Anda di halaman 1dari 273

Ebook

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

Tajuk 1

Kandungan Pengenalan ilmu ketamadunan dalam pembinaan tamadun Malaysia Konsep tamadun Definisi Ciri-ciri Objektif

Jam 2

Konsep asas tamadun Islam Definisi Prinsip Sumber Matlamat tamadun Islam Interaksi antara pelbagai tamadun (Melayu, Cina, India dan Jepun) Nilai-nilai universal antara tamadun Persamaan dan perbezaan Contoh-contoh interaksi dalam sejarah (bahasa, kesenian dan kesusasteraan) Islam dalam tamadun Melayu Peranannya dalam pembinaan tamadun Melayu Teori kedatangan Islam Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu Peranan Islam dalam pembinaan tamadun Melayu Tokoh-tokoh tamadun Islam dan Asia Islam Cina India Jepun Interaksi tamadun Asia dan relevannya di Malaysia dan dunia Tamadun Cina dalam pemantapan tamadun Malaysia dan dunia Kekuatan tamadun Cina sebagai sumber rujukan Iktibar dari tamadun India: Pandangan semester dan nilai-nilai yang releven dengan Malaysia Sumbangan tamadun Jepun dari aspek 2

Tajuk

Kandungan politik, agama dan pendidikan yang relevensi kepada Malaysia

Jam

Isu-isu kontemporari tamadun Islam dan tamadun Barat Hegemoni Barat dan globalisasi - Media - Ekonomi - Politik - Sosial - Hak asasi manusia Krisis alam sekitar Persepsi jihad Etika dalam sains Kesan perkembangan kontemporari kepada masyarakat dan negara Islam hadhari dan proses pembangunan negara 10 prinsip Islam Hadhari: Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi Kerajaan yang adil dan beramanah Rakyat berjiwa merdeka Penguasaan ilmu pengetahuan Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif Kehidupan berkualiti Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita Keutuhan budaya dan moral Pemeliharaan alam semulajadi Kekuatan pertahanan

Matapelajaran

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS ) PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN 1 Pengenalan Ilmu Ketamadunan 1.1 Konsep dan Takrif Tamadun 1.2 Hubungan Tamadun Daripada Perspektif 1.2.1 Agama 1.2.2 Budaya

UNIT 1

1.2.3 Bangsa 2 Ciri-Ciri Pembinaan Tamadun 2.1 Ciri-Ciri Asas Tamadun 2.2 Konsep Kitaran (Tokoh-Tokoh Pemikir Tamadun Ibnu Khaldun, Malek Bennabi, Arnold Toynbee, Osweld Spengler )

Bab 1 - Pengenalan Ilmu Ketamadunan Pada zahirnya sejarah itu tidak lebih daripada berita-berita perang, jatuh bangunnya sesebuah kerajaan. Tetapi pada batinya ialah tinjauan dan

penyelidikan serta keterangan-keterangan yang nyata mengenai kehidupan manusia dan pengetahuan yang mendalam tentang peristiwa dan sebabsebabnya.1 Tamaddun merupakan satu bidang kajian yang bersifat abstrak. Menefistasinya berasaskan pengalaman rohaniah manusia sebagaimana yang ditonjolkan dalam seni kreatif dan seni bahasa yang amat tinggi nilainya.2 Untuk mengenali sesebuah tamaddun dengan lebih jelas dan lebih dekat, maka tamaddun itu hendaklah ditinjau dari sudut perkembangan peristilahan yang pernah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana yang terkenal seperti Ibnu Khaldun, Muhammad Asad, Mohamad Abduh dan lainnya.

1 2

Ibnu Khaldun-Muqaddimah Abdul Rahman Nawas, Tamaddun Islam

Tamaddun juga sering dikenali sebagai satu kebudayaan yang mempunyai organisasi politik bandar, mempunyai media yang boleh menjaga ilmu pengetahuan, skill dan system kepercayaan. Tamaddun juga mempunyai

material dan organisasi politik yang membolehkan menjalankan kuasa ke atas sesebuah kawasan yang tertentu dan boleh meluaskan pengaruhnya hingga melewati kasawan yang dikuasainya.

1.1 Konsep dan Takrif Ilmu Tamaddun a. Konsep Tamaddun i. Konsep manusia - Islam melihat dari 2 sumber iaitu naqli & 'aqli. ii. Sumber Naqli : Terdapat dalam quran di 16 surah dan 34 ayat disebut tentang penciptaan manusia. Sumber aqli : dariapada kajian sains moden tentang pusingan terjadinya bayi dalam kandungan. Konsep Masyarakat Sekumpulan manusia yang hidup bersama dengan mengamalkan peraturan tertentu. Masyarakat Islam tertegak di atas landasan utama :iii. Akidah Syariat Akhlak tradisi sendiri

Hak anggota Dalam Masyarakat Islam a. Hak untuk Hidup

- setiap indivdu dipelihara dari dicederakan/dibunuh. b. Hak untuk bebas

- Bebas yang terikat dengan syarak c. Hak Untuk Mendapat Keadilan

- Undang2 islam berdasarkan al-quran & sunnah


5

d. Hak

untuk

mendapatkan

persamaan

- setiap individu mempunyai peluang & hak yang sama.

a. Takrif Ilmu Tamaddun - Pandangan Sarjana Islam Menurut Ibnu Khaldun dalam Muqaddimah, perkataan madani ialah istilah atau nama khas yang membawa maksud masyarakat . Apabila dua kata ini digabungkan madani dan umran , maka ia membawa maksud masyarakat madani atau masyarakat yang bertamaddun. Maysarakat yang bertamaddun ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Perkataan madani itu juga adalah berasal dari kata madinah yang bermaksud kota atau bandar yang lebih merujuk kepada masyarakat manusia. Syed Mohamad Naquib al-Attas pula

menjelaskan bahawa tamaddun ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebuayaan yang luhur bagi masyarakatnya. Abu Bakar Hamzah menyatakan dalam bukunya Sejarah Kebudayaan Ialam , bahawa tamaddun ialah sesuatu yang lahir dan kembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembanganperkembangan yang lahir daripadanya, sama ada seseuatu yang

berupa niskala ( abstrak ) mahupun yang berupa skala ( material ).

- Pandangan Sarjana Barat Manakala Clive Bell telah memberi maksud tamaddun seperti berikut : tamaddun merupakan suatu ciri masyarakat yang membezakan sebuah masyarakat maju dengan maysarakat mundur adalah tamaddunnya . Bagi Arnold Toynbee, tamaddun dikatakan sejenis kebudayaan yang wujud dibandar-bandar. Pendapat ini memberikan kesimpulan bahawa tamaddun itu merupakan tatacara hidup yang dicetuskan oleh orang yang tinggal dibandar-bandar. Pandangan ini sangat menepati keterangan yang dikeluarkan oleh Ibnu Khaldun.
6

Roberti Haini mengatakan tamaddun adalah suatu cara hidup yang dapat dicirikan. M.A.Beg membuat kesimpulan mengenai pengertian tamaddun dengan menyebut sesuatu rangkaian terdiri daripada fenomena masyarakat seperti bandar, huruf, senibina, agama, undangundang dan rangka dasar politik.

1.2 Hubungan Tamaddun Dari Pelbagai Perspektif a. Agama a. Kaitan sesebuah tamaddun dengan agama adalah sangat rapat. Masyarakat yang bertamaddun mempunyai nilai pegangan agama yang tinggi, beradab sopan dan bermoral tinggi. b. Agama telah membentuk pandangan mereka mengenai alam semester serta memimpin mereka menikmati kehidupan

bermsayarakat atau individu secara lebih terpuji. c. Kemunculan tamaddun manusia adalah suatu menifestasi kepada pegangan masyarakat berkenaan kepada agama. d. Semua tamaddun tradisional manusia berasaskan kepada

pandangan hidup, prinsip dan nilai ajaran agama yang mereka anuti. e. Tamaddun moden telah mengenepikan ajaran dan nilai agama lantas menukargantikan asasnya dengan nilai pemikiran dan penilaian manusia atau falsafah humanisme. b. Budaya a. Budaya merujuk kepada tatacara sesuatu masyarakat bertindak ke atas persekitaran fizikal dan sosialnya, dan pengurusan kehidupan secara kolektif b. Tamaddun danbudaya amat berkait rapat kerana budaya

masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan bertamaddun. c. Tamaddun berbeza daripada budaya bukan kerana semua unsur budaya boleh dianggap sebagai tamaddun
7

d. Kreteria tamaddun - Bernilai tinggi dan terpuji. - Kekal dan bertahan lama - Tidak c. Bangsa a. Bangsa mempunyai pertalian rapat dengan sejarah, tradisi budaya dan kawasan geografi b. Tamaddun merentasi batasan budaya dan geografi seperti tamaddun islam dan tamaddun barat modern. c. Tamaddun Jepun unik kerana ia berkait rapat dengan bangsa, budaya dan negara Jepun. terbatas kepada kawasan, malah tamaddun

melampaui batasan kenegaraan.

2 Ciri-Ciri Pembinaan Tamadun 2.1 Ciri-ciri asas tamaddun a. Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu seperti kota, bandar, dan sebagainya. b. Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat. c. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna. d. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri bagi berkomunikasi. e. Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuat kuasa. f. Peningkatan daya reka cipta dalam bidang teknologi dan pembinaan. g. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah,

keseniaan,kesusasteraan dan nilai estatika yang tersendiri. 2.2 Konsep Kitaran (Tokoh-Tokoh Pemikir Tamadun - Ibnu Khaldun, Malek Bennabi, Arnold Toynbee, Osweld Spengler ) a. Mengikut Arnold Toynbee ( 1889-1979) seorang sejarawan
8

barat menyokong pendapat yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun ( Abu Zaid Abd.al-Rahman ibn Muhamad ibn Muhamad al-Khaldun 1332-1406 CA ) dengan menyebut bahawa agama lahir sari tamaddun yang sudah lemah, oleh yang demikian ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan semula. Keruntuhan ketamaddunan barat adalah kerana Barat meminggirkan agama kristiannya. Terdapat tiga fasa yang dilalui dalam menyatakan teori kitaran ini mengikut Arnold Toynbee iaitu - Breakdown - Disintergration - Dissolution b. Ibnu Khaldun menyatakan bahawa ada empat fasa dalam menyatakan kelahiran dan kemusnahan sesuatu tamaddun, iaitu i. Tahap awal kelahiran assabiyah dan agama Salah satu sifat manusia ialah bekerja sama dan saling bantu membantu, semangat ini akan menimbulkan rasa assabiyah di kalangan mereka. Manusia memerlukan organisasi dan kerajaan yang dipimpin oleh orang yang berwibawa, maka dengan assabiyah manusia boleh membentuk kerajaan, kembangkan seni, teknologi, sains, termasukalah pengeluaran barang mewah dan tempat tinggal.

ii. Kehidupan menetap/perkembangan tamaddun Organisasi sama seperti badan manusia, semakin lama semakin lemah. Kemajuan dan kemawahan boleh

membawa kepada kelalaian dan menyebabkan kemanusia mula tehakis. Golongan pemerintah mulai leka dengan

kemewahan dan mengabaikan agama.


9

iii. Kehancuran assabiyah

kemewahan,

kelalaian dan

kepudaran

Assabiyah semakin luntur, pemerintah semakin kaya lantas mereka semakin lalai dengan tanggungjawab. Kesannya

sesebuah organisasi akan mula berpecah dan menjejaskan ekonomi serta menjadikan sistem masyarakat menjadi lemah.

iv. Penyelamat-agama boleh menyelamat tamaddun Sesebuah organisasi tidak boleh mengenepikan unsur agama dalam pemerintahan. Agama hendaklah dijadikan

syarat utama dalam membina pembangunan dan tamaddun. Agama mendokong sistem moral yanng sangat tinggi dalam menjamin kelangsungan sesebuah tamaddun.

10

Matapelajaran

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS ) 3 Prinsip/ dasar Tamaddun Islam 1.1 Memelihara nyawa 1.2 akal fikiran 1.3 maruah dan keturunan 1.4 harta benda, 1.5 hak kebebasan

UNIT 2

Sumber Tamaddun Islam 2.1 Al-Quran 2.2 As-Sunnah 2.3 Tamaddun-tamaddun lain

3 Matlamat Tamadun Islam 3.1 Kesejahteraan manusia ( baldatan thaiyyibah ) 3.2 Keredhaan Allah swt ( rabbun ghafur )

1. Prinsip / Dasar tamaddun Islam Kemunculan Islam yang membawa kepada kemunculan tamaddun Islam ialah untuk memelihara dan meulihkan serta menghormati hak-hak asasi manusia yang telah dianugerahkan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya di dunia ini dan juga kepada semua makhluk lain ciptaan-Nya. Perkara yang menjadi dasar tamaddun Islam ini ditentukan oleh beberapa elemen penting atau aspek penting iaitu a. Memelihara nyawa atau hak-hak hidup b. Memelihara akal fikiran c. Memelihara kehormatan dan keturunan d. Memelihara harta benda e. Memelihara hak dan kebebasan.

11

1.1. Memelihara nyawa atau hak-hak hidup. Allah swt selaku pencipta Yang Maha Berkuasa keatas sekelian alam ini telah mengurniakan kepada semua makhuk-Nya tentang kehidupan. Tiada sesiapa berhak mencabar hak kehidupan yang telah Allah swt kurniakan kepada semua makhlukNya. Surah al-Hijr ayat 23 Allah swt telah menegaskan dalam firmanNya dari

Ertinya : dan Sesungguhnya Kamilah Yang menghidupkan dan Yang mematikan, dan Kamilah Yang kekal memiliki segala-galanya. Kefahaman daripada dasar yang pertama ini ialah apabila seseorang itu menceroboh atau menggangu hak kehidupan orang lain, ini bermakna ia telah menceroboh masyarakatnya. Allah swt telah berfirman dalam al-Quran surah al-Maidah ayat 32

Ertinya : 32. Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) Yang demikian itu Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa Yang membunuh seorang manusia Dengan tiada alasan Yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah Dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa Yang menjaga

keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah Dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. dan Demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul Kami Dengan membawa keterangan Yang cukup terang; Kemudian, Sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang Yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi. Oleh yang demikian seseorang yang membunuh dirinya atau membunuh orang lain, dikira sebagai telah melakukan satu jenayah sosial yang besar dosanya kerana telah melawan qadak Allah swt. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah swt dalam surah an-Nisa ayat 30
12

Ertinya : 30. dan sesiapa berbuat demikian Dengan menceroboh dan aniaya, maka Kami akan masukkan Dia ke Dalam api neraka, dan balasan Yang sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun Yang dapat menghalangnya). Berpandukan kepada keterangan-keterangan di atas, dapatlah difahami bahawa a. Segala urusan yang membawa kepada pemeliharaan nyawa seperti menjaga kesihatan, melawan penyakit berjangkit, melawan wabak dan seumpamanya adalah wajib di dalam Islam. b. Setiap perkara atau tindakan yang membawa kepada kerosakan atau memudharatkan tubuh badan manusia atau yang boleh mengacam nyawa seperti meminum minuman keras ( arak ), menghisap dadah, menghidu gam, meminum air daun ketum, mengambil syabu, dan yang seumpama dengannya adalah haram disisi Islam. c. Setiap perkara yang bermatlamatkan kepada kesejateraan kehidupan seperti makan dan minum, pakaian dan seumpamanya adalah harus disisi Islam selama mana ia tidak bertentangan dengan syariat Allah swt. d. Setiap perkara yang dilakukan dengan niat untuk menyelamatkan nyawa atau menyelamatkan diri dari kematian adalah wajib dilakukan oleh seseorang yang terlampau dahaga atau lapar yang dikhuatiri akan membawa maut, maka wajiblah ia minum atau makan makan yang asalnya dilarang atau diharamkan, sekiranya dengan perbuatan itu dapat dan mampu menghindarkan dirinya dari kematian.

1.2. Memelihara akal fikiran

Islam

sangat

mengambil

berat

tentang

pemeliharaan

akal

fikiran.

Pemeliharaan akal adalah wajib ke atas semua manusia kerana membawa kepada kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan kepada kesempurnaan
13

makhluk manusia daripada makhluk-makhuk lain ciptaan Allah swt.

Bagi

menjaga dan memelihara akal, Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk diikuti agar akal manusia berfikiran baik dan terkawal. Oleh yang

demikian, Islam mewajibkan keatas setiap penganutnya menuntut ilmu pengetahuan sebanyak mungkin. Proses ini tidak dibatasi oleh masa dan tempat ataupun bangsa. Ini ditegaskan oleh Baginda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad Bertepatan dengan kekewajipan menunut ilmu ini, tidak ada tempat bagi orang jahil di dalam Islam. Ini telah ditegaskan oleh Baginda Rasulullah saw dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Muslim yang bermaksud : Manusia itu ada dua golongan, orang pandai dan pelajar, tidak ada kebajikan selain daripada keduanya

Islam amat menggalakkan asas pemikiran yang berbentuk takwa, ketauhidan kepada Allah swt fikiran yang terbuka dan lapang serta bersih daripada segala unsur keburukan dan kepalsuan, khayalan, keraguan dan was-was. Pemikiran yang negetif akan memungkinan tingkah laku yang negative dalam kehidupan manusia dan keadaan ini tidak selaras dengan kehendak Islam. Allah swt telah menjelaskan dalam Surah al-Ankabuut ayat 43 Ertinya 43. dan misal-misal Perbandingan Yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang Yang berilmu Yang dapat memahaminya.

1.3. Memelihara kehormatan dan keturunan

Allah swt Pencipta Yang Maha Berkuasa telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik makhluk-Nya di dunia ini, dan kehormatannya telah tetap dengan sifat insane Bani Adam tanpa diambil kira agama, asal keturunan, bahasa dan keadaanya. Kehormatan bagi setiap manusia menentukan tiap-tiap
14

seseorang mendapat hak yang sama terhadap kehormatan diri, kedudukan maruah, habuan dan sebagainya.

Oleh yang demikian Allah swt telah menurunkan segala bentuk peraturan dan hokum yang menyentuh semua manusia tanpa pengecualian. Mereka samasama dihukum dan sama-sama diberi pengajaran. Allah swt telah

menjelaskan semua ini di dalam firmanNya dari Surah An-Najm ayat39 Ertinya : 39. dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa Yang diusahakannya; Dengan adanya undang-undang dan peraturan yang Allah swt turunkan kepada manusia, maka manusia dapat menjalinkan roh kerjasama di antara seluruh ahli masyarakat. Setiap orang mempunyai kewajipan mereka

masing-masing untuk membina masyarakat dan mempunyai kehormatan sebagai manusia tanpa pengecualian.

Jaminan tegas ini telah disabdakan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis ketika berpidato dalam Hajjatul Wida di Padang Arafah seperti diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang bermaksud : sesunggunnya nyawa, harta dan kerhormatan kamu adalah suci, seperti kesuciannya hari haji ini

Islam juga menekankan aspek pemelliharaan keturunan. Untuk itu, undangundang dan peraturan-peraturan dalam urusan munakahat ( nikah kawin ) telah dijelaskan dengan lengkap, semata-mata untuk menjamin keturunan manusia yang sejati dan benar. Segala bentuk larangan dan pengharaman ke atas perkara-perkara negativ seperti penzinaan, seks bebas, hubungan luar tabii ( liwat ) dan seumpamanya adalah untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat kebinatangan.

15

1.4. Memelihara harta benda

Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan yang jelas mengenai hak untuk memeliki harta benda dan kewajipan untuk mempertahankan haknya. Islam juga mengemukakan kaedah Ilmu Faraidh yang telah

menggariskan cara untuk menafkahkan harta tersebut secara halal mengikut fitrah manusia sendiri. Kekayaan yang ada di dunia ini tidak ditentukan

kepda segolongan manusia atau puak-puak tertentu, malah tiap-tiap orang hendaklah berusaha mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing dalam mencari harta kekayaan di dunia ini. Allah swt telah membuka

kekayaan di dunia ini seluas-luasnya untuk dicari dan diteroka oleh manusia. Firman Allah swt dalam Surah al-Jathiyyah ayat 12-13 Ertinya : 12. Allah Yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya Dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur. 13. dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadanya; Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum Yang memikirkannya Dengan teliti.

Apabila seseorang itu dikurniakan kekayaan melalui titik peluhnya sendiri, maka kekayaan itu tidak harus dilucutkan daripadanya dengan paksa atau dirampas. Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik harta yang mempertahankan hartanya sehingga ketitisan darah yang terakhir.

Ini dijelaskan dalam sebuah hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud : Daripada Abdullah bin Omar katanya, saya mendengar Rasulullah saw bersabda, siapa
16

yang terbunuh

kerana

memepertahankan hartanya, maka ia mati syahid Manakala sesiapa yang merompak atau mencuri harta daripada pemiliknya, Islam telah menyediakan hukuman hudud iaitu potong tangan serta seksaan yang berat di akhirat kelak.

1.5. Memelihara Hak dan kebebasan Saidina Umar al-Khattab telah berkata : Bagaimanakah kamu

memperhambakan manusia, sedangkan ia diperanakkan dengan bebas Hak dan kebebasan manusia tidak boleh dilucutkan dalam keadaan tertentu, kecuali ketika seperti mempertahankan diri ( kemerdekaan ) dan untuk keselamatan ummah. Kekalahan ummat Islam bermakna musuh-musuh

telah melucutkan hak kebebasan manusia, ini kerana Islam telah meletakkan hak dan kebebasan sesorang individu itu sejak ia dilahirkan. Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian seseorang ke atas seseorang atau sesuatu benda di dunia ini melainkan kepada Allah swt Pencipta Yang Maha Berkuasa. Sebab itu syariat Islam mewajibkan hanya Allah swt sahaja Tuhan yang wajib dan layak disembah. Ini dibuktikan dalam surah al-Fatihah yang sering dibaca pada ketika solat 17 kali sehari semalam. Setiap orang Islam hendaklah bebas daripada sebarang unsur kezaliman yang mengongkongnya kepada nafsu jahat dan harta benda. Islam

menyifatkan bahawa pengabdian kepada hawa nafsu adalah sejjahat-jahat penghambaan. Firman Allah swt dalam Surah al-Furqaan ayat 43

Ertinya :43. Nampakkah (Wahai Muhammad) keburukan keadaan orang Yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipuja lagi ditaati? maka Dapatkah Engkau menjadi Pengawas Yang menjaganya jangan sesat? Maka, teras kepada kebebasan mutlak yang digariskan oleh Islam ialah bebasnya akal manusia dan mempunnyai pegangan agama sebagai tunjang kehidupannya. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah ayat 256
17

Ertinya:

256.

tidak

ada

paksaan

Dalam

ugama

(Islam),

kerana

Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). oleh itu, sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Kebebasan yang dituntut dalam Islam termasuklah kebebasan dalam memberikan pendapat, pandangan dan buah fikiran yang berupa kritikan terhadap masyarakat, pentadbiran dan pemerintahannya dimana Islam telah membuka ruang ini kepada mereka yang berkemampuan berbuat demikian. Firman Allah swt dalam Surah al-Hajj ayat 41

Ertinya : 41. Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara Yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan Segala urusan. Panduan dan bimbingan ini juag ditujukan kepada golongan pemerintah agar mereka dapat memenuhi dua aspek utama kepimpinan iaitu a. Melaksanakan kebajikan b. Melarang kemungkaran demi kestabilan masyarakat dan negara. Kedua-dua aspek berkenaan adalah untuk menjamin keutuhan hidup bernegara serta mendapat sokongan daripada rakyat. Segala kebebasan ini adalah terikat dengan hak-hak tabii manusia dan maslahat umum.

2. Sumber Tamaddun Sumber utama tamaddun Islam ialah 2.1. al-Quran


18

Dalam kontek kehidupan bertamaddun al-Quran menekan ajaran tentang a. Kehidupan beragama i. ii. Menyentuh soal akidah Mengarahkan manusia beriman kepada Allah swt.

b. Kehidupan yang berperaturan dan bersistem i. ii. iii. Menyetuh persoalan system kehidupan manusia Hubungan manusia sesama manusia Hubungan manusia dengan alam.

c. Kehidupan yang mempunnyai system nilai i. ii. Menyentuh persoalan akhlak Ajaran yang menjamin kesejahteraan sejagat, seperti Berbuat baik sesama manusia Bersederhana dalam semua aspek Bertanggungjawab Berlumba-lumba membuat kebaikkan dan kebajikan 2.2. as-Sunnah i. Perincian kepada al-Quran, penjelasan lanjut tentang Pelaksanaan kehidupan beragama Perlaksanaan syariah Islam Perlaksanaan akhlak dan kehidupan bertatasusila

2.3. al-Ijtihad i. Usaha yang dilakukan oleh pemikir dan ilmuan Islam dalam menangani masalah-masalah ummat Islam terutama dalam bidangbidang yang berkaitan dengan Kemajuan sains dan teknologi Daya reka cipta Daya kreativiti.

2.4. Tamaddun-tamaddun asing i. Tidak menolak sebarang penghasilan tamaddun asing yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam
19

3. Matlamat Tamaddun Islam 3.1. Kesejahteraan manusia ( baldatan tayyibah ) i. Kesejahteraan di dunia dan di akhirat ii. Memakmurkan alam mengikut peraturan dan system yang telah ditentukan dalam perhubungan a. Manusia dengan Allah swt b. Manusia dengan manusia c. Manusia dengan alam

3.2. Keredhaan Allah ( rabbun ghafur ) i. Manusia yang mendapat keredhaan Allah swt ialah a. Mematuhi seruhan-Nya b. Meninggalkan larangan-Nya c. Menyeru kepada kabajikan dan mencegah kemungkaran

20

Bahan Bacaan

Alias Othman (1986), Apakah Ciri-ciri Khusus Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sulaiman Nordin ( 1995 ), Islam,Al-Quran dan Ideologi Masa Kini. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji Ahmad Fauzi ( 1997 ) Tamaddun

Islam.Sedang:Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Wan Abdul Rahman Latif, ( 1996 ) Sejarah Perkembangan Tamaddun Dunia, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

21

Matapelajaran

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS ) Interaksi Positif dan Interaksi Negatif 3.1. Pengenalan 3.2. Kesan Positif 3.3. Kesan Negatif 3.4. Faktor Yang Mempengaruhi Antara Tamaddun 3.5. Interaksi Tamaddun China dan India

UNIT 3

3.6. Interaksi Tamaddun Islam dan China 3.7. Interaksi Antara Tamaddun China dan Jepun 3.8. Interaksi Antara Tamaddun India dengan Asia Tenggara 3.9. Interaksi Antara Tamaddun Islam dengan Asia Tenggara 3.10. 3.11. Interaksi Antara Islam dan Eropah Kesimpulan

3. Pengenalan Setiap tamaddun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian serta keunikan yang tersendiri. Namun demikian ada juga tamaddun yang tertutup dan tidak menerima pengaruh luar, namum masih juga berkembang dan berjaya membentuk serta menemui kemajuan tamaddun itu. Interaksi antara tamaddun akan memberi bebesapa kesan dalam tamaddun berkenaan samada kesan negative atau kesan positif. Kewujudan interaksi ini kerana semua tamaddun mengamalkan sikap tolaransi yang tinggi serta saling hormat menghormati sesama tamaddun. Sifat-sifat yang baik itu akan membuka ruang percambahan fikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamaddun berkenaan dalam pelabagai aspek kemajuan.

22

4. Kesan Positif Semasa kemunculan Islam di tanah Arab, berlaku interaksi antara Yahudi dengan Kristian. Interaksi ini telah mewujudkan kesan positif, sebagai contoh dalam Perlembagaan Madinah ( Shahifah Madinah ) yang digubal oleh Nabi Muhamad saw telah memberi hak-hak dan perlindungan kepada penganut Mereka telah diberi hak dan kebebasan untuk agama masing-masing tanpa sebarang

agama Yahudi dan Kristian. mengamalkan amalan

tuntutan

gangguan daripada masyarakat sekitarnya, baik dari Rasulullah saw atau umat Islam lainnya. Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India. Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan Kristian telah mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam kerajaan Abbasiyah, tokoh-tokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah

memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab. Begitu juga di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan individu-individu Yahudi dan Kristian. Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada kedua-dua tamadun. Agama Buddha disebarkan ke negeri China melalui interaksi ini. Di samping itu terdapat kemahiran-kemahiran lain yang diperkembangkan, contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Bidang astronomi India turut diperkembangkan perbendaharaan kesusasteraan di kata China. China bahasa Kesan oleh Pali ahli-ahli dan astronomi Sanskrit India. Beberapa

turut

mempengaruhi India ialah

positif

kepada

Tamadun

berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan pengunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun India. Interaksi antara Tamadun India dan China berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.

23

Antara interaksi Tamadun Islam dan China yang turut memperlihatkan kesan positif ialah proses interaksi secara aman iaitu melalui perdagangan. Pedagangpedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini Hasil daripada interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap di China. Berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanitawanita tempatan. Semasa zaman pemerintahan dinasti-dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming, telah muncul beberapa orang tokoh Islam yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran. Kesan penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam di negeri China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Perkembangan seterusnya menyebabkan munculnya cendiakawan-cendiakawan Islam tempatan yang mahsyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Cendiakawancendiakawan tempatan ini telah mencari keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai Islam dengan Konfusianisme. Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatan kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat China. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme seperti yang dihadapi oleh ajaran agama Buddha. Disamping itu interaksi ini turut menemukan seni bina Arab-Islam dengan seni bina China contohnya dalam bentuk masjid-masjid di China hari ini. Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat ketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara aman iaitu melalui perdagangan. Namun demikian kedatangan pengaruh Islam di Asia Tenggara ataupun khususnya ke Kepulauan Melayu dikatakan dari tiga kawasan yang berbeza iaitu dari Arab dan Parsi, dari India dan China. Teori-teori ini telah diperbincangkan dengan hangat dan beberapa bukti yang berkaitan telah dikemukakan oleh pendokong-pendokongnya bagi meyokong pendapat mereka. Namun apa yang lebih penting bagi kita ialah kesan yang didapati daripada hubungan ini. Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah melahirkan beberapa kesan positifyang penting.
24

Kesan yang paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. la juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Kesan positif boleh juga dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian,

kebendaan seperti pakaian, makanan serta istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu turut melahirkan kesan positif tetapi ia tidak melibatkan pemikiran dan falsafah sebaliknya melibatkan kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Di samping itu terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat China yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik negeri China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorak konflik peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan / Monggol ( 1279 1368 Masihi ) yang pernah menyerang Myanmar ( Komboja ) dan jawa pada abad abad ke-13 Masihi. Kesan positif daripada interaksi antara tamadun ini juga boleh dilihat pada hubungan antara Tamadun China-Jepun. Jepun telah mendapat faedah yang banyak hasil daripada hubungan ini. Tamadun China telah menyumbangkan beberapa perkara penting ke dalam Tamadun Jepun. Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha dari China telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah
25

diasimilasikan dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu agama Shinto. Walaupun asimilasi ini berlaku tetapi ia tidak mengubah identiti ajaran Buddha. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian. Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun. Tulisan China telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh tulisan China telah memainkan peranan kepada

perkembangan intelektual dan kesusasteraan dalam Tamadun Jepun. Di samping dua kesan positif yang penting ini, Tamadun China turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun, contohnya upacara minum teh, seni taman, serta struktur pembinaan bandar. Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. Ajaran Kofusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi keluarga Jepun. Manakala konsep mandat dari syurga telah memperkukuhkan lagi kedudukan Maharaja Jepun yang dipercayai berasal dari keturunan Dewi Amaterasu. Interaksi antara Tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara aman dan asimilasi Tamadun China dalam Tamadun Jepun telah memperkukuhkan identiti Tamadun Jepun.

5. Kesan Negatif Adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa interaksi antara tamadun hanya menghasilkan kesan positif. Sebaliknya interaksi antara tamadun turut menghasilkan kesan negatif. Di Eropah, misalnya, hubungan antara orang-orang Kristian dan Yahudi telah mengalami kemerosotan sejak awal lagi. Kesan daripada hubungan yang tidak baik ini menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramairamai pada abad ke-9 dan-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat dari-pada faktorfaktor perbezaan agama, ketidak seimbangan ekonomi dan sosial.

26

Begitu juga halnya dengan hubungan orang-orang Islam dan Kristian dalam Zaman Pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siri perang ke atas orang-orang Islam yang dikenali sebagai Perang Salib. Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam danYahudi. Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik. Di India juga, hubungan antara penganut Islam dan Hindu sentiasa berada dalam keadaan tegang. Terdapat peristiwa-peristiwa di mana orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu. Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu serta kuil-kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam. Contohnya raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa upacara-upacara keagamaan Hindu. Semasa zaman pemerintahan Moghul, Aurangzeb adalah raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganut-penganut Hindu. Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-lain lagi. Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat lihat wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan cendiakawan

Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Samisami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut. Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China. Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam
27

Abbasiyah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di China. Permusuhan antara orang-orang Islam dengan orang-orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan. Contohnya pada abad ke-8 Masihi, penduduk Han di tenggara China telah mewujudkan permusuhan dengan orang-orang Islam kerana iri hati terhadap kemewahan yang dinikmati oleh orang-orang Islam yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pada tahun-tahun 758 Masihi dan 876 Masihi telah berlaku pemberontakan-pemberontakan yang menyebabkan ramai orang-orang Islam dibunuh dan melarikan diri dari Canton. Pemberontakan pada tahun 876 Masihi bukan sahaja bersifat anti-Islam tetapi juga anti orang asing. Pemberontakan ini menyebabkan lebih kurang 120 000 hingga 200 000 orang asing telah dibunuh termasuk orang-orang Islam. Kesan daripada peristiwa tersebut menyebabkan ramai orang-orang Islam telah lari dari China dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan Kedah. Hubungan orang-orang Islam dengan penduduk tempatan China turut terjejas semasa pemerintahan Dinasti Ching yang memberi keutamaan kepada pengukuhan ajaran Konfusianiame. Orang-orang Islam mendapat layanan yang tidak adil daripada pemerintah Ching. Rasa tidak puas hati penganut-penganut Islam disokong pula oleh

perkembangan pengaruh gerakan Kaum Muda ataupun Wahabi di kalangan orang-orang China Islam. Rasa tidak puas hati orang-orang Islam telah menyebabkan berlakunya beberapa siri pemberontakan semasa pemerintahan Dinasti Ching iaitu Pemberontakan Sinkiang 1 (1756 Masihi), Pemberontakan Kansu (1781 Masihi), Pemberontakan Jehangir (1820-27 Masihi), Kebangkitan Yussof Syamsuddin (1828-31M), pemberontakan Yunan (1850-68 Masihi), Pemberontakan Shensi dan Kansu (1862 Masihi), Kebangkitan Sinkiang (186477 Masihi).

28

6. Faktor Yang Mempengaruhi Antara Tamaddun a. Tolaransi kepimpinan b. Nilai c. Pemikiran d. Keinsanan e. Geografi f. Institusi

7. Interaksi Tamaddun China dan India Tamadun China dan India telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2 S.M. Penyebaran agamaBudhha ke China pada masa pemerintahan DInasti Han ( zaman Han Timur ) merupakan kemuncak kepada interaksi antara tamadun China dan India. Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya India, maka China juga telah berkongsi banyak persamaan dengan kerangka budaya masyarakat India. Persamaan dalam aspek kesusateraan, kesenian, muzik dan sebagainya.

Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China, ia sukar diterima kerana berlaku penentangan antara budaya dalam ajaran Buddha dari sudut kekeluargaan, politik,etika serta moral orang-orang China yang telah pun diresapi oleh falsafah-falsafah tempatan China terutama falsafah Konfucianisme. Agama Buddha secara beransur-ansur telah mengalami proses penyesuaian dengan tradisi budaya China namum demikian prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas.

Selain dari penerimaan agama Buddha, kesan interaksi positif antara tamadun China dengan India ialah beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasimilasikan dalam tamadun China. Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China. Semasa Dinasti Tang ( 618-907 ) teknologi membuat gula dari tebu di Tamadun India

diperkembangkan di Tamadun China.


29

Manakala kesan positif interaksi tamadun yang diterima oleh India pula terdapat ciptaan-ciptaan sains dan teknologi orang China yang telah berkembang di dalam masyarakat India. Antaranya ialah teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, penggunaan kompas dan lain-lain. Selain dari itu, usahausaha penterjemahan buku-buku koleksi astronomi India telah diterjemahkan ke dalam bahasa China. China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli cendiakawan India dalam bidang astronomi seperti Gautama yang telah diambil berkhidmat dalam kerajaan Dinasti Tang. Beliau dipertanggungjawabkan memperkenalkan system calendar China yang lebih tepat daripada tahun 727 M.

Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga turut menerima kesan interkasi antara tamadun China dan India. Kitab-kitab ajaran Buddha merupakan contoh hasil sastera yang penting. Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita dongeng,

kisah-kisah tauladan, kias ibarat yang berkaitan dengan Buddha telah mempengaruhi tulisan sastera China. Selain dari itu percampuran dan penyerapan bahasa Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa China turut berlaku. Contoh yang paling ketara ialah kemunculan pengajian fonetik di zaman Dinasti Sui adalah kesan perhubungan tamadun China dan India. Seterusnya selapas abad ke-10 M, perkembangan ini agak merosot dan lebih bersifat hubungan diplomati dan perdangan.

8. Interaksi Tamaddun Islam dan China Hubungan antara orang Arab dengan negeri China telah berlaku seawal abad ke-3 Masihi apabila dilaporkan bahawa telah ada utusan dari Parsi dihantar ke istana kerajaan Wei. Orang-orang Arab menggunakan dua laluan penting untuk ke China iaitu Laluan Sutera iaitu jalan darat yang merentasi Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking

30

Jalan laut yang digunakan pada abad ke-5 Masihi merentasi laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara China.

Terdapat catatan yang menyatakan bahawa pada abad ke-5 Masihi kapal-kapal China telah sampai ke Teluk Parsi, dan pada pertengahan abad ke-7 Masihi ramai pedagang Arab telah menetap di daerah-daerah tenggara China seperti Kwang Cho ( Canton ), Chang Chow dan Chuan Cow.

Hubungan perdagangan antara Arab dan China menjadi semakin rancak pada abad ke-8, dimana mereka telah mendirikan masjid-masjid di kawasan Guangzhou dan Guanzhou. Walaupun terdapat usaha-usaha mengembang

ajaran Islam di China berlaku pada abad ke-8, tetapi hanya berjaya selepas beberapa abad kemudian dengan kemunculan beberapa tokoh Muslim tempatan seperti Wang Daiyu ( 1550-1658 ), Ma Zhu ( 1640-1711) Liu Zhi ( 1660-1730) dan Ma Dexin ( 1794-1874). Penglibatan tokohtokoh ini turut mempengaruhi hasil penulisan dan usaha penterjemahan selepas mereka.

Buku pertama yang dihasilkan oleh penulis China Muslim ialah Zhengjiao Zhengquan yang telah diterbitkan pada tahun 1642. Penulis China banyak menggunakan konsep-konsep yang sedia ada dalam ajaran Konfusianisme bagi memperkenalkan Islam kepada masyarakat tempatan. Elemen ajaran xiao (

Konfusianisme yang bersamaan dengan ajaran Islam seperti

penghormatan kepada ibu bapa ), zhong ( kesetiaan ), shu ( altruism ) telah banyak membantu penulis-penulis China Muslim memperkenalkan ajaran Islam kepada mayarakat China.

Kesan positif interaksi antara tamadun Islam dengan China dilihat dengan jelas dimana Asia Barat telah mempelajari mengenai kompas teknologi percetakan, teknologi bahan letupan dan pembuatan kertas. Hal yang sama berlaku dalam teknologi logam dan pembuatan tembikar. Sementara tamaddun China pula mendapat pelbagai ilmu pengetahuan baru seperti perubatan, astronomi dan
31

farmasi. Pada masa Dinasti Tang ( 618-907 ) seorang sarjana China Muslim yang berasal dari Parsi iaitu Li Xun telah menyusun sebuah buku bertajuk Materia Medica: Seberang Laut sebanyak 6 jilid. Buku telah membincangkan mengenai 124 jenis ubat di Arab. Sementara itu seorang ahli astronomi Parsi Jamaluddin telah memberi sumbangan penting penciptaan calendar baru untuk Kublai Khan pada tahun 1267 Masihi, sementara itu abjad Arab telah mula digunakan dalam Tamadun China ketika pemerintahan Dinasti Yuan. Kesan interaksi tamadun China-Tamadun Islam turut juga menyumbang dalam aspek senibina. Sinkiang ). Masjid-masjid yang bersenibina Arab banyak dibina di Xinjiang (

9. Interaksi Antara Tamaddun China dan Jepun Interaksi antara tamadun China-Jepun berlaku melalui perantaraan semenanjung Korea semasa zaman Raja Packhe yang memerintah Korea. menerima pengaruh China sejak abad ke-2 Masihi lagi. Korea telah

Raja Packhe telah

meminta bantuan Jepun bagi mengatasi tentangan puak utara pada kurun ke-2 Masihi. Penglibatan ramai tentera Jepun di Korea pada ketika itu telah

menyebabkan unsur-unsur Tamadun China yang terdapat dalam budaya Korea telah meresapi budaya Jepun.

Kesan langsung tamadun China dapat dikesan dalam penggunaan tulisan. Aspek penulisan telah menerima kesan terus interaksi Tamaddun China di Jepun. Sistem tulisan China telah memperkembangkan tradisi tulisan di Jepun. Tulisan China telah digunakan sebagai perantaraan komunikasi sosial dan penciptaan kesenian dalam masyarakat Jepun yang telah membawa kepada perkembangan intelektual.

Tulisan ini digunakan untuk menyimpan rekod-rekod mengenai mitos-mitos agama Shinto dan rekod-rekod pentadbiran Jepun. Percantuman antara tulisan China dan Jepun berlaku secara beransur-ansur. Kompilasi Kojiki ( rekod purba Jepun ) telah menampakkan gabungan antara tulisan China dan tulisan Jepun.
32

Kompilasi puisi yang terkenal iaitu Manyoshu pada tahun 760 Masihi turut memerlihatkan penggunaan gabungan perbendaharaan kata pinjaman China ke dalam perbendaharaan kata Jepun.

Kesan interaksi tamaddun China ke atas Jepun dapat juga dilihat dalam aspek binaan. Sebagai contoh dalam Bandar Nara telah dibina mengikut corak dan plan pembinaan Bandar Changan iaitu bandar pemerintahan dalam Dinasti Sui.

Ajaran-ajaran Konfusianisme yang dibawa masuk ke Jepun turut mengalami dan menerima kesan serta perubahan. Konsep mandat dari syurga yang telah digunakan dalam memperkukuhkan institusi raja. Agama Buddha juga telah

melalui satu proses asimilasi dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu Shinto. Pada tahap ini Shinto telah mengiktiraf kewujudan dua dewa iaitu dewadewa luar dan dewa tempatan. Walaupun sintesis antara agama Buddha dan Shinto kurang berjaya, namun ajarang Buddha tentang kehidupan dunia yang penuh dengan penderitaan dapat diterima oleh orang orang Jepun.

Ajaran Buddha yang mementingkan ajaran dan konsep kasih-sayang, kesian belas, moral dan lain-lainnya yang berkaitan dengan kerohanian telah memberi satu sumbangan penting kepada orang-orang Jepun. Pada bada ke-10 Masihi ajaran Buddha yang berkembang ialah yang mementingkan Amida atau Amitabha sebagai lambing penyembahan penting.

10. Interaksi Antara Tamaddun India dengan Asia Tenggara Interaksi tamaddun Asia Tenggara dengan Tamaddun India telah berlaku secara aman dan bermula sejak awal abad Masihi lagi. Hubungan secara perdagangan telah berlaku dan telah meninggalkan kesan yang banyak dalam pembinaan tamaddun dan budaya masyarakat Asia Tenggara.

Secara teologi, interaksi ini telah member peluang kepada perkembangan agama Hindu dan Buddha kepada masyarakat Asia Tenggara. Agama Hindu
33

telah diterima sebagai agama yang penting dalam kerajaan-kerajaan awal di AsiaTenggara seperti di Funan, Chenla, Angkor, Majapahit, Kedah dan lain-lain. Mazhab agama Hindu yang banyak tersebar di Asia Tenggara ialah mazhab Saivism, Vishnuism dan Brahmanisme. devaraja . Agama Hindu turut mempengaruhi system pentadbiran dan politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep Konsep ini meletakkan kesucian seseorang raja setaraf dengan

dewa. Konsep ini juga menjadi asas konsep daulat dalam pemerintahan rajaraja Melayu.

Mazhab agama Buddha pula yang berkembang di AsiaTenggara ialah mazhab Mahayana dan Hinayana ( juga dikenali sebagai agama Buddha Theravada ). Agama Buddha Mahayana adalah ajaran Buddha yang dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan tantric India. Ajaran-ajaran ini juga terut mengalami unsur asimilasi dengan kepercayaan tempatan. Srivijaya pernah menjadi pusat pengajaran dan perkembangan ajaran Buddha Mahayana seperti yang dilaporlkan oleh I-Tsing seorang mubaligh agama Buddha dari China yang pernah singgah di Srivijaya pada abad ke-7 Masihi. Sementara agama dari Mazhab Buddha Hinayana pula diterima oleh sebahagian besar penduduk tanah besar Asia Tenggara iaitu di Thailand, Myanmar, Burma dan Laos.

Kemunculan tulisan Sanskrit dan Pali

yang berkembang di Asia Tenggara

adalah kesan interaksi Tamaddun India dan Tamaddun Asia Tenggara. Bahasa Sanskrit telah diterima menjadi bahasa penting di istana. Kitab-kitab agama

Hindu iaitu Mahabarata dan Ramayana menjadi sumber pengajaran awal di Asia Tenggara. Aktiviti penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab ini telah dilakukan selapas wujudnya interkasi antara Asia Tenggara dengan Tamaddun Islam. Ini

kerana kita-kita ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi iaitu tulisan yang datang dari Tamaddun Islam. Istilah-istilah Sanskrit turut memperkayaka perbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara.

34

Kemunculan banyak alat-alat muzik dan pengaruh dalam kesenian dan tarian juga adalah kesan daripada interkasi ini. Kedatangan dan hubungan masyarakat India dan penduduk Asia Tenggara secara ama telah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur secara meluas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kemunculan makanan berasaskan roti dan kari juga dilihat sebagai kesan interaksi tamaddun Asia Tenggara dengan tamaddun India. Selain dari tiu

tamaddun India juga turut mempengaruhi system perundangan Asia Tenggara, contohnya kaedah-kaedah dalam undang-undang Hindu yang digunakan dalam Undang-undang Melaka dan Perundangan Majapahit.

11. Intraksi Antara Tamaddun Islam dengan Asia Tenggara Tamaddun Islam berkembang di Asia Tenggara selaras dengan perkembangan dan penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. Perkembangan Agama Islam yang berlaku secara aman telah member sumbangan yang besar kepada perkembangan dan penerimaan tamaddun Islam di kawasan Asia Tenggara. Asia Tenggara telah lama dikenali oleh pedagang-pedagang Islam sejak abad pertama Hijrah. Sebahagian besar pedagang-pedagang Islam datangnya

daripada Yaman, iaitu sebuah kerajaan Arab yang bergiat pentiang dalam perdagangan.

Snouck Hurgronje merupakan cendiakawan yang melaporkan bahawa Islam di Asia Tenggara datangnya dari India, pendapat beliau telah mendapat sokongan dari beberapa tokoh seperti D.G.E Hall, R.O Winstedt, Vlekke, Mouqutte, B.Harrison dan Bousquet. Bagi menyokong teori mereka, mereka mengaitkan penglibatan pedagang-pedagang Islam dari Gujerat.

12. Interaksi Antara Tamaddun Islam dengan Eropah Interaksi tamadun Islam dengan tamadun Eropah telah bermula sejak terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara, Sepanyol dan Sicily. Malah ada pendapat dan tokoh tamaddun menyatakan bahawa, Sepanyol dan Sicily adalah merupakan pintu masuk Islam ke benua Eropah. Negara-negara
35

berkenaan dikatakan sebagai jambatan kemasukan Tamaddun Islam ke dalam Tamaddun Eropah. Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman dan peperangan. Proses cara aman berlaku melalui perdangan. Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang panjang antara orang Eropah dengan Islam merupakan interaksi yang berlaku secara konflik.

Perkembangan dan usaha penterjemahan buku-buku adalah kesan interkasi positif yang berlaku antara tamaddun Islam dan Eropah. Penterjemahan buku falsafah Greek telah menghubungkan orang-orang Eropah dengan tamaddun Greek ( Yunani ) Ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah. Hasil-hasil tulisan orang-orang Greek meliputi bidang-bidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah dikembangkan oleh cendiakawan Islam. Proses interkasi antara Islam dan Eropah berlaku

secara aman pada awalnya, dan diikuti dengan konflik apabila tercetusnya perang salib yang berlaku selama 200 tahun ( antara abad ke-12 Masihi hingga 14 masihi ) Sebelum perang saling, Eropah yang berada dalam zaman gelap ( abad ke-4 hingga ke-14 Masihi ), sedangkan pada ketika ini, orang Islam telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pada pertangahan kurun ke-7. Kemuncak kepada perkembangan Tamaddun Islam berlaku pada adab ke-10 hingga ke-12 Masihi.

Peranan Sepanyol dalam menyumbang kepada perkembagan Tamaddun Islam di Eropah tidak boleh dipandang sepi. Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan Islam di Eropah. Universiti-universiti Sepanyol di Cordova, Seville, Malaga dan Granada telah menjadi pusat pengajian terpenting kepada pelajar Kristian. Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, matematik, astronomi dan seni muzik yang berkembang pesat di Sepanyol telah mempengaruhi pemilkiran orang-orang Eropah.

Orang-orang Islam Sepanyol

telah menyumbang karya-karya penting dalam Karya-karya mereka telah

bidang seni muzik dan pada adad ke-12.


36

diterjemahkan dalam bahasa latin dan memberi peluang kepada masyarakat Eropah mengetahui dan mempelajari seni ini.

Interaksi antara Tamaddun Islam dan Tamaddun Eropah bukan hanya melahirkan kesan positif, tetapi juga melahirkan kesan negativ iaitu Perang Salib. Perang Salib yang berlaku selama 200 tahun telah member satu kesan negative yang mendalam kepada Tamaddun islam dan Eropah. Terdapat beberapa faktir berlakunya perang Salib ini, antaranya ialah penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Islam kepada penganut Kristian, ketidakseimbangan ekonomi peranan paderi Kristian yang menyeru orang-orang Kristian untuk berperang dengan orang-orang Islam 13. Kesimpulan Secara keseluruhannya, situasi di benua Asia sebelum zaman penjajahan Barat tanpa mengambil kira hubungan Kristian dan Yahudi, penganut-penganut Islam, Hindu, Budha, Konfusiannisme, Taoisme dan termasuklah penganut Kristian sendiri berjaya hidup harmoni dan damai. Faktor-faktor yang di lihat dapat membawa kesan yang positif hasil pertembungan antara tamadun ialah : a. Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan memerintah negara dengan penuh keadilan dan kesaksamaan b. Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung kepada semangat keinsanan. Tamaddun sesebuah masyarakat itu bukanlah bersifat tertutup, sebaliknya bersifat terbuka. Sifat inilah yang member peluang berlakunya interaksi

antara tamaddun dan menghasilkan dua kesan utama iaitu kesan positif dan kesan negative. Kesan positif akan memberi nilai tambah dan pengukuhan kepada sesuatu tamaddun. Elemen-elemen atau ciri-ciri tamaddun luar yang
37

diterima oleh sesuatu tamaddun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Sementara kesan negative pulak seringkali mewujudkan

konflik antara masyarakat yang memilki tamaddun yanb berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai factor seperti teologi, ekonomi, sosial dan politik. Faktor yang lebih penting menjadi penyebab kepada konflik ialah faktir teologi. Sungguhpun interaski ini menghasilkan kesan positif dan negative, namun kadangkala kesan yang dialami oleh sesuatu tamaddun itu tidak sama dengan yang lain. Bagi tamaddun yang lebih lama dan tinggi, akan

mempengaruhi tamaddun yang rendah, dan tamaddun yang rendah akan lebih bersifat receptive ( penerima ) Kedua-dua kesan inilah yang

menjadikan sesebuah tamaddun itu berjaya dan tidak jumud,beku dan static. Hasilnya sesuatu tamaddun yang terbuka dan dapat mengasimiliasikan pengaruh luar akan semakin berkembang dan melahirkan pelbagai perubahan-perubahan penting.

38

Bahan Bacaan

Alias Othman (1986), Apakah Ciri-ciri Khusus Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sulaiman Nordin ( 1995 ), Islam,Al-Quran dan Ideologi Masa Kini. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji Ahmad Fauzi ( 1997 ) Tamaddun

Islam.Sedang:Penerbitan Universiti Putra Malaysia. Wan Abdul Rahman Latif, ( 1996 ) Sejarah Perkembangan Tamaddun Dunia, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka Azhar Hj.Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali. (2000). Titas Kertas 1. Bhd. Shah Alam. Fajar Bakti Sdn. Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi. (2001). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya. Dr Abdul Rahman Haji Abdullah. (2002). Sejarah dan Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmi Sdn. Bhd. Ghazali Darussalam. (2000). Kursus Tamadun Islam & Pendidikan Moral. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. Mustafa Hj. Daud. (1999). Tamadun Islam. Edisi Maktab Perguruan. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd

39

Matapelajaran

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS ) Interaksi Antara Tamadun

UNIT 4

4.1. Nilai-nilai Universal Antara Tamadun 4.2. Perbezaan dan Persamaan 4.3. Contoh-contoh interaksi dalam sejarah (bahasa,

kesenian dan kesusasteraan)

4.1 Nilai-nilai Universal Antara Tamaddun Tamaddun mempunnyai dua bentuk iaitu tamaddun matearil dan tamaddun spiritual. Tamaddun-tamaddun utama dunia di dunia mempunai persamaan dan perbezaan baik dalam aspek spiritual ataupun material. Persamaan dan

perbezaan ini boleh dilihat dalam pelbagai aspek utama seperti dalam aspek a. teologi, b. etika, c. pemikiran, d. kebudayaan dan kesenian serta pencapain-pencapainnya.

Etika terbahagi kepada beberapa perkara penting iaitu a. Alam sekitar b. Keluarga c. Komuniti d. Kegiatan ekonomi e. Pendidikan f. Kesihatan

4.2.

Persamaan dan Perbezaan

4.2.1. Teologi Kepercayaan kepada tuhan merupakan asas yang utama dalam Islam, Kristian, Yahudi dan Hindunisme. Konsep monoteisme dalam agama
40

Islam, Kristian, Yahudi dan Hindunisme, namum demikian menifestasi konsep monoteisme Kristian, Yahudi dan Hindunisme adalah berbeza dengan Islam. Agama Islam, Kristian dan Yahudi telah dikembangkan oleh nabi-nabi yang mendapat wahyu dari Allah swt. Sebaliknya kewujudan agama Hindu adalah agak kabur dan agama ini tidak mempunyai pengasas ataupun nabi. Hubungan yang rapat antara

Islam dan Kristian serta Yahudi dijelaskan dalam al-Quran dan penganut-penganut agama Kristian dan Yahudi dikenali sebagai ahluKitab. Teologi adalah aspek tamaddun spiritial yang penting bagi

sesebuah masyarakat.

Sementara Buddhisme bukanlah satu doktrin agama atau metafizik, tetapi ia lebih merupakan sebuah ajaran yang berpasksikan kepada moral dan etika. Dalam ajaran Buhhdisme tidak membincangkan

mengenai konsep ketuhanan sebaliknya membincangkan perilakuperilaku yang sepatutnya diamalkan oleh manusia-manusia demi melapasi kesengsaan hidup dan mencapai kebebasan diri ataupun nirwana. Oleh kerana Buddhisme terbina dalam sebuah kerangka sosio-budaya masyarakat India maka ia tidak dapat dipisahkan daripada beberapa aspek dan konsep Buddhisme yang didapat dicari persamaan dalam ajaran-ajaran Hinduisme.

Persamaan yang dapat dilihat dalam aspek teologi di antara tamaddun ialah: a. Semua tamaddun besar menekankan aspek ketuhanan, kecuali Buddhisme sahaja yang memberi keutaman kepada aspek moral dan etika. b. Semua agama memepunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu dalam agama yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya. Bagi orang Islam, solat lima waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadhan, zakat, menunaikan haji adalah satu doktrin ajaran Islam
41

yang wajib dituruti. Rutin agama yang tertentu sebagaimana agama Hindu, sembahyang di gereja bagi penganut Krisitan dan

sebagainya.

Itu adalah satu doktrin ajaran yang mengandungi

amalan-amalan yang membezakan aspek teologi spiritual. c. Aspek-aspek kefahaman seperti hidup selepas mati, syurga, negara mempunyai persamaan dikalangan agama samawi ( Islam, Kristian dan Yahudi ). d. Dalam beberapa ajaran dan kefahaman Hindunisme dan

Buddhisme terdapat juga beberapa sapek persamaan seperti konsep kelahiran semula, konsep Karma ( ialah yang berkaitan dengan pembalasan yang setimpal dengan usaha dan perlakuan manusia )

Perbezaan yang ada diantara tamaddun besar dalam aspek teologi pulak ialah: a. Menifestasi ketuhanan yang berbeza dalam agama tersebut, contohnya monotisme dalam Islam adalah berbeza dengan konsep monotisme dalam agama Kristian dan Yahudi. Dalam agama Kristian konsep triniti adalah berbeza dengan konsep ketunggalan Tuhan dalam Islam.Begitu juga dengan konsep asosiasi dalam

agama Yahudi dan Kristian adalah berbeza dengan konsep monotisme agama Islam. Manakala konsep monotisme dalam

agama Hindu membenarkan Tuhan mereka digambarkan dalam pelbagai bentuk dan rupa juga bertentangan dengan Islam. Kesukaram untuk memahani konsep monotisme yang terdapat dalam ajaran Hindu menyebabkan sesetengah tokoh menyatakan bahasa konsep ketuhanan agam tersebut adalah bersifat politisme. b. Konsep Reinkarnasi atau pun penjelamaan semula yang terdapat dalam ajaran Hindu dan Buddha juga terdapat perbezaan. Penjelamaan semula bermkasud seseorang itu akan menjelma semula selepas kematiannya tetapi dalam bentuk-bentuk yang
42

berbeza dan tidak semestetinya dalam bentuk manusia. Konsep ini asalnya digunakan hanya untuk penjelmaan semua dewa-dewa Hindu tetapi perkembangan sejarah agama Hindu kini

memperlihatkan bahawa konsep ini seringkali dikaitkan dengan seseorang manusia.

4.2.2. Etika a. Pendidikan Pendidikan diketegorikan sebagai aspek yang terpenting dalam setiap tamaddun. Pembentukan peribadi ( character building )

seseorang individu adalah tujuan utama pendidikan. Berasaskan kepada matlamat penting ini, tugas mengembangkan ilmu

pengetahuan

adalah menjadi satu tanggungjawab yang mulia.

Kesedaran mengembangkan ilmu pengetahuan ini telah diberi kepentingan yang utama dalam Islam, Kristian, Hindunisme dan lain-lain agama. Apa yang membezakan kepentingan ini ialah

bagaimana proses tranformasi ilmu pengetahuan itu dilakukan dan apakah elemen yang diberi keutamaan. Dalam Islam konsep Tauhid tauhidik ini diberi keutamaan dalam proses penyebaran ilmu. Dalam ajaran-ajaran Buddha dan beberapa ajaran

Hindunisme, tranformasi sifat ( characters ) atau tranformasi sifat dapat dicapai melaui proses mencari diri sendiri ( self-discovery )

b. Ekonomi Kegiatan perekonomian dalam tamaddun-tamaddun awal berlangsung dalam kontek moral semesta universe moral . Kemunculan konsep hak-hak kehidupan ( livelihood right ) dalam ajaran Buddha sebegaimana yang tercatat dalam salah satu ajaran jalan lapan lapis ( eight fold path ). Dalam ajaran Islam prinsip ini berkaitan dengan hal halal dan haram yang berkait rapat dengan soal akhlak. Konsep-konsep ini lebih menjelaskan bahasa usaha43

usaha ekonomi yang mempertingkatkan moral manusia. Penipuan, riba, rasuah dan betuk-bentuk penyelewengan lain amat ditegah oleh Islam. Dalam tamadun China, kepentingan para petani diberi penekanan mengikut fahaman ajaran Konfusianisme. Fahaman

Konfusianisme memandang rendah kepada golongan pedagang kerana golongan ini dikatakan sering melibatkan diri dalam aktiviti berunsurkan penipuan dan untung yang merupakan elemen buruk dalam ajaran Konfusianisme. Semasa Zaman Pertengahan di

dalam tamadun Eropah, ajaran agama Kristian amat mempengaruhi kegiatan ekonomi. Sebagaimana ajaran Islam, unsur rasuah, riba, penipuan adalah amat dilarang dalam ajaran Kristian.

c. Keluarga Unit asas dalam sesebuah tamadun adalah keluarga. Tamadun

China memberi penekanan penting dalam aspek kekeluargaan. Hubungan kasih sayang dan hieraki kuasa dalam hubungan sesama manusia amat diberi penekanan dalam ajaran Konfusianisme. Unsur li iaitu penekanan kepada lima jalinan hubungan sesama manusia iaitu a. Hubungan maharaja dengan rakyat b. Hubungan bapa dengan anak c. Hubungan abang dengan adik d. Hubungan suami dengan isteri e. Hubungan kawan dengan kawan Daripada lima jalinan kekeluargaan, tiga daripadanya adalah jalinan di dalam sebuah keluarga iaitu hubungan bapa dengan anak, hubungan abang dengan adik dan hubungan suami dengan isteri. Kesetiaan anak kepada bapaknya adalah sama kesetiannya seorang rakyat kepada maharaja. Atas sebab inilah, masyarakat China mengadakan upacara mengingati nenek moyang, yang bertujuan untuk mengucapkan rasa terima kasih serta menunjukkan
44

ketaatan kepada nenek moyang serta ibu bapa yang telah meninggal dunia. Tamadun Islam berasaskan ajaran al-Quran turut memberi

kepentingan kepada elemen keluarga ini. Hubungan anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab. Islam

menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan oleh ibu bapa sejak anak itu berada dalam kandungan lagi. Bermula daripada dalam kandungan inilah Islam mengajar ibu bapa supaya sentiasa membuat kebajikan agar anaknya nanti sentiasa

cenderung untuk melakukan kebajikan, begitu juga dengan tanggungjawab sebutannya, memberi seterusnya dan melatakkan nama yang baik untuk

mempersiapkan

anak-anak

menghadapi masa depan yang lebih sempurna dengan memberikan mereka pendidikan yang cemerlang. Ikatan kekeluargaan ini dijelaskan dengan terang dalam kitab al-Quran. Bukan ibu bapa sahaja yang perlu menunaikan tanggungjawab, malah anak-anak juga wajib menunaikan tanggungjawab mereka dengan tidak menderhaka kepada ibu bapa. Ikatan kekeluargaan ini tidak hanya diikat dengan hak dan tanggungjawab malah ia juag diikat dengan perasaan kasih dan sayang sesama ahli keluarga. Konsep keadilan menjadi asas perjalanan sesebuah keluarga Islam. Keluarga juga menjadi unit kecil dan mempunyai kepentingannya dalam masyarakat India, sistem kekeluargaan menjadi objek penerus kepada sistem keturunan yang menjadi satu sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian. Pertalian darah di dalam sesebuah keluarga ditambah pula dengan rasa hormat dan kasih sayang menjadi elemen pembentukan keluarga di dalam masyarakat India.

d. Komuniti

45

Komuniti atau masyarakat merupakan unit penting dalam setiap tamadun. Identiti individu mempunyai kaitan rapat dengan

keomunitinya.

Perkaitan yang sangat rapat ini menyebabkan

sebilangan besar pengkaji berpendapat bahawa identiti seseorang individu terbentuk daripada komunitinya. Identiti ini dapat dilihat

dalam pelbagai sudut, contohnya dari segi pemikiran, pandangan semesta, sikap dan perilaku serta lain-lain. Seseorang individu

mendapat sokongan moral, psikologikal dan kadang kala material daripada komunitinya. Jarang berlaku percanggahan antara idenditi individu dengan identiti komunitinya. Lazimnya identiti kedua-dua pihak dibentuk oleh sistem agama dan kepercayaan, bilai-nilai moral yang juga bersumberkan agama dan adat resam.

Komuniti atau masyarakat adalah unit penting dalam tamadun Islam. Ikatan sesama komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan kekeluargaan tetapi juga sesama agama ( ukhuwwah ) dan hubungan sesama manusia merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan Islam. Tamadun Islam berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw menggariskan dengan jelas hak dan tanggungjawab seseorang individu terhadap jiran-jirannya dan peringkat-peringkat ikatan. Ikatan kekerabatan, persamaan agama dan ikatan kemanusiaan yang ditunjangi oleh hak dan tanggungjawab yang ditentukan merupakan asas hubungan individu dalam tamadun Islam. Semua asas ini adalah berpaksikan kepada konsep egalitarian ( sama rata ).

Konsep eglitarian yang terdapat dalam Islam, tidak menerima kewujudan kelas hamba dalam masayarakat. Hamba adalah satu institusi yang telah lama berkembang dalam masyarakat dunia samada di Timur Tengah, Eropah atau di Asia. Golongan hamba ini

46

dinafikanhak mereka dan kedudukan mereka kadangkala adalah secara turun temurun.

Pembentukan komuniti China banyak di pengaruhi oleh sistem kekeluargaan China. Sistem kekeluargaan China yang berasaskan kuasa lelaki dan bapa telah meresap dalam pembentukan komuniti China. Sistem kekerabatan yang berasaskan hubungan darah

memainkan peranan penting dalam pembentukan komuniti China. Pemusatan kuasa kepada kuasa bapa atau lelaki adalah amat kuat dalam sistem kekerabatan komuniti China. Pembentukan komuniti China juga kuat dipengaruhi oleh sistem clan. memainkan peranan penting dalam komuniti Hiraki kuasa sama seperti

peranannya dalam sistem kekeluargaan China.

Dalam tamadun India, komuniti turut memainkan peranan penting, berbeza dengan tamadun-tamadun lain, komuniti dalam tamadun India mempunyai peraturan yang amat ketat. Sistem sosial dalam komuniti India berasaskan kepada sistem kasta yang rigid. Penentuan kasta seseorang individu adalah secara ascribed iaitu keturunan, diwarisi daripada nenek moyang. Sistem kasta juga turut menetukan jenis pekerjaan seseorang individu yang boleh dilakukan serta layanan yang patut diberikan kepada individu dari kasta-kasta tersebut. Sistem kasta memepengaruhi semua aspek kehidupan

dan aktiviti dalam sesebuah komuniti samada dalam bidang perlapisan sosial dalam tamadun-tamadun lain.

Konsep Dharma diberi penekanan penting dalam hubungan sesama anggota dalam sesebuah komuniti. Dharma masyarakat

menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan apa yang harus dilakukan oleh setiap anggota masyarakat, disamping itu individu sebagai annggota masyakarat mempunyai dharma yang
47

menetukan apa yang beliau harus lakukan mengikut kelahiran dan fungsi kehidupannya. Dharma dalam masyarakat yang menetukan fungsi anggota-anggota maysarakat.

e. Politik dan kerajaan Akhlak dan nilai moraliti telah digunakan sebagai asas sesebuah kerajaan oleh banyak tamadun-tamadun tradisional. Pembentukan tamadun tradisional menjadikan dua elemen penting ( akhlak dan moral ) sebagai tunjang kepada pembentukan sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab pemerintah. Raja merupakan gelaran tertinggi kepada pemerintah dalam hampir kesemua tamadun dunia. Terdapat terma lain yang digunakan untuk menjelaskan kedudukan tersebut, antaranya ialah khalifah, sultan, maharaja, ratu dan sebagainya. Seseorang pemerintah tertinggi mestilah mempunyai akhlak yang baik. Adil ialah prinsip asas yang mesti dimiliki oleh seseorang pemerintah. Pemikiran falsafah yang diasaskan oleh Kung Fu Tse, Meng Tse, Lao Tse dan ramai lagi dalam tamadun China serta tokoh-tokoh lain memberi penekanan kepada sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang raja atau pemerintah, begitu juga dengan tamadun India, kautilya membincang aspek-aspek

pemerintahan. Penulis-penulis besar dalam tamadun Islam seperti al-Farabie, alMawardi, al-Ghazali, Ibnu Khaldun dan lainnya telah memberi tumpuan yang penting terhadap hal-hal yang berkaitan dengan pemimpin dan kepimpinan. Sesuai dengan kedudukan Islam sebagai ad-dien ( cara hidup ), ia tidak memisahkan antara politik dan agama seperti yang diutarakan dalam konsep sekularisme. AlQuran dan as-Sunnah telah menggariskan prinsip-prinsip penting yang perlu ada dalam pentadbiran dan perundangan. berkenaan ialah:
48

Prinsip

a. Keadilan ( al-adalah ) adalah prinsip utama yang diberi penekanan. Rasulullah saw telah memberi penekanan pada

prinsip ini semasa membentuk kerajaan Islam di Madinah. Prinsip keadilan bukan sahaja diamalkan oleh Rasulullah saw, tetapi juga kepada semua khalifah Islam selepas baginda terutamanya Khalifah as-Rasyidin. b. Al-Wasatiyyah ( kesederhaan ) prinsip ini mempunyai pertalian yang rapat dengan prinsip keadilan. Kesederhaan adalah dasar penting yang dijalankan oleh rasulullah saw dalam

pemerintahannya, ia turut dilaksanakan pada zaman baginda dan juga sesudah baginda. c. Syura adalah aspek penting dalam melaksanakan pentadbiran dan pengurusan. Melalui konsep syura ini, elemen kediktatoran dapat dibendung dan diatasi. Syura ialah proses untuk

melahirkan sesuatu keputusan yang lebih adil dan saksama. Konsep kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyatnya adalah dimensi yang penting. Konsep ini amat kuat dalam tamadun Melayu sehingga melahirkan kata-kata takkan Melayu menderhaka.. Penderhakaan merupakan jenanyah yang akan mengundang hukuman bunuh, seperti dalam Kisah Hang Tuah, Hang Jebat ( dalam versi Megat Seri Rama dalam Sejarah Melayu ), namun dalam versi yang berbeza menyatakan Hang Kasturi. Namun demikian penderhakaan dalam sejarah Tamadun Melayu berlaku apabila seseorang raja telah melanggar lunas-lunas keadilan yang sepatutnya dipertahankan oleh seorang pemerintah.

Dalam ajaran Confusius, telah memberikan satu garis panduan mengenai hubungan antara pemerintah dengan rakyatnya.

Pemerintah mestilah berperanan sebagai bapa kepada rakyatnya. Ini bermakna, seseorang raja perlu mempunyai moral yang baik kerana baginda akan menjadi pelindung kepada rakyatnya. Tanpa
49

sifat-sifat yang demikian mandat atau kelayakan seseorang raja untuk memerintah sesebuah dinasti itu akan terhapus. Confusius tidak menganjurkan rakyat menentang raja yang tidak mempunyai moral yang baik, sebalinya beliau mengatakan bahawa mandat itu akan ditarik balik oleh Tien ( Maha Agung ) melalui pelbagai bala bencana seperti banjir,peperangan dan sebagainya. Meng Tse ( Mencius ) iaitu salah seorang pengikut Confusius mengatakan bahawa The people ara the most important element in the nation, the spirits of the land dan garin are next, the prince is the last.. . Sementara Hsun-Tzu seorang lagi pengikut Confucius mengatakan bahawa raja umpama sebuah kapal dan rakyat itu umpama air. Air boleh menyokong kapal ( agar tidak tenggelam ) tetapi juga boleh menenggelamkan kapal. Beliau berpendapat hanya apabila rakyat berpuas hati sahaja maka seseorang raja itu akan selamat.

f. Institusi Keagamaan

4.2.3. Pemikiran 4.2.4. Kebudayaan dan keseniaan

50

Matapelajaran

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS ) Islam Dalam Tamadun Melayu

- Teori kedatangan Islam -Peranannya dalam pembinaan Tamadun Malaysia

UNIT 5

-Kesan dan Pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu Politik Ekonomi Sosial

-Peranan Islam dalam pembinaan Tamadun Malaysia

Pengenalan Tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan

pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan seperti kesenian dan kesusasteraan yang tinggi , baik, halus dan sopan kearah pembentukan peribadi dan komoditi yang memiliki personaliti, tatatusila dan pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa. Sejarah menyaksikan Tamadun Islam melalui beberapa peringkat perkembangan. Ajaran Islam diturunkan di Kota Mekah, Tamadunnya diasaskan di Kota Madinah, dikembangkan di Kota Syam dan Damsyik tetapi seterusnya digemilang di Kota Damsyik. Pengaruhnya mula bertapak di Semenanjung Arab sehingga berjaya menukar kehidupan masyarakat Arab jahiliah pada ketika itu kepada kehidupan bersusila. Kekuatan pengaruh Islam juga turut menyumbang kearah kelahiran Renaissa (zaman pembaharuan) di Eropah dan seterusnya perluasannya ke nusantara seluruh pelusuk dunia tidak terkecuali Asia.
51

a. Teori Kedatangan Islam Dari Arab/Parsi Antara sejarawan awal yang mengetengahkan teori ini John Crawford dan Caser Ajib Majul. Sejarawan tempatan seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Prof. Dr. HAMKA merupakan antara sejarawan Melayu yang kuat mengetengahkan teori ini. Perbahasan berhubung teori ini juga sangat komplikasi dan luas perwacanaannya. Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah, perwacanaan berhubung teori ini boleh dibahagikan pada beberapa tahap agar persembahan sejarah lebih teratur dan mudah difahami. Tahap-tahap tersebut terdiri oleh tahap (1)Tahap Persinggahan, (2)Tahap Pertapakan, dan (3)Tahap Penyeberan Islam secara meluas. Tahap pertama ini berlaku sejak zaman Pra-Islam lagi kerana AM sudah berinteraksi dengan tamadun Arab. AM terkenal sebagai rantau pengeluar kapur (juga dikenali sebagai kapur barus) dan rempah ratus seperti lada, bunga cengkeh, buah pala, kemenyan dan sebagainya, yang menjadi keperluan pada masyarakat Asia Tengah dan sekitar laut Mediteranean. Keperluan-keperluan ini selain memberi

jawapan rasional wujudnya hubungan langsung AM dengan rantau Arabia, kapur sendiri menjadi sebahagian dari budaya dan bahasa arab sendiri kfr ( )Kesempatan perdagangan kfr ( ) dan barang-barang lain yang hanya terdapat di AM, dan realiti keperluan masyarakat rantau Arabia dan Mediteranean sebagaimana di atas ini turut dimanfaatkan oleh para pedagang Muslim-Arab (dan yang datang daripada rantau Arabia) untuk menyebarkan agama Islam sama ada kepada para pedagang Melayu yang pergi ke sana atau
52

dakwah Islamiyyah tersebut berlaku di rantau Nusantara sendiri. Dengan erti kata lain, teori kedatangan Islam adalah dari Arab. (Abdul Rahman Haji Abdullah: 31). Sesuatu yang menarik, di Yaman tersebut terdapat perlabuhan interport dan antarabangsa yang terletak di Hadramaut. Perlabuhan tersebut menjadi tempat persinggahan pelbagai pedagang seantero dunia termasuk pedagang-pedagang Melayu yang datang untuk berdagang rempah ratus dan kfr ( ) sendiri. Tahap Kedua dikenali sebagai tahap pertapakan. Tahap ini amnya berlaku sekitar tahun 674M berdasarkan tanda aras wujudnya penempatan masyarakat arab Islam di kepulauan Melayu khususnya di Pantai Barat Sumatera. Selain itu, di Jawa juga wujud penempatan masyarakat Arab juga. Masyarakat tersebut dikenali sebagai Ta-Shih. Dalam catatan Arab, Khalifah Muawiyyah bin Abi Sufian (661-680M) pernah cuba menyeberangi Nusantara demi membuka (futuwwah) Pulau Jawa. Pada ketika itu, Pulau Jawa di bawah pemerintahan Ratu Sima. Selepas mendapati Ratu Sima seorang raja yang adil, maka khalifah menangguhkan hasratnya sebagai menghormati keadilan hak di pulau tersebut. Selain itu, jawapan sejarah bagi peristiwa ini dilihat pada peristiwa pelarian golongan Syiah ke Nusantara demi menyelamatkan diri daripada pemerintah Khilafah Islam Bani Umayyah. Pelarian mereka ini melalui jalan Champa dan membina penempatan di Kepulauan Sulu, Sulawesi dan Kalimantan. Pada tahun 800M, armada dakwah Islamiyyah tersebut yang diketuai oleh Nahkoda Khalifah dan lebih 100 orang muslim telah sampai di Perlak, Sumatera (Nusantara). (Abdul Rahman Haji Abdullah; 1990:37 & Abdullah Ishak; 1990:96) Kedatangan mereka ini secara tidak langsung menjadi jawapan bagi teori kedatangan Islam di Nusantara adalah dari Arab dan peristiwa ini berlaku pada tahap pertapakan.

53

Tahap ketiga pula dikenali sebagai Tahap Penyebaran Islam secara meluas. Bagi Penulis, tahap ini lebih sesuai dikenali sebagai Tahap Penyebaran Islam Secara Ber-Negara (Daulah Islamiyyah). Berdasarkan bacaan Penulis, tahap ini mula ditempuhi oleh AM paling lewat adalah pada kurun ke-13M. Bermula kurun ke-13M ini, boleh dikatakan banyak gugusan kepulauan telah menerima Islam. Pemelukan Islam secara ber-Negara di Perlak, Pulau Jawa, Sulawesi, Kepulauan Sulu (Maluku), Kedah Tua, Champa dan sebagainya sehingga wujud asimilasi nilai dan jatidiri antara para duat (pendakwahpendakwah) di kalangan para pedagang dan penduduk asal di Nusantara (Penulis: komuniti etnik Melayu). Kurun Ke-14M (1414M), Institusi Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Paramiswara. Namun, berdasarkan bacaan peribadi Penulis; Paramiswara bukan pemerintah pertama memeluk agama Islam. Menurut Wang Gunwu (1968), penama Sultan Megat Iskandar Shah yang kononnya nama Islam bagi Raja Parameswara; adalah tidak sahih dan dua individu yang berbeza. Menurut Ma Huan, Parameswara mangkat pada tahun 1414M, manakala Megat Iskandar Syah memeluk Islam pada usia 72 tahun apabila mengawini Puteri Raja Pasai (dari Sumatera) (Kassim Thukiman, 2002:29) Walau bagaimanapun, Institusi Kesultanan Melayu Melaka pada zaman Sultan Muzaffar Shah (1446-1459M) dan penggantinya, Sultan Mansur Shah merupakan golden ages. Kegemilangan zaman tersebut salah satunya adalah
54

berpunca oleh faktor praktisnya Islam secara menyeluruh,Implikasinya, lahir beberapa kerajaan alternatif (yang sebelum ini di bawah suatu Khilafah Islam). Antaranya termasuk kerajaan Ayubiyah (1171M), kerajaan Mameluk (12061257M), kerajaan Turki Uthmaniyyah (di Asia Minor), Kerajaan Mughal dan Kerajaan Delhi (di India), dan sebagainya. Fenomena tersebut ditegaskan oleh HAMKA (1990), bahawa Islam di AM berkembang di bawah pengaruh tariqat dan tasawuf oleh masyarakat AM sama ada dari golongan pemerintah (Penulis: golongan istana) atau rakyat; sedangkan ia lebih banyak membawa keburukan dari kebaikan. Berdasarkan asas-asas di atas sama ada pada tahap (1)Tahap

Persinggahan; (2)Tahap Pertapakan; dan (3)Tahap Penyeberan Islam secara meluas; para Sejarawan tempatan cenderung pada Teori Kedatangan Islam datangnya dari Arab. Antara asas sampingan lain termasuk:Pertama, kewujudan tulisan Jawi dipercayaan hasil sintesis tulisan Arab (Aramic) dan tulisan non-Aramic. Tulisan non-Aramic yang dimaksudkan adalah Ga, Cha, Nya: dan sebagainya. Segelintir Sarjana berpendapat asal tulisan non-Aramic ini dari Parsi (di Asia Tengah; kini dikenali sebagai Republik Islam Iran). Namun, menurut, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan HAMKA, penambahan beberapa huruf non-Aramic ini dilakukan sendiri oleh cendekiawan Melayu-Muslim sendiri sesuai dengan sebutan bahasa Melayu-Kuno di Nusantara. Penulis secara peribadi bersependapat dengan al-Attas dan HAMKA. Kedua, sebutan dan tatacara bacaan al-Quran di Nusantara lebih hampir dengan sebutan dan tatacara bacaan al-Quran di Timur Tengah (khususnya rantau Arabia); tidak mirip pada bacaan ala penganut Islam di India mahupun China. Ketiga, boleh dikatakan hampir semua catatan sejarah (written sources) menonjolkan pengIslaman para pemerintah di Nusantara (dari Institusi Kesultanan Melayu Melaka hingga Institusi Kesultanan Melayu Sulu) telah
55

dilakukan oleh para Pedagang Arab atau duat berbangsa Arab. Menurut C.A. Manjul, perkembangan Islam di Nusantara pada peringkat awal walaupun datangnya dari India, namun masih dilakukan oleh para pedagang Arab. Lebih dari itu, tiada catatan sejarah menyebut bahawa kedatangan Islam di AM ini dilakukan oleh pendakwah berketurunan India mahupun Cina. Ketiga, bahasa Melayu turut menerima pengaruh perbendaharaan kata dan tatabahasa arab. Sebagai contoh, fakir. Syukur, sahabat, kertas, dakwat, sultan, soleh dan sebagainya adalah berasal dari perbendaharaan kata bahasa Arab. Ketiga-tiga asas ini lebih cenderung pada unsur rasionalisme; tidak nas sejarah.

b. Islam Datang Dari China dan Champa Marco Polo dalam Suma Oriental mencatatkan bahawa beliau pernah berhenti singgah di Perlak pada kurun ke-13M dalam perlayarannya ke China. Dalam catatan beliau, realiti masyarakat di Perlak sudah berbudaya dengan budaya muslim. Pada pandangan Penulis, budaya Muslim ini mustahil wujud kecuali masyarakat Perlak atau AM amnya lebih awal menganut dan menghayati agama Islam yang kudus itu sendiri. Pendirian oleh Sejarawan Marco Polo ini turut disokong oleh Sejarawan lain, P.E. De Josselin De Jong. Hujah Josselin De Jong bertitik-tolak pada jumpaan batu nisan di wilayah jiran Perlak iaitu Pasai. Pada fizikal sumber artifak tersebut terukir nama sultan Malik al-Salih, iaitu nama Sultan Pasai. Pada batu nisan tersebut juga terdapat tarikh meninggal Malik al Salih iaitu pada 1297M. Secara logiknya, kedatangan Islam ke AM pasti lebih awal dari tarikh tersebut. Asas jumpaan batu nisan ini dilengkapkan dengan catatan sejarah di China sendiri berhubung hubungan diplomatik China-Pasai. Menurut Josselin De Jong, pada kurun ke-13M telah berlaku hubungan diplomatik tersebut dapat dilihat apabila pengutusan 2 diplomat Pasai iaitu Hasan dan Sulaiman ke negara China
56

tersebut. Peristiwa bersejarah tersebut berlaku pada 1282M. (Dr. Mohd Radzi Haji Othman, et.al., h.164) Asas sejarawan ini sangat berbeza dengan asas sejarawan Morquette. Morqoette pernah disanggah Syed Muhammad Naquib al-Attas kerana temuan batu nisan diGerisik pada 1419M mempunyai ciri persamaan dengan batu nisan di Gujerat; sebagai asas teori kedatangan Islam di AM asalnya datang dari Gujerat, India. Pada pandangan penulis, sanggahan ini bertitik tolak pada sikap melampau Sejarawan sendiri dalam memberi penjelasan sejarah sesuatu sumber sejarah; walaupun sumber tersebut adalah sumber artifak yang secara simplenya sudah boleh diakui kebenaran sumber sejarah tersebut. Masih dalam perwacanaan teori Islam sampai ke AM dari China, sejarawan Gardener dan Emmanuael menyinggung pandangan yang berbeza. Menurut 2 sejarawan tersebut, Islam sampai ke China dari jalan darat oleh para pedagang Arab lembah Arabia sendiri sejak zaman Khalifah Uthman al-Affan lagi. Realiti ini mengalami tahap pertapakan dan perkembangan sejak zaman Bani Umayyah dan Abasiyyah apabila bilangan pedagang-pedagang Arab yang berhijrah ke China dalam angka yang besar. Dalam catatan sejarah China, seawal kurun ke-8M, sudah wujud penempatan masyarakat peranakan Arab di Canton. Kewujudan masyarakat Arab tersebut bukan sahaja dapat dilihat pada wujudnya penempatan-penempatan tetap, malah pada kewujudan Jabatan KiraKira yang diselenggarakan oleh para pedagang Arab itu sendiri. (Dr. Mohd Radzi Hj. Othman, et.al., h.164) Apa kaitannya kewujudan Pedagang Arab di Canton dengan persoalan pokok yang dibincangkan. Realiti di atas ini menjadi hujah bahawa Islam yang sampai ke alam Melayu dilakukan oleh para Pedagang Arab yang tinggal di Canton (China) paling lewat pada kurun ke-8M dengan AM. Dakwah Islamiyyah tersebut dilakukan sendiri oleh pedagang-pedagang Arab, bukan para pedagang

57

berketurunan Cina. Maka, secara teorikalnya Islam itu bukan datang daripada rantau Arabia, tetapi datang daripada China. Teori kedatangan Islam di AM dari China turut diketengahkan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas. Menurut al-Attas, pada sekitar tahun 878-879M, iaitu pada zaman Hsi Tzung peristiwa krisis etnik di Pelabuhan Canton. Kediaman dan nyawa para pedagang asing di sana banyak musnah disebabkan pemberontakan bangsa setempat. Lebih 100 000 nyawa termasuk daripada para pedagang Arab telah menjadi korban dalam peristiwa berdarah tersebut. Implikasi tersebut membawa pada penghijrahan para pedagang yang terselamat ke Kedah dan Parlembang demi mendapatkan perlindungan. Kedatangan mereka ke Kedah dan Parlembang ini dijadikan asas teori Islam datang dari China. Dalam catatan China juga, pemberontakan seumpama di atas juga turut berlaku pada 618-906M iaitu pada zaman Dinasti Tang di mana tidak kurang 5000 para pedagang asing termasuk komuniti Arab telah dibunuh. Para pedagang yang terselamat telah berhijrah ke Champa, Nusantara demi mendapat perlidungan. Kedatangan mereka ke sana juga diukur sebagai batu masa pada teori kedatangan Islam AM tersebut dari China. Berhubung teori ini juga, terdapat beberapa jumpaan sumber artifak atau arkiologi. Antaranya termasuk jumpaan batu Nisan seorang wali Allah berketurunan Arab di Pekan, Pahang yang bertarikh 1028M di mana atas batu nisan ini terukur ayat-ayat al-Quran. Temuan batu nisan turut berlaku di Leran, Surabaya bertarikh 1082M atau 1102M yang sangat ketara ciri-ciri keIslaman batu nisan tersebut. Beberapa batu nisan yang hampir sama dengan batu nisan di Pekan dan Leran turut dijumpai di Phangrang, Kemboja (juga dikenali sebagai Champa). Di atas beberapa batu nisan tersebut terdapat beberapa tatacara berkaitan cukai serta modus operandi pembayaran cukai menurut Islam.
58

Lebih daripada itu, di Kuala Berang, Terengganu terdapat Batu Bersurat bertarikh 1303M di mana di atas batu bersurat tersebut peraturan dan kewajipan menunaikan hukum-hakam Allah seperti hukuman bagi penzina dan sebagainya. Di Langgar, Kedah turut dijumpai batu nisan milik Syeikh Abd. Al Qadir ibn Husain Syah Alam bertarikh 903M. (Abdul Rahman Haji Abdullah (Cet.2), 1992: 40-41)

c. Islam Datang Dari India Terdapat 2 wilayah (di India) dipercayai sebagai tempat asal yang membawa Islam ke AM. Pertama, Gujerat dan Malabar. Kedua, Bengal Coromandel. Menurut Pijnappel, kedatangan Islam di AM dilakukan oleh para pedagang Islam berbangsa Arab yang bermukim di Gujerat dan Malabar. Sangkaan ini bertitik-tolak oleh banyaknya nama kedua-dua wilayah ini dalam sejarah awal AM. Pandangan ini telah disokong oleh Snouck Hugrunje dan Harry Hazzard memandangkan aktiviti perdagangan oleh para pedagang Islam di AM sama ada sebagai orang tengah atau pedagang premier yang membawa barang dagangan dari wilayah tersebut merentasi Nusantara untuk pergi ke China dan sebagainya. Teori kedatangan Islam dari Gujerat dan Malabar ini diperkuatkan lagi dengan temuan batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428M dan di Gerisik yang bertarikh 1419M oleh Morquette. Bentuk fizikal kedua-dua batu nisan ini mempunyai ciri persamaan dengan batu nisan di Gujerat. Realiti ini membawa pada kesimpulan sejarah oleh sejarawan; iaitu Islam sampai ke AM pada awal kurun ke-15M.

59

Menurut S.Q Fatimi, kedatangan Islam di AM datangnya dari Bengal, Coromandel, India. Kedatangan Islam ini dilakukan oleh para pedagang dari sana. Bengal lebih awal menerima Islam berbanding Gujerat dan Malabar. Maka, sudah tentu proses islamisasi AM itu dilakukan oleh wilayah yang lebih awal menerima Islam ini. Pandangan ini telah didokong oleh Arnold dalam buku akademianya, The Muslim World. Menurut beliau, para pedagang Bengal ini bermazhab Shafie; sama dengan mazhab umum di AM. Mereka membawa Islam ke AM; kerana mazhab umum mereka adalah mazhab Hanafi; manakala AM bermazhab Shafie.Rasionalisme sejarawan membawa pada relatifnya teori satu-satu peristiwa. Teori Islam datang daripada India diperkuatkan oleh catatan sejarah oleh Ibn Batutah. Menurut Ibn. Batutah, dalam persinggahan beliau di Pasai, pandangan empire belia mendapati wujud persamaan budaya khususnya pakaian diraja dengan kebudayaan yang terdapat di Bengal, India. Malah, Ibn Batutah juga mencatatkan bahawa Merah Silu sebenarnya beragama Hindu, kemudiannya memeluk Islam dan baginda mempunyai hubungan bernegara dengan masyarakat Islam Bengal, India. Jumpaan batu nisan Malik as-Salih sendiri bertarikh 1297M. Secara rasional, Islam sudah tentu sampai lebih awal daripada periodisasi tersebut. Hujah ini diperkuatkan lagi dengan realiti sejarah Gujerat sendiri sebenarnya menerima Islam secara bernegara pada 1301M apabila berlakunya futuwwah (pembukaan) wilayah tersebut oleh Kerajaan Islam Delhi. (Mohd Radzi Haji Othman, Et.al. (1989), Beberapa Aspek Tamadun Islam, ) Kesimpulannya, paling awal kedatangan Islam dari India ini pada awal kurun ke 11M. Paling lewat Islam sampai ke AM dari India pada awal kurun ke-15. Para Pedagang dari India bertanggungjawab membawa Islam di AM berdasarkan sumber-sumber sejarah sebagaimana di atas. Realiti ini memberi jawapan
60

bahawa betapa tingginya Islam sehingga wujud suatu interaksi sihat antara dua bangsa yang lain darah, budaya dan lain-lain; namun masih boleh bersatu dan membangunkan tamadun Nusantara atas asas yang sama iaitu Islam.

Gambar-gambar berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Alam Melayu

Kompas digunakan oleh pedagang Arab ke China

Islam mempelajari ciptaan ,pembuatan kertas,teknologi percetakandan pembuatan alat letupan dari China Masjiid tertua di China China juga mempelajari teknologi ketenteraan dan teknologi pembinaan dari masyarakat Islam . Ilmu pelayaran diaplikasikan m.s 2 sepenuhnya oleh masyarakat China sehingga ada pelyar China Berjaya membuat 7 kali pelayaran melintasi lautan Pasifik

61

Mata wang yang digunakan oleh masyarakat melayu dizaman kesultanan melaka.

Kesan dan Pengaruh Kedatangan Islam Terhadap Malaysia

Tamadun Islam yang berkembang di Asia telah bertembung dengan tamadun Melayu. Sebelum zaman Islam ,Asia Tenggara telah melalui pengalaman di bawah pengaruh agama Hindu Budha. Islam dapat bertapak dan menjadi anutan dan asas kepada penubuhan kerajaan Islam seperti Pasai, Melaka, Aceh , Pattani, Brunei, Sulu, Jawa dan sebagainya yang sebahagian besar masyarakatnya berketurunan Melayu. Pengaruh Tamadun Islam sangat besar dan meliputi seluruh kehidupan masyarakat termasuklah di dalam aspek pemerintahan, undang-undang Islam menjadi asas kepada pembinaan serta pengamalan undang-undang di kerajaan Melayu seperti undang-undang Laut Merah dan Hukum Kanun Melaka. Islam di Alam Melayu tidak berlaku dalam suasana kekerasan sebaliknya dalam suasana aman.Islam membawa
62

semangat

rasionalisme

dan

intelektualisme di kalangan istana dan rakyat jelata. Di alam Melayu, perkembangan Tamadun Islam dipengaruhi oleh sastera atau prosa naratif. Seni Khat jua seperti tulisan urdu berkembang dengan meluas selepas kedatangan Islam.Konsep Islam yang bersederhana, mudah difahami, menekankan

kesamarataan antara lapisan masyarakat, bahasa yang yang dianggap serasi dengan budaya orang Melayu.Islam menjadi budaya orang Melayu dan, setiap raja dan sultan adalah ketua agama. Kesankesan interaksi antara Tamadun Islam dan Melayu dapat kita buktikan sampai ke hari ini. Setiap masyarakat Melayu beragama Islam dan mengamalkan cara hidup Islam.

Sultan dijadikan ketua Negara dan agama. Undang-undang berdasarkan hukum syariah. Agama Islam sebagai agama rasmi.

Proses penakrifan semula,ayat-ayat suci alquran ditaksir untuk mengukuhkan keyakinan,ketakwaandan ketauhidan kpd Allah s.w.t Semesta melayu dibentuk berasaskan kepada habluminallah dan habluminannas

63

Orang melayu belajar berdagang dan bertani dengan menggunakan kaedah yang digunakan oleh orang arab. Orang melayu mempelajari ilmu.teknologi dan kaedah perubatan dari tamadun Islam

Pakaian orang Melayu telah berunsur keislaman. Makanan yang halal. Hiburan berunsur Islam seperti marhaban,berzanji, hadrah dll. Penekanan kepada pendidikan dengan mewujudkan pendidikan pondok.

64

KESAN INTERAKSI TAMADUN ISLAM DAN MALAYSIA

Pengaruh Islam Terhadap Malaysia

sosial pollitik ekonomi

bahasa
kebudayaan

pendidikan

65

agama

Dari Aspek Politik

Kesan daripada interaksi tamadun antara kaum di Malaysia telah melahirkan perpaduan dan kesepaduan dalam sistem pemerintahan Malaysia. Ianya telah melahirkan pemimpin yang bertoleransi .Corak kepimpinan di Malaysia dibangunkan oleh semua bangsa yang ada dalam Negara ini.Sistem raja berpelembagaan juga tidak dipertikaikan oleh semua bangsa di Malaysia. Apabila politik sesebuah Negara itu stabil akan hilanglah kebimbangan tentang keselamatan Negara. Rakyat akan dapat hidup dalam keadaan yang cukup harmoni dan semangat patriotism dapat diterapkan dengan mudah. Politik yang stabil akan menghasilkan suasana begini.

66

Dari Aspek Ekonomi. Negara Malaysia terus maju dalam iklim yang cukup muhibbah walaupun asalnya dari kaum yang berbeza-beza namun interaksi antara tamadun masingmasing telah menjadikan rakyat Malaysia sebagai pendokong kemajuan ekonomi Negara ini.kini kita dapati interaksi tamadun telah mengubah cara hidup kaum yang ada contohnya kaum China dan disamping kejayaan dalam perniaga bertani yang amat sinonim dengan Penglibatan mereka dalam pekerjaan juga tidak dapat disangkal.Interaksi tamadun amat releven di Malaysia ekonomi kerana semua kaum berlumba-lumba untuk dalam mereka India juga

orang Melayu. pengkeranian antara aspek

berjaya dalam bidang

ekonomi dan akhirnya negara yang teguh ekonominya akan terus maju. Kemajuan Negara Malaysia dalam bidang ekonomi terbukti dengan tumbuhnya pusat pentadbiran Putrajaya, beberapa buah bandar yang bertaraf

bandaraya.Dasar Ekonomi Baru telah memberi peluang kepda semua rakyat Malaysia untuk memajukan ekonomi masaing-masing.kini dimurnikan lagi dengan memperkenalkan dasar kemiskinanan sifar..Orang Melayu juga kini

telah berjaya merubah keadaan sedia ada mereka yang dulunya miskin .Begitu juga orang india tidak lagi hanya tertumpu di estet sahaja.Jela interaksi antara tamadun amat releven di Malaysia dalam aspek ekonomi.

Pelbagai cara memejukan ekonomi Dari Aspek Teknologi

67

Interaksi

antara

tamadun

mendatangkan

kesanyang

baik

terhadap

perkembangan teknologi, dimana

kita dapati melalui teknologi masing dan

menerima serta memodenkan teknologi yang ada dengan teknologi dunia yang canggih menjadikan rakyat Malaysia juga mampu bersaing di dunia global ini. Interaksi teknologi ini memajukan teknogi dengan menambah baikkan dan menjadikan ianya bermanfaat dan sesuai dengan situasi di Malaysia.

Teknologi perubatan dan pertanian telah berubah hasil dari interaksi tamadun

Dari Aspek Budaya. Walaupun budaya merupakan satu ciri perbezaan nyata antara tamadun, kita dapati interaksi antara tamadun dari aspek kebudayaan amat

ketara.Perkembangan kebudayaan di Malaysia amat baik dan begitu relevan kerana setiap bangsa di Malaysia bersaing secara sihat untuk memperkenalkan kebudayaan masing-masing.Pertembungan tamadun telah menyebabkan

perkembangan kebudayaan yang positif.Dari sudut kebudayaan dan kesenian kita dapati masyarakat Malaysia boleh berinteraksi melalui kebudayaan masingmasing seperti contoh tarian.Tarian inang dan zapin yang dulunya hanya untuk hiburan masyarakat Melayu kini telah diminati oleh bangsa lain di bumi bertuah ini. Begitu juga tarian tarian dari Cina dan India menjadi ikutan untuk berhibur oleh masyarkat Melayu dan lainnya.

68

Kini nyanyian dan tarian irama Melayu kini di pelajari dan dapat menarik minat bangsa lain untuk sama-sama berhibur. Interaksi antara tamadun masyarakat di Malaysia melalui adat dan

kebudayaan menjadi releven dan amat sesuai terutama sekali sebagai contoh adat menyambut tetamu dan meraikan hari kebesaran masing-masing. Setiap kaum mengamalkan adat menyambut tetamu dan semua kaum akan merasai kemeriahan hari perayaan semua kaum dengan penuh muhibbah. Sambutan hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, disambutan secara besar-besaran Pesta Menuai dan lain-lain akan majlis Rumah Terbuka

dalam

Malaysia.Interaksi pelbagai tamadun ini sukar didapati di negara lain di dunia seperti apa yang rakyat Malaysia rasai sekarang. Cara berpakaian dan menikmati makanan juga tidak tersisih dari arus percampuran tamadun.Pakaian yang dulunya melambangkan identiti sesuatu bangsa kini tidak lagi janggal dipakai tanpa segan dan silu oleh semua bangsa di Malaysia. Contoh pakaian Ceong Sam kini diubah suai untuk dipakai oleh orang Melayu.Begitu juga baju kurung dan kebaya kini amat diminati oleh kam Cina dan India untuk menghadiri majlis rasmi. Begitu juga dari segi pemakanan kita dapati orang Melayu dan Ciina amat meminati masakan India seperti nasi
69

kandar, roti canai, capati, tosai dan maruku. Makanan Melayu dan Cina juga dimakan oleh semua bangsa seperti nasi lemak, nasi ayam, yong taufu, cincau, tau fu fah dan lain-lain lagi.

Nasi lemak kegemaran rakyat Malaysia untuk orang India sahaja

Roti canai bukan lagi

Interaksi pakaian pengantin Melayu

Dari segi Ilmu pendidikan.

70

Semua tamadun mengutamakan pendidikan, walaupun ada kalanya mempunyai matlamat yang berbeza tentang kepentingannya. Dalam sistem pendidikan Malaysia sekarang kita dapati matapelajaran yang di ajar di sekolah Melayu,Cina dan Tamail adalah sama.Seandainya terdapat sedikit kekeliruan mengenai sesuatu perkara dalam pendidikan ianya dapat di atasi dengan baik,kerana semua bangsa memahami konteks pembelajaran. Orang Cina kini tidak lagi hanya mempelajari ilmu perniagaan sahaja malahan mereka kini berada jauh kehadapan dalam bidang professional yang lain. Begitu juga masyarakat India yang dulunya suka pada kesenian kini merubah corak kehidupan dengan mengutamakan pembelajaran. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan di Malaysia. Sebagai lambang perpaduan rakyat Malaysia kita dapati semua kaum dapat bersama merealisasikan pendidikan dalam suasana yang cukup

harmoni.Terbukti kini interaksi antara tamadun menjadi lebih senang dan kerelevennya tidak dapat disangkal lagi.

Kesan interaksi tamadun semua bangsa mementingkan ilmu pengetahuan.

71

Bahasa Melayu memainkan peranan untuk penyatuan semua kaum di Malaysia telah diterima pakai dalam sistem pendidikan, perhubungan dan hubungan sosial masyarakat oleh semua kaum di Negara ini. Namun begitu bahasa lain juga tidak disekat penggunaanya dan setiap orang berhak mempelajari bahasa yang diingini. Wujudnya cendiakawan Islam di Malaysia yang terkenal seperti Zaba dari sudut bahasa, Dr.Burhannuddin Helmi dari sudut politik, Pro.Engku Aziz pakar dalam bidang ekonomi. Aspek agama Interaksi tamadun melalui penyebaran agama adalah merupakan kesan yang baik dan amat sesuai di gunakan di Malaysia kerana semua rakyat Malaysia faham sebagai sebuah negara berbilang kaum kebebasan beragama adalah penting.walaupun Islam adalah agama rasmi dan raja adalah ketua agama, hak dan keperluan agama lain tidak pernah dipertikaikan. Sebagai contoh disamping terdapat masjid yang menjadi tempat ibadat bagi orang Islam kerajaan Malaysia membenar rumah-rumah ibadat bagi kaum Cina, India, Siam dan lainnya dibina di dan sini mengelak demi rasa kepentingan bersama tidak puas hati agama

sesetengah menerapkan nilai nilai dan sebagai panduan hidup.

pihak.Semua

baik untuk di hayati

72

Masyarakat cina dan india bebas melakukan aktiviti keagamaan masing-masing

KESAN INTERAKSI TAMADUN ISLAM DI ASIA DAN RELEVENSINYA DI MALAYSIA

73

Kesan negetif hasil dari perkembangan Tamadun Malaysia Pertembungan antara tamadun juga akan menghasilkan kesan negatif atau ketidak sesuaian interaksi antara tamadun dan kadang kala menghasilkan kesan buruk kepada ketemadunan yang sedia ada.Terdapat juga kesan negatif yang kononnya berasal dari Agama Islam dikembangkan oleh golongan yang cetek

74

pengetahuan agama. Agama Islam yang disebarkan telah dicampuri dengan cedokan dari kepercayaan mesir, Yahudi, Parsi dan Hindu. Akibat dari percampuran ini wujudlah amalan memuja Keramat untuk berniat atau bernazar malahan sihir juga dicampur adukkan dengan menjadikan ayat Al Quran dan Hadis sebagai tangkal dan azimat.

Jangan biarkan pertembungan tamadun menghasilkan suasana yang sebegini

Kesan Negatif dan cara mengatasinya Interaksi antara tamadun juga dianggap releven diMalaysia kerana dengan pertembungan tamadun akan lahirlah satu tamadun yang baru seperti apa yang kita dapat lihat sekarang ini 75ystem perbankan Islam digunapakai oleh seluruh rakyat Malaysia. Interaksi antara tamadun juga boleh mendatangkan kesan buruk dan dianggap tidak releven di Malaysia antaranya: Kesan buruk dan tidak releven. Pertembungan tamadun Cara mengatasinya akan Semua bangsa atau kaum di Malaysia

melahirkan perasaan ingin menguasai harus di terapkan nilai persefahaman sehingga ada kalanya wujud rasa tidak dari bangku sekolah lagi. selesa tinggal di situ dan interaksinya
75

tidak begitu releven lagi .

Akan

tenggelamnya

tamadun

yang Setiap

bangsa

harus

mengingati

lemah seperti nilai moral yang dokong kembali nilai nilai moral yang dibawa oleh masyarakat Melayu mengikut oleh tamadun masing-masing dan

ajaran Islam kini semakin dipinggirkan murnikannya kembali. dalam arus permodenan. Contohnya tulisan jawi yang semakin dilupakan

Sikap mementingkan puak amat tidak Pemimpin dalam masyarakat haruslah releven dalam Negara berbilang kaum memainkan ini dan akan mewujudkan peranan dalam

menjelaskan dasar dan perbezaan perbalahan kaum tidak bermakna tiada langsung seperti persefahaman.

antara

kaum.

Contohnya

peristiwa 13 Mei.

Pertembungan tamadun telah merubah Tanamkan

sikap bertanggungjawab

hidup masyarakat yang kini berlumba dikalangan masyarakat dari bangku untuk kemajuan aspek alam tetapi mereka lupa sekolah lagi dan sebelum melakukan Yang mereka sesuatu aktiviti buat perancangan

sekitar.

diami.Kesan buruk ini terbukti dengan agar tidak mendatangkan musibah. berlakunya pencemaran sungai,asap kilang,bunyi bising dan banjir.

76

CABARAN. Walaupun interaksi antara tamadun banyak melahirkan kesan yang baik

namun ia tidak sunyi dari menerima berbagai cabaran.Untuk menjadikan ianya diterima oleh semua pihak haruslah mengambil masa yang lama.Cabaran interaksi antara tamadun lahir dari berkembangnya tamadun barat yang amat berbeza sekali nilai etikanya di Malaysia.Semangat ingin menonjol sesuatu pihak ada kalanya menjadi cabaran dalam menstabilkan politik di negara ini. Kesimpulan Kita telah mengenalpasti menifestasi Tamadun Islam dalam pelbagai bangsa, budaya dan wilayah. Sikap terbuka Tamadun Islam telah menyebabkan Tamadun Islam telah menjelma bersama dengan pelbagai tamadun di dunia.Tamadun Islam bukan member pencapaiannya kepada tamadun lain malah juga telah menerima kebaikan kebaikan dari tamadun lain untuk dimanfaatkan oleh Tamadun Islam.Nilai asas tamadun Islam iaitu tunduk kepada Allah yang satu tidak pernah menjadi penghalang kepada tamadun Islam menjelma bersama tamadun lain atas dasar kenal mengenal untuk mrngukuhkan hubungan sesama manusia.

77

Rujukan

Abdullah Hassan Mydin(Shaik)JUT 101.Tamadun Islam dan Tamadun Asia .USM.Pendidkan Jarak Jauh.(2008)

Azhar Hj.Mad Aros,(2005)Tamadun Islam dan Tamadun Asia,Selangor Darul Ehsan.Fajar Bakti.

Hashim

Hj.Musa(2004),Pemerkasaan

Tamadun

Melayu

Malaysia

Menghadapi Globalisasi Barat.Universiti Malaya

Husnah

Kasan,Nasruddin

Yunus,Nasri

Muslim,

Tamadun

Islam

dan

Kenegaraan Malaysia ,A( 2003),Universiti Kebangsaan Malaysia.Kuala Lumpur.

Mohamad Liki Hamid(2006)Pengajian Tamadun Islam,PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn.Bhd.

Yew Chee Wai,(2008)Sejarah SPM Tingkatan 4-5,Sasbadi SDN BHD

Zaharah

binti

Mustafa,Nik

Mohd.Zain

bin

Abrahim,Norhafizah

Binti

Musa.(2007).Tamadun Islam dan Tamadun Asia,Universiti Malaysia

Teknologi

Lord Dethan and Flickr.Taman Tamadun Islam Terengganu.


78

Web site: http.//flickr.com/photos/dethon. .[2008, Dis 10]

Muslim_penggerak_sejarah_tamadun_china, Web site:http://pakngah70blogsport.com[2008,Dis 16]

Web site: http://ww. Worldcat.org/isbn/983987862.[2008,Dis 16]

79

Matapelajaran

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS ) . Kajian terhadap Tokoh-Tokoh Tamadun Islam.

UNIT 5

Tokoh-Tokoh Tamadun Islam

Pengenalan

Tamadun islam merupakan salah satu tamadun dunia yang terunggul. Kajian demi kajian telah dilakukan dan sehingga hari ini masih lagi terdapat penemuan baru dalam tamadun islam yang masih belum disingkap oleh masyarakat moden. Sumbangannya tidak ternilai dalam membentuk generasi manusia yang bertamadun dan maju. Dalam kerja khusus ini, kami akan membincangkan sumbangan intelektual islam dalam bidang sains dan matematik iaitu dalam skop perubatan, astronomi, fizik dan biologi.

Definisi Intelektual

Intelektual bermaksud golongan cerdik pandai atau golongan terpelajar. Hasil daya berfikir dan akal budi yang tinggi golongan ini telah melahirkan pelbagai ilmu dan teori yang membolehkan masyarakat hidup lebih beradab dan bertamadun. Bidang ilmu yang diterokai para intelektual merangkumi ilmu sains

80

tulen dan sains social termasuk ilmu-ilmu agama dan bukan agama. Dalam tamadun islam terdapat ramai tokoh-tokoh intelektual yang menyumbang kepada perkembangan tamadun islam. Antaranya ialah Ibn Sina, Ibn Khaldun, Ibn Rusyd, Al- Biruni, Al-Razi, Al- khawarizmi dan ramai lagi.

IBN SINA (AVICENNA) (980-1037M) PENGENALAN TOKOH

Ibn sina dikenali sebagai Avicenna di kalangan masyarakat barat, merupakan seorang ahli falsafah dan doktor perubatan yang berpengaruh dalam kebudayaan Eropah. menyumbangkan kemanusiaan. ilmu Beliau adalah orang ternama dunia yang telah dan pemikirannya dalam pembinaan tamadun

Dunia seluruhnya Timur dan Barat telah hidup berpandukan

kepada ilmu kedoktoran dan falsafahnya buat beberapa abad lamanya. Pendidikan yang dilalui beliau boleh dibahagikan kepada beberapa bidang ilmu pengetahuan iaitu : i) Ilmu agama ; Dimulakan dengan belajar AL-Quran, tafsir, fiqah, usuluddin, tasauf dan lain-lain. Ketika umurnya 10 tahun, beliau sudah menghafal Al-Quran dan dapat menguasai cabang-cabang ilmu agama serta sastera Arab. ii) Ilmu falsafah ; Selepas tu beliau mempelajari ilmu falsafah, dan berjaya menguasai bidang tersebut yang merangkumi ilmu logika, arkitek, falsafah dan perubatan atau kedoktoran ketika berusia 16 tahun sahaja. iii) Ilmu politik ; beliau juga telah memperkenalkan dengan ilmu politik ketika usia masih muda dan telah mengikut aliran politik Ahl alsunnah wa al-jamaah serta membentuk satu teori politik terkenal dengan nama Al-Madinah dan Al-Fadhilah .
81

HASIL KARYA DAN SUMBANGAN IBNU SINA

Ibn Sina terkenal sebagai seorang pengarang yang sangat produktif. Buku karangannya meliputi berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan. Antara bidang ilmu yang ditulis olehnya ialah falsafah umum, logika, sastera, ilmu alam, psikologi, kedoktoran, kimia, matematik, metafizika, tafsir Al-Quran, politik, dan lain-lain.

BIDANG PERUBATAN

Hasil karya beliau yang terkenal dalam bidang kedoktoran ialah buku AlQanun fu al-Tibb (peraturan perubatan). Buku itu merupakan satu himpunan perbendaharaan mengenai ilmu perubatan yang mengandungi 14 jilid. Dari segi penggunaan ubat, diagnosis dan pembedahan dalam ilmu perubatan moden banyak diambil dari Ibn Sina. Buku-buku lain karya beliau dalam bidang ini ialah Al-Urjuzah fi al-Tibb (puisi kedoktoran), al-Adwiyah Al-Qalbiyah (ubat-ubat jantung), Kitab Al-Qoulanj (penyakit Colic) dan Majmuah Ibn Sina Al-Kubrn (cara-cara perubatan penyakit).

Antara karyanya ini telah diterjemahkan dalam Bahasa Latin dan menjadi rujukan utama kepada bidang perubatan di universiti-universiti Eropah sehingga abad ke-17. Karya tersebut telah disalin dan dicetak sebanyak 16 kali, iaitu 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi lagi dalam bahasa Yahudi. Penulispenulis Barat menganggap Ibn Sina sebagai bapa kedoktoran kerana beliau
82

telah berjaya menyatukan teori perubatanYunani Hippocrates dan Galen, pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India, Parsi, serta pengalaman beliau sendiri.

Ibn Sina telah mengembangkan ilmu psikologi dalam bidang perubatan. Beliau juga membuat beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatiks. Beliau juga telah mengembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (untuk mengenalpasti dalam masa beberapa detik sahaja) ketidakseimbangan humor yang berkenaan. Diagnosis melalui

denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim (Doktor Muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani.

Seorang doktor dari Amerika Syarikat 1981 melaporkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India, dan Parsi sangat berkebolehan dalam penentuan penyakit melalui denyutan jantung. Kaedahnya bukan sahaja

mengira beberapa denyutan jantung di tempat yang dirasai, tapi mutunya yang pelbagai merangkumi sama ada kuat atau tidak denyutan, masa antara denyutan, kandungan lembap dalam kulit dan sebagainya. Daripada ukuranukuran tersebut, seseorang hakim mungkin mengetahui penyakit yang dihadapi dalam tubuh pesakit tersebut dengan tepat.

Ibn sina adalah doctor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (pulmonary tuberculosis) adalah satu penyakit yang boleh berjangkit (contagious). Beliau boleh memberikan tanda-tanda atau symptom penyakit kencing manis (diabetes) dan kesan atau masalah yang timbul daripadanya. Beliau juga sangat berminat dalam bahagian berkenaan dengan kesan akal (mind) ke atas jasad yang telah banyak menulis berkenaan dengan gangguan psikologi.
83

Sepanjang hidupnya, Ibn Sina telah menghasilkan kira-kira 250 buah karya yang kekal sehingga masa ini, termasuk 116 buah karyanya dalam bidang perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bhasa Arab dan juga beberapa karya dalam bahasa Parsi. Al-Quran fi Al-Tibb merupakan karya beliau yang terkenal di Eropah dan dicetak berulang kali pada zaman Renaissance. Karya beliau ini mempunyai pengaruh asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman tersebut malah merupakan buku rujukan yang utma di universiti-universiti sehingga abad ke-17 masihi.

BIDANG-BIDANG FALSAFAH

Dalam bidang ilmu Tauhid (ketuhanan), Ibn Sina terpengaruh denhan falsafah Plato dan Aristotle sebagaimana dihuraikan oleh imam Al-Ghazali dalam karyanya yang berjudul Tahaful Al-Falasifah (Ketidaksinambungan Dalam Pemikiran Filasuf). Beliau dapat menguasai ilmu ini setelah mempelajarinya

daripada Aristotle dengan dibantu oleh buku karangan Al-Farabi tentang falsafah.

Di samping buku-buku kedoktoran, Ibn Suna juga terkenal dalam menyumbangkan buku dalam bidang falsafah. Karya beliau yang terkenal mengenainya ialah Al-Syifaa yang memuatkan segala cabang ilmu falsafah. Buku ini mempunyai 18 jilid semuanya. Ia merupakan satu ensiklopedia falsafah yang memuatkan ilmu metafizika, fizika, psikologi dan lain-lain. Karya ini juga dinamakan Kitab Al-Najat. Antara bukunya yang lain ialah Kitab Al-Isyarat wa Al84

Tanbihat.

Buku ini mengulas tentang bimbingan dan peringatan, di samping

memperkatakan prinsip ketuhanan dan keagamaan.

Beliau telah menghasilkan Kitab Al-Insaf, iaitu mengenai proses keinsafan yang berasal daripada bukunya Hikmat Al-Masriqiyy iaitu kupasan tentang

falsafah Timur. Sebuah lagi karya Ibn Sina dalam bidang falsafah ini ialah Kitab Al-Hudud, iaitu sebuah karya yang membicarakan pelbagai kesimpulan dan rumusan berhubung dengan istilah atau pengertian yang digunakan dalam ilmu falsafah.

BIDANG POLITIK DAN AGAMA

Menurut Ibn Sina, perbincangan tentang politik tidak dapat dipisahkan daripada agama, kerana hampir kesemua cabang ilmu islam ada hubungan dengan politik. Sebagai contoh, bukunya bernama Al-Mabda wa Al-Maaad

yang mengulas tentang bermula dengan berakhirnya dunia ini di samping kupasan tentang ilmu fiqah atau hokum ibadat dan lain-lain.

Sekalipun diakui bahawa tidak banyak buku politik karangan Ibn Sina, namun penjelasan beliau mengenainya cukup untuk menyusun suatu teori dalam ilmu politik. Antara karya beliau dalam bidang ini ialah:

i)

Al-Syifaa yang membicarakan awal dan akhir dunia menetapkan nubuwah dan cara-cara dakwah nabi, ibadat dan faedahnya di dunia dan di akhirat, peraturan membentuk rumah tangga, khalifah

85

atau imam dan kewajipan taat kepadanya serta mengenai muamalat dan akhlak. ii) iii) Risalah Al-Siyasah yang secara khusus membicarakan ilmu politik. Al-Arzaq yang membicarakan pembahagian ekonomi secara umum sama ada pendapatan individu dan negara.

Menerusi

karyanya

dalam

bidang

agama,

Ibn

Sina

sering

menghubunginya dengan bidang politik. Sebahagian besar karyanya dalam bidang agama telah hilang, namun banyak perbahasan beliau terdapat dalam beberapa karyanya yang lain. BIBLIOGRAFI

Zainal Abidin Ahmad,t.t Ibnu Sina Mesir tanpa penerbit. Zukha Ahmat 1998, Muzik Intidiri; Ekspresi Al-Attas dalam Journal p Islamic Research, Vol 7, No.1, winter 1993 94, Ankara

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Sains

1. Perubatan

86

Pencapaian tamadun islam dalam bidang sains perubatan berada di puncak kegemilangannya pada zaman Bani Abasyiah. Walaupun ilmu ini berasal daripada tamadun asing iaitu Rom, tetapi umat Islam akhirnya telah muncul sebagai tokoh-tokoh ilmu perubatan yang disegani dunia. Mereka bukan sahaja menguasai ilmu perubatan, malah telah menyumbang sesuatu kepada bidang tersebut. Antara pakar perubatan Islam yang terulung ialah: i. Ibnu Masiwaihi (meninggal 243 Hijrah) beliau telah banyak menghasilkan kitab perubatan. ii. Ibnu As-Sahal (meninggal 255 Hijrah). Beliau menjadi pengarah rumah sakit Jundisyapur. iii. Ar-Razi (meninggal 320 Hijrah). Beliau merupakan tokoh doctor Islam yang terunggul sehingga dilantik menjadi ketua doctor-doktor di Baghdad. iv. Ali bin Abas (meninggal 428 Hijrah). Beliau dilantik menjadi doctor peribadi Khalifah Daulah Al-Buwaihiah. v. Ibnu Sina (meninggal 428 Hijrah). Beliau lebih dikenali sebagai ahli falsafah. Namun demikian beliau juga merupakan seorang doctor yang terkenal.

2. Farmasi Dan Kimia Ilmu farmasi dan kimia juga amat berkembang pada zaman Bani Abasyiah. Antara umat Islam yang pakar dalam bidang ini pada masa itu ialah: i. Ibnu Baithar. Beliau telah menghasilkan tiga kitab besar iaitu Al-Mughni (berkaitan farmasi), Jami Mufaradah Al-Adwiyah Wa Al-Aghziyah (berkaitan permakanan) Mizan at-Tib (panduan kepada doctor.

87

ii.

Rasyiduddin (meninggsl 634 Hijrah). Beliau telah mengarang kitab alAdwiyah al- mufradah (berkaitan dengan farmasi).

iii.

Jubair bin Haiyan. Disamping menjadi doctor, beliau juga merupakan pakar dalam bidang astronomi.

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Matematik Ilmu matematik dan kejuruteraan juga telah mencapai puncak

kegemilangannya pada zaman Bani Abasyiah. Pada zaman itu lahir ramai sarjana dalam kedua-dua bidang ini. Antara mereka ialah: i. Thabit bin Qurrah al-Hirani.(221-288 Hijrah). Beliau mengarang kitab Hisab al- Ahillah (matematik), Kitab fi istikhraj al- handasiah (kejuruteraan) dan lainnya. ii. Abdul Wafa Muhammad bin Muhammmad Ismail bin Abas (meninggal 328 Hijrah). Beliau mengarang banyak kitab matematik dan kejuruteraan. Antaranya ialah Ma Yahtaj Ilaiahi al-Ummal wa al-Kuttab Min Sanah alHisab (matematik dan kejuruteraan). iii. iv. Sinan Ali Muhammad bin Hasan bin Haitham. Muhammad bin Musa Al- khawarizmi

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Astronomi

Astronomi bersumberkan tamadun Yunani, Hindi, Parsi dan Arab Jahiliah. Ia dimanfaatkan oleh umat islam untuk kepentingan syariat Islamiah yang dikenali dengan istilah ilmu Falak. Pada zaman Bani Abasyiah lahir ramai ulama falak. Antaranya ialah: i. Abu Mansur al-Falaki (meninggal 272 Hijrah). Beliau telah mengarang kitab falak. Antaranya ialah Ilhbat al-Ulum al-Haiah al-Falak. ii. Jabir Batani (meninggal 319 Hijrah) sumbangannya yang terbesar dalam ilmu falak ialah mencipta teropong bintang.

88

iii.

Abu Hassan (277-352 Hijrah). Beliau dianggap sebagai pakar astronomi Islam yang terbesar pada zaman itu.

iv.

Raihan al-Bairuni (meninggal 440 Hijrah). Antara kitab falak karangannya ialah Tarikh al-Hind, al- Qanun al- masudi dan Istikhraj al-Autad.

TOKOH-TOKOH INTELEKTUAL ISLAM

1. IBNU RASYD

Latarbelakang Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Kardova pada tahun 1126 dan meninggal dunia pada tahun 1198. Di barat beliau lebih dikenali dengan nama Averroues. Keturunannya terdiri daripada golongan yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Kardova. Beliau pernah berguru kepada Ibnu Zuhr. Beliau lebih terkenal sebagai ahli falsafah yang pemikirannya merintis kepada Renaissance di barat. Namun demikian sumbangannya dalam bidang perubatan dan biologi sangat besar.

89

Beliau merupakan ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah.

Sumbangannya Dalam Tamadun Islam Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment. Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rusyd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusyd dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Kardova. Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail. Sumbangan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan tetapi juga meliputi bidang falsafah,, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd termasuklah "Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum, Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah), Tafsir Urjuza yang

membicarakan perubatan dan tauhid, Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama. Siri karya tulisan tersebut menunjukkan betapa penguasaan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu begitu ketara sekali sehingga usaha untuk menterjemahkan tulisan beliau telah dilakukan ke dalam bahasa lain. Buku "Kulliyah fit-Thibb" telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255
90

oleh Bonacosa, orang Yahudi dari Padua. Kemudian buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine. Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah Barat. . Dalam bidang perubatan pula, Ibnu Rusyd memberi penekanan tentang

kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah

menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja. Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia. Keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, menunjukkan bahawa beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya

2. JABIR IBN HAIYAN

Latarbelakang

Jabir Ibnu Haiyan (750-803 masihi), juga dikenali sebagai Geber oleh orang-orang Barat. Beliau juga digelar sebagai Bapa Ilmu Kimia Moden. Nama penuh beliau ialah Abu Musa Jabir Ibn Hayyan. Beliau berasal dari Kufah, Iraq.
91

Beliau bukan sahaja terkenal dalam bidang perubatan tetapi juga dalam bidang kimia. Pada peringkat awal kerjayanya, beliau pernah berguru dengan Barmaki Vizier iaitu semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.

Sumbangannya Dalam Tamadun Islam Sumbangan terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia. Beliau cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah diabadikan sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia. Kajiannya dalam bidang kimia menyebabkan beliau disanjung pada zamannya. Beliau juga telah memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen di dunia alkimia. Maknanya, beliau yang menjana momentum bagi perkembangan ilmu kimia moden. Beliau juga banyak mengabdikan dirinya dengan melakukan eksperimen dan pengembangan kaedah untuk mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan. Beliau mencurahkan daya upayanya pada proses pengembangan kaedah asas ilmu kimia dan kajian terhadap pelbagai mekanisme tindak balas kimia. Jadi, beliau mengembangkan ilmu kimia sebagai cabang ilmu alkimia. Beliau telah berjaya menggabungkan kaedah kajian secara tradisional dengan kajian secara moden menerusi ekperimen dan makmal. Antara sumbangannya yang paling bermakna ialah kejayaan mencipta teori peleburan logam seperti raksa, pengewapan, penyaringan, penghabluran dan penyulingan. Disamping itu, beliau telah memperkenalkan beberapa istilah kimia seperti alkali, (arab: al-qali) iaitu garam kalium untuk mebuat baja, sabun dan bahan kimia. Antara beberapa kejayaannya yang lain dalam bidang kimia, salah
92

satunya ialah dalam penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik, dan tartarik. Penekanan Jabir dalam bidang eksperimen sistematik ini diketahui umum tidak ada tandingannya di dunia. Oleh sebab itulah, mengapa Jabir diberi kehormatan sebagai "Bapa Ilmu Kimia Moden" oleh rakan sejawatnya diseluruh dunia. Bahkan dalam tulisan Max Mayerhaff, disebutkan bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan ilmu kimia di Eropah maka bolehlah dijejaki secara langsung pada karya-karya Jabir Ibnu Haiyan.

Pengenalan Tamadun islam merupakan salah satu tamadun dunia yang terunggul. Sumbangannya tidak ternilai dalam membentuk generasi manusia yang bertamadun dan maju. Definisi intelektual Intelektual bermaksud golongan cerdik pandai atau golongan terpelajar. Hasil daya berfikir dan akal budi yang tinggi golongan ini telah melahirkan pelbagai ilmu dan teori yang membolehkan masyarakat hidup lebih beradab dan bertamadun. Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Sains Perubatan Pencapaian tamadun islam dalam bidang sains perubatan berada di puncak kegemilangannya pada zaman Bani Abasyiah. Walaupun ilmu ini berasal daripada tamadun asing iaitu Rom, tetapi umat Islam akhirnya telah muncul sebagai tokoh-tokoh ilmu perubatan yang disegani dunia.

93

Farmasi Dan Kimia Ilmu farmasi dan kimia juga amat berkembang pada zaman Bani Abasyiah. Antara umat Islam yang pakar dalam bidang ini pada masa itu ialah Ibnu Baithar, Rasyiduddin dan Jubair bin Haiyan.

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Matematik Ilmu matematik dan kejuruteraan juga telah mencapai puncak

kegemilangannya pada zaman Bani Abasyiah. Pada zaman itu lahir ramai sarjana dalam kedua-dua bidang ini. Antara mereka ialah Thabit bin Qurrah al-Hirani. Abdul Wafa Muhammad bin Muhammmad Ismail bin Abas. Sinan Ali Muhammad bin Hasan bin Haitham. Muhammad bin Musa Al- khawarizmi Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Astronomi

Astronomi bersumberkan tamadun Yunani, Hindi, Parsi dan Arab Jahiliah. Ia dimanfaatkan oleh umat islam untuk kepentingan syariat Islamiah yang dikenali dengan istilah ilmu Falak. Pada zaman Bani Abasyiah lahir ramai ulama falak. Antaranya ialahAbu Mansur al-Falaki Beliau telah mengarang kitab falak. Antaranya ialah Ilhbat al-Ulum al-Haiah al-Falak. Jabir Batani, sumbangannya yang terbesar dalam ilmu falak ialah mencipta teropong bintang. Abu Hassan (277-352 Hijrah). Beliau dianggap sebagai pakar astronomi Islam yang terbesar pada zaman itu. Raihan al-Bairuni (meninggal 440 Hijrah). Antara kitab falak karangannya ialah Tarikh al-Hind, al- Qanun al- masudi dan Istikhraj al-Autad.

94

TOKOH-TOKOH INTELEKTUAL ISLAM 1. IBNU RASYD Latarbelakang Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad. Lahir di Kardova pada tahun 1126 dan meninggal dunia pada tahun 1198. Di barat beliau lebih dikenali dengan nama Averroues. Beliau lebih terkenal sebagai ahli falsafah yang pemikirannya merintis kepada Renaissance di barat. Namun demikian sumbangannya dalam bidang perubatan dan biologi sangat besar. Beliau merupakan ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah.

Sumbangannya Dalam Tamadun Islam

Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.

Sumbangan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan tetapi juga meliputi bidang falsafah,, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu

Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd termasuklah "Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum,

95

Dalam bidang perubatan pula, Ibnu Rusyd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja.

Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia.

Keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, menunjukkan bahawa beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya.

2. JABIR IBN HAIYAN Latarbelakang

Jabir Ibnu Haiyan (750-803 masihi), juga dikenali sebagai Geber oleh orang-orang Barat. Beliau juga digelar sebagai Bapa Ilmu Kimia Moden. Nama penuh beliau ialah Abu Musa Jabir Ibn Hayyan. Beliau berasal dari Kufah, Iraq. Beliau bukan sahaja terkenal dalam bidang perubatan tetapi juga dalam bidang kimia. Pada peringkat awal kerjayanya, beliau pernah berguru dengan Barmaki Vizier iaitu semasa zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.

96

IBNU KHALDUN-TOKOH SEJARAWAN ULUNG RIWAYAT HIDUP Nama:Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad. Lebih dikenali sebagai IBNU KHALDUN. Dilahirkan pada 732H di Tunisia. Wafat pada 808H di Kaherah,Mesir pada usia 76 tahun. Berketurunan Arab Hadramaut(YAMAN). Bapanya seorang SARJANA terkenal. IBNU KHALDUN berpindah ke beberapa tempat iaitu

Algeria,Fez,Cranada,Mesir dan Bougie disebabkan wabak taun yang melanda Tunisia pada 749H. Beliau sekeluarga akhirnya menetap di kota Sivile,Sepanyol.

KEPERIBADIAN LUHUR Tekun,gigih dan rajin mencari ilmu. Mempunyai ketajaman akal fikiran dan ingatan yang kuat. Seorang yang berwibawa dan berkepimpinan. Seorang yang kreatif. Fasih berpidato.

JAWATAN YANG DISANDANG Anggota Majlis Ilmiah di Fez,Maghribi.


97

Setiausaha Negara di Istana Sultan Ishak dan Sultan Abu Annan. Duta di Granada dan Maghribi. QADI al-QADAT(Ketua Hakim Negara)di Mesir. Dilantik sebagai HAJIB(Perdana Menteri)di Bijayah(BOUGIE).

LATAR PENDIDIKAN Mempelajari asas agama dan bahasa Arab daripada bapanya dan alKhadrami. Mempelajari fardhu kifayah seperti Sains,Mantik,dan Matematik daripada Muhammad bin al-Abali. Semasa di Fez,beliau mendapat pendidikan tinggi daripada beberapa guru terkenal seperti AHMAD bin al-QASAR dan LISAN al-DIN bin alKHATIB. ILMU YANG DIKUASAI ILMU DITEROKAI-Sejarah,Ekonomi,Kesusasteraan Politik,Sosiologi,dan Kebudayaan. ILMU YANG DIISLAH-Biografi,Kesusasteraan,Ilmu pendidikan,dan

Psikologi Pendidikan KETOKOHAN IBNU KHALDUN TOKOH SEJARAWAN-Berkemahiran menganalisis tamadun dari

permulaan faktor kegemilangan dan kejatuhan. TOKOH NEGARAWAN-Banyak menabur jasa untuk negara terutama di Bijayah(Bougie). TOKOH BUDAYAWAN-Penggiat budaya dan kesusasteraan Arab.

SUMBANGAN DALAM ILMU PEMIKIRAN


98

Guru dan pengasas dalam bidang sosiologi. Menghasilkan karya bermutu dalam bidang sejarah,politik dan ekonomi. Karya terkenal ialah KITAB al-MUQQADIMAH yang telah diterjemah dalam pelbagai bahasa asing.

INFO ISLAM Murid-murid Ibnu Khaldun yang terkenal ialah: 1. Takkiyuddin Al-Makrizi M),Ahli Sejarah terkenal 2. Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqolani M),Pakar Hadis terkenal (852 H-1448 (845 H-1442

Gelaran-gelaran kesarjanaan Ibnu Khaldun

1. Sodrul Kabir

2. Fakihul Jalil

3. Al-Allamat

4. Imam Al-Aimmat

5. Jamalul Islam Walmuslimin

99

Matapelajaran

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS ) Tokoh-Tokoh Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TokohTokoh Tamadun India Dan Jepun)

UNIT 6

LATAR BELAKANG LAKSAMANA CHENG HO Nama asal Cheng Ho ialah Ma Sanbao atau di kenali sebagai San Pokong ataupun Zheng He. Ini berdasarkan pada dialek serta sebutan Fujian. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga Etnik Hui yang menganut agama islam di Yunnan, Barat Daya China. Beliau dilahirkan pada tahun 1371 M dan

merupakan anak ke-2 kepada pasangan Ma Hazhi dan Wen. Semasa berumur 10 tahun, Yunnan yang dikuasai oleh Dinasti Yuan telah di takluki oleh Dinasti Ming. Para pemuda telah di tawan dan ini termasuklah Cheng Ho sendiri. Beliau telah di bawa ke Nanjing bahkan telah di kasi.

Semenjak itu Cheng Ho telah dijadikan sida-sida istana semasa pemerintahan Dinasti Ming. Cheng Ho tinggal dan mengabdikan diri kepada Raja Zhu di istana Beiping ( kini Beijing ). Cheng Ho merupakan seorang yang berani dan hebat. Dengan keberanian dan kehebatannya beliau di sayangi oleh maharaja. Maharaja Zhu Di telah menganugerahkan nama Cheng Ho kepadanya. Semasa Cheng Ho berusia 34 tahun, Maharaja Zhu Di mengambil keputusan untuk menghantar armada bagi melaksanakan pelayaran besarbesaran ke pelbagai negara di Asia dan Afrika bagi menjalinkan hubungan persahababatan dengan negara-negara kawasan itu. Baginda telah

memerintahkan Cheng Ho memimpin pelayaran tersebut.


100

Menurut buku Ying Ya Sheng Lan (Pemandangan indah di seberang Samudera) telah di tulis oleh Mohd Fuad (Ma Huan) seorang Pegawai (Menikmati Rombongan pada 1451 M dan buku Xing Cha Sheng Lan

Pemandangan Indah Dengan Rakit Sakti) yang ditulis oleh Faizil (Fei Xin) seorang lagi Pegawai Kanan pada 1436 M menyatakan bahawa rombongan pelayaran tersebut diiringi seramai 27 ribu orang dan di sertai lebih daripada dua ratus buah kapal. Bandar Nanjing yang terletak di pinggir Sungai Yangtze merupakan tempat pengeluaran kapal yang terkenal pada masa itu. Berdasarkan maklumat terdapat 34 buah bengkel pembuat kapal di luar bandar Nanjing dan tukangtukang pembuat kapal yang terbaik bertumpu di Nanjing. Taraf kemahiran

industri kapal kapal China merupakan terbaik dan mempunyai teknologi yang tinggi. Ini melancarkan lagi hasrat Maharaja China untuk menjayakan

objektifnya.

ARMADA CHENG HO

Perbandingan kapal Baochuan dan kapal Columbus

101

Kapal Baochuan yang digunakan dalam pelayaran Cheng Ho di buat di Nanjing. Kapal Baochuan merupakan kapal yang bersaiz besar. Kapal tersebut mempunyai 14 layar , panjangnya 120 meter dan lebarnya 50 meter. Kalau dikira berdasarkan pada zamannya, kapal tersebut boleh dikira sebagai kapal yang terbesar di dunia pada zaman itu. Selain itu kapal Baochuan terdapat juga kapal-kapal pengiring yang lain iaitu :-

i) Kapal Kuda yang mempunyai 6 layar, panjangnya104.7 meter, lebarnya 42.4 meter, kedalamannya 6 meter, berat bersihnya ialah 14,586 tan dan berat muatannya sebanyak 7 ribu tan.

ii) Kapal Kargo yang mempunyai 6 layar,

panjangnya 79.2 meter, serta

kedalamannya 6 metar, berat bersih 7081 tan dan berat muatannya 3500 tan.

Iii) Kapal Penumpang mempunyai 5 layar,

panjangnya 67.9 meter,

kelebarannya 26.6 meter, kedalamannya 5 meter, berat bersih 4033 tan dan berat muatannya 2000 tan.

iv) Kapal Perang yang mempunyai 3 layar, panjangnya 50.9 meter, lebarnya ialah 19.2 meter, kedalamannya 4 meter, berat bersihnya 1703 tan dan berat muatannya 850 tan.

v) Perahu air yang mempunyai 1 layar, panjangnya ialah 42 meter dan mempunyai kelebaran 16 meter.
102

vi) Perahu berkayuh 8 besar mempunyai 1 layar , panjangnya 42 meter dan lebarnya 16 meter.

vii) Perahu berkayuh 6 panjangnya 34 meter dan lebarnya 13 meter.

Replika kapal Baochuan

Jumlah keseluruhan pegawai, pedagang dan anak kapal armada pelayaranCheng Ho mencatatkan lebih 20 ribu orang. Sutera, barang porselin dan barang seni kraf tangan lain turut dibawa semasa pelayaran tersebut. MISI CHENG HO Sebenarnya Maharaja Zhu Di mempunyai beberapa perancangan. Jika diteliti, Maharaja Zhu Di merupakan seorang pemerintah yang bijak. Baginda
103

mempunyai beberapa objektif yang sebenarnya akan menguntungkan negaranya kelak. Di antara misi-misi pelayaran tersebut ialah :-

i)

Mengukuhkan perhubungan persahabatan

antara

Negara China

dengan Negara-negara di Asia Tenggara, Lautan India, Benua Arab/Parsi dan Afrika Timur. ii) Menunjukkan kekuatan negara China serta mewujudkan pendamaian antara satu sama lain. iii) iv) v) vi) Memajukan perdagangan antarabangsa. Memperkenalkan hasil pengeluaran tempatan. Menjamin keselamatan pedagang maritim. Laksamana Cheng Ho juga menjalankan kegiatan dakwahnya

menyebarkan agama Islam di nusantara seperti Empayar Serivijaya, Majapahit, Melaka, Terengganu,Kedah dan Foo Lo An. vii) Mengangkat nama dan memperkenalkan Dinasti Ming agar negara lain mengakui kebesaran Maharaja Cina. PELAYARAN CHENG HO Ketika rombongan pelayaran itu singgah di setiap pelabuhan luar negara, Laksamana Cheng Ho akan menganugerahkan cap mohor yang di perbuat daripada perak dan menghadiahkan cenderamata kepada raja negara-negara yang dilawati. Berikut adalah jadual pelayaran Laksamana Cheng Ho :-

104

PELAYARAN

WAKTU

NEGARA YANG DI LAWATI

Pelayaran 1

1405-1407

Champa,Jawa,Palembang,Melaka, Aru,Sumatra,Lambri,Ceylon,Kollam,Cochin,Calicut

Pelayaran 2

1407-1408

Champa,Jawa,Siam,Sumatra,Lambri,Calicut, Cochin,Ceylon

Pelayaran 3

1409-1411

Champa,

Jawa,

Melaka,Sumatra,Ceylon,Quilon,Cochin,Calicut,Siam, Lambri,Kaya,Coimbatore,Puttanpur Pelayaran 4 1413-1415 Champa,Jawa,Palembang,Melaka,Sumatra,Ceylon, Cochin,Calicut,Kayal,Pahang,Kelantan,Aru,Lambri, Hormuz,Maladewa,Mogadishu,Brawa,Malindi,Aden, Muscat,Dhufar Pelayaran 5 1416-1419 Champa,Pahang,Jawa,Melaka,Sumatra,Lambri,Ceylon, Sharwayn,Cochin,Calicut,Hormuz,Maldives,Mogadishu, Brawa,Malindi,Aden. Pelayaran 6 1421-1422 Hormuz,Afrika Timur,Negara-negara di Jazirah Arab

Pelayaran 7

1430-1433

Champa,Jawa,Palembang,Melaka,Sumatra,Ceylon, Calicut,Hormuz,

KESAN PELAYARAN CHENG HO KE ATAS ASIA Pelayaran Cheng Ho itu telah meninggalkan impak kepada kawasankawasan yang telah dilawati. Diantaranya ialah :-

105

i)

Mengubah peta asal dunia mengenai arah pelayaran , jarak di lautan dan berbagai pelabuhan.

ii)

Perubahan dalam teknik pertanian, penternakan, pertukangan dan

perikanan. iii) Penghijrahan orang-orang Tiong Hua seterusnya mewujudkan

masyarakat majmuk dan penyebaran agama islam iv) v) vi) Penanaman tebu dan lada secara komersial oleh masyarakat Tiong Hua. Kewujudan kilang bata di Tepoh. Pertukaran maklumat pembuatan kapal dan pembinaan rumah.

Tujuh kali pelayaran seumpama itu telah dilaksanakan oleh Laksamana Cheng Ho dalam tempoh 28 tahun. Pada tahun 1435, Laksamana Cheng Ho yang berusia lebih 60 tahun telah meninggal dunia di India dalam pelayaran ketujuh semasa kembali ke China. Armada Cheng Ho berjaya sampai di pantai Laut Merah dan pantai Timur Afrika dan telah melawat lebih 30 buah negara dan kawasan di Asia dan Afrika dalam tujuh kali pelayaran itu. Pelayaran Cheng Ho negara-negara Asia dan Afrika itu telah meluaskan pandangan rakyat China dan meningkatkan pengetahuan geografi rakyat China. Pelayaran itu juga telah

meningkatkan pertukaran, persefahaman dan perdagangan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara Asia dan Afrika. Pelayaran Laksamana Cheng Ho lebih awal separuh abad daripada Columbus, pelayar yang terkenal di dunia.

LAO TZE PELOPOR TAOISME Lao Tze merupakan seorang ahli pemikir atau ahli falsafah China yang teragung yang mana beliau bertanggungjawab dalam mengasas ajaran Taoisme yang menekankan kepada cara hidup yang sederhana . Buku Tao Te Ching
106

(Classic of the Way and its Power) adalah teks pusat di mana falsafah Taoisme diperjelaskan. Beliau hidup pada abad ke 4 S.M. dan dikatakan lebih tua daripada Confucius iaitu seorang lagi ahli falsafah China yang cenderung kepada ajaran Confuciusme. Lao Tze mmbesar di utara China juga adalah kurator arkib istana semasa pemerintahan Dinasti Tin. Di China sendiri , fahaman Confucius secara umumnya merupakan falsafah yang dominan namuin Lao Tze sangat dihormati oleh Confucius dan idea Taoisme banyak mempengaruhi ajaran Confucius. Fahaman Taoisme juga mempunyai tanda pengaruh ke atas pembangunan falsafah Buddha yang di bawa ole Siddharta Gautama Buddha pada Zen Buddhisme. Pandangan Lao Tze ialah tindakan tak langsung ( wei ) mencorakkan keinginan nafsu ( yu ) .Doktrin ( ming ) menggambarkan

baik,buruk,cantik,hodoh,tinggi dan rendah. Kepunyaan ( yu ) ketidakpunyaan ( wu ) .meninggalkan kesemua sifat-sifat diatas menjurus kepada tindakan spontan iaitu ( wu wei ).

Yinyang merupakan cabang Taoisme yang terkenal yang mana merupakan simbol dan metafora dalam perhubungan manusia dan alam semesta. Kemajuan dan kecemerlangan orang China banyak dipengaruhi oleh gabungan Taoisme , Confuciusme dan Buddhisme . Hidup sederhana adalah cabang nilai murni jika kita selaku penghuni alam semesta ini inginkan kesejahteraan dan keamanan tanpa konflik fahaman politik tanpa peperangan yang membinasakan ekonomi dan rakyat amnya.

107

TOKOH TAMADUN INDIA

PENGENALAN

Tiada manusia yang mahu dirinya disingkir lebih-lebih lagi dimaki hamun oleh orang lain. Semasa berada di Afrika Selatan, Mohandas Gandhi menyedari bahawa kaum India tidak disukai, disingkir dan sering dikeji. Kesimpulannya kaum India pada masa itu langsung tidak diberi keistimewaan. Contohnya Gandhi pernah dipukul oleh pemandu kereta api kerana tidak memberi tempat duduk kepada seorang penumpang berkulit putih. Sewaktu berada di Afrika Selatan untuk urusan perniagaan, Gandhi mengambil keputusan untuk menetap dan menggunakan kaum kulit pengetahuan hitam dan

perundangannya

membantu

memperbaiki

nasib

menyifatkan pengalaman awalnya itu sebagai satu titik perubahan dalam hidupnya.Beliau telah memperkenalkan Satyagraha, iaitu satu kaedah

keingkaran awam tanpa kekerasan yang sungguh berdisiplin. Ajaran beliau telah berkembang ke pelusuk dunia dan ideanya telah mempengaruhi Persatuan Greenpeace serta Martin Luther King dan diguna untuk meggulingkan Presiden Marcos di Filipina. Selain daripada itu bantahan dan tunjuk perasaan serta tekanan secara berdisiplin digunakan untuk menegakkan kebenaran. Ghandhi telah memimpin India mencapai kemerdekaan tanpa

menggunakan kekerasan. Hitler tidak berjaya mengalahkan Perdana Menteri Great Britian, Churchill, tetapi Ghandhi berbuat demikian. Insan peramah lagi lemah lembut ini disanjungi jutaan rakyat India dan pemimpin-pemimpin dunia. Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberhentikan persidangan apabila mendapat berita tengtang kematian Ghandhi.Ghandhi telah meninggalkan satu kaedah baru untuk menentang penindasan berdasarkan kasih sayang dan bukannya peperangan. Menurut Einstein, Generasi akan datang mungkin sukar
108

mempercayai bahawa insan seperti Ghandhi pernah menjejakkan kaki di muka bumi ini

ZAMAN KANAK-KANAK GANDHI Mohandas Karamchand Gandhi dilahirkan pada 2 Oktober 1869 di Porbandar, India. Ketika itu penduduk india seramai 200 juta orang, tujuh kali ganda penduduk Great Britain dan Ireland. Rakyat India terpisah akibat struktur muka bumi yang sukar untuk perubahan. Di india sahaja terdapat perbagai jenis adat, kepercayaan dan
Gambar 1
Mahadma Gandhi

lebih 300 bahasa yang berlainan. Malah sesama satu

puak yang seagama pun wujud perbezaan dari segi kasta dan pangkat. Oleh yang demikian pihak British dengan mudah menjajah pelbagai kaum di India iaitu rakyat India yang berkulit hitam di selatan dan mereka yang berkulit perang serta cerah di utara.Perbezaan yang ketara diantar yang kaya dan yang miskin. Pada tahun 1869 iaitu tahun Gandhi dilahirkan banyak perubahan telah berlaku diantara yang paling penting hubungan India dan Britain semakin rapat. Pembukaan terusan Suez yang mana kapal-kapal British tidak perlu mengelilingi Afrika untuk sampai ke India. Keadaan masa itu semakin mencengkam kepada penduduk-penduduk India yang miskin. Empayar british pada ketika itu bagaikan tidak melihat matahari terbenam kerana kawasan jajahannya meluas di seluruh dunia.

PENDIDIKAN
109

Pada tahun 1888 ketika berumur 19 tahun, Gandhi telah belayar ke London untuk menuntut ilmu perundangan. Ketika itu beliau sudah berahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Sewaktu menuntut ilmu beliau telah mengamalkan beberapa prinsip iaitu tidak hidup berfoya-foya serta

mengamalkan amalan vegetariannya. Selepas berada di England selama 32 bulan, Gandhi lulus peperiksaan akhir Inner Tample Inn of Court di London dan diterima sebagai seorang peguam pada bulan Jun 1891. Walaupun Gandhi cekap dan pantas berfikir, peguam muda yang belayar pulang dari England ini masih belum menampakkan kebijaksanaan dan daya akal yang bakal menjadi sumber insperasi jutaan manusia. .

Selama dua tahun Gandhi cuba memaju dan memperkukuhkan dirinya sebagai seorang peguam tetapi firma guamannya tidak berjaya. Gandhi diberi tawaran untuk mewakili seorang saudagar India yang kaya di Afrika Selatan. Peluang ini telah mengubah kehidupan Gandhi. Gandhi bertolak ke Afrika Selatan demi satu tugasan tetapi sebaliknya telah menetap di sana selama 21 tahun. Pada masa itu Afrika Selatan merupakan negara yang berpecah belah dan kacau bilau. Orang kulit hitam lima kali lebih banyak daripada orang kulit putih. Masyarakat kulit putih juga berpecah belah. Semasa Gandhi di Afrika Selatan, perang saudara telah tercetus antara masyarakat kulit putih. Masyarakat India pada masa itu yang dibawa masuk untuk kerja-kerja rendah seperti berkerja sebagai hamba di ladang-ladang adalah seramai lebih kurang 100 ribu orang. Namun begitu ada juga orang India yang mula menyaingi masyarakat kulit putih dan menimbulkan kemarahan dan kebencian mereka. Orang kulit putih telah menggubal undang-undang untuk menyekat masyarakat India untuk mengudi, memiliki tanah dan bergerak bebas.

110

Atas kesedaran itu Gandhi telah mengambil keputusan untuk menentang ketidakadilan yang wujud di Afrika Selatan. Gandhi telah dilantik sebagai ketua masyarakat India. Menjelang tahun 1896 Syarikat guamannya telah berjaya.
Gambar 2
Kempen memprotes kenaikan cukai garam

Gandhi telah membantu kaumnya dengan buah fikiran yang bernas seperti menasihatkan peniaga supaya jujur dalam perniagaannya agar mereka dipercayai. Beliau mengajar tentang kebersihan dan sanitasi. Menasihatkan kaumnya supaya mempelajari bahasa inggeris supaya memudahkan

perhubungan dengan orang lain. Beliau juga mendesak supaya meninggalkan sistem kasta yang yang boleh memecahbelahkan mereka. Gandhi juga telah menerbitkan Risalah Hijau yang memperincikan keluhan dan tuntutan kaum India di Afrika Selatan. Risalah ini telah menimbulkan keberangan pelbagai pihak dan sepulangnya ke Afrika Selatan pada bulan Januari 1897, Gandhi telah diserang oleh satu kumpulan perusuh. Atas desakan dari London, badan perundangan Natal telah memansuhkan undang-undang diskriminasi kaum dalam pilihan raya dan menggantikannya dengan satu ujian pendidikan. Walaupun Gandhi seorang pecinta kedamaian, beliau berpendapat orang India harus menerima kewajipan mereka sebagai warganegara. Jika orang India mahu akan hak mereka sebagai rakyat Empayar British, mereka mesti sanggup menerima kewajipan sebagai warganegara Empayar itu. Oleh itu pada tahun 1899 semasa peperangan Boer, walaupun Gandhi bersimpati dengan

perjuangan orang-orang Boer, beliau mendesak masyarakat India menyokong pihak Inggeris. Beliau telah membantu membentuk dan melatih Kor Ambulans India. Gandhi mengetuai 1000 ahli yang berkhidmat dengan cemerlang. Pada bulan Disember 1902, Gandhi membentangkan rasa tidak puas hati masyarakat India kepada Joseph Chamberlian, Setiausaha Penjajah. Natal dan
111

Transvaal berusaha keras untuk mengusir masyarakat India. Sebuah Jabatan Orang Asia telah ditubuhkan di Transvaal pada 1903 yang tidak putus-putus mengeluarkan pelbagai undang-undang dan peraturan untuk tiga tahun berturutturut. Tindakan itu telah menyebabkan suasana tegang antara masyarakat India dan orang kulit putih. Keadaan itu reda seketika sewaktu Kempen Zulu pada tahun 1906. Sekali lagi Gandhi menawarkan khidmatnya kepada kerajaan dan membentuk sebuah lagi Kor Ambulans India. Mereka berjalan sejauh 40 batu sehari unutk merawat kaum Zulu yang cedera dan diabaikan oleh doktor serta jururawat kulit putih. Selepas menulis surat kepada Wizurai British untuk memberikan peluang kepada beliau mengalah, Gandhi melancarkan kempennya secara besarbesaran. Belaiu bersama kumpulan pengikutnya berarak secara perlahan-lahan ke arah laut untuk mendapatkan segenggam garam. Bersama beliau ialah Puan Sarajoni Naidu, penyajak dan sekutu rapat Gandhi. Gandhi telah dipenjarakan dan seterusnya Puan Naidu mengetuai 2500 orang dalam tunjuk perasaan di Kilang Garam Dharasana yang terkenal dan bersejarah itu. Tindakan simbolik ini mencetuskan keingkaran awam di seluruh negara apabila beratus-ratus ribu penduduk India menngetepikan undang-undang dengan menghasilkan garam mereka sendiri.

Pihak British menganggap tindakan itu sebagai guruan dan mengetepikan perkara tersebut. Mereka memperkecilkan kebolehan Gandhi. Mereka tidak faham tentang perasaan yang menghantui jiwa rakyat India ketika itu dan betapa sukarnya berhadapan dengan seorang pembangkang secerdik Mahatma Gandhi. Tujuan
Gambar 3
Penentangan terhadap Inggeris

perbarisan

itu

ialah

untuk

menggalakkan

kempen

keingkaran awam secara meluas demi memalukan

kerajaan. Cukai garam yang hendak dihapuskan oleh Gandhi bukan sahaja satu lambang hak kerajaan untuk mengenakan cukai dan dengan itu hak kerajaan
112

untuk memerintah bahkan merupakan satu isu yang menyentuh perasaan rakyat. Petani yang termiskin terpaksa membayar cukai yang sama banyak dengan pedagang kaya.

Tindakan Gandhi yang melanggar undang-undang Cukai Garam segera mempengaruhi rakyat. Keingkaran awam tercetus hampir di semua wilayah. Pada waktu malam 5 Mei, Gandhi telah ditangkap. Beliau sendiri membenarkan dirinya ditangkap kerana ini merupakan
Gambar 4
Ghandhi dipenjara akibat mekeingkaran awam

sebahagian daripada strateginya. Tiada perbicaraan atau hukuman. Beliau dipenjarakan begitu sahaja.

PERJUANGAN AWAL GANDHI Pada bulan Ogos 1907, Britain telah memperkenalkan satu akta baru, yang mana akta ini dinamakan Akta Hitam. Akta ini mewajibkan semua Orang India didaftar dan cap jari mereka diambil. Sesiapa yang tidak mempunyai dokumen ini mereka boleh dipenjarakan, didenda atau dihantar pulang ke negara asal. Masyarakat India mendapati akta ini tidak adil kerana ianya hanya ditujukan hanya kepada orang berkulit hitam, perang dan kuning dari Asia. Walaupun Ghandi berkulit perang muda, beliau menganggap dirinya berkulit hitam. Masyarakat India tahu agenda orang kulit putih. Dalam satu mesyuarat pilihan raya pada bulan Januari 1907, General Botha mengisytiharkan bahawa, Jika parti saya menang semula dalam pilihan raya ini, kami berjanji akan menghalau keluar kuli-kuli India dari negara ini dalam masa empat tahun. Akibat tidak berpuas hati dengan tindakan orang kulit putih ini Gandhi pertama kali menyuarakan konsep Satyagraha yang bermaksud kuasa kebenaran atau kuasa kasih sayang. Ini bermaksud menegakkan kebenaran bukan dengan menyebabkan penderitaan pada pihak lawan tetapi sebaliknya
113

menanggung penderitaan itu sendiri. Kaedah ini melibatkan lebih daripada hanya tentangan pasif kerana memerlukan perhubungan yang positif dan berterusan antara kedua-dua belah pihak yang bertelingkah demi mencari perdamaian mutlak. Konsep Satyagarha yang diguna pakai oleh ahli di mana ahli tidak boleh melawan walupun dipukul, dihina dan ditangkap. Sebaliknya mereka mesti tabah dan sabar kerana cara ini dapat menjatuhkan maruah pihak lawan, bukan untuk mengalahkan mereka tetapi untuk melembut hati mereka. Pada bulan Januari 1908 Gandhi dipenjarakan selama dua bulan kerana enggan mendaftar dan menghasut beribu-ribu orang India untuk memulaukan undang-undang tersebut. Kesan daripada itu ramai orang India telah menyeberangi sempadan Transvaal secara haram bagi membantah undangundang yang tidak adil. Gandhi berasa senang hati dihukum penjara kerana baginya Jalan sebenar untuk mencapai kebahagiaan mutlak ialah dengan dipenjarakan dan merasai penderitaan di penjara demi kepentingan negara dan agama. Ketika memberhentikan kempennya, Gandhi telah terkenal dan dihormati di Afrika Selatan dan India. Beliau telah terkenal sebagai seorang negarawan yang terkenal dengan kejujuran, kecekapan dan keberanian. Akhirnya pada

tahun 1914, Gandhi dan Jeneral Smuts, pemimpin dan negarawan kaum orang kulit putih Afrika Selatan, telah berbincang untuk mencari penyelesaian yang akan memberi masyarakat India lebih kehormatan diri. Kempen keingkaran awam Gandhi telah berhasil dan merupakan kempen pertama seumpama ini yang berjaya. Akhirnya Akta Pembebasan Orang India akhirnya diluluska

SATU PERUBAHAN ASAS

114

Selama 21 tahun berada di Afrika Selatan, kepercayaan Ghandi semakin mendalam. Prinsip-prinsip Hindu, Bhagavad Gita, meresapi cara dan gaya hidupnya. Pegangan politik Gandhi dipengaruhi oleh kepercayaannya.

Kepercayaan ini mempengaruhi tentang cara beliau berpakaian, makan dan menjalani kehidupannya. Orang British menyalah tafsir kelakuannya sebagai ganjil dan hanya satu fesyen semasa. Gandhi juga tidak menolak agama-agama lain dan meminjam secara bebas prinsip agama Budha, Kristian, Jain dan Islam. Faktor ini menyebabkan beliau dianggap sebagai seorang Hindu yang bukan ortodoks dan dibenci oleh pengikut agama Hindu yang kuat. Gandhi memegang satu prinsip teragung dalam kitab Baghavad Gita ialah Samakhava yang bermaksud manusia tidak boleh membiarkan diri mereka terganggu akibat kesakitan atau keseronokan. Mereka harus bekerja untuk kebenaran tanpa merisaukan kegagalan atau mengharapkan kejayaan. Beliau memberi satu penumpuan khusus kepada cara-cara untuk membawa

perubahan. Selain daripada itu Gandhi juga mengamalkan prinsip Aparigraha, yang bermaksud tidak memiliki harta duniawi. Kekayaan rohani boleh dicapai dengan hidup miskin tanpa memiliki banyak harta. Ahimsa bermaksud sebagai tanpa kekerasan terhadap segala yang bernyawa. Ini merupakan satu lagi prinsip ajaran agama Hindu yang diamalkan oleh Gandhi. Prinsip ini memberi erti bahawa segala yang bernyawa tidak boleh dicederakan. Oleh itu Gandhi tidak memakan dan mencederakan haiwan. Warisan dan senjata Gandhi yang terkemuka ialah Satyagarha. Perkataan ciptaan Gandhi ini diterjemahkan sebagai tanpa kekerasan atau tentangan pasif. Amalan inilah yang

menyebabkan Gandhi disayangi dan amat dihormati oleh pihak yang ditentangnya. Gandhi banyak berubah semasa di Afrika Selatan. Beliau mendisplinkan jasmani serta rohaninya dan menyekat perasaan tamak, tidak mementingkan diri sendiri serta hawa nafsu untuk keseronokan dan kebendaan duniawi. Sebagai contoh, walaupun beliau berjaya dalam bidang perundangan, beliau

115

mendermakan semua hartanya untuk menubuhkan ashram iaitu sebuah ladang dan masih lagi beroperasi sehingga ke hari ini Oleh yang demikian Gandhi berjaya dalam bidang politiknya kerana berdasarkan kepercayaan rohaninya yang mendalam.

KEPULANGAN GANDHI KE TANAH AIR Gandhi kembali ketanah air pada bulan Januari 1915 ketika berusia 45 tahun. Kepulangan Gandhi disambut oleh orang ramai kerana kejayaan beliau di Afrika Selatan. Gandhi juga mengambil keputusan tidak akan berkempen untuk hak-hak rakyat india sehingga beliau mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah-masalah di India. Walaupun begitu beliau telah menubuhkan ashram di Sabarmati berdekatan dengan bandaraya Ahmedabad. Pengikut-pengikut wanita dan lelaki bersetuju untuk hidup mengikut peraturan Gandhi. Peraturan-peraturan tersebut berasaskan pegangan agama yang Gandhi pelajari dan patuhi ketika di Afrika Selatan. Kehidupan mereka berlandaskan kejujuran, kebenaran, kemiskinan dan pembujangan. Mereka mengamalkan pemakanan sayur-sayuran yang sederhana, hidup beribadat dan berkhidmat untuk masyarakat. Gandhi sangat terkenal pada masa itu kerana beliau seorang pejuang hak rakyat. Khususnya, beliau telah membela nasib kaum luar kasta dan para petani serta pekerja kilang yang miskin. Gandhi menjadi begitu berpengaruh sehinggakan pada lewat tahun 1917. Sewaktu perang dunia pertama beliau telah dipanggil ke Delhi. Wizurai, pemerintah India yang mewakili kerajaan Inggeris di India, memohon pertolongan Gandhi untuk menyeru sukarelawan India berjuang untuk pihak Inggeris dan Empayar. Tindakan ini mengejutkan banyak pencinta kedamaian. Gandhi masih percaya bahawa Briatin memperjuangkan kebaikan. Serperti di Afrika Selatan dahulu, beliau juga percaya bahawa jika orang India
116

muhukan hak sebagai rakyat Empayar, mereka perlu berkhidmat untuk Empayar apabila diminta berbuat demikian. Dengan itu Gandhi dan sukarelawan telah berjuang disisi askar Inggeris dan juga askar dikawasan jajahan British yang lain. Banyak askar-askar India yang terkorban. Pihak British dan sekutu mereka memenangi peperangan tersebut dengan kos yang amat tinggi. Askar-askar India juga sedar bahawa mereka telah memenangi hak untuk kehormatan, kesaksamaan dan harga diri. Satu perasaan baru tersebar luas. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, askar-askar India dikecewakan. Persefahaman dan janji-janji Britain tentang pemerintahan sendiri yang dibuat semasa perang tidak dikotakan. Kuasa darurat perang dan sekatan terhadap kebebasan diteruskan selepas perang. Perbicaraan tanpa juri dan hukuman penjara tanpa bicara juga dikekalkan. Rakyat India terasa tertipu. Ternyata pihak British tidak ada niat langsung untk menyerahkan jajahan mereka yang paling diminati dan menguntungkan.

KEMPEN YANG PERTAMA Untuk yang pertama kali, Gandhi memutuskan untuk menentang kerajaan Inggeris di India dengan cara mengadakan mogok awam. Semua perniagaan serta kedai ditutup dan semua pekerja mogok. Ini memulakan perjuangan selama 28 tahun yang membawa kepada berakhirnya pemerintahan British di India. Bantahan awam yang dianjurkan oleh Gandhi bertukar menjadi rusuhan di Delhi, Ahmedabad, Lahore dan Amristar. Gandhi mengecam mereka yang menimbulkan rusuhan dan memberhentikan kempen ini. Ini jelas kepada Gandhi bahawa mereka perlu dilatih tentang ketaatan sebelum sesuatu kempen keingkaran awam berjaya. Sebagi penebusan untuk keganasan dan rusuhan yang terjadi, Gandhi telah berpuasa selama 72 jam dan menyeru orang ramai berpuasa selama 24 jam.

117

PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI AMRITSAR Tarikh 13 April 1919 merupakan titik hitam dalam sejarah India. Satu perjumpaan haram telah diadakan di Amristar, bandar suci orang Sikh. Perjumpaan itu diadakan di sebuah padang terbuka yang dikelilingi di tiga sisi oleh dinding tinggi dan dikenali sebagai Jallianwalla Bagh. Satu keputusan yang ganas telah diambil Oleh Janeral Dyner, komander tentera British di situ dengan cara menembak ke arah orang ramai yang tidak bersenjata. Langsung tiada ruang untuk orang ramai melarikan diri. Askar-askar tersebut telah menembak selama 10 minit dan seramai 379 orang terbunuh dan lebih 1200 yang tercedera. Selapas peristiwa itu Dyer berkata, Saya fikir tindakan saya itu adalah yang terbaik. Ketika berhadapan dengan Suruhanjaya Penyiasat, dia berkata, Ya, tidak mustahil untuk menyuraikan mereka tanpa melepaskan tembakan tetapi saya mahu menghukum mereka. Tindakan Jeneral Dyer telah menggerakkan Gandhi menceburi bidang politik. Beliau sedar bahawa penjajahan Inggeris perlu ditumpaskan. Beliau memulangkan dua pingat perang British yang dianugerahkan kepadanya dan mengambil alih pucuk pimpinan gerakan kebangsaan India. Orang Inggeris perlu meninggalkan India.

PEMBAHARUAN KONGRES Kongres yang diketuai oleh Gandhi menjadi satu pertubuhan demokratik yang besar dan mempunyai cawangan di seluruh negara, sekalipun di kampungkampung kecil. Pada bulan Disember 1920, Kongres di Najpur meluluskan ketetapan yang dikemukakan oleh Gandhi untuk Swaraj atau kerajaan pemerintahan sendiri. Pemimpin Islam mahu terus menjadi sebahagian daripada Empayar

118

British dan selepas ketetapan diluluskan, mula hilang minat pada Kongres. Pemimpin-pemimpin Hindu dan Islam mula berpecah belah. Pada tahun itu juga di Najpur, Kongres menuntut kebebasan kaum luar kasta dan juga agar industri-industri kampung dihidupkan semula. Gandhi benci akan layanan buruk yang diberikan kepada kaum luar kasta oleh orang Hindu yang berkasta. Beliau melihat layanan buruk itu sebagai satu cemuhan dan ancaman terhadap agama Hindu. Beliau mahu akan penyatuan yang berasaskan kesamaan.

MEMINTAL UNTUK KEJAYAAN Roda pintal yang boleh dilipat akhirnya akan menjadi satu lambang perjuangan kepada Gandhi dan pengikut-pengikutnya. Roda pintal menjadi lambang kebebasan. Gandhi melihat kerja memintal dan menenun sebagai satu cara untuk memulihkan ekonomi kampung dan membasmi kemiskinan. Beliau berpendapat tahap kemiskinan yang begitu teruk dikampung-kampung disbabkan oleh penduduk bandar dan kilang kain British yang telah menghancurkan perusahaan kraftangan kampung. Gandhi menarik perhatian orang ramai dalam banyak perkara. Beliau memberi tumpuan kepada bermacam-macam masalah. Beliau mengambil berat tentang jalan yang kotor, tabiat oaring meludah, ketidaksopanan dalam keret api, pengabaian petani miskin dan yang paling penting soal kekerasan. Sepanjang tahun 1921, beliau telah menjelajah seluruh India untuk menyampaikan amanat bahawa kemerdekaan akan dicapai dengan tidak bekerjasama dengan Inggeris. Para pengikut Gandhi memulaukan pakaian asing, ketika ini Gandhi telah memakai doti yang menjadi begitu terkenal. Pada bulan Oktober 1921, sebuah jawatankuasa penyiasat kongres menyeru askar dan kakitangan awam supaya mogok kerja. Pejabat guaman ditutup. Pengajian
119

di sekolah dan maktab juga tergendala. Orang-orang kampung enggan membayar cukai. Menjelang bulan Disember, 20 000 orang telah dipenjarakan kerana keingkaran awam dan hasutan. Keadaan di India semakin buruk. Pada bulan Februari 1921, 22 orang konstabel polis dibunuh oleh sekumpulan perusuh yang mengamuk semasa kempen keingkaran awam di Chauri Chaura. Gandhi segera memberhentikan penentangan terhadap kerajaan di seluruh India sehinggakan ada yang kecewa dan merasa dikhianati. Namun, Gandhi tetap dengan pendiriannya yang tidak akan mengorbankan prinsip tanpa kekerasan. Peringkat pertama perjuangan mereka telah sampai kepenghujungnya. Kongres telah menunjukkan kehebatan dan kekuatannya. Ini telah jelas dengan beratus-ratus ribu orang bersedia membuat pengorbanan yang besar,

meletakkan jawatan dan dibuang kerja serta menghadapi risiko dipenjarakan demi kebebasan. Hal ini telah menambah keyakinan Gandhi bahawa kempen tanpa kekerasan akan berjaya jika para penyokongnya amat terlatih dan lebih berdisiplin. Beliau berpuasa selam lima hari untuk menebus dosa atas pembunuhan di Chauri Chaura. Bagi pihak Inggeris pula mereka tidak boleh lagi menganggap kongres itu benda yang remeh. Sebaliknya mereka perlu mengiktiraf tuntutan para pejuang kebangsaan India. Bantahan terus berlaku selepas Gandhi dipenjarakan . Anak lelaki Gandhi, Minalal dan para pembantah diserang dan dipukul di kepala dengan kejam oleh askar-askar. Oleh sebab itu mereka patuh kepada peraturan tanpa kekerasan, mereka tidak melawan balik. Mereka rebah di tempat mereka berdiri kerana dipukul bertalu-talu. Mereka terus bergerak dengan penuh keyakinan. Dengan gerakan teratur dan tanpa perasaan, polis telah menyerang dan memukul barisan pembantah sehingga mereka rebah. Tiada tentangan dan tiada pergelutan. Para pembantah hanya bergerak ke hadapan sehingga mereka

120

direbahkan. Kejadian ini berulang berjam-jam lamanya. Dua orang terbunuh dan seramai 320 orang cedera. Dalam masa setahun sahaja, Gandhi telah pergi ke Istana Wizurai untuk berunding dengan wakil Maharaja secara sama rata. Siri rundingan mereka menghasilkan Pakatan Irwin-Gandhi. Ini merupakan satu perjanjian yang antara lain membenarkan penghasilan garam secara bebas. Kempen keingkaran awam telah dihentikan dan mereka yang dipenjarakan dibebaskan. Kongres juga akan mendapat tempat perwakilan di Persidangan Imperial Kedua di London pada bulan Oktober 1930.

PERSIDANGAN MEJA BULAT Pada bulan Ogos 1931,Gandhi belayar ke Britain sebagai wakil tunggal Kongres Kebangsaan India. Beliau tidak menaruh banyak harapan di persidangan tersebut. Beliau telah menambat hati banyak rakyat British dan meyakinkan banyak lagi untuk menyokong keadilan perjuangannya. Orang Inggeris tertarik dengan perincian tentang peribadi Gandhi, pakaiannya dan pemakanannya. Gandhi bukan seorang yang mementingkan kebendaan. Beliau tidak mengutamakan kekayaan tetapi beliau benci akan kemiskinan teruk dan menindas. Gandhi mengatakan bahawa beliau tidak keraguan bahawa England dan penduduk bandar di India perlu bertanggungjawab atas 'jenayah' kemanusian yang tiada bandingannya dalam sejarah. Kejayaan peribadi Gandhi amatlah besar tetapi persidangan itu gagal. Dengan itu, beliau berasa hampa tetapi tidak berputus asa. Beliau pulang ke India dan tidak ke Britain lagi. Dalam tempoh tiga minggu selepas Gandhi pulang ke India, beliau telah dipenjarakan. Tindakan berpuasa Gandhi telah membawa beberapa pembaiakan kehidupan kaum luar kasta Gandhi elar Harijan iaitu 'Anak-anak Tuhan'. Mereka bukan sahaja disentuh bahkan telah dipeluk oleh kaum Hindu yang lain. Selepas beliau dibebaskan dari penjara pada tahun 1933, Gandhi memulakan perjalanan sejauh 12000 batu untuk mengutip derma bagi kaum luar kasta. Dalam tahun121

tahun yang sunyi itu,Gandhiji mengurangkan penglibatan langsungdalam hal-hal Kongres dan menumpukan perhatian kepada amal kebajikan. Beliau juga sering berusaha untuk satu perkara yang penting bagi dirinya iaitu perpaduan orang Hindu dan Islam. Keraguan sama ada pihak Inggeris terpaksa meninggalkan India dalam tempoh beberapa tahun terjawab oleh peristiwa-peristiwa pada tahun 1939. Kebangkitan fahaman Facis di Eropah tidak kelihatan sebagai satu ancaman nyata di India. Pada bulan Ogos 1942, Gandhi menuntut pihak Inggeris supaya meninggalkan India. Beliau memberitau Jawatankuasa Kongres Seluruh India. Gandhi tidak sedar kesan tindakannya itu tetapi apa yang pasti ialah beliau berasa kesal dengan rusuhan teruk yang berlaku selepas tuntutan 'Tinggalkan India'. Selang beberapa hari selepas beliau ditangkap, setiausahanya yang taat, Mahadev Desai, tiba-tiba meninggal dunia. Kemudia isterinya pula sakit. Ketika Kasrurba nazak, Gandhi memangku isterinya. Enam minggu selapas kematian isterinya, Gandhi telah dibebaskan. Beliau sakit teruk dan Wizurai khuatir lebih banyak urusan akan berlaku sekiranya Gandhi mati dalam penjara.

PERALIHAN KUASA Kemenangan Pihak Berikat pada akhir Perang Dunia Kedua iaitu tahun 1945, menandakan permulaan tamatnya fahaman kolonial. British kini lemah dan kerajaan Parti Buruh yang baru dipilih terpaksa memberi kemerdekaan kepada India. Semasa peperangan iaitu semasa pemimpin-pemimpin Kongres berada di penjara, Parti Liga Muslim yang ditubuhkan oleh Jinnah telah mendapat sokongan yang semakin padu untuk membentuk sebuah negara Islam bernama Pakistan. Idea pemecahan India dibenci oleh Gandhi dan juga Kongres. Kerajaan Parti Buruh Britain yang baru mencuba buat kali terakhir untuk mengekalkan kesatuan India dan menghantar sebuah rombongan kabinet ke Delhi pada tahun 1946. Perundingan berlanjutan tiga bulan tetapi gagal kerana Kongres dan Liga Muslim tidak mempercayai satu sama lain. Lord Wavell, yang
122

menjadi Wizurai, menjemput anak murid Gandhi iaitu Jawaharlal Nehru membentuk sebuah kerajaan sementara. Nehru memohon bantuan Jinnah untuk mengendalikan kerajaan itu dan menawarkan beberapa jawatan kerajaan kepada Liga Muslim. Namun Jinnah tidak dapat persetujuan. Pada bulan Ogos, Liga Muslim memutus untuk mengadakan 'Hari Tindakan Langsung' sebagai membantah 'Kerajaan Kongres' dan memaksa pihak British mengiktiraf tuntutan mereka untuk sebuah negara lain. Ini mengakibatkan keganasan teruk di kawasan Culcutta. Seramai 4000 orang terbunuh dan 15000 lagi tercedera akibat tembakan, menikam dan pembakaran. Berita-berita ini amat mengejutkan Gandhi. Beliau memutuskan untuk mengasingkan diri di Benggala Timur sehingga mesyarakat Hindu dan Islam dapat hidup bersama secara aman. Katanya,Saya tidak tahu apa yang boleh saya lakukan di sana, tetapi saya tahu jiwa saya tidak tenteram jika saya tidak pergi." Dari Benggala, Gandhi pergi ke Bihar. Mangsa rusuhan di Bihar merupakan masyarakat Islam dan bukannya orang Hindu. Menjelang bulan Mac, Gandhi mengadakan ibadat berjemaah untuk cuba memujuk orang Islam kembali ke rumah mereka dan mengumpul derma daripada orang Hindu untuk kebajikan orang Islam. Sebulan kemudian, rusuhan dan pembunuhan berhenti. Kucar-kacir yang berterusan di India di sebalik usaha-usaha Gandhi menakutkan kerajaan Inggeris. Jinnah masih berkeras menuntut pemecahan dan keazaman pihak Kongres pula semakin lemah. Kesukaran mencapai kata sepakat dan kebimbangan tentang kemungkinan tercetusnya perang saudara menyebabkan Perdana Menteri Britain, Attlee, mengambil satu keputusan yang berani. Pihak British akan menyerahkan kuasa selewat-lewatnya pada bulan Jun 1948. Wizurai baru dan terakhir yang dilantik untuk tugas ini adalah Lord Louis Mountbatten. Mountbatten yang muda dan bertenaga diberi kuasa sepenuhnya untuk mengendalikan tugas itu dan beliau mempunyai segala maklumat yang perlu. Beliau tiba di Delhi pada bulan Mac 1947 dan dengan serta merta menghantar perutusan kepada Gandhi untuk menemuinya.

123

Dalam masa enam minggu, pasukan Mountbatten yang bekerja siang dan malam telah menghasilkan satu Rancangan Kemerdekaan. Mohamed Ali Jinnah tidak begitu bersetuju dengan rancagan ini. Walaupun beliau menuntut pemecahan, beliau tidak berpuas hati dengan apa yang di sifatkannya sebagai 'Pakistan yang dimakan rama-rama.' Perbezaan pendapat utama ialah mengenai dua kawasan penting di India Utara iaitu Benggala dan Punjab. Jinnah menuntut pemecahan kerana khuatirkan orang Islam akan ditenggelami oranng Hindu India. Menurut Mountbatten dan Kongres, "Dengan hujah yang sama, kedua-dua kawasan yang anda mahukan berada dalam Pakistan tetapi mempunyai kumpulan minoriti bukan Islam dalam jumlah yang besar, perlu juga dipecahkan." Kemerdekaan dicapai tidak lama kemudian. Kebanyakan raja telah diyakinkan, disogok, ditakutkan atau dipujuk supaya menyertai India baru. Pakistan menjadi sebuah negara dengan dua bahagian yang terpisah lebih daripada 800 batu. Bahagian timur Pakistan, Banggala Timur, berpecah daripada Pakistan pada tahun 1971 dan menjadi Bangladesh. Tanggal 15 Ogos 1947 merupakan hari paling bersejarah bagi kebanyakan rakyat India. Satu per lima daripada penduduk dunia mencapai kemerdekaan pada hari tersebut. Segala perbalahan serta permusuhan yang berlaku antara orang India dan Inggeris sejak berdekat-dekat lalu seolah-olah lenyap dan hilang begitu sahaja. Di merata-rata tempat orang menyambut kemerkaan dengan gembira dan meriah. Idaman Gandhi tentang kesatuan yang diperjuangkan sepanjang hayatnya telah ditolak. Beliau terasa diabaikan oleh rakan-rakan yang dicintainya. Pada bulan Ogos 1947, Gandhi berada di Calcutta. Walaupun dirinya terasa sedih dan tersingkir, Gandhi masih boleh membawa keberanian, tentangan dan juga keampunan kepada orang lain, Calcutta telah pun mengalami satu tahun keganasan yang dahsyat sebelum ketibaan Gandhi. Beliau memaklumkan kepada orang ramai bahawa beliau akan mula berpuasa hingga mati di Calcutta dan hanya berbuka puasa sekiranya keganasan ditamatkan. Dalam masa empat hari, pemimpin-pemimpin penduduk

124

Calcutta membawa kepada beliau janji bertulis untuk berdamai dan Gandhi sekali lagi dapat berbuka puasa. Di Punjab di sebelah utara, pihak berkuasa juga telah menjangkakan rusuhan akan berlaku lalu menempatkan 55000 orang askar di situ. Mereka terperanjat dengan keganasan yang berlaku dan bilangan pelarian yang terpaksa meninggalkan rumah. Walau bagaimanapun, Gandhi telah berjaya membawa keamanan setelah beliau tiba di situ. Pada bulan September, Gandhi telah membuat perjalanan yang terakhir pulang ke Delhi. Ibu kota itu dijilat api akibat persengketaan kaum. Tiada siapa tahu berapa banyak nyawa terkorban sepanjang tragedi keganasan itu tetapi anggaran 200 000 orang mungkin terlalu rendah. Lebih 15 juta orang meninggalkan India untuk ke Pakistan atau sebaliknya. Gandhi mula berusaha untuk membantu. Gandhi melawat khemahkhemah pelarian. Gandhi menyampaikan amanatnya semasa ibadat berjamaah harian yang lazimnya diadakan di Rumah Birla iaitu tempat beliau tinggal. Beratus-ratus orang hadir dan beribu-ribu lagi mendengar melalui radio. Gandhi merasakan berdoa sahaja tidak memadai. Pada bulan Januari 1948, beliau mengumumkan hasrat beliau untuk berpuasa hingga mati. Pada hari ketiga puasanya, kerajaan India telah dipujuk oleh Gandhi supaya memberi wang pampasan yang banyak kepada Pakistan. Banyak orang Hindu yang marah. Mereka menyangkakan Gandhi berpuasa demi membantu orang Islam yang sedang berperang dengan India di Kashmir. Pelarian Sikh dan Hindu mengadakan tunjuk perasaan di luar Rumah Birla. Gandhi akhirnya berpuas hati dengan janji perdamaian yanng diberikan kepadanya oleh pemimpin-pemimpin masyarakat di Delhi. Mereka berjanji untuk berusaha habis-habisan bagi memulihkan kedamaian dan persahabatan seperti sedia kala biarpun nyawa mereka sendiri tergadai. Gandhi berbuka puasa pada hari yang keenam. Pada waktu petang, seperti lazimnya, beliau akan mengendalikan ibadat berjamaah. Ketika salah satu upacara inilah, sebutir bom telah dilemparkan. Walau bagaimanapun, tiada orang tercedera.

125

GANDHI MENINGGAL DUNIA Pada hari terakhir hayatnya, Gandhi bangun pada jam 3.00 pagi. Suasana di Delhi sejuk lagi tenang. Sepanjang hari itu, beliau bekerja, bermesyuarat dan beribadat. Pada pukul 5.00 petang, selepas satu perjumpaan dengan Sardar Patel, Gandhi bergegas keluar rumah kerana beliau sudah terlambat sedikit untuk ibadat petang. Robert Stimson, seorang wartawan Inggeris yang berada di sana melaporkan, Seperti biasa, beliau memakai doti putih dan sepasang capal. Beliau menutup dadanya dengan selendang kerana cuaca hari itu semakin sejuk. Tangannya diletakkan di atas bahu dua orang temannya dan beliau tersenyum . Ketika itu, kira-kira dua hingga tiga ratus orang berada di taman dan mereka mendekati Gandhi sambil beliau menaiki tangga untuk ke sebuah halaman kecil yang tinggi di tempat jemaah berkumpul. Semasa beliau tiba di tangga teratas dan mendekati orang ramai yang berada di situ, beliau mengangkat tangan dari bahu temannya untuk memberi salam. Seorang lelaki gempal yang berusia dalam lingkungan 30-an dan berpakaian askar berada di barisan hadapan. Dia maju selangkah menghala Gandhi lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan." Sebenarnya, seorang pelampau Hindu muda yang tidak siuman dari Poona, bernama Nathuram Godse, merupakan pembunuh Gandhi. Godse kemudiannya dihukum gantung bersama seorang lagi pengkomplot yang lain. Lima orang lagi telah dihukum penjara seumur hidup. Pembakaran jenazah Gandhi dilakukan di tebing sungai suci Jumna di Rajghat. Sejuta orang menantikan ketibaan jenazah beliau. Ramdas menyalakan unggun api yang membakar jenazah ayahnya. Unggun api itu menyala selama 14 jam. Abu jenazah Gandhi ditaburkan ke dalam sungai-sungai suci di India dan laut di Bombay. Menurut Nehru, Saya silap apabila mengatakan cahaya telah padam. Cahaya yang menyinari negara ini bukannya cahaya biasa. Cahaya yang telah
126

menerangi negara ini untuk sekian lama akan terus meneranginya. Walaupun 1000 tahun berlalu, cahaya ini masih akan kelihatan di negara ini dan dunia juga pasti akan dapat melihatnya.Cahaya ini akan menenangkan jiwa manusia. Cahaya ini melambangkan kebenaran yang nyata dan insan abadi itu telah bersama kita dengan kebenarannya yang abadi untuk mengingatkan kita tentang jalan yang benar, menghindarkan kita daripada membuat kesilapan dan membawa negara purba ini menuju kebebasan." Cahaya yang dimaksudkan ialah Gandhi. Cahaya beliau ialah akalnya dan merupakan lambang kewarasan dalam dunia yang penuh kegilaan. Kejayaan Gandhi yang terbesar ialah menyediakan rakyat India untuk menghadapi kemerdekaan. Sepanjang hayatnya, beliau mengajar tentang kebenaran dan kebersihan. Beliau mengajar masyarakat Hindu berbangga akan kebudayaan dan adat resam mereka. Gandhi dapat memahami perasaan golongan miskin dan mereka juga boleh menerimanya. Beliau disayangi oleh semua orang termasuk orang Islam. Banyak orang India menganggap Gandhi sebagai lambang sebenar India. Kemiskinan dan sifat rendah dirinya mencerminkan kehidupan mereka.

Siddhartha Gautama Buddha ( Pengasas Agama Buddha ) Nama sebenar Gautama Buddha ialah Putera Siddhartha. Dia merupakan pelopor agama Buddha yang merupakan salah satu agama terbesar di dunia. Sidhhartha dilahirkan pada tahun 563 SM di Taman Lumbini yang kini sebahagian dari Nepal. Gautama adalah seorang putera raja. Gautama dibesarkan di istana sebagai seorang yang beragama Hindu. Baginda berkahwin dengan sepupunya Yasodhra dan hidup dalam penuh kemewahan dan kebahgiaan. Tetapi baginda tidak berasa gembira dengan kehidupan mewah itu.
127

Semasa berusia 29 tahun, Gautama menyaksikan kelaparan, kesakitan dan kematian. Baginda terharu menyaksikan keadaan hidup manusia itu. Baginda ingin tahu mengapa manusia menderita dan ingin mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah itu.

Gautama

telah

meninggalkan

keluarganya

dengan memakai jubah kuning seperti seorang petapa dan mengembara untuk mencari jawapan tentang erti hidup yang sebenarnya. Baginda telah mengkaji kitab suci Hindu iaitu Veda dan Upanishad. Beliau juga telah bertapa beberpa hari dengan berpuasa hingga hampir kebuluran dan menanggung penderitaan. Namun demikian baginda tidak dapat mencari kebenaran
Gambar 5
Sang Buddha memberi pelajaran tentang dharma kepada lima pertapa di Taman Rusa

kepada

penderitaan

manusia.

Baginda

akhirnya

berjaya mendapat kebenaran atau pencerahan agung

yang dicarinya setelah bertapa selama 45 hari di bawah pokok Bo di Boghgaya, berhampiran dengan Banares. Pada suatu malam purnama, Gautama telah menerima pengetahuan daripada tuhan dan mengetahui jawapan bagi masalah kehidupan dan kematian manusia. Hari ini dikenali sebagai Hari Wesak. Mulai hari itu, baginda digelar Buddha yang bermakna Penyinar Cahaya. Buddha kemudian mengembara ke seluruh India untuk menyebarkan ajarannya. Buddha mengasaskan satu pertubuhan sama bernama Sangha. Sami-sami yang memasuki Sagha mencukur rambut dan memakai jubah kuning yang menandakan mereka telah bebas daripada segala hal duniawi. Selepas mengembangkan ajaran-ajaran selama 45 tahun, Buddha meninggal dunia pada tahun 483 SM semasa berusia 80 tahun.

AJARAN-AJARAN BUDDHA

128

Ajaran-ajaran Buddha dijadikan sebagai agama dan dibukukan dalam Bahasa Pali oleh pengikut-pengikutnya yang setia. Empat Kebenaran Mulia yang didapati di bawah Pokok Bo menjadi asas agama Buddha. Empat Kebenaran Mulia merangkumi perkara berikut: a. Hidup ini penuh dengan kesengsaraan dan penderitaan, iaitu semua yang hidup harus menghadapi umur tua, penyakit dan mati. b. Manusia menderita kerana nafsu untuk memperolehi kekayaan dan keseronokan untuk keselesaan hidup. c. Manusia patut menghapuskan nafsunya untuk melepaskan diri daripada kesengsaraan. d. Cara untuk menghapuskan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan mengikut Jalan Lapan Lapis.

Jalan Lapan Lapis atau Jalan Pertengahan menjadikan seseorang mengawal fikiran dan membentuk tingkah laku yang baik. Jalan Lapan Lapis menjadi teladan bagi pengikut-pengikutnya. Hukum-hukum yang terkandung ialah, Pengetahuan Yang Baik, Pemikiran Yang Baik, Kelakuan Yang Baik, Kehidupan Yang Baik, Perkataan Yang Baik, Usaha Yang Baik dan Pertapaan Yang Baik. Jalan ini mencadangkan jalan tengah untuk mencapai hidup yang baik dengan mengamalkan jalan yang suci seperti yang berikut: a. Bersedekah b. Mencari ilmu pengetahuan dan kesucian c. Mengelakkan diri daripada membunuh, menipu, berzina dan mencuri.

Selain itu agama Buddha juga menerima beberapa kepercayaan seperti Nirvana, kelahiran semula dan Karma daripada agama Hindu. Matlamat Buddha ialah pencapaian Nirvana, iaitu tahap kebahagiaan yang kekal dan tidak dilahirkan semula selepas beberapa kelahiran. Buddha juga
129

menentang dua kepercayaan terutamanya kedudukan istimewa Brahmin dalam masyarakat. Ajaran asal Buddha dipanggil Hinayana. Ajaran ini diubahsuai dan dipindahkan menjadi Mahayana.

Agama Buddha ini telah tersebar ke rantau Asia Tenggara, Asia Timur dan sebagainya. Menjelang abad ke-19, negara-negara yang menjadikannya agama rasmi ialah Thailand, Indho-China dan sebagainya.

SIFAT AGUNG BUDDHA Buddha memiliki sifat Cinta Kasih ( maitri atau metta ) dan Kasih Sayang ( karuna ) yang diwujudkan oleh sabda Buddha Gautama iaitu Penderitaanmu adalah penderitaanku, dan kegembiraanmu adalah kegembiraanku. Gautama mengatakan bahawa Manusia adalah pancaran dari semangat Cinta Kasih dan Kasih Sayang yang dapat menuntutnya kepada Pencerahan sempurna. Cinta Kasih dan Kasih Sayang seorang Buddha tidak terbatas oleh waktu malahan ianya selalu bersifat abadi. Ini kerana sejak dilahirkan manusia dalam keadaan samsara iaitu ketidakketahuan dan kebodohan batinnya. Jalan untuk mencapai menjadi seorang Buddha ialah dengan melenyapkan ketidakketahuan atau kebodohan batin yang dimiliki oleh manusia. Sebelum kematian Buddha Gautama, dia telah menyatakan empat perkara iaitu: a. Berusaha menolong semua makhluk b. Menolak semua keinginan nafsu keduniaan. c. Mempelajarai, menghayati dan mengamalkan Dharma. d. Berusaha mencapai Pencerahan Sempurna.

130

Buddha Gautama melatih diri untuk melaksanakan amal kebajikan kepada semua makhluk dengan menghindarkan diri dari tindakan yang diakibatkan oleh tubuh, ucapan dan fikiran, iaitu: Tubuh (kaya) Ucapan ( vak ) : pembunuhan, pencurian, perbuatan zina. : penipuan, pembicaraan fitnah, pengucapan kasar,

percakapan tiada manfaat. Fikiran (citta ) : niat buruk, dan kepercayaan yang salah.

Cinta kasih dan kasih sayang seorang Buddha adalah cinta kasih untuk kebahagiaan semua makhluk seperti orang tua mencintai anak-anaknya, dan mengharapkan keberkatan yang tinggi dan melimpah kepada mereka. Ianya bagaikan hujan yang turun tanpa membeza-bezakan demikianlah cinta kasih seorang Buddha. Sebagai seorang Buddha yang abadi, Beliau telah mengenal semua orang dan dengan menggunakan berbagai cara. Beliau telah berusaha untuk meringankan penderitaan semua makhluk. Buddha Gautama mengetahui sepenuhnya hakikat dunia, namun Beliau tidak pernah mengatakan bahawa dunia ini asli atau palsu, baik atau buruk. Beliau hanya menunjukkan tentang keadaan dunia sebagaimana adanya. Buddha Gautama mengajarkan agar setiap orang memelihara kebijaksanaan melalui ucapan dan perbuatan. Buddha Gautama memelihara semangatnya yang selalu tenang dan tenteram dengan melakukan meditasi. Jangkauan pemikiran Buddha melampaui pemikiran manusia biasa. Dengan kebijaksanaan yang sempurna, Gauthama Buddha dapat menghindarkan diri dari sikap-sikap ekstrim dan prasangka serta memiliki kesederhanaan. Oleh itu beliau dapat mengetahui dan memahami fikiran dan perasaan semua orang malahan mengetahui apa yang terjadi dalam dunia dengan cepat, sehingga mendapatkan jolokan seorang yang telah

131

Mencapai Pencerahan Sempurna (Sammasam-Buddha) dan Yang Maha Mengetahui (Sugata). Pengabdian Gautama Buddha telah membuatkan dirinya mampu mengatasi berbagai masalah. Buddha adalah lambang dari kesucian, yang tersuci dari semua yang suci. Oleh itu Buddha adalah Raja Dharma yang agung. Namun ada juga orang yang tidak mahu mendengar ajarannya. Mereka yang mendengar dan mengikut ajarannya akan terbebas dari penderitaan hidup. Buddha Gautama berkata Hanya dengan jalan melalui kepercayaan, keyakinan, mereka akan dapat mengikuti ajaranku. Kerana itu setiap orang mesti mendengar ajaranku, kemudian menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.

Buddha tidak dapat diketahui dengan hanya melihat wujud sifatnya semata-mata, kerana wujud dan sifat luar tersebut bukanlah Buddha yang sejati. Jalan yang benar untuk mengetahui Buddha adalah dengan mencapai Pencerahan Sempurna. Buddha sejati tidak dapat dilihat oleh mata manusia biasa, sehingga Sifat Agung seorang Buddha tidak dapat dilukiskan dengan kata-kata. Namun Buddha dapat mewujudkan dirinya dalam segala bentuk dengan sifat yang serba luhur. Apabila seseorang dapat melihat wujuddnya atau mengerti Sifat Agung Buddha, namun tidak tertarik kepada wujudnya atau sifatnya, dialah yang sesungguhnya telah mempunyai kebijaksanaan untuk melihat dan mengetahui Buddha dengan benar.

SISTEM KASTA Semasa hidupnya Buddha pada kurun ke-6 S.M., sistem Kasta adalah suatu faktor hidup yang dominan dalam masyarakat. Buddha membantah bersungguh-sungguh terhadap sistem kasta kerana ia menghalang kemajuan manusia. Pada masa itu, menurut kepercayaan agama (orang Hindu), semua orang dibahagikan kepada empat kategori, misalannya 4 kasta atau kelas:132

a)

Brahmin - Mereka ialah kelas paderi dan dipercayai memegang kunci ke syurga. Mereka dianggap dilahirkan daripada mulut Maha Brahma iaitu pencipta alam semesta ini.

b)

Khattiya - Kelas pemerintah. Mereka terdiri daripada kerabat-kerabat diraja. Mereka dipercayai dilahirkan daripada pusat Maha Brahma.

c)

Vaishyas

Mereka

adalah

peniaga-peniaga

dan

dipercayai dilahirkan daripada lutut Maha Brahma. d) Sudras - Mereka ialah hamba abdi atau orang suruhan kepada tiga kasta di atas. Mereka langsung tiada kebebasan dan dipercayai dilahirkan daripada kaki Maha Brahma.

Dalam Buddhisme, kasta atau warna kulit tidak menghalang seseorang daripada menjadi seorang Buddhis ataupun memasuki Order Sangha. Buruh yang membersihkan jalan, nelayan, dan tukang gunting bersama-sama dengan Brahmin-Brahmin dan putera-putera raja, semuanya dilayani sama rata tanpa mengira asal-usul mereka.

KEBEBASAN BERFIKIR Ramai orang suka mengatakan bahawa "kami ialah ahli fikir bebas (freethinker) dan kami tidak mempunyai agama". Tetapi jika seseorang itu ialah ahli fikir bebas maka sudah pasti dia mestilah seorang Buddhis kerana Buddha menggalakkan kebebasan berfikir. Kebebasan berfikir bagi diri sendiri yang dibenarkan oleh Buddha tidak dapat dijumpai dalam sejarah agama lain, iaitu Kebebasan kepada keinsafannya sendiri tentang Kebenaran. Pelepasannya tidak bergantung kepada kurniaan Tuhan atau sebarang kuasa luaran sebagai suatu ganjaran kepada kelakuannya yang baik dan ketaatannya. Bhagava tidak pernah berkata kepada pengikut-pengikutnya, Berdoa dan percaya. Beliau
133

biasanya bersabda, Datang dan mengerti, datang dan menyelidik. Jangan percaya apa jua semata-mata kerana keimanan (blind faith). Dalam Buddhisme keimanan membuta tuli ini (blind faith) dikritik. Buddhisme menggalakkan penerimaan sesuatu selepas terdapat keyakinan berdasarkan pengetahuan dan pemahaman. Walaupun seorang Buddhis bernaung di bawah Buddha sebagai gurunya, ia tidak menyerah diri atau mengorbankan kebebasan untuk berfikir bagi diri sendiri. Tanpa mengorbankan kebebasannya sendiri, dia meningkatkan kerohanian sehingga menjadi seorang Buddha. Sesiapa yang ingin mencapai Nibbana pelepasan, hanya perlu bergantung kepada diri sendiri tanpa dipengaruhi oleh dogma dan keimanan membuta tuli. Perkembangan rohaniah hanya wujud jika kebebasan berfikir dibenarkan. Perkembangan mental tidak boleh berlaku jika keimanan membuta tuli (blind faith) lebih berleluasa. Kebebasan berfikir membawa kepada perkembangan mental manakala terlalu berpegang kepada dogma-dogma membawa kita menuju kepada kebuntuan dan kemunduran.

TARAF WANITA Buddha meningkatkan taraf wanita dan menyedarkan golongan wanita tentang kepentingan mereka terhadap masyarakat. Sebelum kelahiran Buddha, wanita tidak diberi kedudukan yang berpatutan dalam masyarakat. Mereka tidak dilayan dengan baik. Semasa abad keenam S.M. kaum wanita dikawal oleh pembatasan Brahmin yang ketat dan tempat mereka dihadkan kepada bilik dapur sahaja. Buat kali pertamanya dalam sejarah dunia, Buddha mengasaskan Sangha Bhikkhuni dalam tahun ke-5 Pencerahan Kebuddhaan beliau. Dengan

tertubuhnya Sangha Bhikkhuni, kaum wanita berupaya melepaskan diri daripada belenggu yang berkaitan dengan masyarakat India dahulu kala dan menikmati kebebasan sempurna. Oder ini ialah suatu kurniaan yang besar kepada mereka. Kaum wanita setelah memasuki Sangha Bhikkuni - permaisuri, puteri, janda, hamba wanita mahupun perempuan jalang semuanya adalah sama darjat tanpa
134

mengira kasta atau pangkat mereka. Mereka mendapat ketenangan jiwa serta ketenteraman yang sempurna selepas memasuki Oder tersebut.

BELAS KASIHAN TERHADAP PESAKIT Dalam suatu perhimpunan agama, Buddha menjelaskan kepentingan menghulur bantuan kepada mereka yang menderita. Berdasarkan prinsip ini, Maharaja Asoka buat pertama kalinya dalam sejarah tamadun manusia menubuhkan hospital-hospital bukan sahaja untuk manusia tetapi juga untuk haiwan-haiwan. Beberapa sutta penting yang diajar oleh Buddha adalah berkaitan dengan rawatan kepada pesakit-pesakit.

AHIMSA - tanpa kekerasan atau tanpa kekejaman Semangat bertoleransi adalah satu daripada kebudayaan dan tamadun Buddhis yang paling dihargai. Tidak terdapat satu contoh pun penganiayaan, Perang Jihad atau pertumpahan darah untuk menukar agama orang lain ke dalam Buddhisme sejak 2,500 tahun dahulu. Memaksa orang lain untuk memeluk agama tidak terdapat dalam Buddhisme.

MENGAJAR SIFAT BERDIKARI Buddhisme mengajar kita bahawa seseorang hanya boleh memperoleh pelepasannya menerusi usahanya sendiri tanpa bergantung kepada pertolongan suatu kuasa luar yang ghaib. Bergantung kepada orang lain untuk memperoleh pelepasan adalah negatif tetapi bergantung pada diri sendiri adalah positif. Bergantung kepada orang lain bermakna menyerah diri tanpa sebarang usaha. Buddha menunjukkan dengan jelasnya bahawa kita sendiri yang harus berusaha. Buddha bersabda, "Kamu harus berusaha sendiri, sebab Tathagata hanya mengajar caranya." Ini bermakna Buddha menunjukkan jalan kepada pelepasan atau Nibbana dan terpulang kepada kita untuk mengikut jalan itu untuk menyelamatkan diri kita. Itulah sebabnya Buddha selalu menasihati pengikut-pengikutnya,

135

SEPULUH TUGAS-TUGAS RAJA Pertama Kemurahan hati, sifat liberal dan sifat kedermawan (dana). Pemerintah tidak harus mempunyai nafsu kuat dan terlalu terikat kepada kekayaan serta harta benda tetapi harus bermurah hati demi kebajikan rakyat. Kedua Mempunyai moral yang tinggi (sila). Baginda tidak harus membinasakan nyawa, mencuri, mempergunakan orang, berzina, berdusta dan mengambil minuman yang memabukkan. Baginda mesti sekurang-kurangnya mengamalkan Lima Peraturan Hidup iaitu Panca Sila. Ketiga Sanggup mengorbankan segala-galanya demi kebaikan rakyat

(paricagga), baginda bersedia untuk melepaskan semua keselesaan hidupnya dan juga sanggup menggadaikan nyawanya demi kepentingan rakyat. Keempat Mempunyai kejujuran dan ketulusan hati (ajjava). Baginda mesti bebas daripada ketakutan atau sifat bias semasa perlaksanaan tugas-tugasnya, mesti ikhlas dalam tujuannya dan tidak harus menipu orang ramai.

Kelima Baik hati dan bersifat lemah-lembut (maddava). Baginda mesti memiliki suatu perangai yang ramah-tamah. Keenam Kebiasaan berjimat cermat (tapa). Baginda mesti mengamalkan cara hidup yang sederhana dan tidak terjerumus dalam kehidupan yang mewah. Beliau harus mampu mengawal dirinya. Ketujuh Bebas daripada kebencian, dendam, permusuhan (akkodha). Baginda tidak harus menyimpan dendam terhadap sesiapa pun.
136

Kelapan Tanpa kekerasan (ahimsa) bermakna baginda bukan sahaja tidak melakukan sesuatu yang jahat kepada orang lain tetapi juga harus cuba untuk mengekalkan keamanan dengan mengelakkan dan menjauhkan diri daripada peperangan dan segala yang melibatkan kekerasan serta kebinasaan nyawa. Kesembilan Kesabaran, ketabahan, toleransi (khanti). Baginda mesti dapat

menanggung kesengsaraan, kesukaran dan cemuhan tanpa menjadi marah. Kesepuluh Tidak menentang dan menyekat (avirodha) iaitu baginda tidak harus menentang kehendak rakyat dan tidak harus menyekat sebarang yang penting untuk rakyatnya. Dalam erti kata lain, baginda mesti memerintah rakyat beliau dalam keadaan yang harmoni dengan kehendak rakyat. Semasa kehidupan Buddha, ada pemerintah yang menguasai negara mereka dengan tidak adil seperti hari ini. Rakyat ditindas dan dieksploitasi, diseksa dan cukai yang terlampau tinggi dikenakan serta hukuman yang zalim telah dijatuhkan. Buddha berasa sedih melihat tindakan-tindakan yang tidak berperikemanusiaan tersebut dan telah menurunkan sepuluh tugas-tugas seseorang pemerintah. Ini adalah untuk membimbing pemerintah serta meningkatkan kedudukan kebajikan rakyat. Oleh itu, kita boleh nampak bahawa penentangan sistem kasta, kebebasan berfikir, taraf wanita, belas kasihan terhadap pesakit, tanpa kekerasan (Ahimsa), tanggungjawab ke atas diri sendiri (berdikari), toleransi agama dan sepuluh tugas-tugas seseorang pemerintah adalah beberapa daripada sumbangan Buddha kepada umat manusia. Kejayaan setengah-setengah idea ini dalam dunia hari ini telah menampakkan kepentingan sumbangan Buddha kepada umat manusia.

KESIMPULAN

137

Ganddhi telah banyak memberi sumbangan dalam ideologinya. Beliau telah berusaha untuk menarik golongan Massa iaitu rakyat jelata untuk terlibat dalam politik. Kesedaran politik di India telah meningkat pada tahun 1920-an hingga 1940-an. Kesan daripada itu politik di India semakin meluas. Beliau telah membawa method perjuangan yang bukan berasaskan kekerasan (konsep Sathyagraha). British pada masa itu menggunakan kekerasan dalam pemerintahan kepada orang-orang Hindu namun idea yang dibawa oleh Gandhi iaitu menentang tanpa kekerasan telah menyebabkan British akur untuk tidak menentang golongan yang tidak bersenjata. Di sini kita tahu bahawa kekuatan Gandhi terletak kepada ideanya. Gandhi juga telah berjaya menjalinkan semula hubungan orang muslim dengan orang Hindu yanng mana sebelum ini kedua-dua puak ini telah berpecah- belah. Melalui gerakan Khilafat yang dianjurkan oleh Gandhi telah membawa perubahan hubungan kedua-dua puak yang berbeza kepercayaan. Kongres yang dibentuk dan dipimpin oleh Gandhi telah menyatukan orang-orang India sedikit demi sedikit dan menjadi satu pertubuhan demokratik yang besar dan mempunyai cawangan di seluruh pelusuk India. Kongres ini telah menuntut kebebasan kaum luar kasta dan menghidupkan semula industriindustri kampung. Inilah sumbang beliau untuk masyarakat India yang hidup miskin. Penubuhan kongres ini juga telah menyatukan Hindu-Islam dan Budishm. Di antara idea-idea Gandhi ialah Sathyagraha iaitu corak perjuangan, Swadesyi iaitu kesederhanaan bagi menentang kerakusan puak yang ingin memonopoli ekonomi. Selepas perang dunia pertama ekonomi di India terjejas teruk. Gandhi telah memintal untuk ekonomi India dan menyeru rakyatnya

berusaha untuk meningkatkan ekonomi bagi membasmi kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat India yang tinggal di kampung-kampung.

138

Politik kanan mengikut perlembagaan iaitu tidak keras dan ektremis berbanding haluan kiri yang keras dan revolusi . Idea politik inilah yang digunakan oleh Gandhi semasa perjuangannya. Manakala Gauthama adalah seorang ahli falsafah dan juga merupakan pengasas Agama Budha yang ada sekarang. Semasa beliau masih hidup Agama Buddha hanya berkembang di India sahaja. Agama Buddha baru hanya berkembang selepas kematian beliau. Orang yang meneruskan perkembangan Agama Buddha ke seluruh Asia Tenggara ialah Raja Asoka. Ajaran Buddha wujud lebih awal daripada falsafah Barat dan tumpuan ajarannya banyak kepada eleman mistik, adat resam dan ikatan kekeluargaan yang baik. Pemikirannya juga melampaui tafsiran logik akal dan banyak elemen metafizik ( ilmu pengetahuan mengenai segala yang diluar alam biasa atau yang tidak kelihatan ). Gauthama juga beranggapan dan percaya manusia adalah sebahagian daripada alam sejagat. Beliau juga percaya ada kuasa yang mentadbir alam sejagat ini. Buddha juga telah menentang dan menolak amalan kasta dan prinsip otodoks Hindu kerana pemusatan kuasa dan hormat kepada Brahmin adalah amalan rigid (taksub). Beliau juga pernah menjadi sami Hindu tetapi tidak berpuas hati dengan ajaran Hinduisme. Bagi Pendapat ahli falsafah pula Agama Buddha adalah satu gerakan demokrasi yang menjunjung demokrasi dalam agama, masyarakat dan politik (Dr. Ambedkar )

TOKOH TAMADUN JEPUN

TOKUGAWA IEYASU (1603-1616 )

LATAR BELAKANG

139

Tokugawa dilahirkan pada 31 January 1543 di Mikawa. Nama sebenarnya ialah Matsudaira Takechiyo. Beliau dikenali sebagai Takechiyo

semasa kanak-kanak. Gelaran semasa dewasa pula ialah Motoyasu. Anak sulung Matsudaira Hirotada iaitu ketua pewira dari Okazaki. Beliau mempunyai 19 orang isteri .

Semasa Tokugawa kanak-kanak beliau pernah menjadi tawanan Oda Nobuhide. Tahun 1549, semasa umur Tokugawa Ieyasu 22 tahun ayahnya Hirotada meninggal dunia. Dalam masa yang sama Oda Nobuhide juga meninggal dunia. Selepas kematian ayahnya harapannya untuk muncul sebagai seorang daimyo musnah kerana pengaruh ke dua tokoh iaitu Imagawa dan Oda. Pada tahun 1566 kerajaan Imperial mengiktirafkan kuasanya dan memakai nama keluarga Tokugawa dan Toyotomi Hideyoshi juga mengiktirafkannya sebagai sekutunya yang paling berpengaruh. Pada tahun 1567 beliau pemerintah Mikawa . 2 juga menjadi

Beliau dilantik sebagai salah seorang ahli Majlis Pemangku Raja. Kredibilitinya tercabar selepas kematian Toyotomi Hideyoshi di mana satu

pertelingkahan untuk mendapatkan kuasa meletus di antara Tokugawa Ieyasu dan Ishida Mitsunari.Keadaan ini manyebabkan satu pertempuran meletus dan paling hebat dalam sejarah Jepun dinamakan Pertempuran Sekigihara pada tahun 1600. Tokugawa Ieyasu disokong oleh sekutu seperti Asano Ukinaga, Kuroda Nagamara dan lain-lain lagi. Manakala Mistunari disokong oleh tentera Daimyo Iaitu Mori Terumoto, Ukita Hideie, Mori Hidemato dan Syimzu Yoshihiro.Pertempuran ini melibatkan 160.000 orang askar yang sama kuat.Tokugawa Ieyasu memenangi peperangan in kerana mempunyai lebih
140

banyak pengalaman dalam taktik peperangan dan pertempuran. Mitsunari pula dihukum mati pada 6 November 1600 Masehi. Antara Toyotomi Hideyoshi dan Oda, Ieyasu adalah salah satu dari tiga panglima yang menyatukan Jepun pada Zaman Sengoku.

Beliau memerintah dari tahun 1600 ( rasminya 1603 ) hingga turun takhta pada tahun 1605. Tokugawa Ieyasu dilantik menjadi Syogun pada tahun 1603 tetapi 2 tahun kemudian beliau meletak jawatan dan digantikan dengan anaknya Hidetada. Alasan perletakan jawatannya ialah azamnya untuk memperkukuhkan Kesyogunan Tokugawa dan tindakan ini menunjukkan jawatan tersebut hanya akan diwarisi oleh ahli-ahli keluarga Tokugawa.

Beliau terkenal sebagai Daimyo yang terkuat di Jepun,namun begitu beliau juga mempunyai ramai musuh termasuk Hideyori (anak Toyotomi Hideyoshi) dan pertikaian ini telah meletus antara mereka.Dalam tahun 1614 angkatan seramai 70,000 orang tentera yang dipimpin oleh Hidetada (anak Tokugawa ieyasu) telah menyerang istana Hideyoshi di Osaka.Hideyoshi dan angkata tentera seramai 100.000 telah kalah dan ini menyebabkan Hideyoshi membunuh diri. 3 Oleh itu Tokugawa Ieyasu muncul sebagai pemimpin yang unggul di Jepun. Kemenangannya berjaya mendominasi politik dan menyatukan Jepun. Beliau juga berjaya mengasaskan Kesyogunan Tokugawa iaitu kerajaaan berbentuk tentera yang paling lama tempohnya mendominasi politik Jepun promoden.

141

Pemerintahan Kesyogunan Tokugawa selama 264 tahun disebut sebagai Zaman Edo atau Zaman Tokugawa . (kerana ibu kota terletak di Edo yang sekarang disebut Tokyo). Zaman Edo ( 1603 1867 ) adalah satu zaman dalam sejarah yang dimulai sejak Syogun pertama (Tokugawa Ieyasu) mendirikan Kesyogunan Tokugawa di Edo yang berakhir dengan pemulihan kekuasaan kaisar dari tangan syogun yang terakhir iaitu Tokugawa Yoshinobu yang mengakhiri kekuasaan Kesyogunan Tokugawa yang berlangsung selama 264 tahun. Zaman Edo juga dikenali sebagai Zaman Moden di Jepun.

Keshogunan Tokugawa (Tokugawa Bakufu 1603-1868 ) atau Kesyogunan Edo adalah pemerintahan diktator feudalisme di Jepun yang didirikan oleh Tokugawa Ieyasu dan secara turun temurun dipimpin oleh Shogun keluarga Tokugawa. Selain itu Kesyogunan Tokugawa adalah diktator Samurai ketiga dan terakhir di Jepun setelah Kesyogunan Kamakura dan Kesyogunan Muromachi.

SUMBANGAN TOKUGAWA

Zaman Kesyogunan Tokugawa Ieyasu merupakan kerajaan bentuk tentera yang paling lama tempoh mendominasikan politik pra moden Jepun.Beliau merupakan seorang syogun yang agung kerana telah menjadi negara Jepun berbanding dengan dua tokoh agung Syogun pada zaman Sengoku Jidai (Syogun Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi).

4 Pemerintahan bercorak feudalisme diamalkan kerana ia berperanan mencorak dan merupakan unsur-unsur penting dalam pentadbiran.Bentuk pentadbiran feudalisme (Bakufu Tokugawa) Ini dibentuk untuk memberikan
142

pemerintah samada Syogun Tokugawa Ieyasu atau penggantinya mentadbir negara Jepun melalui kuasa mutlak.

Syogun Tokugawa telah memperkenalkan beberapa dasar penting untuk mengukuhkan Kesyogunan dan bermatlamat untuk melemahkan kuasa-kuasa Daimyo(tuan tanah Feudal).Dasar ini diperkenalkan kerana kebimbangan mengenai konsep kesetiaan daripada kuasa Daimyo yang berpotensi dan berkeupayaan menggugat Kesyogunan Tokugawa.Antara dasar-dasar tersebut ialah satu sistem kawalan, mengenakan beberpa sekatan ke atasa Daimyo dengan memberikan tugasan yang dianggap membebankan sumber kewangan iaitu membaiki kerosakan istana.

Beliau juga memperkenalkan peraturan menghadkan keluasan istana dan perkahwinan di kalangan Daimyo dikawal.Selain itu suatu kod panduan tatatertib dan kelakuan diperkenalkan. Bagi mengukuhkan kekuatannya melalui

pengumpulan harta kekayaan dan membendung kegiatan kelas tentera.

Tokugawa Ieyasu

juga telah mewujudkan struktur politik yang

mengekalkan kuasanya ke atas semua lapisan masyarakat feudal Jepun termasuk maharaja dan golongan bangsawan istana.

Shogun Tokugawa Ieyasu telah berjaya menyatukan negara Jepun dengan menewaskan musuhnya di Peperangan Sekigahara pada tahun 1600. Selain itu beliau juga memindahkan ibu negara ke Edo ( tokyo ) lalu menubuhkan era Shogun Tokugawa. Beliaulah yang membawa kepada Zaman kestabilan dan keamanan.Memulakan dasar pemencilan pada tahun 1638 dengan

memerintahkan semua orang Portugis meninggalkan Jepun.


143

5 Dari segi pendidikan , Shogun telah mendirikan sekolah-sekolah elit untuk anak-anak Samurai serta mendirikan hampir 60 000 sekolah kampung ( Terakoya ) untuk anak-anak petani. Dalam pendidikan juga penekanan

kemahiran asas membaca,menulis dan mengira merupakan sukatan utama. Pembelajaran bahasa Belanda dan kajian terhadap buku-buku klasik Cina dan kung Fu Tze. Begitu juga seni lukis berkembang seperti puisi, sastera dan sebagainya.

144

6 Pendahuluan

Pemerintahan Meiji bermula pada tahun 1867.Pemerintahan dipegang oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito.Ketika beliau berumur 15 tahun,beliau telah dilantik selepas kejatuhan sistem pemerintahan Shogun

Tokugawa(1603-1867).Sewaktu awal kemunculannya sebagai pemerintah yang digelar Meiji yang membawa maksud pemerintahan yang banyak menerima pencahayaan, struktur pemerintahan hanya terdiri daripada kalangan samuraisamurai yang masih muda. Namun begitu,atas semangat Jepun Baru maka banyak pencapaian yang telah dikecapi sepanjang zaman pemerintahan Meiji.Pencapaian ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian yang penting seperti di bawah:

1. Penghapusan sistem feudalisme 2. Pemodenan angkatan tentera darat dan tentera laut
145

3. Perhubungan dan Pengangkutan 4. Perundangan 5. Pendidikan 6. Kebudayaan 7. Kesusasteraan 8. Ideologi rasmi Kokutai 9. Ekonomi 10. Perindustrian 11. Dasar Kewangan dan Fiskal 12. Politik

Zaman Meiji (1868-1912 M) Dengan kejatuhan Kesyogunan Tokugawa , satu peristiwa penting berlaku di negara pemulihan Jepun iaitu Pemulihan Meiji pada tahun 1868.Matlamat utama ini adalah untuk mengembalikan semula Maharaja kepada

kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi dan bersesuaian dengan keturunannya dari Dewi Matahari.Maharaja Meiji berusia ketika 16 tahun ketika berlansungnya peristiwa ini maka beliau hanyalah merupakan ketua negara yang simbolik kerana kepimpinan kerajaan dikuasai oleh beberapa samurai muda terutama dari suku kaum Satsuma dan Choshu atau Oligarki Satcho.

146

Pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji menyedari bahawa kedatangan kuasa-kuasa Barat merupakan suatu ancaman kepada dasar imperialisme mereka. Bagi menghadapi ancaman ini ,pemimpin-pemimpin pemulihan Meiji bermatlamat untuk menjadikan kerajaan baru sebuah negara yang kaya (ekonomi) dan tentera yang kuat (Fukoku Kyohei) di samping memodenkan negara tersebut. Untuk mencapai matlamat tersebut,dasar pemodenan di laksanakan iaitu yang meliputi pembentukan semula institusi-intitusi politik,ekonomi dan sosial menurut garis panduan dari Barat .Langkah yang di ambil ke arah modenisasi Jepun ialah : a) Penghapusan Sistem Feudalisme Dengan pemansuhan system feudalisme maka beberapa dasar mengenainya telah diperkenalkan iaitu semua tanah diserahkan dan merupakan hak milik diraja.Pembesar-pembesar feudal Meiji yang penting (daimyo) secara sukarela telah menyerahkan bekas harta feudal dan semua hak mereka kepada feudal disuruh menjaga kawasan

maharaja.Mulanya

pembesar

kekuasaannya yang lama itu.Kemuadian mereka digantikan oleh pegawaipegawai kerajaan yang dilantik dari Tokyo.Sebagai bayaran gantirugi ,mereka menerima bayaran pencen yang lumayan dan diberi saham dalam perusahaanperusahaan kerajaan yang baru. 8 b) Pemodenan Angkatan Tentera Darat dan Laut Dalam bidang ketenteraan,angkatan tentera darat dan laut dipermodenkan persenjataan menurut cara Barat dengan tentera memperkenalkan moden dan industri

moden,sistem

kerahan

latihan-latihan

ketenteraan melalui penubuhan akademi-akademi tentera.

147

c) Perhubungan dan Pengangkutan

Dalam bidang perhubungan,diperkenalkan penggunaan telegraf yang jauh le bih pesat berbanding dengan pembinaan landasan keretapi dan menjelang tahun1880,hampir semua perhubungan moden ini. Dalam bidang pengangkutan,diperkenalkan pengangkutan kereta api melalui pembinaan landasan-landasan kereta api untuk mengangkut penumpang dan barang ekonomi.Menjelang tahun 1881,Jepun sudah memiliki landasan kereta api sepanjang 26 batu, dan landasan kereta api antara Kyoto- Otsu (1880) dibina sepenuhnya oleh jurutera-jurutera Jepun.Ini membuktikan dari segi komunikasi,ianya sudah mencapai taraf atau melebihi taraf sebuah negara Barat. bandar-bandar besar memiliki sistem

d) Perundangan Dalam bidang perundangan,diperkenalkan beberapa pembaharuan untuk membentuk suatu sistem undang-undang moden.Sistem undang-undang moden amat penting untuk diperkenalkan kerana ia merupakan syarat mutlak bagi mengkaji semula perjanjian-perjanjian yang dianggap berat sebelah,iaitu perjanjian antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat sekitar tahun 1850-an dan 1860-an, di samping untuk memenuhi perkembangan kapitalisme(industri).

9 Pada tahun 1873,kerajaan Jepun telah melantik seorang peguam Perancis,Gustave Roissonade de Fontarabe sebagai penasihat kepada

Kementerian Keadilan.Peraturan dan sistem undang-undang moden telah


148

berjaya menghapuskan perjanjian-perjanjian berat sebelah dan membentuk sebuah masyarakat industri moden.

e) Pendidikan Bagi mencapai matlamat pembentukan negara sebagai sebuah kuasa ekonomi dan ketenteraan yang moden maka bidang pendidikan diberikan tumpuan penting oleh pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji.Pendidikan

merupakan alat tranformasi untuk mencapai matlamat ini dan kesannya,sistem pendidikan berbentuk moden diperkenalkan. Kerajaan Jepun telah menghantar pelajar-pelajarnya ke seberang laut untuk mempelajari bidang pentadbiran,sains dan teknik perindustrian Barat dan mengambil sejumlah besar pakar untuk mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun di dalam negeri. Pada tahun 1871,ditubuhkan Kementerian Pelajaran dan sistem pendidikan yang seragam.Pada tahun 1886,ditubuhkan Universiti Diraja Tokyo yang merupakan pusat pendidikan tertinggi di Jepun.Universiti ini juga berperanan sebagai sekolah latihan dalam perkhidmatan

awam(pentadbiran),pusat pendidikan dan pusat penyelidikan .Sistem pendidikan Jepun menekankan kepatuhan dan penghormatan terhadap Maharaja dan negara ( nasionalisme),pendidikan berorentasikan Barat dan pendidikan moral (etika Kung Fu Tze).

149

10

f) Kebudayaan

Dalam bidang kebudayaan,berlaku perubahan dalam beberapa kesenian iaitu seni lukis,seni drama dan lain-lain.Seni lukis tradisional Jepun telah dipulihkan dan diperbaharui.Lukisan minyak semakin terkenal dan lukisan gaya Barat terutama penggunaan warna-warna terang begitu diminati. Seni muzik gaya Barat iaitu instrumental dan vokal menjadi semakin terkenal,piring-piring hitam Barat membanjiri pasaran muzik,dan tariantarian Barat antara tarian ballroom.Alat-alat muzik tradisional Jepun iaitu gagaku telah dihidupkan semula dengan gabungan seni muzik tradisional dengan Barat.Seni drama , kabuki zaman Edo yang diminati oleh golongan saudagarsaudagar telah mengalami perubahan penting dan seni drama ini telah mendapat penghormatan sosial yang tertinggi di zaman Meiji. Selain itu,diperkenalkan pementasan sandiwara gaya Barat iaitu, Shingeki.Seiring dengan perkembangan drama,industri perfileman berkembang pesat dengan filem-filem bisu peringkat awal.Industrian perfileman mencapai kemajuan dalam penggunaan teknologi teknik kamera moden,penggunaan sarikata,teknik sinaran tiruan, prop dan sebagainya.

g) Kesusasteraan Dalam bidang kesusasteraan ,berlaku beberapa perubahan dan pengenalan kepada beberapa aliran kesusasteraan baru.Di peringkat awal

Pemulihan Meiji, minat terhadap kesusasteraan Barat semakin meningkat sehingga mendorong kepada penterjemahan karya-karya Barat termasuk terjemahan berbentuk biografi tokoh-tokoh Barat seperti Homer,Shakespeare, Voltaire, Rousseau dan lain-lain.
150

Melaui karya-karya terjemahan ini,masyarakat Jepun terutama golongan elit telah terdedah dengan idea-idea Barat,ilmu pengetahuan dan sains,pemikiran politik,kebudayaan dan social,pendidikan dan sebagainya. 11 Kegiatan penterjemahan telah membawa kepada perkembangan bentuk kesusasteraan baru yang menggunakan perbendaharaan bahasa Jepun gembun itchi iaitu oleh penulis-penulis novel. Antara tokoh-tokoh terkenal ialah Futabatei Shimei dengan karya terjemahannya berjudul Rendezvous(1889). Berdasarkan penterjemahan buku-buku Barat , maka bahasa merupakan bahasa asing terpenting di zaman Pemulihan Meiji Terdapat penulis-penulis Jepun yang mengilhamkan pemikiran Inggeris

politik dan sistem politik Barat antaranya Fukuzawa Yukichi,Kato Hiroyuku dan Itagaki Taisuke.Idea-idea dan pemikiran politik Fukuzawa Yukichi mengenai pemodenan telah menjadi panduan dan semangat kepada pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji.Idea-idea pemikiran dan teori-teori ekonomi yang membawa kepada doktrin laisseze-faire(perdagangan bebas) telah dipelopori oleh Taguchi Ukichi,melaluipenulisannya berjudul 1882. Di negara Jepun juga , berlaku perkembangan Dasar Ekonomi(Keizi Saku) pada tahun

persuratkhabaran.Akhbar yang pertama dalam bahasa Jepun ialah Nisshin Shinjishi (Reliable Daily News) .Penerbitan akhbar menggunakan mesin cetak yang diimport dan ini memperkenalkan industry pencetakan di Jepun.Menjelang tahun 1875,terdapat sejumlah lebih 100 jenis surat khabar dan majalah berkala dicetak di Jepun.

h) Ideologi Rasmi Kokutai

151

Untuk memperkukuhkan semangat nasionalisme dan membina sebuah masyarakat yang mantap terutama dalam menghadapi pengaruh negatif dari Barat maka pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji berpendapat suatu ideologi negara perlu di bentuk.Maka diperkenalkan ideologi rasmi Kokutai yang berhubungkait dengan kerohanian masyarakat Jepun dan sebahagian darinya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Maharaja Jepun yang dianggap suci. 12 Kokutai telah membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat yang memudahkan pemodenan mewujudkan asas negara Jepun.Pemimpin-pemimpin Jepun telah bagi masyarakat dan kerajaan dengan

kerohanian

memperkenalkan agama rasmi iaitu bentuk Shinto Negara.Perkembangan agama Buddha telah disekat oleh pemimpin-pemimpin Pemulihan Meiji bagi membolehkan kerajaan memberikan keutamaan kepada Shinto.Tindakan keras dilakukan terhadap agama Buddha dan patung-patung dari tempat suci Shinto untuk dibakar dan dihanyutkan. Berbanding agama Buddha,ajaran Kung Fu Tze(Konfusianisme) memainkan peranan penting dan bertanggungjawab memperkukuhkan nilai-nilai tradisional yang memberikan rangka etika dan ideologi membawa kepada

kesedaran moral.Ajaran Kung Fu Tze dapat bergabung dan berharmoni dengan berkembang dengan menubuhkan pusat-pusat keagamaan iaitu di Nagasaki( Khatolik Roman),Yokohama(PresbyPterian),dan Hakodate(Gereja Ortodoks

Greek ) pada tahun 1870-an. Perkembangan agama Kristian terhalang kemudiannya dengan kemunculan beberapa persatuan atau kumpulan berfahaman nasionalis seperti Nippon Sin (The Japanese),Nippon Kokkyo Daido-sha (Persatuan Cara Agung,Agama Kebangsaan Jepun ).Persatuan dan kumpulan ini bertekad dan bermatlamat untuk menyanjung tradisi serta warisan Negara dengan

mengenepikan pengaruh kebudayaan Barat.


152

i) Ekonomi Ekonomi Jepun telah menerima yang agak besar daripada era Pemulihan Meiji. Maharaja Jepun percaya bahawa ekonomi moden adalah asas kepada keselamatan dan keagungan nasionalisme.Pemodenan ekonomi juga dilakukan atas dasar kepesatan pertumbuhan penduduk,aktiviti pertanian yang tidak dapat menampung penduduk yang tidak bekerja,kekurangan perniagaan eksport dan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada kelas samurai yang berjumlah 600 000 orang. 13

Pemodenan ekonomi telah dimulakan disektor pertanian dan telah menyumbangkan sebanyak 80 % daripada jumlah pendapatan Jepun pada tahun1870-1880. Selain itu,sebelum ini hak milik tanah adalah dalam kekuasaan Diraja tetapi setelah konsep pemilikan tanah diperkenalkan dari Barat ,semua rakyat mempunyai tanah masing-masing walaupun merek daripada golongan petani.Keadaan ini telah membolehkan kerajaan mengenakan cukai tanah yang menggantikan bayaran cukai kepada golongan feudalisme. Selain itu,ada juga pelajar-pelajar yang dihantar ke luar Jepun

untuk belajar dalam jurusan pertanian dan ada juga pakar yang dibawa masuk untuk meningkatkan lagi taraf teknologi pertanian Jepun.Penggunaan benih

yang diimport dan baja kimia telah diperkenalkan.Tanaman yang digalakkan ketika itu ialah teh dan sutera serta banyak kawasan pertanian yang telah dibuka.

j) Perindustrian Dalam bidang perindustrian ,industri perkilangan telah

153

dipertingkatkan dengan kilang-kilang besi waja dan keluli(industri berat ).Industri ini berperanan dalam industri pembinaan kapal,alat perang dan limbungan kapal tentera laut di Yukusuka. Kilang-kilang besi telah dibangunkan dengan meminjam modal daripada golongan-golongan kaya feudal Jepun.Ini dapat mengurangkan pergantungan ekonomi daripada negara-negara Barat yang berupa pinjaman bank.Kilang-kilang itu telah dibangunkan bagi tujuan memajukan bidang ketenteraan Jepun dalam usaha penaklukan dan pertahanan. Selain daripada kilang pembuatan senjata,kerajaan Jepun juga telah membina kilang sutera,kapas,benang,simen dan kaca.

14 k) Dasar kewangan dan Fiskal

Pemerintahan Tokugawa telah memperkenalkan konsep wang pelbagai.Namun setelah Kementerian Kewangan ditubuhkan system mata wang telah diselaraskan dengan mengambil kira sistem kewangan dari Barat .Pada tahun 1868,mata wang Jepun telah ditukar kepada konsep penggunaan wang kertas.Wang kertas telah ditukarkan daripada Ryo kepada Yen yang ketika itu mempunyai nilai yang sama dengan nilai Dollar Amerika Syarikat. Kerajaan Jepun menghadapi masalah inflasi dan susut nilai mata wang yang diakibatkan daripada perbelanjaan melebihi pendapatan.Ini berlaku kerana proses transisi Jepun dalam pemodenan angkatan tentera ,industri baru
154

dan komunikasi.Menteri kewangan yang bernama Matsukata telah berjaya mengawal keadaan dengan mengenakan cukai yang tinggi ke atas minuman keras dan tembakau serta mengurangkan subsidi kerajaan kepada

syarikat.Dengan ini kerajaan Jepun dapat menarik semula wang kertas Jepun untuk meningkatkan semula nilainya.

l) Politik

Perlembagaan baru dan system politik berparti di perkenalkan. Pada tahun 1868, Carta Pengakuan Lima Artikel telah diperkenalkan dengan memberikan penekanan kepada penubuhan dewan perhimpunan,kebebasan

bermastautin dan pekerjaan,penghapusan kelas keturunan dan hubungan kebudayaan dengan Barat. Maharaja telah memerintahkan supaya perlembagaan dan

parlimen baru dibentuk menjelang tahun 1881.Maharaja Meiji juga telah mengarahkan Ito Hirobumi selaku penyimpan mohor untuk pergi mempelajari teori politik dari Britain,Belgium,Paris,Vienna, dan Berlin

15 . Pengumuman perlembagaan baru telah dibuat secara rasmi oleh

Maharaja pada 11 Februari 1889.Di antara syarat-syarat yang terkandung dalam perlembagaan ini ialah penubuhan sebuah dewan kabinet dan mewujud

parlimen dwidewan( dewan bangsawan dan rakyat).Pilihanraya pertama telah diadakan pada tahun 1890 yang disertai oleh berbagai parti politik.

Kesimpulan
155

Berdasarkan

kepada faktor-faktor yang dibincangkan masalah-

masalah sama ada di peringkat dalaman atau luaran di zaman Kesyogunan Tokugawa telah mewarnai dan mencorakkan keadaan politik,ekonomi,dan sosial negara Jepun. Masalah-masalah ini telah melemahkan dan akhirnya

menyumbangkan kepada keruntuhan Kesyogunan Tokugawa dan sistem feudal di Negara Jepun.

Dengan kejatuhan sistem feudal ini ,ternyata kuasa politik negara Jepun telah dikembalikan kepada Kerajaan Imperial atau Maharaja Jepun.Maharaja Meiji.Ini merupakan antara salah satu peristiwa sejarah yang penting untuk mencorak dan mempengaruhi pembentukan negara Jepun moden.

Secara umumnya ,dasar pemulihan Meiji (1868-1912) telah membawa negara Jepun ke arah matlamat sebuah negara perindustrian yang kaya dan memiliki kekuatan angkatan tentera ( politik ) yang dianggap moden.Pencapaian dalam pelbagai bidang terutamanya melalui hubungan dengan Barat mendorong kepada pemodenan negara Jepun.

Natijahnya , ini meletakkan Jepun sebagai negara tunggal di Asia yang muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi dan ketenteraan,setaraf dan dapat menyaingi kuasa-kuasa Barat.

156

Matapelajaran

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS ) Interaksi Tamadun Asia Dan Relevensinya Dan Dunia (Tamadun Cina) Di Malaysia

9.1. Tamadun

Cina

dalam

pemantapan

Tamadun

Malaysia dan dunia 9.1.1. Kepercayaan UNIT 9 9.1.2. Kebudayaan 9.1.3. Sosial 9.1.4. Teknologi 9.1.5. Ilmu pengetahuan 9.2. Kekuatan Tamadun Cina sebagai sumber rujukan 9.2.1. Kesenian 9.2.2. Konfusionisme 9.2.3. Globalisasi 9.2.4. Sains dan teknologi

Pengenalan Tamadun China Tamadun China telah wujud sejak tahun 4000 SM bersama budaya Yangshao dalam era Neolitik di China.Menurut Sivachandran dan Letchumanan (2001) tamadun awal China wujud sejak tahun 2000 SM.Di sekitar tahun 3950 hingga 1700 SM terdapat sebuah penempatan penduduk di lembah Sungai Kuning atau Huang He di barat yang menjalankan aktiviti pertanian hingga ke lembah Sungai Wei di sebelah timur.Perkembangan masyarakat awal di sepanjang zaman Neolitik dengan sokongan sungai-sungai utama ini telah membentuk kepada perkembangan tamadun China. Pengaruh Konfusionisme
157

Konfusius mempunyai nama kecil Kong Qiu atau Zhong Ni yang di lahirkan pada zaman pemerintahan Raja Ling dari Dinasti Zhou pada tahun 551 SM di desa Chang Ping dalam kota Lu yang dikenali dengan nama Chu Fu,propinsi Shandong.Kini Wilayah Shantung di barat daya China.Beliau meninggal dunia pada tahun 472 SM pada zaman pemerintahan bangsawan Ai,pada usia 73 tahun.Namun ada setengah catatan mengatakan beliau meninggal pada tahun 479 SM. Konfusius sangat terkenal dengan ajarannya yang dikenali sebagai ajaran Konfusionisme yang menekankan kepada empat prinsip utama iaitu; i. Kemanusiaan

ii. Maruah diri iii. Kesopanan dan kesusilaan iv. Hubungan baik sesama manusia Ajaran Konfusius terkandung dalam buku klasik Analeka atau Lun Yu yang ditulis oleh pengikutnya.Dalam ajarannya beliau memberi penekanan kepada nilai moral yang tinggi.Untuk mendapatkan nilai moral ini seseorang itu mestilah mendapat pendidikan.Prinsip moral seperti kemanusiaan atau ren,kesusilaan atau li,hormat ibu bapa atau xiao mestilah diamalkan oleh semua golongan masyarakat. Penghayatan nilai-nilai moral Konfusius ini telah menjadi asas

kepada pembentukan kehidupan bermasyarakat.Masyarakat Cina menjadikan ajaran ini sebagai satu kepercayaan.Untuk meningkatkan kualiti moral manusia Konfusius menekankan kepada pendidikan.Beliau telah memperkenalkan beberapa konsep berkaitan pendidikan seperti zub shi zhong tao lei iaitu mengajar semua orang tanpa diskriminasi dan yin cai chi jiao iaitu mengajar berasaskan kebolehan dan keperluan.Bagi membangunkan sebuah negara yang cemerlang pendidikan dijadikan asas utama.Disebabkan pengaruh ajaran Konfusius begitu kuat masyarakat Cina telah menjadikan beliau sebagai dewa mereka.Beberapa intipati ajaran Konfusius adalah seperti berikut;

158

Lima sifat kekekalan atau Wu Chang yang menekankan kepada cinta dan kasih (ren),kebenaran,keadilan,kewajipan (zhi) dan dapat dipercaya (xin). Lima hubungan sosial atau Wu Lun yang menekankan kepada hubungan antara pimpinan dan orang bawahan,hubungan antara suami dan isteri,hubungan antara orang tua dan anak,hubungan antara kakak dan adik dan hubungan antara kawan dan sahabat.Konsep yang dianjurkan oleh Konfusius ini adalah berasaskan kepada sistem dan keluarga yang menganjurkan lima hubungan nilai-nilai ini dapat (yi),kesusilaan,kepantasan (li),bijaksana

keharmonian,keadilan

perpaduan.Konsep

melahirkan sifat-sifat taat setia,hormat,bertolak ansur dan memupuk sifat penyayang.Oleh itu ia boleh diterima pakai dalam hubungan yang lebih besar dalam masyarakat atau dalam sesebuah negara. Delapan kebajikan atau Ba De yang memberi perhatian kepada laku hati (xiao),rendah hati (ti),satya (zhong),dapat dipercaya (xin),susila (li),bijaksana (yi),suci hati (lian) dan tahu malu (chi).Ajaran ini telah menjadi pegangan masyarakat Cina yang banyak mempengaruhi perkembangan tamadun China dari segi budaya dan peradaban serta cara hidup mereka. Konfusius juga banyak menghasilkan kitab-kitab yang menjadi ikutan masyarakat Cina.Antara kitab-kitab karangan beliau adalah seperti; Lima Kitab Suci 1.Kitab tentang kejadian/perubahan(The book of change/Yi Jing) yang

merupakan kitab tertua yang mengandungi falsafah hidup yang tinggi yang menghubungkan kejadian alam semesta dengan berbagai perubahan terhadap kehidupan sehari hari. 2.Shu Jing kitab tentang sejarah. 3. Shi Jing kitab tentang sajak. 4.Li Jing kitab tentang upacara.
159

5.Chun Qiu kitab tentang musim bunga dan musim gugur.

Empat Buku 1.Buku tentang pelajaran besar (The great learning/Da Xue) sebuah buku panduan pembinaan diri dengan moralitas tinggi di dalam

kehidupankeluarga,masyarakat,negara dan dunia. 2.Buku kumpulan ujaran (The analects/Lun Yui) yang merupakan buku catatan segala pesanan dan nasihat Konfusius kepada anak muridnya. 3.Pokok-pokok pelajaran Mencius (The Principle Of Mencius/Meng Zi) adalah sebuah buku tulisan Mencius yang mempertahankan ajaran Konfusius yang berlandaskan cinta kasih dan kebenaran. 4.Buku tentang jalan tengah (The Doctrine Of The Mean/Chung Yung) ini ditulis oleh Zi Shih,cucu kepada Konfusius yang memuatkan panduan pembinaan diri dengan beriman kepada yang maha tinggi. Ajaran Konfusius ini bukan saja tersebar di seluruh negara China malah turut tersebar ke negara-negara di luar China.Di Eropah dan Amerika pengaruh Konfusius telah berkembang dengan pesat seperti dalam revolusi Perancis yang memperjuangkan Liberty (kebebasan),Equality (persamaan) dan Fraternity (persaudaraan) yang berasal daripada ajaran Kemanusiaan (Humanism) Konfusius. Begitu juga dengan Piagam Kemerdekaan Amerika Syarikat (Declaration Of Independence) sangat terpengaruh dengan ajaran Konfusius.Ini terbukti dengan pengakuan yang dibuat oleh Thomas Jefferson dalam perbahasan berkaitan naskah tersebut.Negara-negara Asia seperti Korea,Jepun,Vietnam,Singapura dan Taiwan banyak menerima pangaruh Konfusius. Sehingga hari ini ajaran-ajaran Konfusius masih tersebar luas melalui internet terutama di luar negara Asia.
160

Dengan ini jelas kepada kita bahawa perkembangan tamadun China telah banyak mempengaruhi sistem peradaban,kekeluargaan,sosial,moral,pendidikan dan juga ekonomi masyarakat negara luar melalui pengaruh ajaran Konfusius yang menjadi pegangan dan amalan serta budaya masyarakat China.

Kesenian Tamadun China juga mempunyai pengaruh dalam bidang kesenian.Beberapa hasil kesusasteraan telah dihasilkan seperti buku yang bertajuk The Art Of The War yang menceritakan tentang strategi peperangan.Buku ini telah dikarang oleh seorang penulis bernama Sun Zi pada awal kurun ke 14 SM.Puisi pula telah berkembang pada zaman Dinasti Tang (618 907 Masihi).Antara tokoh yang terkenal pada zaman itu ialah Du Fu,Li Bai,Li Po dan Po Chu-I.Penulisan novel telah berkembang pada zaman Dinasti Yuan.Kesusasteraan China berkembang dengan adanya sokongan daripada pihak kerajaan.Pada zaman Han,Ssu-ma Chien telah mengembangkan sastera prosa melalui karyanya yang bertajuk Shih Chi yang menceritakan keadaan sosial,kerajaan,sejarah,pemimpin dan aspekaspek pengetahuan yang lain. Pada zaman ini juga telah berkembang penulisan sajak dan cerpen.Pada masa itu golongan terpelajar mesti mampu bersajak untuk menonjolkan pengetahuan dan pemikirannya. Dalam bidang senibina pula bermula dengan pembinaan tembok besar China pada zaman Dinasti Zhou.Kemudian diteruskan oleh Maharaja Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Qin dengan menyambung tembok-tembok besar tersebut untuk tujuan pertahanan dan perlindungan yang dikenali sebagai Tembok Besar China.Pembinaan tembok ini mengambil masa dari tahun 228 SM hingga 210 SM.Panjang tembok ini ialah 2410 kilometer,tingginya 40 hingga 50 kaki.Seperti yang diketahui umum tembok ini termasuk dalam senarai satu daripada tujuh benda ajaib di dunia.Bandar-bandar di China purba juga mempunyai tembok batu.Ada juga tembok yang dibina dengan tanah liat dan batu bata.Dalam
161

kawasan tembok ini terdapat istana maharaja.Kuil dan pagoda juga merupakan binaan penting.Kuil terdiri daripada beberapa bangunan yang mempunyai tempat tinggal,ruang tamu dan pusat pemujaan.Pagoda pula dibina bertingkat-tingkat dan berbentuk oktagon atau segi empat sama. Pengukiran patung yang diperbuat daripada batu jed,gangsa,tanah liat,batu dan kayu turut berkembang pada zaman Dinasti Han.Ukiran juga dibuat pada dinding dan gua.Seorang pengukir terkenal bernama Shang telah mengukir patung kecil menggunakan batu jed dan batu kapur.Pada masa ini juga berkembangnya pembuatan tembikar dan barangan seramik.Gangsa juga dibuat bekas makanan dan air yang diukir dengan corak geometrik dan haiwan.Pada zaman Dinasti Tang (abad ke 18) ukiran pahat (sculpture) telah berkembang seiring dengan seni lukis.Agama Buddha telah mempengaruhi seni ukiran patung di kuil-kuil cohtohnya patung yang terkenal iaitu Lung Men.Secara perlahan-lahan orang Cina telah menggantikan ukiran patung kepada patung kuda dan pahlawan Cina. Lukisan pula dibuat pada kain sutera,tembikar dan sampang.Lukisan pada masa itu adalah berkaitan gambar manusia,gambar yang berlatarbelakangkan peristiwa mitos dan peristiwa benar.Antara tokoh pelukis terkenal adalah seperti Wu Tao Yuan yang juga merupakan seorang sami Buddha pada zaman Dinasti Tang.Seni lukis telah berkembang maju pada zaman Dinasti Song dengan munculnya dua orang pelukis terkenal Kuo His dan Mei Fei. Seni muzik juga turut berkembang pada zaman Dinasti Yuan.Alat-alat muzik tradisional Cina diperbuat daripada buluh kerana buluh banyak terdapat di Negara China.Orang-orang Mongol telah bawa masuk alat muzik Hu Qin atau Kecapi yang dimainkan seperti biola.Maharaja Dinasti Tang telah menubuhkan Kolej Pear Garden untuk melatih bangsawan Cina.Drama dan teater telah berkembang selepas itu. Seni tulisan kaligrafi juga turut berkembang di China.Sistem tulisan terawal China dikenali sebagai tulisan Shang yang menggunakan gambar dan simbol untuk menggambarkan sesuatu perkara.Pada zaman Dinasti Shang terdapat
162

lebih 3000 simbol yang dikenali sebagai ideogram atau ideografik yang menjadi asas kepada tulisan Cina sekarang.Alat tulis pada zaman itu diperbuat daripada berus dan kayu runcing yang ditulis pada kulit siput,kura-kura,batu

jed,sutera,tembikar dan kepingan buluh yang kemudian diikat menjadi buku.

Sains Dan Teknologi Tamadun China menganggap astronomi sebagai ilmu sains negara.Masyarakat Cina mengamalkan konsep keseimbangan antara dua kuasa iaitu Yin (kuasa pasif) dan Yang (kuasa aktif) yang membolehkan seseorang itu berkeadaan sihat.Konsep Yin dan Yang ini telah digunakan sebagai asas perubatan tradisional China.Orang China merupakan bangsa yang pertama membuat kertas daripada kulit mulberi dan bahan-bahan terpakai.Teknologi ini telah diperkenalkan oleh Chai Lun pada 105 Masihi.Beliau telah mencampurkan bahan mentah seperti rami,buluh dan sayur-sayuran yang dicincang dan dijadikan pulpa.Kemudian pulpa ini diratakan pada skrin poros,dituskan dan dikeringkan dalam kepingan yang nipis.Pengaruh Konfusius juga turut menjadi pegangan para saintis Cina iaitu dalam mencari kebenaran atau jawapan secara saintifik mereka perlu bersikap jujur kerana dengan mengamalkan sikap jujur ini kejayaan akan tercapai.Pemprosesan gula daripada tebu juga bermula dari China.Begitu juga dengan penciptaan alat-alat tulis,alat-alat muzik,alat-alat memproses tembikar yang kesemuanya ini menunjukkan negara China adalah pelopor kepada perkembangan teknologi yang terawal seperti pengakuan yang dibuat oleh Paul Kennedy bahawa masyarakat Cina telah mencapai kemajuan teknologinya lebih awal berbanding Barat.

163

Kesimpulan Daripada huraian di atas jelas menunjukkan bahawa Tamadun China mempunyai pengaruh yang besar terhadap perkembangan tamadun negara lain.Kebanyakan negara di dunia menjadikan tamadun China sebagai sumber rujukan penting yang mempengaruhi pembinaan tamadun mereka.Pengaruh yang paling nyata ialah ajaran Konfusius yang tersebar luas ke seluruh dunia melalui perdagangan yang di pelopori oleh pedagang-pedagang Cina. Sebahagian daripada ajaran yang terdapat dalam lima kitab dan empat kitab Konfusius seperti hubungan antara suami isteri,hubungan orang tua dan anak,hubungan adik geradik dan hubungan kawan dan sahabat masih jelas diamalkan dalam masyarakat Cina hari ini. Perkembangan bidang kesenian dalam tamadun China juga banyak

mempengaruhi bentuk senibina,lukisan dan ukiran di negara-negara Asia lain. Sehingga hari ini dapat dilihat dengan jelas rekabentuk bangunan yang mempunyai ciri-ciri kecinaan di merata tempat.Contoh yang paling dekat dapat dilihat pada bangunan kedai,kuil,bangunan Pagoda yang masih terdapat di Pulau

164

Pinang adalah bukti pengaruh tamadun China yang berkembang hingga ke Malaysia. Negara China adalah tapak permulaan perkembangan ilmu sains dan teknologi.Tidak hairanlah tamadun China menjadi sumber rujukan utama dalam perkembangan tamadun negara-negara luar lain. Contohnya dalam bidang pertanian yang diamalkan oleh para petani sebelum terciptanya mesin-mesin adalah diambil daripada tinggalan tamadun China.Ciptaan alat-alat pertanian seperti tenggala,kereta sorong beroda dan penyisir air adalah hasil dari pengaruh tamadun Cina yang bukan saja diamalkan oleh masyarakat Cina malah masyarakat Melayu juga.Sistem pertanian moden juga bermula dari tamadun Cina Contohnya pembinaan sistem saliran,tanaman di lereng-lereng bukit,sistem tanaman bergilir untuk suburkan tanah.Sistem ini masih dipraktikkan oleh golongan petani di merata tempat hingga hari ini. Dengan ini adalah amat jelas bahawa tamadun China memang menjadi sumber rujukan bagi tamadun negara-negara lain di dunia yang wujud selepas itu.

RUJUKAN 1. Michael H.Hart (2006).Senarai 100 Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah.Golden Book Centre Sdn.Bhd.Selangor Darul Ehsan. 2. Mohd Rosdi Mahamud (Nov. 2008).Tamadun Islam Dan Tamadun Asia.IPGM Kampus Perlis. 3. Haji Nasir Haji Sulaiman:Mary Tan Swee Ee:Ros Maria Chin

(2007).Pendekatan

Diagramatik

Sejarah

S.P.M.Sasbadi

Sdn.Bhd.Selangor Darul Ehsan. 4. Paul Strathern : Seri Tokoh Filsuf ,90 minit Bersama Confusius:Earlangga

165

5. Vita Mind:Seni orakel Tiongkok Kuno I-Ching:Pustaka Utama 6. Tsai Chih Chug:Pepatah Confusius.Elix Media Komputindo.PT. 7. http//zhidau.baidu.com dilayari pada 12/12/08 8. http//id.wikipedia.org/wiki/Agama_Khonghucu dilayari pada 8/12/08 9. http//www.wihara..com dilayari pada 8/12/08 10. Blog Muslim Penggerak Sejarah,Tamadun China,Wednesday,August 15,2007. 11. www.wikipedia.com dilayari pada 9/12/08 12. www.geocities.com/cominglucky/tmanusia.htm - dilayari pada 10/12/08

166

Matapelajaran

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS ) Interaksi Tamadun Asia Dan Relevensinya Dan Dunia (Tamadun India ) Di Malaysia

UNIT 10

10.1. Iktibar daripada Tamadun India: 10.1.1.Pandangan semesta dan nilai-nilai yang relevensi kepada Malaysia 10.1.2. 10.1.3. Sifat penerimaan Sifat toleransi

10.2. Nilai-nilai Tamadun India

167

Pengenalan Tamadun India

Negara India terletak di bahagian Selatan benua Asia. Keluasan negara India ialah 2,354, 175 km persegi. Negara India boleh dibahagikan kepada dua kawasan geografi iaitu India Utara dan India Selatan. Kedua-dua kawasan ini mempunyai rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya dan amalan keagamaan yang berbeza. Kedudukan geografi terletak antara Lautan Hindi dan Pergunungan Himalaya, terbahagi kpd dua bahagian utama iaitu India Utara (Indo Arya) dan Selatan (Dravida). Faktor bentuk muka bumi ini menyebabkan dua kebudayaan yang berbeza dari aspek bentuk fizikal, bahasa, budaya serta amalan keagamaan

168

Tahap Perkembangan Tamadun India

Zaman Kuno (1500 s.m. 1200 m) Menyaksikan kedatangan orang Aryan dari Asia Tengah dan menguasai beberapa bahagian di India seperti Lembah Ganges-Jamuna-Doab. Penguasaan orang Aryan ini dikenali sebagai zaman Vedile. Zaman ini pula dibahagikan kepada dua zaman iaitu Vedile Awal (1500 s.m. 100 s.m) dan Vedile Akhir (1000 s.m. 500 s.m.) Interaksi antara orang Aryan dengan penduduk tempatan melahirkan budaya Indo-Aryan. Pada tahun 321 s.m. muncul pula Dinasti Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dan dibantu oleh anaknya Asoka. Mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan yang lebih penting dalam perkembangan agama Buddha dan Jainism. Pada tahun 320-520 s.m. muncul pula Empayar Gupta yang terkenal dengan perkembangan kesusasteraan Hindu dan seni bina kuil. Pada masa ini juga lahir kerajaankerajaan kecil seperti Chera, Cola dan Pandhya

Latarbelakang Perkembangan Tamadun India

Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000 s.m. di benua Lumeria di Selatan India. Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. wujud penempatan manusia di kawasan Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India. Sekitar 3,000 s.m. penemuan kesan-kesan tamadun Lembah Indus yang merangkumi kawasan-kawasan Mohenjodaro di daerah Montgomery. Penemuan
169

arkeologi membuktikan masyarakat di Lembah Indus sudah mencapai tamadun yang tinggi. Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.

Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setalah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges. Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.

170

Lokasi Tamadu Lembah Sungai Indus

Tamadun Lembah Sungai Indus (3000 SM1500 SM) Mempunyai jalan raya yang terancang dan sistem perparitan dan

longkang yang tertutup bagi menjamin kesihatan penduduk. Pembinaan kolam permandian yang air kolamnya boleh dikosongkan dan diisi semula bagi kegunaan aktiviti keagamaan . Mewujudkan benteng pengawal banjir demi keselamatan masyarakat. Gudang diwujudkan bukti kemajuan dlm bidang ekonomi yg digunakan utk menyimpan bijirin. Berkaitan agama pula Cap Mohor dan gambar menunjukkan seorang yang duduk bersila seolah-olah membuat yoga. Ditafsirkan sebagai bentuk pemyembahan terawal masyarakat India. Patung-patung wanita pula

membuktikan penyembahan kepada Dewa Ibu yg amat popular dikalangan masyarakat Tamil, India Selatan.
171

Dari segi perkembangan Bahasa pula wujud tulisan berbentuk piktografik. Ini menandakan masyakat India Tamadun Lembah Sungai Indus merekodkan ilmu mereka melalui kaedah ini. Faktor Pengangkutan melibatkan penemuan gambar perahu dan kereta lembu, dipercayai sebagai pengangkutan utama pada masa itu. Penemuan Rangka Manusia Terbahagi kepada 3 jenis iaitu i)Mediterranean Proto yang kepala panjang hidung sempit ii) Austroloid Proto yang hidung leper, bibir tebal & kepala pendek. iii) Armenoid yang kepala melengkung tinggi.

Kesan Peninggalan Tamadun Lembah Sungai Indus Pencapaian Tamadun Lembah Sungai Indus. Rumah-rumah daripada batu-batu salai mempunyai bilik air dan perigi. Jalan-jalan berukuran 10 M lebar. Sistem perparitan dibina selari dengan jalanraya dan tertutup. The Great Bath berukuran 11.8m panjang, 7m lebar, 2.4m dalam, tangga 2.4m lebar.

172

Benteng pengawal banjir dibina setinggi 13.1m tinggi bagi menghalang limpahan air Sungai Indus. Gudang penyimpan bijiran yang besar yang menunjukkan pertanian dan perdagangan berlaku dengan meluas. Selain daripada itu Chop mohor bergambar yoga, patung-patung wanita untuk penyembahan kepada Dewa Ibu dan tulisan piktografik atas ila(va) pohon kaspa, min (ikan, binatang) serta pengangkutan perahu dan kereta lembu.

173

Kejatuhan Tamadun Lembah Sungai Indus pada tahun 1500 SM atas beberapa faktor seperti berikut iaitu i) banjir besar. ii)serangan wabak

penyakit yang serius. iii)peperangan antara penduduk Tamadun Lembah Sungai Indus dan orang-orang Parsi.

Pandangan Semesta

Pandangan semesta yang menerima kepelbagaian, perbezaan dan pertentangan terserlah pada agama,falsafah,kehidupan sosial dan politik masyarakat India sejak bermulanya tamadun. Dalam hal tersebut demi kepentingan bersama terutama dalam meningkatkan perpaduan serta untuk membangun masyarakat kepentingan diperingkat tertinggi boleh menerima secara relativisme-pluralisme diperingkat duniawi. Realiti sosial digambarkan sebagai totaliti berbeza, di mana perbezaan diterima sebagai sah kerana mereka hilang kepentingan diperingkat tertinggi. Kontradiksi dibolehkan dalam pemikiran dan pandangan atas alasan untuk menyesuaikan dalam aspek tertentu.

Tahap Perkembangan Agama:

174

Terdapat tiga tahap perkembangan agama Hindu iaitu Zaman Vedik/Ortodoks, Zaman Heterodoks dan Zaman Moden. Agama pada Zaman Vedik. Agama mereka dipanggil Sanathara Dharma Hindu ialah panggilan yang digunakan oleh orang Parsi. Dharma ialah sistem kerohanian/etika. Veda ialah Vid bererti pengetahuan rohani dan mengetahui bukan dari mata kasar. Ia melihat dari dua sudut: Objektif langit, bumi, hujan. Subjektif melihat dengan akal.

Kitab-kitab suci Veda SAMHITA SMIRTI


175

Shukta/matra mazmur dari Tuhan. Brahmana Cara penggunaan mantra. Aranyaka Ajaran batin dan upacara keagamaan. . Upanishad Kesimpulan bersifat falsafah. Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda, Atharva Veda

Ajaran dari orang alim dan boleh diubah.

Perkembangan agama Veda Poletheisme Percaya kepada banyak dewa.

Henotheisme Memuja sesuatu dewa sahaja sebagai manifestasi untuk semua dewa. Monotheisme Penyembahan kepada dewa yang satu.

Monisme Segala sesuatu berasal dari Tuhan. Ukta dalam Rig Veda, Agni dalam Yajur Veda, Mahavrata dalam Sama Veda.

Agama Zaman Heterodoks Buddhisme Ajaran psikologi, etika berkaitan dengan penghidupan. Tidak mengajar hal ketuhanan.

Jainisme Sebab dan akibat menentukan kelahiran semula roh-roh individu.

Hinduisme Purana Reaksi rerhadap Buddhisme dan Jainisme. Mahabhrata, Ramayana, Bhagvadgita, Krishna, Rama.

Agama Dan Falsafah Agama Hindu Berasal dari Sungai Sindhu (Indus) dan juga dikenali sebagai Sanata

Dharma iaitu peraturan kerohanian yang kekal dan abadi. Mereka mempercayai wujudnya beberapa tuhan dan tuhan mereka juga mempunyai 3 fungsi iaitu:176

i. ii. iii.

Mencipta (Brahman) Memelihara (Vishnu) Membina (Siva)

Agama Hindu juga mempercayai hukum karma di mana ianya berhubungkait dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Agama Hindu ini pernah mencapai zaman kegemilangan di zaman Gupta 320520 M. Agama ini percaya bahawa tuhan mempunyai enam aliran ,iaitu Saivisme, Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaramdan Saura. Sejak zaman empayar Maurya, agama ini telah menjadi agama yang penting dan memaparkan dominasi golongan Brahmin. Agama ini mendapat saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka. Kegemilangan agama Hindu muncul pada masa empayar Gupta. Penganut agama Hindu juga mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Mosyak, iaitu kebebasan mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh yang demikian, seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar Moksyak dapat dicapai. Dalam Tamadun India, mereka mengamalkan sistem monarki atau sistem beraja di mana mereka mempunyai dua golongan iaitu golongan Ksyatria dan golongan Brahmin. Dari segi perundangan, tamadun India mengamalkan undang-undang maharaja sebagai titah dan perintah pada dinasti Mourya, manakala semasa

pemerintahan Raja Asoka, konsep undang-undang adalah beteraskan kepada kesejahteraan rakyat.

177

Tamadun ini juga berkembang pada zaman Chandra Gupta Mourya dengan menyatukan kerajaan kecil di utara India. Dari segi ekonomi, masyarakat India sememangnya terkenal dengan aktiviti perdagangan dan perindustrian dan sehingga ke hari ini, kita masih dapat melihat aktiviti perdagangan yang dilakukan oleh masyarakat India. Di India juga, mereka menggunakan matawang sebagai cara menguruskan sistem perdagangan mereka dan mengenakan cukai pada barang-barang dagangan. Dari segi pendidikan, India mengamalkan agama mereka dengan merujuk kepada kitab-kitab Veda iaitu kitab yang berasaskan agama Hindu. Bidang fisiologi yang berkaitan dengan Yoga adalah merupakan kejayaan tamadun India dalam bidang sains sehingga ianya diiktiraf sebagai cara perubatan yang berkesan dalam bidang kesihatan sehingga ke hari ini. Walaubagaimanapun dalam konteks sosial, India masih mengamalkan sistem kasta sehingga mewujudkan suasana berpuak dalam masyarakat mereka sendiri. Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai enam aliran ,iaitu Saivisme, Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaramdan Saura. Sejak zaman empayar Maurya, agama ini telah menjadi agama yang penting dan memaparkan dominasi golongan Brahmin. Agama ini mendapat saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka. Kegemilangan agama Hindu muncul pada masa empayar Gupta. Penganut agama Hindu juga mempercayai Hukum Karma yang bersabit dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Mosyak, iaitu kebebasan mutlak. Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh yang

178

demikian, seseorang itu perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar Moksya dapat dicapai. Kesan Agama Hindu Dalam Kehidupan Masyarakat Senibina - Senibina Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta. Kuilkuil menggunakan ukiran Hindu. - Senibina Buddha bermula pada zaman Maurya, Asoka dan Vedik dengan menampilkan struktur stupa Buddha.

Kemasyarakatan dan Kekeluargaan - Mengamalkan sistem kasta di mana masyarakatnya dibahagikan kepada a. Brahmin golongan agama dan kerohanian b. Ksytria tentera dan keselamatan c. Vaisya peniaga d. Sudra petani - Terdapat 4 peringkat kehidupan (ASRAMA). Kitab Jabala Unapishad menjelaskan 4 peringkat tersebut iaitu: a. Brahmacarya b. Ghastra c. Vanaprahasta d. Sannayasa

- Kaum wanita mendapat tempat istimewa dalam masyarakat sejak zaman tamadun Lembah Indus dan dikenali sebagai Mother Goddes. Ilmu Sains dan Matematik

179

a. Fizik dan Kimia konsep jirim diperkenalkan. Ala mini terdiri dari 5 elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa. b. Perubatanperkembangan bidang Fisiologi, pembedahan, seni

pernafasan (Yoga), reproduksi manusia, farmakalogi, perubatan binatang. Buku perubatan terkenal ialah Cakara dan Susruta. c. Matematik menggunakan kaedah tali (Sulvasutra). Menggunakan konsep Geometri dalam upacara-upacara agama. Memperkenalkan sistem perpuluhan. Karya matematik yang terkenal ialah Bakshali dan Aryabhatiya. d. Astronomi India pelopor bidang astronomi. Unsur matahari, bulan, bintang dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab Rig Veda ada keterangan mengenai lintasan matahari dibahagikan kepada 12 bahagian dan satu bulatan dibahagikan kepada 36 bahagian yang bermaksud 360 hari dalam setahun iaitu 12 bulan.

Bahasa dan Sastera - Masyarakat Indo-Arya (bahagian utara) bahasa Sanskrit. - Masyarakat Dravidia ( bahagian selatan) bahasa Tamil. - Terdapat dua jenis kesusasteraan berdasarkan bahasa Sanskrit dan bahasa Dravidia. - Karya-karya epik yang utama ialah Ramayana, Mahabrata dan

Buddhacharita. - Tema-tema yang dibincangkan a. Ramayana peperangan antara Rama dan Ravana b. Mahabrata peperangan antara Kaurava dengan Pandara c. Arthasastra aspek-aspek politik, ekonomi, pengurusan,

kesejahteraan negara dan ketatanegaraan.

180

Nilai Moral Dalam Pelbagai Tamadun-Tamadun India

Nilai moral dalam tamadun India didasari agama Hindu - percaya kpd doktrin karma. Ia membolehkan seseorg melakukan kebaikan & kebajikan - kebenaran mutlak, kebersihan badan & fikiran, jauhi kejahatan & kekerasan. Amalan moral tamadun ini juga dipengaruhi oleh; i- Kesusasteraan Vedik kitab-kitab Veda, Brahmana dan Upanishad ii- Kesusasteraan Epik Mahabrata dan Ramayana. Antara nilainya; i. ii. iii. iv. v. vi. Menolak kemewahan hidup Suami mesti menyayangi isteri Dilarang minum arak Mentaati ibubapa Menguasai nafsu Keadilan dlm pemerintahan

Pengaruh Tamadun India Kepada Perkembangan Kemanusiaan.

Keagamaan dan Kepercayaan


181

Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan berkembang luas di Asia Tenggara.Dimana dibahagian utara Asia Tengara dimonopoli oleh agama Buddha walau bagaimanapun kerajaan melayu Champa adalah beragama hindu dan meningalkan kesan kesan peradaban Melayu-Hindu seperti Angkor wat di Jawa terdapat Chandi Bourbodor di semenanjung Tanah Melayu terdapat Chandi Lembah Bujang dan Kerajaan Sriwijaya di Pulau Sumatra.Dalam Tamadun China juga dapat dilihat kesan kesan pengaruh Tamadun India dimana Sebahagian Besar Masyarakat China adalah beragama Buddha.Ini terjadi berikutan Terjalin hubungan dagang antara masyarakat india dan china. Berlaku Sinkritisme antara agama Hindu-Buddha dan kepercayaan masyarakat pribumi.

Kesenian dan Hiburan

Paling berkesan dari segi senibina khususnya dalam pembinaan Candi dan Kuil. Contohnya seperti Angkor Wat, Candi Borobudur.Selain itu Persembahan Wayang kulit juga adalah bukti yang jelas kesan pengaruh Tamadun India.Cerita wayang kulit adalah adaptasi dari kitab Mahabratha dan Ramayana
182

183

Bahasa dan Kesusast eraan

Masyarakat Asia Tenggara menggunakan bahasa Sanskrit sehinggalah kedatangan agama Islam. Buktinya melalui penemuan prasasti-prasasti Talang Tuwo/Kedukan Bukit yang menggunakan bahasa Sanskrit.Terdapat penggunaan bahasa Sanskrit seperti syurga, neraka, Sembahyang dan sebagainya. Kemasukan epik terkenal seperti Ramayana dan Mahabrata. Ia dikenali dengan nama yang berbeza di Thailand (Ramakien), Tanah Melayu (Hikayat Seri Rama), manakala karya Mahabrata juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa, Hikayat Panca Delima dan Hikayat Sang Boma dan karya sejarah agung iaitu Negarakertagama.

Pemerintahan dan Kerajaan

Kemunculan kerajaan di Asia Tenggara seperti Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai/Ayuthia, Langkasuka, Tambaralinga, Folo-an, Kedah Tua/Gangga Negara, Mataram, Singgasari, Majapahit dan Srivijaya. Idea Polit ik dan Berkerajaan Konsep kosmologis yang meletakkan raja di tempat yang teratas. Raja dianggap sebagai penjelmaan Dewa Vishnu dan Siva. Dalam peradaban berkerajaan Melayu Raja tidak boleh disentuh.Raja dianggap Berdaulat jika ada yang derhaka akan terkena daulat raja. Pemerintahan raja
184

yang berpandukan kepada kitab-kitab perundangan dalam pemerintahan. Kitabkitab ini adalah mengambil beberapa aspek dari sistem perundangan Hindu seperti Kitab Dharmasutra/Hukum Kanun Manu.

Pengaruh India terhadap budaya Melayu

Sebelum kedatangan agama Islam di tanah Melayu, masyarakat Melayu dipengaruhi oleh konsep ketuhanan agama Hindu. Semangat pemujaan adalah dipengaruhi oleh kejadian alam sekeliling. Contohnya: Semangat Angin(Mambang Angin) Semangat Air(Hantu Ayer) Semangat Matahari(Mambang Kuning)

Hikayat-hikayat Melayu banyak dipengaruhi oleh kepercayaan agama Hindu.Contohnya Hikayat Marong Mahawangsa Anamisme Semangat dan roh itu harus dihormati dan dipuja agar ketenteraman manusia tidak diganggu, contohnya memuja roh nenek moyang. Unsur-unsur alam juga dipuja seperti air, api, pokok, matahari, bulan dan bintang.

Pengaruh India Pada Masa Kini Makanan- rempah ratus Pakaian- sari Adat istiadat diraja Tamadun India agak unik jika dibandingkan dengan tamadun asia yang lain. Ini kerana pengaruhnya begitu menyeluruh dari aspek politik, dan sosial. Walau bagaimanapun, di Tanah Melayu/Malaysia secara amnya
185

pengaruh agama Hindu tidak kekal, begitu juga dengan pengaruh budaya India semakin dipinggirkan.

Kesimpulan Tamadun India adalah salah satu tamadun yang terawal dalam sejarah peradaban manusia. Seperti mana tamadun-tamadun lain di dunia, Tamadun

186

India terhasil atau pun wujud hasil daripada dokongan agama, iaitu agama Hindu. Di atas kepercayaan dan pengamalan agama Hindu wujudlah aspekaspek ketamadunan seperti kewujudan bandar-bandar, hasil-hasil seni, kota pemakaman, kuil-kuil Hindu, ukiran-ukiran patung yang merupakan manifestasi daripada ajaran agama itu sendiri. Hubungan perdagangan yang meluas telah membawa bersama

barangan, agama, kebudayaan, kesenian, dan hiburan tamadun India keseluruh pelusuk dunia. Kesan daripada hubungan dagang ini berjaya mengasimilasikan aspek ketamadunan India dalam bangsa-bangsa yang berhubung dagang dengan India. Ini dapat dilihat dari segi anutan agama Buddha yang tersebar sehingga ketimur jauh. Manakala kesan- kesan peninggalan binaan kuil-kuil dan candi-candi boleh dilihat hampir diseluruh Asia Tenggara. Tamadun India agak unik jika dibandingkan dengan tamadun asia yang lain. Ini kerana pengaruhnya begitu menyeluruh dari aspek politik, dan sosial. Di Tanah Melayu/Malaysia secara amnya pengaruh agama Hindu tidak kekal, begitu juga dengan pengaruh budaya India semakin dipinggirkan. Walau bagaimanapun, kesan kesan pengaruh Tamadun India dapat disaksikan hingga kini dalam bentuk adat resam, agama, monument yang tersebar luas di hampir keseluruh Asia Tenggara dan Asia Timur.

187

Bibliografi Tamadun India: 1. Basham, Al. 1971. The wonder that was India. Canberra: Fontana and Jackson.Chattopadhyaya, D.P. 1964. India Philosophy: A Popular Introduction. New Delhi: Peoples publication House. 2. Devahuti, D. 1965. India and Ancient Malaya. Singapore: Eastern Universities Press. 3. Devaraja, N.K. 1967. The Mind and Spirit of India. Delhi: M. Banarsidass. 4. Rajakrishnan, R. dan M. Rajantheran. 1994. Pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. 5. Besham, A.L., The Wonder That Was India , 3 rd Ed. London,1967. 6. Majumdar, R.C., et. An Advanced History of India , New Delhi,Calcutta, Bombay Madras, Macmillan India, 1967. 7. Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan,Tamadu n Dunia , Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1999. 8. Raja Krishnan, R. dan Rajantheran,M, Pengantar Tamadun India ,Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1994. 9. http://sukosenseirekishi.blogspot.com/2008_01_20_archive.html 10. www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cgi?id=352 11. www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cgi?id=380 12. www.scribd.com/doc/4426793/KULIAH-3-TAMADUN-INDIA 13. www.scribd.com/doc/2763969/Sejarah-Seni-Islam-Zaman-Umayyah 14. www.ppl.upm.edu.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_vie w&gid=2552&Itemid=176 15. www.idesa.net.my/modules/news/print.php?storyid=1007 www.slideshare.net/azira74/tamadun-india-presentation-715819

188

Matapelajaran

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS ) Interaksi Tamadun Asia Dan Relevensinya Di Malaysia Dan Dunia (Tamadun Jepun) Sumbangan Tamadun Jepun,dari aspek agama dan pendidikan yang releven kepada Malaysia: 11.1. Sejarah Tamadun Jepun 11.2. Nilai-nilai etika dan masyarakat Jepun

UNIT 11

Pendahuluan Jepun juga dikenali sebagai Nippon atau Nihon yang bermaksud Tanah

Matahari Terbit. Jepun terdiri dari 4 buah pulau utama iaitu: a. Honshu b. Hokkaido c. Kyushu d. Shikoku

Jepun mempunyai 4 musim yang berbeza iaitu: a.Musim bunga b. musim panas c. musim gugur d. musim sejuk

11.1 SEJARAH TAMADUN JEPUN

Sejarah ketamadunan Jepun dapat dibahgikan kepada:

a. Zaman Awal b. Zaman feudal dan pertengahan c. Zaman Moden

189

a. Zaman Awal

- Zaman awal ini dipanggil sebagai Jomon (800-300 s.m.)Jomon merujuk kepada sejenis tanah liat yang banyak digunakan untuk membuat peralatan. - Manusia zaman ini hidup secara nomad dan primitive. Menggunakan peralatan batu dan tanah liat, berburu, menangkap ikan, binatang liar sebagai pekerjaan. - Zaman kedua ialah Zaman Yayoi zaman perkembangan tamadun tahap kedua. Berlaku perubahan dalam pertanian penanaman padi. Berlaku penciptaan saliran, pembuatan alatan logam, pemilihan tanah sesuai untuk pertanian, penyimpanan makanan dan penentuan musim. - Kekayaan dan kemewahan mula dikecapi bermula pengumpulan harta kekayaan, kekuasaan dan pengaruh. - Muncul puak yang paling berpengaruh puak Yamatomo (menyembah Dewi Amateresu-Omikami Dewi Matahari).

b. Zaman Feudal dan Pertengahan - Bermula pada zaman pemerintahan Kamakura (1185-1338 s.m.) - Sistem feudal bermula apabila wujudnya pemilikan tanah dan ladang-ladang oleh individu. Pemilikan tanah dan ladang-ladang secara persendirian ini pula terlepas dari kawalan pihak kerajaan. - Tuan-tuan tanah ini dikenali sebagais yo dan mereka berhak memungut cukai dan hasil daripada ladang. Kesannya kuasa Maharaja telah berpindah kepada tuan-tuan tanah tersebut. - Muncul golongansamu rai/bu ke yang amat ditakuti oleh rakyat. Golonganbuke ini pula patuh kepadash ogu n yang berkuasa iaitu Keshogunan Kamakura. - Dalam sejarah Jepun, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem feudal
190

ialahYori tomo. Melalui sistem ini dilantikbu ke yang berperanan memungut cukai dari syo (tuan tanah). Pegawai-pegawai yang dilantik memberi kesetiaan penuh kepada Shogun. Inilah yang berlaku pada zaman feudal sejak tahun 1600-1868 di mana kuasa Maharaja disingkirkan dan pemerintahan dikuasai oleh paras hogun yang mengamalkan sistem feudal.

KRONOLOGI ZAMAN FEUDAL DI JEPUN

Zaman Kamakura Keluarga Fujiwara Keluarga Taira Keluarga Minamoto Tentera Hojo Maharaja Go Daigo Ashikaga Takauji Sengoku Jidai Shogun Tokugawa

191

11.2 NILAI-NILAI ETIKA DAN MASYARAKAT JEPUN

Nilai-nilai utama Yang Diamalkan oleh Masyarakat Jepun a. Mura Ishiki kesedaran sekampung b. On atau giri-ninjo hutang budi dan membalas budi. c. Budaya malu d. Perikemanusiaan (nasake) e. Wa (kerukunan) f. Menepati janji dan berdisiplin g. Cintakan ilmu budaya ilmu dalam masyarakat Jepun ialah mereka menjunjung tinggi dan mempunyai sikap hormat kepada pelajaran dan mempunyai sikap ingin tahun yang mendalam terhadap maklumat-maklumat.

Budaya Ilmu Dalam Masyarakat Jepun

Budaya ilmu (budaya cintakan ilmu) telahpun wujud sejak zaman Meiji (1860-an 1880an). Pada akhir tahun 1888, terdapat hamper 30,000 pelajar yang menghadiri 90 buah sekolah swasta di Tokyo. 80% daripada pelajar ini datang dari luar bandar. Pelajar miskin dibiayai oleh biasiswa pemberian tuan tanah dan hartawan.

Dalam memajukan pendidikan di Jepun, para remaja dan pelajarnya disajikan dengan kisah kejayaan dari Timur dan Barat. Contohnya buku Yukichi Fukuzuwa,Galakan Pelajaran dijual sebanyak 600 000 naskah pada tahun 1882. Buku tersebut menyatakan: Manusia tidak dilahirkan mulia atau hina, kaya atau miskin, tetapi dilahirkan sama dengan yang lain. Sesiapa yang gigih belajar dan menguasai ilmu dengan
192

baik akan menjadi mulia dan kaya, tetapi mereka yang jahil akan menjadi papa dan hina.

Falsafah/Agama Masyarakat Jepun

Terdapat 3 agama yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Jepun. Agamaagama tersebut ialah:

a. Shintoisme b. Buddhisme c. Konfusianisme

a. Agama Shinto -Agama khas bagi masyarakat Jepun. Shinto bererti Jalan Tuhan (kami-nomichi). Shinto berkait rapat dengan negara, bangsa dan alam Jepun dan merupakan symbol perpaduan dan kesetiaan kepada maharaja dan negara.

-Konsep Tuhan dan Dewa Dewi (kami) agak kabur. Terdapat 8 juta Dewa Dewi. -Dewi Matahari (Amaterasu-omi-kami)adalah Tuhan yang besar dan Maharaja Jepun dipercayai dari keturunan Dewi Matahari. -Tidak mempunyai nabi/pengasas/kitab suci. -Pendeta Shinto telah menyusun/menulis kitab untuk rujukan Shinto Gabusho / Lima Buku ajaran Shinto. - Tidak ada falsafah dan etika. - Semangat berkorban untuk Maharaja/Tuhan ditanamkan ke dalam jiwa setiap rakyat.

193

b. Buddhisme -Mendapat tempat yang kukuh semasa pemerintahan Putera Shotoku pada 592 s.m. di mana Buddhisme telah dijadikan sebagai agama rasmi. -Ajaran Buddhisme ini diterapkan dalam Perlembagaan 17 Artikel (mengandungi pelbagai aspek ajaran Buddhisme dan Konfusianisme)yang mewajibkan kakitangan kerajaan mematuhinya. -Beliau juga menekankan pentingnya ajaran Buddha dan menjunjung tinggi Tiga Harta Suci iaitu Buddha, Dharma dan Sangha, menghantar pelajar ke China untuk mempelajari Buddha dan menulis 3 buah buku mengenai ajaran Buddha. -Buddha Zen adalah ajaran yang paling mendominasi masyarakat Jepun di mana ia merupakan salah satu hasil himpunan alam fakir China yang tidak ingin kepada corak falsafah dan lebih kepada penerangan.

c. Konfusianisme - Ajaran ini diminati kerana memberi penekanan kepada moral. Ajaran ini juga terkandung dalam Perlembagaan 17 Artikel. - Pada zaman Shogun Tokugawa ajaran ini menjadi asas dalam pembinaan negara.

11.3 MASYARAKAT JEPUN DAN MODENISASI

Pendahuluan

-Masyarakat Jepun mengalami proses modenisasi melalui beberapa tahap iaitu dari zaman Tokugawa hingga ke zaman Meiji dan moden. Hasil daripada proses modenisasi, Jepun menjadi sebuah negara maju. -Zaman moden Jepun mempunyai hubungan erat dengan Barat. Ini berlaku apabila Jepun terpaksa membuka dasar tutup pintu kepada dunia luar melalui
194

Perjanjian Kanagawa pada Mac 1854 yang mana Jepun terpaksa membuka pelabuhan Shimoda dan Hakodate kepada Amerika Syarikat, diikuti Britain (Oktober 1854) , Russia (Febuari 1855) dan Belanda (November 1855). -Proses modenisasi pada peringkat awal dilakukan dalam skop agama Shinto, Buddhisme dan Konfusianisme. Pada tahap ini tamadun dari Barat dicanai begitu rapi sehingga tamadun yang dihasilkan adalah bersifat keJepunan. Keadaan ini dapat dilihat semasa pemerintahan Kesyogunan Tokugawa. Jepun mula masuk ke zaman moden bermula dari zaman Reformasi Meiji

(18681912) dalam pelbagai aspek politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

a. Politik -Meiji mengembalikan semula kuasa politik kepada Maharaja Jepun dan pusat pentadbiran dipindahkan dari Kyoto ke Edo (Tokyo). -Menghapuskan sistem feudal yang selama ini dipraktikkan oleh Kesyogunan Tokugawa. -Reformasi politik sistem demokrasi. Pengenalan Dokumen Gokajo no Goseimon (Carta Pengakuan Lima Artikel). Maharaja adalah pemerintah tertinggi dan penubuhan Parlimen yang dipanggil Diet yang terdiri dari Dewan Bangsawan dan Dewan Rakyat. -Meiji mencontohi negara Barat. Meiji mengambil contoh kekuatan ketenteraan, pengenalan sector industri pertahanan seperti senjata dan pembuatan kapal perang.

b. Pendidikan -Meiji juga mengadakan reformasi pendidikan. Pelajar-pelajar dihantar ke Barat untuk mempelajari ilmu sains dan teknologi, mengimport tenaga professional daripada Barat, mendirikan pusat-pusat pengajian berasaskan sains dan teknologi di samping bidang-bidang lain.
195

c. Ekonomi - Modenisasi di bidang ekonomi ekonomi moden berasaskan Kapitalisme khususnya industri. Juga menggalakkan pertanian dan penghapusan cukai serta pembinaan saliran.

d. Sains dan Teknologi Jepun -Pembangunan teknologi Jepun technological follower kepada technological leader. -Meminjam, mengubahsuai dan mengkomersialisasikan teknologi asing kepada inovasi asli mereka. -Jepun adalah technological leader di dalam pengeluaran berbagai produk optik gentian, semi-conductor, bahan-bahan komposit, perlatan-peralatan mesin, keperluan komputer dll.

f. Etika Kerja Jepun -Dedikasi -Menepati masa -Prinsip perniagaan yang teguh -Profesionalisme -Mengubahsuai idea

g. Pengurusan Jepun

Terdapat 4 prinsip asas

196

a) Sesiapa sahaja yang berupaya melakukan tugasannya dianggap bijak dan dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti tugasannya. b) Berilah peluang kepada pekerja untuk meningkatkan kualiti kerja mereka. c) Ahli-ahli dalam satu koperasi membentuk satu keluarga besar d) Kumpulan kerja itu lebih mustahak daripada individu pekerja.

Konsep Kaizen

-Dilaksanakan bagi melahirkan semangat yang berterusan untuk memperbaiki hasil kerja di kalangan pihak pekerja. -Ia adalah satu proses penambahbaikan yang berterusan bagi mencapai tahap prestasi yang lebih tinggi dari semasa ke semasa

Konsep Mottainai -Konsep paling penting dlm. Masyarakat Jepun. -Maksudnya segala harta di dunia adalah pembaziran atau anugerah drp. Tuhan. Manusia sebagai pentadbir dan menguruskan harta-harta yang dipinjamkan tersebut dengan efektif tanpa pembaziran. Jika membazir ia dianggap satu kesalahan besar.

11.4 Budaya Kerja Islam dan Jepun Suatu Perbandingan

Budaya kerja dan konsep masa (Asr) Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan baik dan salig berpesan satu sama lain dengan kebenaran serta bersabar. (surah al-Asr :1-3) Maka apabila engkau telah selesai sesuatu pekerjaan maka tegaklah. Dan hanya
197

kepada Tuhanmu hendaklah engkau berharap. (94:7-8)

Menurut Hamka: ayat tersebut : Sentuh ttg disiplin kerja Kerja sungguh-sungguh Jgn bertangguh Jgn jadikan keletihan sbg alasan

Kerja dan Hijrah sesiapa yang berpindah dari negerinya kerana Allah, nescaya akan memperoleh tempat kediaman serta penghasilan yang banyak di muka bumi ini.(4:100)

Berhijrah bermakna bergerak dari suatu tempat yang merangkumi: a. perubahan fizikal dan mental b. Mencari keadaan yg lebih baik sama ada aspek spiritual dan mental. -Di akhir tahun 1980-an di kawasan ASEAN, masyrakat cina berjaya mengumpulkan lbh RM200b dengan bil. 40 juta orang sahaja. -Di Indonesia: Cina 3.5juta/ 2.1% drpd 170 juta penduduk.- menguasai korporat yg besar.

Penggunaan Sumber makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. (al-Araf:31)

Kecekapan dan sistematik sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.(alSaff :4)
198

Kerja dan Perubahan

Konsep Perubahan Dalam Islam .Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..

Keterangan Ayat di atas ialah: -Perubahan sikap -Sentiasa memperbaiki mutu kerja -Mesti berusaha untuk berjaya -Tidak boleh malas/berpeluk tubuh -Mesti berikhtiar

Kesimpulan

Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara barat. Apa yang penting ialah kegigihan masyarakat Jepun membangunkan negara dan ekonomi mereka perlu dijadikan contoh kepada negara Asia yang lain. Ini selari dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran iaitu ...Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..

199

Matapelajaran

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS ) Isu-Isu Kontemporeri Tamadun Islam Dan Tamadun Barat Hegemoni Barat Dan Globalisasi.

12.1. Hegemoni Barat dan Globalisasi: UNIT 12 12.2. Media 12.3. Ekonomi 12.4. Politik 12.5. Sosial 12.6. Hak Asasi Manusia

PENGENALAN

Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu eepat dan eanggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala keeanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bene ana dan kemelut yang meresallkan hampir semua bidang kehidupan so sial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunea dari keeanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia.

Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba eanggih ini, kita menyaksikan
200

kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara yang'berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media eetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia.

Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, kita melihat bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar penguasaan globalisasi Barat. Namun, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat yang diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni Barat.

Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat apabila' Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam seeara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.

KEMUNCULAN TAMADUN BARAT

Munculnya tamadun Barat ini adalah rentetan daripada dua tamadun awal utama iaitu tamadun Yunani atau Greek (muncul 200 sebelum Masihi) dan tamadun Rom (sekitar 753 sebelum Masihi). Oleh itu, tamadun Barat merupakan tamadun yang berteraskan kepada pemikiran dan falsafah tamadun Yunani dan Rom
201

(Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 95).

Tamadun Yunani adalah tamadun yang berasal dari tamadun terawal Barat iaitu tamadun Aegean dan tamadun Yunani ini muncul selepas kemunculan tamaduntamadun yang lebih awal seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir. Masyarakat dalam tamadun Yunani mempunyai pencapaian yang hebat dari sudut politik, so sial dan ekonomi. Tamadun Yunani telah dapat mencipta banyak ilmu falsafah yang menjadi as as kepada falsafah Eropah atau falsafah Barat itu sendiri.

Politik Yunani adalah berdasarkan suasana politik yang demokrasi. Sesuai dengan suasana politiknya yang bersikap terbuka dan demokrasi, tamadun ini telah menghasilkan ramai ahli falsafah yang terkemuka dan dikenali sehingga ke hari ini. Antara mereka yang terkenal ialah Socrates, Plato dan Aristotle. Socrates mempunyai ajaran falsafah yang tidak pernah ditulis sebaliknya diaksikan dalam perbuatan. Ajaran falsafah Socrates berpegang kepada "soal jawab adalah jalan untuk memperoleh pengetahuan". Plato yang banyak belajar dari Socrates telah banyak menghasilkan karya dan buku. Bukunya yang bertajuk Republic merupakan buku panduan akhlak yang memandang ahli-ahli falsafah sebagai pemimpin yang terbaik kerana berpegang kepada etika. Aristotle yang banyak menimba ilmu daripada Plato dan juga guru kepada Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) merupakan orang yang pertama memperkenalkan cara berfikir yang teratur dan kaedah saintifik dalam mencari kebenaran (Muhammad Kamlin, 1986: 38).

Zaman penguasaan negara kota Yunani oleh Iskandar Zulkarnain dari Makedonia menandakan bermulanya Zaman Graeco-RomjHelenistik (323-146 S.M.). Zaman Helenistik ini adalah merujuk kepada perluasan dan penyebaran pelbagai pencapaian tamadun Yunani seperti idea, falsafah, teori politik, budaya dan bahasa ke dunia luar iaitu selepas kematian Iskandar Zulkarnain. Kemudian, pemerintahan kerajaaD Yunani diambil alih oleh tiga orang jeneral di tiga buah kerajaan yang berlainan iaitu kerajaan Ptolemaic di bawah Ptolemy I, kerajaan
202

Antigonid di bawah pimpinan Antigomus Gonates dan kerajaan Selecuid di bawah pimpinan jeneral Seleucus. Kerajaan inilah yang membantu memperkembangkan lagi kebudayaan Yunani ke luar dari kawasan asalnya (Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, 2001 : 160).

Empayar Rom dimulai oleh Augustus yang menguasai dunia Rom dari tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M. Ketika ini empayar Rom telah melangkah ke zaman kegemilangan dan digelar sebagai Pax Romana yang bermaksud Keamanan Rom kerana selama 200 tahun keamanan wujud di Rom. Kerajaan Rom mampu berkembang sebagai sebuah empayar meliputi. tiga buah benua Asia, Utara Afrika dan Eropah. Keseluruhan Eropah disatukan di bawah satu tampuk pemerintahan walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang membawa kepada permulaan negara dunia (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : 164-165).

Kejatuhan empayar Rom pada tahun 476 M menyaksikan kemunculan kerajaankerajaan orang gasar dalam batasan empayar Rom. Di Barat pada tahun 800 M muncul empayar Rom Sud yang diasaskan oleh seorang pemimpin gasar berketurunan Frank, Charlemagne. Empayar ini merupakan satu usaha untuk mengembalikan kegemilangan empayar Rom (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : xxi). Dengan tercetusnya Perang Salib (10961291 M) antara orang Islam dan Kristian untuk merebut Tanah Sud Jerusalem telah membuka peluang kepada penduduk Barat dan Eropah melihat kemajuan orang Islam.

Sebagai kesan daripada Perang Salib membawa kepada munculnya zaman Renaisans pada abad ke-14 dan 15 M. Renaisans telah melahirkan nilai-nilai humanisme, individualisme, sekularisme yang merangsangkan Eropah kepada kemajuan-kemajuan yang lebih pesat. Ia juga membawa kepada perkembangan semangat nasionalisme dan pembentukan negara bangsa seperti England,
203

Sepanyol dan Portugal (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : xxi). Kemunculan negara bangsa ini membawa kepada perkembangan ekonomi kebangsaan yang disebut merkantilisme yang menyebabkan persaingan dalam perdagangan, galakan kepada dptaan dan teori baru yang akhirnya membawa kepada Revolusi Sains.

Kesan langsung Revolusi Sains ialah Revolusi Intelektual di mana masyarakatnya lahir dengan idea-idea yang terbuka dan berdasarkan perlembagaan. Kesannya muncul negara berperlembagaan di England. Perubahan-perubahan politik ini menyediakan suasana yang baik bagi perkembangan ekonomi dan sosial di Eropah pada abad-abad berikutnya.

INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN BARAT

Pertembungan Tamadun Islam dengan tamadun Barat adalah melalui beberapa saluran seperti perniagaan, peperangan, diplomatik, kebudayaan dan pusat pengajian. Orang Arab memang terkenal dalam bidang perniagaan sebagaimana Nabi Muhammad SAW sendiri adalah contoh utama dalam bidang perniagaan. Baginda pemah berniaga hingga ke negeri Syam (Syria). Sewaktu di Syam, baginda sempat melihat tamadun orang Kristian di sana.

Hubungan Tamadun Islam dengan tamadun Barat dan Eropah menjadi semakin dekat apabila muncu1nya pemerintahan Islam di kawasan Afrika Utara. Sempadan antara Afrika Utara dengan Eropah hanyalah Laut Mediterranean di mana melaluinya orang Islam merentas ke Sepanyol dan Sicily seterusnya ke Portugal serta selatan Perancis. Malah Sepanyol dan Sicily dikatakan menjadi pintu masuk kepada elemen-elemen daripada tamadun Islam dan Eropah kerana di situlah berlakunya pertembungan kebudayaan dan intelektual (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 98). Kaum pedagang, para intelek dan tokoh-tokoh agama daripada kedua-dua pihak sering berulang-alik antara negeri204

negeri tersebut. Di situ terdirinya institusi pendidikan dan perpustakaan yang dilengkapi buku ilmiah hasil karangan tokoh-tokoh Islam.

Banyak pelajar dari Eropah dan Barat yang mengikuti pengajian dan pendidikan di institusi pendidikan Islam ini antaranya di Andalusia dan Toledo. Selain us aha pelajar, penduduk tempatan yang beragama Islam yang dinamakan Mudejars yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Kristian di Eropah turut memindahkan ilmu pengetahuan Islam pada masyarakat Barat.

Perkembangan Tamadun Islam di bahagian Barat sejajar dengan perkembangan Tamadun Islam di sebelah timur yang yang berpusat di Baghdad kerana tokohtokoh Islam di kedua-dua pihak sering berulang-alik. Di Baghdad telah didirikan Bait al-Hikmah iaitu institusi yang menterjemah karya ilmiah daripada bahasa Yunani seterusnya diperkembangkan oleh orang Islam dan dipindahkan ke Barat (Mahayudin Haji Yahaya, 2001 : 378). Era kecemerlangan Tamadun Islam berlangsung seiring dengan Zaman Kegelapan (Dark Age) di Eropah. Semasa Tamadun Islam berada dalarn kegemilangan, tamadun Barat masih dalam keadaan yang mundur. Tetapi proses penghijrahan dan perpindahan ilmu Islam ke Barat telah merubah segalanya. Proses perpindahan ilmu secara aman menerusi penubuhan banyak institusi pendidikan Islam di Barat akhirnya telah berubah secara perang dengan berlangsungnya Perang Salib.

Perang Salib yang berlaku antara orang Kristian Eropah dengan orang Islam selama 200 tahun lamanya antara tahun 1097 hingga 1270 Masihi telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam. Perang yang berlaku di Palestine, Sepanyol dan Sicily telah berjaya memindahkan khazanah ilmu ke Eropah yang menjadi faktor kepada era kebangkitan di sana (Renaissance). Peperangan ini telah mematangkan pemikiran orangorang Barat yang ketika itu masih dalam kemunduran (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong,2005 : 98).
205

Perkembangan ilmu Islam dan sikap keterbukaan Tamadun Islam telah berjaya memperkenalkan Islam di mata dunia dan menjadi penyebab kepada era kebangkitan (Renaissance) di Barat. Keterbukaan ilmu Islam telah menjadi pemangkin kepada lahirnya kesedaran ilmu di Barat yang pada ketika itu dalam kegelapan dan kemunduran. Justeru, tamadun Barat sebenarnya adalah tamadun baru yang lahir selepas daripada tamadun Islam kesan pertembungan Tamadun Islam di Barat sarna ada secara aman ataupun secara perang.

DEFINISI HEGEMONI

Istilah hegemoni berasal daripada istilah Yunani, hegeisthai (to lead). Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa. Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa makna pengaruh atau penguasaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain. Pengaruh dan dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 99).

Hegemoni boleh didefinisikan sebagai "hegemony is the dominance of one group over other groups, with or without the threat of force, to the extent that, for instance, the dominant party can dictate the terms of trade to its advantage; more broadly, cultural perspectives become skewed to favor the dominant group. Hegemony controls the ways that ideas become 'naturalized' in a process that informs notions of common sense."

206

Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilainilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa. Simon (1982) memberikan pengertian hegemoni dengan melihatnya sebagai strategi mempertahankan kekuasaan "... the practices of a capitalist class or its representatives to gain state power and maintain it later. "

GERAKAN HEGEMONI BARAT

Perluasan pengaruh atau hegemoni telah digunakan oleh Barat sebagai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dalam meluaskan jaringan pengaruhnya. Fenomena ini dianggap sebagai satu bentuk penjajahan baru berasaskan kepada kesempurnaan pembentukan proses demokrasi dan mewujudkan kebebasan. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya telah menjalankan pelbagai agenda hegemoni untuk mendominasi dunia khususny'a negara bukan Barat dengan polisi-polisi yang mereka pegang (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 99) : (a) Usaha Barat mengekalkan keunggulan militari melalui dasar dan perjanjian senjata nuklear, biologikal dan kimia yang ternyata berat sebelah. (b) Usaha mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala-Barat
207

(c) Menjaga integriti negara bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran ke Barat.

Hegemoni Barat ini mudah tersebar luas di kalangan masyarakat luar Barat kerana mereka menguasai teknologi komunikasi. Pendominasian dalam komunikasi ini termasuk bahasa komunikasi luas dunia di mana bahasa Inggeris iaitu bahasa utama peradaban Barat telah berjaya dinobatkan sebagai bahasa komunikasi dunia. Segala urusan pengantarabangsaan dalam semua aspek politik, ekonomi dan so sial menggunakan bahasa Inggeris sebagai utama. Barat juga mampu mendominasi dunia dengan polisi-polisi mereka kerana mereka jugalah yang menguasai ekonomi dunia. Sistem perbankan antarabangsa dunia seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan World Bank adalah di bawah penguasaan mereka. Barat khususnya Amerika Syarikat mengawal mata wang di mana US Dollar dijadikan pengukur nilai mata wang dunia.

Satu lagi cara yang dilakukan oleh Barat dalam mengukuhkan hegemoninya ke atas dunia ialah dengan memomokkan idea Islam ganas, ekstrim, fanatik, tiada toleransi dan Islamlah yang bertanggungjawab atas segala keganasan dunia hari ini. Perang terhadap pengganas adalah 'modal baru' Barat bagi menindas negara-negara Islam pada hari ini. Penjajahan bentuk baru ini telah bermula selepas bermulanya perang ekonomi, intelektual, diplomatik, budaya dan ideologi. Penjajahan atau dikenali sebagai neo-kolonialisme ini sedang menuju kemuncaknya apabila Amerika telah menggerakkan kuasa ketenteraannya dengan begitu meluas. Ini jelas terbukti selepas berlakunya serangan 11 September 2001 yang meruntuhkan World Trade Centre di Amerika Syarikat apabila Barat terus menuduh kumpulan Islam al-Qaeda di bawah pimpinan Osama ben Laden sebagai kumpulan yang bertanggungjawab merancang serangan tersebut. Kesannya, Amerika telah menggerakkan kuasa ketenteraannya di bumi Asia Barat dengan alasan ingin menghapuskan kumpulan pengganas ini.

208

Terrorism atau keganasan telah menjadi perhatian seluruh dunia selepas peristiwa serangan dahsyat ke atas Amerika Syarikat iaitu di Washington dan di New York pada 11 September 2001 di mana tuduhan demi tuduhan tanpa bukti kukuh berterusan dilemparkan kepada umat Islam yang dikatakan menjadi dalangnya. Semenjak itu, umat Islam terus dihujani dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan yang mencemar agama Islam dan pelbagai propaganda yang melampaui batasan.

Hakikatnya, apa yang diwar-warkan oleh Amerika menerusi penguasaan medianya terhadap dunia mula dipertikai. Peristiwa ini bagaikan satu usaha untuk melenyapkan Islam kerana kebanyakan mangsa adalah umat agama tersebut yang turut dimomokkan sebagai pengganas. Tragedi 11 September 2001 mula dikatakan sebagai satu pembohongan besar yang sengaja diadakan bagi menghalalkan tindakan Bush untuk terus menyakiti umat Islam. Bush tidak rasa bersalah kerana telah diyakinkan tindakannya itu tepat sehingga beliau sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya sendiri.

Hari ini, kesahihan peristiwa 11 September yang dikatakan dirancang oleh pengganas Islam mula dipersoal bukan hanya oleh penduduk dunia Islam tetapi rakyatnya sendiri. Punca keruntuhan bangunan World Trade Centre pula disiasat dan ternyata keruntuhan itu bukan disebabkan oleh pelanggaran kapal terbang 'pengganas' sebaliknya disebabkan oleh bahan letupan yang dipercayai diletakkan di kedua-dua menara World Trade Center ketika bangunan itu meletup menyebabkan tiang-tiang konkrit, komputer, kerusi dan meja bertebaran ke udara akibat letupan tersebut (Dtusan Malaysia, 23 Jun 2006: 20).

Tragedi 11 September 2001 itu dijadikan alasan kuat oleh Amerika untuk mengebom Afghanistan dalam usaha mereka memburu Osama ben Laden dan kumpulan al-Qaeda yang dituduh mendalangi tragedi tersebut. Laporan media yang berat sebelah dan tanpa siasatan telah menuduh Osama bin Laden secara
209

tidak langsung umpama menghalalkan segala tindakan Amerika. Inilah bukti sikap prejudis Barat di mana sikap dan media mereka dalam melaporkan berita yang berkaitan dengan keganasan amat dikesalkan. Sesuatu yang tidak adil apabila mereka cuba membela dan menyembunyikan keganasan golongan militan, komunis dan penceroboh seperti kezaliman regim Yahudi di Israel tetapi sebaliknya sering memperbesar-besarkan isu berkaitan umat Islam (Khairul Azhar Idris, 2002: 5).

Walaupun terdapat unsur yang sarna malahan lebih ekstrim lagi di kalangan penganut agama-agama lain seperti Yahudi, Hindu dan Kristian, tetapi mereka ini terlepas dari dikategorikan sebagai pengganas mengikut kacamata Amerika. Contoh yang begitu ketara, korban keganasan puak Kristian Orthodok Serb, walaupun sudah terbukti dan bilangan mangsa yang jauh lebih ramai tetapi tindak balas Amerika tidak secepat dan sedahsyat yang dilakukan terhadap puak Islam Taliban. Barat umpama memberi ruang yang cukup kepada puak Serb untuk membelasah umat Islam Bosnia agar tidak tertegak sebuah negara Islam di tengah benua Eropah (Pahrol Mohamad Juoi, 1998 : 2).

Walaupun negara-negara Islam khususnya Malaysia telah berkali-kali mengingatkan dunia untuk terlebih dahulu memberi tafsiran yang betul tentang siapakah pengganas dan mencari sebab kenapa berlakunya keganasan, namun suara itu tidak diendahkan. Bukan Barat tidak tahu tetapi tidak mahu menganalisa perkara ini secara adil. Dan untuk kesekian kalinya, Islam seolaholah diletakkan di kandang pesalah, didakwa dan disabitkan dalam mahkamah yang diadili oleh Barat dan kuncu-kuncunya. Barat sebenamya bukan mencari keadilan tetapi sekadar mencari alasan untuk mengukuhkan lagi kuasanya ke atas negaranegara Islam. Inilah antara dasar yang digunakan oleh Barat dalam meluaskan pengaruhnya ke dunia-dunia bukan Barat.

210

PERLUASAN HEGEMONI MELALUI DASAR LUAR AMERIKA DI ASIA

Amerika Syarikat tidak pernah bebas daripada kecurigaan yang menjadi titik hitam dalam diri mereka khususnya terhadap negara-negara di Asia. Ini kerana dalam sejarah dunia, tidak ada mana-mana negara di benua lain yang sehebat negara-negara di Asia yang menentang dasar penjajahan dan kolonialisme Barat. Dan dalam masa yang sarna Amerika Syarikat begitu gigih menentang imperialisme dan percubaan kuasa-kuasa lain dalam meletakkan pengaruh politik mereka di kawasan Asia. Amerika Syarikat mampu memperoleh jajahan secara paksa sebagaimana yang pernah dibuktikan dengan merampas Filipina daripada Sepanyol.

Selepas berakhirnya Perang Dingin, ruang lingkup dalam mentadbir dasar luar Amerika Syarikat semakin meluas. Para pengkaji hubungan antarabangsa mendapati peraturan yang menentukan rentak tari hubungan Amerika Syarikat dengan negaranegara lain telah mengalami perubahan pesat. Hubungan antarabangsanya bukan lagi sekadar mencakupi perhubungan serantau malah merentasi sempadan. Jangkauannya menjadi global atas dasar globalisasi dunia tanpa sempadan yang diamalkannya. Sarna ada disukai atau tidak, kedaulatan sesebuah negara semakin mudah dicabuli (Shahrom TM Sulaiman, 2002: 19).

Hegemoni iaitu perluasan pengaruh ke atas negara lain telah digunakan oleh Amerika Syarikat sebagai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan sateliti dalam meluaskan jaringan pengaruhnya. Walaupun globalisasi memendekkan tindakan ketenteraan, ia telah membawa Amerika Syarikat ke mercu dengan elemen globalisasi yang menghakis kecekapan dan kadaulatan sesebuah negara. Amerika juga pernah menyatakan kebimbangannya dengan kebangkitan China dari aspek ekonomi dan ketenteraan. China dengan pasaran domestiknya sentiasa menimbulkan kecemburuan Amerika Syarikat untuk menebus pasarannya.
211

Dalam melaksanakan dasar luarnya, Amerika Syarikat sering menggunakan prinsip hak asasi manusia sebagai pendekatannya dan sering menghukum negaranegara lain dengan membatalkan bantuan yang diberikannya dalam usaha mempengaruhi negara-negara berkenaan supaya lebih berperikemanusiaan terhadap rakyatnya sendiri. Pemberian bantuan ekonomi kepada negara-negara bermasalah seperti Indonesia, Mexico dan Korea melalui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sebenarnya percubaan Amerika Syarikat dalam meluaskan hegemoninya melalui liberalisasi pasaran (Shahrom TM Sulaiman, 2002: 22).

Amerika Syarikat sebagai satu kuasa besar atau sebagai ketua polis dunia dan antarabangsa akan terus melanjutkan tradisi dasar luarnya yang menguntungkannya, sarna ada dari segi ekonomi, politik, keselamatan dan apa sahaja yang boleh menjamin kelangsungan hegemoninya. Cita-cita sejagat seperti hak asasi manusia, demokrasi dan keadilan yang sering dilaungkan hanyalah sebagai retorika kosong yang merendahkan lagi nilai kemanusiaan (K.S Nathan, 1987 : 45).

Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima pengaruh daripada Barat. Bermula dengan penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu yang secara langsung telah dapat menyerapkan nilai-nilai kebaratan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu. Dasar-dasar Barat yang diperkenalkan Inggeris telah mula tersebar dalam kotak fikiran masyarakat Melayu. Walaupun Inggeris telah lama meninggalkan Tanah Melayu dan Tanah Melayu telah lama merdeka, namun dasardasar Inggeris masih digunapakai dan pemikiran masyarakat Melayu masih ke arah Barat hingga ke hari ini. Memang tidak terlihat secara jelas hegemoni Barat ke atas Malaysia dibandingkan hegemoni Barat kepada dunia Islam lain menerusi tindakan ketenteraannya namun hegemoni secara halus yang disebarkan oleh Barat semenjak zaman kolonialisme masih terus kita rasai.
212

KESIMPULAN

Kebangkitan tamadun Barat selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam. Kebangkitan yang diiringi dengan pelbagai kemajuan ketenteraan, ekonomi dan kewangan telah menjadikan Barat sebuah kuasa yang menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat menjalankan pelbagai dasar luar yang kononnya untuk menegakkan keadilan namun semuanya ternyata hanya retorika mereka sahaja.

Bagi mereka, sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka akan dikenakan pelbagai tindakan antaranya: sekatan bekalan makanan, perubatan, ekonomi dan lainlain. Inilah yang dialami oleh negara-negara Islam yang cuba mencari keadilan sebenar yang diperkatakan oleh Barat. Negara-negara miskin dunia tidak ketinggalan ditindas "melalui bantuan Tabung Mata Wang Dunia namun sebenarnya di sebalik bantuan itu, negara tersebut terus ditindas.

Inilah senario semasa yang dialami oleh dunia lebih-Iebih lagi selepas berakhirnya Perang Dingin di mana kuasa Amerika Syarikat semakin melampaui batasan. Lebih-Iebih lagi apabila globalisasi yang mereka cipta dan war-warkan telah mula meresap dalam setiap inci kehidupan manusia di dunia hari ini.

213

GLOBALISASI

Pengenalan :

Globalisasi adalah satu transformasi yang telah melanda dunia iaitu era dunia tanpasempadan.Proses globalisasi mula berkembangmelalui penciptaan dan pencapaian terkini dalamsejarah peradaban manusia.

ISU-ISU GLOBALISASI

Media

Globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi sebagai alat utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh kerana Barat menguasai media komunikasi dunia, segala berita dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana negara yang tidak bersekongkol dengan mereka khususnya negara-negara Islam. Ilmu dan maklumat dengan mudah boleh diakses oleh sesiapa sahaja di duma ini dengan kecanggihan teknologi internet dan komputer.

Barat sebagai pengasas alat komunikasi dunia dengan sendirinya mampu menjadi kuasa pertama yang mampu menghasilkan banyak syarikat-syarikat gergasi media cetak dan media elektronik. Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita dan maklumat tentunya menyebelahi mereka dan sebaliknya menindas musuh-musuh mereka. Misalnya, agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Sesuatu peristiwa itu diolah dan
214

ditafsirkan oleh mereka bagi memperoleh kepentingan-kepentingan tertentu.

Kesan terburuk globalisasi media yang dirasai oleh masyarakat Muslim di Malaysia khususnya dan penduduk dunia lain umumnya ialah kebanjiran maklumat yang tidak berguna. Islam hakikatnya adalah agama yang menekankan kecintaan kepada ilmu dan hikmah dan memandang serius kepada lambakan maklumat yang tidak berguna. Kita tahu bahawa lambakan maklumat yang tidak berguna ini amat mudah diakses dengan kecanggihan teknologi maklumat terkini. Kerana itu, maklumat yang tidak benar dan tidak berguna ini sukar untuk dibendung daripada terus mengalir ke dalam masyarakat kita. Apa yang merisaukan ialah fenomena kebanjiran maklumat yang tidak berguna ini kerana maklumat sebegini mudah menarik minat anak-anak muda dan remaja yang sedang meningkat naik.

Selain masalah bahaya maklumat yang tidak berguna ini, kita juga berhadapan dengan masalah jurang perbezaan peluang untuk mengakses maklumat. Jurang ini jelas ketara antara masyarakat bandar dan masyarakat luar bandar. Untuk itu, kerajaan kita khususnya telah dan sedang membuat berbagai aktiviti bagi mendedahkan masyarakat di luar bandar akan kepentingan 'celik IT' dengan menyediakan berbagai bantuan dan kelengkapan komputer yang mampu menarik minat masyarakat luar bandar dan seterusnya mendedahkan mereka kepada dunia globalisasi.

Ekonomi

Globalisasi ekonomi ialah antara dimensi globalisasi yang mampu memberi kesan secara tidak langsung kepada globalisasi dimensi lain. Globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang
215

amat pantas terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah.

Dalam globalisasi ekonomi, pasaran saham diglobalkan dengan pelabur-pelabur asing boleh membawa wang keluar dan masuk dari sesebuah pasaran. Dengan kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan globalisasi iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) (Utusan Malaysia, 15 April 2001 : 3).

Dalam globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti ekonomi sesebuah negara. Globalisasi ekonomi dapat dilihat melalui perluasan perusahaan melampui sempadan negara. Perspektif ini dapat dilihat melalui tiga tahap : (1) Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti di luar sempadan nasional dan meliputi eksport, import dan penghasilan bukan bahan mentah. (2) Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang menjalankan aktivitinya di berbagai negara. (3) Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sebagai satu. Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara global.
216

Globalisasi ekonomi mampu membawa kepada pelbagai krisis dan spekulasi pasaran. Serangan para spekulator telah mengakibatkan nilai mata wang sesetengah negara jatuh merudum berbanding dengan Dollar Amerika. Umpamanya kita menyaksikan pada 2 Julai 1997 bermulanya krisis ekonomi Asia di mana Baht Thai jatuh begitu teruk, diikuti dengan Korea Selatan, Indonesia dan Malaysia. Usaha penyelesaian secara tradisional oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) kepada beberapa buah negara yang ditimpa krisis juga menemui kegagalan (Ismail Awang, 1999: 152). Di Malaysia, kita masih'mampu bertahan kerana kebijaksanaan pemimpin kita dalam menyelesaikan kemelut ekonomi yang merudum ketika itu.

Di samping itu, Malaysia amat beruntung kerana dari aspek perdagangan kita mendapat faedah dari globalisasi dan turut mendapat faedah buruk. Ini kerana, harga eksport komoditi kadang kala boleh jatuh amat rendah dan kadang kala boleh memuncak dengan tinggi sekali. Malaysia mendapat faedah dari globalisasi kerana ia sebuah negara perdagangan. Kita juga berdagang barangan elektronik yang telah membawa keuntungan kepada negara dan pekerjaan rakyat. Tetapi kepada negara lain seperti Afrika, industri mereka lemah dan sukar untuk bersaing dengan barangan import yang lebih murah. Inilah realiti dunia globalisasi ekonomi di mana negara yang bijak mencari sumber hasil negara dapat bersaing dengan negara maju manakala negara yang kurang sumber bahan asli dan kurang aset sukar untuk bersaing bersama negara maju dan mengakibatkan negara miskin terus miskin dan terpinggir dalam kelancaran arus globalisasi.

Politik Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Untuk itu, kita perlu menghadapi cabaran penyebaran idea217

idea dan fahaman politik yang salah seperti demokrasi ala Barat, pluralisme dan hak-hak asasi manusia.

Salah satu isu terpenting dalam dimensi politik globalisasi ialah fenomena 'deterritorialization' (penyalahwilayahan) iaitu satu proses dan tindakan politik yang melintasi perbatasan wilayah negara. Dalam melaksanakan kuasa, terdapat penggunaan kuasa, terdapat penggunaan pemaksaan dan pemantauan secara sistematik melalui badan-badan berkuasa seperti tentera, polis dan sebagainya. Terdapat idea mengenai demokrasi dan hak asasi manusia yang dianggap prinsip sejagat yang mesti diterima oleh seluruh umat manusia. Penyebaran idea ini diterajui oleh Amerika Syarikat (Amran Muhammad et aI, 2001 : 419).

Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan. Namun hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat. Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pad a hari ini. Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom dan Perancis telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq.

Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sarna ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai 'polis dunia'. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi adalah disebabkan kekuatan ketenteraan dan militarinya. Setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet Union, Arnerika Syarikat telah muncul satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi (Amran Muhammad et al, 2001: 419).
218

Budaya

Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan lain-lain dari Barat ke dunia luar. Ia dilahirkan secara material dan bukan material dalam kehidupan individu dan kelompok iaitu satu fenomena yang sudah melepasi perbatasan negara. Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Pad a zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau dicerobohi oleh pihak lain. Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio-budaya sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan maka segala usaha bagi mengatasi masalah lain adalah lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio-budaya. Melalui pelbagai salman, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah sesuatu yang mengejutkan apabila sistem sosio-budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup barat (Utusan Pengguna, 17 November 1997 : 23).

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi


219

kesankesan globalisasi budaya di bawah : (1) Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin popular di seluruh dunia. Makanan Jepun pun sudah boleh diterima oleh masyarakat Malaysia. Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca Cola tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh dunia. (2) Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya (Azhar Hj. Mad Aros et aI, 2000 : 84). (3) Budaya Kerja : Syarikat pengeluaran di era globalisasi juga terdiri daripada berbilang kaum dari negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Espirit di mana ketua grafiknya dari Jepun, juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari Perancis dan Itali. (4) Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat. Di samping itu, masyarakat dunia hari ini lebih terdedah kepada budaya hidup yang menggunakan produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.

(5) Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik 'black metal' telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland juga diadakan di luar dari negara Amerika. Contohnya, di Jepun dengan panggilan Tokyo Disneyland (1987) dan di Marne-La-Valle di Paris dengan panggilan Euro Disneyland (1992)

(6) Budaya Bahasa: Bahasa Inggeris adalah alat perhubungan dan komunikasi terpenting antarabangsa dan digunakan secara globaL Ini menunjukkan kejayaan globalisasi bahasa yang diterajui oleh Amerika. Terdapat penyebaran budaya konsumer Amerika Syarikat ke seluruh dunia, satu proses yang disebut
220

sebagai ' McDonaldisation of Society'. Untuk mencapai maksud itu, budaya konsumer perlu disebarkan seluas-Iuasnya supaya lahir penyeragarnan budaya dan gaya hidup.

KESIMPULAN

Pad a hari ini, kita berada pada zaman di mana proses penyeragaman yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan sebagai globalisasi, kita amat pasti bahawa hampir segala aspek dalam kehidupan kita ini tidak akan terlepas dari disentuh oleh konsep globalisasi. Hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret diri kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia.

Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan globalisasi. Namun begitu, dalam keghairahan untuk diglobalkan sarna ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik, kita jangan sekali-kali terputus dari budaya dan akar sejarah kita sendiri. Kita perlu ada pegangan kita sendiri agar kita tidak mudah tertipu dengan laungan keadilan dan kesamarataan universal yang ternyata palsu.

221

Matapelajaran

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS ) Isu-Isu Kontemporeri Tamadun Islam Dan Tamadun Barat Hegemoni Barat Dan Globalisasi.

UNIT 13

13.1. Krisis Alam Sekitar 13.2. Persepsi jihad 13.3. Etika dalam Sains 13.4. Kesan perkembangan kontemporari kepada

masyarakat dan Negara

13.1 Krisis Alam Sekitar

ALLAH menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu. Hal ini menyebabkan ada di kalangan manusia memandang enteng nikmat tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan bukit-bukau sewenang-

wenangnya. Sehubungan itu, Allah memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (alRum: 41) Berkenaan tanggungjawab manusia memelihara alam sekitar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).

222

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu 1972 menjelaskan bahawa alam sekitar adalah: Suatu aset atau simpanan sumber-sumber alam sama ada berbentuk material dalam kelompok masyarakat atau populasi tertentu, pada waktu dan tempat yang tertentu bagi menyempurnakan dan memenuhi keperluan manusia dari masa ke semasa. (Rujuk: Muhammad Said dan Rasyid Ahmad. 1986. AlBiah wa musykilatiha. Kuwait: Maktabah al-Falah.Hal. 25). Ibnu Abd. Rabbihi pula menyatakan takrif alam sekitar ini di dalam kitabnya alJumanah dengan penjelasannya bahawa: Alam sekitar ialah yang merujuk kepada kehidupan ciptaan Ilahi dan kebudayaan yang wujud di mana manusia dapat menjalani kehidupan di dalamnya. (Rujuk: Muhammad Abd al-Qadir AlFiqqiyy. 1993. Al-Biah Musykiluha wa Qadayaha. Kaherah: Maktabah Ibn Sina. Hal. 9.) Al-Quran dan sunah memberikan penekanan yang serius mengenai penjagaan alam sekitar di mana kedua-dua sumber perundangan ini menyeru manusia untuk mengekalkan pemeliharaannya sebagai satu kurniaan atau nikmat Tuhan yang agung. Ia melarang pencemaran di samping menggesa mereka untuk memanfaatkan khazanah alam di mana usaha murni ini di sanjung mulia agama Islam bahkan dianggap sebagai ibadat yang agung di sisi Tuhan. Alam sekitar tidak terhad kepada aspek estetika dan kebersihan fizikal semata-mata. Hakikatnya keseimbangan alam sekitar memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup selari dengan kemajuan negara serta kemakmuran bumi. Tanpa rimbunan pokok, maka tadahan hujan untuk bekalan air akan mengurang. Tanpa hutan maka keupayaan menyerap gas karbon dioksida di atmosfera akan berkurangan. Tanpa udara yang bebas bahan cemar, maka kesihatan awam terancam. Ajaran agama menjelaskan peranan alam sekitar sebagai salah satu unsur terpenting aspek ketuhanan dalam konteks kosmologi. Ajaran Islam pula menjelaskan kedudukan alam sekitar yang kudus dan tertib. Itulah rasionalnya alam sekitar dikemukakan sebagai salah satu teras Islam Hadhari.
223

Pelestarian dan kepentingan alam sekitar disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam banyak ayat al-Quran dan hadis. Allah SWT berfirman yang bermaksud: (iaitu) Orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka. (ali-Imran: 191). Ayat ini menunjukkan bahawa alam sekitar fizikal dan seluruh cakerawala adalah tanda kebesaran Allah Yang Maha Pencipta. Orang beriman sentiasa berusaha menjadikan alam sekitar terpelihara dan bersih, bukan saja dalam keadaan aman, malah ketika peperangan. Ajaran Islam mengajar umatnya supaya melestarikan alam sekitar kerana di sebalik kehijauan hutan dan kebiruan langit, tertera ayatullah yang

memperlihatkan sifat Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta. Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa adalah satu lagi contoh keengganan manusia mematuhi perintah Allah sebagaimana dalam surah arRum: 41. Bagaimana membetulkan keadaan ini? Kalau kita meneliti sumber-sumber syarak dan usul-usulnya, pasti kita akan melihat asas-asas dan dasar-dasar yang murni yang digagaskan oleh Islam. Ia bagi memandu dan memimpin suatu etika dan akhlak yang terpuji bagi setiap individu muslim berperanan dan bermuamalah secara positif dengan alam sekitar ciptaan Ilahi ini agar warisan tersebut tidak pupus atau rosak di tangan manusia itu sendiri. Akhirnya, ketiadaan sikap menyayangi dan memelihara alam sekitar ini boleh membawa kepada kemusnahan, kerosakan dan bencana yang menimpa manusia itu sendiri.

224

Allah menegaskan hal ini melalui firman-Nya yang bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (al-Rum: 41). Tindakan paling drastik yang perlu dilakukan umat Islam adalah kembali kepada Islam itu sendiri, tinggalkan budaya atau gaya hidup yang jauh daripada Allah dan syariat-Nya. Barangkali musibah seumpama ini adalah peringatan untuk kita agar jangan lalai dan leka terhadap peranan kita selaku hamba dan khalifah-Nya di muka bumi ini. Islam adalah agama yang mengikat hubungan kita dengan Pencipta dan menjalin hubungan manusia sesama manusia. Islam juga menyusun peradaban dan etika manusia dengan makhluk sekitarnya meliputi alam dan ciptaan Tuhan yang berada di atasnya bersesuaian dengan agenda utama manusia di muka bumi ini selaku khalifah Tuhan yang mentadbir dan mengurus dunia ini dengan saksama dan penuh bijaksana demi kemaslahatan manusia dan keharmonian alam sekitarnya. Bukit-bukau dan gunung-ganang dijadikan Allah sebagai pasak bumi (al-Anbiya: 31). Apakah saranan Islam tentang pembangunan seimbang (sustainable development)? Nidzamuddin: Kita perhatikan dahulu ayat al-Quran itu tadi. Allah menegaskan: Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (al-Anbiya: 31).

225

Ayat ini menegaskan bahawa fungsi sebenar bukit-bukau dan gunung-ganang itu ialah sebagai pasak kepada bumi. Meneres kawasan bukit-bukau sesuka hati tanpa kawalan dan sempadan mengundang ketidakseimbangan muka bumi itu sendiri. Justeru, pembangunan yang seimbang ini amat dititik beratkan dalam ayat Allah yang lain antaranya firman Allah yang bermaksud: Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (al-Hijr: 19). Sistem keseimbangan dalam alam sekitar yang diaturkan Penciptanya ini lebih dikenali sebagai ekosistem yang sangat unik dan sistematik. Seluruh unit dalam sistem telah diprogramkan Allah agar mengikuti sistem atau sunnatullah yang hebat ini. Sebagai contoh, matahari dan bulan ditentukan Allah berfungsi dalam ekosistem ini selaku penyumbang cahaya mengikut kadar peratusan yang tertentu. Jika kadar pencahayaan matahari itu melebihi peratusan yang sepatutnya, maka tentulah alam dan hidupan di atas permukaannya bakal mengalami kemusnahan dan kebakaran. Begitu juga kadar oksigen dalam udara yang telah ditentukan Allah sejumlah 21 peratus, maka andainya kadar oksigen itu menjangkau 50 peratus, nescaya alam dan hidupan di atas permukaannya juga pasti mengalami kemusnahan dan kebakaran. Begitulah al-Quran melukiskan peri pentingnya keseimbangan ekosistem ini untuk dipelihara oleh khalifah Tuhan atau manusia di muka bumi ini sebaik-baiknya. (Tibarah, Afif bin Abdul Fattah. Ruh al-Din al-Islami. Beirut: Dar al-Malayin li al-Ilmi. Hal. 57). Akhirnya, renungilah seruan Ilahi untuk hamba-hamba-Nya bagi menjaga alam sekitar khususnya bukit-bukau dan gunung-ganang ciptaan terindah Tuhan
226

menerusi ayat yang bermaksud: Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buahbuahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Faatir: 27 -28) Justeru, dengan kelebihan ciptaan manusia daripada unsur material dan maknawi, maka manusia dinobatkan selaku pemimpin dan khalifah Tuhan yang mengurus dan mentadbir alam dengan sebaik-baiknya. Firman Allah bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (al-Hijr: 28-29). Hal ini disokong pula dengan hadis Nabi SAW bermaksud; Sesungguhnya dunia ini cantik dan subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya. (AlTirmizi, Muhammad bin Isa. 2004. (Rujuk: Jami al-Tirmizi. Kitab al-Fitan. Hadis No. 2191. Riyadh: Bait al-Afkar al-Dauliyyah). Ketamakan pada keuntungan yang melambak-lambak akan mengenepikan soal bahaya dan risiko yang bakal menimpa. Ya, memang ada orang yang kaya dan mampu membina semula banglo yang runtuh itu lantaran kekayaannya yang tidak terkira. Lebih mengejutkan ialah ada yang berani membangunkan semula bangunan baru di lokasi yang telah berlaku tanah runtuh.

227

Namun soal nyawa, harta benda yang terbuang dan musnah begitu sahaja serta pencabulan terhadap keharmonian alam sekitar itu sendiri adalah suatu isu yang perlu dititik beratkan. Pokok-pokok yang subur menghijau bukan sekadar dilihat sebagai ciptaan Allah yang mendamai dan menakjubkan, bahkan Rasulullah SAW mengajar umatnya agar memeliharanya daripada ditebang dan dimusnahkan. Ini terserlah melalui larangan keras Baginda terhadap usaha penebangannya yang tanpa sebab dan melampau bermaksud: Barang siapa yang memotong pokok (bidara) - tanpa manfaat atau kepentingan - nescaya Allah SWT akan menghumbankan kepalanya ke jurang neraka. (Rujuk: Abu Daud, Sulaiman bin al-Asyath al-Sijistani. T.th. Sunan Abi Daud. Kitab Adab. No. Hadis: 4561. Juzuk 4. Hal. 361). Imam Abu Daud mengulas maksud hadis ini setelah disoal mengenainya dengan penjelasannya: Barangkali yang dimaksudkan dengan amaran Nabi SAW dengan penebangan pokok tanpa sebab ini adalah terhadap pokok-pokok yang terdapat di padang pasir yang dijadikan tempat teduhan orang yang lalu lalang atau para musafir. Kalau nak dikiaskan dengan geografi negara kita, maka pokok-pokok di lerengan bukit-bukau itu juga dilarang Islam menebangnya tanpa bersebab dan kawalan. Kalau isu penebangan pokok atau peneresan bukit-bukau ini tidak dikawal secara serius, maka tidak mustahil bahawa kita akan menyaksikan banyak lagi penempatan di kawasan-kawasan bukit akan menjadi mangsa tanah runtuh ini. Memang benar alam tidak menjerit dan melolong apabila diperlakukan penebangan atau peneresan bukit-bukau dengan sewenang-wenangnya, namun kerakusan ini akan berakhir dengan dentuman bangunan runtuh, suara tangisan mangsa tanah runtuh dan kerosakan harta benda yang begitu besar.

228

Justeru, Allah melarang keras penipuan ini khususnya dalam sukatan dengan firman-Nya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? (al-Mutaffifin: 1-4). Perbuatan merosakkan alam sekitar adalah sama seperti menafikan sikap adil dan ihsan, sedangkan kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah yang perlu dilaksanakan. Perbuatan mencemar dan merosakkan alam sekitar juga menodai fungsi kekhalifahan yang telah dibebankan kepada manusia. Ini kerana bumi bukan milik manusia untuk dia berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia yang kemudiannya dituntut untuk menjalankan segala perintah Allah di atasnya. Oleh yang demikian, manusia perlu ingat bahawa dia dilantik sebagai khalifah Allah di atas muka bumi yang juga milik Allah. Maka tidak sepatutnya manusia bertindak seperti raja yang seolah-olah tidak akan dipertanggungjawabkan di atas segala yang telah dikerjakannya.

13.2 Persepsi Jihad

PERSEPSI JIHAD

Definisi: Istilah jihad apabila didefinisikan dalam konteks yang sempit adalah jihad di medan perang iaitu mempertaruhkan seluruh jiwa dan raga demi agama dan negara. Sebaliknya apabila ditafsirkan secara lebih umum, maka jihad boleh membawa banyak pengertian.

229

Konsep Jihad dalam Islam Md Zawawi Abu Bakar Jihad adalah suatu istilah yang begitu sinonim dikaitkan dengan masyarakat dan agama Islam. Amalan itu sering dikaitkan sebagai perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air. Justeru, perjuangan yang dilakukan di atas dasar jihad dengan nama Allah SWT dan agama Islam adalah syahid.

Istilah jihad apabila didefinisikan dalam konteks yang sempit adalah jihad di medan perang iaitu mempertaruhkan seluruh jiwa dan raga demi agama dan negara. Sebaliknya apabila ditafsirkan secara lebih umum, maka jihad boleh membawa banyak pengertian. Antaranya:jihad melawan nafsu, menuntut ilmu, mempertahankan maruah diri dan sebagainya. Ia boleh dilakukan melalui pengorbanan harta benda, wang ringgit, kekuatan fizikal, tenaga bahkan buah fikiran juga termasuk dalam sumbangan jihad.

Perjuangan dan pengorbanan pelajar-pelajar dalam menuntut ilmu pengetahuan dan amal makruf nahi mungkar juga adalah tergolong dalam kategori-kategori yang menunjukkan pengorbanan atau jihad fi sabilillah. Cumanya taraf atau darjat tinggi rendah pahala jihad bergantung sebesar mana pengorbanan yang dilakukan oleh umat Islam. Oleh itu, konsep jihad perlulah difahami agar masyarakat tidak terpengaruh dengan anasir-anasir yang mengambil kesempatan dia atas jihad palsu mereka.

Konsep Jihad: Takrif dan Definisi Jihad Pengertian jihad boleh dilihat dalam beberapa sudut. Jihad adalah perkataan Arab iaitu jahada yajhadu jahdu yang bererti kesulitan dan beban. Al-Jahdu pula bermakna kesungguhan dan keupayaan terakhir. Definisi al-Jihad pada bahasa
230

bermaksud penyerahan segenap kemampuan manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci. Manakala dari segi istilahnya para fukaha bersepakat iaitu peperangan dan membantu semua persiapan perang.

Oleh itu dalam erti kata yang luas jihad boleh didefinisikan sebagai berjuang dalam peperangan, berjuang menentang hawa nafsu, berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan lain-lain perjuangan pada jalan Allah dan meninggikan kalimah Allah. Terdapat beberapa pandangan mazhab yang empat berhubung pentakrifan jihad antaranya ialah: a. Hanafi. Ulama mazhab Hanafi iaitu Ibnu Hamman mendefinisikan jihad sebagai mengajak orang kafir memeluk Islam dan memeranginya jika menolak. Manakala al-Kasani iaitu mengerah segenap kemampuan dan tenaga dengan melakukan perang fi sabilillah baik dengan diri, harta dan lidah. b. Maliki. Mazhab Maliki pula berpendapat jihad adalah orang-orang Muslim ang memerangi orang kafir yang tidak terikat dalam perjanjian damai demi menegakkan ajaran agama Allah. c. Shafie. Menurut al-Bajuri jihad adalah berperang di jalan Allah. Seorang lagi ulama Shafie iaitu Ibnu Hajar mentakrifkan sebagai mengerah segenap kemampuan untuk memerangi orang kafir. d. Hanbali. Mereka berpendapat jihad adalah memerangi orang kafir atau mengerah segenap kemampuan untuk memerangi orang kafir. Hukum terhadap amalan jihad adalah fardu kifayah. Menurut Ibnu Rusyd dalam kitab Bidayatul Mujtahid jihad adalah fardu kifayah dan bukan wajib. Namun demikian dalam keadaan tertentu hukum fardu
231

kifayah bertukar menjadi wajib apabila diserang oleh pihak musuh. Dalil alQuran surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud, Kamu diwajibkan berperang untuk menentang pencerobohan sedangkan peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu Selain itu terdapat beberapa dalil pensyariatan jihad sama ada melalui sunah mahupun al-Quran. Antara dalil-dalil tersebut adalah seperti dalam surah at-Taubah ayat 88, Tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman bersamanya berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga berjaya. Selain itu dalam surah Ali Imran ayat 195, Allah SWT berfirman bermaksud, Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka dengan firman-Nya: Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, kerana setengah kamu adalah keturunan dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah kerana menyelamatkan agamanya, dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya, yang disakiti dengan berbagai-bagai gangguan kerana menjalankan agamaKu, berperang mempertahankan Islam, dan yang terbunuh gugur Syahid dalam perang Salib- sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya bagi mereka yang beramal soleh. Dalam hal lain juga, Allah memerintahkan umat Islam mempertahankan diri daripada serangan pihak musuh. Firman Allah SWT surah al-Anfal ayat 60 bermaksud, Dan sediakanlah untuk menentang mereka iaitu musuh yang menceroboh segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain
232

dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya. Selain itu, sesuatu jihad yang hendak diperjuangkan hendaklah memiliki ciriciri yang jelas menurut syarak. Antara ciri-ciri jihad yang benar adalah: a. Hendaklah kerana Allah SWT dan Rasul semata-mata. b. Tidak bersalahan dengan nas-nas al-Quran dan sunah. c. Tidak menyalahi undang-undang dan pemerintahan yang adil. d. Bukan ekstremis terhadap individu tertentu.

Jihad jika dilihat di dalam konteks yang lebih luas mempunyai tujuan tertentu. Namun semuanya memfokuskan kepada perkembangan syiar Islam serta keberkatan Allah semata-mata. Antara tujuan jihad ialah untuk menyebarkan dakwah Islam, melindungi agama Islam dan negara serta menolong kaum-kaum yang tertindas. Peringkat Mensyariatkan Jihad dalam Islam Jihad disyariatkan kepada umat Islam berdasarkan kepada empat peringkat. Ini menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang ganas. Istilah Islam sendiri membawa maksud sejahtera iaitu membawa kesejahteraan kepada semua makhluk. Oleh itu gambaran yang mengaitkan Islam sebagai agama yang suka berperang dan umat Islam sebagai pengganas adalah salah dan tidak dapat diterima sama sekali. Berikut adalah peringkat pensyariatan jihad di dalam Islam: Umat Islam diharamkan Berperang. Sejarah Islam membuktikan bagaimana seksanya umat Islam di awal pendakwahan Rasulullah SAW di Kota Mekah. Mereka diseksa, diugut, didera dan dibunuh contoh seperti mana yang berlaku ke atas saidina Bilal Bin Rabah, bahkan baginda Rasulullah SAW juga menerima azab
233

yang sama. Namun umat Islam ketika itu diminta bersabar dan tidak melawan di atas segala perbuatan dan tindakan kejam kaum kafir dan musyrikin Mekah. Firman Allah SWT dalam an-Nisak ayat 77 yang bermaksud, Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: Tahanlah tanganmu dari berperang dan dirikanlah solat. Keizinan Berperang atau Berjihad. Setelah menerima tentangan hebat kaum kafir Mekah sehingga usaha membunuh Rasulullah SAW dirancang. Akhirnya umat Islam diizinkan mempertahankan diri daripada musuh. Selain itu, umat Islam juga mula mengorak langkah berhijrah ke tempat baru. Hijrah ke Habsyah adalah hijrah pertama dalam Islam barulah diikuti hijrah ke Madinah. Manakala peperangan pertama di dalam Islam adalah perang Uhud yang berlaku pada 4 Hijrah. Sesungguhnya Islam membenarkan umatnya memerangi musuh yang menyerang dan sejarah perang Badar membuktikan tentera Islam memenangi peperangan itu. Firman Allah SWT surah al-Haj ayat 39 yang bermaksud, Telah diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu. Jihad adalah Wajib ketika Musuh Menyerang. Firman Allah SWT di dalam al-Baqarah ayat 190 yang bermaksud, Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang melampaui batas. Melalui surah al-Haj ayat 39, umat Islam diberi keizinan berperang apabila mereka diperangi atau diserang musuh. Sebaliknya, ayat ini pula menegaskan kepada kewajipan ke atas umat Islam mempertahankan diri agama dan negara apabila diserang. Namun demikian sebagai agama sejahtera, Islam mempunyai batas-batas dan etika berperang yang mesti diikuti. Antaranya tidak boleh membunuh kanak-kanak, kaum perempuan, orang-orang tua yang lemah dan sebagainya. Memerangi Kaum Musyrikin dan Kafir. Akhirnya umat Islam diperintahkan memerangi kaum kafir dan musyrikin yang memerangi Islam dan umatnya. Umat Islam perlu jelas di sini, golongan yang harus diperangi adalah kaum kafir yang menyerang umat Islam. Dalam hal ini, ulama Islam membahagikan golongan kafir kepada dua.
234

Pertama kafir harbi iaitu golongan kafir yang mengancam serta memerangi Islam dan umatnya. Golongan kafir harbi dibolehkan bagi umat Islam untuk berjihad jika diperangi. Keduanya kafir zimmi iaitu golongan kafir yang tidak boleh diperangi kerana mereka tidak mengancam Islam dan umatnya. Selain itu, kafir zimmi memberi taat setia kepada pemerintahan negara Islam serta membayar cukai jizyah kepada negara. Melalui al-Anfal ayat 39 yang bermaksud, Dan perangilah mereka, supaya tidak ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah SWT. Jenis-Jenis dan Kategori Jihad

Amalan jihad merangkumi maksud yang sangat luas daripada berkorban nyawa di medan perang sehinggalah menuntut ilmu adalah termasuk kategori jihad di dalam Islam. Cuma daripada segi tahap ketinggian atau darjat sahaja yang membezakan jenis-jenis jihad. Jihad di medan perang adalah jihad yang paling tinggi dan syahid kubra. Namun demikian, sebagai agama yang benar dan sifat pemurah Allah SWT setiap amalan jihad sama ada kecil atau besar pasti memperoleh ganjaran di akhirat kelak. Firman Allah SWT dalam surah al-Zilzal ayat 7, Barang siapa mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya (balasan) kebaikan itu.

Jihad atau pengorbanan boleh dilakukan melalui berbagai cara. Namun semua sumbangan tersebut mestilah diniatkan di dalam hati kerana Allah SWT semata-mata. Jihad yang dilakukan kerana makhluk atau keduniaan juga akan mendapat balasan tetapi setakat dunia sahaja. Sebaliknya jika dilakukan kerana Allah SWT maka balasannya ialah kebaikan dunia dan akhirat. Justeru jihad yang dilakukan hendaklah ikhlas kepada Allah SWT semata.

Antaranya jihad boleh dilakukan melalui: Nyawa dan Tenaga Jihad yang paling tinggi dalam Islam adalah melalui pengorbanan jiwa dan raga untuk
235

agama Islam. Lazimnya, jihad sebegini adalah jihad di medan perang dan orang yang terkorban adalah syahid. Terdapat banyak contoh para sahabat yang sanggup berkorban nyawa demi perjuangan Islam seperti saidina Hamzah yang gugur syahid di dalam peperangan Uhud. Harta dan Wang Ringgit Selain itu pengorbanan wang ringgit dan harta juga termasuk di dalam jihad fi sabilillah. Justeru itu, jihad dalam erti kata yang luas dapat dilakukan oleh semua orang. Bagi golongan kaya harta mereka boleh menyumbang dalam bentuk kewangan bagi menyokong usaha jihad golongan di medan perang. Sebagai contohnya saidina Abu Bakar menyerahkan hartanya demi perjuangan menegakkan syiar Islam. Akal Fikiran dan Ilmu Sumbangan buah fikiran dan idea juga tergolong dalam ciri-ciri berjihad di jalan Allah. Sebagai contohnya Salman al-Farisi selain berjihad di medan perang juga menyumbangkan idea pembinaan parit di dalam peperangan Khandak. Selain itu menuntut ilmu adalah suatu jenis jihad di dalam Islam. Begitu juga para mujtahid yang berijtihad mengenai sesuatu hukum juga tergolong sebagai suatu jihad melalui akal fikiran.

Terdapat beberapa kategori jihad yang sangat dianjurkan Islam bahkan diwajibkan kepada setiap umat Islam mempertahankan hak-hak tersebut iaitu: Jihad melawan hawa nafsu Berjihad melawan nafsu adalah jihad yang paling tinggi sekali darjat di sisi Islam. Melaluinya seluruh tenaga disalurkan supaya menuruti jalan dan manhaj yang digariskan oleh Allah SWT. Perjuangan ini adalah perjuangan dalam diri setiap individu Muslim dan ianya adalah fardu ain. Sebenarnya mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu adalah tergolong di dalam jihad. Perjuangan melawan nafsu agar ianya tunduk dan patuh untuk beramal kepada ajaran Islam, menyebarkan dakwah Islamiah serta sabar di atas segala ujian dan cabaran yang diterima. Jihad sebegini menuntut kepada jihad yang berpanjangan dan ianya adalah jihad fardu ain.
236

Dalil yang boleh dikaitkan dengan jihad melawan hawa nafsu seperti dalam surah as-Syams ayat 7-10 yang bermaksud, Dan demi jiwa serta penyempurnaannya penciptaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasiqan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya. Jihad menentang syaitan. Syaitan adalah seteru manusia yang sebenarbenarnya. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menjelaskan permusuhan antara syaitan dan manusia. Bahkan di dalam kisah Nabi Adam as dan iblis juga banyak mengisahkan permusuhan dan dendam iblis kepada manusia. Antara dalil al-Quran dalam surah al-Fathir ayat 6 yang membuktikan syaitan adalah musuh manusia adalah, Sesungguhnya syaitan itu seteru bagimu maka jadikanlah dia atau layanilah sebagai seteru.

Hukum: Jihad menentang syaitan juga tergolong sebagai jihad dalam kategori fardu ain. Ia menunjukkan setiap manusia Islam mestilah sentiasa berjihad menentang hawa nafsu dan syaitan. Ini kerana kedua-duanya adalah musuh di dalam diri mereka sendiri. Ketiganya adalah jihad menentang orang-orang kafir. Jihad menentang kafir terdapat dalam dua cara iaitu: -Pertama melalui dakwah dengan mengajak orang-orang kafir memeluk Islam. Ini kerana berdakwah juga adalah salah satu daripada jihad bagi orang Islam.

-Keduanya adalah jihad melalui senjata iaitu memerangi orang kafir yang menggugat agama dan umat Islam. Golongan kafir terbahagi dua iaitu kafir zimmi dan kafir harbi. Kafir zimmi tidak harus diperangi sebaliknya kafir harbi adalah orang kafir yang mengancam negara, agama dan umat Islam.

Apabila umat Islam diserang pihak musuh umat wajib berjihad bagi mempertahankan agama Islam. Di sini hukum fardu kifayah pada asalnya
237

bertukar menjadi fardu ain apabila pihak musuh menyerang. Sebenarnya peperangan bukanlah suatu jalan penyelesaian di dalam Islam. Islam bukanlah agama pengganas seperti yang diwar-warkan oleh media Barat. Islam lebih menjurus kepada perdamaian melalui syura. Hal ini dapat dilihat pada zaman Rasulullah bagaimana setiap masalah dapat diselesaikan melalui perundingan. Namun demikian, sebagai agama yang benar, maka umat Islam diwajibkan mempertahankan agama apabila diganggu-gugat oleh pihak musuh. Hal ini dapat dilihat dalam sirah Rasulullah apabila perang Badar yang merupakan perang pertama bagi umat Islam berlaku. Hal ini timbul kerana agama Islam dicabar dan digugat oleh orang kafir. Justeru apabila keadaan ini berlaku, umat Islam berkewajipan Mempertahankan agama Islam. Firman Allah SWT surah al-Baqarah ayat 190 yang bermaksud, Perangilah olehmu pada jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang-orang yang melampaui batas.

Jihad menentang golongan munafik Seterusnya umat Islam juga berjihad menentang golongan munafik. Mereka tergolong sebagai musuh yang berselindung di sebalik nama Islam. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan munafik ini. Justeru kebanyakan ayatayat Madaniyyah sering mendedahkan mengenai golongan munafik. Ini kerana dakwah Islamiah semasa zaman Madinah banyak terdedah kepada ancaman munafikin ke atas agama dan umat Islam. Bahkan terdapat surah alMunafiqun yang dikhususkan kepada musuh Islam ini. Antara dalil al-Quran surah at-Taubah ayat 96 yang menyeru kepada jihad ke atas orang kafir dan munafik ialah, Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orangorang munafik itu, bersikap kasarlah terhadap mereka. Jihad menentang kemungkaran dan kezaliman Selain daripada berperang menentang musuh, umat Islam juga digalakkan menentang kemungkaran dan kezaliman di dalam sesebuah pemerintahan. Oleh itu, segala kebatilan yang terdapat dalam
238

masyarakat mestilah ditentang sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan hati. Riwayat an-Nasai, Rasulullah pernah berkata mengenai jihad yang paling utama yang bermaksud, Jihad yang paling utama adalah menyatakan perkataan yang hak di hadapan seorang penguasa yang zalim. Selain itu dalil daripada al-Quran surah Ali Imran ayat 11 yang bermaksud, Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sehubungan itu setiap orang mestilah mengamalkan konsep amar makruf dan nahi mungkar. Ini kerana selain tentangan pihak musuh, Islam menjadi lemah ekoran sikap umatnya sendiri. Ada pihak yang tidak prihatin dengan konsep amar makruf nahi mungkar justeru membiarkan saudaranya terus dalam kemaksiatan dan kesesatan. Maqasid syariyah.( agama, maruah, harta, akal, nyawa) Umat Islam juga disarankan mempertahankan hak masing-masing. Di sini hak-hak maqasid syariyah juga tergolong sebagai salah satu jihad dalam Islam. Sebagai contoh, keluarga Yaser dan isterinya Sumayyah yang gugur syahid setelah diseksa dengan kejam oleh kaum kafir kerana mempertahankan agama Allah SWT. Begitu juga yang berlaku ke atas saidina Bilal yang dadanya dihempap batu di bawah pancaran terik matahari tetapi masih mengekalkan syahadah dan istiqamah kepada Allah SWT.

Kesemua ini adalah contoh-contoh jihad sama ada mempertahankan agama, maruah, harta, akal dan nyawa. Bahkan umat Islam pada hari ini pun berkewajipan menjaga hak masing-masing dan sekiranya mati maka ia tergolong sebagai salah syahid di dalam Islam. Menuntut ilmu Selain berjihad di medan perang, umat manusia juga disyariatkan berjuang dalam bidang keilmuan. Ini penting bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan. Apa ertinya kemenangan di medan perang sekiranya kemenangan itu tidak diisi dengan masyarakat berilmu. Sudah pasti suatu hari nanti umat Islam akan dijajah semula dalam
239

bentuk lain seperti bidang sains teknologi, kedoktoran, ketenteraan dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat berdasarkan firman Allah SWT surah atTaubah ayat 122 yang bermaksud, Tiada patut orang yang beriman keluar semuanya ke medan perang. Mengapakah tiada keluar sebahagian di antara tiap-tiap golongan mereka, supaya mereka yang tinggal memahami agama dan memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali kepadanya, mudah-mudahan mereka itu waspada.

Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada ilmu fardu ain seperti fikah, tauhid atau ilmu fardu kifayah seperti sains, perubatan dan sebagainya. Ini bertujuan supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain, bahkan fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada orang Islam yang mempelajarinya. Sebagai contoh, ilmu perubatan menjadi wajib kepada umat Islam mempelajarinya sekiranya tidak terdapat doktor Muslim yang dapat merawat pesakit Islam.

Realiti Amalan Jihad pada Masa Kini

Istilah jihad pada hari ini sudah diterima pakai dengan lebih meluas. Sama ada negara di blok Timur atau blok Barat menerima pakai istilah jihad. Tetapi apa yang pastinya, jihad itu dipandang dari dua sudut iaitu positif dan negatif. Sebagai contoh, jihad dipandang negatif oleh pihak Barat terutamanya selepas peristiwa 11 September. Islam telah digelar sebagai agama yang ganas dan umat Islam terutamanya di Afghanistan sebagai pengganas. Sebaliknya pula dalam serangan pencerobohan tentera Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya ke atas Iraq pandangan terhadap jihad telah berubah. Rakyat Iraq berkewajipan mempertahankan negara mereka demi agama Islam

240

dan negara mereka. Serangan pihak musuh adalah pencerobohan ke atas kedaulatan negara dan ianya mesti dipertahankan.

Untuk itu, jihad itu perlu dinilai sebagai mempertahankan agama dan negara daripada musuh. Dalam konteks negara Malaysia, konsep jihad perlu difahami secara lebih luas dan terbuka. Amalan jihad perlu jelas agar tidak mengganggu-gugat keamanan dan kedamaian rakyat dan negara. Terdapat peristiwa-peristiwa yang dikaitkan dengan jihad telah berlaku di dalam negara seperti peristiwa Sauk.

Sebenarnya jihad perlulah bermatlamatkan mendapat keredaan Allah SWT bukannya memenuhi ideologi politik dan agenda individu yang tertentu. Jika matlamat jihad terpesong dari landasan syariat maka perjuangan tersebut adalah kosong dan berdosa. Untuk itu, setiap pengorbanan atau jihad hendaklah jelas dan bertujuan fi sabilillah. Realitinya banyak lagi yang perlu diperjuangkan oleh masyarakat Islam di Malaysia khasnya. Selain berjihad melalui peperangan, umat Islam mestilah berusaha mengangkat semula kegemilangan Islam dalam semua bidang. Kekuatan Islam dan umatnya pada hari ini bukan semata-mata kerana semangat dan kekuatan dalam ketenteraan sahaja.

Sebaliknya kekuatan ekonomi, politik, ketenteraan, sains, teknologi dan sebagainya adalah inti pati kekuatan yang sebenarnya pada hari ini. Justeru dengan penguasaan tersebutlah umat Islam akan digeruni pihak musuh dan seterusnya boleh menjadi pemangkin kepada negara-negara lain di dunia ini. Hari ini kuasa tersebut dimiliki oleh Barat setelah mencedok dan mengaplikasikan segala ilmu dalam tamadun Islam.
241

Kesimpulan: Umumnya jihad membawa maksud yang sangat luas. Ianya tidak boleh disempitkan kepada jihad di medan perang semata-mata. Justeru jihad dalaman seperti melawan hawa nafsu dan godaan syaitan juga tergolong jihad fardu ain. Sebaliknya jihad menentang orang-orang kafir hanyalah jihad fardu kifayah dan ianya bertukar wajib apabila pihak musuh menyerang atau mengancam Islam dan umatnya. Akhir sekali saranan untuk mengaplikasikan jihad di dalam kehidupan seharian Muslim seperti berikut; jihad melawan hawa nafsu, godaan syaitan, kaum kafir harbi, golongan munafik dan amal makruf nahi mungkar. Oleh itu, sekiranya setiap Muslim mengamalkan serta menghayati semangat jihad nescaya kegemilangan Islam akan kembali menyinari dan membawa kesejahteraan kepada alam ini.

13.3 Etika dalam Sains

Prof. Mohammed Abdus Salam, penerima Hadiah Nobel 1979 dalam kajian Fiziks, pernah berkata: Tidak dapat disangkal lagi pada hari ini bahawa dari semua tamaddun di dunia ini, negara-negara Islam adalah paling lemah dalam ilmu sains. Kemelut ini tidak boleh diambil mudah kerana kelangsungan hidup (atau survival) yang bermaruah pada hari ini bergantung kepada kekuatan dalam ilmu sains dan teknologi.

Bayangkan bahawa sepasukan penyelidik dari planet Marikh datang ke dunia di antara abad ke-9 dan ke-13. Tugas atau misi mereka adalah untuk mengkaji perkembangan budaya dan sosial manusia. Dari pemerhatian mereka, didapati bahawa ada masyarakat yang dinamik dan berkembang ke arah peradaban yang
242

lebih baik dan tinggi, manakala terdapat juga budaya dan peradaban yang kaku dan rendah serta terikat kepada unsur-unsur tradisi dan ritual.

Para penyelidik ini akan membuat laporan bahawa peradaban yang paling maju adalah peradaban atau tamaddun Islam yang mempunyai pelbagai kemudahan dan infrastruktur seperti adanya Bait-ul-Hikmah, pusat-pusat pemerhatian astronomi, hospital-hospital dan sekolah-sekolah. Baghdad pula merupakan tempat yang paling bercahaya kerana ia menjadi pusat intelek dunia di mana cerdik pandai dari seluruh pelusuk dunia datang untuk menuntut ilmu. Namanama seperti Ibn Haytham dan Omar Khayyam pula terkenal sebagai saintis moden.

Akan tetapi pada masa yang sama terdapat perbedaan yang amat ketara sekali dengan tamaddun Eropah di mana mereka tenggelam di dalam Zaman Gelap (Dark Ages), tidak ada perkembangan ilmu. Sebaliknya mereka kelihatan sungguh ganas, seperti Pope yang memerintahkan pembakaran ahli-ahli sihir wanita. Bayangkan pula, sekiranya pasukan penyelidik dari planet Marikh ini dating sekali lagi pada hari ini. Mereka akan terkejut kerana apa yang diperhatikan sepuluh abad yang lalu amat berbeza dari apa yang berlaku sekarang. Tamaddun yang satu masa dahulu merupakan yang paling maju kini telah terperangkap di dalam zaman pertengahan; menolak kepada pembaharuan dan terus berpegang kepada nilai-nilai kuno. Sebaliknya, tamaddun yang kelihatan kaku dan ganas pada masa dahulu telah amat maju ke hadapan. Mereka akan tertanya-tanya apakah telah berlaku pertukaran peranan dari kedua-dua kemenangan peperangan satu pihak ke atas pihak yang lain? Atau adakah kerana telah berlaku perubahan pemikiran dan sikap kedua-dua tamaddun tersebut? Sudah lebih 700 tahun tamaddun Islam kehilangan hampir seluruh kemahuan dan kebolehan di dalam ilmu sains. Sejak dari itu, selain dari usaha semasa Empayar Uthmaniah dan pemerintahan Mohammed Ali di Mesir, tidak ada
243

usaha-usaha yang signifikan untuk mengembalikan kegemilangan tamaddun Islam. Ini adalah hakikat yang amat dikesali oleh kebanyakan orang Islam. Sesungguhnya hakikat ini amat merisaukan para reformis Islam pada hari ini. Tetapi, sebaliknya, terdapat para pengamal Islam tradisional tidak merasa kesal dengan hakikat tersebut, malah ada yang selesa dengan kehilangan kemajuan sains kerana mereka berpendapat bahawa pengaruh sekular yang merosakkan dapat dihindar dengan menjauhkan ilmu sains dari Islam.

Kemajuan sains dan ideologi tidak dapat dipisahkan. Justeru, timbul persoalan pokok: adakah Islam itu harmonis dan seiring dengan sains atau pun sebaliknya? Perdebatan yang berlarutan di antara reformis Islam dan pengamal Islam tradisi mengenai persoalan ini tidak membawa kepada penyelesaian kepada kemunduran umat Islam hari ini. Masing-masing berpegang kepada hujah-hujah dan tafsiran-tafsiran yang berbeda walaupun dari sumber yang sama, ia itu dari hadis-hadis atau al-Qurn. Isu pokok perbedaan mereka ialah: sains itu ilmu sekular dan tidak mungkin sebaliknya. Bagaimanapun, ciri sekular sains itu tidak menyangkal kewujudan Tuhan. Akan tetapi bukti-bukti kebenaran sains itu tidak bergantung kepada kepercayaan wujudnya tuhan kerana setiap yang ditemui itu diperolehi daripada usaha-usaha ujian, pemerhatian dan logik. Sama ada para saintis itu alim atau sebaliknya, ilmu sains tetap tidak berubah.

Perdebatan tersebut tidak akan sampai kepada penghujungnya. Sama ada sains itu sekular atau tidak, hakikatnya ilmu sains amat penting dalam kehidupan pada zaman ini. Setelah dunia berputar masuk abad ke-21, sikap Islam terhadap sains, sama ada tiori atau praktikalnya, memberi impak yang amat penting kepada masyarakat Muslim. Sains bukan lagi merupakan ilmu untuk golongan elit atau cendikiawan sahaja. Sebaliknya ilmu sains telah merubah peradaban manusia; tidak kira untuk kebaikan atau keburukan. Kekuatan ketenteraan, kuasa politik dan kemewahan ekonomi sesebuah negara moden banyak bergantung kepada kebolehannya memahami, mengawal dan mencipta sains

244

moden. Bukti yang amat ketara ialah semasa Peperangan Teluk di antara Tentera Bersekutu dengan Iraq.

Telah terbuku di dalam sejarah bahawa antara sebab kejatuhan tamaddun Islam itu ialah kerana kegagalan menguasai sains. Malah kelemahan Islam dalam sains telah menaikkan kuasa Barat dalam beberapa abad yang lalu. Di zaman pertengahan, perhubungan di antara Islam dan Barat berbeda-beda; ada kalanya mesra dan adakalanya bermusuhan. Pemerintahan Islam di Sepanyol selama tujuh abad telah memberi peluang kepada orang-orang Eropah menimba khazanah ilmu Yunani (Greek) dan Islam. Tetapi apabila timbulnya Peperangan Salib serta penguasaan Empayar Uthmaniah di Balkan, hubungan di antara kedua tamaddun tersebut menjadi tegang tanpa kesudahan. Sikap prejudis dan syak wasangka tersebut diwarisi hingga ke hari ini.

Kemudian timbul Renaissance atau Zaman Kebangkitan di Eropah. Kejatuhan sistem ekonomi feudal dan timbulnya sistem kapitalisme secara meluas yang menyebabkan perubahan masyarakat, telah melahirkan sains moden di Eropah 400 tahun yang lalu. Budaya baru dengan sains moden ini cenderung melakukan pelbagai ujian dan kajian secara lebih teratur berdasarkan kepada alam semula jadi. Mereka tidak lagi terikat dengan fatwa-fatwa atau cengkaman para paderi atau agamawan. Dengan kemajuan sains, orang-orang Eropah mendapat kekuasaan baru yang tidak pernah mereka impikan. Dengan kuasa ini juga mereka dapat memahami hukum alam dengan lebih mendalam dan seterusnya mencipta teknologi-teknologi yang baru. Malangnya, sains ini juga digunakan sebagai senjata untuk menjajah dan menghambakan tamaddun yang masih mundur teknologinya secara lebih sistematik.

Masyarakat Islam rata-ratanya tidak terdaya menangkis serangan kuasa imperialisme pada abad ke-18. Hampir semua negara-negara Islam, dari Afrika Barat hingga Asia Timur, telah dijajah. Kekuatan pihak penjajah bukan bergantung kepada bilangan askarnya, tetapi kepada penggunaan ilmu sains
245

moden. Pertentangan di antara kedua tamaddun tersebut tidak seimbang kerana satu pihak menggunakan senjata-senjata moden, seperti senapang dan meriam, manakala satu pihak lagi masih menggunakan senjata lama seperti pedang dan panah. Peralatan yang canggih seperti kapal wap, telegraf, barangan hasil mesin dan kaedah organisasi moden merupakan tulang belakang kepada kekuatan penjajah.

Negara-negara Islam berperang dengan kekuatan dari segi bilangan tetapi tanpa teknik peperangan moden mereka telah tumpas kepada tentera penjajah yang lebih berdisiplin dan teratur serta berkelengkapan moden, walaupun mempunyai bilangan yang jauh lebih kecil. Konfrontasi di antara dunia Barat, yang lebih maju dari segi industri dan ekonomi, dengan dunia tradisional telah menimbulkan pelbagai kesengsaraan. Hasrat dunia Barat ialah memberi tamaddun baru kepada negara-negara yang dijajah dengan memusnahkan budaya tempatan. Kesan parut kemusnahan tersebut masih terasa hingga ke hari ini.

Era kemerdekaan negara-negara yang dijajah bermula selepas Peperangan Dunia Kedua. Setelah berlaku kemusnahan sistem ekonomi, sosial dan budaya tradisional serta hubungan politik oleh kuasa imperialisme Barat, timbul pula gejala politik orang-orang Islam di kalangan negara-negara tersebut. Namun peranannya amat terbatas, hinggakan persempadanan negara-negara mereka ditentukan oleh kuasa penjajahan sebelum mereka pulang. Kegembiraan mendapat kemerdekaan tidak bertahan lama.

Perampasan tanah Palestin, kekalahan orang-orang Arab di dalam peperangan dengan Israel, kegagalan pemerintah negara-negara yang baru merdeka menangani dan mentadbir dengan sistem demokrasi yang stabil telah memusnahkan harapan orang-orang Islam mengecapi kemerdekaan

sebenarnya. Kegagalan pemerintahan secular nasionalis-sosialis, - seperti Mossadeq di Iran, Nasser di Mesir, Sukarno di Indonesia and Zulfikar Ali Bhutto
246

di Pakistan telah menimbulkan kekecewaan yang lebih mendalam dan seterusnya membibitkan pergerakan-pergerakan fundamentalis.

Bentuk pemerintahan birokrasi-tentera dan puak feudal tertentu menjadi dominan di kalangan negara-negara Islam. Sistem pemerintahan sedemikian amat jauh menyimpang dari nilai-nilai sosial dan etika Islam itu sendiri. Akan tetapi kekuatan pemerintah dan negara demikian telah dapat membina identiti dan menyatukan masyarakat Islam moden. Malangnya pemerintah negara-negara Islam ini tidak menunjukkan kebolehan atau kemahuan untuk mengatasi dan menangani masalah-masalah dan cabaran-cabaran dunia moden, terutamanya pembangunan sains dan budaya yang rasional.

Jika dibandingkan dengan negara-negara bukan Islam yang mempunyai sumber dan tahap pembangunan budaya yang hampir serupa, negara-negara Islam masih jauh ketinggalan. Pembangunan ilmu sains yang rendah merupakan kegagalan yang memberi impak kepada kemunduran negara-negara Islam pada hari ini. Natijahnya, negara-negara Barat pasti menguasai bidang ekonomi dan intelek untuk jangka masa yang panjang. Walaupun kita telah melangkah ke abad 21, masih tidak nampak pergerakan atau perubahan yang ketara di negaranegara Islam untuk mencapai kebudayaan yang berteraskan sains.

Kegagalan kemajuan sains di kalangan negara-negara Islam juga berpunca dari kegagalan pemerintah mempertahankan kedaulatan dan sumber negaranya, menyediakan keperluan asas kepada rakyat jelata dan menubuh kerajaan yang benar-benar mewakili rakyat.

Jika kita lihat krisis di negara-negara Islam semuanya adalah berpunca dari krisis politik. Tidak pernah berlaku dalam sejarah orang-orang Islam terjadi pemisahan kuasa politik dengan masyarakat. Dari Maghribi ke Syria, dari Iraq ke Pakistan dan Indonesia, orang-orang Islam telah diperintah oleh kumpulan minoriti yang mempunyai kuasa mutlak. Hampir
247

semua

pemerintah

negara

Islam

mengamalkan korupsi dan penindasan rakyatnya daripada mempertahankan sumber alam atau kedaulatan Negara masing-masing dan mereka lebih cenderung tunduk kepada campur tangan luar.

Kemelut ini juga telah menyebabkan negara-negara Islam jauh ketinggalan untuk bersaing dengan negara-negara lain dalam mengejar kemajuan dan melakukan penciptaan yang baru kerana kurangnya ilmu dan peralatan.

Sains: Ciri-ciri dan Sumber

Masa depan kemanusiaan dan sains berkait rapat. Sains, yang dipandu oleh prinsip moral yang sejagat, menentukan kelangsungan hidup manusia yang bertamaddun di dunia ini. Dengan sains manusia dapat berhadapan dengan angin dan ribut, penyakit-penyakit dan kepercayaan tahyul (atau superstitions) yang menghantui manusia.

Pelbagai tentangan terhadap sains telah berlaku dari semenjak dahulu kala lagi, terutamanya dengan kepercayaan agama bahawa sains adalah ilmu yang tidak mempercayai agama. Sains pernah dikatakan memusnahkan nilai-nilai moral beragama. Disamping itu, kekecewaan yang ketara terhadap apa yang dijanjikan oleh sains untuk memberi kesejahteraan kepada manusia sejagat. Sains telah menjadikan globalisasi dunia, tetapi sains masih gagal untuk menyatu padukan manusia. Kita kini hidup di dalam suasana pencemaran alam yang

membahayakan di mana sistem ekologi telah dimusnahkan oleh sisa tamaddun industri. Kerap kali manusia yang mempunyai agenda cita-cita ketenteraan menilaikan sains untuk membuat rekabentuk yang membahayakan manusia.

Justeru, sains jika disalahgunakan boleh merosakkan peradaban manusia. Kelahiran sains moden telah bermula sejak dari zaman tamaddun Islam lagi tetapi kemuncaknya ialah methodologi yang lebih saintifik dalam membuat ujian,
248

penemuan dan ciptaan. Selepas Copernicus, seorang ahli astronomi berbangsa Poland, dunia tidak lagi dianggap sebagai pusat cakerawala tetapi hanyalah sebuah dari banyak planet yang mengelilingi sebuah bintang di satu sudut galaksi. Manusia mula menyedari bahawa mereka bukanlah pusat segala ciptaan, tetapi hampir tidak bermakna jika dibandingkan dengan ciptaan alam semesta ini. Terdapat banyak lagi ahli-ahli dalam bidang-bidang sains yang berjaya membuat penemuan baru selepas mereka bebas dari cengkaman kuasa gereja Kristian di zaman pertengahan.

Dengan penemuan-penemuan yang baru dalam Revolusi Saintifik, maka lumpuhlah kuasa Gereja dan seterusnya menukar konsep Tuhan di dalam theologi Kristian. Anehnya, penemu-penemu tersebut (seperti Descartes, Galileo, Voltaire dan Newton) bukanlah orang yang tidak beragama. Sebaliknya mereka juga penganut agama Kristian yang kuat. Malah mereka berpendapat bahawa hukum alam ini tidak akan sempurna tanpa wujudnya satu Tuhan atau Pencipta. Tetapi bagi mereka Tuhan ini berbeza dengan Tuhan yang mereka pernah pelajari yang tugasnya hanya memakbul doa manusia yang meminta atau melakukan mukjizat untuk orang-orang tertentu. Mereka kini mempercayai bahawa Pencipta itu adalah yang mengatur pergerakan alam yang amat kompleks ini mengikut hukum-hukum tertentu.

13.4

KESAN PERKEMBANGAN KONTEMPORARI KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi
249

semua bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti lagi.

Cabaran globalisasi kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran. Berdasarkan beberapa aspek dan isu globalisasi yang telah dibicarakan, dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum pernah berlaku pada abadabad sebelumnya. Cabaran globalisasi dan implikasinya terhadap ekonomi, budaya, teknologi dan politik adalah luas dan mempunyai kesan yang positif dan negatif. Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh semua rakyat. Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Untuk berjaya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita, terutamanya kekayaan daIarnan (inner riches) yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan. Globalisasi yang membawa mesej kesejagatan, merentasi sempadan negara dan yang menggambarkan kerjasama, sokongan dan perpaduan antara negara dan antarabangsa sewajarnya perlu diberi nafas baru agar manfaatnya turut sarna dinikmati oleh negara-negara kecil, bukanriya sekadar

menguntungkan negara-negara maju.

250

Matapelajaran

Tamaddun Islam dan Tamaddun Asia ( TITAS )

Islam Hadhari Dan Proses Pembangunan Negara ( Prinsip UNIT 14 dan 15 1-10)

10 PRINSIP ISLAM HADHARI

Pengenalan

Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik,

pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk

mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.
251

Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah. Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah akan dapat menghadapi cabaran dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan mengikut tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi,

diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemaikan nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Prinsip Islam Hadhari Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama:

1. Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI 2. Kerajaan adil dan beramanah 3. Rakyat berjiwa merdeka 4. Penguasaan ilmu pengetahuan 5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif 6. Kehidupan berkualiti 7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita 8. Keutuhan budaya dan moral 9. Pemeliharaan alam semula jadi 10. Kekuatan pertahanan Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang

252

agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun yang menyeluruh berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing umat. Warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam dalam semua bidang perlu dijadikan rujukan dan sumber inspirasi memajukan masyarakat Malaysia.

Perubahan minda umat memerlukan satu tindakan secara menyeluruh, secara drastik, secara sistematik, dan tidak bersifat sektor atau partisan. Ini memerlukan satu perubahan tasawur (pandangan global) seluruh masyarakat. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan, khususnya prinsip maqasid al Syariah adalah berkaitan dengan lima perkara seperti berikut:

a) Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama b) Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal c) Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa d) Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta e) Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan yang berterusan perlu dirancang. Segala bentuk pemikiran yang mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan kefahaman Islam perlu dikikis supaya pemikiran dan jati diri umat dapat dibentuk. Perubahan sikap dan budaya umat memerlukan peranan berijtihad dan berjihad. Konsep jihad perlu ditafsirkan secara lebih luas, meliputi aspek kehidupan manusia seperti menuntut ilmu, menguasai sains dan teknologi serta melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi. Peningkatan kualiti (itqan) dalam semua
253

urusan dan kegiatan kehidupan merangkumi bidang pendidikan, penguasaan sains dan teknologi serta aktiviti-aktiviti ekonomi, hendaklah dijadikan budaya. Ijtihad membina ummah dalam zaman moden ini perlu diberikan perhatian dan diberikan pengiktirafan.

Masyarakat Malaysia perlu diberikan kefahaman Islam yang membolehkan umat menghayati dan mewarisi wawasan ketamadunan global (Rahmatan Lilalamin) untuk membolehkan umat berperanan secara berkesan diperingkat global. Semangat persaudaraan (ukhuwah Islamiah) perlu dipupuk dan disemarakkan bagi menghasilkan rangkaian sosial yang mantap sebagai satu strategi ke arah meningkatkan daya saing umat. Masyarakat Malaysia perlu menghargai dan menghayati sifat berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak lain. Sikap dan nilai-nilai negatif masyarakat perlu diubah kepada nilai-nilai yang terkandung di dalam tasawwur Islam. Umat perlu dijadikan masyarakat iqra dalam hasrat mahu membina kemampuan bangsa dari segi peningkatan penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran. Tuntutan Islam mewajibkan umat menguasai ilmu dalam semua bidang perlu dihayati. Perlu diperbetulkan sebarang salah faham terhadap konsep ilmu agar tidak berlaku pemisahan antara ilmu sekular dengan ilmu agama. Bahawa penguasaan sains dan teknologi serta peningkatan kemahiran dan kepakaran merupakan sebahagian dari tuntutan Islam. Begitu banyak ayat-ayat di dalam alQuran yang menyentuh soal penguasaan sains dan teknologi, yang perlu diberikan perhatian oleh umat. Sumbangan tamadun Islam dalam sains dan teknologi yang membawa kepada kelahiran renaissance di Eropah wajib diketahui oleh semua pelajar Islam. Usaha melahirkan saintis Islam yang dapat menghasilkan penemuan-penemuan baru perlu diperbanyakkan. Dunia adalah satu perjalanan yang harus dimanfaatkan dalam proses pengabdian manusia kepada Allah SWT dengan menyempurnakan

tanggungjawab fardu kifayah secara sempurna, jujur, telus dan amanah. Manusia tidak mungkin berjaya memanfaatkan dunia ini dengan baik jika sikap
254

dan pandangannya terhadap dunia tidak tepat sebagaimana mestinya, kerana alam dan fenomenanya diciptakan dan ditundukkan oleh Allah SWT untuk manusia diturunkan sebagai khalifah. Kerana itu, amatlah penting untuk umat manusia itu diperlengkap dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran, supaya membolehkan manusia menguasai dunia. Amatlah penting umat Islam dipimpin memahami dan menghayati Islam sebagai sistem kehidupan menyeluruh untuk menggerakkan pembinaan satu tamadun. Kehidupan menyeluruh yang bijak mengimbangkan tanggungjawab dunia dengan tanggungjawab akhirat. Islam bukanlah satu ritual kerana ritualisme memberi tumpuan kepada akhirat semata-mata. Kerajaan juga tidak pernah bersifat sekularisme yang menolak akhirat dan memberi tumpuan kepada dunia semata-mata. Islam mestilah dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi. Allah SWT berfirman: Yang bermaksud: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan janganlah pemberian engkau nikmatNya melakukan yang melimpah-limpah) di muka dan bumi

kerosakan

sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan".

(Surah al-Qasas: Ayat 77)

255

PRINSIP PERTAMA : KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH

Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. al-quran dan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT. dalam surah al-Araaf :96, Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi . Tetapi mereka mendustakan(rasul kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah : 256 Maksudnya :

"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Dan dalam surah al-Kaafiruun: 6, Allah SWT berfirman,
256

Maksudnya : Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku

PRINSIP KEDUA : KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : 90

Maksudnya

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan , serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan peruntukan dalam al-quran dan hadis Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maaidah : 8

257

Maksudnya

Dan jangan sekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Dan hadis Nabi SAW diriwayatkan oleh Bukhari maksudnya, Sekiranya(anakku) Fatimah mencuri nescaya aku akan memotong tangannya. Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini bersumberkan dari al-quran dan hadis Nabi SAW. Dalam al-quran Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa :58

Maksudnya

Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
258

menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat.

Dan hadis nabi SAW, yang diriwayatkan oleh Ahmad Maksudnya : Dan tidak beriman bagi seseorang yang tidak amanah. Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah SWT sebagaimana ditegaskan dalam al-quran surah Saba : 15

Maksudnya : Demi Sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur). Yang terletak disebelah kanan dan disebelah kiri(Kariah mereka).(Lalu dikatakan kepada mereka):makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya: (negeri kamu ini adalah)negeri yang baik(aman dan Makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun. RAKYAT BERJIWA MERDEKA Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang
259

dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-quran surah al-Isra: 70

maksud: Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhlukmakhluk yang telah kami ciptakan. Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu. Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada peraturan undang-undang dan etika, sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah digunakan sebagai landasan membangunkan masyarakat dan negara yang teguh dan utuh. Setiap potensi anggota masyarakat harus digerakkan sebijaksana mungkin sehingga mampu memartabatkan jatidiri, imej keluarga, integriti masyarakat, keutuhan negara berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.

260

Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri. Makna jiwa merdeka bukan hanya terletak pada slogan atau pernyataan luaran semata-mata tetapi lebih daripada itu menuntut pengorbanan dan keperluan bekerja bersungguh-sungguh ke arah menyumbang dan membangunkan negara. PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-quran surah al-Mujaadalah: 11

Maksudnya: Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat . Dan (ingatlah), Allah maha mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

261

Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun ianya tidak akan berlaku tanpa menjadikan ilmu sebagai sumbernya. Tamadun Baghdad dan Tamadun Andalusia menjadi contoh nyata bagaimana ilmu yang integratif mampu menyumbang ke arah pembangunan tamadun Barat dan Timur.

Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor ilmu intergratif, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat. Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah, hasrat untuk mencapai kecemerlangan terbuka luas. Melalui system pendidikan yang melengkapi dwi pengkhususan dan double Major, kita boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui program pembangunan negara dan ummah. Usaha penggalian dan penerokaan serta penemuan ilmu sains dan teknologi amat digalakkan dalam tradisi Islam. Amat disedari umat Islam ketinggalan dalam penguasaan sains dan teknologi pada masa kini. Sewajarnya usaha pengkajian dan penyelidikan (tadabbur) dijadikan matlamat keilmuan supaya asas pembangunan intelek, rohani dan jasmani dapat berlaku secara seimbang, menyeluruh dan teratur. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah a-li Imraan : 190

Maksudnya : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran

262

malam dan siang, ada tanda-tanda(kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberi keutamaan oleh Islam. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif memberikan memantapkan satu pendekatan ekonomi yang yang menggabungkan berakhlak kepada usaha

amalan

dengan

kemampuan

melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan diperingkat antarabangsa. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Jumuah : 10

bermaksud: Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu dimuka bumi(untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa-apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyakbanyak(dalam segala keadaan) , supaya kamu berjaya(di dunia dan akhirat).

Untuk menjayakan pendekatan tersebut, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu sama-sama berperanan secara bersepadu. Ini sudah pun diberi penekanan dalam konsep pensyarikatan Malaysia. Islam Hadhari menuntut setiap masyarakat merebut peluang untuk memaju pencapaian ekonomi mereka. Usaha-usaha untuk memantapkan keadilan dan kestabilan ekonomi di dalam negara akan terus diberi keutamaan. Melalui strategi pembasmian kemiskinan, mencapai guna tenaga penuh, kestabilan paras harga dan pertumbuhan
263

ekonomi yang mapan, keadilan dan kestabilan ekonomi akan dapat dicapai. Bahkan strategi tersebut menepati aspirasi Islam Hadhari. Melalui strategi tersebut negara mampu mengembeling kesemua tenaga rakyat semoga mereka dapat berprestasi di peringkat optimum. Dalam rangka yang sama pendekatan Islam Hadhari akan terus berusaha untuk meningkat kecekapan sistem penyampaian sektor awam dan prestasi sektor swasta. Justeru itu mutu sistem pendidikan dan Institusi Latihan Negara perlu sentiasa dipertingkatkan semoga kesemua aspek keperluan tersebut dapat dibekalkan kepada rakyat. Dalam suasana ekonomi dunia yang sangat mencabar dan tidak menentu, perancangan dan dasar ekonomi yang digubal perlu sensitif kepada

perkembangan tersebut. Walaupun sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang secara besar-besaran kepada pertumbuhan ekonomi negara, demi keselamatan negara, sektor pertanian akan turut diberi perhatian yang sewajarnya. Pembekalan kepada makanan asasi rakyat, adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam. Melalui kemajuan bidang sains bioteknologi, negara akan berusaha untuk memaju sektor pertanian dengan teknologi tersebut. Jelas sekali bahawa pendekatan Islam Hadhari adalah suatu pendekatan yang komprehensif di mana pencapaian pembangunan ekonomi negara mampu menjana kepada wujudnya sebuah masyarakat yang bertamadun dan progresif. KEHIDUPAN BERKUALITI Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari

264

kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam al-quran surah al-Qasas : 77

Bermaksud: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmat-nikmatnya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.

Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam kesemua aspek tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari masa ke semasa semoga tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju di dunia.

Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Keluarga yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan.

265

Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran turut serta diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga. Dari pendekatan Islam Hadhari, kita dapati bahawa kualiti hidup masyarakat dari kesemua aspek akan dibangunkan secara bersepadu. PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-quran surah al-Hujuraat : 13.

bermaksud Wahai Umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan( dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).

266

Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya(akan keadaan dan amalan kamu). Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Pelembagaan Persekutuan. Ia terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat peruntukan mengenai kebebasan asasi (Fundemental Liberties).

Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh menyertai dalam pentadbiran negara aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan politik. Isu mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti termaktub dalam Dasar Wanita Negara. Rasulullah S.A.W telah juga menyebut dengan jelas tentang wanita sejak mula hingga keakhir hayat baginda dengan peringatan khusus semasa mengerjakan Haji Wida(Haji perpisahan) dengan sabdanya yang telah diriwayatkan oleh muslim,maksudnya : Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana sesungguhnya kamu mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan kepada kamu mencampuri mereka dengan ijab Kabul yang sah sesuai dengan aturan Allah dan hak suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang luar yang dibenci oleh suaminya berkunjung kerumahnya. Sekiranya mereka melakukan sedemikian, ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Manakala bagi mereka(wanita) keatas kamu(lelaki)pula ialah memberikan mereka rezeki (makanan) dan perhiasan/pakaian dengan cara yang baik. Dan telah aku tinggalkan kepada kamu suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya sekiranya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah(alquran).

267

Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka, bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui undang-undang negara. Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara-negara lain bagi menjamin hak-hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan, kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Kerajaan juga telah menerima deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR), beberapa teriti dan kemanusiaan lain, termasuk mengenai wanita. Bahkan dalam beberapa aspek kedudukan wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah negara Islam. Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan yang menguruskannya. Mereka boleh terlibat dalam semua sektor pekerjaan dan perkhidmatan yang tidak menyalahi undang-undang negara dan penyertaan dalam pembangunan negara. Bagi menjamin hak-hak tersebut dihormati dan tidak dicabuli, terdapat badanbadan yang mengawasi termasuk mahkamah-mahkamah diberi kuasa dan bebas untuk membicarakan isu menyalahi hak-hak apabila berlaku pertikaian. Dalam beberapa penulisan barat menimbulkan isu bahawa Islam tidak memberi perhatian dan kedudukan wajar kepada bukan Islam dan wanita. Sebenarnya hak-hak asasi sepatutnya diperjelaskan meliputi golongan bukan Islam dan semua kaum serta jantina. Dalam sejarah pemerintahan Islam orang bukan Islam diberi kedudukan dalam pemerintahan, hak-hak mereka tidak dinafikan. Kebebasan beragama diberikan bagi menjamin penghayatan dalam

pembangunan negara dan perkhidmatan. Mereka diberikan hak sehingga menjawat jawatan menteri dan pegawai kanan kerajaan. Sejarah membuktikan orang bukan Islam begitu senang berada di bawah pemerintahan Islam kerana hak-hak mereka terjamin dan kerajaan berlaku adil ke atas mereka. Keadaan yang sama dapat disaksikan berlaku di negara kita.

268

Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah manamana golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan

seumpamanya. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Nisa: 58.

maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hokum diantara manusia, (Allah menyuruh)maku menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL Satu daripada perinsip ketamadunan sesuatu bangsa dan negara ialah wujudnya keutuhan budaya dan ketinggian moral sebagai identiti negara tersebut. Dalam rangka meningkatkan kemajuan negara Malaysia, kepelbagaian budaya dan agama perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Ia juga akan menjadikan bangsa itu terhormat dan disegani. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Mukminin: 1-2

269

maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu dalam sembahyangnya.

Dengan demikian kemajuan ekonomi dan teknologi Malaysia akan berjalan selari dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Namun, gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integriti dan budaya ilmu dalam masyarakat Malaysia semasa, merupakan suatu cabaran besar kepada pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari. Dari perspektif tamadun dan agama Islam, kemajuan ekonomi dan ilmu sesuatu bangsa harus dijiwai oleh budaya moral dan etika yang luhur. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai selagi kemajuan kebendaan diasingkan daripada nilai-nilai moral, etika dan kerohanian yang luhur. Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun dan Empayar Romawi yang begitu hebat telah runtuh dan ditelan zaman akibat daripada kepincangan moral yang parah dalam masyarakat dan negara. Aspek kesenian dalam memperkasakan budaya harus seiring dengan nilai-nilai murni yang berasaskan keluhuran dan kreativiti yang menyumbang ke arah kebudayaan tinggi (high culture). PEMELIHARAAN ALAM SEMULAJADI Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan dengan menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya,
270

keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, ribut taufan, hujan asid, pencemaran udara, air dan darat, kepupusan tanaman, habitat dan sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh aktiviti manusia. Di peringkat antarabangsa beberapa deklarasi mengenai alam sekitar telah pun dilaksanakan oleh UNDP untuk memastikan pembangunan yang lestari. Deklarasi Reo De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto (1997) merupakan antara dua deklarasi di mana Malaysia turut menandatanganinya. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam.

Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya disamping berusaha untuk terus maju. KEKUATAN PERTAHANAN Islam Hadhari melihat pertahanan bukan sahaja isu-isu yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi kekuatan diri, fizikal dan spritual. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-quran surah al-Anfal: 60

271

maksudnya: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk mengerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahui nya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasanya kepada kamu,dan kamu tidak akan dianiayai. Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat mempertahankan diri dan negara dari dicerobohi. Untuk itu mereka perlu memiliki kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara dan bukan untuk menyerang dan menguasai bangsa dan negara lain. Kekuatan pertahanan akan menjamin kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses pembangunan dilakukan secara berterusan. Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan mempertahankan diri. Negara perlu diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan tanggungjawab membela kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara. Pendekatan Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan umat supaya mereka berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.
272

273