Anda di halaman 1dari 2

Terjadi pada sebuah keluarga di selatan tanahair.

Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil


membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah,
ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah
tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni.". Liza hanya tersenyum melihat
suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan
manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru
kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada
isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang


empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu
juga
dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin
berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak
keretanya. Semakin lama keretanya
semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk
segera
sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda
Preludenya mula
memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan
dipotongnya.
Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan
isterinya
yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari
tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung
nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,
Liza
takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan
kenderaannya."Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas
ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok
abang motong dia aaa...."
Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke
lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya
tersergam indah
sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....
BANG!!?

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin


membuka
matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana
dengan
Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin
menyoal
emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis
semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat.


"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!!!!?

Kepala Usin yang botak berkilat itu ditampar oleh emaknya dengan
tiba-tiba.

Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak
berbini. Tu
la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!"
emaknya
terus merungut sambil berlalu keluar.......dan Usin tersengih
keseorangan.
Rasa macam nak masuk dalam tin biskut jer..!

Anda mungkin juga menyukai