Anda di halaman 1dari 19

Kaunseling

Proses perhubungan atau interaksi yang professional untuk membantu secara sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh berlansdaskan etika kaunseling. Pendekatan psikologi dan kaunseling merupakan tindakan yang perlu dilaksanakan dalam usaha untuk membangunkan modal insan yang menekankan aspek berikut:1. Pembangunan 2. Pencegahan 3. Pemulihan OBJEKTIF PERKHIDMATAN KAUNSELING Perkhidmatan bertujuan menolong anda untuk : 1. Memberi dan menyediakan program psikologi untuk individu membuat perubahan dengan mempertingkatkan keupayaan mengurus emosi, tingkah laku dan pemikiran. 2. Mengenal dan memahami diri sendiri tentang kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri. 3. Membuat penyelesaian peribadi, sosial, emosi dan kerjaya dengan persekitaran di dalam dan di luar pejabat. 4. Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan-kelebihan diri yang terpendam untuk meningkatkan konsep kendiri. 5. Berfikir secara rasional dan bertindak secara berkesan di dalam membuat keputusan untuk mengatasi persoalan-persoalan yang dihadapi. 6. Membentuk tabiat membiasakan belajar dengan baik dan berkesan. 7. Membentuk ciri-ciri akhlak yang baik untuk menjadi individu yang berintegriti. 8. Merancang masa hadapan yang sesuai dengan kemampuan dan matlamat hidup. DIMANAKAH PERKHIDMATAN KAUNSELING DIJALANKAN ? Pertemuan anda dengan kaunseling akan diadakan di dalam bilik kaunseling yang selesa. Kaunselor Anda Adalah Seorang Yang:1. Sedia mendengar semua persoalan anda. 2. Menerima anda tanpa syarat.
3. Menerima dan merahsiakan apa yang ada perkatakan.

4. Menghormati anda sebagai individu. 5. Sedia berjumpa anda bila-bila masa. BAGAIMANA PERKHIDMATAN INI DIJALANKAN Perkhidmatan ini dijalankan secara kaunseling individu atau kaunseling kelompok. Kaunseling Individu : pertemuan anda dengan kaunselor anda Kaunselor Kelompok : pertemuan anda dengan beberapa rakan yang mempunyai persoalan yang sama dengan kaunselor anda. PROGRAM

1. Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAM) 2. Mentoring 3. Program Pencegahan 4. Kempen Kesedaran 5. Program Peningkatan Kendiri
Kaunseling Individu

Zuraidah Abdul Rahman (2002) telah mentaktifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan dan perasaan klien. Shertzer & Stone (1974) menegaskan bahawa kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna mengenai diri dan alam sekelilingnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien. Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999) mendefinisikan kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong yang lain itu menyelasikan konflik, atau penentangan yang belum diselesaikan. Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, huungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri. Jenis-jenis Kaunseling 1) Pendekatan krisis- Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan daripada kaunselor dan pihak atasan. Pendekatan ini memaksa kaunselor bertindak serta merta kepada krisis yang timbul. Oleh itu, tujuan pendekatan ini ialah untuk menangguh tindakan agar

tidak sampai ke tahap yang kritikal. 2) Pendekatan pemulihan-Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan yang dapat dikenal pasti dari masa ke semasa. Ia juga dijalankan dengan harapan dapat mengubah tingkah laku terhadap masalah yang dialami contohnya, merokok, melawan guru dan ponteng sekolah. 3) Pendekatan pencegahan- Pendekatan ini berdasarkan persepsi bahawa satu-satu masalah itu sampai ke tahap krisis usaha dijalankan untuk menghalangnya seperti mengadakan kempen, ceramah atau kem. 4) Pendekatan pengembangan- Pendekatan ini adalah satu usaha untuk mengenal pasti kebolehan dan keperluan pelajar di alam persekolahan. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan kurikulum an kokurikulum diberikan bagi memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenali diri mereka dan berkembang. Pendekatan ini amat diutamakanBagi bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah seperti berikut : -Perkembangan agama dan moral -Perkembangan psikososial -Perkembangan kognitif dan afektif -Perkembangan fizikal dan seksual -Perkembangan vokasional dan kerjaya Jenis-Jenis Kaunseling Individu 1) Kaunseling akademik- menyediakan kaunseling dalam usaha membantu klien memilih mata pelajaran yang sejajar dengan minat, keupayaan dan pencapaian mereka. Selain daripada itu, kaunseling akademik juga menyampaikan makluamat mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tingggi dalam negara ataupun luar negara. 2) Kaunseling kerjaya- Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar dengan minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Menurut Holland dalam Gibson & Mitchell (1981), individu akan memberi persekitaran kerja yang berkaitan dengan minat mereka, kesesuaian pekerjaan dengan minat pekerja yang akan memberi kepuasan yang lebih. Oleh itu, asas kaunseling kerjaya adalah bagi kaunselor kerjaya ialah mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. Kaunseling kerjaya juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan kepada klien secara meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta. Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran kepada klien bahawa perancangan kerjaya adalah perlu. 3) Kaunseling pemulihan- (Stone, 2002) menyenaraikan 3 sebab mengapa perlunya kaunseling pemulihan iaitu ; -Kaunselor pemulihan mengandaikan kes-kes klien mempunyai masalah fizikal seperti kecelaruan tingkah laku atau kecacatan. -Kaunselor pemulihan bertanggungjawab menyediakan klien dengan maklumat pendidikan dan rawatan pemulihan. Kejayaan kaunselor pemulihan selalu diukur dengan kejayaan mereka untuk membantu klien mendapatkan pekerjaan.

-Klien telah mengharapkan kaunselor pemulihan menyediakan perkhidmatan yang luas terutamanya berkaitan dengan kecacatan dan ketidakupayaan memperoleh pekerjaan. Klien mempunyai harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor. 4) Kaunseling peribadi- kaunseling peribadai merupakan kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri klien, membantu klien memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan. Tujuan kaunseling individu adalah untuk membantu klien memperolehi kefahaman sendiri, iaitu membantu klien memperolehi maklumat dan mebentuk sikap celik akal an nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat. Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi dengan lebih berkesan dan membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota lain. Dalam proses kaunseling individu juga akan membantu klian untuk membuat keputusan yang waras dan bijaksana. Sumber : Kaunseling Individu oleh Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh dan Hapsah Md. Yusof (2002). Sekian dulu... KAUNSELING KELOMPOK

Menurut Zuraidah (1996;2004) kaunseling kelompok adalah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang individu biasa yang sedang menghadapi masalah seharian yang normal dalam satu jangka masa yang sama. Menurut beliau, pendekatan ini mempunyai objektif yang sama dengan kaunseling individu tetapi meliputi interaksi kaunselor dengan lebih individu. :
Zuraidah (1996) berpendapat dalam kaunseling kelompok perlu mewujudkan suasana selesa dan penerimaan setiap ahli tanpa ragu-ragu untuk membolehkan ahli menilai diri sendiri, mengalami perkembangan diri dan berhubungan dengan individu lain dengan lebih positif. Menurut beliau lagi, objektifnya adalah untuk melatih perserta kaunseling kelompok untuk berhubung dengan individu lain dengan berkesan di dunia luar atau dalam masyarakatnya. Corey (1978) dalam Zuraidah (2004) menyatakan bahawa tujuan kaunseling kelompok ialah pencegahan dan juga pengubatan. Kaunseling kelompok mempunyai satu matlamat atau fokus yang tertentu seperti pembelajaran, kerjaya, masalah peribadi atau sosial. Kaunseling kelompok akan dapat memberikan ahli sokongan dan simpati yang perlu bagi membina suasana percaya mempercayai bagi menggalakkan ahli berkongsi pengalaman dan pendapat. Kaunseling kelompok dijalankan di tempat tertentu yang mana fungsinya adalah untuk perkembangan diri ahli dan fokusnya terhadap usaha mencari kekuatan dalaman diri tiap-tiap ahli. Hansen, Warner dan Smith (1980) dalam Zuraidah, (2004) juga turut menyokong bahawa kaunseling kelompok merupakan proses perhubungan antara kaunselor

dengan beberapa orang ahli. Mereka juga berpendapat bahawa kaunseling kelompok juga boleh menjadi agen pencegahan atau pengubatan bagi seseorang. Manakala, Gazda, Ducan dan Meadows (1967) dalam Zuraidah (2004), kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan individu yang dinamik berasaskan fikiran dan kelakuan secara sedar. Nilai terapinya terletak pada suasana perasaan saling percaya dan mempercayai, penerimaan, faham memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Mereka juga berpendapat bahawa faedah terapi akan dinikmati dalam satu kumpulan kecil yang ahlinya secara sukarela berkongsi masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli lain. Ahli kelompok mestilah terdiri daripada ahli-ahli yang normal dan tidak memerlukan perubahan personaliti yang mendesak. Selain itu, ahli juga dapat berinteraksi dengan individu lain dalam kumpulan itu untuk menambahkan rasa kefahaman dan juga penerimaan nilai serta matlamat hidup sendiri di samping menerima atau membuang sikap dan kelakuan yang tidak diingini. Di samping itu, Gibson dan Mitchell (1981) dalam Zuraidah (2004) pula menyatakan bahawa kaunseling kelompok boleh dianggap sebagai satu kumpulan yang menyediakan pengalaman perkembangan diri ahli. Fokus dalam kaunseling kelompok adalah untuk menolong ahli menghadapi masalah penyesuaian dan perkembangan diri seharian seperti perubahan kelakuan, mempertingkatkan kemahiran berhubung, mengubah sikap dan nilai, merancang kerjaya serta membuat keputusan dalam hidup. Shaw (1988) pula meringkaskan takrifan kelompok adalah saling bergantung atau interaksi secara langsung lebih dapat menggambarkan unsur-unsur asas konsep kelompok. Sekiranya sesuatu kelompok itu wujud, maka bolehlah dianggap bahawa para anggotanya : 1.Telah didorong untuk memasuki kelompok yakni, menjadi ahli atau anggota di dalamnya (dan dari itu berharap untuk dapat pula menyempurnakan atau memuaskan setengah-setengah kehendak mereka). 2.Sedar akan kewujudannya, iaitu tanggapan mereka betul dan tegas. 3.Selanjutnya, sudah menjadi pehatian lazim bahawa apabila individu itu berinteraksi, walau dalam masa yang singkat sekalipun, perkembangan akan mula berlaku.

UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 2 Written by Angriani KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Kemahiran Mendengar

Merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri (body language) klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Sebagai satu indikator untuk memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling. Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi.

Kemahiran Membina Hubungan

1.3 PERINGKAT-PERINGKAT PROSES KAUNSELING Secara umum aktiviti-aktiviti berikut berlaku dalam proses kaunseling ;

* PENYEDIAAN DAN KEMASUKAN * PENJELASAN * PENSTRUKTURAN * PERHUBUNGAN * PENEROKAAN * PENGUKUHAN * PENGUKUHAN * PENAMATAN

Terdapat tiga peringkat asas yang utama dalam proses kaunseling individu ataupun kelompok. Setiap peringkat ini merupakan suatu proses yang progresif di mana ia melibatkan perhubungan yang unik di antara kaunselor dan klien.

Peringkat Permulaan 1. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai. 2. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian. 3. Di peringkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu Peringkat Pertengahan 1. Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian. 2. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien. 3. Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya. Peringkat Penamatan 1. Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan: Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu. Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor. Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses.

UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 3 (A) Written by Angriani 1.4 KAUNSELING INDIVIDU 1.4.1 DEFINISI KAUNSELING INDIVIDU Terdapat pelbagai definisi kaunseling individu yang telah dihuraikan oleh beberapa pakar kaunseling. Antaranya ialah : a) Kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seseorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat menghormati dan penekanan terhadap keperluankeperluan dan perasaan klien. b) Kaunseling individu sebagai perhubungan antara seorang yang lain dalam mana ia menolong untuk menyelesaikan konflik, atau pertikaian yang belum diselesaikan. - Kamaruzaman Jamal dalam Abdul Halim Othman (1999) c) Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, huungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri. - Muhd Mansur Abdullah (1993) 1.4.2 JENIS-JENIS KAUNSELING INDIVIDU

i) Kaunseling akademik - Menyediakan kaunseling dalam usaha membantu klien memilih mata pelajaran yang sejajar dengan minat, keupayaan dan pencapaian mereka. Selain daripada itu, kaunseling akademik juga menyampaikan makluamat mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tingggi dalam negara ataupun luar negara. ii) Kaunseling kerjaya - Kaunseling kerjaya membantu klien mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar dengan minat, bakat, keupayaan dan pencapaian akademik. Menurut Holland dalam Gibson & Mitchell (1981), individu akan memberi persekitaran kerja yang berkaitan dengan minat mereka, kesesuaian pekerjaan dengan minat pekerja yang akan memberi kepuasan yang lebih. - Oleh itu, asas kaunseling kerjaya adalah bagi kaunselor kerjaya ialah mengidentifikasikan kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya. Kaunseling kerjaya juga menolong klien menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya serta mendedahkan kepada klien secara meluas jenis-jenis kerjaya di sektor awam dan sektor swasta. - Kaunseling kerjaya juga boleh memberi ingatan dan kesedaran kepada klien bahawa perancangan kerjaya adalah perlu. iii) Kaunseling pemulihan- (Stone, 2002) menyenaraikan 3 sebab mengapa perlunya kaunseling pemulihan iaitu ; -Kaunselor pemulihan mengandaikan kes-kes klien mempunyai masalah fizikal seperti kecelaruan tingkah laku atau kecacatan.

-Kaunselor pemulihan bertanggungjawab menyediakan klien dengan maklumat pendidikan dan rawatan pemulihan. Kejayaan kaunselor pemulihan selalu diukur dengan kejayaan mereka untuk membantu klien mendapatkan pekerjaan. -Klien telah mengharapkan kaunselor pemulihan menyediakan perkhidmatan yang luas terutamanya berkaitan dengan kecacatan dan ketidakupayaan memperoleh pekerjaan. Klien mempunyai harapan dan jangkaan yang tinggi terhadap kaunselor. iv) Kaunseling peribadi - Kaunseling peribadi merupakan kaunseling yang meneroka pertumbuhan kendiri klien, membantu klien memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan. Tujuan kaunseling individu adalah untuk membantu klien memperolehi kefahaman sendiri, iaitu membantu klien memperolehi maklumat dan mebentuk sikap celik akal an nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat. - Kaunseling individu juga menolong klien berkomunikasi dengan lebih berkesan dan membina perhubungan yang baik dengan anggota-anggota lain. Dalam proses kaunseling individu juga akan membantu klian untuk membuat keputusan yang waras dan bijaksana. Nota Jari : Sumber daripada Kaunseling Individu oleh Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh dan Hapsah Md. Yusof (2002). UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 3 (B)

Written by Angriani 1.5 KAUNSELING KELOMPOK

Kaunseling kelompok terdiri drpd seorang kaunselor dan 810 org ahli yg membincangkan persoalan yg sama. Kaunseling kelompok merupakan intervensi yg sesuai bg memenuhi keperluan ramai dan mementingkan perhubungan individu. Tujuan utama mencegah dan mengubat. Fokus utama perbincangan mengenai perasaan, pengalaman dan pendapat supaya dapat membantu ahli mencari kekuatan dan kelemahan diri. Hubungan dlm kaunseling kelompok mempunyai ciriciri spt kepercayaan, penerimaan, hormatmenghormati, kemesraan,

komunikasi dan pemahaman.

Menurut Trotzer (1977), k. kelompok membolehkan ahli saling bantumembantu utk menghadapi masalah-masalah hidup serta mencari, memahami dan melaksanakan cara-cara utk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

IRI-CIRI KAUNSELING KELOMPOK Proses teraputik dlm suasana demokratik Penyertaan sukarela Objektif kelompok sblm penubuhan kelompok Tanggungjawab peserta Keahlian Kekerapan dan jangka masa perjumpaan Keberkesanan kelompok dan peranan setiap ahli Kerahsiaan

NILAI KAUNSELING KELOMPOK

Kemahiran membina hubungan Perasaan hormatmenghormati Persamaan taraf antara ahli dan kaunselor Hak utk memberikan dan menerima pertolongan Kebebasan selfexpression Kebebasan bersuara --> suasana demokratik Keperluan psikologikal Sumbangan positif kepada rakan sebaya Suasana menerima sokongan dan galakan Kebebasan utk bersuara atau berdiam diri Peluang menguji idea sendiri dan menerima maklum balas jujur Menjadi terapi dalam usaha membantu antara satu sama lain

UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 4 Written by Angriani

1.4 KAUNSELING KELOMPOK 1.4.1 DEFINISI KAUNSELING KELOMPOK Menurut beberapa orang pakar kaunseling, kaunseling kelompok boleh didefinisikan sebagai ; a) Kaunseling kelompok adalah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan berkesan kepada beberapa orang individu biasa yang sedang menghadapi masalah seharian yang normal dalam satu jangka masa yang sama. Menurut beliau, pendekatan ini mempunyai objektif yang sama dengan kaunseling individu tetapi meliputi interaksi kaunselor dengan lebih individu. - Zuraidah (1996;2004) b) Kaunseling kelompok merupakan proses perhubungan antara kaunselor dengan beberapa orang ahli. Mereka juga berpendapat bahawa kaunseling kelompok juga boleh menjadi agen pencegahan atau pengubatan bagi seseorang. - Hansen, Warner dan Smith (1980) c) Kaunseling kelompok adalah satu proses perhubungan individu yang dinamik berasaskan fikiran dan kelakuan secara sedar. Nilai terapinya terletak pada suasana perasaan saling percaya dan mempercayai, penerimaan, faham memahami dan sokongan yang berpandukan pada kebenaran. Mereka juga berpendapat bahawa faedah terapi akan dinikmati dalam satu kumpulan kecil yang ahlinya secara sukarela berkongsi masalah peribadi dengan kaunselor dan ahli lain. Ahli kelompok mestilah terdiri daripada ahli-ahli yang normal dan tidak memerlukan perubahan personaliti yang mendesak. Selain itu, ahli juga dapat berinteraksi

dengan individu lain dalam kumpulan itu untuk menambahkan rasa kefahaman dan juga penerimaan nilai serta matlamat hidup sendiri di samping menerima atau membuang sikap dan kelakuan yang tidak diingini. - Gazda, Ducan dan Meadows (1967) dalam Zuraidah (2004) 1.4.2 JENIS-JENIS KAUNSELING KELOMPOK i) KELOMPOK BIMBINGAN Merupakan sesi memberi maklumat atau penerangan. Contohnya: maklumat pendidikan, vokasional atau kerjaya dan bantuan peribadi ssperti menyediakan rancangan hidup dan kekeluargaan ii) KELOMPOK KAUNSELING Perkongsian masalah peribadi yang hampir sama bagi setiap ahli. Tumpuan kepada perkembangan individu, membina kemahiran komunikasi dan membuat keputusan. iii) KELOMPOK TUGAS Ahli bersama-sama cuba menyelesaikan masalah kebanyakan ahli. Contohnya seorang ahli yang pendiam diajar berkomunikasi iv) KELOMPOK T Kelompok latihan atau bengkel. Menekankan kemahiran hubungan manusia seperti membuat ujikaji, cubaan idea baru, buat keputusan dan menyelesaikan masalah. v) KELOMPOK ASSERTIF Membina tegas diri di kalangan ahli yang takut untuk bercakap atau bertindak dan yang suka bertindak

agresif tanpa memikirkan hak-hak sendiri dan hak-hak orang lain vi) KELOMPOK KERJAYA Penumpuan kepada pelbagai aspek kerjaya termasuk meneroka minat kerjaya, ujian personaliti, ujian minat dan membuat keputusan untuk kerjaya UNIT 1 : KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING 1 Written by Angriani DEFINISI BIMBINGAN

Perbuatan membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai sesuatu kerja atau tugas. (DBP) Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. (Suradi Salim, 1996) Suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya. (Suradi Salim, 1996) Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan matlamat seseorang tercapai. Lazimnya bimbingan melibatkan perkara-perkara yang menentukan perkembangan seseorang itu. Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal. Perjalar atau individu yang ingin mengikuti bimbingan perlu hadir secara sukarela. Proses bimbingan perlu dilaksanakan secara kolaboratif di antara fasilitator/guru pembimbing dan para pelajar.

PENGENALAN KEPADA KAUNSELING Tiga istilah yang sering dikelirukan ; NASIHAT ~ Diberikan oleh sesiapa dan tidak kepada apa-apa kepakaran BIMBINGAN ~ Diberikan oleh orang yang pakar dalam bidang tertentu KAUNSELING ~ Diberikan oleh orang mempunyai ilmu dalam bidang kaunseling

Terdapat beberapa salah tanggapan masyarakat terhadap definisi atau pengertian KAUNSELING. Antaranya

Kaunseling adalah nasihat Kaunseling hanya untuk orang bermasalah sahaja Kaunseling adalah untuk pelajar IPT sahaja Kaunseling adalah berbual-bual sahaja Kaunseling boleh mengubati semua masalah tingkah laku Kaunseling untuk orang kaya sahaja Kaunseling untuk pelajar sekolah sahaja Klien dipsiko apabila jumpa kaunselor Apabila dah tak dapat dikawal barulah jumpa kaunselor Habis terbongkar semua rahsia

DEFINISI KAUNSELING

Kaunseling berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris Counseling. Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor profesional untuk membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Di samping itu, kaunseling adalah suatu proses interaksi dua hala yang membolehkan seseorang individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan memberi celik akal kepada klien dalam menentukan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup sehingga dapat memastikan tidakan yang wajar untuk masa depan. Kaunseling bukan bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi kaunseling sebenarnya menolong klien ; ~ Memahami dirinya yang sebenar ~ Mengetahui kelebihan dan kekurangan ~ Apa yang boleh dilakukan dengan mudah ~ Apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah ~ Apa yang tidak boleh dilakukan langsung Secara ringkasnya, kaunseling ialah suatu proses ; ~ Pertolongan yang profesional ~ Perhubungan dan interaksi dua hala ~ Pembelajaran semula ~ Memahami diri dan alam sekeliling ke arah perubahan kendiri positif Kaunselor beranggapan bahawa manusia sama sahaja, tidak ada yang baik dan tidak ada yang jahat.

PANDANGAN TERHADAP TABIAT MANUSIA

Semasa lahirnya mereka adalah saksama, masing-masing mempunyai potensi seimbang ke arah menjadi sama ada baik ataupun jahat. Slide 12 .O {font-size:149%;}

Dustin dan George menyenaraikan empat andaian berhubung dengan tabiat kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah yang menjadi inti kepada kaunseling tingkah laku itu sendiri. ~ Manusia itu dilihat sebagai manusia biasa, tidak ada yang sepenuh-penuhnya jahat atau sepenuh-penuhnya baik, tetapi adalah sebagai organisma berpengalaman yang mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku. ~ Manusia berkeupayaan memaham konsep serta mengawal tingkah lakunya sendiri. ~ Manusia berupaya memperolehi tingkah lakunya yang baru. ~ Manusia mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku lain sebagaimana ia dipengaruhi oleh orang lain terhadap tingkah lakunya sendiri. TUJUAN KAUNSELING Memberi Maklumat Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor Secara tidak langsung ini boleh menambah kemahiran klien dalam mengendalikan hidupnya Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran) Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya Di samping itu, ia juga dapat membantu untuk mengembangkan bakat klien Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakat supaya klien dapat mengambil tindakan yang sewajarnya Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah. Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak) Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain Masalah ini biasanya berkaitan dengan konsep kendiri sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya.

Menggalakkan Celik Akal

Memberi Sokongan

Penyelesaian Konflik

Memperbaiki hubunan klien dengan masyarakat

MATLAMAT KAUNSELING

Menolong mengubah tingkah laku Membantu membuat keputusan Membentuk kemahiran daya-tindak Mempercepatkan seseorang menjadi rasional Memperbaiki hubungan interpersonal Memahami dan mengelolakan kecemasan

KESIMPULAN Secara umumnya, boleh disimpulkan bahawa kaunseling menolong seseorang klien ; Memahami diri dan situasinya Mengenal pasti keperluanya Menerima realiti hidupnya Membuat perancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

Bibliografi http://ctmserver.kkr.gov.my/kaunseling/kaunseling.php http://alkauthar.blogspot.com/2007/11/kaunseling-individu.html http://alkauthar.blogspot.com/2007/08/menurut-zuraidah-19962004kaunseling.html http://angrianiworld.com/ubk/index.php? option=com_content&task=view&id=69&Itemid=66