Anda di halaman 1dari 4

PENGEJAAN KATA DASAR JAWI DUA SUKU KATA TERBUKA Abstrak Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan

kemahiran murid menggunakan kaedah yang mudah untuk menukarkan tulisan rumi kepada jawi. Dalam kajian ini kami menyediakan 9 langkah strategik untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam tulisan jawi. Hasil daripada ujian menunjukkan peratus murid lulus meningkat. Peningkatan ini juga membuktikan bahawa kaedah latih tubi beserta langkah yang strategik memainkan peranan yang penting dalam membantu murid mencapai objektif P&P. 1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Sepanjang mengajar matapelajaran Jawi Kelas 4 Cerdik,kami dapati sebahagian murid amat lemah untuk menukarkan tulisan rumi kepada jawi. Ini kerana mereka telah ketinggalan atau belum menguasai dua suku kata terbuka semasa di tahap satu. Ini menyebabkan murid sukar mendapat markah jawi yang baik, kerana murid belum menguasai ejaan dua suku kata terbuka. Kami juga bertanya kepada murid yang lemah ini, apa yang kami dapati ada di antara mereka belum kenal huruf vocal dan konsonan jawi. Oleh yang demikian, kami akan cuba membantu murid yang tercicir jawi ini ke tahap yang lebih baik.

2.0 Isu Yang Dikaji # tidak mengetahui cara mudah untuk mengeja perkataan # kesilapan penggunaan vokal a . #murid menulis berdasarkan pengetahuan dari pembacaan #murid belum kenal dengan pasti huruf-huruf vokal dan konsonan jawi #Murid tidak menjawab soalan, menukar perkataan jawi kerana tidak mengetahui penggunaan vokal dalam jawi.

3.0 Objektif Kajian 3.1 Objektif Khusus Mengetahui cara yang betul, mudah dan tepat untuk mengeja perkataan suku kata terbuka.

3.2 Objektif Umum Murid dapat menukar dengan betul dan tepat perkataan rumi ke jawi dalam peperiksaan OTI seterusnya.

4.0 Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan murid 4 Cerdik yang terdiri daripada 12 lelaki dan 4 perempuan.

5.0 Tindakan yang Dicadangkan 5.1 Tinjauan Masalah Mengkaji sejauh mana kelemahan murid mengeja dua suku kata terbuka. Kajian tersebut melibatkan perkara perkara yang berikut: 5.1.1 Latihan mengeja perkataan dua suku kata terbuka. 5.1.2 Latihan mengeja perkataan dua suku kataterbuka (KV + KV) *vokal pertama dan kedua huruf a *awal konsonan kedua ialah bukan huruf ( )

5.1.3 Latihan menukar ejaan rumi kepada jawi yang mempunyai kedua-dua perkataan di atas.

5.2 Program Suluh Jawi Cara Pelaksanaan: 5.2.1 Guru meminta murid mencatat 2 perkataan suku kata terbuka setiap kali sebelum memulakan P&P Jawi. 5.2.2 Murid akan mengeja secara lisan perkataan yang dicatat. 5.2.3 Guru menyebut perkataan tersebut kemudian murid menulis di dalam buku latihan. 5.2.4 Guru memeriksa hasil kerja murid.

6.0 Pelaksanaan Langkah-langkah yang telah dirancang ini telah dilaksanakan berdasarkan tahap kelemahan murid dalam kemahiran menulis dan mengeja dua suku kata terbuka. Langkah-langkah tersebut termasuklah mengenal huruf vokal dan konsonan jawi sehinggalah kemahiran mengeja dua suku kata terbuka. Justeru 9 langkah strategic ini digunakan untuk memastikan kemahiran menulis dan mengeja dua suku kata terbuka dapat dicapai dengan baik. 6.1 Langkah-langkah Pelaksanaan 6.1.1 Guru memperkenalkan huruf jawi dan murid diminta menghafaz dan mengingatinya. Huruf ALIF hingga NYA. 6.1.2 Memperkenalkan kepada murid padanan huruf jawi dengan huruf rumi. Contoh: huruf alif = a 6.1.3 Kemudian memperkenalkan huruf vokal jawi ( alif ,wau , dan ya) 6.1.4 Seterusnya memperkenalkan huruf-huruf konsonan jawi. 6.1.5 Membina kata dasar satu suku kata terbuka. Contoh : BA = CI=

6.1.6 Memberi latihan yang berkaitan dengan langkah 1,2,3 dan 4. Guru memperbetulkan kesilapan latihan murid serta melatih tubi. 6.1.7 Latihan mengeja suku kata terbuka. Contoh : suku kata (KV + KV) jika:*kedua-dua vokal ialah huruf a atau alif *awal konsonan kedua bukan huruf ( *kekal vokal pertama sahaja, contoh: 6.1.8 Latih tubi menulis dan mengeja perkataan suku kata terbuka dengan mendedahkan teknik tersebut kepada murid. 6.1.9 Menjalankan satu uijian pos untuk mengukur setakat mana aktiviti dan langkah-langkah tersebut member kesan kepada pencapaian murid dalam mengeja perkataaan. )

SEKOLAH KEBANGSAAN BELADAU KOLAM KUALA TERENGGANU

KAJIAN TINDAKAN

TAJUK : MENGATASI MASALAH PENGUASAAN EJAAN JAWI DI KALANGAN MURID 4 CERDIK SKBK MELALUI PROGRAM SULUH JAWI .

KAJIAN OLEH: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK BELADAU KOLAM