Anda di halaman 1dari 22

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Latar Belakang Kajian

Kualiti pendidikan banyak bergantung kepada kualiti pengurusan dan pelaksanaan program dalam proses pendidikan, terutamanya proses pembentukan modal insan. Sistem pendidikan negara mengalami perubahan yang ketara di abad ini bagi memenuhi matlamat Wawasan 2020. Wawasan 2020 merupakan agenda negara untuk mencapai status negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri tanpa meninggalkan norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pendidikan merupakan wahana yang penting bagi merealisasikan Wawasan 2020 ini melalui Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadununtuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Sekolah merupakan organisasi yang bertanggungjawab sepenuhnya melaksanakan Falsafah Pendidikan Negara ini. Fungsi sekolah sebagai organisasi yang membangunkan manusia dan kemanusiaan semakin mencabar dalam era globalisasi ini yang mana segala aktiviti dijalankan adalah tiada batasan geografi, bahasa, budaya dan ideologi politik. Ini memberi satu cabaran kepada pengurusan sekolah untuk melaksanakan pendidikan bertaraf
1

dunia disamping membentuk jati diri yang kukuh dikalangan genarasi muda. Apa yang membimbangkan dunia pendidikan masa kini menurut Abdul Hadi Mohamad (1994) ialah proses pendidikan telah mengecil dan agak terhad, lebih tepat dikatakan proses penyekolahan tamat tetapi pelajar tidak terdidik, yakni mereka berilmu serta berkemahiran tetapi tidak beradab. ...dan bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat. Dan bahawasanya pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan Negara demi untuk mencapai taraf Negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan social, dan kekuatan rohani, moral dan etika ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersepadu, demokratik, liberal dan dinamik... Akta Pendidikan 1996 (Dalam Pembangunan Pendidikan 2001 2010) Hasrat negara untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang secara menyeluruh memerlukan perhatian, pemantauan dan tindakan susulan secara teliti dan lansung kepada individu dan kelompok demi untuk memupuk dan membentuk nilai-nilai yang diharapkan. Dalam menangani isu ini, Kementerian Pelajaran Malaysia melihat Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai satu mekanisme yang dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dilihat semakin penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara bagi merealisasikan Wawasan 2020. Corey (1981) menyatakan bahawa kaunseling merupakan satu proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupannya yang menimbulkan kesusahan dan masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada pada dirinya. Proses ini diharap dapat menolong

klien mengesan halangan-halangan dan mengenalpasti bakat atau kebolehannya untuk hidup lebih sempurna. Manakala Shertzer dan Stone (1974), menyatakan bahawa kaunseling sebagai proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkanan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup dalaman individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya.
Antara faktor yang menyumbang kepada keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Malaysia ialah pembangunan dan perubahan sosial, perkembangan teknologi, perubahan nilai masyarakat, dan peranan kaunseling itu sendiri, Sapora Sipon dan Wan Anor (2002). Manusia sememangnya saling berinteraksi antara satu sama lain, maka dengan itu manusia tidak dapat lari daripada bergantungan sesama sendiri. Justeru pertolongan daripada orang lain amat diperlukan untuk meneruskan hidup ini. Oleh itu adalah wajar untuk mewujudkan satu profesion yang lebih mahir untuk menolong ini terutamanya dalam menghadapi masalah. Tambahan pula masalah sosial dikalangan pelajar yang semakin membimbangkan dewasa ini sejajar dengan perubahan semasa. Pelajar seharusnya berusaha untuk melalui perubahan ini. Dalam konteks ini bimbingan dan

kaunseling dilihat dapat membawa pelajar , melalui perubahan ini dengan rasional.

Rachman (1977) menyatakan bahawa antara sebab kaunselor diperlukan di sekolah adalah kerana terdapat beberapa masalah dalam pendidikan dan pengajaran di sekolah yang tidak mungkin dapat diselesaikan oleh guru biasa. Ini kerana guru-guru akademik sering kali terikat dengan tugas-tugas lain yang harus diselesaikan dan tugasan tersebut bertentangan dengan kepentingan dan kehendak murid. Selain itu kaunselor juga merupakan pihak yang boleh menjadi orang tengah sekiranya berlaku konflik antara pelajar dan guru-guru lain. Kaunselor juga diperlukan bagi melaksanakan program pendidikan yang harus dilakukan oleh petugas sekolah yang bukan guru. Kaunselor di Sekolah dapat membantu para pelajar dengan cara memberi proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Pelajar-pelajar dibimbing untuk memperoleh
3

pengalaman, nilai, sikap dan perlakuan serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia. Setiap aktiviti yang dijalankan bertujuan memberi

pengetahuan dan kesepaduan psikososial pelajar-pelajar kerana pelajar bukanlah manusia kognitif semata-mata sebaliknya mereka mempunyai perasaan, sikap, mental dan rohani (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1993) Menyedari bahawa kualiti perhubungan diantara kaunselor dan klien itu begitu kuat dan berpengaruh, maka kita perlu lihat apakah faktor yang mempengaruhi perhubungan berkualiti itu. Bagi seorang kaunselor unsure yang paling asas ialah keinginan untuk

menolong bantu yang lahir dari dalam diri kaunselor itu sendiri. Sikap keikhlasan membantu ini akan dapat dirasai oleh klien melalui bahasa lisan dan bahasa tubuh. Selain itu menurut DeWayne (1986), sesetengah orang kelihatan mudah untuk menjalinkan sesuatu perhubungan menolong itu, tetapi bagi kebanyakan kita latihan dan penyeliaan profesional adalah perlu. Oleh yang demikian, bahagian yang sangat penting dalam persamaan saling pergantungan di antara kaunselor dan klien bagi membawa perubahan dalam diri klien adalah dipengaruhi oleh sifat, latihan dan prestasi kaunselor itu sendiri. Suatu cara yang lebih menyeluruh dalam meneliti ciri-ciri kaunselor yang membantu dalam menghasilkan suatu perhubungan menolong yang positif ialah dengan mengelaskan kaunselor itu mengikut cara mereka berfikir, merasa dan bertindak. Tugas kaunselor dilihat semakin rumit dan mencabar. Ini memmerlukan ketahanan mentel dan fizikal untuk kaunselor bersedia menghadapi beban tugas yang semakin banyak. Bagi menghadapi situasi tersebut kaunselor perlulah lebih efektif. Corey (2001) menjelaskan kaunselor yang efektif perlu mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai kesedaran kendiri dengan secara berterusan membentuk kesedaran nilai dan perasaan untuk berkembang. Selain itu kaunselor yang efektif juga perlulah sentiasa peka dengan perkara-perkara yang berlaku serta berpengetahuan luas. Beliau juga menyatakan bahawa dalam usaha menjadi
4

kaunselor yang efektif, kaunselor perlu bersedia untuk mengaplikasikan teori psikologikal dan latihan dalam diri mereka. Bagi Strong (1968), antara kualiti diri kaunselor yang efektif adalah empati, kemesraan, ketulenan dan memahami situasi klien dengan baik. Disamping itu ketrampilan dan kepakaran kaunselor dalam mengendalikan sesi turut diambil kira oleh klien sebelum mereka mendapakkan perkhidmatan tersebut. Manakala Miller (2008) pula berpendapat

bahawa pengalaman dan kebolehan berkomunikasi kaunselor dengan dunia persekitarannya adalah kualiti yang perlu ada dalam diri kaunselor bagi meningkatkan profesionaisme bidang kaunseling di sekolah. Egan (1994), kecekapan dalam kaunseling merujuk kepada sama ada kaunselor tersebut mempunyai maklumat yang diperlukan, pengetahuan dan kemahiran untuk membantu, dan bukannya ditentukan oleh tingkahlaku, tetapi hasil proses kaunseling yang dijalankan. Selain daripada itu pengetahuan dan kemahiran, kompetensi juga

termasuklahkeberkesanan personal seseorang pembantu, seseorang kaunselor dan guru perlu mempunyai ciri-ciri yang membantu. Manakala Mizan dan Halimatun (2001) melihat kemesraan, kejujuran, penerimaan tanpa syarat dan berempati sebagai kualiti yang perlu ada dalam diri kaunselor.

1.2

Penyata Masalah

Dewasa ini, Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di peringkat sekolah semakin mendapat perhatian.

Adalah diperlukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitik beratkan kegiatan-kegiatan

bimbingan dan tidak semata-mata panduan kerjaya sahaja. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1984) Apa yang membimbangkan ialah hakikat pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini di peringkat sekolah. Mohd. Zain (1994), menyatakan bahawa hanya terdapat 9 orang daripada 15 orang sampel kaunselor yang diambil mampu memberikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan. Pendapat ini disokong oleh Suradi Salim (1996) dengan menyatakan bahawa walaupun perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah lama bertapak, namun keberkesanan perkhidmatan ini belum begitu memuaskan disebabkan banyak halangan. Ini menunjukkan kualiti yang ada pada seseorang kaunselor itu belum cukup mantap lagi untuk melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan berkesan. Maka dengan itu Gerler (1976) merumuskan bahawa kaunselor harus sentiasa digalakkan untuk mencuba pelbagai kaedah baru dalam memberi perkhidmatan serta mengurangkan kaedah tradisional. Dapatan tersebut disokong oleh Corey (1982) dengan mencadangkan agar kaunselor membiasakan diri dengan pendekatan-pendekatan utama dalam kaunseling, disamping mampu membina pendekatan dan model yang disesuaikan dengan personaliti mereka dan kehendak klien.
Mashudi (1998) menyatakan terdapat beberapa aspek yang dipertikaikan oleh pelajar

terhadap keraguan berjumpa kaunselor seperti aspek etika kerahsiaan, prasangka terhadap kaunselor. Menurut beliau personaliti kaunselor yang baik dapat menarik pelajar untuk berjumpa dengan kaunselor dan mendapat khidmat bantuan. Manakala sikap pemarah, garang dan suka mengarah adalah personaliti kaunselor yang tidak disukai oleh pelajar. Pendapat ini disokong oleh Usha (2000) dalam kajiannya menyatakan penggunaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah sedikit.

Hal ini kerana pelajar tidak berminat untuk mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan itu dan kurang berjumpa dengan kaunselor kerana persepsi pelajr dalam memilih kaunselor. Sapora (2004) pula menyatakan pelajar tidak ramai berjumpa dengan kaunselor disebabkan oleh sifat negatif kaunselor. Terdapat kaunselor yang tidak gembira menjalankan tugas sebagai guru bimbingan dan kaunseling. Mereka menganggap mereka ini tiada pilihan lain kecuali menjadi

kaunselor sekolah kerana pilihan oleh pihak jabatan. Kaunselor yang merasa tidak gembira dengan tugas mereka ini berkemungkinan besar akan menggunakan pelbagai alasan untuk tidak menjalankan aktiviti-aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan berkesan. tanggungjawabnya sebagai kaunselor. Hal ini akan menjejaskan

Selain daripada faktor personaliti kaunselor terdapat faktor lain yang menyebabkan pelajar kurang percaya untuk berjumpa dengan kaunselor tersebut. Menurut Schmidt (1986), kaunseling tidah harus diperkecilkan daripada menuai hasilan yang baik daripada sistem pendidikan. Untuk diiktiraf dan diterima sebagai professional, kaunselor perlu menjadikan program yang komprehansif. Dalam usaha memberi perkhidmatan yang lebih bermakna, kaunselor di sekolah perlu meneliti banyak faktor yang boleh menyumbang atau menjejaskan khidmat mereka. Selain itu beliau beliau menyatakan bahawa, seseorang kaunselor yang berkesan mampu memberi bantuan dengan menjadi lebih mudah dikenali, berkeupayaan, bersedia dan bertanggungjawab. Peranan yang dimainkan oleh kaunselor bukanlah sesuatu yang mudah. Berdasarkan senarai tugas yang disenaraikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1996) ternyata ia satu tanggungjawab yang memberi implikasi yang besar terhadap perkembangan pelajar. Salhah Abdullah (2006) menyatakan bahawa kaunselor pelajar seharusnya berkemampuan membimbing dengan bertindak sebagai pendidik, kaunselor dan mentor untuk memupuk dan menyerapkan nilai murni, berkemahiran mengurus diri dan pembelajaran, serta menjadi penjana minda bagi melahirkan pelajar berfikiran kritis dan kreatif.
7

Walaupun jawatan kaunselor sepenuh masa telah lama diwujudkan namun peranan yang mereka mainkan kerapkali menyimpang daripada tugas sebenar seorang kaunselor. Beban tugas yang terlalu banyak ini menyebabkan kaunselor merasa terbeban dan tertekan sehinggakan mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Suradi (1994), menyatakan bahawa walaupun perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah lama dijalankan disekolah-sekolah namun pengendaliannya kurang memuaskan. Kebanyakan pelajar kurang berminat untuk berjumpa dengan kaunselor. Ini adalah disebabkan kedinginan perlaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, ketiadaan kemahiran guru-guru yang dilantik untuk mengendalikannya. Maka dengan itu, beliau mencadangkan agar guru-guru yang mempunyai latihan yang lengkap dan berkelayakan serta betul-betul berminat haruslah dilantik untuk mengendalikannya. Ini

adalah bagi menentukan kelancaran dan keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Manakala Rogers (1961) berpendapat bahawa untuk menjadi kaunselor yang

berwibawa dan efektif dalam bekerja bukanlah suatu perkara yang mudah, malah seseorang kaunselor memerlukan beberapa kualiti yang efektif untuk bertugas secara professional dan menarik minat pelajar bagi mendapkan perkhidmatan daripadanya. Menurut beliau lagi, kualiti-kualiti ini akan mempengaruhi proses terapi dan hubunga teraputik antara kaunselor dank lien yang mampu membawa perubahan kepada diri klien. Di samping itu, ketidak sungguhan guru-guru bimbingan dan kaunseling dalam melaksanakan tugas-tugas mereka dan keterbatasan perkhidmatan yang telah diberi menyebabkan timbulnya kekeliruan tanggapan terhadap konsep bimbingan dan kaunseling dalam kalangan guru-guru dan pentadbir sekolah. Guru-guru dan pentadbir sekolah melihat bimbingan dan kaunseling sevagai memberi nasihat semata-mata. Kesan daripada sikap

sambil lewa guru bimbingan dan kaunseling ketika menjalankan tugas menyebabkan guruguru lain salah faham tentang perkhidmatan tersebut, dan ini menyebabkan perkhidmatan ini tidak mendapat sambutan dan kerjasama daripada ramai pihak. Oleh yang demikian, Duncan (Dalam wosket, 2006) telah menyenaraikan beberapa faktor yang membawa kepada keberkesanan dan kegemilangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah antaranya ialah kualiti diri kaunselor yang mampu memberikan persepsi kepada pelajar. Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah bukan sahaja dapat melahirkan guru yang berkualiti tetapi lebih daripada itu, iaitu untuk memastikan mereka yang berkualiti terus kekal dalam system pendidikan Negara dan kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, KPM 2007). Maka dengan itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyenaraikan Standard Guru Malaysia (2007) iaitu Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan; Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman; dan Standard 3: Kemahirang Pengajaran dan Pembelajaran. Namun begitu

permasalahan yang timbul adalah apabila guru bimbingan dan kaunseling mengukur kualiti perkhidmatan berdasarkan standard ini adalah tidak sesuai. Ini kerana penekenan guru

akademik biasa dengan guru bimbingan dan kaunseling adalah bidang yang berbeza dari segi tujuan dan matlamatnya. Maka wajarlah satu kajian secara menyeluruh dijalankan bagi menetukan satu standard yang lebih jelas dan tepat untuk guru bimbingan dan kaunseling kearah memantapkan lagi mutu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Kajian perlu dilakukan untuk membentuk satu standard terhadap kecekapan guru bimbingan dan kaunseling. Standad yang dibina haruslah merangkumi pelbagai aspek yang berkaitan kualiti kaunselor. Ia termasuklah kualiti personaliti kaunselor itu sendiri,

pengetahuan ilmu bimbingan dan kaunseling serta kecekapan dan kemahiran dalam mengendalikan aktiviti bimbingan dan kaunseling. Persoalan-persoalan sebegini perlu

diselidik kerana ia mempunyai perkaitan lansung dengan keberkesanan perkhidmatan


9

tersebut. Sekaligus memartabatkan bidang bimbingan dan kaunseling ke satu tahap yang lebih tinggi.

1.3

Tujuan dan Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini adalah bertujuan untuk membina

tema-tema yang

seharusnya terkandung dalam standard profesional guru bimbingan dan kaunseling dan seterusnya menghasilkan satu standard yang boleh digunapakai bagi menentukan tahap profesional seorang guru bimbingan dan kaunseling. Secara khususnya kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tema-tema yang sepatutnya terkandung dalam standard guru berdasarkan standard yang terdapat di luar negara, pendapat

bimbingan dan kaunseling

pengamal dan cadangan daripada pakar dalam bidang tersebut. Berdasarkan dapatan kajian tersebut, seterusnya membina satu standard untuk guru bimbingan dan kaunseling. Standard yang dibina ini adalah merangkumi personaliti guru bimbingan dan kaunseling, aplikasi ilmu bimbimgan dan kaunseling serta kecekapan dan kemahiran pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Diharap dengan adanya kajian sebegini dapat membantu

meningkatkan lagi mutu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah seterusnya memberi implikasi yang besar dalam melahirkan modal insan bertaraf dunia untuk mencapai Wawasan 2020.

1.4

Persoalan Kajian

Bagi mencapai tujuan kajian tersebut, tiga persolan kajian dibentuk iaitu;

10

i.

Apakah kompenen-kompenen yang terkandung dalam standard kaunselor sekolah yang diperolehi daripada dokumen-dokumen standard sedia ada?

ii.

Apakah standard kaunselor yang sepatutnya, mengikut pandangan dan cadangan pengamal bidang bimbingan dan kaunseling ini?

iii.

Apakah

kompenen-kompenen

standard

kaunselor

sekolah

sepatutnya,

berdasarkan penilaian dan cadangan pakar dalam bidang bimbingan dan kaunseling ini? iv. Bagaimanakah standard kaunselor sekolah yang hendak dibangunkan untuk kaunselor sekolah di Malaysia.

1.5

Kepentingan Kajian

Maka dengan itu kajian ini dirasakan perlu kerana pada masa kini belum ada lagi satu standard yang khusus untuk guru bimbingan dan kaunseling untuk mempertingkatkan profesionalisme sebagai guru bimbingan dan kaunseling serta memastikan misi dan visi perkhidmatan itu sendiri tercapai. Dengan adanya satu standard yang khusus untuk guru bimbingan dan kaunseling ini diharap dapat dijadikan panduan yang mampu menjadikan perkhidmatan tersebut lebih berkesan. Dengan demikian maka perkhidmatan yang diberikan di sekolah akan menjadi lebih cekap, berkesan dan memenuhi kehendak klien. Melalui kajian ini juga dapat membantu institusi latihan perguruan bagi melahirkan kaunselor pelajar yang benar-benar layak untuk memikul tanggungjawab sebagai kaunselor pelajar. Ini kerana bukan semua orang mempunyai nilai dalam diri yang dimiliki oleh

kaunselor pelajar. Selain itu juga institusi pendidikan guru akan lebih teliti dalam membuat latihan yang bersesuaian dengan kehendak semasa dalam melahirkan kaunselor pelajar.

11

Latihan di institusi pendidikan guru ini adalah sangat penting sebagai asas untuk kaunselor meneruskan perkhidmatannya di sekolah. Kajian ini juga dapat dijadikan sumber rujukan untuk pengkaji-pengkaji akan dating yang ingin mendalami lagi bidang yang sama. Dengan adanya kajian sebegini ia dapat menambahkan lagi khazanah ilmu di negara kita. Ini kerana bahan-bahan sebegini

diperlukan untuk menambah baik sistem pendidikan kebangsaan. Melalui penyelidikanlah sesebuah tamadun itu boleh berkembang dengan pesatnya. Selain itu dengan adanya kajian ini, ia dapat menambahkan lagi bahan ilmiah. Selain itu, dapatan hasil kajian ini juga dapat dijadikan sebagai panduan kepada pihak pentadbir sekolah atau pihak yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah seperti kaunselor pentadbir, jemaah nazir untuk memantau dan membuat penilaian terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Ini kerana dalam mempastikan keberkesanan perkhidmatan yang disediakan, pemantauan secara berterusan adalah amat penting. Dengan adanya pemantauan dan penilaian, kaunselor sekolah dapat menenal pasti kelemahan dan kekurangan yang ada dan bersedia untuk memperbaikinya. Bedasarkan satu

standard ini boleh dijadikan asas untuk pihak kementerian untuk menguatkuasakan

standard khas untuk guru bimbingan dan kaunseling. melalui penguatkuasaan sebegini, guru bimbingan dan kaunseling akan patuh dengan standard yang telah ditetapkan. Selain itu dapatan kajian ini juga boleh digunakan oleh kaunselor pelajar itu sendiri untuk memuhasabah diri serta memperbaiki setiap kekurangan yang ada. Berdasarkan

dapatan daripada penilaian tersebut, kaunselor pelajar dapat melakukan perubahan serta penambahbaikan dalam perkhidmatannya. Terutama dari aspek penilaian kendiri,

pengurusan perkhidmatan dan hubungan interpersonal. Hasil daripada penilaian ini juga dapat membantu kaunselor pelajar lebih cekap mengendalikan perkhidmatan bimbingan dan

12

kaunseling serta membaiki program yang dirancang agar lebih terarah kepada mencapai objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

1.6

Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini mempunyai batasannya yang tersendiri.

Oleh kerana

kajian yang dijalankan ini adalah untuk membina standard guru bimbingan dan kaunseling, maka kajian ini adalah terbatas untuk guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Kajian ini tidak melibatkan guru akademik. Selain itu kajian ini terbatas kepada pembinaan standard guru bimbingan dan kaunseling berdasarkan sudut pandangan teori, pendapat daripada guru bimbingan dan kaunseling serta pandangan dari pada pakar dalam bidang tersebut. Kajian ini juga merujuk kepada beberapa dokumen standard yang sedia ada di luar negara yang kemudiannya dianalisis mengikut kesesuaian tema. Pembidaan standard ini juga adalah berdasarkan

perbincangan berkumpulan oleh pengamal perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mencari tema-tema yang dirasakan sesuai untuk dimasukkan dalam standard tersebut. Seterusnya data yang telah dianalisis dijadikan dalam bentuk draf dan dinilai oleh pakar. Maka dengan itu kajian ini terbatas kepada ketiga-tiga sumber pemerolehan data tersebut Kajain ini juga terbatas kepada proses pembinaan standard guru bimbingan dan kaunsleing sahaja. Ia tidak melibatkan pengujian keberkesanan standard tersebut. Bagi mempastikan keberkesanan standard ini, kajian selanjutnya. perlu dilakukan oleh pengkaji-pengkaji

Ini kerana keterbatasan masa, kos dan pengalaman menyebabkan pengkaji

hanya menjalankan kajian setakat membina standard guru bimbingan dan kaunseling.

13

Namun begitu diharap kajian ini dapat menambah khazanah ilmu pengetahuan dalam bidang bimbingan dan kaunseling serta menambahbaik mutu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang sedia ada. Disamping menjadi bahan rujukan terhadap kajian-kajian

lanjutan pengkaji-pengkaji lain dalam bidang sama serta memperluaskan lagi skop kajian.

1.7

Definisi Konseptual Operational

Pembinaan Standard Pembinaan standard ini adalah bertujuan bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

Standard

Secara umumnya standard merupakan penyataan kompetensi professional yang patut dicapai. Dalam kajian ini standard adalah merujuk kepada kompenen yang menjadi ukuran profesional guru bimbingan dan kaunseling berdasarkan personaliti, ilmu pengetahuan dalam bidang bimbingan dan kaunseling serta kecekapan dan kemahiran mengendalikan bimbingan dan kaunseling. Kualiti ini adalah berdasarkan kepada teori-teori, perspektif islam, hasil dokumen-dokumen standard sedia ada, pendapat pengamal, cadangan dan pendapat pakar.

Profesional Di negara barat, bimbingan dan kaunseling telah diterima sebagai kerjaya yang

profesional. Justeru iru kaunselor mereka begitu berusaha mempersiapkan diri dalam segala

14

kemahiran dan kepakaran tentang professionnya itu. Oleh itu, kaunselor di Malaysia yang ingin dianggap professional juga haruslah memperlihatkan profesionalnya agar bidang bimbingan dan kaunseling ini dianggap setaraf dengan perkhidmatan professional yang lain. Tugas dan kerja yang dilakukan kaunselor adalah memerlukan penelitian yang mendalam untuk menolong kliennya. Bagi memastikan kaedah pertolongan yang bakal diberikan

inilah seseorang kaunselor itu mesti telatih dengan sempurna sehingga profesionalismenya itu ketara. Menurut Goode (1968), lazimnya profesionalisme mengambarkan dasar teori

kesatuan pengetahuan tersebut yang boleh menghasilkan suatu kemahiran yang unik. Justeru itu kaunselor profesional haruslah mampu memberikan sesuatu yang diiktiraf oleh masyarakat. Selain itu kaunselor yang professional juga perlu sentiasa bersedia dengan kebolehan, kemampuan dan kepakarannya melalui latihan yang diterima. Corak latihan yang diterimanya daripada institusi-institusi itulah yang menjadi garis ukur profesionalisme seseorang kaunselor. Bukti menunjukkan sejauhmana institusi itu Berjaya menyediakan

kaunselor yang berkelayakan dan mahir setelah mendapat latihan amali dan teori yang dibekalkannya. Justeru itu kebanyakan institusi yang melatih bakal kaunselor amat

menekankan bentuk dan system latihannya. Tujuannya, supaya graduan yang dikeluarkan itu benar-benar dapat dimanfaatkan oleh masyarakat yang memerlukannya (Muhd. Mansur dan Siti Siti Nordinah, 1993). Sesuatu kerjaya yang bertaraf profesional perlu boleh memberi perkhidmatan kepada masyarakat, boleh membuat keputusan ke atas pelanggan, mempunyai bidang pengkhususan yang tertentu, mempunyai ketinggian pengetahuan, kemahiran dan tingkahlakuyang tidak dipunyai oleh non-profesional, mempunyai organisasi profesionalnya sendiri, mempunyai standard criteria untuk dipenuhi, dipercayai dengan yakin oleh pihak awan, dan mempunyai autoriti dalam amalannya (Kizlik, (2000) dalam Ikhsan bin Othman (2005).
15

Manakala menurut Liberman (dalam Ikhsan bin Othman, 2005), antara prasyarat bagi sesuatu profesion bertaraf professional ialah, memberi perkhidmatan penting dan mempunyai matlamat yang jelas, menggunakan keupayaan serta kebolehan intelek semasa menjalankan tugas-tugas profesionalnya, mendapat latihan yang khusus dalam bidang kemahiran ikhtisas dalam tempoh masa tertentu, mementingkan mutu serta dedkasi yang tinggi dengan tidak mementingkan wang atau saran semata-mata, pakar dalam bidang masing-masing serta mempunyai kuasa autonomi dalam tugas dan tanggungjawabnya, mempunyai organisasi yang berkuasa menentukan kriteria untuk kemasukan dan mengawal mutu perkhidmatan ahliahlinya, dan mempunyai etika perkhidmatan yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli dalam profesion itu (Amir Hasan Dawi, 2002 dan Sufean Hussien, 1996 dalam Ikhsan bin Othman). Menurut Hammond, Wise & Klien, (1999) dalam Ikhsan bin Othman (2005), profesion yang memberikan khidmat kepada orang awam perlu kepada kawalan kualiti. Ini kerana orang awam yang mendapatkan perkhidmatan jarang mengetahui perkara-perkara yang menjadi amalan dalam sesuatu profesion tersebut. Perkhidmatan yang tidak sesuai yang diberikan akan membawa akibat buruk kepada pelanggan. Maka Ikhsan (2005), mebuat kesimpulan bahawa konsep profesional membawa pengertian kea rah kualiti, keberkesanan, produktiviti, kecekapan serta etika dan tanggungjawab. Kualiti dan etika profesionalisme sesuatu profesion perlu diwujud dan dikekalkan oleh ahli-ahli dalam profesion tersebut.

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

Secara umumnya perkhidmatan berasal dari perkataan khidmat yang bermaksud bekerja dengan menunjukkan kesetiaan dan pengabdian terhadap pekerjaan tersebut. Menurut Kamus Dewan perkhidmatan membawa maksud perihal berkhidmat dan bekerja

16

untuk kebajikan.

Perkhidmatan yang dicurahkan adalah bagi memmenuhi keperluan dan

kepentingan orang ramai. Manakala Omardin Ashaari (1996) menyatakan bahawa perkhidmatan merupakan sumbangan yang berbentuk kepakaran dan kemahiran yang diberikan kepada masyarakat dan negara. Galloway (1993) telah menggariskan beberapa ciri yang dapat menerangkan mengenai perkhidmatan. Antaranya ialah:Melibatkan pelanggan Tidak boleh disimpan Permintaannya yang berubah-ubah Tidak wujud dalam bentuk yang dapat dikesan deria Efisyen Berkualiti

y y y y y y

Berdasarkan pendapat tersebut dapat kita simpulkan bahawa perkhidmatan merupakan satu pekerjaan bagi memenuhi permintaan pelangan yang sering berubah-ubah. Semestinya pelanggan menginginkan sesuatu yang berkualiti. Bagi memenuhi kualiti yang diinginkan oleh pelanggan maka kehadiran pakar adalah diperlukan. Biasanya setiap pelanggan

mempunyai tanggapan yang berbeza tentag kualiti. Che Mat (1996) menyatakan antara cirri penting yang mencerminkan kualiti perkhidmatan ialah ketepatan waktu, penghasilan kerja yang sempurna, responsif terhadap kehendak-kehendak yang memuaskan hati pelanggan. Menurut Jones (1969), Bimbingan adalah pertolongan yang diberikan kepada individu untuk pilihan yang bijaksana dan membuat penyesuaian dalam diri masing-masing. Tujuan utamanya adalah untuk memajukan individu hingga ke tahap keupayaan yang maksimum, kebolehan menyelesaikan masalah diri serta membuat keputusan. Kebolehan ini bukanlah semulajadi tetapi perlu dikembangkan.
17

Manakala Kaunseling menurut Arbuckle (1975), adalah proses membantu individu yang menghadapi kebimbangan dan konflik dalam hidupnya agar menjalankan kegiatan yang sihat, boleh membantu pertumbuhan diri dan belajar membuat keputusan. Amir Awang

(1996), menyatakan bahawa kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistemetik berasaskan pronsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor professional bagi menghasilkan perubatan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien. Akta Kaunselor (1998), mendifinisikan kaunseling sebagai suatu proses sistemetik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai satu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang berterusan sepanjang hayat. Stone (1974), menyatakan bahawa bimbingan dan kaunseling merupakan satu proses untuk membantu individu memahami keperibadian dan dunia mereka. Kaunseling pula

merupakan proses interaksi yang dapat menolong seseorang individu itu memahami sahsiah dan alam sekelilingnya. Dari perspektif islam pula, bimbingan dan kaunseling adalah proses pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk bersemuka antara seorang pakar dalam psikologi (kaunselor) dengan seorang (klien). Dalam proses tersebut pelbagai teknik-teknik dan kaedah-kaedah teknikal digunakan adalah berasaskan prinsip utama dalam islam. Menurut Ibrahim (2002), perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bertujuan untuk memberi bantuan atau pertolongan kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian diri dalam hidupnya. Manakala Latif (1980), menyatakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ialah satu proses untuk menolong dan membantu seseorang memahami, menghadapi dan menerima keterangan mengenai dirinya dan interaksinya dengan individu-

18

individu lain supaya dengan cara ini boleh membuat penyeselaian yang berkesan terhadap pelbagai masalah dalam hidupnya. Dalam kajian ini konsep bimbingan dan kaunseling ialah keberkesanan perkhidmatan yang diberikan oleh kaunselor yang professional. Professional disini bermaksud memenuhi standard yang telah ditetapkan dan mampu memberi kepuasan kepada klien (pelajar).

Guru Bimbingan dan Kaunseling Menurut surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, KP(BS)8591/Jld.VIII/(35) bertarikh 11 Julai 1996 bertajuk Panduan Tambahan: Pelantikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa, guru bimbingan dan kaunseling adalah merujuk kepada seseorang yang mempunyai: 1. Kelulusan Ikhtisas Bimbingan dan Kaunseling i. ii. Sijil Bimbingan dan Kaunseling Sijil Kursus Dalam Cuti (KDC) 8 minggu dan lulusan 1982-1986 yang dianggap setaraf dengan kursus 6 bulan sepenuh masa. 2. Guru Yang Belum Di Sahkan Jawtan i. Guru-guru yang mempunyai kelulusan BA. Pendidikan (B&K) selaras dengan para 14 dalam Panduan Pelantikan Kaunselor sepenuh Masa 3. Guru Yang Layak Mengajar Kelas Peperiksaan. i. Guru ini hendahklah dilantik sebagai kaunselor sepenuh masa dan dibenarkan meneruskan tugas-tugas akademik bagi tahun 1998. Guru ini akan berfungsi sebagaikaunselor sepenuh masa apabila sesi persekolahan 1997 bermula, atau apabila tugas-tugas akademiknya selesai.

19

4. Guru Yang Layak Tetapi Menolah pelantikan Sebagai Kaunselor Sepenuh Masa. i. Guru ini tidak dikenakan sebarang tindakan dan beliau diberi peluang untuk dilantik sebagai kaunselor sepenuh masa seperti dinyatakan dalam para 13 Panduan Pelantikan Kaunselor Pelajar Sebenuh Masa (Sumber: http://eikhtisas.ppdhl.net/download/perlantikan%20guru%20kaunseling%20sepenuh %20masa.pdf di petik pada 12.12.2011) Guru bimbingan dan kaunseling merupakan seseorang yang membantu individu lain dalam menyelesaikan pemasalahan yang dialami oleh individu itu. Kaunseling

mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif utama kaunseling ialah memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya (Asmawati,2006). Pendapat umum sering mengaitkan kaunselor dengan individu yang memberikan pertolongan kepada orang lain dalam menyelesaikan masalah peribadi. Namun begitu

pendapat sebegini masih terlalu longgar kerana untuk memberi bantuan atau pertolongan kepada individu atau kelompok boleh dilakukan oelh sesiapa sahaja, namun adakah mereka layak untuk digelar kaunselor. Para penyelidik psikologi kaunseling sendiri sukar untuk mentafsirkan dengan muktamad bagi menjelaskan maksud kaunselor, kerana kaunselor mempunyai peribadi yang tersendiri. Namun begitu pengertian kaunselor hanya boleh

diterang bedasarkan peranan dan kualiti asas kaunselor tersebut seperti mmepercayai sesame individu, berfikiran terbuka, memahami diri sendiri, berkewajipan secara profesional dan sebagainya.

20

Secara umumnya dapat kita katakana bahawa guru bimbingan dan kaunseling merupakan individu yang terlibat dalam profesion bimbingan dan kaunseling untuk membantu klien membuat keputusan dengan rasional untuk kesejahteraan hidup. Selain daripada memberi nasihat, petunjuk dan bimbingan, guru bimbingan dan kaunseling boleh dikatakan juga sebagai pembekal maklumat pendidikan dan pembelajaran serta

perkembangan semasa kepada kliennya. Berdasarkan maklumat ini klien dapat membuat pilihan yang wajar dan baik untuk kepentingan masa depannya. Dalam kontek kajian ini guru bimbingan dan kaunseling merupakan seseorang yang telah menerima pelantikan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa atau separuh masa berkhidmat di sekolah rendah. Klien yang terlibat dengan guru bimbingan dan kaunseling ini adalah pelajar, ibubapa atau keluarga, pentadbir sekolah, guru-guru dan angota kakitangan sokongan sekolah. Maka dengan itu dapat kita lihat bahawa tugas dan peranan yang dimainkan oleh guru bimbingan dan kaunseling ini amat berat. Oleh itu, sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling yang dilantik untuk memberi perkhidmatan kepada pelajar, adalah perlu untuk guru bimbingan tersebut meningkatkan ilmu pengetahuannya dalam bidang bimbingan dan kaunseling ini. Selain itu guru bimbingan dan kaunseling juga seharusnya mempunyai kemahiran dan kecekapan mengendalikan perkhidmatan, disamping mempunyai personality yang mampu memberi kepercayaan kepada pelajar.

1.8

Kesimpulan

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Malaysia masa kini semakin mendapat perhatian. Tidak dapat dinafikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan satu mekanisma yang dapat membantu pertumbuhan dan perkembangan pelajar. Ekoran daripada
21

itu, adalah penting untuk kita meningkatkan mutu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling setaraf dengan perubahan semasa. Dalam bab ini telah dijelaskan latar belakang kajian yang membangkitkan rasa ingin turut sama membantu meningkatkan mutu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan membina satu standard untuk guru bimbingan dan kaunseling bagi meningkatkan martabat guru bimbingan dan kaunseling, serta sebagai panduan semua. Melalui penjelasan dalam bab ini diharap dapat menerangkan intipati yang ingin dijalankan oleh pengkaji.

22