Anda di halaman 1dari 2

SEKETUL KEJU DAN SEHELAI TUALA KECIL

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah
Noorbayah Mahmood. Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan
kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini
sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa
yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang
berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu.
Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung
kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu
wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. "Aku
bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku
meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga
peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti
seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan
ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua
benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya
ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku
adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran Islam isteri, yang taat kepada
suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya
dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan
kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan
hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang
menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.
Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan
menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia
kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh
ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah
dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk
kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk
sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.Belum sempat air
tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga
melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.
Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu
bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.Rasulullah kemudian
meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa
memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka
disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu
berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai
anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan
kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. InsyaAllah."
WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD
UNTUKSECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP BAKHIL
TERHADAP SESAMA MANUSIA..."

Anda mungkin juga menyukai