Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI/ PRAKTIKUM 3/2012

REFLEKSI HARIAN

TARIKH

: 10 FEBRUARI 2012

ISU / PERISTIWA YANG DIFOKUS: SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

AKTIVITI: Pada hari ini seluruh warga sekolah terlibat dalam sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang dikendalikan oleh guru-guru panitia Pendidikan Islam. Majlis ini telah diadakan di dewan Datu Merpati, SK Merpati Jepang.

KEKUATAN 1. Murid dan warga sekolah berpeluang untuk membaca surah Yasin secara berjemaah dan mendengar sedikit perkongsian tentang akhlak Rasulullah s.a.w yang telah disampaikan oleh Ustaz Masroni. 2. Interaksi positif daripada guru-guru lain. 3. Kerjasama yang sangat memberangsangkan daripada guru-guru, staf-staf sokongan dan ibu bapa dalam usaha membuat persiapan sambutan majlis.

KELEMAHAN Semasa perarakan mengelilingi kampung, selawat yang dilafazkan oleh muridmurid kurang jelas. PELAKSANAAN / CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Sediakan pembesar suara untuk menghasilkan lantunan suara yang jelas.

REFLEKSI/ PRAKTIKUM 3/2012

REFLEKSI HARIAN

TARIKH

: 17 FEBRUARI 2012

ISU / PERISTIWA YANG DIFOKUS: MESYUARAT AGONG PPIM

AKTIVITI: Hari ini saya telah berpeluang untuk menyertai guru mesyuarat Agong Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) yang telah diadakan di Wisma Biro Wanita, Samariang bersama-sama guru penasihat PPIM SK Merpati Jepang, Ustazah Jamuna, guru pelatih Dayang Norhafizah bt Abg Shamat dan tiga orang ahli PPIM yang lain. Majlis bermula dengan slot motivasi yang telah dikendalikan oleh Ustazah Hanisah.

KEKUATAN 1. Saya berpeluang untuk mengetahui perjalanan aktiviti PPIM peringkat negeri Sarawak sepanjang tahun 2011 dan cadangan rancangan aktiviti untuk tahun 2012. 2. Saya juga berpeluang untuk mengetahui organisasi pemimpin Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) peringkat negeri Sarawak dengan lebih dekat lagi.

KELEMAHAN PELAKSANAAN / CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

REFLEKSI/ PRAKTIKUM 3/2012

REFLEKSI HARIAN

TARIKH

: 18 FEBRUARI 2012

ISU / PERISTIWA YANG DIFOKUS: HARI PERMUAFAKATAN

AKTIVITI: Pihak sekolah telah mengadakan Hari Permuafakatan

KEKUATAN 1. Murid faham akan amaran yang diberikan oleh guru. 2. Saya berpeluang ntu mengenali latar belakang murid dari segi tahap pencapaian akademik 3. Bilik darjah yang ceria merangsang pemikiran murid.

KELEMAHAN 1. Saya agak lemah dalam pelaksanaan langkah pengajaran.

PELAKSANAAN / CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1. Laksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut perancangan yang telah dibuat sebelum sesi p&p berlangsung dan fokus pada pengajaran.

REFLEKSI/ PRAKTIKUM 3/2012

REFLEKSI HARIAN

TARIKH

: 7 JULAI 2011

ISU / PERISTIWA YANG DIFOKUS: MELAKSANAKAN P&P

AKTIVITI: Untuk pertama kalinya saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 3 Wira. Pertemuan pertama ini saya manfaatkan sepenuhnya untuk mengenali sedikit sebanyak tentang latar belakang murid. KEKUATAN 1. Murid memberikan kerjasama dan penglibatan yang aktif semasa p&p berlangsung. 2. Di hujung p&p satu sesi teka teki telah diadakan. Saya sengaja menjalankan aktiviti umpama ini sebagai satu wadah merapatkan hubungan dengan para pelajar. KELEMAHAN PELAKSANAAN / CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Anda mungkin juga menyukai