: Pemain dilayangkan kad amaran oleh pengadil

Rajah 5.34: Penyingkiran daripada perlawanan (dalam kes keganasan)

ISYARAT TANGAN PENGADIL

Rajah 5.35: Menyentuh atau memasuki kawasan gol dan salah tangkap, salah
lantun atau salah kawal bola

Rajah 5.36: Berjalan lebih 3 langkah atau memegang bol dan


membuang masa lebih tiga saat
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 95

Rajah 5. 38: Memukul pemain dan menangkap pemain

Rajah 5.39: Salah laku penyerang menolak dan jaringan gol


merempuh ke arah lawan

Rajah 5.40: Balingan masuk dan balingan gol


96 X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING

Rajah 5.41: Balingan percuma kepada pihak lawan, balingan


pengad dan jarakkan diri sejauh tiga meter

SEMAK KENDIRI 5.3

(a) Nyatakan kesalahan yang dilakukan oleh pemain yang dibatalkan


atau diberhentikan permainannya.
(b) Apakah perbuatan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam
permainan bola baling?
(c) Terangkan apa yang dimaksudkan sebagai ÂTime-OutÊ dalam
permainan bola baling

x Sukan bola baling adalah salah satu sukan berpasukan yang paling popular
yang dipertandingkan di sukan Olimpik.

x Terdapat dua kategori yang dipertandingkan dalam permainan bola baling


iaitu lelaki dan perempuan. Kedua-dua kategori ini menggunakan atau
mengikut peraturan dan undang-undang yang sama dan hanya jenis bola
sahaja yang berbeza.