Anda di halaman 1dari 1

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah

negeri. Apabila tiba waktu solat, beliau pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh
kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa
membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.
Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke singki (washing basin),
seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.
Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke
dalam singki tu, sebab ia akan mengotorkan singki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari
mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam
sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima
kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Walhamdulillah, salaman 'ala Rasulillah.