Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
9 11 SEPT 2011
1.0 PENDAHULUAN Lawatan sambil belajar (LASBELA) ke Kuala Lumpur ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk melawat tempat-tempat menarik di samping membina pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan. Lawatan ini merupakan salah satu kaedah dalam proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) di luar bilik darjah. Lawatan seperti ini juga akan mendedahkan para pelajar kepada aktiviti berpersatuan dan dalam masa yang sama memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. 2.0 OBJEKTIF
2.1 Meluaskan pengetahuan para pelajar 2.2 Merapatkan silaturahim antara guru dan pelajar 2.3 Memupuk semangat setia kawan,kepimpinan dan bekerjasama antara pelajar dan guru 2.4 Belajar menghargai keindahan alam sekitar dan bersyukur dengan anugerah Nya. 3.0 LATAR BELAKANG LAWATAN Anjuran Tempat Tarikh Peserta Guru Pengiring : Persatuan Kemahiran Hidup Bersepadu SMA ALMAAD : Kuala Lumpur : 9 hingga 11 September 2011 : 38 orang pelajar terdiri daripada ahli Persatuan dan bukan ahli : 3 orang guru
Sumber kewangan: i) Sumbangan peserta ii) Sumbangan Panitia KHB iii) Peruntukan Dewan Makan
9 11 SEPT 2011
Perjalanan Lawatan 9 September 2011 (Jumaat) 3.00 petang 3.30 petang 9.00 malam Peserta berkumpul Bertolak ke Kompleks Queens Bay, Pulau Pinang Bertolak ke Kuala Lumpur
10 September 2011 5.00 pagi 7.00 pagi 8.00 pagi 11.30 pagi 2.30 petang 4.00 petang 7.30 petang 8.30 malam 11.00 malam Peserta siap diri serta solat subuh Sarapan Bertolak ke Pusat Sains Negara Daftar masuk tempat penginapan di Asrama Kompleks Belia dan Sukan Kg. Pandan. Melawat Jalan Masjid India Aktiviti santai di Kompleks Berjaya Times Square Rehat dan solat di Masjid India Menghadiri jamuan rumah terbuka di rumah saudara Zulhilmi Lelap mata
11 September 2011 5.30 pagi 7.00 pagi 8.00 pagi 9.00 pagi 1.00 t/hari Solat Subuh dan tazkirah Subuh Sarapan bertolak ke Petrosains Melawat Petrosains KLCC Melawat Planetarium Negara Memorial Tun Abd. Razak Memorial Tunku Abdul Rahman Taman Botani Kuala Lumpur. Bertolak pulang Tiba di sekolah.
9 11 SEPT 2011
AJK Guru Roszaidi Bin Murat (Guru Penasihat Persatuan KHB) Mohd Jamil B Rosli Abu Zar B Ahmad Hafidz AJK Pelajar Pengerusi: Mohd Afwan B Johari Tim. Pengerusi: Muhd Afiq Azizi B Zamri Setiausaha: Mohd Aizat B Mohd Dasilah Bendahari: Mohd Lutfi B Idris Kerohanian dan disipilin: Mohd Hafiz B Azizan Muhd Syamil b Hussin Pengangkautan Mohd Zakwan B Adzmi Kebersihan Muhammad Akram B Shaari Hazwan B Abd Halim Keselamatan Mohd Sayuti B Md Radzi Muhd Firdaus B Dermawan Fikri Kebajikan Aiman Nur Raihan B Azmi Munir Muhd Rizal B Baharum
9 11 SEPT 2011
5.0 PERBELANJAAN PENDAPATAN sumber Sumbangan peserta Peruntukan Wang makan asrama PCG Panitia KHB Jumlah Huraian sumber RM50 38 RM 1 900.00 1 017.50 700.00 3 617.50
PERBELANJAAN sumber Sewa bas Sewa Penginapan Komunikasi Tiket lawatan Huraian sumber RM15 43 RM10 3 Pusat Sains Negara RM5 40 Petrosains KLCC RM9 37 Ubat-ubatan Makanan ringan Makan petang (Sg. Dua) Makan t/ hari ( RM6 38) Pengangkutan LRT & Monorel RM 1 400.00 0 645.00 30.00 200.00
Kebajikan peserta
Dokumentasi Jumlah
9 11 SEPT 2011
6.0 PERLAKSANAAN LAWATAN HARI PERTAMA JUMAAT, 9 SEPTEMBER 2011 Hari pertama dihabiskan dengan perjalanan dari Sekolah ke destinasi lawatan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 9 jam agak meletihkan namun peserta masih lagi boleh mengukir senyuman. Sepanjang perjalanan, beberapa destinasi dan tempat telah disinggahi bagi meredakan kepenatan dan tekanan.
Sebelum bertolak, bacaan doa naik kenderaan dan perjalanan telah diaminkan. Bacaan doa diketuai oleh Cikgu Jamil.
Cikgu Jamil dan Ustaz Abu sabar menunggu hidangan sampai sambil menjeling ke arah jeruk cabai.
9 11 SEPT 2011
HARI KEDUA SABTU, 10 SEPTEMBER 2011 Hari kedua merupakan hari yang dinanti-nantikan peserta kerana merupakan hari yang sebenar bermulanya lawatan di Kuala Lumpur. Tempat-tempat yang hendak dilawati seperti yang dirancang sebelum ini agak sedikit tersasar. Antara puncanya adalah kelekaan peserta sendiri yang tidak begitu tepat dengan masa lawatan serta berlaku sedikit kesesakan lalu lintas yang juga menyumbang kepada kelewatan tiba ke destinasi.
Ustaz Abu Zar memberi tazkirah ringkas dan panduan solat musafir kepada peserta.
Peserta telah bersiap sedia untuk memulakan lawatan. -Lokasi di R&R Sungai Buloh.
9 11 SEPT 2011
Ikan air tawar yang terdapat di Pusat Sains Negara menarik perhatian peserta.
Petugas di Pusat Sains memberi taklimat dan maklumat berkaitan pameran yang diadakan.
9 11 SEPT 2011
9 11 SEPT 2011
Peserta lawatan amat bertuah apabila dijemput menghadiri jamuan rumah terbuka di rumah salah seorang peserta lawatan iaitu saudara Mohd Zulhakimi B Mahamad Noor.
HARI KETIGA
9
9 11 SEPT 2011
11 SEPTEMBER 2011 Hari terakhir lawatan dimulakan dengan lawatan ke Petrosains KLCC. Pengalaman menakjubkan diperoleh oleh setiap peserta. Lawatan ke tempat bersejarah juga dilakukan dengan tumpuan di Memorial Negarawan Malaysia seperti Memorial Tunku Abdul Rahman dan Memorial Tun Abdul Razak. Lawatan singkat juga dilakukan di Muzium Polis dan Planetarium Negara. Lawatan berakhir jam 3 petang dan bas bertolak pulang sesudah itu. Perjalanan panjang untuk balik ke sekolah digunakan sepenuhnya peserta untuk berehat. Wajah letih jelas terpancar namun 1001 kenangan yang dibawa balik menjadikan lawatan kali ini penuh bermakna dan mengujakan. PETROSAINS, ARAS 4 KLCC.
10
9 11 SEPT 2011
Kehadiran tokoh sejarah ALMAAD memberi nilai tambah kepada para peserta.
11
9 11 SEPT 2011
7.0 REFLEKSI Pra Lawatan Pada fasa pra lawatan, ahli jawatankuasa yang dibentuk menunjukkan komitmen yang baik terutamanya dalam memohon kelulusan program dan penghebahan program. Pungutan wang sumbangan pelajar juga berjalan lancar. Walau bagaimanapun sedikit kecuaian berlaku bilamana berlaku kehilangan wang sebanyak RM100.00 yang tidak disengajakan. AJK Pengangkutan iaitu saudara Mohd Zakuan B Adzmi memainkan peranan penting dalam mendapatkan bas dan lebih menarik apabila ditawarkan dengan harga yang istimewa.
Semasa Lawatan Kekangan masa sangat dibimbangkan. Pergerakan peserta kadang-kala tidak mengikut masa yang telah ditetapkan. Masa untuk mengumpul semula peserta memakan masa yang lama. Keadaan ini disebabkan kurangnya disiplin di kalangan peserta. Namun faktor lain juga turut menyumbang seperti kesesakan, gagal mencari jalan dan faktor-faktor alam seperti sakit perut an sebagainya. Pujian juga harus diberi kepada peserta kerana menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi. Kebersihan bas juga dijaga dengan baik dan tidak memberi masalah kepada pengendali bas. Segala arahan AJK guru diberi perhatian. Kemudahan asrama penginapan juga dijaga dengan baik. Pasca Lawatan Ada di kalangan pelajar yang membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak. Sebagai langkah mengelak kecurian di asrama, pihak AJK guru menyimpan duit lebihan pelajar. Selain itu terdapat segelintir pelajar yang membeli barangan larangan asrama, namun AJK guru memberi kelonggaran untuk menyimpan sementara dan pelajar dikehendaki berjanji tidak akan membawanya ke sekolah selepas ini. Keberkesanan Program Lawatan seperti ini dilihat mampu menyiapkan pelajar dalam menguruskan sesuatu program pada peringkat sekolah dan seterusnya sebagai asas untuk peringkat yang lebih tinggi. Program juga dilihat mampu mengubah persepsi peserta bahawa tempat yang dilawat bukan semata-mata untuk berseronok, malah banyak manfaat dapat diperoleh jika dilihat dari sudut berbeza. Pandangan sebeginilah yang menjadikan lawatan kali ini lebih bermakna dan peserta tidak pulang dengan tangan kosong.
12
9 11 SEPT 2011
8.0 KESIMPULAN Lawatan sambil belajar (LASBELA) kali ini dilihat berjaya mewujudkan kesefahaman yang tinggi antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru. Segala permasalahan yang wujud dapat diatasi dengan baik dan berhemah. Tanggungjawab yang diberi juga berjaya dipikul dengan baik dan berkesan. Permasalahan yang timbul tidak dilihat sebagai suatu masalah, tetapi sebagai suatu situasi pembelajaran yang memerlukan jalan penyelesaian yang baik. Mudah-mudahan Lawatan seperti ini akan diteruskan lagi pada masa-masa mendatang agar persepsi P&P dapat diubah dengan pandangan yang lebih luas.
13
9 11 SEPT 2011
9.0 LAMPIRAN
14