Anda di halaman 1dari 16

BAGAIMANA KITA SEBAGAI AHLI PAS BOLEH MENJAYAKAN PAS?

Oleh: RAMPA BERJAYA atau gagalnya sesuatu organisasi itu yang sebenarnya ia adalah bergantung kepada sikap ahli-ahlinya di peringkat akar umbi. Sesebuah organisasi itu hanya akan menjadi aktif dan sentiasa berfungsi sepanjang tahun jika ahli-ahlinya sendiri yang mengaktifkannya; iaitu sanggup memelihara dan menjaga organisasi supaya ia sentiasa saja aktif sebagai mana menjaga dan memelihara Amanah. PAS adalah sebuah jemaah. Apabila kita menjadi ahli kepada sesuatu jemaah, iaitu sebagai ahli-ahli PAS; ini bererti kita telah pun sanggup menerima Amanah dan sanggup menunaikan Amanah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu sebagai akujanji semasa kita menandatangani di dalam Borang Permohonan menjadi ahli PAS itu dahulu. Adalah silap bagi sesiapa yang beranggapan bahawa hanya mereka yang telah dilantik bagi menerajui atau sebagai pemimpin dalam parti sajalah yang mesti menunaikan Amanah. Ini adalah kerana setiap ahli PAS bila ia menjadi ahli bererti pada masa yang sama ia adalah juga turut sama telah berakujanji menerima Amanah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu; yang ia perlu jaga dan pelihara dengan cara menghidup-aktifkan Amanah itu. Dalam hal Amanah ini apabila kita tidak memelihara dan menjaganya (menunaikan / mengaktifkannya), ada Rasululullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Seberat-berat agama ialah memelihara amanah, sesungguhnya tidak beragama seseorang yang tidak menjaga amanah, bahkan tidak diterima solat dan zakatnya." [Hadis riwayat Al-Bazaar.]. Oleh itu kita kenalah faham kedudukan diri kita masing-masing sebagai ahli PAS walau pun kita hanyalah sebagai ahli biasa saja di peringkat akar umbi, bahawa setiap ahli kenalah menjaga dan memelihara (mengaktif-hidupkan) Amanah itu, selaras dengan pengakuan yang telah dipersetujui dan ditandatangai mengaku yang bunyinya ialah: "Saya mengaku akan kebenaran PAS seperti yang terkandung dalam fasal 3 perlembagaannya dan akan berusaha untuk melaksanakan segala tuntutannya. Saya menerima PERLEMBAGAAN PAS sebagai panduan dan mengaku bahawa saya akan taat dan patuh kepada kepimpinan parti serta akan patuh dalam melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti dari masa ke semasa." TUGAS / KERJA YANG DIBERI Sama ada kita telah dilantik memegang sesuatu jawatan atau kita hanyalah ahli biasa saja dalam parti, ini adalah bererti kita masing-masing telah sanggup menerima Amanah apabila kita menurunkan tandatangan tatkala kita mengisi borang memohon menjadi ahli PAS.

Walaupun kita menjadi ahli adalah secara suka-rela, namun kita masing-masing kenalah faham apakah maksud roh-makna yang ada dalam perkataan "sukarela" itu, iaitu kita mesti "suka" dan juga kita mesti "rela" melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab sebagai ahli; iaitu jangan sekali-kali kita berdolak-dalik cuba-cuba hendak mengelak dengan cara memberikan alasan kerana ada masalah itu dan masalah ini; kerana tindakan mengelak itu sendiri adalah merupakan perbuatan sebagai tidak mahu menjaga dan memelihara Amanah. Tujuan kita menjadi ahli PAS adalah untuk membantu dalam hal menyelesaikan masalah yang mengekang segala urusan agar segala apa jua rancangan / program yang dianjurkan oleh parti matlamatnya boleh dicapai dengan mudah. Sekiranya hanya sekadar bercakap saja hal adanya masalah itu dan masalah ini yang menjadi kekangan dan halangan tetapi tidak disusuli dengan pelan tindakan dan diikuti dengan segera tindakan kerja bagi menyelesaikan setiap masalah yang dicakapkan itu maka hal-hal seperti inilah yang melemahkan PAS. Hal ini perlu difahami oleh kita semua sebagai ahli-ahli biasa PAS, walau pun kita tiada dilantik memegang apa-apa jawatan bahawa sebagai ahli kepada parti kita juga adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah dan bukannya menimbulkan atau menambahkan maalah kepada parti. Justeru keputusan syura parti wajib dipatuhi dan dilaksanakan dengan tidak menanguh-nangguhkannya. Ini adalah kerana menjadi ahli biasa itu sendiri juga adalah merupakan satu tugas dalam PAS, iaitu ada kerja yang mesti dilaksanakan, khususnya bagi apaapa kerja yang kita diminta dan / atau diarah oleh mana-mana ahli Jawatankuasa dan / atau oleh pihak pentadbir di markaz PAS. Apabila kita diarah, atau ditugaskan, atau diminta menjalankan sesuatu tugas atau diehendaki membuat sesuatu kerja, bererti kita telah diberikan satu tanggungjawab, iaitu kita kena "tanggung" untuk menunaikan Amanah itu; dan kita juga kena "jawab", kerana jika tidak di dunia ini kita kena jawab, namun di Akhirat kelak kita akan kena "jawab" juga. Itulah maksud perkataan "tanggungjawab" itu tadi. Lainlah halnya jika diri kita ada keuzuran syariei yang kita hadapi secara tiba-tiba yang tidak diduga, yang kita memang bolehlah mengelak tetapi dengan syarat kita hendaklah dengan serta merta diri kita ada penggantinya bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab berkenaan itu. Pengganti kita itu pula mestilah dapat mewakili diri kita untuk hadir dan / atau dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab itu bagi menggantikan diri kita apabila kita diperlukan hadir dan / atau menjalankan tugas dan tanggungjawab itu. Sekiranya kita ada berhadapan dengan apa-apa masalah yang menyebabkan kita tidak dapat melaksanakan sesuatu kerja atau apa juga yang kita diminta bekerjasama itu mengikut jadual yang telah ditetapkan, maka kita adalah dikira sebagai cuai apabila kita tidak cepat-cepat memaklumkannya kepada pihak yang mengarah atau yang meminta kita melaksanakan kerja / tugas itu.

Kecuaian atau bersikap take for granted saja dengan membuat andaian bahawa tiada apa-apa masalah yang akan boleh timbul atau akan boleh berlaku disebabkan diri kita sendiri yang cuai itu atau disebabkan oleh diri kita yang bersikap take for granted begitu adalah merupakan satu tindakan yang bersifat sebagai tidak menjaga dan tidak memelihara Amanah. Cuai adalah satu jenis jenayah. Bila kita cuai bererti kita melakukan jenayah (berdosa). Apabila kita diberikan sesuatu tugas bererti sudah tentulah ada masalah yang kita dikehendaki membantu bagi menghadapi dan menyelsaikannya dalam tempoh tertentu yang kita kena selesaikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak yang memberi tugas dan tanggungjawab itu kepada kita. Apabila kita bersikap tidak menjaga dan tidak memelihara Amanah terhadap tugas yang kita diminta melaksanakannya itu, maka masalah itu sendiri akan menimbulkan masalah baru pula kepada pihak lain iaitu masalah baru yang sepatutnya tidak wujud, tetapi ia menjadi wujud pula kepada pihak lain akibat kita yang telah diminta menyelesaikannya tetapi kita tidak selesaikan. Apabila kita tidak selesaikan sudah pastilah akan tiba-tiba berakhir dengan orang-orang lain pula yang terpaksa membuang masa, tenaga dan kesusahan kerana akibat kecuaian dan / atau sikap take for granted kita itu tadi. KEMAHIRAN MENGVISUALISASI Dalam hal berorganisasi, kita sebagai ahli (tidak mengira sama ada kita sedang ada menyandang apa-apa jawatan atau pun kita adalah hanya sebagai ahli biasa saja dalam parti), kita mestilah mempunyai kemahiran mengvisualisasi, iaitu kita kena tahu melihat secara proaktif kepada setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita yang telah diberikan dan / atau yang diminta kita melaksanakannya atau menyelesaikannya itu. Maksud proaktif ialah bahawa walaupun kita melihat ada pelbagai masalah atau kekangan yang kita kena hadapi namun sikap kita ialah kita mesti berusaha untuk menghadapi masalah itu dengan dibawa berbincang atau melaksanakan syura bagi memikirkannya agar segala tugas, permintaan, arahan, program atau aktiviti yang hendak dilaksanakan ia boleh terus dapat dilaksanakan dengan lancar dan supaya tiada sesiapa pun yang akan merasa kecewa akibat kerana kecuaian kita dan / atau kerana sikap take for granted kita itu. Dan kita tidak boleh sama sekali cuai dan / atau take for granted, iaitu bersikap suka lepas tangan. Dalam mengendalikan apa-apa juga tugas serta tanggungjawab yang diberi (diamanahkan) kepada kita jika kita hanya memikirkan ia hanya menyusahkan saja memanglah semua perkara adalah susah. Jika tidak ada sebarang kesusahan yang dihadapi maka itu bukanlah perjuangan namanya! Apabila kita diberikan sesuatu tugas atau kerja atau / dan diminta memberikan bantuan atau kerjasama oleh mana-mana pihak yang kita kena buat dalam parti, kita kena melihatnya dari A hingga Z tugas atau kerja yang kita diberi tugas untuk mengendalikannya itu. Malah semua hal mengenainya (apakah yang mungkin

berlaku sebelum A dan apakah yang mungkin berlaku selepas Z juga), kita kena tahu menelahnya dan tahu apa yang hendak dibuat serta tahu bagaimana hendak menangani dan mengatasi segala masalah dan kekangan yang akan dihadapi itu. Justeru kita kena rancangkan sekurang-kurang di dalam minda kita apakah pelan tindakannya, termasuk apakah pelan alternatifnya (contingency plan), dan kita kena siap-sediakan dari awal lagi dalam segala aspek termasuk siapa-siapakah orangnya yang akan mengambil alih tugas kita itu sekiranya berlaku kecemasan yang menyebabkan diri kita tidak dapat melaksanakannya; atau jika kita tidak dapat hadir jika kita sendiri ada banyak kerja lain yang perlu kita buat. Siapakah orang lain yang akan ambil alih untuk melaksanakannya perlu ditetapkan. Sudah tentu setiap ahli PAS adalah juga sahabat kita dalam satu angkatan ummah. Kita tidak boleh hanya melihat saja sahabat kita yang hanya ahli biasa itu bagaikan terpinggir, iaitu tiada pun dilibatkan mereka dengan kerja bagi melaksanakan apa-apa jua program parti. Ada ramai mereka, maka mereka itulah kita perlu ajak secara bermotivasi agar mereka turut sama giat berjuang supaya tugas yang kita diamanahkan melaksanaknnya itu sudah pun kita sedia siapkan ada orang-orangnya yang akan mewakili diri kita supaya sahabat-sahabat kita itu mengambil alih supaya mereka hadir menepati masa sebagaimana yang telah ditetapkan, agar tidak menyebabkan orang lain menjadi tertunggu-tunggu yang akibatnya boleh menjejaskan sesuatu program atau aktiviti itu sehingga ada agendanya terpaksa pula dibatalkan saja atau ditangguhkan, atau menjadi lewat untuk dimulakan. MENANGGUH-NANGGUH. Yang teruknya juga ada sesetengah orang memang sikapnya suka enggan memberikan pertolongan dalam hal urusan parti. Ini amat pelek, pada hal dirinya adalah ahli kepada parti, tetapi ia bagaikan tidak faham apa makna dalam perkataan "persatuan" itu, di mana dalam perkataan "persatuan" itu adanya perkataan "satu", yakni kita semua ahli mestilah kena bersatu-padu dengan secara suka-rela supaya sesama kita adalah sebagai para ahli yang saling berinteraksi dan lengkap-melengkapi, serta sentiasa kena siap-siaga memberikan pertolongan yang diminta atau juga yang tidak diminta oleh manamana pihak dalam parti. Dan janganlah kita menjadi ahli persatuan yang bersifat pasif, iaitu tidak mengambil tahu atau hanya menjadi pemerhati saja. Sebagai ahli PAS, walaupun kita hanya ahli biasa saja yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti, kita adalah juga perlu turut mewujudkan peranan sendiri, iaitu menghulurkan tangan untuk memberikan bantuan walaupun kita tidak diminta. Ada terdapat berpuluh-puluh jenis bantuan yang kita boleh berikan. Dalam hal ini, maksud sebuah al-hadis berikut adalah jelas yang kita kena fahami, iaitu Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Beri memberilah antara kamu, nescaya kamu akan sayang-menyayangi di antara sesama kamu." [Hadis Riwayat Muslim].

Orang yang sikapnya suka enggan memberikan pertolongan ia adalah orang yang mengenepikan saja maksud al-hadis di bawah ini, iaitu Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, yang maksudnya: "Perumpamaan orang-orang Muslim, bagaimana kasih sayang dan tolong menolong yang terjalin antara mereka, adalah laksana satu tubuh. Jika satu bahagian merintih merasakan sakit, maka seluruh bahagian tubuh akan merasakan kesakitan." (Hadis riwayat Muslim). Memang, memanglah tujuan asasnya kenapa kita memilih untuk menjadi ahli PAS ialah supaya PAS boleh hidup agar kesemua ahlinya tekal setiap masa sayang-menyayangi antara satu sama lain di kalangan semua jemaah PAS untuk kita sama-sama dapat berjuang bersama-sama dengan PAS. Jika tidak begitu halnya, maka untuk apakah kita jadi ahli PAS? Sebagai contohnya yang kerap berlaku sebagai satu fenomena, seorang yang telah dilantik berjawatan sebagai Setiausaha, yang diamanahkan sebagai seorang yang kena setia dan kena usaha; beliau menghadapi terlalu banyak tugas dan tanggungjawab kerana degupan jantung hidupnya parti adalah berada dalam tubuhnya. Sekiranya beliau yang hendak melaksanakan semua kerja, dilihat oleh ahli-ahli biasa sebagai membolot dan memonopoli semua tugas kesetiausahawanan, maka padahnya ialah dia sendiri akan kelemasan dan akhirnya hampir kesemua kerja tidak dapat dilaksanakan olehnya dan tiada banyak program dapat dilihat oleh masyarakat ada dilaksanakan. Inilah puncanya kenapa seseorang Setiausaha itu tidak disayangi (malah sering dikritik) kerana dirinya sendiri tidak mahu memberi kepada orang lain bagi melaksanakan kerja kerana dia tidak mempraktikkan maksud al-hadis iaitu "Beri memberilah antara kamu, nescaya kamu akan sayang-menyayangi di antara sesama kamu." itu tadi. Inilah juga punca asasnya yang menjadikan sesebuah markaz itu sepi, tiada hidup beraktiviti. Apa yang sepatutnya seseorang Setiausaha itu lakukan ialah memberikan kerja atau mengdeligasikan kerja-kerjanya yang tertentu kepada ahli-ahli biasa yang layak dan yang tahu melaksanakannya supaya dapat membantunya; seperti menaipkan segala apa jua yang perlu ditaipkanpkan, serta melantik ahli biasa supaya mewakili dirinya bagi meninjau apa-apakah keperluan atau aktiviti-aktiviti yang dikehendaki oleh ahli-ahli biasa diadakan di kawasannya dan meminta ahli-ahli biasa menyenaraikan apakah aktiviti mingguan dan sepanjang bulan yang patut diadakan. Jika Setiausaha tidak mengdeligasikan kerja-kerjanya supaya dilakukan oleh orang lain, biasanya beliau adalah seorang yang selalu menyatakan bahawa dirinya tidak ada masa hendak melaksanakan kerja. Pada hal sebab utama beliau tidak mempunyai masa itu, faktor utamanya adalah beliau sendiri yang membolot hendak melaksanakan semua kerja itu. Begitulah juga halnya dengan setiap Pengerusi Lujnah yang telah dilantik dalam mesyuarat agung. Adalah tanggungjawab dan tugas setiap Pengerusi mengaktifkan Lujnah masing-masing kerana itulah mandat yang merupakan Amanah yang telah diberikan oleh ahli-ahli dalam mesyuarat agung.

Jika seseorang Pengerusi tidak mengdeligasikan kerja-kerjanya supaya dilakukan oleh orang lain, biasanya beliau adalah seorang yang selalu menyatakan bahawa dirinya tidak ada masa hendak melaksanakan kerja. Pada halnya kerjanya itu ada banyak di antaranya boleh dideligasikannya pula kepada ahli-ahli biasa untuk melaksanakannya dengan cara melantik ahli-ahli biasa itu secara surat rasmi bagi melaksanakan sesuatu kerja itu. Apabila kita telah menurunkan tandatangan kita masing-masing di dalam borang permohonan untuk menjadi ahli PAS, dan permohonan kita itu secara rasminya telah diterima dan direstui bahawa diri kita masing-masing adalah ahli kepada PAS, ini bererti segala arahan kerja atau tugas yang disampaikan kepada kita oleh Pengerusi Lujnah, Setiausaha dan juga oleh AJK dan / atau oleh para pemimpin kita juga, maka status arahan tersebut adalah rasmi, bukan boleh kita buat main-main. Ini adalah kerana dari segi prinsipnya ialah setiap arahan itu adalah Perintah dan setiap Perintah itu adalah Amanah. Dengan sebab itu apabila kita sebagai ahli biasa diarah atau diminta pertolongan oleh Pengerusi, Setiausaha dan oleh para pemimpin atau oleh mana-mana ahli lujnah, maka kita mesti anggap itu bukannya lagi kita boleh kata bahawa kerja itu adalah suka-rela; yang selalu dianggap oleh sesetengah orang perkataan sukarela itu sebagai hendak dibuat kerja itu pun elok kalau tidak mahu dibuat pun tidak mengapa. Ini adalah silap besarnnya. Ada juga misalnya Setiausaha yang bijak mengdeligasikan banyak kerja tertentu kepada orang lain tetapi diabaikan. Mengabaikan kerja yang telah diberikan oleh Setiausaha itu adalah merupakan perbuatan tidak memelihara dan tidak menjaga Amanah. Ahli-ahli biasa atau sesiapa jua pun yang telah diberikan kerja tetapi mengabaikannya, ingatlah maksud al-hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bazaar tadi akan padahnya. Kita kena hargai nilai tandatangan kita masing-masing yang telah kita turunkan di dalam borang permohonan menjadi ahli PAS semasa kita membuat permohonan menjadi ahli PAS dahulu. Apabila kita telah tandatangani bersetuju menjadi ahli PAS (dalam borang permohonan untuk menjadi ahli) ia bermakna diri kita adalah secara rasminya telah mengaku untuk menerima segala arahan kerja yang diarahkan oleh Setiausaha dan juga oleh mana-mana Pengerusi lujnah serta mana-mana ahli Jawatankuasa Kecil sebagai arahan rasmi daripada pihak mereka itu untuk kita laksanakan amanah yang diberi; sama ada arahan, permintaan atau harapan kita melaksanakannya itu diberikan secara rasmi mahu pun secara lisan atau hanya khabaran. KOMITED TANPA DISURUH-ARAH Bagi memastikan PAS berjaya mencapai matlamat perjuangannya maka setiap ahli hendaklah komited dengan sendirinya tanpa disuruh-arah; iaitu jangan sekali-kali diri kita seperti maksud peribahasa seperti pahat dengan penukul. Dari segi masa sekurang-kurangnya hendaklah memperuntukkan masa untuk digunakan bagi memikirkan apakah peranan masing-masing; iaitu bagi yang

menyandang jawatan sekurang-kurangnya satu jam setiap hari hendaklah digunakan untuk PAS. Bagi setiap ahli biasa di peringkat akar umbi pula peruntukkanlah masa sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari memikirkan apakah aktiviti atau program yang kita mahu PAS adakan, iaitu yang diri kita sendiri misalnya boleh menjadi pengelolanya dengan mengemukakan cadangan bertulis kepada Lujnah PAS Cawangan untuk mendapatkan kelulusannya. Dan juga apabila bertemu dengan para sahabat di mana-mana atau jiran yang seahli PAS, adakanlah syura, sekurang-urangnya membincangkan bagaimana mahu mengPASkan minda semua jiran agar menjadi ahli PAS, atau setidak-tidaknya mereka akan menyokong perjuangan PAS. Justeru setiap ahli perlu memfostat ringkasan Perlembagaan PAS (yang dinukilkan di bawah) dan mengedarkannya kepada semua penduduk jiran sekampung atau setaman agar mereka semua dapat membacanya. Jangan buat alasan tiada masa. Orang yang suka memberi alasan bahawa ia tidak ada masa, sibuk dan sebagainya itu, yang sebenarnya ia adalah seorang yang masih bersifat belum lagi mempunyai kemahiran menguruskan masa atau time management bagi dirinya. Moleklah ahli-ahli yang masih lemah dalam hal menguruskan masa ini diberikan kursus sehari atau dua di markaz PAS. Janganlah menunggu jika ada peruntukan kewangan barulah hendak diadakan kursus kerana perjuangan kita adalah bernawaitu Malahan kursus seperti itu juga hendaklah dibuka untuk disertai oleh para pelajar dan juga mereka yang bukan ahli PAS menghadirinya. Hal ini hendaklah dikendalikan oleh Lujnah Pendidikan atau Lujnah Penerangan. Ada banyak kursus hendaklah kerap diadakan. PENGLIBATAN DIRI Ada banyak aktiviti atau program yang anda sendiri sebagai ahli biasa PAS sepatutnya boleh uruskan (dengan mendapatkan kelulusan drpd. Lujnah berkenaan terlebih dahulu). Demikianlah juga misalnya di bidang apa-apa jua aktiviti yang anda sendiri ingin agar aktiviti itu dilaksanakan; maka anda berikanlah kesanggupan diri untuk menjadi pengelola untuk mengadakannya setelah pihak Lujnah memberikan kelulusan. Janganlah tunggu pihak atau Lujnah yang kena rancang, kena buat itu dan kena buat ini barulah sesuatu program atau aktiviti itu dapat diadakan. Janganlah hanya menunggu buah gugur dari atas pokoknya tetapi bertindaklah untuk menjolok atau memanjat pokok itu bagi mendapatkan buahnya. Inilah caranya pada masa yang sama kita sebagai setiap ahli boleh memajukan PAS (iaitu diri kita sendiri walau pun kita hanyalah ahli biasa saja, kitalah kena menjanakanya.). Jangan tunggu pemimpin yang kena bagi idea kepada kita apa aktiviti yang hendak dibuat tetapi kita di pihak bawah sebagai ahli biasa hendaklah juga turut

sama memberikan idea dan melaksanakannya. Dengan itu barulah akan dilihat oleh masyarakat bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang sentiada bergerak, hidup dan efektif dalam memberikan khidmat kepada masyarakat setempat. Sebagai ahli PAS biasa, kita jangan tunggu pihak atasan mahu buat sesuatu aktiviti atau program. Kita sendiri hendaklah mengemukakan idea kepada pihak Jawatankuasa atau Lujnah dan memohon agar idea kita itu diterima dan diluluskan. Jika diluluskan maka kita sendirilah pula membentuk Jawatankuasa Kecil-nya untuk melaksanakannya maka barulah PAS akan sentiasa akan dilihat dan dirasakan ada-ada saja aktiviti atau programnya sepanjang masa di markaz khasnaya dan di mana-mana jua di luar markaz amnya. Satu perkara lagi yang amat penting yang kita jangan abaikan apabila kita menjadi ahli PAS ialah apabila kita menerima arahan atau diminta melaksanakan seperti tugas atau kerjasama, sama ada tugas atau kerjasama itu besar mahu pun kecil, walau pun kita hanyalah seorang ahli biasa saja iaitu tidak menyandang apa-apa jawatan pun dalam parti, namun kita tiadaklah boleh menolak melainkan diri kita ada uzur syariei. Apabila kita menolak tanpa alasan yang munasabah atau sengaja dibuat-buat alasan untuk mengelak dan menolak itu tidak mahu, misalnya dengan mengatakan tidak ada masa, sibuk dan sebagainya, ini bererti kita adalah mengkhianati Perlembagaan PAS itu; pada halnya kita adalah ahli kepada PAS itu yang mana kita telah pun menerima Perlembagaan tersebut sebagai undangundang kita melalui tandatangan kita masing-masing apabila memohon menjadi ahli PAS dahulu. Yang sebenarnya aspek masa itu, memang banyak kepada kita yang Allah swt. Kurniakan kepada kita masa, jika dilihat dari sudut berapa ramai jumlah ahli PAS. Jika seorang ahli boleh peruntukan 1 jam sehari saja pun, kalau ada 100 orang ahli di sebuah kampung bererti kita ada masa 100 jam sehari. Tetapi disebaliknya, kalau sesuatu itu kita seorang diri saja yang hendak melakukannya, memanglah kita akan berhadapan dengan sentiasa saja merasakan diri itu tidak mempunyai cukup masa, lantas tugas dan tanggungjawab pun menjadi terabai. PERLEMBAGAAN PAS Sebagai ahli kita kena fahami apa yang termasktub di dalam Perlembagaan PAS. Apabila tidak pernah pun membacanya dan kalau membacanya pun tetapi tidak faham, maknanya kita adalah dalam keadaan yang tidak mengetahui sepenuhnya apakah yang sebenarnya yang diperjuangkan oleh PAS. Cuba kita teliti apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS itu, khususnya dalam Fasal 5 dan Fasal 6 yang berikut ini: Fasal 5: Tujuan PAS ialah: (1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan

pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukumhukumnya menuju keredhaan Allah. (2) Memperjuangkan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Fasal 6: Usaha-usaha: (1) Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. melalui dakwa, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan. (2) Memperjuangkn lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai kelslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk temerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan. (3) Memupuk dan memperkuatkan ukhwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan. (4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam. (5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara untuk membela kepentingan umat lslam dan rakyat seluruhnya. (6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undangundang negara. (7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa alQuran. (8.) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran lslam. (9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat lslam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini. (10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu erta badanbadan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

(11) Melakukan apa-apa juga usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar. [Dipetik dari PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA PINDAAN(1993), Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur, 1994, m.s. 2 - 4.]. (PAS)

Ada 11 perkara yang kita sebagai tiap-tiap ahli PAS kena usahakan bagi merealisasikannya supaya menjadi kenyataan. Itulah antara Amanah yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS yang semua kita sebagai ahli telah pun diamanahkan oleh Perlembagaan PAS itu untuk menjayakannya. Apa maksud perkataan usaha? Justeru segala arahan atau permintaan sama ada secara bertulis mahu pun secara lisan atau pun melalui khabaran daripada mana-mana ahli Lujnah PAS, malahan daripada sahabat kita sendiri di kalangan ahli, itu semua adalah usahausaha yang kita kena ambil tindakan untuk menjayakannya. Bagi kita semua selaku ahli dalam parti kita kenalah faham bahawa segala arahan, perminataan dan ajakan mereka itu yang berkaitan dengan hal parti, bukannya semua itu adalah arahan, permintaan dan ajakan mereka itu adalah datangnya daripada si peribadi ahli Lujnah berkenaan tetapi ia adalah datangnya adalah daripada perintah atau Amanah yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS itu sendiri kepada kita; untuk kita patuhi samada secara individu sebagai ahli mahu pun sebagai kumpulan, kita kena mematuhinya. Arahan, perintah dan ajakan tersebut, yang sebenarnya juga adalah perintah yang datangnya daripada diri kita sendiri selaku ahli PAS kerana diri kita yang melantik mereka dan memberikan kepada mereka (ahli-ahli Lujnah itu) mandat supaya mereka menjana dan menjalankan tugas mereka untuk kita bertindak berusaha dan mengusahannya. Ramai ahli tidak faham dalam hal ini maka itulah sebabnya banyak markaz kelihatannya menjadi seperti maksud peribahasa: Hidup segan mati tak mahu itu. Apabila kita enggan mematuhi perintah, arahan atau permintaan drpd. manamana ahli Lujnah PAS, maka itu bererti kita telah menyalahi perintahnya dan sekali gus pula kita telah menyalahi semangat perintah atau de jure yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS itu sendiri. Mengenai hal perintah, apakah yang dimaksudkan perintah? Perintah, ada prinsip dan pengajarannya terpapar di dalam Al-Qur'an, iaitu: Yang maksudnya: "Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa':38] [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur'an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.]

10

Apa-apa saja yang diminta atau diarah oleh mana-mana Pengerusi Lujnah, Setiausaha dan mana-mana ahli Jawatankuasa kepada kita, itulah merupakan perintah. Adalah diharapkan tiada seorang pun ahli PAS yang tergamak menyalahi perintah setelah memahami maksud Ayat 38 dalam Surah Al-Israa itu tadi. Bersikap sambil lewa, selalu mengatakan tidak ada masa, cuai terhadap arahan dan / atau mengabaikan permintaan supaya bekerjasama dan adalah merupakan menyalahi perintah. Selama mana sesuatu perintah itu tidak menyalahi hukum syara', maka kita kenalah patuhi. Dalam sesuatu perjuangan kepatuhan kepada perintah, arahan atau permintaan pemimpin mestilah dipatuhi dengan bernawaitu, iaitu: . Hanya dengan cepat-cepat kita bernawaitu begitu saja barulah datangnya keikhlasan di hati untuk melaksanakan apa saja kerja utuk parti. MERAJUK BILA DITEGUR ATAU DIKRITIK Kenapa ada sesetengah orang bila ditegur atau dikritik terus ia merajuk, atau ia pun terus menjauhkan diri sebagai memprotes akibat kerana ia ditegur atau dikritik itu? Atau bila dikritik ia merasakan dirinya tertekan? Golongan yang suka merajuk dan terus menjauhkan diri atau merasa tertekan lalu memprotes secara senyap begitu, ia adalah golongan yang masih belum matang lagi sebagai seorang yang dewasa. Lebih-lebih lagi yang memprotes itu yang sebenarnnya ia adalah seorang yang sahsiahnya sedang mengidap sindrom inferiority complex. Orang seperti ini yang sebenarnya ia tidak layak menjadi pemimpin. Ia dengan mudah boleh merosakkan organisasi parti. Ini adalah kerana ia adalah sudah terbabas dari landasan kebenaran iaitu yang sepatutnya ia seharusnya bersyukur ke hadrat Allah swt., kerana Allah telah Menggerakkan hati orang yang mahu menegur dan mengkritik dirinya itu adalah yang sebenarnya orang itu adalah membantu dirinya itu dapat secara percuma bagi ia sendiri boleh sedar dan boleh mengetahui di mana adanya kelemahan atau kekurangan pada dirinya yang selama ini (atau sebelumnya ia ditegur atau dikritik itu), ia sendiri tidak pun pernah menyedari kelemahannya itu. Adalah amat silap apabila ditegur atau dikritik lalu terus bertindak melatah atau melenting atau terasa hati, dan anggap orang yang menegur atau mengkritik itu tadi adalah sebagai musuh di hati; sedangkan yang sanggup menegur dan mengkritik itu ia sebenarnya adalah amat sayangkan diri kita dan sayangkan parti. Oleh kerana kita tidak menjaga dan memelihara Amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan betul, itulah sebabnya ia menegur dan mengkritik. Tindakan tidak menjaga dan memelihara Amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan betul atau mengabaikan tugas itu juga adalah merupakan tindakan melakukan kemungkaran (engkar).

11

Kita jangan lupa bahawa jika ia tidak mengkritik atau menegur, iaitu jika ia hanya mendiamkannya saja, atau ia biarkan saja kita dengan kelemahan serta kekurangan yang ada pada diri kita berterusan saja begitu, maka padahnya juga akan turut menimpa kepada diri orang yang tidak mahu menegur itu sendiri pula. Ini adalah kerana sekiranya ia tidak menegur atau mengkritik itu, padahnya ada disebutkan dalam maksud sebuah al-hadis. Cuba kita fahami maksud al-hadis ini: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Demi Allah yang diriku berada di tangan (dalam Kuasaan-NYA) hendaklah kamu menyuruh yang makruf dan melarang kemungkaran; jika tiada Allah akan menimpa ke atas kamu siksa-Nya, kemudian kamu berdoa kepada-Nya tetapi doa kamu tidak akan diperkenankan." [Hadis Riwayat Abu Daud.] Maknanya apa? .... Maknanya orang yang menegur atau mengkritik kita itu ia adalah melaksanakan tanggungjawabnya kerana di dalam ajaran Islam (sebagaimana maksud al-hadis itu) ia adalah diperintah untuk menegur (atau mengkritik) dan jika ia tidak laksanakan perintah itu maka padahnya ialah dirinya sendiri pula yang akan kena tanggung seksanya serta doanya pula yang tidak akan diperkenan oleh Allah. Dengan sebab itu janganlah kita sangka bahawa diri kita yang sudah dewasa tidak boleh ditegur dan dikritik oleh sesiapa jika kita cuai, dan tidak melaksanakan tugas atau tanggungjawab atau engkar iaitu tidak mahu mematuhi perintah yang berkaitan dengan kepentingan parti kita; kerana tidak melaksanakannya itu juga adalah merupakan satu kemungkaran. Bagaimanakah pula sekiranya ia diam saja, iaitu ia tidak mahu mematuhi perintah menegur yang terdapat dalam maksud al-hadis itu tadi? Pertamanya, sudah tentulah dirinya yang akan menerima padahnya sebagaimana padahnya yang tersebut dalam maksud al-hadis itu. Keduanya pula sudah tentulah dirinya tidak pasal-pasal boleh termasuk ke dalam golongan yang melakukan kejahatan yang dibenci di sisi Allah kerana tidak mematuhi perintah Rasulullah s.a.w. yang termakstub dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud itutadi. Ini adalah kerana: Yang maksudnya: "Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah satu kejahatan yang dibenci di sisi Tuhan-mu." [Al-Israa':38] [Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN Kepada Pengertian Al-Qur'an, Bhg. Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cit. Ke 6, ms. 686.] Walau pun Ayat 38 dalam Surah Al-Israa' itu merujuk kepada Perintah-perintah Allah yang terdapat di dalam Ayat-ayat sebelum Ayat 38 dalam Surah Al-Israa itu, namun prinsip pengajaran yang terkandung dalam Ayat 38 itu ialah adanya terdapat mengenai konsep perintah, yakni ada pengajaran mengenai hal yang berkaitan dengan apa jua perintah oleh pihak yang berkuasa yang kita terima

12

dalam kehidupan kita ini bahawa selama mana sesuatu perintah itu tidak melanggar hukum syara', kita jangan menyalahinya. Kita kena patuhi. Siapakah pihak yang berkuasa itu? Pihak yang berkuasa itu ialah Ketua kita dan juga mereka yang kita telah berikan mandat menganggotai Jawatankuasa atau Lujnah dalam parti PAS itu. Dalam perkataan Jawatankuasa itu adanya perkataan kuasa yang maksudnya yang menjadi ahli dalam sesuatu Jawatankuasa itu adalah pihak yang berkuasa yang kita kena patuhi. Justeru janganlah kita buat-buat main terhadap apa jua sruhan, permintaan atau arahan mana-mana ahli Jawatankuasa walau pun mereka itu sahabat yang boleh kita bergurau senda secara peribadi dengannya. Sahabat adalah sahabat tetapi sebarang perintah daripadanya, ia adalah bukan perintah peribadinya tetapi perintah daripada ia sebegai pemegang jawatan yang ada kuasa di mana kuasa itu adalah mandat yang telah diamanahkan oleh para ahli dalam majlis mesyuarat agung. RANCANAN SEPANJANG TAHUN Berjayanya sesebuah organisasi parti antara lain adalah kerana faktor interaksi yang baik dan adanya ahli-ahli sentiasa aktif dan diaktifkan oleh setiap Lujnah di mana ahli-ahli sendiri memberikan idea dan pendapat serta mengambil bahagian bagi menjayakan segala aktiviti dan program. Ini semua hanya boleh berjaya jika adanya perancangan dibuat. Tidak mahu merancang itu sendiri adalah yang sebenarnya merancang untuk kegagalan. PAS sebagai sebuah parti politik, ia seharusnya dapat dilihat dan dirasai oleh masyarakat sebagai agen yang boleh memberikan manfaat dan khidmat kepada masyarakat. Justeru parti mestilah mempunyai inputnya sendiri supaya outputnya dapat dinikmati oleh masyarakat melalui pelbagai program / aktiviti diadakan setiap minggu, setiap bulan dan juga tahunan, antaranya: (a) Ahli-ahli PAS (b) Golongan atas pagar (c) Ahli-ahli Masyarakat: (i) Golongan Tua, (ii) Pemuda / Muslimah, (iii) Remaja. (d) Program-program setempat bersama-sama dengan PKR dan DAP Itulah sebabnya dalam parti adanya pelbagai lujnah agar setiap lujnah berfungsi, iaitu bergerak dan dapat mengaktifkan setiap ahli dalam pelbgai rancangan yang berupa program / aktiviti masing-masing sebagai input agar manfaatnya dapat dilihat, dirasai dan dimanfaati oleh masyarakat. Jika tidak begitu, untuk apakah adanya pelbagai lujnah itu? Prinsipnya mudah iaitu apabila sesuatu organisasi itu tidak berfungsi dan tidak dilihat ia sebagai ada memberi banyak manfaat kepada masyarakat umum maka masyarakat umum tidak akan memihak dan tidak akan mahu menyokong organisasi tersebut.

13

ZON PERLU DIWUJUDKAN Bagi setiap Cawangan PAS setiap ahli parti perlu dikenal pasti di mana ia berada atau tinggal di zon mana. Ini bererti setiap cawangan perlu dibahagikan kepada zon. Jika setiap cawangan sudah mempunyai zon, maka adalah mudah bagi kita untuk melantik seorang Ketua Zon bagi setiap zon yang ada di setiap cawangan itu dan melalui setiap Ketua Zon inilah segala maklumat atau info yang ingin disampaikan kepada setiap ahli menjadi mudah, iaitu apa-apa maklumat atau info yang ingin disampaikan oleh pihak Markaz kepada semua ahli, maklumat dan info itu hanya perlu disampaikan saja kepada setiap Ketua Zon itu untuk beliau sampaikan pula kepada semua ahli yang berada di dalam zonnya. Di setiap Zon itu pula dilantik siapakah Ketua Pemuda, Ketua Muslimah, Ketua Remaja dan sebagainya bagi memudahkan komunikasi dan juga untuk memudahkan bagi dipanggil bermesyuarat atau untuk dapat diagih-agihkan tugas-kerja mewakili zon masing-masing. Justeru Senarai setiap ahli bagi setiap Zon mesti ada di Markaz bagi kemudahan rujukan. LUJNAH EKONOMI Apabila disebut perkataan ekonomi konotasi biasanya ialah mengenai segala aktiviti yang dilaksanakan bagi memperolehi pulangan dalam bentuk keuntungan iaitu bagi mendapatkan wang dan juga harta. Di mana-mana jua markaz PAS kita dapati adanya Lajnah Ekonomi. Persoalannya ialah sejauh manakah ianya aktif berfungsi bagi mendapatkan wang dan juga harta itu untuk PAS? Lihat sajalah laporan yang dibentangkan oleh Lujnah Ekonomi bila setiap kali mesyuarat agung diadakan. Adalah didapati rata-ratanya hampir kesemua Lajnan Ekonomi adalah tidak aktif berfungsi sedangkan Fasal 6 (2) dalam Perlembagaan PAS ada mengamanahkan seperti berikut: "Memperjuangkan lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.". Di dalam laman-laman forum politik di siber sering juga kita temui komen-komen perli yang dibuat oleh pihak pencacai yang pro-UMNO mengatakan bahawa PAS apabila mengadakan ceramah salah satu agendanya adalah mengutip derma sebagai mengemis daripada orang ramai yang menghadiri ceramah itu. Tidak mengapalah mereka memperli begitu kerana mereka yang berkenaan itu tidak mahu mengamalkan maksud al-hadis ini, iaitu: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

14

"Beri memberilah antara kamu, nescaya kamu akan sayang-menyayangi di antara sesama kamu." [Hadis Riwayat Muslim] Bagaimanakah keadaan Lujnah Ekonomi kawasan Pas di tempat anda? Cuba anda senaraikan aktiviti-aktiviti ekonomi yang sedang dijalankan, apa dia? Adakah atau tidak ada? Jika tidak ada, kenapa tidak ada? Sepatutnya apabila adanya Lujnah Ekonomi dibentuk ia hendaklah berfungsi supaya ia boleh mendatangkan dana untuk markaz khasnya, dan untuk parti amnya. Sudah tentulah anak-anak buah kita yang baru lepasan peperiksaan SPM itu misalnya ramai yang menganggur, malah graduan yang sudah lama menganggur juga adalah masih ramai. Kenapa mereka tidak diaktifkan oleh pihak markaz supaya di mana markaz itu sendiri di bawah Lujnah Ekonominya mengadakan aktiviti pengeluaran produk pengguna, iaitu produk-produk yang sememangnya digunakan setiap hari oleh kita semua di rumah, yang selama ini kita beli sahaja yang dikeluarkan oleh al-kafiruun. Antara produk pengguna yang digunakan oleh kita setiap hari di rumah ialah sabun pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan mangkuk, sabun mandi jenis krim mandian dan macam-macam lagi. Produk-produk ini yang sebenarnya mudah membuatnya, dan jika dibuat secara kecil-kecilan ianya tidak perlu pun menggunakan mesin. Pendek kata para muslimah pun boleh menghasilkannya. Sekiranya Lujnah Ekonomi bagi setiap markaz PAS di seluruh Negara bermuafakat menjana ekonomi di markaz masing-masing iaitu satu markaz manghasilkan satu produk, maka insyaAllah bukan saja setiap markaz itu boleh dijanakan untuk menghasilkan produk tertentu itu bahkan boleh membantu markaz masing-masing memperolehi wang dari hasil jualan produk tersebut kepada ahli-ahli PAS sendiri, dan juga kepada yang bukan ahli PAS di dalam masyarakat. Biasanya minda kita orang Melayu ini kebanyakannya apabila dicadangkan seperti itu, mindanya reaktif, iaitu lebih banyak memfokuskan kepada masalahmasalah yang akan dihadapi jika cadangan itu dilaksanakan yang menyebabkan akhirnya tiada satu benda pun boleh berjaya dijadikan kenyataan pelaksanaannya. Sepatutnya minda haruslah bersifat proaktif memfokuskan kepada memikirkan bagaimanakah masalah-masalah itu boleh diatasi agar projek seperti itu tetap boleh dilaksanakan. Biasanya apabila dicadangkan begitu maka timbullah soalan-soalan seperti: Tidak tahu pun bagaimana nak buat produk itu, macam mana nak buat produk? Di mana hendak didapati bahan-bahan mentahnya? Di mana nak cari modal? Siapa yang akan buat kerja sedangkan mana ada masa nak buat itu? Siapakah yang akan menjual produk itu jika ia dihasilkan nanti? Bagaimana itu dan bagaimana ini? ..... Persoalan-persoalan seperti itulah yang mengekakng PAS dari dapat berjaya dalam bidang industri pembuatan menghasilkan pelbagai produk pengguna. Di 15

kalangan ahli PAS sendiri sudah tentu ada yang ahli dan pakar mengendalikannya bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut dan mereka hendaklah dikenal pasti dan digembelengkan supaya apa yang dicadangkan itu menjadi kenyataan dan beroperasi. Bukan saja Lujnah Ekonomi PAS bahkan semua lujnah. Jangan lagi hanya dilihat dan dibiarkan saja PAS tidak aktif mengadakan pelbagai program untuk masyarakat setempat. Jangan dibiarkan saja lujnah-lujnah dalam PAS tidak mengadakan pelbagai program mengikut pernanan lujnah masing-masing. Hanya ada lujnah tetapi tidak berfungsi; tiada program harian, mingguan, bulanan yang memberi manfaat kepada seluruh masyarakat dianjurkan, maka untuk apakah lujnah itu? Masyarakat mahu melihat dan menikmati apa manfaatnya yang dapat diberikan oleh PAS. Jika tiada banyak program diadakan oleh pihak PAS yang PRODUKNYA TERSERLAH ADA MEMBERI MANFAAT kepada mereka, untuk apa mereka menangkan calon PAS? Persoalan ini amat penting ada di minda setiap ahli PAS dan juga khususnya di minda setiap pengerusi lujnah dalam PAS. Justeru setiap ahli PAS yang memegang jawatan apa juga pun dalam parti hendaklah memahami maksud al-hadis ini,

iaitu: Rasulullah s.a.w. bersabda, yang ertinya: Seorang mukmin tidak dibenarkan untuk menghina dirinya. Lalu para sahabat bertanya: Bagaimanakah dia menghina dirinya? Nabi s.a.w menjawab: Dengan mendedahkan dirinya kepada ujian yang dia tidak mampu menanggungnya. (Hadis Riwayat Imam Tarmizi). Demikianlah latarnya jika kita semua mahu PAS menjadi satu wadah dan wahana yang sentiasa dinamik, aktif dan akan hidup dihormati dan diterima oleh semua masyarakat di Malaysia, serta agar setiap markaz menjadi berfungsi selaras dengan prinsip dan selogan (motonya) supaya memenuhi kehendak visi, misi serta juga sebagaimana de jour yang sedia sudah ada terdapat di dalam Perlembagaan PAS kita itu selaras dengan maksud PAS UNTUK SEMUA atau PAS FOR ALL itu. __________________________ .

16

Anda mungkin juga menyukai