Anda di halaman 1dari 5

MENGENAL WAQAF DAN IBTIDA'

Respon Dari Pembaca Alhamdulillah, pada kali ini saya berpeluang untuk menulis artikel berkenaan tajuk yang pernah ditanyakan oleh salah seorang pembaca blog ini kepada saya dalam ruangan 'Dari Hati Ke Hati'. Saudara pembaca tersebut bertanyakan adakah dalam hukum tajwid terdapat istilah waqaf jiril, dan saya memberikan jawapan bahawa saya tidak pernah tahu akan istilah waqaf tersebut bahkan saya katakan kepada dia untuk mengemukakan pengetahuannya itu (yang mungkin saya tidak ada ilmu tentang itu). Namun tiada respon. Lantas saya berfikir untuk mengeluarkan satu artikel yang menyentuh secara khusus akan perbahasan tersebut sebagai satu tatapan ilmu kepada pembaca blog ini. Permulaan Secara asasnya memang tidak dinafikan bahawa ulama berbeza pendapat dalam menentukan bilangan dan nama waqaf, kerana tidak sependapat pada maksud ayat-ayat al-Quran tetapi apa yang telah mereka bahagikan tidak terkeluar dari jenis-jenis yang akan saya kemukakan sebentar nanti. Setiap pembaca al-Quran patut mengetahuinya kerana demikian secara tidak langsung ia menunjukkan seseorang pembaca itu mempunyai pengertian terhadap makna ayat suci al-Quran. Sebagaimana Saidina Ali ra pernah ditanya apakah maksud kalimah tartil yang terdapat pada ayat 4 surah al-Muzammil (( )), maka beliau menjawab: "Mentajwidkan huruf dan mengetahui menghentikan bacaan pada rangkaikata yang sesuai". Begitu juga Imam Ibnu al-Jazari pernah berkata dalam Toiyyibah al-Nasyr:

#
Maksudnya: "Dan selepas engkau memperelokkan dalam pembacaan dengan bertajwid, semestinya pula kenal akan cara waqaf dan cara ibtida'. Definisi Waqaf ( ) menurut: - bahasa : Berhenti atau menahan. - istilah : Menghentikan bacaan dengan cara memutuskan suara di akhir perkataan sekejap untuk bernafas dengan niat akan menyambung bacaan semula. Ibtida' ( ) menurut: - bahasa : Bermula - istilah : Menyambung bacaan semula sesudah menghentikan bacaan sementara kerana bernafas. Pembahagian Waqaf terbahagi 1) Waqaf Ikhtibari ( kepada empat jenis seperti berikut: ) : Ialah waqaf pada sesuatu kalimah kerana ingin menerangkan

hukum kalimah itu dari sudut resamnya pada Mashaf samada terputus atau bersambung, ditulis dengan Ta' Marbutoh atau Ta' Maftuhah, dan lain-lain lagi. Sebagai contoh: -Boleh waqaf pada kalimah dalam ayat (( )) surah alZumar ayat 3. -Tetapi tidak boleh waqaf pada kalimah yang bersambung dengan kalimah pada ayat (( )) surah al-Nisa' ayat 97. Ini kerana tulisan Resam Usmani sebegitu rupa. Hukumnya : Harus, dengan cara mengulang kembali kalimah yang diwaqafkannya atau kalimah sebelumnya untuk menyempurnakan maksud dari ayat tersebut. 2) Waqaf Idhtirari ( bersin dan sebagainya. ) : Ialah waqaf ketika sebab terdesak seperti kurang nafas,

Hukumnya : Harus, bagi si pembaca yang waqaf kerana sebab terdesak lalu apabila hilang sebab terdesak itu mestilah mengulang kembali menyebut kalimah yang diwaqafkannya atau kalimah sebelumnya bagi menyempurnakan maksud ayat bacaannya itu. 3) Waqaf Intizari ( ) : Ialah waqaf pada sesuatu kalimah dengan tujuan mencukupkan bentuk-bentuk qiraat yang ada dalam kalimah itu. Hukumnya : Harus, ini biasanya dilakukan oleh penuntut dalam bidang ilmu Qiraat. Mereka membaca satu ayat dengan pelbagai bentuk qiraat sehingga habis khilaf qiraat yang ada dalam ayat tersebut dengan pemerhatian dan tunjuk ajar dari guru mereka (talaqi dan musyafahah). Jika ayat itu terlalu panjang sudah tentulah memerlukan kemahiran untuk waqaf pada kalimah yang sesuai, kemudian diulang dengan bentuk qiraat yang lain sehingga selesai. Kemudian barulah disambung dengan potongan rangkaikata ayat yang berbaki itu. 4) Waqaf Ikhtiyari ( ) : Ialah waqaf yang boleh dibuat pilihan dengan tanpa sebabsebab yang telah disebut sebelum ini. Dan waqaf jenis ini mempunyai beberapa pembahagian yang sudah dikenali ramai sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Ibnu al-Jazari dalam Toiyyibah al-Nasyr:

# # #
Maksudnya : "Maka lafaz yang sudah sempurna dan tidak mempunyai sangkutpaut (makna dengan selepasnya), ialah Waqaf Tam dan Waqaf Kaf jika mempunyai sangkutpaut makna (dengan selepasnya). Waqaflah dan mulakanlah (dengan kalimah seterusnya) dan jika mempunyai sangkutpaut dari sudut lafaz (ia adalah) Waqaf Hasan, boleh waqaf dan tidak boleh memulakan bacaan melainkan dimulakan dengan kalimah sebelumnya. Dan selain (yang telah disebut) ini adalah Waqaf Qobih dan bagi si pembaca, boleh waqaf secara terdesak (pada manamana kalimah) dan dimulakan kembali dengan kalimah sebelumnya".

Seperti yang dapat difahami dari matan di atas tadi, Waqaf Ikhtiyari terbahagi kepada empat jenis seperti berikut: 1) Waqaf Tam (Berhenti sempurna) : Iaitu waqaf yang sempurna maknanya, dan tidak terikat dengan selepasnya dari sudut lafaz dan makna. Seperti : (( 36. Waqaf pada tersebut dan )) surah al-An'am ayat adalah Waqaf Tam kerana sudah sempurna makna dari rangkaikata ayat rangkaikata selepasnya mempunyai makna yang lain pula.

Ia juga diberi nama Waqaf Lazim dan di dalam Mashaf ia diberi tanda ( ) untuk menunjukkan jenis berhentinya adalah Waqaf Tam. Menunjukkan semestinya waqaf pada kalimah itu. 2) Waqaf Kaf (Berhenti Mencukupi) : Iaitu waqaf di satu kalimah yang sempurna maknanya tetapi masih mempunyai sangkutpaut dengan kalimah selepasnya dari sudut makna bukan dari sudut lafaz. Seperti : (( )) surah Maryam ayat 41. Waqaf pada adalah Waqaf Kaf, maknanya sudah cukup tetapi masih mempunyai kaitan dengan makna pada kalimah selepasnya. Dalam Mashaf ia diberi tanda ( ) (lebih kurang, ini kerana komputer saya tidak mempunyai tanda yang serupa dengan tanda yang ada dalam Mashaf). Menunjukkan waqaf pada satu kalimah itu lebih utama dari menyambungnya. 3) Waqaf Hasan makna dan Seperti : (( dan (Berhenti Elok) : Iaitu waqaf yang sempurna makna pada dirinya tetapi lafaznya masih terikat dengan kalimah selepasnya. )). Boleh waqaf di sini tetapi masih mempunyai kaitan makna lafaz selepasnya.

Di dalam Mashaf diberi tanda ( ) (lebih kurang macam tanda ini, ini kerana komputer saya tidak mempunyai tanda yang serupa dengan tanda yang ada dalam Mashaf). Menunjukkan menyambung bacaan adalah lebih utama dari mewaqafkannya tetapi boleh sahaja untuk waqaf di situ. 4) Waqaf Qobih (Berhenti Tidak Elok) : Iaitu waqaf pada kalimah yang masih tidak sempurna maknanya dan mempunyai kaitan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna. Seperti: (( 9. Waqaf pada )) surah al-Maidah ayat adalah Waqaf Qobih kerana makna ayat masih tidak sempurna.

Di dalam Mashaf ianya diberi tanda ( ) menunjukkan jenis berhentinya adalah Waqaf Qobih. Maka dilarang waqaf di sesuatu kalimah yang terdapat tanda itu melainkan tidak cukup nafas

atau bersin dan sebagainya. Apabila hendak memulakan bacaan semula hendaklah mengulang dari kalimah hingga akhir ayat. Tambahan Di sana, ada tambahan waqaf yang selain dari empat Waqaf Ikhtiyari yang telah disebut seperti: 1) Waqaf Jaiz (Berhenti Harus) : Ianya diberi tanda di dalam Mashaf ( ) untuk menunjukkan seorang pembaca al-Quran harus waqaf pada sesuatu kalimah itu ataupun terus menyambungkan bacaannya kerana waqaf padanya tidak sampai merosakkan makna ayat tersebut. Seperti : (( )) surah al-Maidah ayat 54. Waqaf pada adalah Waqaf Jaiz kerana ianya tidak sampai merosakkan makna ayat tersebut. 2) Waqaf Ta'anuq (Berhenti Berikat) : Sejenis waqaf yang perlu kita perhatikan terlebih dahulu di mana kita akan kita waqaf bacaan pada salah satu di antara dua tempat yang berdekatan. Jenis ini dalam Mashaf diberi tanda tiga titik seperti titik huruf Syin (Harap maaf kerana komputer saya tidak mempunyai tanda yang serupa dengan tanda yang ada dalam Mashaf). Seperti : (( )) surah al-Baqarah ayat 2. Terdapat dua tanda (tiga titik seperti yang dinyatakan di atas); satu tanda pada kalimah , dan satu lagi pada kalimah . Pembaca boleh waqaf pada salah satu tempat sahaja, dan tidak boleh pada kedua-dua tempat. Namun boleh juga memilih untuk tidak waqaf pada kedua-dua tempat tersebut. Ianya juga diberi nama Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian). Penutup Demikianlah jenis-jenis waqaf dan pembahagiannya yang terdapat di dalam al-Quran. Namun kini semua Mashaf yang dicetak telah mempunyai tanda-tanda waqaf seperti yang disebutkan tadi yang telah diletakkan oleh para ulama untuk memudahkan orang ramai membaca al-Quran. Semoga artikel ini dapat memantapkan ilmu dan mengenalkan kita lagi tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Kalamullah ini. Amin.. Dicatat oleh M.Suhaimi M.Ardzi di 5:11 PTG

Hukum alif lam marifah


Alif lam marifah adalah dua huruf (alif dan lam) yang ditambah pada pangkal kata nama atau isim yang menentukan maksud perkataan itu dan lain lagi. Terdapat dua jenis kes bagi alif lam marifah apabila bersambung dengan ejaannya iaitu qamariah dan syamsiah. Alif lam qamariah ialah lam yang bersambung terus daripada empat belas huruf ini iaitu hamzah ( ), ba ( ), jim ( ), ha ( ), kha ( ), ain ( ), ghain ( ), fa ( ), qaf ( ), kaf ( ), mim ( ), wau ( ), ha ( ) dan ya ( ). Ini diambil sempena perkataan al-qamar ( ). Dari perkataan itu, jelas cara membacanya adalah tidak memasukkaan lam ke dalam huruf selepasnya tetapi mematikannya dengan jelas lalu menyebut huruf yang seterusnya. Alif lam syamsiah ialah lam yag bersambung dengan empat belas huruf ini pula iaitu ta ( ), tha ( ), dal ( ), dzal ( ), ra ( ), zai ( ), sin ( ), syin ( ), sod ( ), dhod ( ), tho ( ), zho ( ), lam ( ) dan nun ( ). Ini diambil sempena perkataan asy-syamsiah ( ). Dari perkataan tersebut, cara membacanya adalah dengan memasukkan ke dalam huruf selepas lam yang kebanyakkanya disabdukan dan lam tidak dibunyikan.

Hukum idgham
Idgham ( ) adalah berpadu atau bercampur dua huruf atau memasukkan satu huruf ke dalam huruf yang lain. Maka, jelaslah harus dibaca dengan memasukkan bunyi huruf yang seterusnya. Terdapat tiga jenis idgham: 1. Idgham mutamathilain ( yang serupa) ialah pertemuan dua huruf yang sama sifat dan makhrajnya (tempat keluarnya) dal bertemu dal dan sebagainya. Hukum adalah wajib diidghamkan. Contoh: . 2. Idgham mutaqaribain ( yang hampir) ialah pertemuan dua huruf yang berhampiran sifat dan makhrajnya seperti ba bertemu mim, qaf bertemu kaf dan tha bertemu dzal. Contoh: 3. Idgham mutajanisain ( yang sejenis) ialah pertemuan dua huruf yang sama makhrajnya tetapi tidak sama sifatnya seperti ta dan tho, lam dan ra serta dzal dan zho. Contoh: