Anda di halaman 1dari 3

MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..

KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN ADA KEBENARAN YANG


TERSEMBUNYI..
HAYATI…
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri
berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka
berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian
si isteri bertanya
kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya?


Mengapa abang cintakan saya?
Suami: Abang tidak boleh menerangkan
sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri: Abang tak boleh terangkan
sebabnya? Bagaimana abang boleh
katakan abang sayang dan cintakan saya
sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.
Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya
tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!
Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak!
Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang
lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan
mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu
abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia
berkata
“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab
sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang
selalu. Abang juga sukakan senyuman
manis dan setiap tapak Sayang
melangkah, di situlah cinta Abang
bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati
dengan penerangan suaminya tadi. Namun
begitu selang beberapa hari si isteri
mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis
sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di
sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini:
“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai
mu… sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan
ingatan aku mencintai mu…sekarang
bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak!
Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai
mu… sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak
boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku
mencintai mu…. sekarang bolehkah
engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku
tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya,
seperti sekarang. Aku tidak mempunyai
sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!
Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada
sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh
dilihat, dipegang. Namun begitu… ia
boleh dirasai dalam hati.”

Jadi aku juga tidak perlukan sebab apa-apa untuk


mencintaimu…… saiful azmi Mohamed……..
21 februari 2008
Khamis
Meja study,usm