Anda di halaman 1dari 6

OPERASI PEMERIKSAAN KEDAI MAKAN (SEK 11 AKTA MAKANAN 1983)

Pada hari rabu 15/2/2012@ 9pm saya PKA SUHAIL AZRI membantu dalam operasi penutupan premis Tak suci yang diketuai oleh PPKP(K) EN MOHD GHAZALI. Kami telah membuat pemantaun premis yang beroperasi pada malam hari sekitar kuala krai dan telah pergi ke CITARASA SERI MURNI,No pendaftaran : KT 0178000-P. Beralamat BERHADAPAN PROTON,JALAN SUNGAI DURIAN 18000 KUALA KRAI ,KELANTAN. Memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa pada tuan kedai iaitu MELAH BINTI MAT NIK NO I/C :620214-03-5362 dan menyatakan tujuan untuk membuat pemeriksaan premis makanan bagi parameter yang boleh mencemarkan makanan dan membahaya kepada penguna.

LOKASI PREMIS

Hasil dari pemeriksaan didapati premis ini tidak menjaga kebersihan seperti tong sampah yang tidak ditutup dan peralatan yang telah digunakan tidak dicuci dan dibiarkan terdedah ini boleh menyebabkan pencemaran silang.

susunan peralatan yang tidak sempurna dan bekas ramuan yang tidak dilabelkan serta penyimpanan bahan ramuan makanan bersama bahan pencuci dan penggunaan bahan ramuan yang tidak dibenarkan.

Hasil dari pemeriksaan menyeluruh premis ini dinilaikan mengunakan borang tahap kebersihan makanan berasaskan risiko iaitu 48.5 peratus dan digredkan c sebagai tidak bersih dan perlu ditutup mengikut akta makanan 1983. Seterusnya mengisi notis penutupan premis tak suci dan ditampal. premis ini ditutup selama 14 hari dan akan diperiksa semula. Memberi pendidikan kesihatan dan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh tuan punya premis sebelum premis ini boleh beroperasi semula.

PROSEDUR PENUTUPAN PREMIS MAKANAN


1. Perkenalkan diri(kad kuasa) dan terangkan tujuan kedatangan kepada tuanpunya premis makanan yang telah dikenalpasti. 2. Jalankan pemeriksaan dan penilaian ke atas premis makanan bersama dengan tuanpunya premis.
3. Buat pengiraan markah Demerit mengikut formula yang telah ditetapkan dalam

borang berkenaan jika Markah kurang dari 50% tutup premis(tidak lebih 14 hari). 4. Beritahu keputusan tindakan kepada tuan punya premis. 5. Hentikan operasi perniagaan dipremis mengikut budibicara.
6. Keluarkan arahan melalui borang Notis Penutupan Premis tak suci(Seksyen 11

Akta Makanan 1983). 7. Beri penjelasan tentang arahan yang terkandung di dalam Borang Notis Penutupan premis tak suci dan Borang Perintah Kerja Pembersihan Premis dan dapatkan akuan terhadap penerimaan borang oleh tuanpunya premis. 8. Tampal dan pamerkan borang notis Penutupan Premis Tak suci pada premis di tempat yang sesuai dan boleh dilihat umum. 9. Buat pemantauan premis yang ditutup setiap hari dengan seorang saksi. 10. Periksa semula premis mengunakan format perintah kerja-kerja pembersihan dibawah seksyen 11,Akta Makanan 1983, sekiranya ada permohonan bertulis daripada tuanpunya premis walaupun belum tamat tempoh 14 hari. 11. Tentukan tindakan hasil dari pemeriksaan yang dijalankan
-

Jika premis mematuhi perintah kerja-kerja pembersihan dibawah seksyen 11,Akta Makanan 1983, keluarkan surat penarikan balik perintah penutupan dan premis dibenarkan beroperasi semula melalui format sijil Pembersihan. Jika masih tidak mematuhi perintah kerja-kerja pembersihan : o Perintah penutupan terus berkuatkuasa sehingga tamat tempoh 14 hari. o Perintah penutupan dilanjutkan lagi selama 14 hari dan Notis penutupan yang baru dikeluarkan.

12. Beritahu PKD sekiranya tuanpunya premis melanggar perintah tutup yang dikeluarkan. 13. Jalankan penyiasatan dan dapatkan bukti kes daripada premis yang melanggar perintah tutup tersebut : Rekod tarikh dan masa premis beroperasi. Ambir gambar premis ketika beroperasi. Ambir peralatan yang digunakan Dapatkan resit penjualan. Dapatkan saksi yang makan dipremis. Buat laporan(Report) kepada Balai Polis terdekat.

SENARAI SEMAK
1. Senduk 2. Jug 3. Penyepit 4. Sudu 5. Pembuka botol/tin 6. Gunting 7. Alcohol 70% 8. Kapas 9. Blow torch 10.Mancis/pemetik api 11.Borang analisis pensampelan 12.Label bagi sampel makanan 13.Seal kawalan mutu makanan 14.Gam 15.Whirl-pak 16.Stapler

17.Tali 18.Sampul surat 19.Tuala tangan.