Anda di halaman 1dari 4

Kisah disebalik Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Posted by Izzat Aziz on December 17, 2011 in Rambling | 14 comments Dilahirkan dalam keluarga yang berpendapatan rendah, aku sedar dan bersyukur nikmat jika diberi bantuan walaupun sekadar RM 500. Bagi aku, nilai sebanyak itu sudah cukup untuk melegakan sedikit bebanan yang ditanggung oleh ibu aku. Bila kerajaan mengumunkan pada budget yang bantuan RM 500 akan diberi kepada yang pendapatan serumah kurang dari RM 3000, aku terus tahu yang keluarga aku memang tersangat lah layak untuk dapat bantuan itu. Terima kasih kerajaan.

Tetapi disebalik perkara yang baik ini, aku rasa tersinggung dengan keadaan masyarakat kita, kebaikan bantuan ini dikaburi dengan pelbagai perkara yang tidak sepatutnya berlaku, semua angkara ketamakan manusia dalam mengejar harta dan pangkat. Antara perkara yang aku dengar dan yang buat aku rasa macam sakit hati 1. Borang yang sepatutnya percuma dijadikan bahan untuk membawa keuntungan Kalau baca sini dan sini dapat kita lihat borang bantuan ini ada dijual sedangkan ianya percuma. Jika mengikut statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan kira-kira 83% dari jumlah rakyat di Malaysia yang layak mendapat bantuan ini.. dan dalam jumlah sebesar itu, ada yang tidak celik IT, dan juga kurang peka tentang perkara semasa, dan orang-orang beginilah yang akan terpadaya dengan perjualan borang ini. Bagi aku kepada yang mengambil kesempatan begitu harap-harap dia insaf, kalau tak.. baik diber bala sahaja.. cukup kejam. 2. Bantuan dipandang serong Ada yang mengatakan bantuan ini adalah sekadar umpan untuk memancing undi, dan sebagainya. Bagi aku, apa niat sebenar kerajaan tu kerajaan dan Tuhan saja yang tahu. Kita sebagai manusia yang tidak mempunyai keupayaan yang cukup untuk menilai segala benda seharusnya memuji yang baik zahirnya, kerana kita tidak tahu apa batinya, dan menbaiki yang tidak elok zahirnya. Bukanya yang tidak elok kita tegur, dan yang elok pun kita perli. Tidak eloklah begitu, berfikirlah secara positif. 3. 5.2 juta layak menerima bantuan Bagi aku jumlah itu terlalu besar, jadi secara amnya 5.2 juta yang mendapat pendapatan yang kurang pada 3000. Dari segi keadaan ekonomi dan inflasi sekarang kita akan terus mendapat masalah

kemiskinan jika perkara ini tidak diselesaikan secara cepat dan tepat. Bagi aku untuk hidup di zaman ini, terutama di kawasan bandar sekurangya mendapat pendapatan lebih pada 3000 sebulan tanpa berkerja lebih masa. Dari pengalaman aku sendiri banyak yang aku lihat, berkerja sampai lewat malam kerana untuk mendapat pendapatan lebihan melalui over time ataupun ot. Jika ibu bapa banyak menghabiskan masa berkerja, siapa yang akan jaga anak? Anak-anak adalah masa depan negara, satu masalah akan bawa kepada masalah yang lain. Gaji minima yang secukupnya harus di perkuatkuasakan di Malaysia. Pelbagai positif yang hadir dari bantuan ini, tidak lengkan juga perkara yang negatif berlaku secara lansung ataupun tidak. Harus kita pelajari dari perkara ini, benda yang baik harus dijadikan motivasi dan yang buruk harus diambil untuk diperbetulkan.

http://blog.izzataziz.net/read/br1m/

Bantuan Rakyat 1Malaysia; Pemberian Ikhlas Kerajaan


Posted in News on January 16th, 2012

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) Pada ketika kelompok masyarakat yang memerlukan di negara ini tidak mampu mengharapkan apa-apa untuk meringankan beban hidup, tiada siapa yang peduli, tetapi kini bila mereka dihujani dengan pelbagai bantuan kerajaan, yang mengejutkan, ada pula yang berkata langkah ini tidak betul! Pemberian kerajaan ini bermula dengan bantuan khas persekolahan sebanyak RM100 untuk setiap pelajar sekolah, yang dibayar November lepas, baucar buku RM200 untuk pelajar Tingkatan 6 dan pelajar Institusi Penganjian Tinggi dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diagihkan kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan, pada Januari. BR1M terutamanya menarik perhatian negara kerana ia melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion dan dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah, iaitu kira-kira 80 peratus daripada jumlah isi rumah di Malaysia. Rakyat beratur panjang di seluruh negara untuk memohon bantuan itu dan sekali lagi berbuat demikian ketika menerima baucar tunai pembayaran itu mulai Ahad (15 Jan). Apapun ramai juga yang begitu yakin bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia itu sebagai muslihat untuk memancing undi dan tindakan yang tidak pernah dilakukan kerajaan ini dianggap penunjuk jelas bahawa Pilihan raya Umum ke-13 sudah begitu hampir. Abdul Ghapa Harun, pensyarah kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menegaskan bahawa tindakan kerajaan itu patut diterima secara objektif atas kesedaran sudah menjadi kewajipan kerajaan untuk mengambil berat kebajikan rakyat. WAJAR ATAU TIDAK? Persoalan yang memerlukan jawapan ialah sama ada pemberian itu bermotifkan politik dan bagi saya; Memanglah mungkin boleh dikatakan ada unsur politik tetapi itu soal kedua kerana ia merupakan bantuan yang wajar dalam keadaan di mana kos kehidupan semakin meningkat.

Walaupun RM500 bukanlah satu jumlah yang besar, tetapi ada faedahnya kepada golongan yang memerlukan iaitu mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah kerana sedikit sebanyak dapat menampung keperluan kehidupan, katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini. Abdul Ghapa berkata kos sara hidup yang tinggi ketika ini tidak dapat dielakkan bagi setiap negara termasuk Malaysia yang kini dalam proses peralihan daripada berstatus sederhana kepada negara maju menjelang tahun 2020. Ia berikutan ketidaktentuan harga barang peringkat global disebabkan faktor cuaca, bekalan, krisis ekonomi dunia termasuk penggantungan beberapa sumber makanan di negara lain, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup rakyat negara ini. Abdul Ghapa menarik perhatian bahawa dalam merealisasikan matlamat negara berpendapatan tinggi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi penekanan kepada transformasi politik dan ekonomi untuk membantu rakyat melalui proses peralihan ini. Namun begitu, ia merupakan satu proses jangka masa panjang untuk melihat hasil daripada dasar berkenaan. Ditambah pula, dengan kemelut kos sara hidup yang meningkat, sedikit sebanyak proses peralihan ini memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Memahami akan keperitan golongan itu, Najib merasakan perlunya satu mekanisme dalam mengagihkan faedah yang diperolehi semasa pertumbuhan ekonomi yang dikecapi dalam proses menuju negara maju. Menurut Abdul Ghapa, di sinilah terletaknya peranan BR1M sebagai satu mekanisme pengagihan. Ini dapat membuatkan tekanan yang dihadapi rakyat akibat transformasi yang dialami semasa proses peralihan itu, dikendurkan, katanya. Lebih-lebih lagi, bagi Najib, kejayaan transformasi politik dan ekonominya bergantung kepada sokongan rakyat dan oleh itu kerajaan harus mencari jalan untuk memenangi hati rakyat. PRIHATIN AYAH DAN ANAK Pendekatan Najib dilihat mempunyai persamaan dengan usaha yang pernah dijalankan allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein dalam era 1960an dan awal 1970an semasa inflasi melanda negara. Abdul Ghapa berkata seperti Najib, Tun Razak juga melaksanakan program transformasi ekonomi dengan pelaksanaan dasar pembangunan jangka panjang, dan untuk menampung kelemahan, di antaranya diperkenalkan tindakan pembetulan jangka masa pendek. Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) yang dilancarkan Najib dilihat mempunyai persamaan dengan restoran rakyat yang diperkenalkan bapanya yang memberi jaminan harga makanan yang berpatutan. Bagaimanapun, Najib melangkah jauh lagi dengan memperkenalkan KR1M (Kedai Rakyat 1Malaysia), Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M) dan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sebagai program jangka pendek yang membolehkan faedah segera disampaikan kepada rakyat. BANTUAN TIDAK DIPOLITIKKAN Abdul Ghapa berkata sudah tentunya beberapa ahli politik yang tidak bertanggungjawab menggunakan usaha murni kerajaan ini untuk mengukuhkan kedudukan mereka dengan mempersoal keikhlasan kerajaan, tetapi bantuan itu patut dilihat dari sudut pandangan yang positif. Yang penting mereka seharusnya melihat kepada proses pengagihan bantuan itu supaya ia benar-benar sampai kepada rakyat dan memastikan tidak berlakunya penyelewengan, katanya.

Selain itu, sikap sesetengah pemimpin dalam parti yang menjadikan bantuan sebagai medium untuk menonjolkan diri mereka, turut menyumbang kepada pendebatan mengenai keikhlasan kerajaan dalam meringankan beban rakyat ini. Seeloknya elemen kepartian dalam proses pengagihan haruslah dielakkan kerana boleh memberi kesan sebaliknya kepada usaha murni itu, katanya. Biar apapun spekulasi terhadap pemberian bantuan BR1M itu, hakikatnya rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah amat memerlukannya dan kehadiran mereka beramai-ramai untuk menuntut pemberian itu jelas menunjukkan mereka menghargai bantuan kerajaan itu. Ini sekali gus mendorong semua pihak kembali kepada perkara asas mengapa kerajaan dipilih, iaitu untuk membantu rakyat. Justeru, amat wajar bantuan murni seperti BR1M ini tidak dipolitikkan kerana rakyat berhak menerimanya. Sumber : Bernama
Tags: 1Malaysia, BR1M, Development, Government, KR1M, MR1M, Politics, PR1MA, Welfare

http://www.1malaysia.com.my/news/bantuan-rakyat-1malaysia-pemberian-ikhlas-kerajaan/

Anda mungkin juga menyukai