Anda di halaman 1dari 2

Astora Jabat dalam Mingguan Malaysia 1 Mei 2005

sempena Hari Pekerja kali ini menimbulkan satu lagi


isu kontroversi .

Harap pihak Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis-Majlis


Mufti serta JAKIM segera bertindak atas individu yang
bernama Astora Jabat ini yang sekarang ini sudah
berani pula menulis mengenai ulama besar Imam Al
Ghazali yang terdapat dalam Puisi yang dibaca oleh PM
, apabila beliau menyatakan ” Imam al-Ghazali
pengarang kitab Ihya' Ulumuddin mengkafirkan Ibn Sina
dan al-Farabi”

Ku Cari Damai Abadi


………………..
Aku cari
Mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
……………………..
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 9 Mei 2003

Petikan Mingguan Malaysia 1 Mei 2005

Jangan mudah mengkafir sesama masyarakat Islam

Oleh: ASTORA JABAT

ULAMA Jadi Kafir Kerana Terkena Hukum Sendiri adalah


salah satu topik buku penulis yang akan diterbitkan
dalam masa terdekat ini………….

Matlamat penulis membuat pendedahan tentang ulama


mengkafirkan ulama itu pula bukan kerana mahu
memburuk-burukkan ulama, tetapi setakat mahu
memberitahu masyarakat bahawa ulama seperti itu
menyebabkan umat Muslim menjadi beku pemikiran dan
menyebabkan tamadun Islam pada masa lalu hancur…………

Perkara ini dapat dilihat dengan jelas pada zaman


Kerajaan Abbasiah…………

Pada zaman itu ulama golongan itu mengkafirkan


ulama-ulama yang merupakan saintis dan ahli falsafah
seperti Ibn Sina, al-Farabi, Ibn Rusyd dan
lain-lain…………..

Dalam erti kata lain para ulama yang merupakan ahli


agama sahaja mengkafirkan para ulama yang merupakan
ahli agama, ahli sains dan ahli falsafah……………..

Di antara ulama yang mengkafirkan ulama-ulama tersebut


ialah Imam al-Ghazali, Ibn Taimiah dan lain-lain. Imam
al-Ghazali melakukan perkara itu pada kurun ke-11 dan
kemudian perkara yang sama dilakukan oleh Ibn Taimiah
pada kurun ke-13…….

Sebagai contoh Imam al-Ghazali pengarang kitab Ihya'


Ulumuddin yang terkenal itu dalam buku Munqiz Mina
al-Dhalal (Penyelamat Dari Kesesatan) dan Tahafut
al-Falasifah (Karut-Marut Falsafah) mengkafirkan Ibn
Sina dan al-Farabi………….

Penulis menjelaskan kenapa ulama besar seperti Imam


al-Ghazali yang terkenal sebagai ulama berfikiran
moderat itu boleh tersilap mengkafirkan ulama-ulama
lain…………..