Anda di halaman 1dari 2

AGAK jarang sebenarnya saya mahu membincangkan sains kekayaan.

Konsepnya begitu abstrak dan sukar dimengerti oleh orang biasa. Ia amat mudah merangsang orang untuk menolaknya kerana kelihatan asing dan tidak serasi dengan paradigma lazim yang dipegang oleh orang ramai.

Malah ada sebahagian orang menolaknya mentah-mentah dan menganggapnya satu kepercayaan pelik. Namun, ingin saya tegaskan bahawasanya sains kekayaan sama sekali tidak bercanggah dengan ajaran Islam malah mengangkatnya ke suatu tahap baharu yang sebelum ini diabaikan. Kita ambil satu tajuk kecil sahaja daripada sains kekayaan pada kali ini iaitu bersyukur. Ini antara topik yang paling ringan dalam sains kekayaan. Tidak perlu pening-pening memikirkannya. Saya kongsikan untuk menambah pengetahuan am anda sahaja.. Firman Allah SWT: Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. [Surah Ibrahim: Ayat 7] Salah satu rahsia murah rezeki dan cepat kaya yang paling asas ialah mempunyai perasaan bersyukur. Anda mestilah sentiasa bersyukur dengan 3 cara iaitu secara lisan, di dalam hati dan ketika sedang melaksanakan sebarang perbuatan yang sedang anda buat untuk menuju ke matlamat anda tersebut. Anda jangan teringatkan Allah hanya apabila berada di dalam kesusahan. Inilah kesilapan manusia. Mereka hanya teringatkan Allah apabila susah, tetapi lupa ketika senang.

Kunci supaya anda mempunyai sentuhan emas ialah anda sentiasa bersyukur ke atas segala nikmat Allah yang telah dan sedang anda alami selama ini. Secara amnya anda bersyukur kerana masih mampu menghirup udara milik Allah SWT untuk terus hidup hari ini dan secara khususnya anda bersyukur setiap kejadian khusus yang telah berlaku ke atas diri anda. Perasaan bersyukur anda hendaklah dilipatgandakan apabila anda mengesan sesuatu peristiwa (walaupun sangat kecil) yang membawa ke arah kejayaan anda. Sebagai contoh, katakan anda sedang bercadang memulakan sesuatu pekerjaan sampingan (mungkin perniagaan) tetapi belum pasti apa dan entah bagaimana tiba-tiba semasa membaca di Internet anda terpandangkan artikel yang memberi idea perniagaan yang amat sesuai dengan keinginan anda. Ianya nampak kebetulan dan perkara kecil. Namun sebenarnya kebetulan yang anda alami tersebut disebabkan oleh pancaindera mata anda yang telah dirangsang oleh minda separa sedar anda yang sedang aktif. Salurkan kesyukuran anda terus kepada sumber tenaga infiniti itu sendiri iaitu zat Allah SWT, nescaya kebetulan-kebetulan seperti ini akan lebih banyak anda temui pada masa akan datang. Anda juga harus bersyukur ke atas kejayaan orang lain. Ini adalah kerana kejayaan orang lain adalah atas izin Allah jua. Inilah kunci yang membersihkan jiwa rohani anda daripada sifat dengki. Jangan sesekali wujud perasaan iri hati atas nikmat yang diturunkan oleh Allah SWT kepada orang lain. Secara saintifiknya jika anda menerapkan perasaan bersyukur di dalam diri sendiri dan juga bersyukur ke atas orang lain, tubuh anda akan berasa bersemangat dan boleh dikesan gelombang auranya. Secara subatomik perasaan bersemangat ini mengeluarkan tenaga elektron yang berhubung dan bergabung dengan semua kejayaan orang lain yang serupa dengan tenaga anda. Tidak kira di mana mereka berada. Elektron adalah bentuk tenaga yang boleh berhubung dan bergabung dengan tenaga yang serupa dengannya. Gabungan elektron ini meliputi pemikiran mereka, idea mereka, inspirasi mereka dan keyakinan mereka yang sama dengan anda. Semangat yang wujud di dalam jiwa ini akan memberi kesan fizikal kepada dunia realiti anda kelak.

Sumber Asal: Sains Kekayaan: Bersyukur Pengikat Rezeki | Julmazli Dot Com

Anda mungkin juga menyukai