Anda di halaman 1dari 1

(nama) PISMP Pengajian Sosial Ambilan Januari 2010 Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Jalan KJD, 96509

Bintangor, Sarawak. _______________________________________________________________________________ Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang Jalan KJD, 96509 Bintangor, SARAWAK. u/p: Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan Tuan, MEMOHON UNTUK TERUS TINGGAL DI KUCHING SETELAH SELESAI LAWATAN ILMIAH KE MAJLIS SUKAN NEGARA DAN INSTITUT SUKAN NEGARA, KUCHING Perkara di atas adalah dirujuk. 2. Saya (nama), No. Kad Pengenalan xxxxxx-13-xxxx, pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian Sosial Pendidikan Rendah Ambilan Januari 2010, Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak, Malaysia dengan ini memohon daripada pihak Tuan untuk terus tinggal di Kuching setelah Lawatan Ilmiah ke Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara di Kuching sempena Cuti Pertengahan Semester 1 tahun 2012 yang akan bermula pada 10 Mac 2012 (Sabtu) hingga 18 Mac 2012 (Ahad). 3. Hal ini demikian kerana saya merupakan anak kelahiran Kuching dan menetap bersama keluarga saya di Kuching beralamat (alamat) 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia. 4. Sesungguhnya saya mengetahui dan faham bahawa pihak IPG akan mengambil langkahlangkah keselamatan. Namun demikian saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang atau mahkamah terhadap pihak atau wakilnya yang berkaitan dengan apa-apa kehilangan harta, kemalangan, kecacatan anggota atau sebarang kecederaan lain terhadap saya sepanjang dalam perjalanan pergi dan balik atau sepanjang lawatan tersebut. Sekian, terima kasih. Pengakuan dibuat oleh:

xx Februari 2012

______________________________ Nama xxxxxx-13-xxxx Tarikh: _________________ s.k Penyelaras Program Lawatan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Mentor Kumpulan Pensyarah PJM3112